Anda di halaman 1dari 7

WAJ 3104 LITERASI BAHASA 1. Prabacaan Untuk memahami aktiviti prabacaan, sila teliti kerangka tajuk di bawah.

Pengamatan Penglihatan BENTUK PRABACAAN Pengamatan Pendengaran Pergerakan Tangan dan Mata Laksanakan Latihan Rajah 1. Bentuk Pra Bacaan Konsep Pengamatan Pengamatan merupakan proses untuk mengenal maklumat daripada tindak balas pancaindera dengan bantuan kuasa intelek. Proses berlaku apabila wujudnya rangsangan luar yang boleh kesan dan bertindak dengan organ-organ deria, hasil proses mental dan neurologi yang mempengaruhi pembentukan konsep-konsep yang jelas dan tepat (Janet W. Leaner, 1971). Menerima Rangsangan Merakam Maklumat Membina dan Menggunakan Bahan Bantu Mengajar

Bertindak Balas (Respon)

Memproses Maklumat

Rajah 2 Proses Pengamatan Janet W. Leaner

Pengamatan

juga

bermaksud

proses

yang

memberikan

makna

kepadatugas-tugas pancaindera dengan bantuan pengalaman-pengalaman lalu yang berhubungan rapat dengan pemikiran kita.Oleh itu, pengamatan sebagai proses pengawasan dan penelitian. Memberi gambaran atau bayangan dalam

WAJ 3104 LITERASI BAHASA hati atau fikiran tentang sesuatu dan pandangan atau tanggapan pancaindera (Noresah Baharom et al, 2002). Penerimaan Proses Data Tindak Balas

Rajah 3. Proses Pengamatan Noresah Baharom et al.

Komponen dan Bentuk Pengamatan Berikut ialah komponen dan bentuk-bentuk pengamatan yang dapat

diaplikasikan dalam melaksanakan aktiviti prabacaan. I. Penglihatan (diskriminasi penglihatan, ingatan penglihatan dan integrasi

visual-motor dan visual-kinestetik) II. Pendengaran (diskriminasi pendengaran, ingatan pendengaran dan integrasi

visual-pendengaran) III. Pergerakan tangan dan mata.

Jenis Aktiviti dalam Bentuk Pengamatan. Bentuk Pengamatan Penglihatan. Terdapat empat belas jenis aktiviti yang setiap satunya mempunyai tujuannya yang tersendiri dan langkah melaksanakannya, iaitu diskriminasi penglihatan, ingat kembali, orientasi kedudukan,turutanmenyudahkan atau melengkapkan, rajah ayau latar bertindih, kordibasi mata dan tangan, pertalian jarak (ruang), ketetapanbentuk atau kedudukan dalam rajah, gambar bersiri, pembalikan, mazing atau mencari jalan keluar danbenda tersembunyi. (a) Diskriminasi Penglihatan. Aktiviti visual ini melibatkan keupayaan murid untuk melihat dan mengamati persamaan dan perbezaan sesuatu objek, bentuk geometri, gambar, huruf dan perkataan. (i) Aktiviti Mendiskriminasi yang Sama. Contoh 1: Bulatkan Gambar yang Sama

WAJ 3104 LITERASI BAHASA

Contoh 2: Bulatkan Bentuk yang Sama

Contoh 3: Tandakan ( ) warna yang sama

(ii) Aktiviti Mendiskriminasi yang Tidak Sama. Contoh 1: Tunjukkan saiz yang tidak sama

WAJ 3104 LITERASI BAHASA Contoh 2: Bulatkan bentuk yang tidak sama

Contoh 3: Tandakan (x) yang ganjil

(b) Ingat Kembali. Bertujuan melatih murid supaya dapat mengingat kembali apa yang telah diamati. Guru boleh menggunakan himpunan bahan maujud dan keratan gambar. Murid meneliti bahan-bahan maujud dan menyebutnya kembali tanpa melihatnya. Guru boleh menggunakan kad imbasan yang mengandungi pelbagai gambar dan murid menunjukkan gambar lain yang sepadan dengan kad gambar. Contoh 1: Lihat dan ingat gambar

WAJ 3104 LITERASI BAHASA

(c) Orientasi Kedudukan. Menguji kebolehan murid membezakan kedudukan sesuatu objek atau gambar. Berdasarkan beberapa keping gambar yang mempunyai ciri-ciri yang sama, murid-murid mengesan kedudukan gambar yang berbeza. Contoh 1: Tunjukkan gambar yang berbeza kedudukan

Contoh 2: Tunjukkan objek yang berbeza kedudukan

(d) Mazing atau Cari Jalan Keluar Dalam aktiviti ini, murid-murid perlu mencari jalan keluar atau jalan pulang, ibu mencari anak atau mencari makanan dengan selamat. Tujuan aktiviti ini adalah untuk menguji kesabaran dan pengamatan penglihatan sebagai kemahiran menyelesaikan masalah.

Bentuk Pengamatan Pendengaran. Terdapat enam aktiviti yang boleh dilaksanakan bagi menjayakan pengamatan pendengaran, iaitu diskriminasi pendengaran, penerimaan pendengaran,

perkaitan pendengaran, ingatan pendengaran, melengkapkan pendengaran dan percantuman bunyi.

WAJ 3104 LITERASI BAHASA (a) Diskriminasi Pendengaran Tujuannya adalah untuk melihat keupayaan murid-murid mengenali dan mengecam persamaan dan perbezaan bunyi yang didengar Contoh 1: Mendiskriminasi bunyi haiwan yang sama Dengar bunyi dan namakan haiwan Ayam Betina Anak Ayam Ayam Jantan

Contoh 2: Mendiskriminasi bunyi haiwan yang berbeza Dengar bunyi dan namakan haiwan

Bentuk Pergerakan Tangan dan Mata. Tujuannya adalah untuk membantu murid menguasai kemahiran asas

pergerakan tangan secara kemas, berpandu, terarah dan berfokus. Terdapat dua yang boleh dilaksanakan untuk tujuan itu, iaitu menyambungkan titik dan menyalin corak.

(a) Menyambung Titik. Aktiviti ini memerlukan murid menyambungkan titik-titik mengikut nombor atau abjad pada gambar dengan membuat garisan bagi menghasilkan sebuah

WAJ 3104 LITERASI BAHASA gambar, objek atau huruf yang lengkap. Oleh itu, guru perlu menyedikan bahan pertama dengan banyak titik, diikuti dengan sederhana titik dan akhir sekali, kurang titik.

(b) Menyalin Corak.

Anda mungkin juga menyukai