Anda di halaman 1dari 48

TAKRIF PSIKOLINGUISTIK

Psikologi

PSIKOLINGUISTIK
Linguistik

Psikologi Linguistik

kajian tentang jiwa kajian bahasa kajian cara bahasa berfungsi

PSIKOLINGUISTIK = psikologi + linguistik


(Psikologi Bahasa)

DEFINISI PSIKOLINGUISTIK
Garnham (1985) Kajian tentang mekanisme mental yang membolehkan manusia menggunakan bahasa Matthews (1997) Kajian bahasa daripada sudut psikologi Aitchison (1998) Kajian bahasa dan akal budi

DEFINISI PSIKOLINGUISTIK
Mangantar Simanjuntak (1980) Cabang linguistik yang bergabung dengan ilmu psikologi untuk menganalisis bahasa dan pertuturan. KESIMPULAN: Disiplin ilmu yang mengkaji ilmu linguistik dan ilmu psikologi Menganalisis perkara-perkara yang berlaku dalam jiwa semasa berbahasa.

MATLAMAT PSIKOLINGUISTIK
George A. Miller (1965) Untuk menghuraikan proses psikologi ketika menggunakan ayat. Untuk mencari satu teori bahasa yang munasabah dan unggul dalam konteks linguistik dan psikologi, yang mampu menerangkan hakikat bahasa dan pemerolehannya.

MATLAMAT PSIKOLINGUISTIK
Untuk kenal pasti struktur dan proses yang mendasari kebolehan manusia untuk bertutur dan memahami bahasa. Untuk meneliti hal yang berlaku dalam diri individu. Untuk mengkaji cara kanak-kanak menguasai bahasa.

ASPEK KAJIAN PSIKOLINGUISTIK


Aitchison (1987) Pemerolehan pengetahuan bahasa pertama/ibunda Proses pemahaman input bahasa Proses penghasilan output bahasa Penyimpanan maklumat bahasa atau pengetahuan bahasa

TEORI PSIKOLINGUISTIK
Noam Chomsky Pelopor teori psikolinguistik Otak manusia diprogramkan oleh mekanisme kognitif (Peranti Pemerolehan Bahasa) / LAD Language Acquisition Device untuk menjana ayat gramatis Manusia dikurniai kecekapan berbahasa secara semula jadi

TEORI PSIKOLINGUISTIK
Noam Chomsky Operasi rangsangan tindak balas + proses kognitif = permulaan belajar bahasa Bahasa bersifat kreatif Memperkenalkan istilah kompeten dan prestasi

TEORI PSIKOLINGUISTIK
KOMPETENS Sistem rumus yang mampu menghasilkan kalimat yang tidak terbatas Pengetahuan penutur tentang bahasanya Unsur dalam (di dalam otak) PRESTASI Bunyi-bunyi yang dilafazkan, bermakna dan dapat difahami oleh pendengar Terletak di bahagian luar otak

TATABAHASA GENERATIF
Noam Chomsky Diperoleh melalui otak sendiri oleh penutur Kompetens Prestasi ayat-ayat yang didengar (melalui telinga ke otak) ulang proses yang sama apabila pendengar bertutur.

TATABAHASA GENERATIF
Noam Chomsky Skema SOR (Stimulus Organism Response) Bahasa = pengetahuan yang dihasilkan oleh sesuatu dalam otak dan saraf setelah menerima unsur-unsur dalam bentuk perangsang daripada pancaindera.

NAHU TRANSFORMASI GENERATIF


Diperkenalkan oleh Noam Chomsky Kanak-kanak mempunyai LAD sejak lahir Dapat memilih bentuk-bentuk yang diterima dalam bahasa Dapat menolak bentuk-bentuk yang bukan struktur bahasa yang berkenaan.

KEDUDUKAN PSIKOLINGUISTIK DALAM KAJIAN BAHASA


Berupaya menyelesaikan persoalan bahasa Mangantar (1987) masalah P&P bacaan, kedwibahasaan, multibahasaan, penyakit afasia, gagap, komunikasi, pemikiran manusia, dialek, pignisasi, kreolisasi dan pelbagai masalah sosial yang melibatkan bahasa.

BIDANG PSIKOLINGUISTIK
TEORISTIK PERKEMBANGAN EKSPERIMEN SOSIAL PENDIDIKAN TERAPAN

PSIKOLINGUISTIK

TEORI HURAIAN BAHASA


Teori Tradisional (Panini) Teori Struktural (Bloomfield) Teori Transformasi Generatif (Chomsky) Teori Fungsional (Halliday)

Teori Fungsional (Halliday)


Dipelopori oleh Halliday dan Wilkins (19601970) Kajian bahasa dibuat dari aspek struktur dan fungsi bahasa sebagai alat komunikasi Bahasa dianggap sebagai alat pertuturan Dapatan mereka mementingkan aspek semantik (makna) Tidak menafikan kewujudan variasi dalam penggunaan bahasa

Teori Fungsional (Halliday)


Penggunaan bahasa dapat menggambarkan fikiran dan emosi penutur Pengukuhan bahasa adalah secara verbal dan non-verbal Kajian bahasa berdasarkan struktur dan memberi perhatian terhadap fungsi bahasa sebagai alat komunikasi Penekanan terhadap aspek-aspek perubahan yang berlaku pada bentuk-bentuk bahasa ketika berkomunikasi.

Teori Tradisional (Panini)


Dipelopori oleh tokoh fonetik India Bahasa ialah ucapan fikiran dan perasaan dengan teratur dan menggunakan alat untuk menyembunyikan suara Nahunya mementingkan bahasa tulisan Semua bahasa mempunyai peraturan yang sama dengan bahasa Yunani Semua penutur wajib mematuhi peraturan Kesilapan yang dilakukan dianggap kesalahan

Teori Struktural (Bloomfield)


Dipelopori Bloomfield, Edward Sapir, Ferdinand de Saussure, Otto Jespersen Bahasa ialah sistematis, mempunyai tatabahasa tersendiri, hidup dan berubah Perkaitan fonem sebagai unit tatabahasa yang terkecil dengan unit tatabahasa dan ayat dapat dianalisis secara konstituen terdekat

Teori Struktural (Bloomfield)


Kajian nahu = bahasa sebagai sistem yang ada peraturan, sistem, arbitrari untuk perhubungan Huraian bahasa dilakukan secara induktif Huraian bahasa tidak mementingkan makna Analisis dibuat secara luaran

Teori Transformasi Generatif (Chomsky)


Manusia dilahirkan dengan kecekapan semula jadi untuk berbahasa Penutur natif berkebolehan membentuk dan memahami pertuturan yang baharu Pembentukan dan pertuturan yang baharu akan membentuk rumus-rumus bahasa secara transformasi lengkap berdasarkan bahasa pertama terlebih dahulu

Teori Transformasi Generatif (Chomsky)


Binaan Ayat Mempunyai hubungan erat antara elemen dan menggunakan simbol dan rumus untuk menganalisis nahu. Sesuatu binaan dapat dihuraikan dengan memahami struktur luaran dan struktur dalaman.

HBML 3303 PSIKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK TOPIK 2 Proses Dalaman Penerbitan Bahasa Pertuturan dan Komunikasi

TAKRIF PEMEROLEHAN BAHASA


Lyons (1994) Bahasa ialah nurani Bahasa tidak diperoleh secara semula jadi tetapi tumbuh secara organik Kamus Linguistik (1997) Proses seseorang penutur seperti kanak-kanak ataupun dewasa menjadi penutur bahasa kedua

TAKRIF PEMEROLEHAN BAHASA


Mangantar Simunjuntak (1987) Proses yang berlaku dalam otak seseorang kanak-kanak sewaktu memperoleh bahasa ibundanya. Konsep pemerolehan bahasa selalunya dikaitkan dengan pembelajaran bahasa pertama.

TEORI PEMEROLEHAN BAHASA


TEORI BEHAVIOURIS (Skinner) TEORI MENTALIS (Chomsky) TEORI INTERAKSIONALIS (Bloom)

TEORI MENTALIS (Chomsky)


Dipelopori oleh Noam Chomsky Pemerolehan bahasa sebagai proses pemikiran yang melibatkan aktiviti mental Juga dikenali sebagai Teori Kognitif Bahasa ialah pengetahuan yang dihasilkan melalui proses dalam otak Bahasa ialah aktiviti mental yang merupakan kebolehan semula jadi manusia

TEORI MENTALIS (Chomsky)


Manusia dilahirkan bersama Peranti Pemerolehan Bahasa (LAD) yang menyebabkan manusia mempunyai kebolehan semula jadi untuk menguasai bahasa Mangantar Simunjuntak (1987) Manusia dilahirkan bersama sesuatu yang membolehkannya berbahasa dengan mudah dan cepat (hipotesis nurani

TEORI BEHAVIOURIS (Skinner)


Berasaskan pemerolehan bahasa pertama oleh kanak-kanak Juga dikenali sebagai Teori Mekanis Bahasa dipelajari oleh kanak-kanak secara tidak formal melalui proses peniruan Bahasa merupakan satu tabiat yang diperoleh Menekankan peri laku Individu belajar bahasa melalui pengalaman dalam otaknya

TEORI BEHAVIOURIS (Skinner)


Tidak mementingkan fungsi mental Mengkaji data (kalimat-kalimat yang dapat diamati dan diukur) Bahasa terjadi hasil daripada operasi rangsangan dan gerak balas yang bergantung pada ciri-ciri naluri manusia Bahasa ialah proses peri laku yang berdasarkan operasi rangsangan dan tindak balas

TEORI BEHAVIOURIS (Skinner)


Pemerolehan adalah sesuatu perlakuan yang terjadi melalui ulangan perlakuan itu Bahasa dikuasai melalui proses pengulangan Beranggapan bahawa penguasaan bahasa merupakan proses mekanis yang tiada kena mengena dengan fikiran atau daya mental.

TEORI MENTALIS/KOGNITIF (Chomsky)


Proses pemikiran yang melibatkan aktiviti mental Pengetahuan bahasa diperoleh melalui proses dalam otak Bahasa ialah kebolehan semula jadi manusia yang melibatkan aktiviti mental Manusia dilahirkan bersama Peranti Pemerolehan Bahasa (LAD)

TEORI MENTALIS/KOGNITIF (Chomsky)


Mangantar Simunjuntak (1987) Manusia dilahirkan bersama sesuatu yang membolehkannya berbahasa dengan mudah dan cepat (Hipotesis Nurani) Kanak-kanak menggunakan keupayaan yang sedia ada pada mereka untuk merumus dan membentuk ayat mengikut sistem bahasa yang diperoleh

TEORI MENTALIS/KOGNITIF (Chomsky)


Manusia mempunyai kompetens dan prestasi bahasa Mengutamakan proses berfikir berbanding dengan perlakuan manusia.

TEORI INTERAKSIONALIS (Bloom)


Dipelopori oleh Bloom, Bowennan, Cromer dan Halliday Noor Aina Dani (2007) Interaksionalis mengambil jalan tengah antara teori behaviouris dengan mentalis Persekitaran luaran dan faktor bawaan semula jadi memainkan peranan yang sama penting dalam pemerolehan bahasa secara aktif

TEORI INTERAKSIONALIS (Bloom)


Persekitaran sosial, pematangan, biologi dan kognitif memainkan peranan penting dalam perkembangan bahasa kanak-kanak. Pendekatan Utama Golongan Interaksionalis 1. Pendekatan kognitif 2. Pendekatan Sosial Perkembangan Bahasa = kognitif + persekitaran sosial oleh ibu bapa.

TEORI INTERAKSIONALIS (Bloom)


Halliday (1975) Perkembangan bahasa kanak-kanak melibatkan proses kognitif dan proses interaksi bahasa. Kanak-kanak memperoleh bahasa kerana mempunyai keperluan untuk berinteraksi dengan ahli masyarakat dalam persekitaran. Proses kognitif penting terutama dalam pentafsiran makna melalui situasi sosial dalam bentuk bahasa.

EVOLUSI PERTUTURAN
Perkembangan pertuturan secara beransuransur. Mekanisme Otak = cara otak menjalankan fungsi bahasa. Fungsi Otak dan Mekanisme Otak

Fungsi Otak dan Mekanisme Otak


Bahagian Bawah (batang otak)
Kawal pernafasan, degup jantung

OTAK Bahagian Atas (serebrum)


Menjana bahasa Mengintegrasikan manusia dengan persekitaran

Fungsi Otak dan Mekanisme Otak


Hemisfera Kiri
Mengawal bahasa Operasi logik Analitik Matematik

SEREBRUM
Hemisfera Kanan
- Mengawal emosi - Mengecam muka - Mengenal struktur badan

BAHASA DAN OTAK


Lateralisasi Bahagian-bahagian otak yang terlibat dalam penggunaan bahasa. bidang tugas hemisfera kiri dan hemisfera kanan. Otak mempunyai tanggungjawab khusus untuk mengembangkan bahasa.

BAHASA DAN OTAK


Penggunaan tangan kanan = bahasa berpusat di hemisfera kiri. Penggunaan tangan kiri = bahasa berpusat di hemisfera kanan. Hemisfera Kiri memberi tumpuan yang cepat kepada operasi bahasa (pandangan baru). Hemisfera Kanan memberi tumpuan kepada proses pemakanan yang tinggi.

PROSES PENERBITAN BAHASA DALAM PERTUTURAN DAN KOMUNIKASI


Salah satu aspek yang dikaji dalam psikolinguistik. Levelt (1989)
Proses Penerbitan Pertuturan Konseptualisasi (conceptualisation) Formulasi (formulation) Pelaksanaan (articulation)

PROSES PENERBITAN BAHASA DALAM PERTUTURAN DAN KOMUNIKASI Konseptualisasi


Penutur membentuk niat lalu memilih maklumat yang relevan daripada ingatan atau persekitaran sebagai persediaan membina pertuturan yang dihasratkan. (Proses Peringkat Mesej)

PROSES PENERBITAN BAHASA DALAM PERTUTURAN DAN KOMUNIKASI Formulasi


Melibatkan hal menterjemahkan konsep yang diwakili itu ke dalam bahasa. Operasi Sintaksis, Semantik, dan Fonologi terlibat apabila berlaku pertuturan.

PROSES PENERBITAN BAHASA DALAM PERTUTURAN DAN KOMUNIKASI


Operasi Sintaksis Hal pemilihan pola ayat yang sesuai, semua perkataan yang terpilih disusun dalam pola ayat. Operasi Semantik Melibatkan pemilihan perkataan yang sesuai dengan idea dan makna yang dihasratkan. Proses memilih kata disebut sebagai pengleksikalan (lexicalisation)

PROSES PENERBITAN BAHASA DALAM PERTUTURAN DAN KOMUNIKASI


Operasi Fonologi Melibatkan tugas menerbitkan idea dalam bentuk bunyi bahasa yang dihasilkan oleh sistem ujaran seperti lidah. Zulkifli Hamid (1994) Proses pemahaman melibatkan tiga gerak laku yang berurutan, iaitu menanggapi maklumat deria, menentukan makna perkataan, dan memproses perkataan yang telah ditentukan maknanya menurut kaedah semantik yang betul.

PROSES PENERBITAN BAHASA DALAM PERTUTURAN DAN KOMUNIKASI


Proses penerbitan bahasa akan terbantut jika berlaku kerosakan pada otak.
Contoh : Afasia = keadaan kekacauan bahasa yang dialami oleh seseorang setelah mengalami kerosakan otak dan menyebabkannya tidak dapat menerbitkan pertuturan yang baik.