Anda di halaman 1dari 8

BERIKAN saja apa juga jenis mainan atau alat.

Asalkan berwarna-warni dan berbentuk menarik, kanak-kanak pastinya leka mengerjakan barang itu. Ada saja yang dilakukan mereka, ada yang digigit, diketuk malah ditarik hingga kadang-kadang terbelah dua barang yang dibawa main. Keadaan ini menyebabkan ada ibu bapa yang tidak lagi mahu membeli mainan untuk anak. Tidak mahu membazir atau rumah bersepah seringdijadikan alasan. Namun, tahukah anda hakikatnya pemusnahan dilakukan si kecil sebenarnya adalah tanda permulaan yang menunjukkan sikap ingin tahu terhadap sesuatu yang baru dicapai mereka sebelum memulakan detik lebih mencabar minda dan pergerakan mereka. Sejak seawal usia bayi lagi, kanak-kanak sebenarnya sudah mula menanamkan sifat ingin tahu mengenai setiap perkara di sekeliling mereka. Mereka akan cuba mencapai apa saja yang dilihat menarik bagi `dibedah untuk mencari penemuan baru. Dalam erti kata ringkas, kanak-kanak sememangnya tidak boleh dipisahkan daripada permainan mereka keranabermain boleh memberi kegembiraan dan kepuasan kepada mereka. Bagi si cilik, bermain adalah satu pekerjaan buat mereka walaupun bukan untuk mendapatkan sesuatu hasil atau mencapai tujuan tertentu. Pensyarah di Jabatan Asas Pendidikan dan Kemanusiaan, Fakulti Pendidikan Universiti Malaya, Dr Azizah Lebai Nordin menjelaskan bermain adalah keinginan semula jadi yang lahir bersama kanakkanak dan ia bukanlah satu tugasan paksaan. Melalui bermain, kanak-kanak mampu meningkatkan pelbagai sudut perkembangan diri selain menjadikannya saat yang paling berharga. "Seawal usia dua tahun, kanak-kanak sudah mula melahirkan rasa ingin tahu dan tempoh waktu itu adalah saat terbaik bagi memberi galakan kepada perkembangan anakanak. Ketika itu, perkembangan motor kasar sudah bermula begitu juga perkembangan deria rasa mereka. "Melalui bermain, si kecil terdedah dengan bahan atau peralatan yang berbeza bentuk permukaannya, begitu juga dengan rasa atau bau dihasilkan bahan itu. Secara tidak langsung ia merangsang penggunaan deria mereka sekali gus membolehkan menemui perkara baru sepanjang bermain," katanya ketika dihubungi, baru-baru ini. Kanak-kanak didedahkan dengan satu pembelajaran dan penemuan baru ketika bermain. Kanakkanak belajar mengenai warna dan bentuk berbeza. Ini menggalakkan mereka menggunakan psikomotor sekali gus memperkembangkan kemahiran motor kasar dan halus. Bermain juga memberikan penekanan kepada tumpuan si kecil dalam menyelesaikan sesuatu masalah sekali gus mengawal kemarahan mereka apabila menemui jalan buntu apatah lagi melahirkan kreativiti dalam melakukan sesuatu tugas. Azizah menjelaskan bermain turut memberikan peluang untuk kanak-kanak meluahkan perasaan selain mencerminkan sikap dan menggambarkan perkembangan sosio serta emosi mereka.

Katanya, kanak-kanak berkecenderungan untuk bersikap ego dan tidak ingin berkongsi di awal usia mereka. Apa yang dimiliki mereka menjadi hak mutlak. Namun, apabila usia semakin meningkat, sikap ingin berkongsi mula ditunjukkan. "Egosentrik si kecil sangat tinggi pada awal usia mereka. Namun, lama kelamaan sikap itu semakin pudar. Perubahan boleh dilihat dari sikap mereka yang bermain permainan masing-masing namun secara berdekatan, kemudian berubah kepada perkongsian. "Ini membuktikan, menerusi bermain kanak-kanak mula belajar untuk berkongsi dan kemahiran berkomunikasi juga tercabar di sini. Mereka juga tidak terkecuali terdedah kepada pendedahan menyelesaikan masalah secara bersama dan menerusi perbincangan bagi yang lebih dewasa," katanya. Malah, kata Azizah, ahli psikologi perkembangan kanak-kanak, Lev Vygotsky memberi penekanan kepada kepentingan bermain dalam meningkatkan perkembangan bahasa dan sosial kanak-kanak. Permainan yang bagus untuk perkembangan kanak-kanak kata Azizah, bukan sekadar pada warna dan bentuknya yang menaik, malah kesesuaiannya mengikut usia dan bahan yang digunakan dalam pembuatannya. Bahan yang digunakan perlu selamat untuk kanak-kanak dan mainan itu juga tidak sepatutnya mudah patah atau pecah jika terjatuh. Ketika disoal mengenai permainan difikirkan sesuai untuk menggalakkan perkembangan kanakkanak sekali gus menarik minat mereka, Azizah menjelaskan pelbagai strategi bermain boleh diamalkan sejak pada awal usia mereka antaranya bongkah kayu, lego, kad imbas selain permainan tradisional seperti ting-ting dan congkak. Ting-ting umpamanya, kata Azizah, adalah antara permainan yang mampu mencabar kemampuan kanak-kanakdalam menghadapi masalah. Ia mengaitkan pelbagai deria selain ketangkasan kanak-kanak sendiri. "Bermain banyak faedahnya kepada anak-anak. Oleh itu, mereka perlu diberikan kebebasan untuk bermain. Bagaimanapun, permainan yang berkesan adalah dengan adanya pembabitan orang dewasa bagi memantauperkembangan dicapai kanak-kanak selain membuatkan mereka rasa disayangi dan dihargai dalam setiap dilakukan," katanya sebelum menamatkan perbualan. INFO Kaedah mendidik kanak-kanak * KAEDAH KOPERATIF Pendekatan koperatif ialah pembelajaran membabitkan murid bekerjasama untuk belajar dan bertanggungjawab ke atas setiap ahli kumpulannya. Dalam pendekatan koperatif, sekumpulan pelajar boleh dikuasai oleh seorang ahli saja. * PENDEKATAN KOLABORATIF Pembelajaran kolaboratif memerlukan pembabitan semua ahli

kumpulan. Ia memerlukan idea yang mencabar, menyokong dan menambah baik sesuatu idea sehingga mencapai persetujuan kumpulan. Pendekatan ini juga menguji kebolehan bergaul dan bekerjasama pada peringkat peribadi. * PENDEKATAN KUMPULAN Pelajaran secara kumpulan berlandaskan prinsip psikologi kemasyarakatan dan dinamik kumpulan. Aktiviti secara kumpulan harus mempunyai satu tujuan. Guru perlu memilih prosedur pengajaran secara kumpulan yang boleh membantu pelajar mencapai objektif khas. * PENDEKATAN INDIVIDU Satu cara atau program pengajaran yang mengambil kira perbezaan individu setiap pelajar. Pengajaran juga dilakukan berdasarkan kebolehan dan kemampuan pelajar terbabit. * KAEDAH TUNJUK CARA Tunjuk cara ialah satu cara untuk melatih pelajar memerhati dan melakukan sesuatu aktiviti mengikut prosedur. Ia memerlukan demonstrasi guru atau seorang individu di hadapan kelas untuk menunjukkan sesuatu aktiviti atau prosedur dan langkah. Cara ini sesuai untuk pengajaran tarian, lukisan, gimnastik atau menjalankan sesuatu aktiviti * KAEDAH STRATEGI MAIN SAMBIL PELAJAR Strategi main sambil belajar adalah aktiviti dijalankan secara spontan yang membawa kepada pembelajaran. Main adalah ekspresi kendiri yang kreatif dan perkembangannya paling jelas pada peringkat kanak-kanak. Kanak-kanak akan mencari pengetahuan deng

KEPENTINGAN MAIN DALAM PROSES PEMBELAJARAN KANAK- KANAK


Mengapa Bermain? Mengikut Piaget (1962), kanak-kanak memerlukan aktiviti bermain kerana: Main memberikan peluang kepada kanak-kanak meluahkan idea, perasaan dan emosi Main dapat mewujudkan perasaan tenang dan menghiburkan hati Main menyediakan saluran untuk kanak-kanak menggunakan tenaga yang berlebihan Main membolehkan kanak-kanak menyediakan diri ke arah kedewasaan atau kematangan Main memberikan peluang kepada kanak-kanak belajar menyelesaikan pelbagai bentuk masalah (kognitif, motor, sosial) yang menyumbang kepada perkembangan intelek Main membudayakan proses pembelajaran termasuk mengulang, latihan, latih tubi, peniruan, penerokaan, penemuan, perkaitan, membuat huraian, rumusan, mensintesis dan menguji Main membantu dalam pembentukan jati diri, ketrampilan diri, pemupukan nilai murni seperti motivasi intrinsik, penglibatan, ketahanan, kemahiran interpersonal, keyakinan diri dan berani bertindak. Kepentingan dan Faedah Bermain Secara umum, bermain boleh membantu kanak-kanak dalam perkembangan fizikal, perkembangan sosioemosi, perkembangan kognitif dan perkembangan bahasa. 1. Perkembangan Fizikal Kanak-kanak menguasai kawalan motor halus dan motor kasar melalui bermain. Kemahiran motor kasar yang dapat dikembangkan melalui aktiviti seperti berlari bebas, melompat, memanjat, menendang, mengangkat, membaling dan menyambut (bola). Ini memberi kesedaran kepada kanak-kanak tentang fungsi badan sendiri, kegunaan ruang dan arah tujuan. Aktiviti membutang, mewarna, melukis, menampal dan mencantum dapat mengembangkan kemahiran motor halus dan koordinasi mata-tangan. Kemahiran manipulatif dapat dibina melalui aktiviti seperti mencucuk benang ke dalam manik, jigsaw puzzles, mengikat reben, kraft tangan dan membentuk menggunakan doh. 2. Perkembangan Sosioemosi Semasa bermain, kanak-kanak berpeluang belajar berinteraksi dengan orang lain secara positif, mengajak kanak-kanak keluar daripada pola egosentrik, mengambil kira pandangan rakan, menghormati hak orang lain, bersabar dan bertolak ansur. Mereka dapat belajar untuk menangguh kehendak semerta diri (delayed gratification) untuk mencapai matlamat

jangka panjang. Dengan itu main memberi peluang kepada kanak-kanak membina konsep kendiri yang positif, keyakinan diri serta melahirkan sentimen dan menstabilkan emosi. Aktiviti main peranan seperti berpura-pura menjadi doktor dan pesakit atau menaiki bas olok-olok memberi latihan kepada kanak-kanak untuk menguasai pengetahuan dari persekitaran serta membantu perkembangan kemahiran bersosialisasi. Permainan imaginatif seperti ini memberi latihan kepada kanak-kanak mengenali alam dewasa. Mereka belajar bekerjasama untuk mencapai matlamat kumpulan. 3. Perkembangan Kognitif dan Bahasa Bermain juga dapat membantu memperkembangkan kebolehan kognitif seperti mengenal pasti, mengkategori, membuat urutan, memerhati, membezakan, meramal, membuat rumusan, dan membuat perbandingan. Akiviti seperti membina blok, permainan bahasa, permainan dam, puzzle, teka-teki, nyanyian dan congkak membantu mengembangkan kemahiran bahasa, matematik dan sains serta berfikir secara logik dan kreatif. Kanak-kanak juga dapat meningkatkan kemahiran penggunaan bahasa dalam persekitaran yang relaks, semulajadi dan seronok.

PERANAN DAN KEPENTINGAN MAIN DALAM PEMBELAJARAN MURID-MURID


KONSEP MAIN Sebagai bakal guru, pernahkah kita terfikir bahawa kanak-kanak amat memerlukan main dalam perkembangan kognitif, psikomotor dan afektif. Menurut Choong (2008), main merujuk kepada sesuatu aktiviti yang bermotivasi intrinsik serta menyeronokkan kepada individu yang berkenaan. Kamus Webster dalam Choong (2008) pula menyatakan konsep main sebagai pergerakan laju dan berubah- ubah sebagai contoh, kanak-kanak berpura-pura menjadi jet pejuang, kereta lumba. Konsep kedua menyatakan main peranan adalah satu watak sebagai contoh kanak-kanak berpura-pura menjadi seorang guru, emak, dan sebagainya. Main juga sebagai rekacipta sesuatu iaitu kanak-kanak mencipta kreativiti mereka dengan bermain susunan blok. Main juga dikonsepkan sebagai senaman sebagai contoh bermain ting-ting, konda-kondi dan sebagainya. Ia mencipta keseronokan atau gurauan seperti permainan sorok-sorok, permainan lari ikat kaki, dan sebagainya. Bermain juga mempunyai tiga konsep iaitu main bebas, main terkawal, dan main terarah (Azizi Jaafar, 2009). Menurut Noriati, Boon, Sharifah Fakhriah (2009), main adalah simbolik, bermakna, menyeronokkan, sukarela dan bermotivasi intrinsik, berperaturan dan berbentuk episodik (Fromberg,1987). Main juga ialah sukarela, penglibatan dan pergerakan fizikal aktif serta kualiti yang melibatkan imaginasi (Pellegrini,1995). KEPENTINGAN MAIN DALAM PEMBELAJARAN Terdapat tiga aspek yang dilihat dalam mengkaji kepentingan bermain kepada kanak-kanak iaitu aspek perkembangan intelek, sosioemosi dan fizikal. a) Perkembangan Intelek Melalui perkembangan intelek, kanak-kanak dapat mengetahui tahap keupayaan, kesediaan dan kecerdasan untuk belajar. Kanak-kanak juga akan mempelajari dan mengetahui pelbagai kemahiran sekaligus dapat membantu mereka berfikir dengan lebih kreatif dan logik. Mereka juga dapat menambahkan maklumat tambahan ke dalam minda dan akan mengembangkan potensi pemikiran kanak-kanak dalam mendedahkan mereka cara menyelesaikan masalah. b) Perkembangan Sosioemosi Bermain sangat penting dalam memupuk interaksi kanak-kanak dengan rakan-rakan mereka, guru-guru dan orang-orang di sekeliling mereka termasuklah dengan ibu bapa. Menurut teori instinct (naluri), alam kanak-kanak merupakan tempoh persediaan diri untuk ke alam dewasa (Noriati, Boon dan Sharifah Fakhriah, 2009). Mereka akan dapat mengenali dan mengetahui bahawa emosi seseorang mungin berbeza mengikut situasi tertentu dan tahu bagaimana cara untuk mengawal emosi tersebut. Bermain juga dapat meningkatkan keyakinan dan keberanian diri kanak-kanak supaya tidak malu untuk bersosial dengan orang lain. c) Perkembangan Fizikal Kanak-kanak perlu mengutamakan kesihatan dan keselamatan mereka semasa bermain. Pendedahan

kepada permainan dalaman (indoor game) dan permainan luaran (outdoor game) perlu diterapkan agar mereka sentiasa diberi peluang untuk menyertai dan menunjukkan bakat yang terpendam. Melalu bermain, kemahiran psikomotor dapat dibina dan ia juga dapat meningkatkan kemahiran motor halus dan koordinasi mata-tangan serta dapat mengeluarkan perasaan takut dan bimbang kepada peringkat sedar (Noriati, Boon dan Sharifah Fakhriah, 2009). KATEGORI MAIN Menurut Choong (2008) dan Noriati, Boon dan Sharifah Fakhriah (2009), main dapat dibahagikan kepada dua kategori utama iaitu permainan sosial dan permainan kognitif. 1. Main sosial Mildred Parten (1932) telah mengkategorikan main sosial kepada enam peringkat dan empat daripadanya ialah Main Unoccupied iaitu kanak-kanak tidak bermain apa-apa alatan atau dengan sesiapa pun. Mereka hanya memerhati tanpa melakukan sesuatu. Main Solitary iaitu kanak-kanak main secara perseorangan. Mereka bermain tidak melibatkan orang lain yang berhampiran dengannya. Ini bermakna, kanak-kanak akan mengabaikan apa yang dilakukan kanak-kanak lain yang ada dalam bilik yang sama. Main Onlooker iaitu kanak-kanak memerhatikan kanak-kanak lain bermain tetapi tidak melibatkan diri dalam permainan. Main Parallel iaitu kanak-kanak bermain sendirian tetapi menggunakan cara dan alatan yang sama. Walaupun mereka berkongsi alat permainan tetapi mereka bermain sendiri-sendiri. 2. Main Kognitif Terdapat tiga peringkat dan kategori main menurut Piaget (1962) iaitu Main Latihan yang melibatkan daya motor untuk meneroka rupa bentuk objek dan cuba memahami apa yang boleh dibuat dengan objek berkenaan. Main Simbolik melibatkan kanak-kanak menukar sesuatu objek kepada sesuatu yang lain. Main yang berperaturan di mana kanak-kanak menggunakan peraturan bagi aktiviti main mereka. Menurut Choong (2008) pula, terdapat lima jenis main kognitif iaitu main fungsian, main konstruktif, main fantasi, main dramatik dan mainan yang berperaturan. CIRI-CIRI MAIN Antara ciri-ciri main ialah : I. Motivasi intrinsik. Ia tidak bergantung kepada ganjaran untuk bermain. Kanak-kanak suka bermain kerana keseronokan yang dialami. II. Fokus kepada fungsi. Kanak-kanak bermain dengan menitikberatkan unsur kegunaan aktiviti main. III. Penglibatan yang aktif. Kesemua deria dimanfaatkan dalam proses pembelajaran dan juga ketika mereka bermain. IV. Bebas untuk memilih. Kanak-kanak berhak memilih jenis permainan yang mereka suka untuk belajar dan meneroka persekitaran. Main ialah pilihan dan rekaan kanak-kanak (Garvey, 1991 dalam Noriati, Boon dan Sharifah Fakhriah, 2009). V. Tidak bermatlamat. Kanak-kanak agak sukar menyatakan tujuan mereka bermain sesuatu permainan

itu. VI. Mempunyai kesinambungan. Kanak-kanak biasanya terlalu khusyuk bermain hingga lupa diri dan perlu diingatkan untuk makan, mandi dan sebagainya. VII. Penerokaan. Kanak-kanak akan meneroka setiap permainan dan proses, resos, rakan. ia sesuatu yang baharu dan masing-masing mempunyai kelainannya.

Anda mungkin juga menyukai