Anda di halaman 1dari 19

MENGGAMBAR

BIDANG MENGGAMBAR

DEFINISI MENGGAMBAR Adalah satu representasi visual sesuatu objek atau imej yang dihasilkan di atas permukaan rata. Ia mengandungi komposisi artistik yang dihasilkan melalui aplikasi warna di atas permukaan rata. Ilustrasi yang digunakan untuk menerangkan dengan lebih jelas tentang sesuatu objek Gambaran huruf yang diterangkan dalam bentuk grafik. Representasi visual yang dihasilkan dalam bentuk 2 dimensi Gambar sebagai satu artifak yang menunjukkan satu kecenderungan terhadap sesuatu imej atau objek ALAT , MEDIA DAN TEKNIK Murid minat menghasilkan kerja-kerja seni menggunakan berbagai jenis kertas yang berbagai tekstur, warna dan berbagai saiz. Lain-lain kertas seperti kertas surat khabar, majalah, kertas tisu, kertas sampul surat, kertas

pembungkus hadiah dll. Alat tulis samada yang berwarna atau tidak berwarna, media kering atau basah semuanya amat berguna untuk melengkapkan kerja-kerja menggambar. TUJUAN MENGGAMBAR Meneroka beberapa teknik yang berbeza dalam melukis dan membuat gambar Menggunakan Asas Senireka dalam menggambar berdasarkan tema imaginasi murid Menggambar berdasarkan tema, pengalaman, imaginasi dan fantasi murid secara manual dan berbantukan komputer.
(a) Aras Pengetahuan dan Kefahaman Memahami konsep dan fungsi setiap aktiviti yang dipelajari Menyatakan perasaan, idea dan imaginasi diri melalui kegiatan menggambar. Menguasai asas seni reka serta menghasilkan hasil kerja seni visual yang kreatif dan berfungsi (b) Aras Aplikasi dan Analisa Merasa dan mengenalpasti pelbagai kesan, benda, alat dan bahan dengan meneroka dan mencuba secara spontan Mengambil bahagian dalam kegiatan seni visual dengan

perasaan gembira Mengenal dan menggunakan elemen asas seni reka dalam penghasilan karya secara kreatif (c) Aras Sintesis dan Penilaian Menghayati benda yang dilihat, disentuh dan didengar erta menyatakan aspek yang disukai dan yang tidak isukai Meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi dalam semua kegiatan seni visual Menghargai alam persekitaran serta menghayati unsur flora dan fauna Mengamalkan nilai-nilai murni seperti bekerjasama, brkeyakinan diri, kekemasan, kebersihan serta mengutamakan keselamatan Menggabungjalin aktiviti seni visual dengan subjek lain dalam usaha mewujudkan idea yang kreatif

KEGIATAN DALAM BIDANG MENGGAMBAR


LUKISAN CATAN KOLAJ MONTAJ CETAKAN RESIS GOSOKAN STENSILAN PERCIKAN GURISAN CAPAN MOZEK POSTER

LUKISAN PENGENALAN LUKISAN 1. Lukisan dalam bahasa inggeris di sebut drawing ia adalah peringkat awal untuk menghasilkan catan.Melukis dikatakan memberi kesan keindividuan dan memberi kesan keaslian pada karya. Lukisan juga dijadikan medium untuk meluahkan pendapat dan perasaan.

DEFINISI LUKISAN Lukisan adalah karya yang dihasilkan daripada garisan yang membentuk imej menggunakan media kering yang biasanya dihasilkan secara spontan serta menggunakan campuran warna yang terhad. TEKNIK-TEKNIK LUKISAN

Teknik pointilisme Membuat titik-titik ke atas kertas atau kanvas untuk mendapatkan imej. Ketebalan tititk dapat menghasilkan ton.

Teknik gosokan Menggosok media dia atas permukaan bagi menghasilkan ton dan membentuk imej.

Teknik hatching- Melorek-lorek media ke atas kertas atau kanvas untuk mendapatkan imej dan ton.

Teknik cross hatching- Melorek secara bersilang bagi menghasilkan ton.

MEDIA LUKISAN DAN CIRI-CIRINYA PENSEL -Mempunyai kepekatan yang berbeza kandungan kuantitit campuran arang yang dicampur ke dalamnya. -Semakin tinggi nilai nombor semakin gelap kepekatan dakwat pensil. -Pensil yang keras ditandakan dengan nilai H dan pensel yang lembut ditandakan dengan nilai B. -Mempunyai pelbagai warna pilihan. -Boleh digosok untuk mencampurkan warna. -Jika pensil warna ditekan semasa mewarna , warna yang terang dan legap akan terhasil -Terdapat beberapa jenis pen seperti pen celup (mapping pen), pen manuskrip, pen mata bola dan pen teknikal. -Memberi kesan tajam dan kemas. -Ketebalan saiz mata menentukan ketebalan saiz garisan semasa melukis.

PENSEL WARNA

PEN

CHArCOAL

-Bahan yang lazim digunakan oleh pelukis-pelukis agung semasa abad ke18. -Memberi kesan hitam dan legap. -Pelukis memerlukan kemahiran menghasilkan lukisan menggunakan arang agar tidak nampak kotor.

-Memerlukan pemati warna fixative agar debunya tidak bertaburan. SOFT PASTEL -Mempunyai pelbagai warna. -Kesan yang lebut jika ia digunakan sedikit dan member kesan yang terang jika banyak digunakan. -Pelukis memerlukan kemahiran menghasilkan lukisan menggunakan arang agar tidak nampak kotor. -Memerlukan pemati warna fixative agar debunya tidak bertaburan. OIL PASTEL -Mempunyai pelbagai warna. -Kesan yang tebal. - Pelukis memerlukan kemahiran menghasilkan lukisan menggunakan arang agar

Memerlukan pemati warna fixative agar debunya tidak bertaburan.

CONTOH LUKISAN MEDIA :OIL PASTEL CONTOH LUKISAN MEDIA :PENSEL WARNA

CONTOH LUKISAN MEDIA :PENSEL

CONTOH LUKISAN MEDIA : PEN

CETAKAN
PENGENALAN CETAKAN Seni cetak ialah proses penghasilan karya seni melalui teknik percetakan, biasanya di atas kertas. Kecuali dalam kes monotaip, proses ini mampu menghasilkan salinan karya yang sama dalam jumlah banyak, yang dikenali cetakan atau gambar teraan.

Setiap kepingan karya bukanlah tiruan tetapi hasil asli kerana ia bukan diciplak daripada mana-mana karya seni yang lain dan secara tekniknya dikenali sebagai teraan. Ini berbeza dengan lukisan yang mencipta satu karya seni asli yang unik. Teraan dihasilkan dari satu permukaan asli tunggal, secara tekniknya disebut sebagai matrik.

Matriks yang umum digunakan adalah seperti plat logam, biasanya tembaga atau zink untuk turisan atau goresan batu untuk litografi blok kayu untuk toreh kayu, linoleum untuk torehan lino dan plat fabrik untuk percetakan.

Masih banyak lagi bahan lain yang digunakan dalam karya seni ini, dan akan diterangkan di bawah. Karya yang dicetak dari satu plat tunggal membentuk satu edisi, dan

di zaman mdoden ini selalunya ditandatangani dan dinomborkan untuk membentuk suatu edisi terhad. Teraan juga boleh diterbitkan dalam bentuk buku, sebagai buku artis. Satu teraan boleh terhasil dari satu atau beberapa teknik. JENIS-JENIS CETAKAN (a) Cetakan Timbulan (Relief) Merupakan proses membuat cetakan dengan meletakkan dakwat atau warna pada permukaan tapak cetakan yang biasanya terdiri daripada blok kayu atau lino. Hasil permukaan acuan merupakan imej yang terhasil di permukaan kertas. Contoh cetakan jenis ini ialah: (a) Cetakan Kayu (b) Cetakan Lino (c) Cetakan Kolograf (d) Cetakan Kolaj (b) Cetakan Stensil atau Skrin Cetakan ini memerlukan kain sutera (organdi) yang direnggangkan di atas pemidang kayu. Cetakan Sutera Saring / Stensil / Sarigrafi. Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan dalam jenis cetakan ini iaitu: (a) Kaedah Potongan Kertas Pendua (b) Kaedah Filem Leker

(c) Kaedah Skrin Foto (c) Cetakan Lithografi / Planograf / Cetakan datar Juga dikenali sebagai cetakan Plonografi. Cetakan datar menggunakan blok batu kapur sebagai blok persembahan imej. Teknik yang digunakan ialah teknik penolakan minyak dengan air. Kekalisan antara air dan minyak dapat menghasilkan cetakan seakanakan lukisan pensil. Cetakan dibuat menggunakan mesin cetak. (d) Cetakan Benaman (Intaglio) Berlawanan dengan cetakan timbulan. Bagi cetakan timbulan, dakwat atau pewarna di atas permukaan yang timbul manakala cetakan benaman pula dakwat atau warnanya di dalam ukiran turisan yang akan menjadi imej. Merupakan proses membuat cetakan melalui cara mengukir pada plat logam atau kayu dan meletakkan dakwat atau warna ke dalam hasil turisan. Contoh cetakan jenis ini ialah: (a) Kaedah Turisan (engraving) (b) Kaedah Gurisan Asid (etching) (c) Kaedah Akuantin (aquantint) (d) Kaedah Mesotin (mezzotint) (e) Cetakan Gurisan Asid Cetakan asid pertama kali digunakan pada awal kurun ke-16 selepas asid diketahui boleh digunakan untuk mengguris imej ke dalam kepingan logam.

Rembrandt Van Rijn, Francisco Goya dan Pablo Picasso adalah antara artis yang menggunakan tekni ini untuk mencipta dan menghasilkan sebahagian daripada karya utama mereka. Corak gurisan yang dihasilkan diatas permukaan logam yang telah disapu dengan sejenis bahan yang kalis asid. Gurisan dibuat dengan jarum etching di atas permukaan logam. Mesin digunakan untuk menghasilkan cetakan jenis ini. (f) Cetakan Kayu Kaedah yang paling awal digunakan. Muncul di Negeri China pada kurun ke-8. Berkembang ke Eropah sekitar tahun 1418 Masihi dan digunakan untuk mencetak rekaan pada kain. Kemudian, cetakan dikembangkan untuk kegunaan pendidikan, keagamaan, propaganda dan tekstil untuk pakaian. Cetakan berwarna diperkenalkan pada kurun ke-15 Masihi. Manakala pada kurun ke-16, cetakan muncul dan mencapai status sebagai satu bentuk seni yang penting dengan penghasilan karya Albrecht Durer dan karyawan Eropah. Di Malaysia, cetakan bermula dengan mencetak kain sarung. Kaedah yang mudah dan murah kerana peralatan senang didapati. Cara dan teknik sama dengan cetakan lino. Perbezaannya hanya cetakan kayu menggunakan kayu yang kesan cetakannya berira manakala cetakan lino menggunakan lino kesannya yang licin. Permukaan kayu yang berira ini membawa kesan yang

tersendiri yang amat menarik. Oleh itu seorang pencetak dari Eropah, Edvard Munch amat suka menggunakan teknik ini. (g) Cetakan Lino Kaedah dan proses sama dengan cetakan kayu iaitu kaedah cetakan timbul. Bezanya hanya imej yang hendak di cetak di ukir dengan pahat pengukir di atas lino manakala kaedah cetakan kayu ukiran dibuat di atas blok kayu. (h) Cetakan Lithografi Cetakan ini dicipta pada tahun 1798 oleh Aloys Senefelder. Pada tahun 1890-an, cetakan ini telah muncul dalam karya yang penuh artistik, iaitu dalam bentuk warna oleh Piere Bonnard dan Henri de Toulouse-Leutrec. Juga dikenali sebagai cetakan Plonografi. Cetakan datar menggunakan blok batu kapur sebagai blok persembahan imej. Teknik yang digunakan ialah teknik penolakan minyak dengan air. Kekalisan antara air dan minyak dapat menghasilkan cetakan seakan akan lukisan pensil. Cetakan dibuat menggunakan mesin cetak. (i) Cetakan Sutera Saring Pada sekitar tahun 1930-an, beberapa artis Amerika Syarikat memulakan hasil karya mereka dengan menggunakan teknik cetakan ini. Juga dikenali sebagai cetakan stensil dan sarigrafi.

Cetakan ini memerlukan kain sutera (organdi) yang diregangkan pada pemidang. Imejnya dihasilkan melalui keratan kertas pendua, filem leker atau skrin foto. Berbeza dengan cetakan lain, ia menggunakan sekuji untuk menyapu dakwat atau warna di atas permukaan kertas. Terdapat pelbagai kaedah stensil. Di antaranya ialah: (a) Kaedah Potongan Kertas Pendua (b) Kaedah Filem leker (c) Kaedah Lilin (d) Kaedah Sutera Saring (j) Cetakan Stensil Kaedah Potongan Kertas Pendua Kaedah ini ialah kaedah yang paling ringkas dan mudah. Sediakan sebuah pemidang skrin. Lukis dan gunting imej atas kertas pendua. Semasa mencetak, letakkan imej yang telah dipotong di atas kertas permukaan dasar yang hendak dicetak. Pemidang skrin diletakkan di atasnya sebelum dituangkan dakwat atau warna. Gunakan sekuji untuk meratakan warna di atas pemidang skrin. Angkat perlahan-lahan pemidang skrin. Biasanya imej yang dipotong itu akan terlekat pada belakang pemidang skrin. Cetakan ini tidak boleh menghasilkan edisi yang banyak kerana kertas pendua yang dipotong itu akan lembap dan menyebabkan dakwat atau warna terkeluar. Sila rujuk rajah-rajah berikut: (k) Cetakan Stensil Kaedah Filem Laker Langkah 1 : Sediakan lakaran imej. Kemudian lukis imej pada muka belakang filem leker.

Langkah 2 : Potong dan keluarkan bahagian-bahagian yang hendak didakwatkan atau diwarnakan dengan pisau pemotong NT. Filem leker ini mempunyai dua lapisan. Satu lapisan berlilin dan satu lapisan kertas biasa. Bahagian yang dipotong ialah bahagian yang berlilin. Langkah 3 : Setelah selesai mengeluarkan bahagian yang ditembusi dakwat atau warna, kertas filem leker itu diletakkan di bawah pemidang yang telah tersedia dengan kain sutera. Kemudian, digosok dengan seterika elektrik yang sederhana panas. Semasa menggosok, bahagian yang berlilin (leker) akan melekat pada pemidang, sementara kertas biasa.

cetakan lino

cetakan lino

cetakan lino

cetakan ubi kentang

Anda mungkin juga menyukai