Anda di halaman 1dari 21

10TipMudah|MewarnaiRumahAnda

10 Tip Mudah
Mewarnai Rumah Anda

Alam Anuar www.alamdesign.com

HakciptaTerpelihara20102011|www.alamdesign.com 1

10TipMudah|MewarnaiRumahAnda

PENAFIAN
Ebook panduan ini dihasilkan untuk memberikan pengajaran dan menyalurkan maklumat umum mengenai subjek yang dibincangkan. Ia tidak boleh dianggap sebagai mengandungi nasihat kewangan, sekuriti atau perakuan sekuriti. Strategi yang disebut di dalam buku ini mungkin tidak sesuai untuk setiap individu dan tidak dijamin dapat menghasilkan kesan tertentu kepada semua pihak. Walaupun segala usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan informasi di dalam buku ini ketika penulisan, namun begitu informasi selalu bertukar dengan cepat. Oleh itu, sesetengah dari maklumat yang ada di dalam buku ini mungkin sudah tidak tepat ketika anda membacanya. Juga, kemungkinan ada kesalahan tipografi dan kandungan. Gambar adalah hakcipta masing-masing dan dikreditkan. Tidak ada jaminan yang diperakukan bahawa maklumat yang terkandung di dalam buku panduan ini adalah tepat dan lengkap. Pengarang serta pihak penerbit dengan ini secara khususnya tidak bertanggungjawab atas apa-apa risiko, kehilangan, liabiliti, sama ada secara peribadi atau tidak, yang berlaku akibat penggunaan dan aplikasi kandungan buku panduan ini, secara langsung atau tidak langsung. Hakcipta Terpelihara Anda dilarang mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan ebook ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa juga cara sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin daripada pihak penulis Anda dilarang menjual ebook ini kepada mana-mana pihak sekalipun. Anda dilarang menjadikan ebook ini sebagai bonus untuk produk anda. Anda tidak dibenarkan sama sekali mengubah suai kandungan ebook ini Anda dibenarkan menyebarkan ebook ini kepada sesiapa sahaja, di forumforum, mailing list, portal-portal komuniti, 4shared, rapidshare, blog dan sebagainya untuk kita bersama- sama menambahkan ilmu hiasan ini.

HakciptaTerpelihara20102011|www.alamdesign.com 2

10TipMudah|MewarnaiRumahAnda

ISI KANDUNGAN
PENDAHULUAN TIP MUDAH 1 : Cuba Lari Daripada Warna-Warna Selamat! TIP MUDAH 2 : Situasi Menang-Menang TIP MUDAH 3 : Takut Kepada Risiko, Guna Cara Ini! TIP MUDAH 4 : Aura! Warna Ada Emosi TIP MUDAH 5 : Bilik Lain Pun Hendak Warna Juga! TIP MUDAH 6 : Warna Pun Ada Keluarga TIP MUDAH 7 : Warna Ada Pasangannya TIP MUDAH 8 : Suka Corak? Pilih Kertas Dinding TIP MUDAH 9 : Mempermainkan Warna TIP MUDAH 10 : Gambar Sebagai Inspirasi 4 5 7 8 11 12 13 14 15 16 17

PENUTUP

18

HakciptaTerpelihara20102011|www.alamdesign.com 3

10TipMudah|MewarnaiRumahAnda

PENDAHULUAN
Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Terima kasih kepada anda yang sedang menatap ebook ini. Walaupun ebook ini diberikan secara percuma, saya mengharapkan anda dapat manfaatkan isi kandungannya dan mempraktikkannya dalam kediaman anda. Tulisan dan tip ini disampaikan secara santai berserta contoh untuk memudahkan anda memahaminya. Semoga rumah kediaman anda ceria dan bahagia. Dengan itu, berikan wajah rumah anda dengan sentuhan warna. Warna juga, dapat memberikan tenaga dan dapat memperbaharui suasana atau mood dalam sesuatu ruang tersebut. Oleh itu, transformasikan ruang biasa anda kepada luar biasa, SEKARANG !. Semoga berjaya.

Decoration is fun and fabulous!

Alam Anuar
Interior Designer Penulis ebook www.panduandekorasi.com Website www.alamdesign.com Buku blog www.mudahnyags.blogspot.com Blog Penulis www.hazlamanuar.com

HakciptaTerpelihara20102011|www.alamdesign.com 4

10TipMudah|MewarnaiRumahAnda

TIP MUDAH 1
Cuba Lari Daripada Warna-Warna Selamat!
Apa yang dikatakan sebagai warna-warna selamat? Perhatikan gambar dibawah.

Dinding ruang tamu yang mengunakan warna putih daripada elledecor.com

Gambar ini nampak seperti biasa atau bosan bagi anda?. Adakah nampak menarik bagi anda yang sukakan kebersihan, keputihan, yang bertemakan Zen atau seorang yang sukakan konsep minimalis. Pastinya tidak, jika anda yang sukakan keceriaan dan warna yang menyerlah untuk kediaman anda. Tepuk dada, tanya selera. Adakah anda takut untuk bermain dengan warna?. Ditakuti apabila sudah mengecat dinding tersebut, ia sudah menjadi tidak menarik dan tong cat pula bazir begitu sahaja. Oleh itu, apakah warna selamat ini? Maksud warna - warna selamat ialah warna seperti putih salji, krim vanilla, putih gading atau juga dikenali warna-warna bumi (earth tone). Tip yang ingin saya berikan ialah:-

Gunakan warna-warna pastel

HakciptaTerpelihara20102011|www.alamdesign.com 5

10TipMudah|MewarnaiRumahAnda Apa yang dimaksudkan warna-warna pastel ini? Warna pastel ialah warna-warna lembut atau warna pucat. Iaitu setiap warna dicampurkan dengan warna putih yang banyak. Contoh, lihat alat melukis pastel warna anak-anak anda atau di kedai alat tulis, cuba lihat warnanya. Kita juga boleh panggil warna-warna cair ini seperti kuning cair atau baby blue, hijau pucat dan sebagainya

Dinding ruang tamu yang mengunakan warna pastel daripada elledecor.com

Jika anda masih ingin mengunakan warna-warna selamat ini, saya sarankan anda bermain dengan warna-warna perabot dan kemasan yang akan saya berikan dalam TIP MUDAH 9.

HakciptaTerpelihara20102011|www.alamdesign.com 6

10TipMudah|MewarnaiRumahAnda

TIP MUDAH 2
Situasi Menang-Menang
Peristiwa ini selalu berlaku kepada orang yang sudah berkahwin, berkeluarga, berumahtangga. Bagi yang bujang, ia berlaku dalam diri kita yang mempunyai perasaan was-was atau tidak pasti atau banyak pilihan dalam kepala. Saya berikan anda sebuah cerita. Terdapat pasangan yang baru kahwin dan sudah mendapat kunci rumah baru mereka. Tindakan pertama mereka, ialah melakukan renovasi rumah yang dimulakan dengan warna apa yang sesuai untuk rumah mereka. Si Isteri suka warna merah dan si suami suka warna biru. Seperti yang anda ketahui, mereka bertengkar kecil. Bagaimana untuk mengatasi masalah ini? Tip yang ingin saya berikan ialah:-

Satu warna kesukaan kita, boleh menjadi asas untuk warna-warna yang lain
Si Isteri jenis yang suka memasak dan warna merah cili dicatkan di kawasan dapur dan ruang makan sebagai pilihannya. Si suami pula memilih bilik tidur utama mereka, kerana suaminya suka akan ketenangan dan diwarnakan dengan warna biru laut. Mereka juga mahukan ruang tamu mereka tidak perlukan warna. Oleh itu, mereka sebulat suara dengan memilih warna putih barli. Rumusannya , sentiasa bertolak-ansur dalam membuat keputusan. Bagi yang bujang, pilih apa yang anda paling, paling, paling suka! Lihat almari anda, perhatikan warna apa yang mendominasikan pakaian anda. Jika anda suka warna HITAM! Jangan cat keempat-empat dinding dengan warna ini. Pilih satu dinding sahaja sebagai fecture wall (TIP MUDAH 3) dan warnakan dinding lain dengan warna kelabu(TIP MUDAH 6). Elakkan penggunakan lebih tiga jenis warna dalam satu pandangan. Contohnya, kediaman anda open space (ruang tamu,ruang makan dan dapur sekali iaitu tanpa dinding permisah). Ini boleh mengakibat kekeliruan mata dan takut nanti nampak macam tadika pula

HakciptaTerpelihara20102011|www.alamdesign.com 7

10TipMudah|MewarnaiRumahAnda

TIP MUDAH 3
Takut Kepada Risiko, Guna Cara Ini!
Takut mengecat rumah anda? Takut nampak tidak menarik sesudah siap? Takut nampak buruk?Takut dan takut. Lebih-lebih lagi jika anda terbeli cat berjenama yang mahal, rugi lagi. Untuk mengatasi masalah ini saya berikan anda satu tip mudah iaitu cat satu dinding dahulu dalam sesuatu ruang tersebut. Ia juga boleh dipanggil sebagai Titik Tumpu (Feacture Wall). Jika masih lagi ada perasaan was-was, apakata guna tool daripada salah satu 3 website tempatan dibawah:1. www.icidulux.com.my

HakciptaTerpelihara20102011|www.alamdesign.com 8

10TipMudah|MewarnaiRumahAnda 2. www.nipponpaint.com.my

3. www.jotun.com.my

Apa yang anda perlu buat ialah lihat demo, upload gambar dan cuba pelbagai warna cat yang sesuai untuk ruang kediaman anda. Ada juga yang kena menjawap kuiz untuk mengetahui warna yang sesuai dengan personaliti anda.

HakciptaTerpelihara20102011|www.alamdesign.com 9

10TipMudah|MewarnaiRumahAnda

TIP MUDAH 3.5

Anda suka corak dinding yang menggunakan teknik tampal dan tanggal? Pernah dengar pelbagai corak dan bentuk yang boleh ditampalkan di dinding dan mudah ditanggalkan. Ia juga dipanggil sebagai kertas pelekat dinding. Sudah menjadi trend kini dimana terdapat pelekat mudah tanggal yang pelbagai bentuk seperti ranting pokok dengan burung, lampu chandeliar, bentuk bingkai dan pelbagai lagi yang menarik. Pilihlah yang mana berkenan dan pastikan dinding yang ingin ditampalkan itu bersih dan berwarna polos.

Kertas pelekat dinding daripada jundeco.com.my

Gantungkan lukisan abstrak berwarna pada dinding polos


HakciptaTerpelihara20102011|www.alamdesign.com 10

10TipMudah|MewarnaiRumahAnda

TIP MUDAH 4
Aura! Warna Ada Emosi
Tahukah anda warna mempunyai tenaga! Boleh membangkitkan selera makan! Boleh memberikan ketenangan dan juga boleh menyembuhkan penyakit! Merah ghairah, panas, romantis, agresif, rangsang selera makan Merah Jambu feminim, kelembutan, kasih sayang Coklat serius, semulajadi, maskulin,eksklusif Ungu mewah, glamor, elegan, versatile Hijau segar, aman, harmoni, seimbang Biru sejuk, tenang, kedamaian, dingin, selesa, kesederhanaan, kesembuhan Kuning keceriaan, hangat, terang, keluasan,gembira Jingga aktif, riang, kreatif, hangat, santai Hitam kesedihan, kegelapan, sofistikated, misteri Putih bersih, suci, natural, ringkas

Gambar interior sebuah restoran daripada flickr.com (membangkitkan selera!)

HakciptaTerpelihara20102011|www.alamdesign.com 11

10TipMudah|MewarnaiRumahAnda

TIP MUDAH 5
Bilik Lain Pun Hendak Warna Juga!
Pilihan warna ini adalah cadangan saya bagi setiap ruang atau bilik-bilik utama. Warna yang saya pilih ini adalah berdasarkan pengalaman saya dan kebiasaan penggunaan warna ini. Pilihan di tangan anda. Ruang Tamu Kelabu muda, Perang Tua, Coklat Tua, Krim Vanila, Kuning Lemon Ruang Makan Hijau Zaitun, Merah Cili, Jingga Limau Ruang Dapur Kuning Mustard , Merah Mawar, Putih Salji Bilik Tidur Utama Biru Langit, Hijau Pucuk Pisang, Putih Barli Bilik Tidur Lelaki Biru Keputihan, Oren Jingga, Coklat Koko Bilik Tidur Perempuan Merah Jambu, Ungu Lavender, Magenta (pink purple) dan Turquoise (biru kehijauan)

Contoh kad warna

HakciptaTerpelihara20102011|www.alamdesign.com 12

10TipMudah|MewarnaiRumahAnda

TIP MUDAH 6
Warna Pun Ada Keluarga
Color family. Haah, warna pun ada keluargannya. Ia juga boleh dipanggil sebagai tona senada (monokrom) atau sewarna. Warna monokrom ini berlaku kerana pertambahan warna hitam atau putih dalam sesuatu warna. Itu yang munculnya perkataan biru muda, biru tua, merah pekat, merah cair, kuning terang atau kuning gelap. Warna ini memberikan kesan keharmonian dan keselesaan dalam sesuatu ruang tersebut kerana ia dalam keluarga yang sama. Orang kata tidak sakit mata kalau memilihnya! Contohnya anda suka warna kuning. Oleh itu, pilih warna-warna dalam keluarga kuning. Seperti warna kuning tua, kuning muda, kuning telur, kuning mustard atau kuning langsat.

Contoh warna-warna monokrom yang berwarna kuning ke jingga

Warna gelap memberikan kesan ilusi ruang nampak sempit, warna terang memberikan kesan ruang nampak luas
HakciptaTerpelihara20102011|www.alamdesign.com 13

10TipMudah|MewarnaiRumahAnda

TIP MUDAH 7
Warna ada Pasangannya
Warna ada pasangannya atau boleh dipanggil memandankan/ mengabungkan warna. Jika kediaman anda mempunyai satu warna, pastinya kelihatan bosan dan tidak menarik. Oleh itu, kita perlu padankan warna kesukaan kita dengan warna lain yang sesuai atau dipanggil mix & match (Ingat baju sahaja yang boleh buat ). Saya ingin memberikan anda tip mudah untuk membuat padanan warna (color matching). Cuba lihat kemasan dalam rumah anda atau ketika anda membeli-belah barangan dekorasi atau sebagainya, perhatikan warna-warna kemasan yang digabungkan. Contoh, kusyen itu mengambungkan warna putih salji, hijau epal dan hitam arang. Anda dapati ia nampak menarik dan gunakan gabungan warna tersebut sebagai panduan. (Barangan yang dijual telah menjalani proses brainstorming, survey, pakar warna untuk mengabungkan warna yang sesuai untuk menghasilkan produk yang boleh dijual) Oleh itu, amatlah mudah untuk mendapatkan idea warna dari produk tersebut.

Alam semulajadi dapat memberikan anda inspirasi warna dan pasangannya

Gambar dari flickr.com daripada natureloving

HakciptaTerpelihara20102011|www.alamdesign.com 14

10TipMudah|MewarnaiRumahAnda

TIP MUDAH 8
Suka Corak? Pilih Kertas Dinding
Selain warna, anda juga boleh memilih kertas dinding sebagai pilihan. Terdapat pelbagai pilihan kertas dinding yang boleh anda dapati dalam pelbagai corak, stail atau tema. Ada corak yang berbunga-bunga, berpetak geometri dan bertekstur. Corak stail ialah seperti corak klasik, retro dan corak tema seperti tema kartun, angkasa lepas, fantasi yang sesuai untuk bilik kanak-kanak. Kertas dinding memberikan kesan atau impak yang dramatik dan lebih menyerlah dalam sesuatu ruang tersebut berbanding cat kerana coraknya. Anda juga boleh menggabungkan kertas dinding dengan cat. Jadikan kertas dinding sebagai fecture wall dan dinding selebihnya dengan cat warna polos. Jika mahu satu bilik wallpaper pun boleh, tapi pastikan corak atau rekaannya tidak terlalu sarat. Nanti pening mata dibuatnya. Pilih warna cat yang hampir sama dengan kertas dinding yang anda pilih. Supaya dinding rumah tidak nampak terlalu kontras atau perbezaan yang ketara. Pilih corak yang kecil untuk ruang yang kecil dan corak yang besar untuk ruang yang besar. Tetapi, saya suka sarankan anda membuat kelainan dengan pilih corak yang BESAR untuk ruang yang kecil. TETAPI, pastikan corak yang besar itu tidak terlalu sarat perinciannya dan kertas dinding itu tidak terlalu kontras rekaannya. Itu syarat saya.

HakciptaTerpelihara20102011|www.alamdesign.com 15

10TipMudah|MewarnaiRumahAnda

TIP MUDAH 9
Mempermainkan Warna
Tidak suka mewarnai dinding anda! Cuba mainkan warna aksesori, kemasan dan perabot anda. Contoh seperti pasu berwarna hijau zaitun, langsir bercorak kelabu asap. Sofa anda berwarna polos tapi dimeriahkan dengan warna-warna yang terdapat pada kusyen. Selain itu, anda juga boleh kenakan kain selimut kecil atau skaf bersaiz besar yang berwarna untuk sofa warna polos anda.

Gambar yang menunjukkan aksesori berwarna jingga

HakciptaTerpelihara20102011|www.alamdesign.com 16

10TipMudah|MewarnaiRumahAnda

TIP MUDAH 10
Gambar Sebagai Inspirasi
Di sini saya sediakan beberapa gambar sebagai inspirasi untuk anda memulakan warna di dalam kediaman anda

HakciptaTerpelihara20102011|www.alamdesign.com 17

10TipMudah|MewarnaiRumahAnda

PENUTUP
Terima kasih kerana membaca ebook ini, semoga anda mendapat manfaat dan mula mendapat inspirasi untuk mengecat kediaman anda. Jika anda mempunyai soalan berkaitan isi ebook ini atau masalah berkaitan mewarnai kediaman anda, sila hantarkan kepada : Email: alamdesign[a]gmail.com Website: www.alamdesign.com Ebook Dekorasi: www.panduandekorasi.com Blog: www.hazlamanuar.com Buku 3D: Mudahnya Google SketchUp terbitan PTS NetMedia Sdn. Bhd.

Selamat Berdekorasi!

Alam Anuar

HakciptaTerpelihara20102011|www.alamdesign.com 18

10TipMudah|MewarnaiRumahAnda

Munculnyaebookdekorasi

PanduanDekorasi
Ilham&PanduanMenghiasKediamanKecil

Ketahui Teknik Menghias Kediaman Untuk Kelihatan Lebih Menarik & Memukau Sesiapa Sahaja Yang Mengunjungi Rumah Anda! TANPA Perlu Berbelanja Besar Mengupah Juruhias Dalaman!
Ketahuilah Panduan Asas Serta Tip Mudah Hiasan Dalaman! Jadikan Diri Anda Seorang Pakar Dekorasi Hari Ini!.

Layari : http://www.panduandekorasi.com
HakciptaTerpelihara20102011|www.alamdesign.com 19

10TipMudah|MewarnaiRumahAnda

Pelajaribagaimanaandabolehmenghasilkanbentuk3D denganmudahdancepat!!

Andabolehpelajaripanduaninidenganmemilikibukusayaiaitu MudahnyaGoogleSketchUp
CaraPantasMenghasilkanDesain3DMenggunakanPerisianPercuma

Layaridiwww.bukumudahnyags.com
HakciptaTerpelihara20102011|www.alamdesign.com 20

10TipMudah|MewarnaiRumahAnda

DEKOPERABOT
PanduanBagaimanaMemilihdanMembeliPerabotyangBerkualiti

Didedahkan Teknik Bagaimana Untuk Memilih Dan Membeli Perabot Yang Berkualiti. Keselesaan Dan Kesihatan Anda Bakal Terjamin!
Tempah Sekarang di www.alamdesign.com/dekoperabot

HakciptaTerpelihara20102011|www.alamdesign.com 21

Anda mungkin juga menyukai