Anda di halaman 1dari 4

LAPORAN SEBELUM BIG Pada semester kali ini iaitu semester empat, kami telah diwajibkan menjalankan program

BIG iaitu ceramah dan khidmat masyarakat.Sebelum itu, saya ada berbincang dengan beberapa orang rakan sekelas untuk bercadang menjalankan program ini bersama-sama.Namun setelah berfikir beberapa kali ,hasrat tersebut terpaksa di batalkan memandangkan masa kami yang terhad yang cuma dapat berjumpa hanya pada waktu interaksi.Ditambah jarak tempat tinggal kami yang berjauhan menyukarkan kami mengadakan perbincangan yang lebih kerap. Selepas itu saya mengambil keputusan untuk melaksanakan program ini bersama dengan rakan sekerja yang mana beliau pun merupakan pelajar PPG dari IPG kampus Gaya.Untuk itu kami telah berbincang beberapa kali untuk mendraf dan menyiapkan kertas kerja menentukan organisasi untuk menguruskan aktiviti di dalam program BIG ini.Sebelum program itu, pelbagai persiapan telah dilakukan.Antaranya ialah pemilihan tempat, kertaskerja, bajet dan lain-lain yang dirasakan perlu.Setelah perbincangan dibuat, kami telah bersetuju untuk memilih SK Kelatuan sendiri untuk dijadikan tempat program BIG dilaksanakan.Untuk memudahkan komunikasi dan pergerakan keluar masuk.Bertindak sebagai setiausaha saya telah menghantar surat kepada guru besar untuk meminta kebenaran melaksanakan program ini dan telah menerima maklumbalas yang positif dan menyokong sepenuhnya niat kami mengadakan program ini di sini.Langkah seterusnya berbincang dengan pihak pentadbiran sekolah khususnya unit kurikulum yang merupakan rakan kerjasama dalam melaksanakan program ini.Setelah melalui beberapa perbincangan khusus maka kami mencapai kata sepakat untuk menetukan tarikh mesyuarat untuk pembentangan kertas konsep dan bersedia menerima respon yang pelbagai dari pihak guru-guru SK Kelatuan memandangkan mereka juga dilibatkan secara langsung menjadi AJK dan sekaligus peserta ceramah profesion perguruan dan khidmat masyarakatini. Ternyata semua rakan guru juga menyambut baik program ini dan memberikan respon yang memberangsangkan.Ini menambahkan lagi semangat kami untuk mengatur langkah yang seterusnya.

LAPORAN SEMASA BIG Semasa program BIG berlangsung, kami mendahulukan khidmat masyarakat iaitu bergotong-royong membersihkan kawasan sekolah.Seramai lebih kurang 200 orang murid yang terlibat .namun memandangkan ianya kena pada hari cuti ramai yang tidak menghadirkan diri terutama murid tahap 1 atas pelbagai sebab.Ditambah dengan kelas /klinik motivasi tahun 6 yang juga dijalankan pada masa yang sama.namun ia tidak membantutkan pelaksanaan program ini dan ia diteruskan seperti yang telah dirancangkan.Kami telah membahagikan beberapa orang guru untuk memimpin murid dalam kumpulan dan ditugaskan dibahagian-bahagian tertentu dalam kawasan sekolah. Antaranya kawasan surau ,blok tahap 1 dan kawasan sekita,membersihkan longkang ,mengecat dan sebagainya. Bagi sesi ceramah pula dijalankan pada 17 hb April yang dihadiri oleh 20 orang guru dan kakitangan bukan mengajar.Ceramah yang bertajuk Ciri-ciri dan kualiti guru yang professional disampaikan oleh Penolong kanan Kurikulum Encik George Antonius.Antara isi yang disentuh dalam ceramah beliau adalah tentang konsep guru mengajar dan murid belajar.Ianya satu sesi penyampaian yang sungguh bermakna ditambah denga sikap lelucon yang diselitkan oleh beliau di dalam ceramahnya membuatkan guru-guru tak kering gusi.Beberapa orang guru juga turut memberi respon yang positif dengan memberi pandangan , berkongsi ilmu serta pengalaman.Diakhir ceramah diadakan jamuan ringan dan penyampaian cenderahati sebagai tanda penghargaan . LAPORAN SELEPAS BIG Setelah selesai semua aktiviti,saya dan rakan En Hussin mengadakan beberapa perbincangan lagi terutama dalam hal dokumentasi dan penulisan pelaporan.Selain itu kami juga membuat beberapa rujukan dalam melengkapkan folio yang akan dihantar kelak.

REFLEKSI KENDIRI Bersyukurkepada Allah s.wt yang Maha Berkuasa atas setiap sesuatu kerana dengan izi n-Nya saya telah Berjaya menamatkan salah satu komponen wajib yang mesti dilalui semasa kursus pensiswazahan guru ini iaitu menjalani program Bina Insan Guru (BIG) Fasa II Pada keseluruhannya projek ini telah berjaya dilaksanakan apabila setiap dari kami telah menjalankan peranan dan menunaikan tanggungjawab mereka dengan baik.Saya telah mencari beberapa orang rakan saya untuk berbincang dan meminta pendapat yang bernas dan membantu saya dalam pengurusan seterusnya pelaksanaan program ini. Menurut pandangan saya program seumpama ini memang sangat patut dijalankan terutama kursus atau ceramah untuk para guru dalam usaha memantapkan lagi profesion perguruan iniSeperti yang kita ketahui,dunia sekarang semakin maju dan pantas.Maka dengan itu guru juga harus sentiasa upgrade agar dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan mana-mana profesion yang lainnya.Sebagai guru juga harus mempunya attitude yang positif dan sentiasa optimis.Bukan hanya bertanggungjawab pada diri sendiri malah,agama bangsa dan Negara. Bagi program khidmat masyarakat juga adala suatu yang memang sangat berharga teutama dari segi megeratkan hubungan silaturahim antara rakan dan juga masyarakat setempat.Hubungan baik perlu dipelihara agar tidak timbul perkaraperkara yang boleh menggugat keharmonian dan keamanan.Selain itu ianya juga memupuk semangat berpasukan dan kerjasama yang kukuh. Sepanjang program ini dijalankan saya dapat melihat kualiti ini samada pada murid,ibubapa dan juga rakan guru.Sesungguhnya saya sangat menghargai segala peluang dan ruang yang diberikan kepada saya dan rakan dalam penyempurnaan program. Akhir sekali, semua aktiviti yang telah dirancang dalam program bina insan guru sememangnya menepati apa yang diperlukan samada dari saspek akhlak dan juga pemikiran yang murni. Banyak manfaat yang saya perolehi semasa menjalankan

program ini.Diharapkan hasil yang akan terbentuk daripada program ini benar-benar berkualiti dan mencapai tahap yang dikehendaki. Pihak kami ingin mengucapkan jutaan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pengetua, guru penasihat seterusnya pihak pentadbiran SK Kelatuan kerana memberi sokongan untuk menjayakan projek ini.

Sekian, terimakasih.