Anda di halaman 1dari 3

PPG/IPDA/MTE AK/Tinie

ULASAN

Resos juga boleh diertikan sebagai segala kelengkapan dan peralatan yang digunakan oleh guru sebagai bantuan dalam menyampaikan pengajaran sama ada di dalam atau di luar bilik darjah. Resos boleh terdiri daripada bahan bercetak, bahan manipulatif dan penggunaan perisian komputer serta teknologi maklumat.

Bahan bercetak termasuk lembaran kerja, jurnal, carta, graf, keratan akhbar, buku teks, ensiklopedia, lukisan, gambar, peta, poster, komik dan buku latihan. Bahan manipulatif Matematik pula boleh terdiri daripada kit-kit seperti papan geo, blok Dienes, blok asas sepuluh dan rod Cruisenaire.

Papan geo Blok Dienes Rod Cruisenaire

Bahan manipulatif memberi peluang untuk murid menggunakan, mengolah dan memegang resos tersebut. Kalkulator, abakus dan alat penimbang juga dikategorikan sebagai resos.

Penggunaan komputer, projektor dan perisian pendidikan, persembahan multimedia, video interaktif juga adalah salah satu medium resos.

Bahan resos adalah sesuatu perkara yang amat penting dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Dengan adanya bahan resos ketika melaksanakan proses pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas, pastinya akan menarik perhatian

[1]

PPG/IPDA/MTE AK/Tinie

murid agar mereka fokus akan sesuatu topik. Ini kerana, kajian mendapati bahawa seorang murid di dalam kelas boleh menumpukan perhatian tanpa ada gangguan hanya selama 20-30 minit yang pertama. Selepas daripada itu, mereka akan mula tidak senang duduk dan akan mengganggu rakan-rakannya yang lain. Disebabkan itu, saya percaya penggunaan bahan resos amat penting agar perhatian mereka akan kembali berfokus terhadap topik yang dipelajari.

Saya juga percaya bahawa subjek Matematik memerlukan pembinaan konsep asas yang kukuh. Tidak dapat dinafikan bahwa kefahaman konsep di dalam matematik adalah amat penting dalam proses pembelajaran. Para pendidik juga sedia maklum bahawa pengetahuan merupakan sesuatu yang tidak boleh dipindahkan dari seseorang kepada seseorang yang lain sebaliknya ia hanya boleh dibina oleh pelajar itu sendiri melalui proses berinteraksi dengan persekitaran pembelajaran. Persekitaran boleh dijadikan sebagai alat perhubungan yang dapat mengaitkan idea matematik dengan pengalaman harian.

Pembentukan konsep pembelajaran yang betul dalam matematik amatlah sukar untuk dicapai. Kesukaran ini adalah disebabkan oleh ciri-ciri matematik yang kebanyakkan konsepnya saling berkait di mana pemahaman sesuatu konsep adalah bersandar kepada pemahaman konsep-konsep sokongan yang lain. Sebagai contoh, pembinaan konsep mengenai penambahan perlu diajarkan secara menyeluruh. Ini supaya murid benar-benar faham tentang konsep tersebut kerana ianya akan berkait rapat dengan pembelajaran pada peringkat seterusnya iaitu penambahan dalam topic wang, pecahan, jisim dan sukatan.

Oleh sebab itu, saya berpendapat bahawa pembinaan konsep Matematik boleh diperjelaskan melalui penggunaan bahan resos yang bersifat konkrit. Ini kerana, bahan konkrit atau manipulatif boleh dipegang dan disentuh oleh murid menggunakan pancaindera sekaligus mereka akan merasai, berfikir, membentuk dan membina pemahaman konsep Matematik tersebut. Contoh bahan manipulatif yang terbaik ialah rod Cuissenaire, papan geo dan sebagainya.
[2]

PPG/IPDA/MTE AK/Tinie

Guru juga boleh mereka cipta bahan manipulatif sendiri tanpa terikat dengan bahan manipulatif yang telah sedia ada. Ini akan memberikan pengalaman yang sebenar kepada murid untuk memahami sesuatu konsep asas Matematik itu dengan mudah dan mencambahkan pemikiran Matematik murid-murid tersebut.

Penggunaan bahan resos di dalam bilik darjah juga akan membolehkan guru mengembangkan daya kreativiti dengan mempelbagaikan kaedah dan pendekatan ketika proses pembelajaran dan pengajaran. Ini kerana, setiap daripada bahan resos tersebut berperanan dalam keadaan yang berlainan.

Kesimpulannya, di era serba moden ini, resos merupakan medium yang memberi kemudahan dan laluan untuk membantu guru melicinkan proses pembelajaran dan pengajaran. Resos berbentuk tidak terikat. Guru boleh mencipta resos yang tersendiri tanpa perlu terikat atau terbiasa dengan resos yang sama berulang-ulang. Daya kreativiti guru diuji untuk menghasilkan resos yang baik agar murid sentiasa berasa teruja menantikan kehadiran guru ke kelas.

[3]

Anda mungkin juga menyukai