Anda di halaman 1dari 19

SEJARAH 21/2

KERJA KURSUS

Nama Calon :

Tingkatan :

Nombor Kad Penganalan :

Angka Giliran :

Nama dan Alamat :

Tajuk Kerja Kursus :

Nama Guru :

Skor:

Elemen Markah

Elemen 1 Mengumpul fakta sejarah


Elemen 2 Merekod fakta sejarah
Elemen 3 Penerapan unsur patriotisme
Jumlah Markah
Kod
Tahap Pencapaian

................... ................................

Tarikh Tandatangan Guru Penilai


Bangunan Bersejarah Di
Negara Kita:

Bangunan Sultan Abdul


Samad
PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnianya saya dapat


menyiapkan Kerja Kursus Sejarah ini pada tempoh yang telah ditetapkan oleh pihak
sekolah dengan jayanya tanpa menghadapi sebarang masalah yang boleh
mengendalakan perjalanan ketika menyiapkan kerja kursus ini.

Saya ............................................................ ingin mengucapkan ribuan terima


kasih kepada semua pihak yang telah membantu saya dalam pengumpulan maklumat
sehingga terhasilnya laporan kajian ini. Ucapan terima kasih ini ditujukan khususnya
kepada ibu bapa saya yang telah banyak memberi dorongan dan sokongan sepanjang
kajian ini dijalankan.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada guru sejarah saya, Puan ........................


yang telah memberikan panduan, nasihat serta bimbingan sepanjang masa kajian ini
telah dijalankan. Tidak lupa juga kepada Tuan Pengetua, ................................. yang
telah memberi kebenaran untuk menjalankan kajian ini.

Akhir sekali, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua
rakan-rakan sekelas saya telah memberi sokongan dan kerjasama yang sangat
membanggakan dalam menyiapkan laporan kajian ini. Semoga kajian ini dapat
memberi sokongan dan kerjasama yang sangat membanggakan dalam menyiapkan
laporan kajian ini. Semoga kajian ini dapat memberi manfaat kepada semua.

1
Objektif Kajian

Saya dikehendaki menjalankan satu kajian tentan satu bangunan bersejarah di


negara kita. Bangunan yang dipilih oleh saya ialah Bangunan Sultan Abdul Samad.
Kajian saya merangkumi objektif-objektif berikut :

1. Kajian ini dilakukan secara amnya ialah untuk mengenal pasti sumber-sumber
sejarah yang sahih. Ini akan dapat membantu saya membuat satu kajian yang
berilmiah dengan tatacara yang betul, jelas dan tepat.

1. Dengan membuat kajian ini saya dapat mengambil iktibar daripada peristiwa yang
berlaku di sebalik bangunan bersejarah tersebut.

1. Saya juga dapat menanamkan semangat patriotisme di dalam diri saya dan juga
kalangan generasi muda melalui kajian ini.

2
Kaedah Kajian

Saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk mengumpul maklumat yang


diperlukan dalam kajian ini. Kaedah yang telah saya gunakan ialah:

1. Rujukan - Saya telah merujuk dan menganalisi maklumat dari buku-buku ilmiah
dan ensiklopedia yang berkaitan di perpustakaan berhampiran bagi
mendapatkan maklumat mengenai bangunan yang telah saya pilih.

2. Media - Saya telah menganalisi media massa dan media cetak seperti internet,
majalah-majalah dan surat khabar yang berkaitan bagi mendapatkan
maklumat lanjut mengenai bangunan yang telah saya pilih dan
mendapatkan fahaman yang jelas mengenainya.

3. Pemerhatian - Saya telah melakukan pemerhatian bagi mengenal pasti seni bina
dan keistimewaan bangunan yang telah saya pilih dengan tepat.

4. Temu Bual - Saya telah menemubual seorang responden di kawasan perumahan


saya unutk mendapat maklumat tentang Bangunan Sultan Abdul
Samad.

3
Hasil Kajian

1. Nama Bangunan
Pada mula pembinaannya di kenali sebagai Bangunan Baru Kerajaan (the new
Government Offices), kemudian sebagai Sekretariat Persekutuan, (Federal
Secretariat), di guna bersama dengan Kerajaan Negeri Selangor sebelum berpindah ke
Shah Alam pada tahun 1974. Asalnya hanya disebut sebagai "Bangunan" sebelum
ditukar kepada nama Sultan Abdul Samad yang memerintah semenjak 1857 - 1898.
Bangunan ini dinamakan sebagai Bangunan Sultan Abdul Samad bersempena nama
Sultan Selangor yang memerintah ketika itu. Jam besar yang terdapat pada bangunan
tersebut dikenali sebagai jam kemerdekaan kerana peristiwa pada 30 Ogos 1957,
tepat jam 12 malam. Jam kemerdekaan berdenting sebanyak 12 kali yang menandakan
kemerdekaan negara kita. Serentak dengan itu juga, bendera UNION JACK
diturunkan lalu digantikan dengan bendera Persekutuan Tanah Melayu.

4
2. Latar Belakang
a) Asal Usul

Atas cadangan Sir William Maxwell, Residen Selangor, Kerajaan British di


negeri Selangor telah merancang untuk membina sebuah bangunan kerajaan pada
tahun 1893. Sebuah kawasan seluas 1035 hektar telah dipilih untuk pembinaannya.
Perletakan batu asas telah dibuat oleh Sir Charles B.H. Mitchell, Gabenor Negeri-
negeri Selat pada 6 Oktober1894 setelah reka bentuk bangunan dipersetujui.

b) Pengasas

Pelan bangunan ini telah direka bentuk oleh arkitek dari British bernama A.C.
Norman dan dibantu oleh seorang jurutera juga berasal di British, iaitu C.E. Spooner
bagi memulakan kerja pembinaan bangunan ini.

c) Tarikh Pembinaan

Perletakan batu asas bagi bangunan ini hanya dibuat 6 Oktober 1894 oleh Sir
Charles B.H. Mitchell yang merupakan Gabenor Negeri-negeri Selat ketika itu.
Bangunan ini dimulakan pada tahun 1893 dan siap sepenuhnya pada tahun 1897.

d) Lokasi

Bangunan Sultan Abdul Samad ini terletak di Jalan Tuanku Abdul Rahman, di
tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Bangunan ini berhadapan dengan Dataran
Merdeka dan Kelab Diraja Selangor. Bangunan ini terletak pada satu tapak di antara
pertemuan Sungai Kelang dan Sungai Gombak. Lokasinya merupakan tapak yang
strategik kerana terletak di tengah-tengah pusat bandar Kuala Lumpur. Kawasan ini
meliputi keluasan 10,200 meter persegi dan di bahagian belakangnya terdapat Jalan
Belanda yang kini dikenali sebagai Jalan Mahkamah Persekutuan. Bangunan Sultan
Abdul Samad ini juga dikatakan strategik kerana terletak berhampiran dengan Dataran
Merdeka.

5
e) Tujuan Penubuhan Bangunan

Tujuan utama bangunan ini dibina ialah untuk mendirikan sebuah bangunan
kerajaan sebagai pusat pentadbiran British ketika itu dan memberi imej baru kepada
Kuala Lumpur dengan menonjolkan imej seni bina Islam yang menarik. Tujuan
pembinaan awal adalah sebagai Bangunan Kerajaan Baru untuk menempatkan semua
Jabatan pentadbiran Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (F.M.S) di bawah satu
bangunan pentadbiran berpusat:

1. Menempatkan Sekretariat Kerajaan


1. Bilik mesyuarat Majlis Negeri (Council Chamber)
1. Pejabat Pos
1. Lembaga Kebersihan (Sanitary Board)
1. Pejabat Kehakiman (Judical Commissioner)
1. Public Works Department (PWD)
1. Audit dan Pembendaharaan
1. Pejabat Tanah
1. Jabatan Galian
1. Pejabat Daerah Jabatan Kerja Raya (P.W.D District Office)

f) Kos Pembinaan

Kerajaan British telah menghadkan kos tidak melebihi $231,000 untuk tujuan
pembinaannya. Walaubagaimanapun, bangunan ini dibina dengan harga $152,000
sahaja tetapi ia tetap menjadi sebuah bangunan yang termahal pada ketika itu.

g) Perasmian

Setelah siap sepenuhnya, bangunan ini dirasmikan oleh Residen Jeneral negeri
Selangor, Sir Frank Swettenham pada 4 April 1897.

6
3. Keisitimewaan Bangunan
a) Reka Bentuk Pelan

Reka bentuk pelan bangunan ini sangat unik dan merupakan di antara bangunan
yang tersohor pada ketika itu. Bangunan dua tingkat ini didirikan di atas kawasan
seluas 10,200 meter persegi dan setinggi 57 kaki. Di bawahnya terdapat tempat letak
kereta untuk hakim-hakim dan pengawai-pengawai mahkamah. Ia mempunyai tiga
kubah dan sebuah menara jam setinggi 40 meter. Bangunan Sultan Abdul Samad
mempunyai senibinanya yang berbentuk "saracenic" merupakan satu ciri senibina
Moorish dan Moghul yang berunsurkan Islam.

b) Bahan Binaan

Sejarah pembinaan Bangunan Awam Kerajaan yang pertama di bawah


pentadbiran Kerajaan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu ini melibatkan penubuhan
sebuah kilang bertempat di Brickfield bagi membekalkan bahan binaan seperti 4 juta
batu bata, 2,500 tong simen, 18,000 pikul kapur, 5,000 paun tembaga, 50 tan besi
keluli dan 30,000 kaki padu kayu.

c) Pengubahsuaian

Sekitar tahun 1978, kerja-kerja pengubahsuaian telah dibuat dan siap sepenuhnya
dalam tahun 1984 dengan anggaran belanja sebanyak RM 17.2 juta. Pada waktu itu,
kerajaan Australia telah menyumbang sebanyak RM 200,000 sebagai kos menyadur
tembaga bagi ketiga-tiga kubah pada tahun 1982. Pengubahsuaian ini dilakukan hanya
pada bahagian dalam bangunan tanpa menjejaskan bahagian luarnya dan kedudukan
asal bangunan tersebut. Selepas siap sepenuhnya, Bangunan Sultan Abdul Samad ini
sekali lagi dirasmikan pada tahun 1984.

d) Hiasan Dalaman

Di dalam bangunan ini turut dibina sebuah dataran berbentuk segi empat yang
diperindahkan di mana di tengah-tengahnya terdapat satu dataran tinggi segi empat
yang dipagari oleh batas-batas pokok bunga yang cantik. Bangunan ini juga
mempunyai tiga kubah, satu menara jam besar dan sebuah arked. Ia juga terdapat satu
serambi besar tertutup.

7
e) Cara Pembinaan

Sebagai bangunan yang menjadi pemula dalam waktu pembinaanya 1894 hingga
1897, cara pembinaanya lengkap dengan ciri-ciri keistimewaan dari aspek komposisi
karektor seperti:
1. Stail, ragam hias dan pemilihan unsur-unsur Islam pada gerbang tingkap
1. Bentuk separuh lengkong (arch)
1. Kubah potong bawang (dome)
1. Struktur berbentuk minaret yang kebiasaanya terdapat pada senibina masjid.

f) Kegunaan Dahulu dan Sekarang

Pada zaman penjajahan Bristish, bangunan ini digunakan sebagai:

1. Pusat Pentadbiran Negeri-negeri Melayu Bersekutu


1. Pejabat Residen Jeneral
1. Pejabat Pos

Selepas kemerdekaan, ia digunakan sebagai:

1. Pejabat Setiausaha Negeri Selangor


1. Jabatan Perbendaharaan
1. Jabatan Perakaunan
1. Pejabat Am
1. Majlis Mesyuarat negeri
1. Pejabat Pos

Kini, ia digunakan sebagai:

1. Mahkamah Persekutuan Malaysia


1. Mahkamah Rayuan
1. Bahagian Jenayah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur

8
4. Kejayaan Yang Dicapai Bangunan

a) Politik

Bangunan ini telah menjadi Pusat Pentadbiran Negeri-negeri Melayu Bersekutu


dan pernah menjadi Pejabat Residen Jeneral ketika zaman perjajahan British. selain
itu, ia juga pernah menjadi Pusat Pentadbiran Negeri Selangor selepas kemerdekaan
negara kita dengan menempatkan Pejabat Setiausaha kerajaan negeri Selangor dan
tempat majlis mesyuarat negeri sehingga tahun 1978.

b) Ekonomi

Bangunan ini telah menjadikan tarikan pelancong dalam mahupun luar negara
kerana seni binanya yang unik dan menarik. Secara tidak langsung, bangunan ini telah
menaikkan industri pelancongan negara kita yang merupakan satu aset penting negara
kita dalam bidang ekonomi.

c) Sosial

Bangunan ini telah menjadi tempat sambutan kemerdekaan negara kita setiap
tahun. Pada ketika itu, persembahan kebudayaan pelbagai etnik dan kaum di negara
kita. Pelbagai persembahan kebudayaan seperti tarian-tarian kaum dan etnik tertentu
dapat memaparkan kejayaan Malaysia melahirkan rakyat yang bersatu padu walaupun
mempunyai penduduk yang berbilang dan etnik. Selain itu, ia dapat menambah
pengetahuan mengenai segala kebudayaan yan unik dan menarik yang terdapat di
negara kita.

(Sambutan Hari Kemerdakaan di Bangunan Sultan Abdul Samad)

9
Rumusan

Saya amat bersyukur kerana telah menyelesaikan Kerja Kursus Sejarah dalam
tempoh masa yang ditetapkan. Ketika menjalankan kerja kursus ini, banyak
pengetahuan, pengajaran dan nilai yang telah saya pelajari.
Saya berasa amat berbangga menjadi rakyat Malaysia yang mempunyai
pelbagai bangunan bersejarah yang unik serta menjadi ikon negara Malaysia.Semasa
menjalankan kajian ini, saya mendapati setiap ciri-ciri yang terdapat pada bangunan
Sultan Abdul Samad ini mempunyai sebab dan maksud tertentu. Bangunan Sultan
Abdul Samad adalah merupakan mercu tanda yang sangat sinonim bagi bandaraya
Kuala Lumpur hatta negara Malaysia. Kehadiran, keunikan dan identiti seni bina yang
terdapat pada bangunan tersebut mendapat pujian dan sanjungan. Bangunan ini telah
berjaya menjadi ikon kepada Kuala Lumpur dan beberapa perayaan penting seperti
Sambutan Tahun Baru, Sambutan Hari Merdeka dan acara-acara yang membabitkan
promosi pelancongan negara.

Selain itu, kita dapat memupuk perasaan cinta akan warisan bangsa yang
menjadi mercu tanda negara kita dan sanjungan dari segenap lapisan masyarakat
Malaysia serta mendapat pujian daripada luar negara.

Di samping itu, kita haruslah menghargai bangunan-bangunan bersejarah ini


dan berusaha memelihara serta memulihara bangunan-bangunan ini agar terus
menjadi warisan bangsa. Generasi masa hadapan juga dapat mengenali dan
mengetahui mengenai bangunan-bangunan bersejarah ini.

10

Lampiran
(Gambar Bangunan Sultan Abdul Samad, 7 Jun 2009)

(Bahagian Sisi Kiri, 7 Jun 2009) (Bahagian Sisi Kanan, 7 Jun 2009)

11
Pelan Tingkat Bawah Pelan Tingkat Satu

Pelan Tingkat Dua Pelan Tingkat Mezanin

(Pelan Bangunan Sultan Abdul Samad)

12
(Pelan lokasi Bangunan Sultan Abdul Samad)

13
(Batu asas Bangunan Sultan Abdul Samad)

14
(Tapak Hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad)

(Tapak Belakang Bangunan Sultan Abdul Samad)

15
(Tapak Kanan Bangunan Sultan Abdul Samad)

(Tapak Kiri Bangunan Sultan Abdul Samad)

16
Rujukan

internet:

1. http://ms.wikipedia.org/wiki/Bangunan_Sultan_Abdul_Samad
1. http://sejarahmalaysia.pnm.my/portalBM
1. http://www.virtualmalaysia.com/destination
1. http://wiki.answers.com/Q/Sejarah_terperinci_bangunan_sultan_abdul_samad

Surat Khabar:

1. Berita Harian,Ahad,4 Mei 2008,Halaman 7


1. Berita Harian,Selasa,20 Januari 2009,Halaman 28

Majalah :

Virtual Malaysia, 4 Oktober 2007, halaman 78.

Orang Sumber:

........................................
....................................

17

Anda mungkin juga menyukai