Anda di halaman 1dari 15

EDITORIAL PAMA (2011) ASAS NOMBOR DAN KEMAHIRAN MENGIRA DIPEROLEH PADA 6/9/2013 DARIPADA : http://pama.karangkraf.com/ekstra/asas-nombor-dan-kemahiranmengira-1.

10064 ASAS NOMBOR DAN KEMAHIRAN MENGIRA Apabila seorang anak kecil praformal berjaya menguasai asas nombor dan juga kemahiran mengira lebih awal dari rakan sebayanya, si kecil itu akan lebih bersedia untuk memahami subjek matematik di sekolah rendah kelak. Dalam erti kata lain, kanak-kanak praformal yang sudah mula berjinak dengan nombor dan kemahiran mengira seawal usia dua atau tiga tahun akan memiliki kelebihan yang jelas apabila mereka mula mempelajari subjek matematik secara lebih formal dan teratur di tadika dan kemudiannya di sekolah rendah.

Ini kerana subjek matematik harus dikuasai secara bertahap yakni sebelum kanak-kanak boleh melakukan operasi tambah, tolak, darab, bahagi serta menggunakan formula matematik yang lebih kompleks - mereka perlu menguasai tahap yang lebih asas dahulu seperti konsep nombor dan juga kemahiran mengira. Seperti yang sudah kita kupas bulan lepas, jika tahap asas ini tidak dapat dikuasai dengan elok maka ada kemungkinan si kecil anda akan sedikit lambat dalam proses pembelajaran matematik kelak. Hal ini pastinya merisaukan ibu serta bapa yang prihatin dengan kemajuan akademik anak mereka yang berusia di antara 0-6 tahun.

Pendidikan praformal yang sememangnya bersifat pendidikan persediaan atau pendidikan awal-mula (headstart education) boleh membantu anak anda di taska atau tadika untuk mula mengenal serta menyukai konsep nombor serta kemahiran mengira, apatah lagi jika si kecil itu mendapat dorongan dan sokongan secara terus-menerus daripada ahli keluarga mereka pula di dalam situasi rumah tangga. Berikut ialah beberapa cara praktikal untuk mengajar asas nombor dan mengira.

KANAK KANAK DAN KONSEP NOMBOR

Kanak-kanak telah mengenal konsep nombor di awal usia dengan mempelajari idea nombor semasa belajar menggunakan bahasa, membina kemahiran sosial dan lain-lain konsep di dunia persekitarannya. Pengkaji mendapati kebanyakkan kanak-kanak boleh membilang hingga sepuluh apabila mereka mencapai usia lima tahun dan ada yang membilang lebih daripada sepuluh. Kanak-kanak yang telah mencapai usia lima tahun telah memahami makna perkataan pertama dan bukan sahaja mengenali nombor satu hingga sepuluh tetapi juga boleh menulisnya.

1. Bermain Dengan Nombor Memberi ruang kepada kanak-kanak yang berusia di antara 0-8 tahun untuk bermain dengan nombor agar mereka berasa selesa dan lebih bersedia untuk belajar mengira. Misalnya apabila anda ingin membuat panggilan telefon, minta si kecil untuk menekan butang di papan kekunci telefon bimbit anda. Anda hanya perlu menunjukkan sahaja nombor yang perlu ditekan sambil membaca nombor berkenaan dengan jelas. Kanak-kanak yang berusia dalam lingkungan dua tahun khasnya akan mengajuk percakapan anda dan mereka juga boleh menekan butang yang betul jika diberi peluang. Jika usaha mudah ini dilakukan setiap hari, tentu anak anda akan cepat menangkap asas nombor dan dia sudah boleh mengenal nombor-nombor bermula dari angka 0 hingga 9. Tambahan pula cara ini mengambil pendekatan belajar melalui aktiviti bermain, maka sudah pasti kanak-kanak akan menyukainya dan pada waktu yang sama mereka akan didedahkan kepada konsep asas nombor dan kemahiran mengira. Jika anda berasa risau atau takut jikalau si kecil anda merosakkan telefon bimbit atau telefon rumah anda, usaha praktikal yang sama boleh dilakukan dengan menggunakan alat kawalan jauh televisyen yang lebih besar dan juga agak lebih tahan jika dijatuhkan atau dilempar oleh kanak-kanak yang nakal.

Sambil anda menekan nombor pada alat kawalan jauh, sebutkan nombor yang ditekan dengan jelas agar si kecil akan berasa tertarik untuk membantu anda sambil mempelajari tentang nombor. Untuk kanak-kanak yang sudah berumur lewat praformal pula (sekitar 5-6 tahun), mereka boleh dihadiahkan dengan mesin kira atau kalkulator yang boleh membantu mereka mengenal nombor dengan lebih cekap.

Untuk pasangan ibu bapa yang berkemampuan pula, sebuah komputer dengan papan kekunci bukan hanya akan dapat mengajar anak mereka tentang asas nombor tetapi ia juga akan mengukuhkan asas membaca dan menulis si kecil. Yang paling penting adalah kesedaran di pihak ibu bapa bahawa semua usaha ini walaupun kelihatan kecil dan tidak signifikan sebenarnya banyak membantu dalam proses pendidikan 3M anak mereka. 2. Bahan Permainan Berkonsep Untuk ibu bapa yang mempunyai pendapatan lebih pula, terdapat banyak bahan permainan kanak-kanak yang berasaskan konsep nombor yang boleh mereka beli untuk anak mereka yang berusia di antara 0-7 tahun. Yang menjadi kesukaran kelak bukanlah untuk mencari permainan berasaskan nombor yang boleh dibeli untuk anak kecil anda, tetapi anda pasti akan pening kepala dalam membuat pilihan kerana ada terlalu banyak permainan sedemikian di pasaran dewasa ini! Banyak pasangan ibu bapa hari ini yang mahukan permainan berasaskan nombor untuk anak mereka dan banyak pula syarikat permainan yang sedia memberi bantuan dengan produk mereka dengan ciri-ciri yang unik.

Walau bagaimanapun, jangan kita lupa bahawa yang perlu menguasai konsep nombor dan kemahiran mengira adalah kanak-kanak dan bukan pula ibu bapa mereka! Oleh itu, ibu bapa wajar mencari permainan yang mempunyai nilai pendidikan matematik yang baik sambil memastikan anak kecil mereka tertarik untuk bermain dengan produk berkenaan.

Ini kerana dalam memilih produk permainan yang mempunyai nilai pendidikan agak sukar untuk kita mencari sesuatu yang penuh dengan keseronokan di samping dalam mendidik kanak-

kanak dengan baik. Lazimnya permainan yang menyeronokkan tidak mempunyai nilai pendidikan yang tinggi dan begitulah sebaliknya jika permainan itu mempunyai nilai pendidikan yang tinggi, besar kemungkinan ia tidak menyeronokkan langsung atau terlalu cepat membosankan si kecil. 3. Kemahiran Geometrik Melatih kemahiran melakar bentuk geometrik serta menulis nombor dengan aktiviti yang lebih berciri seni kreatif agar kanak-kanak tidak setakat menghafal nombor secara lisan tetapi tidak mampu menulisnya dengan cepat dan tepat.

Biar apa pun langkah yang diambil untuk melatih kemahiran si kecil untuk mengira, ibu bapa serta para pendidik prasekolah tidak boleh lupa bahawa pengenalan kepada nombor boleh berlaku melalui aktiviti seni dan kreatif. Malah, adalah tidak masuk akal jika seorang anak kecil cekap mengira nombor satu hingga sepuluh secara lisan tetapi dia langsung tidak tahu menulis nombor-nombor berkenaan di atas kertas.

Oleh sebab itu, kanak-kanak pada usia prafromal tetap perlu diberi ruang untuk melatih diri menulis nombor atau paling tidak, untuk meniru lakaran nombor yang telah dibuat oleh guru tadika mereka di atas papan putih. Hanya cara ini yang dapat memastikan kanak-kanak dapat mengenal asas nombor dan mereka boleh menulis nombor-nombor berkenaan dengan cepat dan tepat di atas kertas di dalam buka sekolah mereka. Tidak cukup jika seorang anak kecil hanya setakat menghafal nombor secara lisan kerana operasi matematik yang lebih kompleks seperti tambah, tolak, darab dan bahagi lazimnya perlu dilakukan di atas kertas. Ini adalah realiti pendidikan berbentuk formal yang perlu kita terima terutama sekali apabila kanak-kanak mula melangkah ke alam sekolah rendah.

Aktiviti Pemulihan Bagi murid saya yang masih belum menguasai kemahiran membilang . Saya telah melaksanakan aktiviti pemulihan, aktiviti pemulihan perlu diberikan agar murid tidak ketinggalan mengenai nombor yang kecil Contoh aktiviti pemulihan seperti mewarna nombor berpandukan objek ataupun gambar. Contoh lemabaran kerja yang boleh diberikan kepada murid ialah:

Memperkukuhkan pemahaman murid Saya juga mengajak murid untuk menyanyi lagu nombor 1-10 dengan menggunakan cd lagu 10 little Indians boy. Selain daripada murid saya akan berasa seronok kerana bejajar sambil menyanyi , murid saya juga akan lebih faham mengenai mengenai nombor tersebut. Sebagai seorang guru mengejar di kelas prasekolah, adalah penting untuk guru mempelbagaikan aktiviti aktiviti dan penggunaan BBM untuk menarik perhatian dan memberi penjelasaan kepada murid. Ini adalah untuk memantapkan lagi prosese pengajaran dan pembelajaran guru. Lirik lagu 10 Little Indians One little, two little, three little Indians Four little, five little, six little Indians Seven little, eight little, nine little Indians Ten little Indian boys. Ten little, nine little, eight little Indians Seven little, six little, five little Indians Four little, three little, two little Indians One little Indian boy.[1]

Pengukuhan

Bagi murid yang sudah menguasai nombor 1-10 perlu diberi latihan bertulis seperti suai padan antara nombor dengan nilainya.

Teknik memperkenalkan nombor 1-5 Sebagai guru prasekolah, cara saya menyampaikan pengajaran adalah berbeza daripada murid tahap satu dan dua. Saya akan memperkenalkan nombor yang kecil terlebih dahulu dan pastikan murid betul-betul menguasai kemahiran membilang 1-5 serta tahu tahu nilai bagi nombor tersebut. Saya juga telah

memperbanyakkan latih tubi sebutan secara menaik iaitu1-5 dan secara menurun 5-1 agar murid dapat mengingatinya. Ini penting kerana murid prasekolah biasanya mudah lupa. Selain itu, saya juga akan meminta murid membilang objek di dalam bilik darjah seperti membilang lampu, kipas,meja guru dan lainlain yang sesuai. Selain itu, saya akan meminta murid membilang jari secara menaik dan menurun.Setelah semua murid menguasai kemahiran membilang nombor 1-5, barulah saya beralih kepada nombor yang lebih besar iaitu 6-10. Murid saya Suziana sedang melakukan aktiviti membilang menggunakan jari, dia membilang nombor 2 dengan menunjukkan 2 jari,manakalah Hakimi pula sedang membilang kipas yang ada di dalam kelas. Teknik membilang 6-10 Seterusnya saya akan menyuruh murid membilang nombor 6-10 secara menaik dan menurun. Disini saya telah gunakan kad nombor iaitu dengan mempamerkan kad nombor tersebut secara satu persatu dan murid menyebut secara kumpulan dan individu. Saya juga meminta murid melekatkan kad nombor 6-10 di papan putih dan minta murid menyebut nombor tersebut secara menaik dan menurun. Selain itu, saya telah membuat latih tubi sebutan secara menaik dan menurun berpandukan nombor yang dipamerkan agar murid dapat mengingatinya. Saya juga telah mempamerkan kad nombor secara rawak dan minta murid menyebutnya

secara individu. Ini adalah untuk menilai kefahaman murid.Contoh kad nombor yang saya gunakan ialah seperti dibawah,guru-guru atau ibu bapa yang berminat boleh save dan print sahaja gambar dibawah.Just klik pada gambar.

kad nombor yang berwarna dan menarik akan meningkatkan minat anak-anak murid untuk belajar mengenal dan mengingat bilangan nombor. PENGENALAN AWAL MATEMATIK Awal matematik membekalkan pengalaman awal matematik kepada murid Prasekolah . pengalaman ini termasuk konsep pranombor,nombor,operasi nombor yang mudah,nilai wang dan konsep waktu. Konsep Matematik ini dipelajari pada masa yang khas dan juga disepadukan ke dalam semua aktiviti pembelajaran bertema menggunakan kaedah yang menyeronokkan. Membilang nombor 1-10 merupakan pengenalan awal murid prasekolah kepada subjek matematik. Murid Prasekolah ditekankan dengan kebolehan atau kemahiran membilang dari nombor 1-10 sebelum murid diperkenalkan dengan nombor-nombor yang lebih besar. Membilang nombor 1-10 juga adalah salah satu kemahiran untuk murid mengetahui nilai nombor. Murid juga akan belajar untuk membilang secara menaik iaitu dari 1 hingga 10 dan membilang secara menurun 10-1.

Tuesday, 25 October 2011

konsep operasi tolak bagi murid prasekolah PENGENALAN Bagi kanak-kanak adalah amat sukar bagi memahami konsep penolakan dalam matematik. Dalam matapelajaran Matematik, selain dari mengenal nombor kanak-kanak perlu diberi kefahaman instrument, kefahaman relasional, dan kefahaman logik. Bloom (1989) telah menyeraikan 3 jenis tingkah laku pemahaman iaitu terjemahan, pentaksiran, dan ekstrapolasi. Sebagai seorang guru, kita harus memahami kesemua perkara tersebut bagi memudahkan guru memahami murid-murid dalam merancang pengajaran yang berkesan dalam membentuk konsep penolakan. Kanak-kanak perlu diajar untuk memahami konsep sesuatu operasi bukan dengan menghafal sesuatu konsep. Bagi kanak-kanak yang hanya menghafal akan melakukan kesilapan dalam mencari beza sesuatu nilai. Sebagai contoh beza nilai 3 dan 5, kanak-kanak yang menghafal kemungkinan besar akan melakukan penolakan 3-5 sedangkan kanakkanak yang memahami konsep penolakan memahami bahawa nilai kecil tidak dapat menolak nilai yang besar. Terdapat juga murid yang keliru dengan konsep tukar tertib iatu 5 + 2 = 2 + 5 dianggap 5 2 juga adalam 2 5 .

Dalam mengajar operasi tolak dalam Matematik, terdapat banyak teknik. Startegi dan pendekatan yang dapat menarik minat murid dalam menguasai konsep penolakan. Dalam tugasan ini saya menjelaskan 3 teknik yang dapat membantu murid dalam menguasai kemahiran penolakaan. Antara 3 teknik yang saya ketengahkan ialah; Penolakan menggunakan gambar rajah. Penolakan secara manipulatif Penolakan menggunakan garis nombor dan pengiraan menurun.
Konsep nombor merupakan salah satu kemahiran yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak prasekolah. Nombor memainkan peranan yang penting dalam menguasai pembelajaran Matematik prasekolah. Namun begitu, didapati segelintir guru tidak memahami perkembangan kanak-kanak dan asas dalam perkembangan Matematik dengan terus mengajar kanak-kanak simbol nombor 1, 2, 3 dan seterusnya tanpa mengaitkan nombor-nombor ini dengan objek di sekeliling (Rohani et. Al, 2004). Ini menyebabkan kanak-kanak tidak dapat mengaitkan nombor dengan keadaan sebenar.

Sepatutnya, kanak-kanak tersebut perlu diperkenalkan dengan secara perlahan konsep nombor dengan apa sahaja benda di sekliling. Ini kerana bahan-bahan maujud akan dengan sendirinya dapat diserap dan difahami oleh kanak-kanak prasekolahan

6. PLAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Plan aktiviti pengajaran dan pembelajaran didalam bilik darjah ini berlangsung selama setengah jam (1/2 jam). Aktiviti ini adalah bagi kanak-kanak 5 tahun . Perancangan aktiviti ini melibatkan permainan konsep nombor.

Subjek: Matematik Jumlah Pelajar : 20 orang Umur : 5 Tahun Masa : 9am hingga 9.30am. ( 1/2 jam ) 9.00am-9.05am Induksi Memperkenalkan bongkah dan konsep nombor Guru menerangkan sambil menunjukkan bongkah. Kanak-kanak akan memahami 9.05am-9.15am Memberikan pengalaman deria sentuh kanak-kanak kepada konsep nombor & kuantiti. Menggunakan bongkah yang berbagai-bagai bentuk. kanak-kanak memegang 2 bongkah, satu ditangan kiri dan satu di tangan kanan, sambil berkata satu bongkah .Setiap kali mereka menunjukkan bongkah pada tangannya. Kemudian, sambil menunjukkan kedua-dua bongkah mereka berkata lagi dua bongkah.cara yang sama juga dilakukan pada nombor yang seterusnya. Lama-kelamaan, kanak-kanak boleh mengatur bongkah-bongkah itu mengikut ciriciri yang lain. 9.15am-9.25am Bagi mengembangkan kebolehan membilang secara berturutan dan mengikut kedudukan seperti pertama, kedua, ketiga dan seterusnya. Kanak-kanak mengambil beberapa ketul bongkah. Setiap orang membilang bongkah satu demi satu. Kanak-kanak lain memerhatikan dengan teliti. 1. Beberapa ketul bongkah diatur dalam satu baris dan kanak-kanak membilang. 2. Satu susunan yang tinggi seperti menara disusun menggunakan bongkah . Kanak-kanak membilang ketul-ketul bongkah yang digunakan bagi membuat binaan itu. 3. Bongkah-bongkah disusun berbaris seperti kereta api. Kanak-kanak diminta menunjukkan kedudukan bongkah pertama,kedua, ketiga dan lain-lain. Aktiviti ini dijalankan selepas kanakkanak biasa dengan konsep nombor. Pada peringkat permulaan jangan melebihi angka 5 kemudian 10. 9.25am-9.30am Memberi rasa keseronokkan belajar metematik Guru menyanyi bersama kanak-kanak sebuah lagu yang mempunyai sebutan nombor sambil menggunakan jari-jemari. Lama-kelamaan kanak-kanak dapat ,membilang dengan menggunakan jari sambil menyanyi.

7. RUMUSAN

Berdasarkan plan pengajaran yang digunakan oleh guru didalam kertas kerja ini, kanak-kanak seawal usia prasekolah sebenarnya amat tertarik dengan pembelajaran matematik. Guru haruslah memainkan peranan yang dapat menarik perhatian kanak-kanak supaya rasa minat itu tidak pudar apabila melangkah ke alam persekolahan dan akhirnya keperingkat yang lebih tinggi lagi. Pengetahuan asas yang kuat dalam bidang matematik adalah penting dalam masyarakat kita yang menuju kearah sebuah Negara maju yang berteraskan Sains dan Teknologi. Pelajarpelajar kita perlu mempunyai kefahaman yang kuat terhadap konsep-konsep matematik asas yang akan membolehkan mereka melanjutkan pelajaran pada peringkat yang lebih tinggi . Bagi menjamin masa depan Negara , kita perlu menkaji semula dan menggunakan pendekatan yang lebih berkesan dalam mengajar kanak-kanak asas pemikiran tentang metematik dari peringkat awal persekolahan. Pembelajaran matematik bukan saja diperluaskan disekolah malah ianya bermula diprasekolah lagi. Ini kerana pembelajaran yang berkesan dari usia kanak-kanak lagi akan membentuk satu asas pembelajaran yang kukuh yang dapat membantu mereka untuk meneruskan pembelajaran diperingkat yang lebih tinggi lagi. Nama Permainan : Mari Bermain Boling Objektif : Mereka dapat membina ayat matematik bagi operasi tambah dan tolak. (boleh digunakan untuk kemahiran mengenal nombor dan menulis angka dalam perkataan) Bahan : Botol Mineral, bola, pen marker, papan tulis kertas jawapan dan kad nombor. Cara Permainan: 1. Bahagikan murid kepada beberapa kumpulan. 2. Permainan ini akan dimainkan serentak dan masa yang ditetapkan adalah lebih kurang 5 - 8 minit. 3. Setiap kumpulan bermain dengan menjatuhkan botol-botol mineral tersebut mengikut giliran seorang demi seorang. Daripada satu balingan, murid akan hanya memilh dua nombor sahaja. Contohnya, botol yang dapat dijatuhkan bernombor 4,7, dan 8. Murid memilih nombor 4 dan 8. Berdasarkan nombor yang dipilih, murid akan membina ayat matematik. Contohnya bagi operasi tambah, 8 + 4 = 12 ataupun 8 4 = 4 bagi operasi tolak. 4. Murid tersebut akan menulis jawapan mereka pada kertas jawapan yang disediakan.

5. Masa tamat. Guru akan menyemak kertas jawapan bagi setiap kumpulan. Markah akan diberikan pada jawapan yang betul. Jika terdapat ayat matematik yang sama dalam satu kumpulan, jawapan hanya diterima sekali sahaja. 6. Kumpulan yang mendapat mata paling banyak akan dikira pemenang

Di dalam artikel Rochdi Simon.et.al. (2007), yang bertajuk Model Permainan Di Sekolah Dasar Berdasarkan Pendekatan Dap (Developmentally Appropiate Practice), Moyles (1991) menyatakan bahawa bermain merupakan proses pembelajaran yang melibatkan pikiran, persepsi, konsep, kemahiran sosial dan fisik. Selain itu bermain juga dikaitkan dengan ganjaran instrinsik dan kegembiraan. Oleh itu, selain dari mengukuhkan kemahiran asas matematik, saya yakin dengan permainan ini murid dapat keseronokan. Dengan ini secara tidak langsung murid akan melakukan pengiraan apabila mereka bermain permainan tersebut. Keseronokan inilah yang dapat menarik serta menanam minat murid terhadap matematik dan persepsi negatif terhadap matapelajaran matematik juga dapat diubah. Dalam aspek piskomotor pula, permainan memperkembangkan kordinasi motor halus mereka. Semasa bermain murid akan melakukan pergerakan seperti jari dan mata. Pada aspek kongnitif pula kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis (KBKK) dapat diperkembangkan kerana semasa bermain murid akan berfikir, membuat perbandingan, membuat anggaran, dan mengelas. Selain itu nilai-nilai murni dapat dipupuk dalam permainan ini seperti berkerjasama, berdisplin (mematuhi peraturan mainan), toleransi, dan kepimpinan. Secara tidak disedari murid, ia juga adalah salah satu bentuk latih-tubi dalam kemahiran matematik.

Kaedah Mudah Prasekolah)

Mengajar

Matematik

Prasekolah

(Cepat

Matematik

Kaedah ini menarik dan berkesan kerana: Menyediakan Pengajaran dan menyeronokkan dan bermakna. Pembelajaran Awal Matematik yang

Cepat Matematik Prasekolah menggunakan pendekatan belajar melalui pengalaman. Setiap aktiviti yang disusun mempelajari matematik dari kaca mata anak kecil. Anak akan bermain di samping meneroka idea dan konsep matematik melalui perbincangan, penemuan, eksperimen, pertanyaan, catatan dan penilaian yang dibuat. Guru atau ibu bapa seharusnya menyediakan ruang dan peluang untuk anak memahami satu-satu konsep matematik. Setiap aktiviti menggunakan bahan-bahan yang mudah dicari dan didapati di kawasan sekeliling.

Penekanan kepada konsep nombor Matematik bukan hanya mengenai simbol, pengiraan cepat, menghafal mahupun latih tubi. Matematik merupakan satu cabang ilmu tentang hubungan antara nombor, peristiwa, objek, sistem, pengiraan dan yang lebih penting ialah kesedaran bahawa nombor membantu kita untuk menyusun kehidupan harian kita. Penguasaan konsep asas matematik yang kukuh membolehkan anak untuk menerokai pelbagai cara untuk menyelesaikan masalah matematik dalam kehidupan seharian.

Lengkap dan sesuai untuk peringkat umur 4 hingga 6 tahun. Cepat Matematik Prasekolah menepati garis panduan dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan dan garis panduan yang diterima pada peringkat antarabangsa.

Pengajaran Setiap pengajaran dan pembelajaran dijelaskan secara terperinci dan sistematik. Panduan yang tersusun berserta soalan yang sepatutnya ditanya dan arahan yang sepatutnya diberikan kepada angka di sepanjang aktiviti disediakan. Ini untuk memudahkan guru mahupun ibu bapa untuk mengajar matematik dengan lebih berkesan dan mudah pula untuk anak menerima satu-satu konsep yang hendak diperkenalkan.

Anda mungkin juga menyukai