Anda di halaman 1dari 5

SENI TEMBIKAR ISLAM Pengenalan kepada Tembikar Islam Penciptaan, bentuk-bentuk dan ragam hias tembikar-tembikar Islam banyak

r Islam banyak dipengaruhi oleh tembikar China. Tembikar Islam menyerap teknik pembuatan dari beraneka sumber, mengkajinya dan mengembangkannya dengan sendiri. Para ahli kimia Islam turut menyumbang pemikiran bagaimana memadu bahan agar dapat menghasilkan tembikar yang berkualiti. Tembikar menjadi satu buah peradaban Islam menuai sanjungan. Philip K Hitti melalui bukunya, History of The Arabs menyatakan seni tembikar mencapai tingkat keindahan yang sulit ditandingi dengan seniman Muslim. Selain bentuk geometri dan epigraf, keindahan yang tertoreh pada tembikar wujud melalui lukisan manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Sejumlah tembikar peninggalan umat Muslim pada zaman pertengahan masih tersisa. Sebahagian disimpan di Museum Louvre, British Museum, dan Arabic Museum di Kairo. Tembikar Islam memiliki kegunaan yang luas. (untuk hiasan dan menjadi satu bahagian dekorasi bangunan megah) Perkembangan seni tembikar di dunia Islam bermula sejak abad ke-7 Masihi. Teknik dan kaedah pembuatan tembikar berkembang begitu pesat dan dan diperbaharui dari waktu ke waktu. Salah satu inovasi penting adalah kemampuan mewujudkan lukisan motif yang berkilau. (biasanya dihiasi dengan warna biru, hijau, atau abu-abu) Seni tembikar Islam mendapat sentuhan aspek kaligrafi. Ia menambah keunggulan dan keistimewaan yang tidak ada pada peradaban lain.

Selain kaligrafi untuk menghias permukaan tembikar, kalimat kaligrafi yang tersemat di permukaan tembikar mencerminkan tradisi keagamaan. Memandang seni tembikar bukan sekadar hiasan, tetapi juga sebagai ekspresi keyakinan.

Tembikar Qasyani Salah satu tembikar yang terkenal dalam dunia Islam. Salah satu karya seni Persia. Berhiasi gambar bunga Diakui keistimewaanya oleh ramai.

Teknik-teknik membuat tembikar yang disapu cat telah digunakan oleh pembuat tembikar Syria yang dipercayai teknik ini daripada orang-orang Mesir. Kemasyhuran dan keunggulan telah diambil alih oleh Syria dan Parsi.

Jag, berasal dari Raqqa, Syria

Bangku dengan hiasan tulisan Kufi

Jag bertulis Kufi, Parsi

Mangkuk Syria

Mangkuk-mangkuk bertulisan Kufi menyerupai burung serta Ahmad pada hiasan tengah

Tembikar China yang berunsur Islam telah mula dihasilkan sejak awal kurun ke-14 masihi (zaman permulaan pemerintahan Dinasti Ming) Hasil pengaruh kesenian Parsi tukang-tukang pembuat tembikar China telah mula menghasilkan tembikar-tembikar yang mempunyai hiasan yang berupa tulisan-tulisan Arab dan Parsi. Dipercayai bahawa semua tembikar yang bermutu tinggi dihasilkan untuk kegunaan istana dan masyarakat China yang beragama Islam di negeri China sendiri. Kemasyhuran tembikar jenis ini telah berjaya menarik perhatian masyarakat Islam di Nusantara. Tembikar-tembikar yang dieksport ke negara- negara Asia Tenggara tidak bermutu tinggi dan dipercayai dibuat di Fukien dan dikenali sebagai Swatow Ware. Tembikar ini terdiri daripada pinggan, kebanyakannya berwarna biru dan putih. mangkuk dan piring yang

Bekas perasapan bertanda pemerintahan Maharaja Cheng Hua, Dinasti Ming

Tekoh bertanda pemerintahan Chien Lung, China

Pinggan yang bertulis ayat-ayat suci alQuran, Dinasti Ming kurun ke-16.

Prof. Cheng Te-kun(1972) telah menarik perhatian kita kepada sejenis lagi tembikar yang dibuat khusus untuk masyarakat Islam di Timur Tengah, India dan Asia Tenggara. Pelajar-pelajar tembikar China mengenalinya sebagai magic square. Tembikar jenis ini dipercayai mempunyai kuasa yang luar biasa dari segi perubatan. Orang-orang yang menggunakan tembikar ini percaya jika, seorang perempuan yang akan melahirkan anak minum air daripada bekas tersebut, perempuan itu akan melahirkan bayinya dengan mudah.

Tembikar jenis ini mengandungi satu kotak empat persegi yang diisi dengan angka-angka Arab di tengah-tengah permukaanya dan dikelilingi oleh beberapa bulatan yang diisi dengan petikan dari kitab suci al-Quran

Piring, jenis empat segi sihir yang bertulis ayat-ayat suci al-Quran. Dinasti Ching kurun ke-18.

Anda mungkin juga menyukai