Anda di halaman 1dari 17

PENGENALAN Umat Islam merupakan satu umat yang sangat mementingkan persaudaraan di kalangan ahlinya.

Banyak amalan-amalan yang disyariatkan dalam ajaran Islam menjurus kepada syiar Islam yang melambangkan persuadaraan Islam. Kelahiran bayi dianjurkan dengan aqiqah supaya kegembiraan dikongsi bersama dengan umat Islam yang lainnya. Amalan solat berjemaah dengan adab-adab solatnya dilakukan dengan lurus dan rapat dan tidak mengambil kira pangkat dan darjat. Ziarah-menziarahi sesama ahli keluarga, kerabat dan umat Islam. Begitu juga di saat-saat yang paling genting di kalangan umat Islam iaitu ketika di dalam sakit yang ringan atau berat atau sakit yang boleh membawa maut, umat Islam sangat menekankan syiar persaudaraan Islam. Ajaran Islam menuntut umatnya supaya memenuhi tuntutan persaudaraan Islam dengan mensyariatkan berbagai-bagai amalan termasuk amalan menziarahi orang sakit. Tuntutan ini sebagaimana pesanan Rasulullah kepada umatnya yang berbunyi (al-Bukhari, 1994: 4777; Muslim, 2001: 3848, al-Nasai, t.t.: 1913; Ahmad, 1994: 17900):


Maksud: Al-Bara` bin Azib r.a. berkata bahawa Nabi s.a.w. telah memerintahkan kami tujuh perkara dan juga melarang kami dari tujuh perkara. Beliau memerintahkan kami untuk menjenguk orang sakit, mengantar jenazah, menjawab orang yang bersin, menunaikan sumpah, menolong orang yang terzalim, menyebarkan salam dan memenuhi undangan. (Al-Bukhari dan Muslim) Semua perkara di atas dianggap wajib fardu kifayah untuk umat Islam melakukannya dan kita dapati semuanya menjurus kepada persaudaraan Islam. Bagi mendidik umatnya kepada amalan menziarahi orang sakit, Allah S.W.T. dan Rasulnya memberikan berbagai keistimewaan untuk golongan yang suka menziarahi orang yang sakit ini.

ADAB DAN AMALAN KETIKA MENZIARAHI ORANG SAKIT Mendidik diri dengan adab-adab dan amalan ketika menziarahi orang yang sakit merupakan satu didikan yang dianjur dan diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. dan sahabatsahabatnya. Antara adab dan amalan menziarahi orang sakit ialah bertanya khabar kesihatan kepada keluarga orang yang sakit memberi motivasi kepada si sakit, sentuhan dan pertanyaan, ucapan cepat sembuh, ucapan sakit sebagai penebus dosa, dan mendidik diri menggunakan doa rasulullah s.a.w. ketika sakit. Fakta 1 : Hendaklah tujuan melakukan ziarah itu ikhlas kerana Allah Taala dan dengan niat yang baik seperti kerana rasa kasih dan sayang, persaudaraan, tanggungjawab dan sebagainya, bukan disebabkan niat dan tujuan yang tidak baik, juga bersifat duniawi sematamata seperti ingin merebut harta dan kemewahan. Rumusan :

: . :
Maksud : Dari Amirul Muminin, Abi Hafs Umar bin Al Khottob radiallahuanhu, dia berkata: Saya mendengar Rasulullah bersabda : Sesungguhnya setiap perbuatan tergantung niatnya. Dan sesungguhnya setiap orang (akan dibalas)berdasarkan apa yang dia niatkan. Siapa yang hijrahnya kerana (ingin mendapatkan keredhoan) Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada (keredhoan) Allah dan Rasul-Nya. Dan siapa yang hijrahnya kerana dunia yang dikehendakinya atau kerana wanita yang ingin dinikahinya maka hijrahnya (akan bernilai sebagaimana) yang dia niatkan. Menziarahi orang sakit merupakan satu amalan yang mulia di sisi Allah dan Rasul-Nya. Didikan din dengan amalan tersebut menyebabkan seseorang itu disukai Allah S.W.T. dan mendapat pahala yang banyak. Rasulullah juga telah menunjukkan satu sikap yang sepatutnya 2

ada bagi diri umatnya dalam menggalakkan silaturrahim melalui amalam ziarah menziarahi orang sakit ini dengan tuntutan adab dan doa. Dengan amalan-amalan ini, umat akan lebih terdidik dengan keyakinan yang bulat tentang kekuasaan Allah yang memberi sakit dan menyembuhkan penyakit. Sedangkan hambanya pula perlu berusaha untuk menyembuhkan diri mereka dengan apa sahaja usaha tanpa melupakan Allah S.W.T. Sebagai Penyembuh bagi segala penyakit. Fakta 2 : Bertanya Khabar Kesihatan kepada Keluarga Orang yang Sakit Rumusan : Al-Nawawi (Mustafa al-Khind, 1992: 606/1) menjelaskan bahawa adalah menjadi sunnah bagi orang berziarah untuk bertanya menanyakan khabar kesihatan kepada keluarga orang yang sakit. Amalan ini sebagaimana yang dilakukan oleh para sahabat ketika mereka menziarahi Rasulullah s.a.w. yang sedang sakit sehingga membawa kepada kewafatannya. Satu hadis menjelaskan (Al-Bukhari, 1994: 4092; Ahmad, 1994: 2254),


Maksud: Daripada Ali r.a. bahawa dia keluar daripada bilik Rasulullah s.a.w. ketika baginda sedang sakit yang membawa kepada kewafatan Baginda. Lalu semua orang bertanya wahai Abu Hasan bagaimana keadaan Rasulullah s.a.w. pagi ini Ali menjawab, Dengan segala pujian bagi Allah SWT., Baginda pagi ini beransur pulih. (Al-Bukhari) Menyatakan khabar gembira dan perkataan yang baik kepada para tetamu yang mengunjungi orang yang sedang sakit adalah dituntut sebagaimana yang dinyatakan dalam perbuatan Ali di atas. Namun perlu diingat, janganlah terlalu banyak bertanya dan janganlah bertanya sehingga menjengkelkan. Bertanya akan keadaan orang sakit sambil meletakkan tangan di atas dahi atau tangannya sebagaimana tersebut di dalam sebuah hadis Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam:

Maksudnya: Kesempurnaan cara mengunjungi orang yang sakit, hendaklah seseorang itu meletakkan tangannya di atas dahi atau tangan orang sakit itu, lalu bertanya kepadanya tentang keadaannya. (Hadits riwayat at-Tirmidzi) Berdasarkan hadis ini juga jelaslah kepada kita bahawa disunatkan berada di sisi orang sakit, sebaiknya di bahagian kepalanya, bagi membolehkan orang sakit itu berinteraksi dengan mudah dan selesa. Berpesan kepada keluarga orang sakit atau orang yang menjaganya untuk berbuat baik, berlaku lembut dan sabar dengan karenah orang sakit dan beban ditanggung kerananya. Fakta 3 : Melakukan ziarah pada waktu yang sesuai. Rumusan : Jangan terlalu lama dan kerap melakukan ziarah kerana dikhuatiri akan mendatangkan kesusahan dan gangguan kepada orang sakit, malah juga kepada orang sakit berhampiran sekiranya berada di rumah sakit.Makruh hukumnya melakukan ziarah jika mendatangkan kesusahan atau gangguan kepada orang sakit, menghalang pergerakannya atau membuatkannya berasa tidak selesa. Dianjurkan untuk melakukan ziarah secara berselang agar tidak mendatangkan sebarang kesulitan atau gangguan kepada orang sakit. Namun sebaliknya, digalakkan untuk kerap melakukan ziarah bagi yang mempunyai hubungan rapat dengan orang sakit itu serta yang disenangi kehadirannya seperti keluarga atau sahabat karib selama mana tidak ada tegahan atau tidak menimbulkan gangguan.Begitu juga digalakkan untuk kerap melakukan ziarah jika dengan tidak melawat tiap-tiap hari akan mendatangkan kesusahan kepada orang sakit itu apabila tidak menjenguknya. Ulama ada mengatakan bahawa melakukan ziarah pada hari Jumaat itu lebih afdhal daripada hari-hari lain.

Fakta 4 : Ucapkanlah kata-kata yang elok dan baik yang dapat menyenangkan, menggembirakan dan mententeramkan hati orang sakit, bukannya kata-kata yang tidak disukainya dan yang boleh merisaukannya, melemahkan semangat serta menambahkan kesakitannya. Rumusan : Orang yang menziarahi orang sakit digalakkan mengikut cara baginda yang selalunya memberikan motivasi kepada orang sakit dengan kata-kata baginda. Jika ia kelihatan takut atau gelisah, adalah elok untuk bercakap mengenai kelebihan yang ada padanya, jasa atau kebajikan yang pernah dibuatnya agar perasaan takut itu hilang. Disunatkan untuk memberinya nasihat agar banyak bersabar dan tabah menghadapi penderitaan yang di alaminya, sentiasa bersangka baik terhadap Allah Subhanahu wa Taala. Orang yang berziarah hendaklah memberi harapan sembuh dengan mengatakan kepadanya bahawa apa yang ditanggungnya ini merupakan ujian dari Allah Subhanahu wa Taala dan insya Allah akan membersihkan dirinya daripada dosa serta mendapat ganjaran pahala yang besar. Antara ucapan Baginda Shallallahu alaihi wasallam yang memberi keyakinan dan harapan sekali gus menjadi doa ialah:


Maksud: Ibn Abbas r.huma. bahawa Nabi s.a.w. masuk kepada seorang arab badwi kerana menziarahinya sakit. Ketika nabi masuk kepada orang sakit itu baginda barkata, Sikit sahaja ni, dan akan sembuh insyaallah. Sikit sahaja ni, dan akan sembuh insha Allah. (Al-Bukhari)

Maksud: Daripada Anas b. Malik bahawa Rasulullah s.a.w. masuk menziarahi seorang arab badwi yang sakit demam dan baginda memberikan motivasi kepadanya bahawa (sakitnya itu) merupakan kaffarah dan penyucian (terhadap dosa-dosanya). (Ahmad) Berdasarkan hadis ini, boleh juga orang yang menziarahi memberi ingatan kepada si sakit yang diziarahi bahawa kesakitan merupakan penebusan dosa. Fakta 5 : Mendoakan orang yang sedang sakit ketika berziarahi Rumusan : Disunatkan untuk mendoakan orang sakit supaya cepat sembuh, sama ada ketika melakukan ziarah ataupun tidak dan sama ada besar harapan untuk sembuh ataupun sebaliknya. Terdapat banyak hadits shahih yang menyebutkan mengenai doa-doa yang boleh dibaca bagi memohon kesembuhan dan keafiatan orang sakit, antara doa yang afdhal ialah membaca doa yang diajarkan oleh Baginda Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam sebanyak tujuh kali kepada pesakit, nescaya Allah Subhanahu wa Ta`ala menyembuhkannya: Maksudnya: Aku memohon kepada Allah Yang Maha Agung, Tuhan yang memiliki Arasy yang agung, semoga Dia menyembuhkanmu. Di samping pengambilan ubat dan penggunaan peralatan perubatan, pengubatan secara ruqyah (jampi) yang merupakan sunnah Baginda Shallallahu alaihi wasallam juga boleh dilakukan apabila berziarah. Di antara ruqyah atau dipanggil juga menawari di kalangan masyarakat kita itu adalah dengan meletakkan tangan kanan ke atas badan orang sakit atau di tempat yang sakit dan membaca Bismillah, kemudian meniup kepadanya seraya membaca muawwidzat (surah al-Ikhlas, surah al-Falaq dan surah an-Nas) atau doa perlindungan.Sayyidatina Aisyah Radhiallahu anha ada meriwayatkan: Maksudnya: Bahawasanya Nabi Shallallahu alaihi wasallam telah meniup badan Baginda sambil membaca al- muawwidzat di kala Baginda mengalami sakit yang membawa kepada kewafatannya.(Hadits riwayat al-Bukhari) 6

Selain itu juga pesakit dianjurkan membaca doa pelindung ini dengan meletakkan tangan pada tempat yang sakit sebanyak tujuh kali yang bersumber daripada hadits Muslim: Maksudnya: Aku berlindung dengan kemuliaan Allah dan kekuasaanNya daripada kejahatan yang aku dapat dan aku waspadai. Rasulullah s.a.w. mendidik para sahabatnya dengan amalan-amalan doa bagi mendoakan orang yang sakit ketika berziarah. Antara doa-doa baginda ialah, Doa 1: Doa Sakit yang Umum Doa yang digunakan untuk menyembuhkan sakit yang pelbagai sakit seperti luka dan sebagainya. Hal ini berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w. yang menjelaskan (al-Bukhari, 1994: 5304; Muslim, 2001: 4069; Abu Dawud, 1994: 3397; Ibn Majah, t.t.: 3512; Ahmad, 1994: 23476):


Maksud: Aishah r.a. (berkata) bahawa Nabi s.a.w. tatkala berdoa untuk orang sakit (membaca doa ini):


(Doa ini membawa maksud): Dengan nama Allah ini adalah tanah buml kami dengan campuran ludah sebahagian daripada kami supaya dibaikkan kesakitan di kalangan kami dengan keizinan Tuhan kami. (Al-Bukhari dan Muslim) Doa 2: Doa Sakit yang Umum Terdapat juga doa untuk kesembuhan bagi orang yang sakit yang tidak dikhususkan kepada sesuatu sakit. Hal ini berdasarkan pengajaran Rasulullah (Bukhari, 1994: 5343; Muslim, 2001: 4062; Ibn Majah, t.t.: 1608; Ahmad, 1994: 23094), 7


Maksud: Daripada Aisyah r.ha bahawa Rasulullah s.a.w. ketika menziarahi sesetengah ahli keluarganya (yang sakit) Baginda mengusap menggunakan tangannya yang kanan dan berdoa: (Ya Allah! Tuhan pentadbir manusia, hilangkan kesukaran, sembuhkanlahnya kerana Engkau sahaja yang menyembuhkan, tidak ada kesembuhan melain kesembuhan-Mu, kesembuhan yang akan meninggalkan kesakitan). (Al-Bukhari dan Muslim) Doa 3: Doa Sakit yang Umum Doa ini ada diajarkan oleh Rasulullah kepada Saad sebagai hadis ini (Muslim, 2001: 3097, 1994: 1363),


Maksud: Saad, bahwa Rasulullah s.a.w. datang menjenguknya ketika dia sedang sakit di Makkah. Kemudian dia berkata; Wahai Rasulullah, aku khawatir meninggal dunia di bumi yang telah aku tinggalkan, sebagaimana Sad bin Khaulah meninggal dunia. Maka Berdoalah kepada Allah supaya menyembuhkan aku. Beliau meminta: Maka Nabi s.a.w. berdoa: Ya Allah, sembuhkanlah Sad. Ya Allah, sembuhkanlah Sad. tiga kali-. (Muslim) Doa 4: Doa Sakit di Tempat-Tempat Khusus di Badan Orang yang menziarahi orang yang sakit yang mana sakitnya adalah sakit di tempat-tempat khusus dibadannya. Eloklah diajarkan kepada si pesakit dengan doa ini. Doa ini dibacakan ditempat-tempat sakit yang tertentu seperti di sendi-sendi, kaki, belakang, betis atau di mana tempat yang sakit ini sebagai hadis yang menjelaskan caranya (Muslim, 2001: 4082), 8


Maksud: mengadu badannya tanganmu Daripada kepada sejak ditempat dia Uthman Rasulullah memeluk yang kamu b. Abu Islam. sakit al-As tentang Lalu pada al-Thaqafi, kesakitan Rasulullah tubuhmu bahawa yang s.a.w. dan sekali dia pernah tubuh tiga s.a.w. dihadapipada bersabda, bismillah

Letakkan

bacalah

kali. Kemudian bacalah tujuh kali doa,


(Aku berlindung kepada Allah S.W.T. dan kudrat-Nya daripada apa-apa keburukan yang aku perolehi dan aku takuti.). (Muslim) Doa 5: Doa Kerana Sihir atau Buatan Orang Rasulullah s.a.w. didoakan Jibril dengan doa bagi sakit akibat daripada perbuatan sihir atau buatan orang (Muslim, 2001: 4056; Ibn Majah, t.t.: 3514; Ahmad, 1994: 9381).

Maksud: Daripada Abu Said bahawa Jibril datang kepada Nabi s.a.w. dan berkata, Wahai Muhammad adakah kamu sakit. Baginda, Benar. Lalu Jibril pun berdoa untuk Rasulullah s.a.w.:


(Dengan nama Allah, aku menawarmu daripada segala yang menyakitkan dirimu, dan daripada segala diri dan mata yang bersifat hasad. Allah akan menyembuhkanmu. Dengan nama Allah aku menawarmu). (Muslim) Segala doa-doa ini amat baik diamalkan ketika menziarahi orang yang sedang sakit. Di samping dapat menyembuhkan, pengamalnya juga mendapat pahala yang besar kerana mengamalkan sunah Rasulullah s.a.w. dalam berubat. Dianjurkan untuk meminta orang sakit itu mendoakan kesejahteraan dan kebaikan kita kerana doa orang sakit adalah mustajab berdasarkan sabda Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam: Maksudnya: Apabila engkau datang mengunjungi orang yang sakit, maka mintalah agar dia mendoakanmu, kerana doanya (makbul) seperti doa para malaikat. (Hadits riwayat Ibnu Majah) Fakta 6 : Menjaga aurat dan batas pergaulan semasa menziarahi orang sakit, lebih-lebih lagi bagi yang bukan mahram. Rumusan : Harus bagi seorang perempuan menziarahi seorang lelaki yang sakit selama mana ia menutup aurat, tidak menimbulkan perkaraperkara keji, syak, fitnah dan bukan dinamakan khalwat (berdua-duaan). Sayyidatina Aisyah Radhiallahu anha ada meriwayatkan bahawa beliau pernah menziarahi Abu Bakar dan Bilal bin Rabah Radhiallahu anhuma yang mengalami demam panas, lalu Aisyah Radhiallahu anha berkata: Maksudnya: Wahai ayah, bagaimana yang ayah rasakan dalam diri ayah? Dan wahai Bilal, bagaimana yang engkau rasakan dalam diri engkau? (Hadits riwayat al-Bukhari) Hal ini kerana untuk mengelakkan berlaku fitnah antara orang yang menziarah dan orang yang sakit. Walau bahgaimanapun jika menziarahi di hospital, dibolehkan bagi seorang wanita melawat seorang lelaki yang sakit. Akan tetapi jika diruamah maka di larang.

10

Fakta 7 : Bagi orang sakit yang tiada harapan untuk sembuh atau sedang nazak, dituntut ke atas ahli terdekat untuk membacakan talqin atau mengajarkannya ucapan agar kalimah tauhid tersebut menjadi ucapan terakhir sebelum dia meninggal dunia. Rumusan : Tidak perlu mengulang-ulang talqin jika orang sakit itu mengucapkan kalimat tauhid tersebut melainkan jika selepas mengucapkannya dia masih lagi bercakap atau menyebut perkara lain selain kalimat tauhid. Menghadapkannya ke arah kiblat iaitu dengan membaringkannya pada rusuk sebelah kanannya dan menghadapkan mukanya ke arah kiblat. Jika sukar, baringkan dia pada rusuk sebelah kirinya dengan menghadapkan ke arah kiblat. Jika sukar juga, baringkan dia dengan menelentang dan menghadapkan muka serta telapak kakinya ke arah kiblat. Angkat sedikit kepalanya supaya mukanya menghadap ke arah kiblat. Sunat dibacakan di sisi orang sakit itu surah Yasin dengan jahr dan surah ar-Rad dengan israr. Jahr ialah suara nyaring atau tinggi sehingga dapat didengar oleh orang lain dan Israr ialah suara perlahan yang hanya dapat didengar oleh dirinya sendiri. Sekurang-kurang jahr itu ialah suara yang hanya dapat didengar oleh orang yang bersamanya. Dan sekurang-kurang israr ialah suara yang hanya dapat didengar oleh diri sendiri mengikut pendengaran yang biasa tanpa ada halangan untuk mendengar seperti tuli.

11

PENUTUP Menziarahi orang yang sedang sakit salah satu tuntutan persaudaraan. Apatahlagi yang sakit itu merupakan ibu bapa, kaum kerabat dan ipar duai. Syiar Islam dalam amalan menziarahi orang sakit ini amat dihargai oleh Allah S.W.T. dan Rasul-Nya s.a.w. sebagai termaktub di dalam hadis-hadis agar umat Islam boleh terdidik diri dengan amalan ini. Antara keistimewaan yang diperolehi oleh seseorang jika mereka mendidik diri mereka dengan amalan menziarahi orang saki ialah dekat dengan Rahmat Allah S.W.T. Dalam satu menjelaskan bahawa seseorang yang menziarahi orang sakit ini seolah-oleh dia menziarai Allah S.W.T. sendiri. Rasulullah s.a.w. bersabda (Muslim, 2001: 4661),


Maksud: Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda, Sesungguhnya Allah S. W. T. berfirman pada hari kiamat, Wahai anak Adam! Aku sakit mengapa engkau tidak menziarahiku. berkata seorang hamba, Wahai Tuhan bagaimana aku boleh menziarahimu sedangkan Engkau merupakan Tuhan Pentadbir seluruh alam. Lalu Allah S.W.T. berfirman, Sesungguhnya hambaku yang bernama pulan sakit dan engkau tidak menziarahinya, ketahuilah sekiranya engkau menziarahinya nescaya engkau akan mendapati-Ku di sisinya. (Muslim) Orang yang terdidik dengan amalan ziarah orang sakit ini diberikan ganjaran yang besar di sisi Allah S.W.T. iaitu seolah-olah dia sedang mengumpulkan hasil kebun syurganya selama dia di samping orang sakit yang diziarahinya. Rasulullah s.a.w. bersabda (Riwayat Muslim, 2001: 4658; Ahmad, 1994: 21355),


12

Maksud: Thauban, iaitu khadam Rasulullah s.a.w. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, Sesiapa yang menziarahi orang yang sakit, dia dalam keadaan sentiasa menuai hasil kebun sehingga dia balik.(Muslim) Hadis ini membawa maksud bahawa menziarahi orang sakit seolah-olah sedang sibuk beribadat kepada Allah S.W.T. sehinggalah dia kembali ke rumahnya semula. Penziarah orang sakit juga boleh mendapat doa dan selawat daripada para malaikat mengikut waktu mereka datang. Sekiranya seseorang datang menziarahi orang sakit di waktu pagi, dia akan dapat doa dan selawat daripada pagi hingga ke petang. Sekiranya dia datang waktu petang, dia akan dapat doa dan selawat para malaikat pada waktu petang sehingga ke pagi. Apa yang istimewanya bukan satu atau dua malaikat yang berdoa untuknya tetapi sebanyak 70,000 para malaikat. Ini dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadisnya (Abu Dawud, 1994: 2694; Riwayat al-Tirmidhi, 1994: 891; Ahmad, 1994: 928),


Maksud: Ali berkata; tidaklah seorang laki-laki menjenguk orang yang saki pada sore hari melainkan akan keluar tujuh puluh ribu malaikat yang memintakan ampunan untuknya hingga pagi hari, dan baginya kebun di Surga. Dan barang siapa yang mendatanginya pada pagi hari, maka keluarg bersamanya tujuh puluh ribu malaikat yang memohonkan ampunan baginya hingga petang hari, dan baginya kebun di Syurga. (Abu Dawud, al-Tirmidhi, dan Ahmad) Begitulah beruntungnya orang yang terdidik dengan amalan menziarahi orang sakit. Dengan menjaga hubungan silaturrahim melalui amalan ziarah bermacam-macam ganjaran yang dijanjikan Allah S.W.T. untuk mereka yang boleh disebutkan di sini. Di dalam kitab-kitab hadis masih terdapat bermacam-macam lagi ganjaran yang dijanjikan Allah S.W.T. dan RasulNya s.a.w. Insya Allah dengan mengikut dan menjaga adab-adab yang ditetapkan, amalan menziarahi orang sakit ini akan menjadi lebih berkat. Amalan ini sangat dituntut kerana ianya boleh mengingatkan kita kepada kematian dan mengajak kepada keinsafan.

13

REFLEKSI

Setelah siap tugasan ini, saya telah memperoleh banyak pengetahuan dan maklumat baru berkaitan perbezaan individu. Sesungguhnya tajuk ini banyak memberi input yang bermakna serta ilmiah kepada saya yang merupakan bakal guru kelak. Hal ini demikian kerana, dalam tajuk ini saya telah mempelajari salah satu dari cabang akhlak iaitu adab meniarahi orang sakit. Melalui tugasan ini saya mendapati beberapa perkara yang perlu di titik beratkan dalam menziarahi orang sakit. Antara perkara tersebut adalah, mengiklaskan niat ketika menziarahi orang sakit. Hal ini bertujuan supaya kita dapat menjaga adab dan tidak bercakap perkara yang tidak sepatutnya seperti bab harta, atau pertanyaan yang sensitif contoh penyakit ini lepas tiga

14

kali Jumaat habislah. Selain itu, kita juga perlu berniat supaya kita memperolehi keinsafan dan lebih bersyukur dalam menghargai nikmat sihat yang kita perolehi. Seterusnya, kita juga perlu mencari waktu yang sesuai dan jagan terlalu lama ketika ziarah kerana ingin memberi ruang kepada orang ssakit untuk berehat. Walaubagaimanapun jika orang sakit itu meminta kita untuk tunggu lebih lama itu diharuskan. Hal ini biasanya berlaku di rumah orang yang sakit. Kadang-kadang rumah orang yang sakit ini menjadi terlalu meriah umpama kenduri sedangkan dalam Islam perkara tersebut adalah amat tidak digalakkan. Seterusnya, Islam mengajar umatnya untuk berdoa kepada orang yang sakit ini dengan doa yang telah pun diajarkan oleh Nabi Muhammad S.A.W. banyak doa-doa yang diajarkan oleh nabi kepada kita. Selain kita berdoa kepada orang yang sakit, digalakkan juga kita meminta orang yang sakit mendoakan kita. Mudah-mudahan kita mendapat berkat kerana doa orang yang sakit ini insha Allah mudah diqabulkan. Tugasan ini juga banyak menyedarkan saya betapa Islam mementingkan persaudaraan dan kebajikan sesama saudara. Hal ini mengukuhkan keyakinan saya terhadap ukhuwah Islamiyyah. Sebagaimana sabda Rasulullah yang bermaksud; Tidak sempurna iman seseorang itu selagimana ia tidak mengasihi saudaranya ssebagaimna ia mengasihi dirinya sendiri. Dan sabda Rasulullah lagi; Apabila seorang lelaki mengunjungi saudara muslimnya, maka seolah-olah dia berjalan di jalan syurga sehingga dia duduk. Apabila dia sudah duduk maka rahmat Allah mengelilinginya. Jika dia berkunjung pada waktu pagi, maka tujuh puluh ribu malaikat akan mendoakannya hingga petang dan begitulah sebaliknya. Dengan menziarahi orang sakit ini, kita bukan sahaja dapat merapatkan hubungan silaturrahim malah mengingatkan kita tentang lemahnya kita yang bernama insan ini. Dengan tugasan ini, saya menjadi lebih insaf dan mengerti akan adab-adab yang sepatutnya dijaga. Semua ini akan saya praktikkan untuk memastikan murid yang bakal saya ajar dapat menjadi murid yang berjaya dalam kehidupan mereka.

15

RUJUKAN

1. Ahmad, al-lmam (1994). Al-Musna Li al-lmam Ahmad b. Hambal. Bairut: Dar al-Fikr. 2. Abu Daud, al-lmam (1994). Sunan Abi Daud. Beirut: Dar al-Fikr. Jil. 1-2. 3. Al-Bukhari, al-lmam (1994). Sahih Al-Bukhari. Beirut: Dar al-Fikr. Tahqiq: Syekh Abd. Aziz Abdullah. Jilid 1-5.

16

4. Al-Nasai , al-lmam (1930). Sunan al-Nasai bi Sharh al-Hafiz Jalal al-Din al-Suyuti Wa Hasiah al-lmam al-Sundi. Beirut: Dar al-Fikr. 5. Al-Nawawi (1983). Al-Azkar. Beirut: Dar al-Fikr al-Mucasir. 6. Al-Nawawi (2000). Al-Azkar (Terj. Syed Ahmad Semait dalam Kumpulan Doa dan zikir al-Adzkar). Singapura: Pustaka Nasional. 7. Al-Nawawi (1983). Riyad al-Salihin. Beirut: Dar al-Fikr al-Mucasir. 8. Al-Tirmidhi, al-lmam (1994). Sunan al-Tirmidhi. Beirut: Dar al-Fikr. Jilid 1-5. 9. Badir, Muhamad Badir, Dr. (1992). Manhaj al-Sunnah al-Nabawiyyah Fi Tarbiyyat allnsan. Mansurah: Maktabah al-Dakwah al-lslamiyyah. 10. Ibnu Majah (t.t). Sunan Ibnu Majah. Beirut: Dar al-Fikr. Jil. 1-2. 11. Ibnu Majah, al-lmam (1954). Sunan Ibnu Majah. Mesir: Dar al-Fikr. Jilid 1-2. 12. Ibnu Manzur, Jamal Al-Din Muhammad Ibn Mukram, (1990). Lisan al-cArab. Bairut: Dar Sadir 13. Muslim, Abu al-Husain Muslim b. al-Hajjaj b. Muslim al-Qushairi al-Naisaburi (2001). Sahih Muslim. Beirut: al-Maktabah al-Asriyyah. 14. Mustafa Said Al-Khin, Mustafa Al-Bugha, Al-Ustaz Mahyuddin Mustawin, Al-L^taz Ali AlSyirbiji dan Al-Ustaz Muhammad Amin Lutfi, (1992). Nuzhat al-Muttaqin Sharh Riyad alSolihin min Kalam Sayyid al-Mursalin. Bairut: Muassah al-Risalah. Juzuk 1-2.

17