Anda di halaman 1dari 8

1.

Berdasarkan apa yang telah anda laksanakan dalam aktiviti 1, jelaskan mengapa anda memilih media-media (atau yang di ubahsuai atau yang dibina baru ) untuk digunakan dalam aktiviti p & p anda.

Kepentingan pemilihan media Kepentingan media-media yang terdapat di perpustakaan sebagai alat untuk proses pengajaran dan pembelajaran yang telah saya pilih ialah seperti berikut: Pengajaran lebih terancang Melibatkan pelbagai deria Memperkayakan pengalaman Perluasan batasan komunikasi Pembelajaran individu Keseronokan belajar/motivasi Sumber maklumat Menolong membentuk gambaran yang betul dalam fikiran murid. Menguat dan mengekalkan daya ingatan Menghubungkan yang abstrak kepada konkrit Memberikan gambaran dan peristiwa di luar bilik darjah ke dalam bilik darjah Menjimatkan masa Membantu murid membentuk konsep dengan lebih mudah serta jelas Mempelbagaikan aktiviti pengajaran pembelajaran

Pemilihan media pengajaran mestilah bertumpu kepada beberapa factor pengajaran, antara faktorfaktor berikut perlu diberikan perhatian: 1. Kesesuaian 2. Peringkat penerimaan/kefahaman 3. Pemerolehan 4. Harga 5. Mutu Kesesuaian . Sebelum memilih sesuatu media pengajaran, saya telah menetapkan objektif yang hendak dicapai terlebih dahulu. Contohnya, kalau objektif guru adalah supaya murid mengetahui tentang bunyi sebutan perkataan yang betul di dalam pembelajaran bahasa kedua, dan di samping membetulkan bunyi sebutannya, maka murid perlu mendengarnya sendiri. Oleh itu media yang betul ialah alat perakam audio. Boleh juga alat perakam audio digabungkan dengan carta dan sebagainya jika difikirkan mustahak. Saya beranggapan bahawa sesuatu media dianggap sesuai jika memenuhi syarat berikut: Memenuhi kehendak isi dan objektif murid Memudahkan kefahaman murid

Memerlukan latihan yang minimum untuk menggunakannya Menimbulkan suasana pengajaran pembelajaran yang menyeronokkan Mudah diubahsuai dari segi penggunaan serta juga senang dipindahkan dari satu tempat ke satu tempat yang lain

Selamat digunakan oleh murid Media yang terdapat di pusat sumber sekolah adalah dari jenis yang tersedia atau yang telah dihasilkan oleh guru itu sendiri. Jika seseorang guru tersebut mampu untuk menghasilkan media yang bertepatan dengan pengajarannya maka guru tersebut perlulah hasilkan sendiri media mengajar tersebut. Media yang dapat memudahkan pemahaman murid terhadap konsep-konsep yang hendak disampaikan hendaklah dipilih. Harga Sesuatu media yang hendak digunakan hendaklah diperolehi dengan mudah dan harga yang murah. Media elektronik tidak dapat dinafikan mempunyai keupayaan yang lebih baik walaupun harganya mahal. Sekiranya harga tidak menjadi masalah, pilihlah media yang dapat memberikan kesan yang lebih baik. Kos adalah munasabah dan tidak terlalu membebankan. Pemerolehan Seseorang guru yang merancang menggunakan media pengajaran, perlu mengenal pasti pemerolehan sesuatu media itu. Adakah media tersebut ada di pusat sumber atau sekolah masingmasing? Bolehkah media tersebut disediakan dengan mudah? Sekiranya mudah diperolehi, akan mendorongkan seseorang guru menggunakannya dengan lebih kerap. Sesuatu objektif pembelajaran tidak akan tercapai sekiranya mutu media yang digunakan itu tidak elok seperti warna, suara dan tulisan yang tidak jelas. Penghasilan Kebanyakan media yang ada di pasaran adalah dipasarkan untuk mencari keuntungan tanpa memenuhi kehendak dan keperluan tertentu guru dan murid. Oleh itu untuk menyediakan media yang sesuai, guru perlulah membuat sendiri. Banyak sekali faedah yang diperolehi dari penghasilan media oleh guru seperti berikut: Isi kandungan yang sesuai dengan sukatan sekolah Objektif pengajaran pembelajaran disusun dengan lebih tepat Jika dilibatkan murid dalam penghasilan media, akan dapat mengukuhkan lagi daya ingatan dan meberikan pengalaman yang berguna kepada murid Menambahkan koleksi pusat sumber sekolah di samping menjimatkan kos

2. Apakah kaedah yang anda gunakan untuk melaksanakan p & p dengan media tersebut, mengapa anda memilih kaedah tersebut. Model reka bentuk pengajaran yang saya pilih adalah model ASSURE. Saya memilih model reka bentuk pengajaran ASSURE kerana model tersebut sesuai untuk digunakan dalam merancang proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Gagne (1985), pembelajaran berlaku sebagai satu proses perkembangan secara berperingkat. Model ASSURE merupakan sebuah model rancangan pengajaran yang berasaskan bilik darjah. Terdapat beberapa langkah penting dalam model reka bentuk pengajaran ASSURE yang sesuai digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Perancangan pengajaran yang rapi dan tersusun akan menghasilkan pengajaran yang berkesan. Terdapat enam langkah utama dalam model reka benuk pengajaran ASSURE iaitu A - analyze learners (menganalisis pelajar), S - state objectives (menyatakan objektif), S - select methods, media and materials (memilih kaedah, media dan bahan sumber), U- utilize media and materials (menggunakan media dan bahan), R - require learner participation (memerlukan penglibatan pelajar) dan E - evaluate and revise (melakukan penilaian dan pengubahsuaian).

A - analyze learners (menganalisis pelajar) Bagi langkah pertama iaitu menganalisis pelajar, terdapat tiga perkara yang boleh dibuat analisis oleh guru iaitu ciri-ciri pelajar, pengetahuan dan pengalaman sedia ada mereka serta gaya pembelajaran pelajar tersebut. Dalam proses menganalisis ciri-ciri pelajar, guru perlu mengenal pasti ciri-ciri umum yang terdapat pada seseorang murid seperti jantina, umur, bakat, gaya pembelajaran petempatan / daerah / kawasan, budaya dan kelas atau taraf ekonomi. Ciri-ciri umum ini boleh diperolehi semasa sesi suai kenal antara guru dengan murid pada hari pertama persekolahan dan guru daripada pemerhatian guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Jika pelajar berasal dari satu kumpulan etnik yang sama, pemilihan bahan bolehlah berasaskan unsur budaya etnik berkenaan. Setiap pelajar membawa pengalaman dan pengetahuan yang tertentu ke dalam bilik darjah. Analisis pengetahuan atau pengalaman sedia ada murid-murid dapat membantu guru menyediakan pengajaran yang bermanfaat kepada murid-murid. Oleh itu, guru perlu mengetahui tahap pengetahuan dan pengalaman sedia ada yang dimiliki oleh murid-muridnya terlebih dahulu sebelum beralih kepada langkah yang seterusnya. Hal ini adalah bagi membantu guru menyediakan pengajaran yang berkesan

dan pelajar dapat membina pengetahuan secara konstruktivis selain membantu guru mengesan pengetahuan pelajar melalui ujian pra atau melalui soal jawab.

S - state objectives (menyatakan objektif) Bagi langkah kedua iaitu menyatakan objektif pembelajaran secara khusus, guru perlu menyatakan objektif pelajaran yang akan dicapai oleh murid dan sesuai dengan kehendak pelajar serta menetapkan perubahan tingkahlaku yang akan berlaku pada pelajar. Objektif-objektif pembelajaran secara khusus perlu dinyatakan dengan jelas bagi memastikan aplikasi yang kan dibangunkan mempunyai hala tuju yang terpimpin serta menepati kehendak. Sebagai contoh : i. ii. iii. Siapa yang hendak mencapai objektif tersebut? Apa objektif yang hendak dicapai? Bagaimana objektif hendak dicapai dan berapakah ukuran tahap minimum yang hendak dicapai.

S - select methods, media and materials (memilih kaedah, media dan bahan sumber) Bagi langkah ketiga iaitu memilih kaedah, media dan bahan, terdapat tiga langkah proses pemilihan yang perlu dijalankan. Pertama ialah pemilihan kaedah yang paling sesuai. Sesuatu kaedah yang sesuai perlu dipilih bersesuaian dengan ciri-ciri murid-murid, pengetahuan sedia ada, gaya pembelajaran serta objektif. Kedua ialah format media yang dipilih. Pemilihan media adalah mengenai bentuk format media yang akan digunakan seperti gambar, foto, slaid, audio, video serta video interaktif. Pemilihan media perlulah mengambil kira kumpulan pelajar, keupayaan, objektif serta maklum balas yang akan diberi. Ketiga ialah memilih, mengubah suai atau menghasilkan sumber pengajaran dan pembelajaran. Pemilihan bahan sumber adalah merujuk kepada isi pelajaran yang difokuskan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

U- utilize media and materials (menggunakan media dan bahan) Bagi langkah keempat iaitu menggunakan media dan bahan, persoalan penting adalah bagaimana sesuatu media dan bahan sumber dapat dimanfaatkan oleh guru dan pelajar. Terdapat beberapa langkah yang perlu dibuat sebelum media dan bahan sumber boleh digunakan dalam proses pengajran dan pembelajaran. Antara langkah-langkah yang perlu dilakukan adalah seperti semak / pratonton / kaji bahan sumber sebelum digunakan, sediakan bahan dengan betul, lengkap dan cukup, rancang penggunaan bahan sumber, sediakan persekitaran yang sesuai dengan menyusun bahan dan sumber agar mudah dicapai serta menggunakan bahan sumber secara optimum dan proses pengajaran dan pembelajaran.

R - require learner participation (memerlukan penglibatan pelajar) Bagi langkah kelima iaitu penglibatan pelajar dalam pembelajaran, sesuatu pembelajaran yang melibatkan pelajar secara aktif akan menghasilkan perubahan tingkah laku yang diharapkan. Pemilihan media dan bahan sumber yang sesuai dapat membantu dan mengekalkan penglibatan pelajar. Penggunaan gambar, gambar bersiri, video dan animasi dapat mencetuskan perbincangan kumpulan, penjanaan idea dan penglibatan aktif pelajar. Contoh penglibatan aktif pelajar adalah seperti membuat latihan, simulasi, perbincangan, latih tubi, kuiz, mengadakan sesi pemerhatian, perbincangan serta komen. Guru perlulah memastikan suasana proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan adalah sesuai, efektif serta menarik minat pelajar.

E - evaluate and revise (melakukan penilaian dan pengubahsuaian) Bagi langkah keenam iaitu melakukan penilaian dan pengubahsuaian, sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran perlu dinilai bagi mendapatkan maklum balas dari pelajar dan memastikan keberkesanannya. Oleh itu, sesuatu sesi refleksi guru bersama murid-murid perlu dijalankan bagi membolehkan murid-muird memberikan respon terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan secara individu. Ia adalah bertujuan bagi memasti dan mengenalpasti kelemahan yang terdapat dalam sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran agar penambahbaikan dapat dilakukan pada masa akan datang. Antara fungsi penilaian yang lain juga adalah bagi menjawab persoalan-persoalan seperti :

i. ii. iii. iv.

Adakah objektif akan tercapai? Adakah media tersebut dapat membantu dalam proses pembelajaran? Adakah pelajar dapat mengendalikan media dengan betul? Adakah suasana pembelajaran yang terhasil selesa dan kondusif?

3. Boleh anda fikirkan alternatif lain untuk menggantikan kaedah p & p yang telah dilaksanakan. Beri alasan terhadap pilihan baru tersebut.

MEMBERI PELUANG UNTUK MAIN PERANAN DAN SIMULASI Jika diberi pilihan lain untuk kaedah pengajaran dalam kelas, saya boleh menggunakan teknik main peranan atau simulasi dalam pengajaran. Murid akan berpeluang mengaplikasikan situasi sebenar dalam pembelajaran mereka dan seterusnya maklumat yang ingin disampaikan lebih mudah difahami. Teknik simulasi dan main peranan akan melibatkan semua pelajar secara aktif. Seperti yang ditekankan dalam teori Bandura pembelajaran berlaku melalui pemerhatian dan peniruan. Melalui pemerhatian dan peniruan akan berlakunya pembelajaran melalui teladan dan akan memotovasikan pelajar. Contohnya memainkan peranan pekerjaan yang ingin mereka kecapi apabila dewasa kelak. Salah satu cara yang boleh digunakan untuk mewujudkan suasana pembelajaran melalui pengalaman adalah menerusi simulasi.Simulasi popular digunakan dalam bidang pendidikan terutamanya pendidikan perubatan, kejuruteraan, perniagaan, ketenteraan dan pendidikan yang berkaitan dengan sains. Dengan adanya teknologi telekomunikasi yang kian berkembang, simulasi telah diberi nafas baru dengan menggabungkannya dengan teknologi telekomunikasi yang dikenali sebagai simulasi menerusi web atau World Wide Web-based Simulation (WWWS).

Menggunakan simulasi berkomputer dalam proses pembelajaran mempunyai beberapa kepentingan, kepentingan utama adalah memastikan pelajar aktif dalam eksplorasi dan belajar sesuatu yang mana pendekatan yang digunakan berkaitan dengan teori pembelajaran moden. Pembelajaran simulasi berkomputer lebih kepada pembelajaran menerusi pengalaman yang memerlukan sokongan dari pengajar atau sistem bagi memastikan simulasi yang digunakan adalah efektif.

Simulasi berkomputer mempunyai nilai yang sangat besar dan memberikan pelbagai faedah kepada para pelajar. Simulasi berkomputer membolehkan pelajar meningkatkan serta melakukan banyak aktiviti yang mana jika dilakukan pada dunia nyata akan meningkatkan kos sertamungkin membahayakan

pelajar. Simulasi berkomputer juga dapat menghasilkan tindakbalas yang betul serta teratur yang mana lebih fleksibel dan jimat jika dibandingkan dengan mengupah seorang guru bagi setiap pelajar. Ianya juga telah terbukti sebagai satu cara pembelajaran yang efektif, yang mana membolehkan pelajar lebih inovatif dan kreatif.

Apabila simulasi berkomputer digunakan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah, para pelajar akan lebih berminat untuk belajar dan berminat untuk mengetahui dengan lebih mendalam mengenai topik yang diajar oleh guru. Kami juga turut diberikan tugasan mengenai simulasi iaitu simulasi yang digunakan di dalam eksperimen. Saya dan kawan saya memilih tajuk kesan luas permukaan terhadap kadar tindak balas

Anda mungkin juga menyukai