Anda di halaman 1dari 5

Pengenalan

1.

Kaedah ini bermula dengan mengeja suku kata perkataan bermakna. Contohnya, ka + yu = kayu.

2.

Proses mengeja dan membatang perkataan ini perlu

dimulakan dengan mudah iaitu bermula dengan dua suku


kata (KV + KV), kemudian dikembangkan menjadi tiga suku kata (KV + KVK) dan seterusnya menjadi empat suku kata (KV + KV + KV + KV), penggunaan diftong (V) dan konsonan berganding (K).

Langkah-langkah
Othman Zakariah (1985: 5) mencadangkan langkah-langkah seperti berikut:1. 2 suku kata terbuka yang bermula dengan vokal ibu 2. 2 suku kata tertutup sampah 3. 3 suku kata terbuka kerusi 4. 2 suku kata terbuka baju 5. 2 suku kata: Terbuka + tertutup = bulan Tertutup + terbuka = lampu 6. 2 suku kata: terbuka yang menggunakan sy, ng, ny, gh, kh - nya nyi Terbuka + tertutup = khamis 7. 2 suku kata yang bermula dengan vokal intan, empat 8. Suku kata campuran berlari, melukis, membaca 9. 2 vokal berganding termasuk diftong main, kain, taat

Cara pengajaran
1.

Mulakan dengan membunyikan huruf vokal mudah. Contoh: aiu

2. 3.

Pilih satu konsonan mudah. Contoh: b Bunyikan huruf b beberapa kali.

4.
5. 6. 7. 8.

Bina suku kata. Contoh: ba bi bu


Bina dan baca perkataan. Contoh: ubi ibu abu Baca ayat. Contoh: ibu abu bubu baba ubi ibu Murid menulis huruf, suku kata dan huruf. Setelah mahir, murid boleh mula membaca cerita

KELEBIHAN
Murid dapat membaca dengan cepat tanpa membatang satu-satu suku kata. Murid hanya perlu mengecam dan menghafal bentuk dan gabungan bunyi dua, tiga atau empat huruf lalu menyebut terus.

KELEMAHAN
Jika murid tidak kenal bentuk huruf, maka dia tidak dapat menyebut suku kata tersebut. Murid hanya menghafal bentuk suku kata tanpa memahami apa maksud suku kata tersebut.