Anda di halaman 1dari 19

1.

0 PENGENALAN

Pendidikan keselamatan merupakan proses mendidik masyarakat untuk menghindari kemalangan dalam pelbagai situasi. Pendidikan keselamatan ini termasuklah keselamatan bangunan, keselamatan diri, prosedur kecemasan dan bantu mula, keselamatan sekolah dan keselamatan perkhidmatan. Istilah keselamatan biasanya khusus untuk menghindari keadaan yang akan membawa kemalangan. Oleh itu, prosedur kecemasan yang baik perlu diwujudkan kerana kemalangan akan berlaku di mana-mana saja, dan pada bila-bila masa. Kita tidak boleh menganggap kanak-kanak mengetahui tentang bahaya dan risiko yang ada.

Semasa kanak-kanak di berada di rumah, mereka adalah di bawah tanggungjawab ibu bapa dan penjaga masing-masing. Maka pihak ibu bapa atau penjaga perlu memastikan agar kanak-kanak sentiasa diawasi di segenap tempat di rumah dan di luar rumah. Begitu juga di taman permainan di mana kanak-kanak didedahkan dengan berbagai-bagai aktiviti fizikal yang kadangkala mempunyai risiko kecederaan yang amat tinggi. Segala aktiviti fizikal dan permainan yang dilakukan oleh kanak-kanak perlu dibantu oleh pihak ibu bapa atau guru.

1.1 MAKLUMAT / BAHAN

i.

Keselamatan Bangunan

ii.

Keselamatan Diri

iii. Definisi:

Prosedur Kecemasan dan Bantu Mula

Pertolongan segera yang diberikan kepada pesakit dengan tidak mengira bangsa atau keturunan sebelum mendapat rawatan dari doktor atau pihak hospital.

Prinsip-prinsip pertolongan cemas: Menyelamatkan nyawa Mengurangkan kesakitan Mengelakkan daripada keadaan bertambah teruk Mendapat bantuan doktor atau menghantar pesakit ke hospital

Peraturan Am Pertolongan cemas: Memberi pertolongan kepada mangsa yang cedera teruk dahulu. Keutamaan kepada mangsa yang tidak sedar - menjaga, terutamanya pernafasan pesakit itu Jangan sekali-kali menanggalkan pakaian mangsa hanya sekadar

melonggarkannya sahaja dengan tujuan untuk memudahkan pernafasan mangsa dan pembantu mula memerhatikan pergerakan pernafasan mangsa. Membuat pengurusan bagi menghantar mangsa ke hospital. Tindakan serta merta pertolongan cemas: Menentukan pernafasan mangsa berkeadaan baik. Memberikan rawatan renjatan dengan segera. Cuba memberhentikan darah jika mangsa berdarah. Memberikan rawatan yang rapi dan sempurna .

Arahan am untuk memberi rawatan bantu mula: Bertindak dengan cepat dan tenang. Dapatkan bantuan orang yang berhampiran untuk membuat panggilan ke polis, ambulans, keluarga dan lain-lain. Bertindak berdasarkan DRABC [Danger Response Airways Breathing

Circulation] iaitu:

i.Keluarkan mangsa dari kawasan yang merbahaya [D] ii.Pastikan mangsa bertindakbalas dengan memanggil mangsa atau bertanya dengannya jika mangsa sedar. [R] iii.Pastikan mulut dan hidung mangsa tidak tertutup atau tersembut - jika ada keluarkan dan letakkan mangsa dalam kedudukan yang selesa [A] iv.Pastikan mangsa bernafas dan jika tidak, lakukan EAR - External Air Resuscitation [B] v.Pastikan nadi mangsa berfungsi - semak di nadi karotid atau di leher [C], jika tidak lakukan CPR [Cardio Pulmponary Resuscitation].

iv.

Keselamatan Sekolah

Memadam Kebakaran

v.

Keselamatan Perkhidmatan

2.0 KESELAMATAN DI SEKOLAH

Kesihatan dan keselamatan kanak-kanak di sekolah amat penting kerana ia dapat melindungi kanak-kanak daripada sebarang kecelakaan. Justeru, pihak sekolah terutamanya para guru perlu bertanggungjawab dalam memastikan kanak-kanak di sekolah sentiasa berada dalam keadaan sihat dan selamat. Bagi kanak-kanak pula, guru perlu membantu mereka agar mengambil langkah berjaga-jaga dengan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.

Berikut adalah hasil daripada tinjauan berkaitan aspek keselamatan di Sekolah Kebangsaan Bunsit, Keningau, Sabah semasa guru menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran pendidikan Jasmani bagi murid tahun 4 di kawasan sekitar padang sekolah :

Gambar 1 : Murid tidak memakai kasut sukan semasa menjalankan aktiviti Pendidikan Jasmani

Gambar 2 : Murid melintas jalan menuju ke sekolah tanpa diiringi ibu bapa atau penjaga

Gambar 3 : Murid memanjat dan bermain di atas meja.

Berdasarkan gambar-gambar yang ditunjukkan di atas tadi, dapat dilihat aspek keselamatan di sekolah kurang dititikberatkan. Justeru, guru perlu memainkan peranan yang penting dalam membantu murid agar sentiasa mementingkan

keselamatan sewaktu di sekolah dengan mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan.

2.1 Matlamat

Menurut Zainun Ishak (2006), keselamatan di sekolah bermatlamat untuk mewujudkan budaya selamat di sekolah dan persekitaran secara berterusan dengan sokongan keluarga dan komuniti setempat.

2.2 Rasional

i. ii. iii. iv.

Kerap diabaikan Terdedah kepada bahaya Kurang kerjasama keluarga Keupayaan sekolah terbatas

2.3 Objektif

i.

Meningkatkan kefahaman mengenai tatacara dalam menghadapi sebarang isu keselamatan,kecemasan, kemalangan dan malapetaka.

ii.

Meningkatkan kefahaman dan penghayatan terhadap keselamatan dalam perancangan dan pelaksanaan aktiviti sekolah.

iii.

Mewujudkan

persekitaran

sekolah

yang

sihat,

selamat

dan

menyeronokkan. iv. v. vi. vii. Memastikan hak setiap individu warga sekolah dipertahan dan dijaga. Meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Menyediakan panduan bagi setiap tindakan yang perlu diambil. Mewujudkan persekitaran untuk mental dan emosi yang sihat.

2.4 Definisi Sekolah Selamat

Tie dan Fatt Hee (2004), mendefinisikan sekolah selamat sebagai persekitaran sekolah yang selamat di mana warga sekolah merasa selamat tanpa gangguan daripada mana-mana pihak sama ada dari dalam mahupun luar.

2.5 Elemen Perancangan Sekolah Selamat

Kesedaran awam Penghayatan nilai murni Peraturan sekolah Pengurusan Kecemasan Kehadiran Basmi Ponteng Pencegahan Dadah Rokok dan Arak Perkongsian bijak Kawalan keselamatan Khidmat masyarakat Pengangkutan

Kesedaran budaya.

sosial

dan

Kepimpinan Pelajar Penglibatan keluarga Program khas Pencegahan jenayah Aktiviti Kokurikulum Latar belakang ahli Pembangunan staf Perkhidmatan sekolah Perundangan Penilaian dan Pemantauan kesihatan

2.6 Perancangan Sekolah Selamat

i.

Peluang untuk sekolah dan komuniti membentuk dan mengkaji strategi mengatasi isu keselamatan setempat.

ii.

Langkah Perancangan : Menubuhkan jawatankuasa Fungsi Peranan (Sekolah, Komuniti, Keluarga)

2.7 Jawatankuasa Sekolah Selamat

i. Menyediakan kod etika warga sekolah ii. Menyediakan kod etika pihak luar (keluarga dan komuniti) iii. Mempromosi kod etika

iv. Mendidik warga sekolah dan berkaitan tentang prosedur keselamatan v. Memastikan kesedaran dalam kalangan warga vi. Melaksana, menilai dan mengkaji semula semua dasar dan prosedur.

2.8 Harapan Sekolah Selamat

i. Bebas dari sebarang gangguan sama ada dalam tutur kata atau fizikal ii. Keselamatan harta benda terjamin iii. Sikap positif semua pihak iv. Kerjasama pelbagai pihak v. Tiada diskriminasi kaum, agama,sosioekonomi dan jantina vi. Layanan adil dan saksama vii. Dihormati dan dihargai viii. Bebas daripada sebarang kemalangan, kecederaan dan penyakit

2.9 Tanggungjawab Sekolah Selamat

i. Bebas dari sentimen perkauman dan diskriminasi jantina ii. Bersikap positif terhadap orang lain iii. Menghargai perbezaaan yang wujud. iv. Bersikap dan bertindak adil v. Kerjasama dan saling membantu vi. Mengamal kesopanan dan kesusilaan vii. Elak sebarang kekerasan, perkauman, perbuatan sumbang. viii.Niat yang betul dan ikhlas ix. Tiada penderaan fizikal, mental dan emosi ix. Melaporkan setiap kes

2.10

Polisi Sekolah Selamat

i.

Prinsip :

Ambil serius setiap aduan Tindakan semerta bagi setiap aduan Ambil kira perasaan Layanan yang adil dan saksama Selesaikan kes dengan sempurna Maklumat tentang dasar dan tatacara seharusnya mudah dirujuk. Tatacara seharusnya boleh difahami oleh semua pihak yang terlibat

ii.

Tatacara Aduan : Berbincang terus dengan pihak yang terlibat Khidmat orang tengah yang sesuai Berjumpa dengan guru besar / pengetua atau wakilnya.

3.0 KESIMPULAN

Sekolah selamat ditakrifkan sebagai tempat yang tersusun dan bertujuan di mana pelajar-pelajar dan kakitangan sekolah adalah bebas untuk belajar dan pengajaran berlaku secara bebas tanpa apa-apa gangguan secara fizikal ataupun secara psikologi. Dengan perkataan lain, sekolah selamat merujuk kepada kepercayaan bahawa semua pelajar di sekolah mempunyai peluang untuk belajar di dalam sebuah persekitaran yang selamat, kondusif kepada proses pembelajaran dan bebas daripada sebarang gangguan. Secara ringkasnya, semua langkah perlu diambil untuk menjamin keselamatan murid-murid di sekolah dari aspek fizikal, mental, emosi dan rohani dalam usaha mewujudkan sekolah selamat. Sehubungan dengan itu, persekitaran Sekolah Selamat akan mewujudkan perasaan selesa dan selamat dalam kalangan murid, ibu bapa dan komuniti.

4.0 REFLEKSI

Kerja Kursus bagi subjek Pendidikan Keselamatan (PKE3102), ini merupakan salah satu tugasan yang perlu dilaksanakan oleh guru pelatih bagi kursus PPG PJ semester 4. Setelah meneliti soalan tugasan, guru pelatih diminta untuk mengumpul bahanbahan yang diperolehi melalui media cetak dan media elektronik yang berkaitan dengan pendidikan Keselamatan khususnya berkenaan lima topik iaitu keselamatan bangunan, keselamatan diri, prosedur kecemasan dan bantu mula, keselamatan sekolah dan keselamatan perkhidmatan. Guru pelatih juga dikehendaki untuk menghasilkan folio dengan laporan lengkap dengan penerangan berkenaan istilah serta menerangkan lokasi seperti nama tempat, masa diambil, implikasi program dan mengambil gambar-gambar berkaitan. Seterusnya laporan hendaklah dibentangkan dalam bentuk powerpoint. Pada fasa awal pelaksanaan tugasan, maklumat-maklumat melalui buku rujukan dan sumber-sumber lain seperti laman-laman web yang berkaitan dengan skop soalan kerja kursus ini dikumpulkan. Bahan-bahan dikumpul dan semua maklumat yang berkaitan dengan tugasan diteliti secara terperinci agar kesemua maklumat yang diperoleh itu tepat dan bersesuaian serta mudah untuk difahami. Secara ringkasnya, kerja kursus ini mendedahkan guru pelatih kepada aspekaspek keselamatan yang perlu dititikberatkan oleh seseorang khususnya yang bergelar guru. Peranan dan tugas guru bukan sahaja menyampaikan ilmu kepada murid-murid semata-mata tetapi juga bertindak menggantikan bapa atau ibu ketika murid-murid di sekolah di mana aspek keselamatan dan kebajikan murid perlu diambil kira. Peringkat terakhir dalam pelaksanaan tugasan ini guru pelatih tidak lupa juga untuk berkolaborasi sesama sendiri dan saling memperlihatkan draf tugasan masingmasing supaya dapat melihat sendiri rangka-rangka tugasan yang telah dihasilkan. Hasilnya, terdapat sedikit teguran dan pembetulan draf tugasan yang telah dihasilkan. Walaupun terpaksa mengubahsuai sedikit sebanyak draf berkenaan, namun berpuas hati kerana tahu akan kesalahan dan kelemahan diri sendiri. tetap

Berkat dorongan dan tunjuk ajar pensyarah pembimbing serta perkongsian pengetahuan dengan rakan-rakan ia memberi sumbangan dalam melaksanakan tugasan dengan jayanya. Akhir kata, kerja kursus ini amat penting dan bermakna bagi guru-guru pelatih kerana memberi pengetahuan dan kefahaman dalam situasi pengajaran dan pembelajaran sebenar.

5.0 BIBLIOGRAFI

Buku Tie, Fatt Hee. 2004. Liabiliti Dalam Pengurusan Pendidikan. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Zainun Ishak. 2006. Panduan Kesihatan dan Keselamatan Kanak-kanak. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Laman Web Diakses pada 22 Mac 2013 daripada http://www.slideshare.net/herneyaqilah/maksudkeselamatan-kesihatan-dan-kemalangan Diakses pada 22 Mac 2013 daripada

http://reocities.com/Eureka/promenade/1212/sselamat.html

Anda mungkin juga menyukai