Anda di halaman 1dari 19

1.

0 PENGENALAN

Dalam merancang pengajaran dan pembelajaran berbagai elemen dan aspek yang perlu difikirkan oleh pendidik dan mereka yang terlibat dengan pengajaran. Harus diingat bahawa elemen yang mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran bukan sahaja wujud di dalam kelas malahan terdapat juga di luar bilik darjah. Memandangkan elemen yangperlu difikirkan terlalu banyak dan meluas, pendidik perlu memikirkan satu reka yang terbaik untuk membina dan merancang pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan bersesuaian.

Reka bentuk pengajaran merupakan mekanisma yang digunakan oleh perancang bagi membina dan merancang dalam segala aspek pengajaran dan pembelajaran. Tanggapan yang menyatakan reka bentuk pengajaran hanya perlu difikirkan oleh pentadbiran pendidikan sahaja adalah tidak tepat. Menurut Hunter (1987), kandungan dan corak pembelajaran mestilah dengan kualiti pengajaran dan pembelajaran yang baik. Seorangpendidik akan merancang pengajaran dan

pembelajaran sebelum memasuki bilik darjah. Justeru itu, setiap pendidik seharusnya dapat menguasai reka bentuk pengajaran bagi menjamin kualiti pembelajaran dan pengajaran yang baik dan berkualiti.

2.0 MODEL REKA BENTUK PENGAJARAN 2.1 Model Assure Yusup Hashim (1998), menyatakan reka bentuk pengajaran bilik darjah melibatkan tugas guru merancang, memilih dan menilai media pengajaran. Bagi melaksanakan tugas ini, guru boleh mengaplikasikan beberapa model yang sesuai. Menurut beliau, sesuatu pengajaran yang terancang rapi akan menghasilkan pembelajaran yang berkesan. Pengajaran berasaskan media tidak terkecuali

memerlukan perancangan yang rapi dan tersusun. Perancangan yang dimaksudkan ialah susunatur pengajaran agar pembelajaran dapat berlaku secara berstruktur. Gagne

(1985) menyatakan pembelajaran berlaku sebagai satu proses yang berkembang secara berperingkat. Justeru itu penyampaian pengajaran perlu disusun secara berperingkat-peringkat. Peringkat-peringkat berkenaan adalah :

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.

Tarik perhatian pelajar. Beritahu objektif pembelajaran. Cungkil dan kaitkan pengetahuan sedia ada pelajar. Sampaikan isi pelajaran/ bahan pemgajaran dan pembelajaran. Bimbing pembelajaran pelajar. Uji penguaswaan pembelajaran pelajar melalui aktiviti. Beri maklum balas tentang penguasaan pembelajaran pelajar. Taksir pencapaian pelajar. Tingkatkan ingatan dan pemidahan pembelajaran.

Menurut Noriati A. Rashid (2009), model ASSURE dapat membantu guru merancangan pengajaran yang dapat memanfaatkan penggunaan media. Model ASSURE memberi fokus kepada perancangan pengajaran pembelajaran berasaskan media dalam bilik darjah. Model ini dapat membantu guru merancangan pengajaran berasaskan media dalam bilik darjah masing-masing.

Model ASSURE

Aplikasi model ASSURE mengandungi enam langkah yang dapat menjamin kejayaan.

1. 2. 3.

Analyse Learners (Analisis Pelajar) State Objectives ( Nyatakan objektif/hasil pembelajaran) Select methods, media and materials ( Pilih kaedah, media dan bahan sumber)

4. 5. 6.

Utilize media and materials ( Guna media dan bahan sumber) Require learner participation (Libatkan pelajar dalam pembelajaran) Evaluate and revise (Nilai dan semak semula)

1. Analisis Pelajar Menganalisis kumpulan sasaran atau pelajar.adalah penting ntuk membantu kita merancang pengajaran pembelajaran yang sesuai bagi mereka. Pelajar dapat dianalisis berdasarkan aspek-aspek berikut:

1. 2. 3.

Ciri-ciri umum pelajar. Pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Gaya belajar

Ciri-ciri umum pelajar Ciri umum pelajar termasuklah umur, tahun, kelas, aliran, jantina,

penempatan/daerah/kawasan, budaya dan seumpamanya/ Pemilihan kaedah, sumber dan bahan dapat disesuaikan dengan jenis pelajar yang dikenalpasti. Pelajar yang lemah dalam penguasaan bahasanya dapat dibantu pembelajarannya melalui penggunaan gambar, bahan konkrit dan aktiviti tanpa media cetak.

Pengetahuan sedia ada Setiap pelajar mempunyai pengalaman yang berbeza. Analisis pengetahuandan pengalaman sedia ada pelajar dapat membantu guru menyediakan pengajaran yang

bermanfaat kepada pelajar. Guru boleh mengenalpasti pengetahuan sedia pelajar melalui ujian praunit yang akan dipelajarinya, mengkaji pencapaian pembelajaran unit terlebih dahulun mengadakan sesi soaljawab di dalam kelas. Apabila guru ada maklumat tentang pengetahuan dan pengalaman pelajar tentang topikyang akan dipelajari, mudahlah bagi guru untuk memilih pengisian sumber pembelajaran dan kaedah yang sesuai yang akan digunakan.

Gaya Pembelajaran Pelajar Pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri. Gaya pembelajaran individu merujuk kepada cara yang paling sesuai dan berkesan untuk individu itu menguasai pembelajaran. Pengetahuan tentang gaya pembelajaran pelajar dapat membantu guru merancang pengajaran dan pembelajaran yang efektif.Model Dunn dan Dunn, model Honey dan Mumford, dan model Mutiple Intelligence Gadner adalah beberapa contoh model gaya pembelajaran pelajar. Gaya pembelajaran individu mempengaruhi cara individu memproses maklumat, membentuk persepsi merupakan faktor motivasi dan tingkah laku belajar.

2. Nyatakan Objektif / Hasil Pembelajaran

Objektif pengajaran dan pembelajaran perlu dinyatakan secara jelas.Ini adalah sebagai hala tuju pengajaran dan pembelajaran.Penekanan kepada apa yang pelajar boleh buat selepas menjalani proses pembelajaran. Oleh itu objektif mesti spesifik.

Pernyataan objektif dapat membantu guru memilih media dan kaedajh penyampaian yang sesuai. Dengan itu guru dapat menentukan langkah aktiviti pemgajaran dan pembelajaran. Guru tidak mungkin dapat menilai pencapaian pelajar tanpa menyatakan objektif terlebih dahulu.

Dalam hal ini, pernyataan objektif yang baik mengandungi empat kriteria berikut:

1.

Siapakah yang hendak dicapai? (Kumpulan sasar)

2. 3. 4.

Apakah yang hendak dicapai? 9Apakah bentuk pelakuan baru) Bagaimana hendak dicapai? (Apakah syarat pelakuan) Aoakah tahap pencapaian minimum? (standard pencapaian)

3. Pemilihan Kaedah, Media dan Bahan Sumber

Setiap perancangan pengajaran yang baik akan memerlukan pemilihan media, kaedah dan bahan sumber dibuat secara sistematik dan terancang. Proses pemilihan tersebut merangkumi aspek-aspek berikut:

Membuat keputusan tentang kaedah yang paling sesuai dengan objektif yang hendak dicapai.

Memilih format media yang sesuai dengan kaedah yang dipilih. Memilih, mengubahsuai atau mereka bentuk bahan sumber pembelajaran.

Menurut Mc Alpine & Wetson (1994) dipetik oleh Hwinich et al (1999), untuk memilih

bahan

sumber

yang

sesuaim

soalan-soalan

berikut

perlu

ditanya.

Adakah bahan ini menepati kurikulum? Adakah isipelajaran menepati kurikulum? Adakah laras bahasanya jelas? Adakah bahan ini menarik dan dapat memotivasikan pelajar? Adakah bahan ini dapat menarik pelgelibatan pelajar? Adakah bahan ini berkualiti? Adakah bukti yang menunjukkan bahan ini berkesan? Adakah bahan ini bebas daripada iklan dan kecenderungan memihak? Adakah ada panduan pengguna?

Memilih bahan sumber sedia ada yang menepati kriteria dan objektif pengajaran dan pembelajaran dapat menjimatkan masa.

4. Gunakan Media dan Bahan Sumber

Langkah seterusnya ialah bagaimana media dan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran dapat dimanfaatkan oleh guru dan pelajar. Bagi memasyikan kejayaan penggunaan media dan bahan, sumber tindakan-tindakan berikut perlu dilakukan oleh guru. Semak/pratonton/kaji bahan sumber sebelum digunakan di dalam kelas. Guru hendaklah menhkaji/menyemak/menonton bahan sumber yang telah dipilih sebelum digunakan. Ini dapat membantu guru memastikan bahan tersebut nemar-benar sesuai dengan

kumpulanpelajarm

objektif

pengajaran

dan

pembelajaran.

Sediakan bahan untuk penggunaan dalam kelas. Sediakan persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran. Sediakan pengalaman pembelajaran bagi pelajar.

5. Libatkan pelajar dalam pembelajaran Sesuatu pembelajaran yang melibatkan pelajar beraktiviti atau berfikir secara aktif akan menghasilkan perubahan tingkah laku yang kekal. Ini disokong oleh semua teori pembelajaran seperti teori behavioris dan juga teori kognitif. Pengalaman rasa berjaya pelajar akan dapat mengekalkan motivasi pelajar terhadap aktiviti

pembelajaran. Latihan dalam bentuk perbincangan, latih tubi, latihan bertulis, permainan bahasa dan sebagainya dapat terus mengekalkan pengelibatan pelajar dalam aktiviti pembelajaran. Penyediaan media dan bahan sumber yang sesuai sebenarnya dapat membantu dan mengekalkan pengelibatan pelajar dalam ptoses belajar, Gambar foto, slaidm

gambar bersiri, video dapat mencetuskan perbincangan dalam kumpulan, dapat menjana idea dan juga aktiviti penyelesaian masalah. 6. Nilai dan Semak Semula Ini merupakan langkah terakhir dalam Model ASSURE. Sebenarnya langkah ini menyentuh dua aspekpenilaian aiitu penilaian pembelajaran dan penilaian pengajaran. Penilaian seharusnya dibuat sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran untuk memastikan pemilihan objektif, media dan bahan sumber sesuai dengan keupayaan pelajar.

2.2 Rancangan Pengajaran Harian

Mata Pelajaran Tarikh Masa Tahun Bilangan Murid Tema Tajuk

: Bahasa Melayu : 22 Mac 2013 : 8.00-9.00 pagi :3 : 20 orang : Pengurusan Diri : Kebersihan Diri

Hasil Pembelajaran : Fokus utama :1.6 1.6.2 Berbicara untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara daripada

pelbagai sumber secara bertatasusila. Fokus sampingan :4.1 4.1.1 Menyebut dan memahami lirik lagu yang mengandungi mesej dalam nyanyian yang dipersembahkan secara didik hibur. Objektif :

Pada akhir pembelajaran,

(i)

Murid secara berkumpulan dapat menyampaikan sekurang-kurangnya tiga kebaikan menjaga kebersihan diri berdasarkan peta minda di hadapan kelas.

(ii)

Murid secara individu dapat menyatakan sekurang-kurangnya tiga cara menguruskan diri dengan baik berdasarkan lirik lagu Bangun Tidur.

Kemahiran Bahasa Sistem Bahasa Pengisian Kurikulum :Ilmu Nilai

: Lisan, Membaca : Morfologi : Kata kerja bangun, memberus, mandi

: Muzik, Pendidikan Kesihatan : Menjaga kebersihan dan kesihatan diri dan kerjasama

Kemahiran Bernilai Tambah :Kemahiran Berfikir Kemahiran Belajar Kecerdasan Pelbagai Pengetahuan Sedia Ada : Menjana idea : Mengenal pasti, merumus : Kinestetik, interpersonal, verbal-linguistik : Murid pernah menggunakan berus gigi dalam kehidupan seharian Bahan Bantu Mengajar : Komputer riba, LCD, alat pembesar suara, video lagu, tayangan slaid, kertas kosong, pen berwarna, lembaran kerja.

Isi Pelajaran

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Set Induksi (5 minit)

Catatan BBM : Komputer

Tajuk : Kebersihan Diri

(i)

Guru

menayangkan

video

lagu riba, LCD, alat pembesar suara, untuk video lagu

Bangun Tidur kepada murid. (ii) Murid dikehendaki menyanyikan lagu Bangun Tidur

Video lagu : Bangun Tidur

berdasarkan lirik lagu.

KP : kinestetik

Ilmu : Muzik

Pengetahuan Sedia Ada : Murid pernah menggunakan berus gigi dalam kehidupan seharian

Langkah 1 (10 minit) Lirik lagu : (i) berdasarkan Tidur. (ii) Murid menyatakan dikehendaki cara lirik lagu Bangun

KB

Menjana

Guru bersoal jawab dengan murid idea

Bangun Tidur

KB untuk pasti menjaga

Mengenal

kebersihan diri yang terdapat di Nilai dalam lirik lagu.

Menjaga

kebersihan

Sistem Bahasa : Morfologi : Kata Kerja memberus,

mandi, bangun Langkah 2 (20 minit) Tayangan slaid : Menjaga Kebersihan Diri (iii) Cara (ii) (i) Cara Menjaga Kebersihan Diri. BBM : Tayangan LCD, riba,

Guru memaparkan tayangan slaid slaid, komputer

Guru bersoal jawab dengan murid alat berdasarkan tayangan slaid. suara,

pembesar kertas pen

Murid dibahagikan kepada empat kosong, kumpulan. berwarna

Perbincangan kumpulan Kebaikan Menjaga Kebersihan Diri :

(iv)

Setiap kumpulan dikehendaki untuk membincangkan Kebaikan Menjaga Nilai : Kerjasama Kebersihan Diri.

(v)

Murid secara berkumpulan diminta KP : Interpersonal untuk membuat hasil peta minda

berdasarkan mereka. Langkah 3 (20 minit)

perbincangan Ilmu : Pendidikan kesihatan KP : Verbal-

Pembentangan

(i)

Murid secara berkumpulan diminta linguistik untuk membentangkan hasil

perbincangan mereka di hadapan kelas. (ii) Guru bersoal jawab berdasarkan hasil pembentangan kumpulan. Pemulihan dan Pengayaan (i) BBM : Lembaran

Guru mengedarkan lembaran kerja kerja aktiviti pemulihan dan pengayaan.

Rumusan dan Penutup (5 minit) nyanyian (i) Guru membimbing murid membuat rumusan pelajaran pada hari itu. (ii) Murid Tidur. secara kelas

KB: Merumus

Nilai

Menjaga dan

dikehendaki kebersihan

untuk menyanyikan lagu Bangun kesihatan diri

2.3 Papan Cerita (Storyboard) Objek Pembelajaran

No.
1

Keterangan
Tajuk : Cara Menjaga Kebersihan Diri
animasi

Visual

Audio
-Lagu : Smooth Jazzy

Video

Butang seterusnya

Cara Menjaga Kebersihan Diri

Slaid 1
Klik ikon untuk dengar lagu

Jaga Kebersihan Upin Ipin


Klik pada video

Butang kembali

Slaid 2
3
Butang seterusnya

Butang kembali

Memotong kuku

Slaid 3

No.
4

Keterangan

Visual

Audio

Video

Memberus gigi

Slaid 4
5

Butang seterusnya
Mencuci tangan dengan sabun

Slaid 5
6

Butang kembali

Mandi

Slaid 6
7

Berpakaian kemas

Slaid 7

2.4 Analisis Aplikasi Model Assure Dalam Rancangan Pengajaran Harian

Analyse learners (Analisis Pelajar)

(i) (ii) (iii) (iv)

Murid tahun 3 20 orang murid (12 perempuan, 8 lelaki) Umur 9 tahun Pengalaman sedia ada : Murid pernah

menggunakan berus gigi dalam kehidupan seharian. State objective (Nyatakan objektif / hasil pembelajaran) 1. Kognitif : (i) Murid secara berkumpulan dapat menyampaikan sekurang-kurangnya tiga kebaikan menjaga

kebersihan diri berdasarkan peta minda di hadapan kelas. (ii) Murid secara individu dapat menyatakan sekurangkurangnya tiga cara menguruskan diri dengan baik berdasarkan lirik lagu Bangun Tidur. 2. Afektif : (i) Murid menunjuk riak muka yang tersenyum semasa melihat video Bangun Tidur. (ii) Murid kelihatan seronok dengan mengangkat tangan dan berdiri untuk memberi jawapan semasa sesi soal jawab 3. Psikomotor : (i) Murid bangun dan menyanyikan sambil menggayakan perlakuan di dalam video Bangun Tidur. Select methods, media and materials (Pilih kaedah, media, dan bahan sumber) (ii) (i) Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran digunakan : - perbincangan -soal jawab -aural oral (dengar tutur) Media yang digunakan : - komputer riba - tayangan video

- tayangan slaid (iii) Bahan sumber pengajaran dan pembelajaran yang digunakan : - komputer riba - tayangan video - tayangan slaid Utilize media and materials (gunakan media dan bahan sumber) (ii) Tayangan slaid menggunakan teknik dengar-tutur diaplikasikan oleh guru. (i) Tayangan video semasa di set induksi membantu murid memahami gambaran sepenuhnya mengenai perlakuan selepas bangun tidur.

(iii)

Aplikasikan kaedah dan media pengajaran semasa di set induksi, langkah 1 dan langkah 2 dalam rancangan pengajaran harian sepenuhnya.

Require learner participation (libatkan pelajar dalam pembelajaran)

(i) Murid terlibat secara aktif sejak dari awal penglibatan. Sedari di set induksi, murid perlu membuat pergerakan berdasarkan video yang ditayangkan. Di langkah 2, murid perlu berbincang untuk menyiapkan peta minda. (ii) Komunikasi 2 hala dan bekerjasama dalam kumpulan masing-masing. (iii) Langkah 1 : Pemusatan murid (iv) Langkah 2 : Pemusatan bahan

Evaluate and revise (Nilai dan semak semula)

(i) Membuat

kesimpulan

dan

rumusan

daripada

keseluruhan pembelajaran pada hari ini. (ii) Membuat penutup sosial.

3.0 BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER 3.1 Penggunaan Perisian Elektronik Microsoft Powerpoint

Penggunaan persembahan elektronik dalam pengajaran dan pembelajaran menjadi alat bantu mengajar dan bahan bantu belajar, semakin digemari oleh guruguru di sekolah. Perisian persembahan elektronik membantu membina perisian membuat persembahan dengan menggabungkan unsur animasi, grafik, audio, video, dan teks bertujuan menarik perhatian pengguna dan menjadikan persembahan tidak membosankan.

Terdapat pelbagai perisian yang digunakan untuk membuat persembahan elektronik di antaranya ialah Microsoft Powerpoint. Power Point ialah sejenis fail program yang biasanya digunakan untuk menyediakan bahan-bahan persembahan slaid atau pembentangan kertask kerja denga cara yang lebih menarik dan dalam bentuk yang bersepadu dari segi kesan warna, cahaya, pergerakan dan bunyi.

Kelebihan

Kelemahan

a) Menyediakan jenis template yang konsisten dan kemas.

a) Perlu mempertimbangkan keperluan penggunaan kesan animasi dalam

menyediakan slaid supaya pelajar tidak b) Menyediakan operasi yang mudah untuk mengorganisasikan kesemua b) Memerlukan dari kemahiran segi dan hanya tertarik kepada animasi slaid.

elemen reka bentuk, latar, warna, corak serta aturan perisian.

pengetahuan

peruntukan

wang, pengawalan masa pembelajaran c) Menambah gambar atau objek ke dalam slaid yang disediakan bila-bila sahaja. sebenar, tempat yang sesuai serta kemudahan teknologi komputer yang lengkap.

d) Dapat melahirkan animasi slaid.

c) Perlu mempertimbangkan kesan

penglihatan pelajar terhadap slaid yang e) Sesuai untuk membina kemahiran menulis pelajar terutamanya dalam d) Dari segi pengawalan dan disediakan.

merumuskan karangan.

pengurusan kelas, perlu sentiasa peka dan menggunakan eye contact dalam pengajarannya supaya hubungan dan interaksi dua hala dapat dilakukan di antar guru dengan pelajar.

4.0 KESIMPULAN

Secara

konklusinya,

teknologi

maklumat

dan

komunikasi

(TMK)

yang

diintegrasikan ke dalam bidang pendidikan mampu membawa satu perubahan yang positif kepada golongan pendidik serta pelajar. Sekaligus mampu melahirkan guru dan pelajar yang celik teknologi pada masa akan datang. Melalui pengintegrasian teknologi maklumat dan komunikasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran, sesuatu medium seperti teks, audio, video, grafik dan animasi mampu disampaikan kepada pelajar dengan berkesan melalui rangsangan deria yang lebih efektif. Para pendidik juga mampu menjadikan teknologi maklumat dan komunikasi sebagai satu wadah untuk mengakses dan berkongsi bahan pengajaran dengan murid dan komuniti pengajar yang lain. Teknologi maklumat dan komunikasi juga jelas mampu menjadikan sesuatu rancangan pengajaran harian menarik serta berkesan dengan penerapan model reka bentuk pengajaran yang sesuai. Pemilihan model reka bentuk yang sesuai serta bertepatan mampu menjadikan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran itu berjalan dengan lancar. Model ASSURE sesuai digunakan untuk perancangan pembelajaran bilik darjah dan guru perlu mahir dalam mengintegrasikan model ini ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka. Selain itu, video juga mampu menjadikan sesuatu proses P&P itu menarik. Video-video ini diselitkan ke dalam rancangan pengajaran harian mengikut kesesuaian. Penghasilan video yang berkesan adalah berdasarkan prosedur-prosedur yang telah ditetapkan.

5.0 BIBLIOGRAFI

Buku

Noriati A. Rashid. 2009. Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Shah Alam : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd

Yusup Hashim. 1998. Teknologi Pengajaran. Shah Alam : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd

Laman Web

Diakses pada 22 Mac 2013 daripada http://www.scribd.com/doc/14989824/TEKNOLOGI-PENGAJARAN

Diakses pada 22 Mac 2013 daripada http://www.scribd.com/doc/17563561/Hbef3103-Reka-Bentuk-Pengajaran

Anda mungkin juga menyukai