1.0
PENGENALAN Menurut sains, perkataan biodiversiti berasal daripada dua perkataan, iaitu bio
yang membawa maksud kehidupan manakala diversiti pula bermakna kepelbagaian. Gabungan dua perkataan ini mendukung maksud kepelbagaian kehidupan ataupun boleh juga disebut sebagai kepelbagaian biologi. Biodiversiti mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan alam sekitar. Dengan kata lain, biodiversiti terdiri daripada flora, fauna, sumber air dan juga geosains atau lebih popular dengan nama mineral. Untuk lebih difahami, secara keseluruhannya, biodiversiti membawa takrif kewujudan berbagai-bagai spesies tumbuhan dan haiwan dalam persekitaran semula jadi mereka. Negara kita, Malaysia sangat bertuah kerana mengalami iklim Khatulistiwa yang panas dan lembap sepanjang tahun. Faktor ini telah merangsang pertumbuhan pelbagai spesies tumbuhan dan haiwan di Malaysia. Setiap ciptaan dan kurniaan Allah di jagat raya ini sudah tentu mempunyai sebab tertentu dan membawa manfaat kepada manusia. Biodiversiti memainkan peranan yang sangat penting sebagai sumber keperluan asas manusia yang paling utama iaitu makanan, pakaian dan ubat-ubatan. Sebagai contoh, tanaman ulam-ulaman seperti pucuk paku sebagai makanan, buah kapas dapat diproses menjadi pakaian manakala tumbuh-tumbuhan seperti spesies Tongkat Ali dan Kacip Fatimah boleh mengubati penyakit. Selain itu, biodiversiti juga memainkan watak penting dalam fungsi ekosistem dengan melakukan kerja-kerja seperti mengitar semula air, menstabilkan cuaca dan menyuburkan tanah, misalnya tumbuhan hijau membantu menyerap gas karbon dioksida bagi mengelakkan cuaca yang begitu panas dan melalui proses penguraian semula jadi yang unik, flora dan fauna yang mati boleh dijadikan baja untuk menyuburkan tanah.
2.0
Hidupan liar hampir wujud di seluruh dunia. Hidupan liar adalah sangat penting kepada alam dan manusia. Misalnya dalam kajian kehidupan binatang liar. Pada zaman sekarang, bilangannya didapati semakin berkurang. Masalah ini selanjutnya boleh membawa implikasi-implikasi yang tidak baik seperti kekurangan bilangan dan spesies hidupan di zoo. Hutan, yang merupakan habitat hidupan liar, telah banyak dicerobohi manusia. Pelbagai aktiviti manusia telah memusnahkan habitat hidupan liar dan seterusnya boleh mengakibatkan kepupusan hidupan liar. Aktiviti pembalakan dan pembersihan hutan merupakan salah satu faktor yang menyebabkan kepupusan hidupan liar. Sebatang pokok yang ditebang sudah pastilah menyebabkan pokok-pokok kecil di sekelilingnya turut tumbang. Hal ini secara langsung memusnahkan habitat hidupan liar. Oleh yang demikian, jika aktiviti pembalakan ini dijalankan secara berterusan tanpa kawalan sudah pastilah habitat hidupan liar akan menjadi bertambah kecil yang seterusnya akan menyebabkan kepupusan hidupan liar. Kepupusan hidupan liar ini bukan sahaja berpunca daripada projek-projek pembangunan yang besar, malah amalan-amalan kecil dan sikap cuai manusia. Antaranya ialah lalai ketika menggunakan ubat pelali sewaktu menyelamatkan hidupan liar, mengenakan tali ikatan yang terlalu kuat sehingga boleh membunuh binatang dan tidak dapat menyediakan persekitaran yang sesuai bagi hidupan liar yang telah dijerat dan ditempatkan di pusat-pusat pemeliharaan. Terdapat pelbagai punca yang boleh menyumbang kepada kepupusan fauna sama ada secara langsung atau secara tidak langsung. Diantara punca-puncanya adalah pembalakan haram yang merupakan salah satu punca utama kepupusan fauna atau haiwan liar. Pembalak-pembalak haram giat menjalankan pembalakan secara terbuka di kawasan yang tidak sepatutnya ditebang dan menyebabkan haiwan liar mengalami kepupusan. Pembakaran hutan juga dilakukan oleh pihak tidak
bertanggungjawab yang dilakukan secara terbuka. Hal ini akan menyebabkan habitat kehilangan tempat tinggal. Perkembangan arus permodenan menyebabkan banyak pembangunan berlaku di atas bumi. Untuk memenuhi permintaan yang semakin tinggi,
banyak kawasan baru yang diterokai untuk membina penempatan baru, dijadikan kawasan pertanian dan perindustrian. Selain itu, aktiviti menangkap ikan merupakan salah satu punca rezeki bagi nelayan-nelayan di persisiran pantai. Tangkapan menggunakan jala, pancing, bubu dan cara tradisional yang lain menjejaskan habitat dan bilangan hidupan akuatik di perairan dan menggugat segala hidupan di dasar laut seperti terumbu karang dan sebagainya. Suhu dunia juga semakin meningkat dari hari ke hari yang menunjukkan bahawa lapisan ozon semakin menipis. Tidak semua fauna mampu bertahan dengan suhu yang panas membahang. Apabila hutan mengalami kepanasan yang melampau iaitu mengalami kepanasan global, haiwan-haiwan juga turut merasainya.
3.0
Kealpaan manusia dalam menjalankan tanggungjawab memakmurkan alam serta melindungi fauna menyebabkan haiwan liar di negara kita semakin terancam. Terdapat pelbagai punca yang boleh mengancam kewujudan haiwan liar di Malaysia. Ancaman yang paling berbahaya adalah daripada manusia. Lihat sahajalah di sekeliling kita. Pencemaran, pembalakan dan penggondolan hutan, semuanya berlaku kerana perbuatan tidak bertanggungjawab manusia. Hutan-hutan yang dilapangkan untuk tujuan pembangunan telah menyebabkan habitat fauna musnah. Selain itu, sikap tamak dan mata duitan manusia mengeksploitasi sumber alam secara besar-besaran telah mengancam dan membunuh haiwan-haiwan liar ini. Di samping itu, dasar dan polisi pemerintahan yang terlalu obses dengan pembangunan bagi membolehkan negara berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan England turut memburukkan keadaan haiwan liar yang sudah sedia ada terancam. Kesimpulannya, perbuatan manusia sememangnya mengancam haiwan liar di dalam negara.
4.0
4.1
Menurut laporan Trade Record Analysis of Fauna and Flora menyatakan diantara 1986 hingga Jun 1990, 500,000 hektar hutan di Malaysia ditebang tetapi kawasan yang dibenarkan hanya 320,000 hektar sahaja. Pembalakan haram juga menebang spesis pokok yang dilindungi seperti Meranti dan Cengal. Membalak di kawasan perlindungan seperti di kawasan hutan simpan dan Taman Negara. Apabila kegiatan pembalakan dijalankan ia juga memusnahkan spesis tumbuhan yang lain contohnya apabila pokok balak tumbang ia juga akan memusnahkan tumbuhan kecil yang berada disekitar itu. Ia juga akan menyebabkan binatangbinatang yang hidup dikawasan itu kehilangan habitat dan lari dan mati.
4.2
Pembakaran Hutan
Pembakaran hutan yang dilakukan secara terbuka akan menyebabkan spesisspesis yang terancam yang terdapat dikawasan tersebut akan musnah. Contohnya pembakaran hutan yang berlaku di Kalimantan dan Sumatera. Secara tidak langsung hidupan dan tumbuhan yang berada disekeliling hutan tersebut akan pupus dan mati kerana kehilangan tempat tinggal kerana habitatnya telah musnah. Seperti sedia maklum satu lagi kejadian pembakaran terbuka yang berlaku di Australia. Sudah pasti hidupan flora dan fauna yang berada disekeliling kawasan tersebut akan mati. Aktiviti pertanian yang dilakukan tanpa mengambil kira kepentingan alam semula jadi juga mengakibatkan kesan yang amat buruk terhadap usaha mengekang pengecutan hutan. Sikap sesetengah pihak di negara membangun yang lebih gemar mengambil jalan mudah, seperti mengamalkan "tebas dan bakar" (slash and burn) bukan
saja membuatkan satu-satu kawasan hutan lenyap sama sekali, bahkan pembakaran yang tidak terkawal ada kalanya mengakibatkan api merebak dan menjadi kebakaran hutan yang serius dan secara tidak langsung menyumbang kepada faktor kepupusan fauna.
4.3
Pembukaan tanah seperti kawasan pertanian baru, pembukaan tanah - tanah rancangan oleh Felda dan Felcra juga turut memusnahkan spesis haiwan liar. Pelbagai aktiviti manusia menyumbang kepada kemusnahan hutan seluruh dunia. Antara yang paling kritikal (dan paling cepat menjilat hutan-hutan kita) adalah pembukaan kawasan baru untuk penempatan manusia dan aktiviti ekonomi. Apabila jumlah penduduk dunia meningkat, kita memerlukan kawasan yang lebih luas untuk membina rumah, kawasan industri, perniagaan dan pertanian, jaringan pengangkutan serta perkhidmatan berkaitan seperti loji bekalan air dan tapak pelupusan sampah. Contohnya pembukaan tanah baru di Lojing Gua Musang Kelantan dimana penyerahan tanah secara besar-besar kepada beberapa syarikat dengan yang bertujuan untuk membuka kawasan pertanian seperti kebun sayur. Bagi tujuan itu maka banyak hutan ditebang dan dibersihkan dan fauna yang berada disekeliling kawasan itu akan mengalami kepupusan.
4.4
Pemburu Haram
Pemburuan secara haram yang berleluasa di hutan-hutan di Malaysia adalah merupakan satu faktor yang menjurus kepada kemusnahan habitat dan spesis haiwan ini. Pemburu haram ini bukan sahaja mengeksploitasikan bintang ini malahan mengaut keuntungan yang banyak melalui kegiatan ini. Permintaan yang tinggi
melalui pasaran antarabangsa dan tempatan terhadap binatang ini menjadi punca utama kegiatan ini berleluasa. Harimau Malaya merupakan satu spesis yang kian terancam kerana pemburuan terhadapnya. Permintaan yang tinggi terutama dalam bidang perubatan Cina menyebabkan Harimau Malaya kini hanya tinggal sejumlah yang sedikit sahaja.
4.5
Pencemaran
Seperti mana kita maklumi bahawa keadaan pencemaran yang teruk akan menyebabkan kepupusan haiwan dan tumbuhan. Faktor ini yang menyebabkan banyak hidupan akuatik kian pupus. Hidupan seperti ikan lumba-luma dan paus pembunuh (killer whale) semakin pupus disebabkan pencemaran air terutama disebabkan oleh tumpahan minyak dilaut dan kegitan manusia yang suka mengotorkan laut. Beruang panda yang merupakan antara habitat yang istimewa yang hanya terdapat di negara China kian terancam kepupusannya disebabkan pencemaran alam. Kepupusan pokok buluh juga menjadi penyebab kepada kepupusan hidupan ini kerana pokok buluh merupakan makanan utama habitat ini.
4.6
Aktiviti Perikanan
Aktiviti perikanan merupakan aktiviti ekonomi yang sangat penting terutama sekali di kawasan pinggir laut, sungai dan tasik. Kaedah perikanan tradisional yang diamalkan oleh nelayan dengan menggunakan pancing, pukat, jala dan bubu tidak mengancam kepupusan sumber ikan. Aktiviti perikanan moden yang menggunakan teknologi moden seperti
penggunaan bot, kapal dan juga pukat tunda membawa kesan terhadap ekologi laut yang mengancam hidupan akuatik sekaligus boleh menyebabkan ancaman sumber protein berasaskan sumber laut.
4.7
Pembangunan
Fenomena pengembangan kawasan bandar atau "urban sprawl" semakin jelas mengancam hutan semula jadi di negara-negara maju, sementara keperluan untuk menyediakan prasarana yang lebih sempurna di negara-negara
membangun turut menjadi satu faktor. Hutan terpaksa dibuka untuk membina bangunan dan jalan raya; setiap tahun kawasan baru dibuka dan semakin banyak hutan hilang dari pandangan. Kepesatan pembangunan juga menyebabkan kemusnahan fauna. Di satu pihak, terdapat mereka yang ingin membuka kawasan baru, menebang hutan untuk dibina rumah dan kilang, atau dijadikan tapak bercucuk tanam bagi aktiviti pertanian. Kadang-kala mereka tidak hiraukan keperluan ekosistem setempat terhadap hutan semula jadi. Ratusan, bahkan ribuan hektar hutan akhirnya lenyap dalam tempoh seminggu dua. Haiwan-haiwan yang selama ini hidup bebas di hutan tidak dapat dilihat lagi, ada kalanya buat selama-lamanya.
5.0
Salah satu cara untuk mengatasi kepupusan hidupan ialah melalui pendidikan di sekolah. Sukatan pelajaran menekankan kepentingan hidupan kepada ekosistem bumi. Pelajar-pelajar sekolah sayang akan hidupan liar melalui didikan dari kecil lagi. Jadi, apabila pelajar-pelajar sekolah ini dewasa, mereka akan sayang kepada hidupan dan tidak melakukan sesuatu yang akan memusnahkan hidupan liar. Oleh itu, berpegang pada peribahasa Melayu, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing, masyarakat khususnya golongan pelajar terutama remaja dan belia perlulah bekerjasama membantu negara memulihara biodiversiti negara. Lazimnya, golongan pelajar sering kali berpendapat bahawa mereka tidak perlu membantu memulihara biodiversiti dan alam sekitar atas pelbagai alasan. Antaranya ialah mereka masih bersekolah, mereka sibuk dengan aktiviti di sekolah, meluangkan masa dengan keluarga dan rakan-rakan dan seribu satu dalih yang lain. Hakikatnya, golongan pelajar hari ini boleh bekerjasama memulihara biodiversiti melalui pelbagai program yang
dirangka oleh guru, sekolah serta agensi kerajaan seperti Jabatan Alam Sekitar yang bekerjasama dengan Kementerian Pelajaran Malaysia. Program-program dan aktivitiaktiviti yang dirangka amat bersesuaian dengan golongan pelajar dan langsung tidak membebankan sebaliknya memberi peluang kepada mereka memberi sumbangan kepada negara. Langkah yang pertama yang boleh diambil oleh guru ialah melalui pendidikan dan kesedaran. Ia dapat membantu dalam memulihara alam sekitar. Konsep pendidikan dan kesedaran yang lebih mendalam tentang kesejahteraan alam sekitar dapat melahirkan masyarakat Malaysia yang prihatin terhadap alam sekitar. Walaubagaimanapun, pendidikan dan kesedaran alam sekitar secara menyeluruh adalah amat diperlukan dengan penggabungan maklumat dan penyebaran maklumat kepada pelancong-pelancong yang datang. Ini adalah kerana konsep secara menyeluruh adalah perlu bagi memberi kesedaran awal tentang kepentingan alam sekitar kepada mereka. Perkhidmatan maklumat juga merangkumi penggunaan teknologi maklumat, multimedia, media cetak, media elektronik dan sebagainya. Peranan media dalam penyebaran maklumat perlu dipergiatkan agar semua individu menerima kesannya. Program-program seperti Hari Alam Sekitar Sedunia, Kempen Alam Sekitar, Kempen Kitar Semula, Kempen Buku Hijau adalah satu langkah yang proaktif di samping mendidik individu dan juga tidak terkecuali pelancong-pelancong sukan supaya sedar akan kepentingan alam sekitar terutama dalam memulihara haiwan liar. Guru juga boleh mendidik kanak-kanak supaya menyayangi haiwan dengan menerapkan amalan mendisplinkan diri. Kanak-kanak juga dididik agar tidak memusnahkan atau menangkap haiwan-haiwan semula jadi yang berhabitat seperti rama-rama pepatung, monyet dan sebagainya. Guru juga harus sentiasa mengikut perkembangan berkaitan dan mengambil bahagian dalam projek-projek yang melibatkan penjagaan haiwan seperti kempen sayangi haiwan. Hal ini dapat memberi pendekatan kepada kanak-kanak tentang cintakan haiwan dalam usaha memulihara haiwan daripada kepupusan.
Langkah seterusnya adalah dengan mengadakan lebih banyak seminar atau bengkel sayangi haiwan. Seminar atau bengkel ini merupakan jalan terbaik untuk membentuk perasaan cinta dan sayang terhadap haiwan liar. Selain itu, seminar atau bengkel ini dapat menyemai dan memupuk sikap prihatin dan rasa bertanggungjawab terhadap alam sekitar terutama haiwan. Bersesuaian dengan peribahasa, melentur buluh biarlah dari rebungnya, pendedahan terhadap kepentingan menguruskan alam sekitar dan sumber biodiversiti dengan baik terhadap masyarakat khususnya pelajar dan kanak-kanak kecil penting bagi membentuk sikap dan tingkah laku manusia apabila menguruskan sumber biodiversiti dan alam sekitar. Natijahnya, kepupusan fauna di negara ini berpunca daripada sikap manusia yang bertindak sesuka hati, umpama beraja di mata, bersultan di hati. Sikap -sikap ini jugalah yang telah menimbulkan kesan yang tidak diingini terhadap biodiversiti seperti kematian kehidupan akuatik, kepupusan fauna dan pemanasan global yang menjejaskan kehidupan alam. Langkah-langkah pemuliharaan perlulah diambil dengan segera bagi memulihkan semula biodiversiti di negara kita. Hal ini semua adalah demi kebaikan semua umat manusia, bersesuaian dengan cogan kata, Cintailah Alam Sekitar. Ingatlah bahawa Allah SWT amat tidak menyukai orang -orang yang melakukan kerosakan di muka bumi maka peliharalah alam ini dari terus dimusnahkan oleh makhluk ciptaan bergelar manusia.
6.0
KESIMPULAN
Secara kesimpulannya pelbagai aspek perlu diambil kira sebelum melakukan sesuatu perkara. Dalam hal membangunkan negara menerusi perindustrian, alam semulajadi tidak boleh dilupakan. Jika khazanah bumi ini tidak dijaga dengan sebaikbaiknya tidak ada lagi yang tinggal untuk generasi yang akan datang. Dunia ini adalah pinjaman manusia tidak berhak untuk merampas atau meragut kekayaan dunia dengan sewenang-wenangnya segala perkara yang ingin dilakukan perlu melalui pelbagai fasa untuk mengelakkan sebarang ancaman terhadap alam semulajadi. Kepupusan fauna mampu menjadi mimpi ngeri buat kita semua jika tiada sikap ambil peduli dengan anugerah Tuhan ini.