Anda di halaman 1dari 2

TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI PRASEKOLAH

1.0 PEMUDAHCARAAN 1.1 KEMAHIRAN PEMUDAHCARA KANAK-KANAK PRASEKOLAH Pemudahcara ialah teknik yang digunakan oleh guru untuk membantu kanak-kanak mencapai matlamat pembelajaran melalui aktiviti-aktiviti yang telah dirancang dan disusun. Guru sebagai fasilitator berfungsi untuk mendidik, membimbing, memujuk, mengukuh, memberikan bantuan dan menolong kanak-kanak mencapai matlamat pembelajaran yang dirancangkan melalui satu proses yang panjang. Secara mudah konsep fasilitator merujuk kepada usaha-usaha guru untuk: - Menjadikan senang (make easy ease) - Menggalak (promote) - Mempercepatkan (expedite) - Memudah (simplify) - Membantu (Assist) - Menolong (help) - Memajukan (advance) Di antara kemahiran pemudahcaraan yang releven dengan murid-murid ialah: Penyoalan Pelayanan (Attending) Penstrukturan Kognitif Galak dan Saran (Prompting & Cue) Kongsi dan Bina (Sharing & Construction) Renungan Kembali (reflecting) Kepelbagaian rangsangan Pengukuhan

Fasilitator kadang-kadang bertindak bagai pelita yang menyinari keadaan persekitaran atau umpama payung yang melindungi benda lain atau pokok yang rimbun memberikan manfaat kepada keadaan persekitaran.Sebagai fasilitator yang berkesan, elemen-elemen berikut akan dapat meningkatkan kualiti seorang fasilitator. Sahsiah Berkualiti dan memiliki ciri-ciri yang berkesan. Mempunyai kecerdasan emosi yang stabil dan harmoni. Profesion Bersikap profesional semasa menjalankan tugas. Teknologi Menggunakan teknologi yang bersistematik dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran. Terdapat pelbagai teknik pemudahcaraan yang boleh digunakan oleh guru mengikut gerakbalas murid. Oleh itu guru hendaklah menggunakan teknik yang sesuai dan tepat dengan keperluan murid berdasarkan sesuatu situasi.

KEPENTINGAN KEMAHIRAN TEKNIK PEMUDAHCARAAN KEPADA GURU - Memotivasikan kanak-kanak supaya mempunyai dorongan yang kuat untuk belajar dan bercita-cita memperolehi pencapaian yang baik. - Membantu kanak-kanak mencari penyelesaian yang dihadapi dalam pembelajaran.Membimbing kanakkanak dalam menjalankan aktiviti bilik darjah dengan baik dan berkesan. - Menolong kanak-kanak lemah/pandai dengan menyediakan pendidikan pemulihan dan pengayaan. - Meneguhkan pembelajaran kanak-kanak dengan menggunakan ganjaran dan pujian. - Menyediakan bahan-bahan pembelajaran yang lebih mencabar. - Menggunakan pelbagai strategi dan teknik pengajaran yang berkesan dan menyeronokkan bagi mencapai objektif pelajaran. - Menyedarkan kanak-kanak untuk mencari dan menambah pengetahuan sendiri. - Meneguhkan tingkahlaku positif. - Menghindarkan tingkahlaku negatif secara terbuka, tidak terancam, tidak menghukum dan mesra.

1.0 TEKNIK-TEKNIK PEMUDAHCARAAN 1.1 PENYOALAN Bertujuan memperluaskan idea dan soalan jenis bercapah(konvergen) atau divergen (berfokus). Memandu Mengikut aras pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Berfokus dari soalan umum ke khusus Pembentukan soalan jelas dari segi aras, frasa dan ada kejelasan. Mempunyai hentian untuk beri masa berfikir Sebaran kepada semua kanak-kanak. Layanan jawapan sama ada pujian dn galakan. Mencabar (sterotype) sesuatu yang difikirkan betul atau tidak betul. Mendorong/menggalak pemikiran semula.

Anda mungkin juga menyukai