Anda di halaman 1dari 36

Jurnal Pendidikan Malaysia 34(1)(2009): 205 - 217 Pengurusan Penglibatan Pelajar dalam Amali Sains (Management of Students Involvement

in Science Practical Work) NURZATULSHIMA KAMARUDIN LILIA HALIM KAMISAH OSMAN T SUBAHAN MOHD. MEERAH ABSTRAK Kaedah amali dalam mata pelajaran sains merupakan kaedah pengajaran yang memberi peluang kepada pelajar menjalankan penyiasatan melalui perancangan, pelaksanaan dan perbincangan. Tujuan kajian ini adalah untuk meneroka cara guru mengurus pelajar, bagi meningkatkan penglibatan mereka dalam amali sains. Kajian yang berbentuk kajian kes ini menggunakan tiga orang guru sains berpengalaman, menggunakan pendekatan kualitatif dengan pengumpulan data melalui pemerhatian guru, temu bual pelajar dan analisis dokumen pelajar. Semua data dianalisis secara manual. Hasil kajian menunjukkan penglibatan pelajar dalam amali sains adalah tinggi, apabila guru mengurus mereka dengan membahagi pelajar kepada tiga hingga lima orang sekumpulan serta mengagih tugas. Didapati rondaan dan teguran sepanjang kerja amali berlangsung, pemberian ganjaran positif dan kerjasama pembantu makmal mengawas i pe lajar, tur ut membantu meningkat kan penglibatan pelajar dalam kelas amali. Tegasnya, penglibatan aktif pelajar d a l am p r o s e s p e n g a j a r a n d a n p emb e l a j a r a n ama t memb a n t u d a l am penghasilan modal insan yang dilengkapi dengan ciri-ciri kreativiti, kritikal

dan inovatif. ABSTRACT Practical method in science subject is an instructional method that gives students the opportunity to do their own scientific investigation through planning, performing and discussing. The purpose of this study was to explore the way teachers manage their students, in order to increase their involvements in science practical work. This qualitative case study studied three experienced science teachers by garnering data through teachers observation, students interview and analysis of students documents. All data were analyzed manually. This study found that students involvement in science practical are high when the teacher manage the students by dividing t h em i n t o a g r o u p o f t h r e e t o f i v e , a n d b y d i s s emi n a t i n g t h e w o r k .206 Jurnal Pendidikan Malaysia 34(1) Additionally, it was also found that patrolling and checking the students progress during practical session, giving out positive rewards and cooperation from lab assistant in monitoring students, did help in increasing students involvement during practical work. Certainly, active students involvement throughout the teaching and learning process will help in producing human capital equipped with criteria such as creative, critical and innovative. PENGENALAN Dalam usaha mencapai status negara maju pada tahun 2020, terselit cabaran untuk mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan (Mahathir 1991; Kementerian Pelajaran Malaysia, KPM 2002, 2006). Keupayaan negara dalam bidang sains dan teknologi hanya boleh

dicapai apabila negara mempunyai sumber tenaga manusia yang mencukupi menjelang tempoh masa yang ditetapkan. Kesungguhan kerajaan ditekankan lagi dalam Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK-9) menerusi pentingnya agenda pembangunan modal insan dalam menghasilkan sumber tenaga yang terbaik, terlatih, sepadan dan mencukupi. Pendidikan memainkan peranan yang penting dalam usaha membangunkan modal insan (Abdullah 2005; KPM 2006). Pelajar berciri modal insan yang perlu dilahirkan adalah mereka yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketrampilan unggul, berkeperibadian mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi, berfikiran kritis dan kreatif, berkemampuan bertindak secara rasional, berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta peluang baharu dan berketahanan dan berkebolehan berhadapan dengan persekitaran global (Buletin Pendidikan 2005; Muhammad 2005). Bagi memenuhi ciri-ciri modal insan yang dikehendaki, sistem pendidikan negara sentiasa mendapat perhatian dan diberi keutamaan oleh kerajaan. Kurikulum yang digubal menerusi Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) sentiasa dipantau dan disemak semula bagi memastikan kandungannya relevan dan memenuhi pembangunan modal insan negara (KPM 2001, 2005; Musa 2001). Mata pelajaran-mata pelajaran yang berteraskan S&T amat ditekankan kepada pelajar agar mereka berminat dengan bidang tersebut dan seterusnya memilih bidang berkenaan sebagai kerjaya. Ia jelas ditekankan semasa penyemakan semula kurikulum sekolah pada tahun 2001 (KPM 2001, 2005; Musa 2001) serta agenda pendidikan dalam RMK-9 melalui Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 20062010 (PIPP) (KPM 2006). Melalui PIPP, kerajaan menekankan penggunaan kepelbagaian kaedah

pengajaran dan pembelajaran serta berpusatkan pelajar. Antaranya disarankan lebih banyak eksperimen, perbincangan, lawatan dan penyelesaian masalah.Pengurusan Penglibatan Pelajar dalam Amali Sains 207 Pembelajaran melalui eksperimen atau kaedah amali lebih cepat berlaku kerana pelajar menjalankan penyiasatan sendiri bagi memperolehi maklumat melalui bahan yang sebenar (Ogunniyi 1983; Yusup 1997; Berg 2003). Kaedah tersebut dapat menerapkan pengetahuan, kemahiran saintifik serta sikap saintifik dan nilai murni (KPM 2002; Komala 2004). Kemahiran saintifik diperolehi apabila pelajar merancang, mengendalikan dan menganalisis data menggunakan pelbagai peralatan eksperimen, spesimen dan bahan kimia (Berg 2008; Harwood 2004; Noor Akmar 2007). Melalui kaedah amali yang biasanya dijalankan secara berkumpulan, akan dapat menerapkan elemen sikap saintifik dan nilai murni seperti bekerjasama, sistematik dan yakin, jujur dan tepat dalam merekod data (Christensen & McRobbie 1994; KPM 2002, 2005). KEPELBAGAIAN TEKNIK PENGAJARAN DALAM KAEDAH AMALI Pakar-pakar pendidikan bersetuju bahawa, secara umumnya kaedah amali sains mengandungi tiga teknik pengajaran yang berbeza: teknik penerangan, teknik penyiasatan dan teknik perbincangan (Hoftein & Lunetta 2003; Marzano 1992; Smith 1971; Tamir 1977). Kesemua teknik-teknik tersebut perlu dilengkapkan dalam satu sesi pengajaran bagi memastikan objektif pengajaran tercapai. Kepelbagaian teknik dalam kaedah amali ini menyebabkan pelajar lebih aktif, tidak berasa bosan atau tertekan sepanjang kelas (Lemlech 2004; Williams et al. 2003). Selain daripada itu, penglibatan pelajar yang aktif dalam kesemua teknik tersebut mampu menerapkan ciri-ciri modal insan sama ada secara tersurat atau tersirat. Smith (1971) dan Tamir (1977) menyatakan bahawa kaedah amali

mengandungi tiga teknik pengajaran iaitu pre-lab, lab work dan post-lab. Charles dan Senter (2002) menyatakan keperlbagaian teknik ini memerlukan kemahiran guru menjadi pengurus yang baik. Dalam setiap teknik tersebut, guru akan menggunakan strategi yang berbeza untuk memperolehi kemahiran yang berbeza (Griffin 2005). Misalnya, pada peringkat pre-lab, guru akan menyoal dan menerang bagi merangsang pelajar terlibat dalam aktiviti yang akan dijalankan. Soalan-soalan yang menuju kepada sikap ingin tahu pelajar amat digalakkan. Pelajar akan dipandu bagi mengenal pasti masalah yang wujud serta menyusun hipotesis. Mereka akan merangka cara penyelesaiannya berdasarkan teori berkaitan dan pengetahuan sedia ada. Kemudian, mereka merancang penyiasatan yang akan dilakukan termasuk cara penyelesaian yang dipilih, peralatan dan bahan-bahan yang diperlukan, agihan tugas dan kaedah pengumpulan data yang bersesuaian. Situasi ini membantu pembentukan insan yang kritis dan kreatif serta berkemahiran menyelesaikan masalah. Semasa peringkat kerja amali atau lab-work pula, teknik menyiasat pula digunakan di mana pelajar akan mengambil dan memasang segala peralatan dan bahan yang disediakan. Data-data direkod dalam bentuk yang sesuai agar mudah diolah dan dianalisis. Pada peringkat ini, guru bertindak sebagai fasilitator yang208 Jurnal Pendidikan Malaysia 34(1) membantu pelajar dengan memberi soalan yang akan merangsang pembentukan fikiran kritis. Aktiviti menyoal, mengawal, membantu dan mendorong akan digunakan bagi memastikan pelajar terus menjalankan aktiviti yang diberi. Pada peringkat terakhir, iaitu post-lab, yang merupakan teknik perbincangan, guru dan pelajar akan bersoal jawab, mengingat kembali, berbahas dan mengaitkan antara teori dengan hasil yang diperolehi. Guru juga menggalakkan pelajar menganalisis data, diikuti menginterpretasi maklumat dari data yang diperolehi.

Perbincangan akan berlaku yang membawa kepada kesimpulan hasil aktiviti amali. Kesemua aktiviti yang dijalankan sepanjang kelas amali menunjukkan bahawa kaedah amali mengandungi kepelbagaian teknik yang boleh membantu kepada pembentukan modal insan yang diperlukan. Selain daripada itu, Chin (2003) turut memperkenalkan konsep kepelbagaian teknik pengajaran dalam kaedah amali. Beliau memecahkan pembelajaran sains dalam kaedah tersebut kepada lima tahap penyiasatan yang berkebolehan menghasilkan kemahiran tertentu. Menurutnya, tahap-tahap tersebut merupakan perincian teknik yang dikemukakan oleh Smith (1971) dan Tamir (1977) yang mampu meningkatkan penglibatan dan pemahaman pelajar. Beliau menamakan tahap-tahap penyiasatan tersebut sebagai (i) pra-penyiasatan (preinvestigation), (ii) perancangan dan rekabentuk (planning and design), (iii) menjalankan penyiasatan (carrying investigation), (iv) analisis dan interpretasi (anal y s i s and int e rpr e tat ion r e sul t s) , dan (v) pos -penyi a s a t an (pos t investigation). Jadual 1 merumuskan konsep kepelbagaian teknik pengajaran dalam kaedah amali, berdasarkan pandangan Smith (1971), Tamir (1977), Marzano (1992) dan Chin (2003). Ketiga-tiga teknik pengajaran yang digabungkan dalam satu sesi pengajaran ini, menjadikan kaedah amali sebagai kaedah yang menarik serta mampu menghasilkan pelajar yang berciri modal insan. JADUAL 1. Teknik pengajaran dan kemahiran pembelajaran dalam kaedah amali sains Teknik pengajaran Tahap penyiasatan Kemahiran pembelajaran Mini pengajaran Pra-penyiasatan - Mengenal pasti masalah (Pre-lab) Perancangan dan - Mengaplikasi pengetahuan sedia ada reka bentuk - Menghipotesis dan jangkaan - Merancang penyiasatan

- Mengenal pasti prosedur Penyiasatan Menjalankan - Mengenal pasti komponen utama (Lab work) penyiasatan penyiasatan - Menjalankan penyiasatan - Berinteraksi antara guru-pelajar -bahan Perbincangan Menganalisis dan - Menganalisis data (Post-lab) menginterpretasi - Menganalisis keputusan Pos-penyiasatan - Menginterpretasi maklumatPengurusan Penglibatan Pelajar dalam Amali Sains 209 KEPELBAGAIAN HASIL PEMBELAJARAN MELALUI KAEDAH AMALI SAINS Konsep kaedah amali sains seterusnya adalah ia dapat menghasilkan pelbagai hasil pembelajaran dalam suatu masa pengajaran. Menurut Nurzatulshima (2002), Oliva (2004) dan Orlich et al. (2004), pemilihan kaedah pengajaran amat bergantung kepada objektif sesuatu pengajaran. Kaedah pengajaran tertentu hanya sesuai untuk mencapai objektif pelajaran tertentu. Kaedah pengajaran yang berkesan adalah kaedah yang dapat menghasilkan pelbagai objektif pengajaran, ketika digunakan dalam satu masa. Kaedah amali sains dapat menghasilkan objektif pembelajaran yang pelbagai dalam satu sesi pengajaran. Kaedah amali menjadi serampang tiga mata kepada pengajaran sains apabila ketiga-tiga elemen kurikulum iaitu pengetahuan, kemahiran saintifik dan nilai murni dapat diperolehi secara langsung menerusi penggunaannya. Lunetta et al. (1981) serta Carin dan Bass (2001) menyatakan bahawa penggunakan kaedah amali boleh menghasilkan ketiga-tiga domain pembelajaran yang dikehendaki iaitu domain kognitif, domain psikomotor dan domain afektif. Menurut Towns et al. (2000), melalui kaedah amali, pengetahuan

pelajar berkaitan isi kandungan di samping kemahiran saintifik dan kemahiran penyelesaian masalah akan diperolehi. Seterusnya, pemerolehan kemahiran tersebut akan menunjukkan kemungkinan pembentukan ciri-ciri modal insan yang diperlukan. Jadual 2 menunjukkan domain pembelajaran dan matlamat kemahiran yang boleh diperolehi melalui kaedah amali. JADUAL 2. Domain pembelajaran dan matlamat kemahiran melalui kaedah amali Domain @ Matlamat Kemahiran pembelajaran Kognitif - Memperkenalkan perkembangan intelektual (Kandungan) - Mempertingkatkan pembelajaran konsep saintifik - Memperkembangkan kemahiran penyelesaian masalah - Memperkembangkan pemikiran kreatif - Mempertingkatkan kefahaman berkaitan sains dan kaedah saintifik Psikomotor - Membentuk kemahiran penyiasatan sains (Kemahiran) - Membentuk kemahiran penganalisisan data - Membentuk kemahiran komunikasi - Membentuk kemahiran bekerjasama Afektif - Mempertingkatkan sikap terhadap sains (Nilai murni & - Memperkenalkan persepsi positif terhadap kefahaman sikap saintifik) dan kesan terhadap persekitaran210 Jurnal Pendidikan Malaysia 34(1) Daripada kelebihan dan konsep kaedah amali sains, maka amat wajarlah guru-guru sains menggunakan kaedah tersebut. Bagaimanapun banyak kajian menunjukkan guru sains jarang sekali menggunakan amali sains dalam

pengajarannya seperti dapatan kajian oleh Lawson (2000), Marina (2002), Sampson (2004), Wrutheran et al. (2001) dan McComas (2005). Selain daripada itu, beberapa kajian turut melaporkan bahawa ada pelajar yang hanya memerhati dan tidak terlibat dalam aktiviti amali seperti laporan kajian oleh Filmer dan Poh (1997) serta Siti Aloyah (2002). Noor Akmar (2007) dan Chong (2001) turut melaporkan pelajar tidak serius dalam menjalankan amali. Fenomena ini memerlukan kajian lanjutan bagi mengenal pasti cara pengurusan pelajar semasa kelas amali sains agar perlaksanaannya mencapai objektif seperti mana yang diharapkan. Oleh itu, kajian ini dijalankan adalah untuk mendapatkan penyelesaian kepada persoalan: 1. Bagaimanakah cara pengurusan penglibatan pelajar dalam kelas amali sains? 2. Apakah tahap penglibatan pelajar dalam kelas amali sains? METODOLOGI Kajian ini bertujuan untuk meneroka cara pengurusan penglibatan pelajar dalam kelas amali sains dan menilai tahap penglibatan pelajar hasil pengurusan yang dilaksanakan. Kajian yang menggunakan reka bentuk kajian kes multicasemultisite studies merujuk kepada kajian pelbagai kes dan pelbagai tempat. Pengkaji telah mendapatkan data yang terperinci berkaitan tiga kes pengurusan penglibatan pelajar dalam kelas amali dan menggunakan pelbagai lokasi sekolah yang menempatkan responden kajian bertugas. RESPONDEN Pengkaji telah memilih tiga orang guru sains sebagai responden secara persampelan bertujuan (purposeful sampling) yang bermaksud pemilihan sampel untuk memenuhi keperluan kajian. Creswell (2002) serta Bogdan dan Biklen (2003) menyatakan, melalui purposeful sampling, responden yang dipilih merupakan responden terbaik yang dapat memberi sumber maklumat yang maksimum bagi

membantu memahami fenomena yang dikaji. Pengkaji menggunakan tiga guru berpengalaman yang telah mengajar lebih daripada 15 tahun, yang secara sukarela bersedia menjadi responden. PROSEDUR KAJIAN Tiga jenis instrumen digunakan dalam kajian ini: pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen. Dalam kajian ini, pengkaji bertindak sebagai pemerhati (nonparticipant observation) semasa guru menguruskan kelas amali yang dijalankan.Pengurusan Penglibatan Pelajar dalam Amali Sains 211 Pengkaji menggunakan borang pemerhatian guru bagi mencatat segala aktiviti, interaksi dan tindakan pengurusan penglibatan pelajar sepanjang kelas amali berlangsung serta merakamkan segala audio dalam kelas menggunakan MP3. Dalam kajian temu bual bersemuka (one-to-one interviews), perbualan dirakam menggunakan pita rakaman, MP3 dan nota catatan. Sesi temu bual dimulai dengan mengajukan soalan pokok (main question) yang berbentuk umum dan mudah kepada yang lebih berfokus. Sesi temu bual dijalankan untuk mendapatkan penjelasan cara pengurusan pelajar oleh guru agar mereka terlibat dalam kelas amali. Bagi penganalisisan dokumen pelajar, pengkaji menggunakan dokumen pelajar yang berbentuk social map bagi menilai tahap penglibatan ahli kumpulan. Dokumen tersebut dipungut semula selepas waktu kelas amali yang dikaji tamat. PENGANALISISAN DATA Setelah semua instrumen dikumpulkan, penganalisisan data dilakukan mengikut kesesuaian maklumat dan data yang diperolehi. Bagi data yang diperolehi melalui pemerhatian, pengkaji menyusun secara manual setiap bentuk pemerhatian yang telah direkodkan. Manakala maklumat yang diperolehi melalui temu bual, pengkaji mendengar semula rakaman dan membandingkannya dengan catatan yang dilakukan. Penganalisisan data temu bual dilakukan secara manual mengikut

soalan-soalan yang dikemukakan, melalui dua peringkat: (i) Transkripsi rakaman temu bual (ii) Pencarian tema dan pengkodan. Bagi dokumen pelajar pula, pengkaji meneliti setiap dokumen yang diterima dan mengira tahap penglibatan setiap ahli kumpulan menggunakan Borang Analisis Dokumen Pelajar. DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN PENGURUSAN PENGLIBATAN PELAJAR DALAM KELAS AMALI SAINS Dalam kaedah amali sains, proses pembelajaran adalah berpusatkan pelajar. Pengurusan pelajar dalam kelas amali yang teratur akan memastikan objektif pembelajaran yang bertujuan membentuk pelajar yang aktif dan bercirikan modal insan melalui kaedah tersebut, akan tercapai. Jadual 3 meringkaskan pengurusan penglibatan pelajar yang dilaksanakan oleh responden bagi memastikan pelajar terlibat secara aktif dalam kelas amali. Daripada penelitian hasil kajian mendapati, semua responden merancang secara dokumen penglibatan pelajar. Dalam kelas amali GPA, pelajar dibahagi kepada empat hingga enam orang sekumpulan, manakala dua hingga tiga orang dalam kelas GPB dan tiga hingga empat orang dalam kelas GPC. Pelajar bebas memilih ahli kumpulan bagi kelas GPA dan GPB, manakala mereka ditetapkan ahli kumpulan dalam kelas GPC.212 Jurnal Pendidikan Malaysia 34(1) Semua guru melakukan pembahagian tugas antara ahli kumpulan. Mereka turut meronda dari meja ke meja dan menegur pelajar yang tidak melibatkan diri. Didapati GPB dan GPC ada memberi arahan supaya setiap ahli dalam setiap kumpulan mempunyai data tersendiri. Setelah selesai kerja amali, semua guru berbincang dapatan kajian dengan pelajar. Selain daripada itu, GPC ada menawarkan markah bonus atau penalty kepada pelajar atas penglibatan mereka. Beliau juga mendapat kerjasama pembantu makmal sepanjang sesi amali dalam

mengawasi pelajar. Dapatan kajian menunjukkan, semua guru berusaha melibatkan pelajar dalam aktiviti kerja amali yang diberi. Pembahagian kumpulan sebelum kerja amali dijalankan bertepatan dengan konsep pembelajaran koperatif yang dikemukakan oleh Slavin (1995) dan Towns et al. (2000). Cara tersebut membolehkan pelajar mempunyai tanggungjawab bersama ahli kumpulannya yang lain dalam mencapai objektif amali yang dilaksanakan. Selain daripada itu, jumlah ahli kumpulan yang dibuat oleh GPC iaitu tiga hingga empat pelajar sekumpulan, amat bersesuaian JADUAL 3. Rumusan cara pengurusan penglibatan pelajar dalam kelas amali sains Guru Cara pengurusan penglibatan pelajar Mendokumen perancangan pengurusan pelajar Membahagi 6 kumpulan (4-6 pelajar/kumpulan) GPA Membenarkan pemilihan ahli kumpulan secara sukarela Meronda dari meja ke meja Menegur pelajar bermasalah Membuat perbincangan dapatan kerja amali dengan pelajar Mendokumen perancangan pengurusan pelajar Membahagi 14 kumpulan (2-3 pelajar /kumpulan) Membenarkan pemilihan ahli kumpulan secara sukarela GPB Membuat pembahagian tugas Meronda dari meja ke meja Menegur pelajar bermasalah Mempastikan pelajar mempunyai data sendiri Membuat perbincangan dapatan kerja amali dengan pelajar Mendokumen perancangan pengurusan pelajar

Membahagi 8 kumpulan (3-4 pelajar /kumpulan) Menetapkan ahli kumpulan GPC Membuat pembahagian tugas Meronda dari meja ke meja Menegur pelajar bermasalah Mempastikan pelajar mempunyai data sendiri Membuat perbincangan dapatan kerja amali dengan pelajar Memberi markah bonus dan penalti Mendapatkan kerjasama pembantu makmalPengurusan Penglibatan Pelajar dalam Amali Sains 213 dengan cadangan oleh KPM dan Pratt (KPM 2003; Pratt 2003) iaitu maksimum empat pelajar, berbanding dengan kelas GPA dan GPB. Ini kerana, bilangan ahli yang terlalu ramai menyebabkan ada ahli yang tidak terlibat. Manakala jika ahli sedikit, akan menjadikan terlalu banyak kumpulan menyebabkan guru tidak sempat meronda ke setiap kumpulan dan menyemak kerja mereka. Selain daripada itu, pemantauan pelajar dengan meronda setiap kumpulan amat membantu memastikan pelajar terlibat dalam kelas amali. Menurut Lawson (2000) dan McComas (2005), kurangnya pemantauan menyebabkan pelajar tidak serius dan tidak melibatkan diri menjalankan amali. Situasi ini tentunya menyusutkan pencapaian modal insan yang dikehendaki apabila tiada sikap kerjasama, ingin tahu, kreatif dalam menjalankan penyiasatan dan menyelesaikan masalah. Justeru, tindakan pemantauan dan rondaan yang dilakukan oleh semua responden amat bertepatan dengan cadangan yang dikemukakan oleh Sampson (2005), Chin (2003) dan Hardin (2004). Perbincangan hasil kerja amali merupakan teknik terakhir dalam kaedah amali. Didapati semua responden membincangkan hasil kajian dengan pelajar-pelajarnya.

Situasi ini boleh membantu penglibatan pelajar serta menjadikan mereka sebagai pelajar yang berketrampilan kerana berani mengeluarkan pendapat, bersuara, yakin dengan hasil yang diperolehi. Menurut Chin (2003) dan Kalu (2004), cara komunikasi dalam perbincangan membantu pelajar berfikir secara kritis dan kreatif. TAHAP PENGLIBATAN PELAJAR DALAM KELAS AMALI SAINS Apabila kaedah amali sains digunakan, guru mensasarkan bahawa semua pelajar akan terlibat dalam kerja amali. Arahan pengagihan tugas yang diberi sepatutnya akan dapat memastikan semua ahli dalam kumpulan menjalankan tugas. Situasi tersebut semestinya menghasilkan tahap penglibatan pelajar yang seragam. Dalam kajian ini, tahap penglibatan pelajar dalam kumpulannya dinilai oleh semua ahli kumpulannya. Jadual 4 menunjukkan nilai tahap penglibatan pelajar dalam kerja amali yang diperolehi hasil pengurusan responden kajian. Hasil penganalisisan HTPP mendapati, tahap penglibatan pelajar dalam kumpulan adalah berbeza bagi kelas GPA, manakala seragam bagi kelas GPB dan GPC. Didapati kumpulan yang kecil menghasilkan tahap penglibatan pelajar yang tinggi berbanding kumpulan pelajar yang ramai. Ini jelas dilihat daripada nilai tahap penglibatan yang diperolehi pelajar daripada kelas GPB. Beliau membahagi pelajar kepada dua hingga tiga pelajar sekumpulan dan mendapati semua ahli kumpulan tersebut lebih aktif dan lebih bekerjasama. Bagi kelas GPA, beliau membahagi pelajar kepada empat hingga enam pelajar sekumpulan dan mereka bebas memilih ahli kumpulan. Namun, didapati ada pelajar dalam kumpulan yang tidak terlibat dalam kerja amali, maka mendapat nilai yang rendah berbanding ahli kumpulan yang lain. Nilai yang diperolehi turut memungkinkan adanya ahli kumpulan yang mendominasi ke

http://journalarticle.ukm.my/218/1/1.pdf (21.2.12)

Penyiasatan Saintifik 1. Menganalisis kaedah penyiasatan saintifik. 2. Mensintesiskan kaedah saintifik. 3. Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni dalam menjalankan kaedah penyiasatan saintifik.

1. Menganalisis kaedah penyiasatan saintifik. Aras 1 Menerangkan kepentingan kaedah penyiasatan saintifik. Aras 2 Mengenal pasti langkah dalam kaedah penyiasatan saintifik. Aras 3 Menghuraikan setiap langkah dalam kaedah penyiasatan saintifik. MEMPERKENALKAN SAINS Membincangkan tentang perkara berikut:

(a) Kepentingan kaedah penyiasatan saintifik dalam pemerolehan pengetahuan sains. (b) Langkah yang diikuti semasa menjalankan kaedah penyiasatan saintifik adalah seperti berikut: i. Mengenal pasti masalah ii. Membuat hipotesis. iii. Merancang penyiasatan iv. Mengawal pemboleh ubah. v. Mengumpulkan data. vi. Menganalisis data. vii. Mentafsirkan data. viii. Membuat kesimpulan. ix. Membuat pelaporan

2. Mensintesiskan kaedah saintifik. Aras 1 Membuat inferens. Mengenal pasti pemboleh ubah.

Membuat hipotesis.

Memerhatikan situasi seperti ketumpatan bahan dalam air atau tenggelam timbul bahan dalam air untuk menjalankan aktiviti berikut: (a) Membuat inferens. (b) Mengenal pasti pemboleh ubah. (c) Membuat hipotesis. (d) Menentukan pemboleh ubah yang dimalarkan,

Aras 2 Mengawal pemboleh ubah. Merancang kaedah penyiasatan. Mengumpulkan data. Mentafsirkan data. Membuat kesimpulan. Aras 3

Menyediakan laporan eksperimen. pemboleh ubah yang dimanipulasikan dan pemboleh ubah yang bergerak balas. (e) Merancangkan kaedah penyiasatan termasuk peralatan dan bahan yang diperlukan, langkah menjalankan eksperimen, kaedah mengumpulkan data dan kaedah menganalisis data. Menjalankan eksperimen berkaitan dengan ketumpatan bahan dalam air atau tenggelam timbul bahan dalam air seperti yang telah dirancangkan untuk menjalankan tugasan seperti berikut: (a) Mengumpulkan data secara sistematik. (b) Mempersembahkan data dalam bentuk grafik seperti dalam jadual atau graf. (c) Mentafsirkan data. (d) Membuat kesimpulan. (e) Menyediakan laporan dan membentangkan hasil

Pendekatan Inkuiri Penemuan Pendekatan inkuiri penemuan merupakan pendekatan yang mementingkan pembelajaran melalui pengalaman. Inkuiri secara am bermaksud mencari maklumat, menyoal dan menyiasat sesuatu fenomena yang berlaku di sekeliling. Penemuan merupakan sifat utama inkuiri. Pembelajaran secara penemuan berlaku apabila konsep dan prinsip utama dikaji dan ditemui oleh murid sendiri. Murid melalui aktiviti seperti eksperimen akan menyiasat sesuatu fenomena dan mencapai kesimpulan sendiri. Guru kemudian membimbing murid untuk memahami konsep sains melalui hasil inkuiri penemuan tersebut. Kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik dikembangkan semasa proses inkuiri penemuan ini. Namun demikian, perlu diingat bahawa pendekatan inkuiri penemuan tidak sesuai digunakan dalam semua situasi pengajaran dan pembelajaran. Beberapa konsep dan prinsip lebih sesuai didedahkan secara langsung oleh guru atau melalui inkuiri penemuan terbimbing.

http://smkpaichee.comoj.com/hsp/menengah/SAINS/hsp_sc_f4.pdf
Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Pendekatan pengajaran dan pembelajaran boleh dilaksanakan melalui pelbagaikaedah pengajaran dan pembelajaran seperti eksperimen, perbincanga, simulasi, projek, lawatan dan kajian masa depan. Dalam kurikulum ini, cadangan kaedah pengajaran dan pembelajaran untuk mencapai objektif pengajaran yang tertentu dinyatakan secara eksplisit dalam bentuk aktiviti pembeelajaran. Walau bagaimanapun, guru boleh mengubah suai cadnagna aktiviti pembelajaran jika perlu. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai dapat meningkatkan minat murid terhadap sains. pelajaran sains yang tidak menarik akan membosankan pelajar. Guru perlu prihatin terhadap pelbagai kecerdasan di kalangan pelajarmasing-masing. kaedah dan aktivit yang yang berbeza perlu dirancang untukmurid murid yang berbeza kecerdasan. Contoh kecerdasan ini ialah visual dan ruang, verbal linguistik, muzik dan irama, logikal matematik, kinestatik, perhubungan antara individu, perhubungan dengan diri sendiri, perhubungan antara insan dengan penciptanya dan pemahaman tentang alam sekitar. Berikut diberi penerangan ringkas mengenai kaedah-kaedah ini. Ekseperimen kaedah eksperimen adalah satu kaedah yang lazim dijalankan dalam pelajaran sains. Murid menguji hipotesis secara penyiasatan untuk menemuikonsep atau idea sains yang tertentu. kaedah saintifik digunakan semasa eksperimen. Menjalankan eksperimen menggunakan kemahiran berfikir, kemahiran proses dan kemahiran manipulatif. Secara kebiasaan, langkah yang diikuti semasa menjalankan eksperimen adalah seperti berikut: 1. Mengenal pasti masalah 2. Membuat hipothesis 3. Merancang eksperimen: - mengawal pemboleh ubah. - menentukan peralatan dan bahan yang diperlukan - menentulkan langkah menjalanakan eksperimen - kaedah mengumpulkan data dan menganalisis data 4. Melakukan eksperimen 5. Mengumpul data

6. Menganalisis data 7. Mentafsirkan data 8. Membuat kesimpulan 9. Membuat laporan Dalam konsep pelancongan pelajar, adalah dicadangkan selain daripada eksperimen yang dibimbing oleh guru murid diberi peluang mereka bentuk eksperimen, iaitu mereka sendiri yang merangka cara eksperimen yang berkenaan boleh dijalankan, data yang boleh diukur dan bagaimana menganalisis data serta bagaimana membentangkan hasil eksperimen mereka. Perbincangan Aktiviti di mana murid menyoal dan mengemukakan pendapat berlandaskan dalil atau alasan yang sahih. Semasa perbincangan, murid perlu mempunyai fikiran terbuka untuk menerima pendapat orang lain. perbincangan perlu dijalankan semasa dan sebelum sesuatu aktiviti. Projek Aktiviti yang dijalankan oleh individu atau sekumpulan murid untuk mencapai sesuatu tujuan tertentu dan mengambil masa yang panjang serrta menjangkau waktu pembelajaran yang formal. Murid dikehendaki mengenal pasti kaedah untuk menyelesaiakan masalah yang dikemukakan dan seterusnya merancang keseluruhan projek. Hasil projek boleh dalam bentuk laporan, artifak atau lain-lain perlu dibentangkan di hadapan guru dan para pelajar lain. Lawatan Pembelajaran sains tidak hanya terhad dalam sekolah sahaja. Pembelajaran sains melalui lawatan ke tempat seperti zoo, muzium, pusat sains, institusi penyelidikan, paya bakau dan kilang boleh menjadikan pembelajaran lebih berkesan, menyeronokkan dan bermakna. Untuk mengoptimumkan pembelajaran melalui lawatan, ia mesti dirancang rapi dengan para pelajar perlu menjalankan aktiviti atau melaksanakan tugasan semasa lawatan. Perbincangan selepas lawatan perlu diadakan. Kajian lapangan yang sering dijalankan dalam tajuk ekologi merupakan salah satu contoh keadaan ini. Kajian masa depan Murid menggunakan pemikiran kritis dan kreatif untuk meninjau perubahan keadaan daripada masa lalu ke sekarang dan meramalkan keadaan pada masa depan.pedagogi ini berpusatkan murid dan menggabungjalinkan pelbagai bidang seperti pendidikan moral, pendidikan alam sekitar. Nilai murni seperti ini bertanggungjawab dan bekerjasama dipupuk melalui kaedah ini. Penyelesaian masalah Penyelesaian masalah adalah satu kaedah yang melibatkan murid secara aktif untuk membuat keputusan atau untuk mencapai satu sasaran tertentu. Semasa penyelesaian masalah, aktiviti seperti simulasi, perbincangan dan eksperimen boleh dijalankan. Secara umumnya, penyelesaian masalah melibatkan langkah berikut:

1. Kenal pasti dan faham masalah 2. Jelaskan masalah 3. Cari alternatif penyelesaian masalah. 4. Lakukan operasi penyelesaian. 5. Nilaikan penyelesaian

http://www.tutor.com.my/tutor/lada/tourism/menu_2_4.htm

Secara lumrahnya, setiap kanak-kanak mempunyai kemahuan dan naluri untuk meneroka setiap perkara yang berlaku. Naluri semulajadi ini telah membantu mereka dalam pembelajaran mereka. Cara belajar ini sebenarnya bukan sahaja memberikan mereka kebebasan untuk meneroka, malah membuatkan mereka lebih seronok dalam mengikuti proses pembelajaran. Rasa ingin tahu yang membuak-buak menjadikan mereka begitu aktif untuk belajar dan memberikan respon yang baik didalam kelas. Pembelajaran cara ini juga lebih bermakna kepada pelajar kerana mereka dapat melakukan sendiri dan menyiasat sendiri apa yang mereka perlu ketahui. Soalan-soalan yang membantu para pelajar dalam memberi pemahaman dan menimbulkan minat menyiasat juga adalah sangat berkait rapat. Guru yang memahami dunia pelajarnya akan mencuba pelbagai cara supaya para pelajar dapat melakukan sendiri dan merasai betapa seronoknya belajar. Ini bukan sahaja memberikan kefahaman kepada pelajar, malah akan memotivasikan mereka untuk terus belajar dan meneroka. Dari pengalaman saya sendiri, cara belajar ini memberikan saya lebih kefahaman dan lebih mudah untuk diingati. Setelah melakukan sendiri penyiasatan dalam pembelajaran seperti melakukan eksperimen dalam subjek sains, saya lebih mudah untuk mengingati langkah-langkah, tindak balas yang berlaku dan sebagainya. Ingatan terhadap pelajaran ini juga lebih lama dan mendalam. Akhir sekali, saya yakin bahawa cara belajar ini dapat memberikan lebih kefahaman, memupuk minat belajar malah dapat memotivasikan pelajar dalam pembelajaran.

Inkuiri dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sains Date: Sunday, August 07 @ 01:22:02 MYT Topic: Pendidik Pendekatan hands-on dan minds-on ini membantu kanak-kanak berfikir secara kritis dan membina keyakinan mereka dalam menyelesaikan masalah. Ingin tahu adalah sifat semula jadi kanak-kanak yang perlu dipupuk. Mereka sentiasa bertanya soalan, menggunakan deria rasa, sentuhan, penglihatan, bau dan pendengaran supaya lebih mengetahui. Kanak-kanak menggunakan deria mereka membuat pencerapan dan membina kefahaman berhubung konsep dan prinsip saintifik dengan bantuan dan bimbingan guru dan juga ibu bapa. Dalam konteks pendidikan awal, kanak-kanak meneroka alam sekitar, membuat eksperimen, dan mempelajari kemahiran-kemahiran baru melalui cuba-jaya serta meneroka dan menyiasat mengikut keinginan dan minat mereka. Sifat ingin tahu ini adalah asas inkuiri. Memupuk dan membina rasa ingin tahu kanak-kanak ini adalah kunci pembelajaran sains. Bermain menjadi fitrah kanak-kanak dan melalui permainan kanakkanak membuat penerokaan dan penemuan sesuatu yang baru secara langsung. Kanak-kanak berpeluang mengguna, mengasah dan seterusnya menguasai kemahiran-kemahiran proses sains asas. Ciri-ciri pembelajaran yang dinyatakan ini amat serasi dengan sifat sains. Sains memerlukan kanak-kanak membuat inkuiri dan penemuan. Pada peringkat ini ia dilakukan melalui bermain. Justeru, guru perlu bijak menggunakan peluang yang ada memupuk minat dan sifat kanak-kanak yang sentiasa bertanya bagi memenuhi naluri ingin tahu mereka. Kanak-kanak belajar melalui interaksi mereka dengan alam sekitar. Justeru, pendekatan yang sama perlu digunakan dalam pengajaran sains. Kanak-kanak seharusnya diberi peluang meneroka, menyelidik atau menyiasat serta menjalankan aktiviti ataupun eksperimen. Pendekatan hands-on dan minds-on ini membantu kanak-kanak berfikir secara kritis dan membina keyakinan mereka dalam menyelesaikan masalah. Konsep-konsep sains diperkenalkan kepada kanak-kanak semasa interaksi mereka dengan bahan-bahan, rakan dan guru melalui aktiviti-aktiviti harian yang mereka lakukan dan juga semasa bermain. Semakin muda umur kanak-kanak, semakin tak formal persekitaran pembelajaran. Persekitaran pembelajaran yang tak formal menggalakkan pembelajaran melalui permainan secara spontan yang mana kanakkanak terlibat dalam aktiviti yang menarik minat mereka, seperti bermain dengan blok dan bahan-bahan permainan binaan. Namun begitu, permainan spontan bukanlah satu-satunya alternatif yang ada bagi pembelajaran akademik pada peringkat awal kanak-kanak. Dapatan-dapatan kajian menyarankan pengalaman pembelajaran pada peringkat ini memerlukan pendekatan berorientasikan intelek

iaitu kanak-kanak berinteraksi dalam kumpulan kecil sambil melakukan aktiviti atau projek yang membantu mereka membina kefahaman daripada pengalaman yang dilalui. Justeru, kurikulum seharusnya merangkumi projek-projek kumpulan yang memberi peluang untuk kanak-kanak meneroka dan membuat penyiasatan. Projekprojek seperti ini membantu kanak-kanak menguasai dan memantapkan kemahirankemahiran memerhati, melakukan eksperimen, membuat inkuiri, dan meneliti aspekaspek yang menarik lagi penting dalam persekitaran mereka. Pendidikan sains pada peringkat awal kanak-kanak adalah berasaskan sifat semula jadi kanak-kanak yang sememangnya ingin tahu dan suka meneroka alam sekitar mereka. Tujuan pendidikan sains pada peringkat awal ini adalah memupuk dan membina minat dan kegemaran kanak-kanak supaya terus meneroka dan mencari penjelasan kepada fenomena yang diperhatikan dalam kehidupan mereka sehari-hari. Antara matlamat pendidikan sains adalah menyediakan kanak-kanak yang faham kaedah taakulan inkuiri saintifik dan dapat menggunakan kaedah itu. Justeru, sains di sekolah seharusnya diajar dapat mencerminkan sains seperti yang diamalkan.Kurikulum sains seharusnya menggalakkan pembelajaran aktif, inkuiri, penyelesaian masalah, pembelajaran koperatif dan kaedah pembelajaran lain yang dapat memotivasikan kanak-kanak belajar sains. Kanak-kanak perlu diberi pelbagai peluang mengumpul, menyusun dan mengelas, membuat pemerhatian, menulis catatan dan melakar gambar rajah, menemu bual, dan membuat tinjauan (Rutherford & Algren, 1990). Dalam konteks pendidikan awal, kanak-kanak mempelajari kemahiran inkuiri apabila mereka: Menanya soalan Meneroka dan menyiasat Menggunakan alat dan deria mengumpul maklumat Membuat penjelasan yang munasabah Menunjukkan hasil pembelajaran dalam bentuk tulisan, binaan, lukisan, lakonan dan bercerita. Maksud Inkuiri Mengikut DeBoer (1991), apabila beliau disuruh memilih satu perkataan menerangkan matlamat pengajaran sains dalam tempoh 30 tahun yang bermula lewat tahun 1950-an, perkataan itu adalah INKUIRI. Inkuiri secara amnya bermaksud mencari maklumat, menyoal dan menyiasat sesuatu fenomena yang berlaku di sekeliling. Melalui inkuiri, kanak-kanak menerangkan objek ataupun proses, menyoal, menjalankan eksperimen, menjawab soalan berkomunikasi bagi berkongsi penemuan ataupun penyelesaian. Inkuiri juga ditakrifkan seperti berikut: Inkuiri adalah proses mencari dan menyiasat masalah, membina hipotesis, mereka bentuk eksperimen, mengumpul data dan membuat kesimpulan menyelesaikan masalah. Inkuiri didefinisikan sebagai proses mencari kebenaran, maklumat atau pengetahuan melalui kaedah penyoalan. Proses inkuiri bermula dengan pengumpulan maklumat melalui deria penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa dan bau (Whet School & Disney Learning Partnership, 2000). Inkuiri didefinisikan sebagai teknik penyoalan mengenai sesuatu perkara dan mencari jawapan kepada penyoalan yang diutarakan. Ia melibatkan pemerhatian dan pengukuran yang teliti,

membuat hipotesis, menterjemah dan membina teori. Inkuiri memerlukan kemahiran mengeksperimen, refleksi dan mengambil kira kekuatan dan kelemahan kaedah yang digunakan (Herank, 2000). Mengikut National Science Education Standards (1996), inkuiri adalah aktiviti yang melibatkan proses membuat pemerhatian, mengemukakan soalan, meneliti buku-buku dan sumber maklumat lain bagi memastikan apa yang sudah diketahui, merancang dan menjalankan eksperimen, menyemak semula apa yang sudah diketahui berdasarkan bukti eksperimen, menggunakan alat mencari dan menganalisis serta menginterpretasikan data, mencadangkan jawapan, penjelasan serta ramalan dan berkomunikasi menyebarkan keputusan ataupun maklumat yang diperoleh. Proses inkuiri ini adalah sama dengan kaedah yang digunakan ahli-ahli sains dalam membuat penemuan yang melihat sains sebagai binaan teori dan idea berasaskan alam fizikal. Inkuiri adalah proses yang kompleks, anjal dan tidak terikat pada langkah-langkah yang dipanggil kaedah saintifik (AAAS, 1993). Dalam inkuiri saintifik kanak-kanak menggunakan pengetahuan, imaginasi, taakulan dan kemahiran proses dalam membina secara aktif kefahaman saintifik. Inkuiri saintifik menggunakan pemikiran dan kemahiran proses bagi membina kefahaman berhubung pengetahuan sains secara aktif. Melalui inkuiri, kanak-kanak berlatih kemahiran yang diperlukan dalam kehidupan seharian. Kemahiran adalah keupayaan yang dipelajari bagi melakukan sesuatu dengan baik. Kemahiran hidup ditakrifkan sebagai kemahiran yang membantu individu berjaya dan melalui kehidupan yang produktif dan memuaskan, seperti berfikir, mengurus, prihatin dan sebagainya. (Hendricks, 1996) Pemikiran dan proses saintifik yang terdapat dalam inkuiri saintifik dapat diterjemahkan dalam bentuk aktiviti sains. Contohnya, kanak-kanak yang mendapati cacing tanah semasa membantu ibunya menyiram pokok bunga dan sayuran di halaman rumah. Guru boleh merangka aktiviti bagi mendedahkan kanak-kanak dengan fungsi dan peranan cacing tanah menyuburkan tanah untuk tanaman. Aktiviti boleh bermula dengan membuat pemerhatian ke atas cacing tanah: cara bergerak, mengesan habitat, pemakanan, bentuk dan rasa pada sentuhan serta bunyi apabila ada. Eksperimen ringkas boleh dirancang bagi menguji jenis tanah yang sesuai, pemakanan yang sesuai dan membandingkan keputusan yang diperoleh dengan ramalan atau telahan awal. Kanak-kanak boleh membentangkan hasil pembelajaran mereka secara lisan ataupun dengan gambar-gambar yang dilukis. Dalam contoh ini, kanak-kanak menggabungkan kemahiran berfikir secara kritis dengan pengetahuan baru mereka berhubung tanah dan cacing tanah. Inkuiri saintifik adalah teras pengajaran sains dalam semua peringkat. Inkuiri saintifik berlaku apabila: Pengalaman pembelajaran memberi masa kepada kanak-kanak membina kefahaman berhubung sains melalui integrasi konsep dan proses dalam konteks yang menggalakkan penerokaan, perdebatan dan perbincangan. Pengalaman pembelajaran memberi peluang kepada kanak-kanak

membina, mengguna, dan mengimbang sifat-sifat ingin tahu, keterbukaan dan keraguan. Jangkaan pembelajaran berkaitan inkuiri saintifik dan penyiasatan atau penerokaan dicerminkan dalam amalan. Pendekatan Pengajaran Inkuiri Pengajaran sains berorientasikan inkuiri dapat dibincangkan daripada pelbagai perspektif. Ada yang menekankan penglibatan aktif kanak-kanak, mengaitkan inkuiri dengan aktiviti hands-on dan pengajaran berasaskan aktiviti ataupun pengalaman. Ada juga yang mengaitkan inkuiri dengan pendekatan penemuan ataupun perkembangan kemahiran proses sains dan kaedah saintifik. Walaupun konsep-konsep ini saling berhubungan namun maksudnya tidak sama dengan pengajaran berorientasikan inkuiri. Daripada perspektif sains, pengajaran berorientasikan inkuiri melibatkan kanak-kanak dalam penyiasatan sains. Seperti Novak (1964) cadangkan, inkuiri adalah tingkah laku manusia dalam usaha mencari penjelasan yang rasional berhubung fenomena yang menarik minat mereka. Inkuiri melibatkan aktiviti dan kemahiran, namun tumpuan adalah proses aktif mencari ilmu ataupun membina kefahaman berhubung fenomena yang dikaji. Terdapat perbezaan daripada segi pendekatan guru dalam melibatkan kanak-kanak secara aktif bagi mencari ilmu pengetahuan. Ada yang menggunakan kaedah inkuiri terbimbing (Igelsrud & Leonard, 1988) dan ada yang hanya memulakan pengajaran dengan memberi arahan yang ringkas saja (Tinnesand & Chan, 1987). Terdapat yang lain menggunakan kaedah heuristik dalam membantu kanak-kanak menguasai kemahiran (Germann, 1991). Namun begitu, dapat dirumuskan inkuiri melibatkan pungutan dan tafsiran atau interpretasi maklumat bagi mencari jawapan pada persoalan dan penerokaan yang dilakukan. Daripada perspektif pedagogi, inkuiri mencerminkan model pembelajaran konstruktivis, atau sering dirujuk sebagai pembelajaran aktif. Mengikut model konstruktivis, pembelajaran adalah hasil perubahan dalam kerangka mental yang berlaku secara berterusan dalam usaha mencari makna daripada pengalaman yang dilalui (Osborne & Freyberg, 1985). Dalam kelas, kanak-kanak digalakkan membina makna melalui perbincangan dan pengajaran guru dan pengalaman dengan fenomena yang dikaji (Driver, 1989). Dapatan-dapatan kajian menunjukkan kanak-kanak lebih mudah memahami alam semula jadi apabila mereka berinteraksi dengan fenomena, dan menggunakan deria membuat pemerhatian dan menggunakan alat-alat atau instrumen bagi meningkatkan keupayaan mereka. (National Science Board, 1991, p. 27) Justeru, pengajaran berorientasikan inkuiri seharusnya melibatkan kanak-kanak dalam penyiasatan bagi menjawab persoalan dan memenuhi naluri ingin tahu mereka dengan pembinaan kerangka mental yang dapat menjelaskan pengalaman mereka. Implikasinya adalah pendekatan inkuiri bermula dengan keinginan mengetahui sesuatu. Penyiasatan ataupun pembelajaran bermakna tidak akan terhasil apabila tidak timbul persoalan atau sifat ingin tahu yang memerlukan jawapan, penyelesaian, penerokaan dan membuat keputusan.

Sains adalah proses menyedari dan memahami diri kita sendiri, kehidupan yang lain, dan persekitaran melalui deria dan penerokaan peribadi (McIntyre, 1984). Sains dapat dipelajari dengan menggunakan pemikiran saintifik dan kemahiran proses sains yang menjadi sebahagian daripada inkuiri saintifik: memerhati, berkomunikasi, membanding dan mengukur, menyusun ikut urutan, mengelas maklumat, mengaitkan pengetahuan, membuat inferens bagi mendapatkan penjelasan, dan mengguna pengetahuan bagi menyelesaikan masalah dan membuat keputusan berdasarkan maklumat. Pendidikan sains yang berasaskan inkuiri mengguna dan menggalakkan penggunaan kemahiran proses dalam aktiviti-aktiviti sains. Pendekatan sedemikian berusaha membina dan memupuk rasa ingin tahu dan rasa takjub atau kagum ke atas fenomena yang dilihat dalam kehidupan sehari-hari. Pemerhatian melalui deria seperti penglihatan, bau, sentuhan, rasa dan pendengaran adalah jalan utama ke arah mendapatkan ilmu. Dalam al-Quran terdapat banyak ayat yang menegaskan kelebihan orang yang memerhati dan berfikir. Melalui pemerhatian, kita mula memahami ciri-ciri objek dan bagaimana manusia berinteraksi dengan objek yang terdapat di sekeliling mereka. Komunikasi adalah proses yang membolehkan kanak-kanak membuat perbandingan keputusan dan berbincang pengalaman yang sedang dilalui. Membandingkan data membolehkan kanak-kanak mempelajari perkara yang tidak diketahui dengan melihat persamaan dan perbezaan dengan perkara yang sudah diketahui. Mengumpul, menyusun dan mengelas membolehkan kanak-kanak melihat pola dalam data dan mungkin menemui prinsip dan hukum saintifik. Mengait dan menggabungkan semua idea abstrak dan konkrit penting bagi mendapatkan penjelasan ataupun menguji fenomena. Membuat inferens membantu dalam membuat ramalan berhubung fenomena tanpa bukti yang dapat dilihat secara terus. Proses membuat inferens memerlukan kanak-kanak menggunakan pengetahuan yang ada pada mereka bagi menyelesaikan masalah. Program sains berteraskan inkuiri menggabungkan semua kemahiran proses sains bagi menggalakkan pemikiran dan taakulan saintifik dan pembinaan pengetahuan sains dan menyokong pembelajaran melalui pengalaman. Walaupun pemikiran saintifik dan kemahiran proses adalah asas pada program sains berteraskan inkuiri, namun harus diingat pemikiran dan kemahiran ini cuma alat, bukan syarat bagi apa yang dianggapkan sebagai inkuiri saintifik yang baik. Mengajar sains melalui inkuiri memerlukan guru sama-sama meneroka alam sekitar daripada sudut pemandangan kanak-kanak serta berkongsi kegembiraan dalam memahami alam penuh misteri ini. Perasaan ini umpama tanah yang subur bagi benih pengetahuan bercambah dan berkembang. Melalui penglibatan interaktif dalam pengalaman sains, kanak-kanak membina kefahaman dalam pengetahuan, dan merangsang mereka menggunakan inkuiri saintifik dalam kehidupan seharian, dan seterusnya membantu kanak-kanak menjadi

celik sains apabila meningkat dewasa. Antara ciri-ciri pengajaran sains berteraskan inkuiri Masa diberi untuk kanak-kanak membuat kesilapan, merenung, menyoal, serta berkongsi idea dan pendapat. Mempunyai matlamat jangka pendek dan panjang. Memberi perhatian serta mengamalkan langkah-langkah keselamatan. Menyesuaikan dan memadankan pengetahuan sains bagi memenuhi minat, pengetahuan dan perkembangan kanak-kanak. Memilih bahan pengajaran dan pembelajaran yang dapat diguna atau di kitar semula. Menggalakkan penglibatan kanak-kanak dalam membuat inkuiri dan penemuan. Menghormati persekitaran yang dipelajari. Menjadikan soalan sebagai pencetus perbincangan dan inkuiri. Kelebihan Inkuiri Pendekatan inkuiri membolehkan kanak-kanak menggabungkan kemahiran proses sains, taakulan saintifik dan pemikiran kritikal bagi membina kefahaman berhubung konsep-konsep saintifik. Kanak-kanak yang terlibat dalam pembelajaran sains secara inkuiri berupaya membina kefahaman yang mendalam termasuk menghargai pengetahuan dan proses penemuan dalam sains. Antara kelebihan pendekatan inkuiri dalam pengajaran-pembelajaran sains adalah: Meningkatkan prestasi kanak-kanak, terutama berkaitan dengan kemahiran amali dan kemahiran melakar graf dan mentafsir data (Mattheis & Nakayama, 1988). Memupuk literasi saintifik dan pemahaman berhubung proses sains (Lindberg, 1990), kosa kata dan pemahaman konseptual (Lloyd & Contreras, 1985, 1987), pemikiran kritikal, sikap positif ke atas sains (Kyle et al., 1985; Rakow, 1986), meningkatkan prestasi dalam ujian pengetahuan prosedural dan membina pengetahuan logicomathematical. Penekanan pengajaran inkuiri tidak bermaksud buku-buku teks dan bahan-bahan lain tidak diperlukan lagi. Dengan perkembangan pesat yang berlaku dalam teknologi, semakin banyak bahan-bahan yang dapat dipilih bagi membantu meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Model Pembelajaran Inkuiri Penemuan Penemuan sering dikaitkan dengan inkuiri. Penemuan dapat ditakrifkan sebagai proses mental mengasimilasikan konsep dan prinsip (Shulman, 1968). Penemuan berlaku apabila seseorang itu menggunakan proses mental dalam usaha mendapatkan sesuatu konsep atau prinsip. Proses mental itu adalah membuat pemerhatian, pengelasan, pengukuran, meramal, menerangkan dan membuat inferens. Pembelajaran inkuiri-penemuan adalah pendekatan pem-Penerokaan ini didorong oleh pertanyaan demi pertanyaan dan membuat penemuan dalam usaha mencari kefahaman baru. Proses inkuiri didorong oleh sifat ingin tahu dan keinginan memahami sesuatu ataupun menyelesaikan masalah. Proses inkuiri bermula daripada sesuatu pemerhatian yang menarik minat dan seterusnya menimbulkan persoalan. Fenomena yang diperhatikan biasanya tidak mempunyai sebarang kaitan dengan pengalaman mahu pun pemahaman sedia ada kanak-kanak. Sifat ingin tahu seterusnya merangsang tindakan supaya terus membuat pemerhatian, pertanyaan, ramalan, hipotesis dan konsep awal. Seseorang individu menggunakan proses

mentalnya dalam usaha mendapatkan sesuatu konsep atau prinsip. Proses mental itu adalah seperti membuat pemerhatian, pengelasan, pengukuran, meramal, menerangkan, membuat inferens dan sebagainya. Proses yang digunakan bagi mendapat penyelesaian, fakta, konsep atau prinsip adalah inkuiri. Hasil yang diperoleh daripada proses ini disebut penemuan, yakni dapatan daripada apa yang dipelajari dan yang dibina dalam minda kanak-kanak. Model pembelajaran melalui pengalaman yang mana kanak-kanak melakukan sendiri aktiviti penerokaan, seperti yang dicadangkan oleh Kolb (1984), mengandungi empat proses. Semua mesti ada bagi menghasilkan pembelajaran yang optimum. Empat proses itu adalah, pengalaman, melakukan aktiviti, membuat refleksi dan mengemukakan soalan, membincangkan aktiviti yang sedang dilakukan dalam kumpulan, membuat pengitlakan, mengaitkan aktiviti dengan contoh dalam kehidupan harian, dan mengaplikasikan pengetahuan yang dipelajari dalam konteks yang sama ataupun berbeza yang seterusnya mencetus pengalaman pembelajaran baru. Pembelajaran ini memerlukan kerjasama aktif antara sesama kanak-kanak. Guru memberi bimbingan membangkitkan dan merangsang sifat ingin tahu dan intelek kanak-kanak. Menyediakan pengalaman sahaja tidak membina pengalaman pembelajaran (Dewey, 1938). Pengalaman menghasilkan pembelajaran apabila kanak-kanak faham proses yang berlaku, mengesan pola dalam data pemerhatian, menjana soalan daripada pemerhatian dan faham bagaimana menggunakan generalisasi dalam situasi yang lain. Dalam persekitaran pembelajaran yang mana guru membimbing, memberi fokus, mencabar, dan menggalakkan pembelajaran turut meningkatkan sifat ingin tahu kanak-kanak. Guru inkuiri yang mahir mampu memadankan pengalaman pembelajaran dengan minat dan keperluan kanak-kanak, dan tahu bila dan bagaimana membimbing, bila memberi maklumat, bila menyediakan peralatan yang diperlukan, dan menghubungkan kanak-kanak dengan sumber rujukan yang relevan. Guru yang menggunakan pendekatan inkuiri dengan kanak-kanak sebenarnya turut menunjukkan contoh kemahiran yang diperlukan bagi inkuiri. Guru yang berkesan menunjukkan kegembiraan dan minat membuat penerokaan dan sekali gus menanam minat yang sama ke atas sains dalam diri kanak-kanak. Strategi ke arah Pembelajaran Inkuiri-Penemuan Pengajaran inkuiri membimbing kanak-kanak melalui pengalaman inkuiri saintifik. Kanak-kanak membina kefahaman berhubung idea-idea saintifik melalui pengalaman terus dan interaksi dengan bahan-bahan manipulatif, membuat rujukan termasuk pakar, dan berbincang sesama sendiri. Pengajaran inkuiri memerlukan kanak-kanak menggabungkan pengetahuan sedia ada dengan pengetahuan kemahiran saintifik yang baru diperoleh. Pengajaran inkuiri memerlukan guru-guru yang mempunyai kemahiran dan pengetahuan berhubung isi kandungan dan pedagogi merangka pengalaman pembelajaran yang mencabar kanak-kanak mencadangkan soalan dan membentuk pembelajaran mereka sendiri

melalui perbincangan dan perdebatan sesama sendiri. Pembelajaran inkuiripenemuan dapat dilaksanakan melalui strategi: Penyoalan Kemahiran inkuiri asas yang perlu kanak-kanak pelajari adalah bertanya soalan. Kanak-kanak memang tidak pernah kehabisan soalan. Dengan memberikan mereka fenomena yang dapat diperhatikan membuatkan mereka bertanya. Bimbingan mungkin perlu pada peringkat awal. Guru boleh, contohnya, meminta kanak-kanak memberi tumpuan pada aspek-aspek tertentu dalam pemerhatian mereka. Kanak-kanak, walaupun tidak diminta, bertanya soalan-soalan berkaitan dengan pemerhatian. Guru perlu menggalakkan mereka menerangkan pemerhatian dan mencadangkan penyiasatan tambahan atau susulan. Andaikan anda sedang mengajar tajuk tumbuhantumbuhan. Cuba tanya soalan-soalan pengetahuan berkaitan tajuk berkenaan. Soalan-soalan jenis terbuka yang memerlukan kanak-kanak menjelaskan atau menghuraikan konsep, membuat perbandingan dan mencari persamaan, mencadangkan alternatif atau meramalkan kemungkinan hasilan atau kesan dan akibat dapat menggalakkan pemikiran inkuiri. Perbincangan Perbincangan dalam kumpulan kecil dapat menggalakkan pembelajaran inkuiri melalui perdebatan dan pertukaran idea dan pendapat. Perbincangan juga menggalakkan penglibatan aktif kanak-kanak dalam proses pembelajaran. Tunjuk cara Tunjuk cara juga menggalakkan inkuiri. Namun, ianya mesti dirancang dengan teliti supaya kanakkanak berpeluang berinteraksi secara bermakna semasa tunjuk cara dilakukan dan mereka terpanggil memikirkan perkara yang diperhatikan. Science Teaching Reconsidered mencadangkan tunjuk cara yang menggunakan bahan-bahan yang terdapat dalam kehidupan seharian dan kanak-kanak diminta membuat ramalan atau mencadangkan hasilan yang mungkin. Eksperimen Eksperimen mudah serta kajian lapangan atau lawatan luar turut menggalakkan inkuiri. Lawatan memberi peluang pembelajaran inkuiri dijalankan dalam konteks sebenar. Pembelajaran kolaboratif Pendekatan ini melibatkan usaha intelek bersama antara kanak-kanak dan guru. Dalam pendekatan ini, kanak-kanak bekerja dalam kumpulan bagi mencapai matlamat atau tujuan yang sama. Apabila dirancang dengan teliti, pembelajaran kolaboratif dapat me-ningkatkan kreativiti kanak-kanak, menggalakkan mereka menjelaskan serta mempertahankan idea-idea mereka dan mencari penyelesaian bersama. Perancangan Pelajaran Inkuiri Perancangan aktiviti-aktiviti pembelajaran sains penting bagi menghasilkan pembelajaran yang bermakna, membolehkan kanak-kanak mendapat manfaat yang sewajarnya dan bagi menghasilkan pengajaran yang berkesan. Guru-guru digalakkan menggunakan peluang semasa bermain ini, bertanya soalan-soalan jenis terbuka dan memperkenalkan konsep dan prinsip saintifik yang ingin diketengahkan kepada kanak-kanak. Dengan merancang pengajaran, guru dapat menghasilkan pembelajaran yang menggembirakan lagi bermakna kepada kanak-kanak.

Pembelajaran yang bermakna memberi penekanan pada penglibatan aktif kanakkanak dalam aktiviti pembelajaran dan menjadikan pembelajaran lebih berkesan. Melalui pengalaman terus ini kanak-kanak dapat mengaitkan pembelajaran dengan pengalaman kehidupan seharian. Antara perkara yang perlu dipertimbangkan adalah: Apakah yang saya hendak kanak-kanak pelajari? Fakta, konsep atau generalisasi yang dapat kanak-kanak pelajari hasil pembelajaran yang dilakukan. Apakah cara yang paling baik melakukannya? Perincikan aktiviti yang akan dilakukan termasuklah permulaan atau pengenalan pada pengajaran. Apakah bahan-bahan yang saya perlukan? Senaraikan bahan-bahan perlu bagi menjayakan aktiviti yang dirancang. Apa yang perlu DILAKUKAN oleh kanakkanak? Perincikan aktiviti kanak-kanak bagi meneroka konsep dan peranan anda dalam membimbing kanak-kanak. Apakah aktiviti susulan yang dapat dilakukan? Soalan-soalan perbincangan. Soalan-soalan yang boleh dikemukakan kepada kanak-kanak bagi merangsang pemikiran dan mencetus perbincangan. Penutup Kesimpulan atau rumusan yang perlu kanak-kanak buat. Aplikasi dalam kehidupan seharian. Bagaimana saya menilai pengajaran dan pembelajaran yang berlaku? Pemilihan Aktiviti Beberapa perkara yang dapat dijadikan panduan dalam memilih aktiviti bagi dijalankan bersama kanak-kanak adalah: Galakkan aktiviti yang tidak terlalu sukar ataupun mudah dan sesuai dengan minat kanak-kanak. Apabila tidak pasti, pilih sesuatu yang mudah supaya tidak menimbulkan anggapan yang negatif berhubung pelajaran sains. Beri perhatian pada personaliti dan tabiat sosial kanakkanak. Ada projek yang boleh dijalankan secara individu dan ada yang perlukan kanak-kanak bekerjasama dalam kumpulan. Pilih aktiviti yang sesuai dengan persekitaran kanak-kanak. Sekali sekala minta cadangan daripada kanak-kanak ataupun lanjutkan penerokaan topik-topik yang menarik perhatian kanak-kanak. Rumusan Sains bagi kanak-kanak adalah mencari penjelasan bagi memahami alam sekeliling. Pada peringkat awal kanak-kanak, sains diintegrasikan dalam kurikulum. Aktiviti adalah berpusatkan kanak-kanak dan berbentuk hands-on, dirangka bagi meningkatkan kekaguman kanak-kanak ke atas fenomena yang diperhatikan. Kurikulum berasaskan inkuiri menitikberatkan penerokaan persekitaran, merangsang kanak-kanak meneroka lebih jauh bagi meningkatkan kefahaman, membantu mereka memperkembangkan kemahiran berbincang, berkomunikasi dan merekodkan pembelajaran; memperkenalkan cara-cara penerokaan dan menyusun pemerhatian, membantu kanak-kanak menghargai dan gembira menggunakan deria bagi meneroka dan mendiskriminasikan serta menggalakkan mereka memperkembangkan kebolehan mencari jawapan dengan melakukan eksperimeneksperimen yang mudah. Pendekatan inkuiri diharapkan mampu memupuk minat dan sikap yang positif dalam diri kanak-kanak dan membantu mereka dalam pembelajaran pada peringkat yang lebih tinggi. Pada peringkat awal kanak-kanak,

aktiviti-aktiviti yang bercorak hands-on, aktif, autentik dan yang dimulakan sendiri oleh kanak-kanak adalah penting. Kanak-kanak yang sedang membesar belajar melalui penglihatan, sentuhan, bau, rasa, pendengaran dan manipulasi bahan-bahan. Menyediakan bahan-bahan yang selamat serta mudah diakses untuk kanak-kanak menjalankan eksperimen adalah suatu langkah penting ke arah penerokaan sains yang berkesan. Satu cara lagi meneroka konsep-konsep sains adalah melalui bukubuku yang menggabungkan konsep-konsep sains dalam cerita seperti konsep cuaca, haiwan, air dan sebagainya. Aktiviti penyiasatan sains juga membantu kanak-kanak membina kosa kata, kesediaan membaca dan menggerakkan perkembangan literasi.
http://www.pts.com.my/modules.php?name=News&file=print&sid=379

This article comes from PTS Publications & Distributors Sdn Bhd http://www.pts.com.my
Kaedah sainstifik ialah suatu kaedah yang dilakukan mengikut peraturan dan prinsip sains yang tepat,teratur dan sistematik. * Boleh dipercayai dan pengetahuan tentang sains diperolehi melalui penyiasatan yang sistematik yang dilakukan oleh ahli-ahli sains untuk membina suatu gambaran tentang alam secara tepat, boleh dipercayai dan tidak hanya berasaskan kepada pendapat sahaja. * Carta aliran di bawah menunjukkan satu panduan dalam melakukan penyiasatan yang sistematik.

http://www.cikgusains.abib2u.com/bab-1/langkah-langkah-dalam-penyiasatan-sains/

Proses penyiasatan didefinisikan sebagai proses mengenalpasti dan menyelesaikan masalah dengan kaedah yang boleh duji kebenarannya (APU, 1991). Proses menyelesaikan masalah ini memberikan autonomi kepada pelajar pada tahap tertentu bagi mencari jalan penyelesaian dengan mengaplikasikan proses kognitif, kemahiran dan konsep-konsep yang dimiliki (Trowbridge et al, 2004; Got dan Dugan, 1996). Ia melibatkan proses merancang penyiasatan, mendapatkan bukti, menganalisis dan membuat kesimpulan serta menilai bukti (National Curriculum, 2002). Dalam proses penyiasatan pelajar perlu menggunakan proses pemikiran mereka secara kreatif dan kritis bagi menyelesaikan permasalahan yang diberikan dengan menggunakan kaedah yang saintifik. Ianya melibatkan kemahiran saintifik seperti kemahiran proses sains, kemahiran manipulatif dan penguasaan terhadap konsep sains yang berkaitan dengan permasalahan yang cuba diselesaikan. Zurida et al., (2006) menjelaskan bahawa proses penyiasatan membawa kepada pembangunan pemikiran dan sikap saintifik pelajar. Ia berupaya untuk: (1) meningkatkan dan mempertahankan minat, sikap, kepuasan dan keterbukaan

dalam pemikiran dan sikap ingin tahu dalam sains (2) membangunkan pemikiran kreatif dan kemampuan menyelesaikan masalah (3) menggalakkan aspek pemikiran saintifik dan kaedah saintifik (4) membangunkan kefahaman pengkonsepan dan kemampuan intelek (5) membangunkan kemampuan eksperimen (sebagai contoh: merekabentuk penyiasatan, pemerhatian, merekodkan data, menganalisis dan menginterpretasikan keputusan). Kesemua elemen di atas menjelaskan betapa pentingnya proses penyiasatan dalam proses pembangunan pelajar yang berupaya berfikir secara saintifik dan seterusnya mendorong mereka menyelesaikan permasalahan dan membuat keputusan secara sistematik dan berkesan. Menyedari peri pentingnya proses penyiasatan ini ianya telah mendapat tempat yang amat signifikan dalam pembangunan kurikulum dan proses pengajaran dan pembelajaran sains di seluruh dunia sama ada negara membangun ataupun negara maju. Artikel ini akan membincangkan penekanan terhadap proses penyiasatan yang berlaku di negara membangun dan negara maju dengan mengambil contoh negara Malaysia dan United Kingdom. 2.0 Proses Penyiasatan Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sains Di Malaysia dan United Kingdom Proses penyiasatan dinyatakan dengan jelas di dalam kurikulum kedua-dua buah negara. Malaysia menerangkan secara eksplisit dalam sukatan pelajaran sains Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah yang menyatakan bahawa: Sains merupakan satu proses yang mengutamakan kaedah inkuiri dan penyelesaian masalah. Justeru, ia memperkembangkan kemahiran untuk menyiasat alam sekitar yang melibatkan kemahiran berfikir dan strategi berfikir serta kemahiran saintifik. Ilmu pengetahuan diperoleh sebagai hasil penyiasatan. Inkuiri secara saintifik juga memerlukan dan membolehkan murid memperkembangkan sikap saintifik dan nilai murni. (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2000) 37 Hal yang sama turut ditekankan dalam kurikulum sains di United Kingdom khususnya dalam pernyataan mengenai proses penyiasatan dalam Atainment Target dalam National Curriculum mereka iaitu: Pupils should develop the intellectual and practical skills which will allow them to explore and investigate the world of science and develop a fuller understanding of scientific phenomena, the nature of the theories explaining these, and the procedures of scientific investigation. This should take place through activities that require a progressively more systematic and quantified approach which develops and draws upon an increasing knowledge and understanding of science. The activities should encourage the ability to plan and carry out investigations in which pupils: (1) ask questios, predict and hypothesize; (2) observe, measure and manipulate variables; (3) interpret their results and evaluate scientific evidence. (National Curriculum, United Kingdom, 1993) Di samping itu, kedua negara juga mempromosi dan menggalakkan secara bersungguh-sungguh aktiviti pengajaran dan pembelajaran sains yang menyokong proses penyiasatan di kalangan pelajar. Strategi pengajaran seperti konstruktivisme,

inkuiri penemuan, kontekstual, hands on dan minds on, kajian tindakan dan pembelajaran berasaskan masalah merupakan antara strategi yang digalakkan perlaksanaannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2000; Nuffield Science for Key Stage 3, 2003). Pelbagai sokongan seperti kursus pendidikan guru, kursus-kursus jangka pendek, latihan dalaman, bahan bantu mengajar dan prasarana seperti makmal dan pusat sumber turut diberikan kepada guru sains bagi membantu melaksanakan pengajaran sains yang menerap dan melatih proses sains di kalangan pelajar (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2000; Dasar Sains dan Teknologi, 2002). Keseluruhannya huraian di atas telah menjelaskan bahawa proses penyiasatan sentiasa mendapat tempat dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta kurikulum sains di negara membangun dan negara maju ke arah membangunkan pelajar yang berupaya menguasai penguasaan saintifik. Sehubungan itu, tahap penguasaan pelajar terhadap proses penyiasatan perlu dikaji bagi mengenalpasti kemampuan pelajar seterusnya mengenalpasti kekuatan dan kelemahan pelajar agar proses penambahbaikan dapat dilaksanakan. 5.0 Implikasi Kajian Terhadap Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Sains Di Malaysia Menyedari wujudnya kelemahan proses penyiasatan yang amat ketara di kalangan pelajar Malaysia, penekanan terhadap proses penyiasatan perlu dititikberatkan khususnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains. Proses inkuiri terbuka perlu ditekankan dalam pengajaran sains terutamanya di kalangan pelajar sekolah menengah. Ia merupakan proses inkuiri yang menitikberatkan penglibatan aktif pelajar dalam proses penyiasatan serta mengoptimumkan pengajaran guru. Ia berlawanan dengan inkuiri terpimpin yang banyak melibatkan bimbingan dan bantuan guru sebagaimana yang sering diamalkan guru. Melalui proses inkuiri terbuka pelajar bebas untuk merancang, melaksana dan mengawal proses inkuiri mereka bagi menyelesaikan sesuatu permasalahan. Lazimnya proses ini juga dikenali sebagai pembelajaran berasaskan masalah. Pelajar akan diberikan suatu permasalahan yang bersifat terbuka. Sebagai contoh: mengkaji pelbagai jenama sabun dalam pasaran yang paling berkesan menghilangkan kekotoran. Pelajar akan membina hipotesis untuk diuji dengan mengaitkan pembolehubah-pembolehubah bebas (jenama) dan bersandar (kadar melarutkan minyak). Pelajar juga perlu membina perancangan untuk menguji hipotesis melibatkan prosedur-prosedur yang perlu diikuti bagi mencapai matlamat mereka. Sebagai contoh, radas dan bahan yang diperlukan, pelbagai jenama sabun, minyak, air, bikar dan sebagainya. Seterusnya pelajar tersebut akan melaksanakan eksperimen mengikut langkah-langkah yang telah dirancang, mencatatkan keputusan serta mengawal kebolehpercayaan ujikaji tersebut dan akhirnya melaporkan dapatan yang diperolehi mengikut format yang bersistematik dan mudah difahami melibatkan graf, jadual dan sebagainya. Melalui inkuiri terbuka sebegini pelajar akan berusaha untuk 46 melaksanakan proses inkuiri yang melibatkan usaha dirinya sendiri, merancang dan menyelesaikan masalah dengan pengawasan guru yang minimum. Di samping itu pengajaran inkuiri terbuka juga perlu mendatangkan makna kepada pelajar. Ia melibatkan pendedahan permasalahan dalam konteks diri pelajar. Permasalahan ini perlu dihubungkan dengan sesuatu yang berkait rapat dengan

kehidupan pelajar. Mewujudkan perhubungan ini perlu dilakukan sehingga pelajar dapat menghargai bahawa proses penyiasata yang dilakukan mereka merupakan sesuatu yang amat kritikal, penting dan memberikan manfaat kepada pelajar. Sebagai contoh, mengaitkan ujikaji berkaitan asid dengan makanan yang mengandungi asid seperti cuka atau limau (sesuatu yang lazim mereka gunakan dalam kehidupan harian). Sehubungan itu, ia akan menggalakkan proses penyiasatan di samping meningkatkan penerapan sikap saintifik seperti keyakinan, berdikari, berfikiran terbuka, meminati sains, bersistematik, berani mencuba dan sebagainya.
http://eprints.utm.my/7901/1/EDUPRES_(F2)_5.pdf

Anda mungkin juga menyukai