Anda di halaman 1dari 4

Cadangan Untuk Mengatasi Isu-Isu Berkaitan Penggunaan ICT Isu-isu dan masalah-masalah di atas dapat di atasi sekiranya semua

pihak yang terlibat dalam pendidikan menyedari peranan masing-masing dan bertindak mengikut peranan tersebut. Pihak yang dimaksudkan adalah guru-guru, pentadbir dan Kementerian Pelajaran Malaysia. Isu 1: Masalah Plagiarisme Bagi mengatasi masalah pertama iaitu masalah plagiarism, pihak yang memainkan peranan penting dalam mengatasi masalah ini adalah pihak pentadbir. Pihak pentadbir tidak boleh berkompromi dengan isu plagiat ini, malahan perlu menegakkan pendirian bahawa plagiat adalah satu jenayah akademik yang amat serius. Oleh itu, pihak pentadbir perlu mengambil tindakan tatatertib terhadap pelajar yag melakukan masalah ini. Antara tindakan yang boleh dijalankan ke atas pelajar yang melakukan kesalahan ini ialah disingkirkan atau digantung pengajian. Pihak pentadbir juga boleh menunjukkan kesungguhan dalam menangani isu dengan menampal poster di persekitaran institusi pendidikan masing-masing. Sebagai sebahagian dari usaha berterusan untuk memastikan amalan penilaian akademik yang berintegriti, kesemua hasil kerja pelajar perlu disaring keasliannya atau bebas plagiat secara beransur-ansur dengan menggunakan perisian anti plagiat. Pelajar yang didapati menipu, perlu dikenakan tindakan tatatertib mengikut peraturan akademik. Sebagi contohnya, seorang pelajar UiTM diberhentikan dan dua orang diggantung atas sebab plagiat pada Disember 2009- Mei 2010 ). Isu 2 : Melalaikan Pelajar Bagi mengatasi isu penggunaan ICT dapat melalaikan pelajar, pihak sekolah perlu mengambil beberapa langkah pengawalan yang difikirkan perlu. Antara langkah tersebut adalah menyekat laman web sosial yang tidak berfaedah dan hanya membuang masa seperti facebook, youtube dan seumpamanya. Hal ini akan menyebabkan murid hanya melayari laman web sepatutnya yang berkaitan dengan pendidikan dan yang memberikan manafaat. Selain itu, tindakan mengehadkan tempoh masa bagi murid menggunakan komputer untuk melayari internet juga boleh

mengurangkan kadar murid mengakses laman web yang tidak sepatutnya. Seterusnya, perlaksanaan rekod kemasukan dan penggunaan makmal komputer perlu dikuatkuasakan bagi memantau aktiviti murid. Isu 3 : Sikap Guru Terhadap TMK Bagi mengatasi isu seterusnya iaitu sikap guru terhadap TMK yang kurang kemahiran dan kurang cekap pula, pihak kementerian (kerajaan) perlu memainkan peranan untuk memupuk sikap yang lebih positif. Antara cadangan mengatasi isu ini ialah dengan memberikan kesedaran dalam penggunaan komputer untuk mempercepatkan penerimaan dan penggunaan teknologi maklumat. Sebagi contohnya, Mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad telah melancarkan Kempen Kesedaran Teknologi Maklumat pada 11 Oktober 1977. Selain itu, kerajaan perlu memastikan pengguna diberikan kelangkapan yang mencukupi. Sebagai contohnya, memastikan setiap sekolah mendapat skim peruntukan kelengkapan makmal komputer yang cukup terutamanya sekolah-sekolah dikawasan luar bandar. Seterusnya, kerajaan perlu menyediakan kursus teknologi maklumat untuk guru-guru yang bakal mejadi tenaga pengajar di sekolah sama ada di universiti ataupun kursus-kursus semasa. Pihak pentadbir pula, perlu memberi sokongan dari segi kewangan dan menjadi model sebagai pengguna ICT dalam pentadbiran dan memberi respons kepada perubahan. Oleh yang demikian, dalam membudayakan ICT di sekolah, satu dokumen polisi bertulis seharusnya disediakan. Polisi ini membantu mereka bentuk dan mengurus program ICT bagi membolehkan guru dan pelajar menguasai ICT secara teratur dan progresif. Kerangka polisi ICT dibina berdasarkan kepada matlamat dan perancangan sekolah, pandangan daripada ibu bapa dan komuniti, polisi Pejabat Pendidikan Daerah, polisi rasional penyelidikan tentang pengajaran dan pembelajaran yang efektif dan perkembangan teknologi. Sekiranya, polisi ini dilaksanakan sikap negatif guru terhadap ICT dapat dibendung dan diatasi sedikit demi sedikit.

Isu 4 : Jurang Digital Antara Luar Bandar Dan Bandar Usaha untuk merapatkan jurang ICT antara bandar dan luar bandar perlu dimainkan oleh pihak KPM. Bagi mengatasi masalah ini, KPM perlu menyediakan infrastruktur seperti makmal atau bilik komputer, perkakasan seperti rkomputer riba, projektor LCD dan pelayan (server) di sekolah secara adil dan sama rata. Selain itu, KPM perlu membangunkan perisian khusus dan program TV Pendidikan bagi membantu p&p dan kemudiannya melatih guru dan pentadbir sekolah bagi meningkatkan kompetensi mengintegrasikan ICT dalam p&p dan pengurusan. Bagi memastikan pembudayaan ICT juga berlaku di luar bandar, KPM perlu memastikan semua sekolah dilengkapi dengan akses jalur lebar melalui kerjasama Kementerian Tenaga Air dan Komunikasi (KTAK) serta merangkaikan infrastruktur dan perkakasan ICT melalui rangkaian setempat atau teknologi tanpa wayar. Cadangan ini perlu dilaksanakan untuk merapatkan jurang digital di antara bandar dan luar bandar, seterusnya menghasilkan pembangunan yang seimbang di dalam negara. Isu 5 Kita lihat kebanyakan sekolah-sekolah di Malaysia kurang mempunyai kemudahan komputer terutamanya sekolah di luar Bandar. Bagi mengatasi masalah kekurangan peralatan dan kemudahan di sekolah pula, pihak sekolah perlulah memainkan peranan yang penting iaitu dengan cara menambahkan peruntukan untuk pembelian teknologi baru memastikan setiap pelajar dapat menggunakan kemudahan komputer dalam pembelajaran. Selain itu, pihak sekolah perlu mencari sumber kewangan yang lain selain mengharapkan daripada pihak kerajaan untuk memperbanyakkan dan menaik taraf kemudahan teknologi di sekolah. Sebagai contohnya, pihak sekolah boleh berunding dengan PIBG sekolah untuk mendapatkan peruntukan dalam pembelian kemudahan dan kelengkapan yang sepatutnya. Selain pihak sekolah, tenaga pengajar juga perlu lebih kreatif dan inovatif mengikut situasi dalam memanafaatkan bahan-bahan yang senang diperolehi bagi menggantikan

alatan yang tidak mencukupi. Sebagai contohnya, guru boleh menyediakan satu ruang disebelah kiri atau kanan kelas dan menampalkan kertas mahjung bagi menggantikan skrin. Hal ini akan menjimatkan kos dan membolehkan pengajaran berlangsung di dalam kelas.

Anda mungkin juga menyukai