Anda di halaman 1dari 5

PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (KOD KURSUS) KUMPULAN: NAMA PENSYARAH : NAMA INSTUKTOR : MODUL: TEMA MODUL ( TAJUK MODUL)

TARIKH: (TARIKH MELAKSANAKAN) KUMPULAN : AHLI KUMPULAN: NAMA NO MATRIK PROGRAM

Format Penulisan Laporan Modul 1. Sinopsis 2. Penulisan Modul Tajuk Modul Objektif Alat/ Bahan Masa Pelaksanaan aktiviti Falsafah & Pengajaran Refleksi modul o Refleksi pengendali o Refleksi peserta o Refleksi insturktor Sumber Modul Lampiran (gambar, modul dsb)

Tema Modul 1. Ice Breaking 2. Komunikasi 3. Penyelesaian Masalah 4. Pengurusan Masa 5. Kepimpinan 6. Kemahiran Belajar 7. Pengurusan Stress 8. Team Building 9. Motivasi 10. Kasih sayang

CONTOH : PENULISAN MODUL

Sinopsis Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi ketiga, komunikasi ialah perhubungan secara langsung atau dengan perantaraan surat, radio, telefon dan lain-lain. Komunikasi yang baik sangat penting bagi sesebuah perhubungan. Tanpa komunikasi yang baik, sesuatu hubungan tidak akan berkekalan. Setiap manusia memerlukan komunikasi kerana manusia tidak dapat hidup keseorangan. Hal ini kerana manusia diciptakan berpasangan oleh Allah S.W.T. Menurut Shannon dan Weaver, 1948 komunikasi ialah satu minda mempengaruhi minda lain melalui tulisan, muzik, seni, lukisan, teater, tarian dan semua pertuturan manusia. Manakala menurut Sillars, 1988 komunikasi ialah penghantaran, penerimaan atau pertukaran maklumat, pendapat dan tulisan, percakapan atau imej, visual atau lain-lain dengan difahami oleh setiap yang terlibat. Komunikasi dan kemahiran mendengar saling berkaitan diantara satu sama lain. Untuk berkomunikasi dengan baik, kita perlu menjadi pendengar yang baik...

MODUL SPEAKER CORNER

Objektif : Mendedahkan para peserta dengan cara berkomunikasi yang betul dalam perhubungan seharian Menyedarkan peserta berkenaan perasaan orang lain apabila diabaikan, diketawakan, dikecewakan dan sebagainya Mendidik peserta untuk menghormati sekaligus menghargai orang lain terutamanya mereka yang lebih tua seperti guru

Alat / Bahan : Tiada

Masa : 30 minit

Pelaksanaan aktiviti: 1. Para peserta akan diarahkan untuk berada dalam kelompok besar iaitu lelaki dan perempuan 2. Tiga orang wakil peserta akan dikeluarkan dari dewan untuk diasingkan dari peserta lain 3. Peserta yang diluar dewan akan diarahkan untuk bercakap dihadapan rakan-rakan mereka berkenaan diri mereka sendiri 4. Manakala peserta yang didalam dewan akan bertindak sebagai penonton dan akan diarahakan untuk merespon percakapan rakan mereka berpandukan arahan daripada fasilitator. 5. Fasilitator akan menggunakan isyarat tangan untuk mengarahkan respon pelajar iaitu i. isyarat tangan 1 tepuk tangan ii. isyarat tangan 2 laungkan betul iii. isyarat tangan 3 laungkan pewitt iv. isyarat tangan 4 laungkan waaaaaa 6. Peserta yang diluar dewan akan masuk seorang demi seorang untuk memperkenalkan diri dan fesilitator akan memainkan peranan untuk mengarahkan respon penonton 7. Setelah selesai sesi memperkenalkan diri, peserta yang bercakap diminta untuk untuk membuat luahan perasaan berkenaan perilaku rakan-rakan sebagai respon kepada percakapannya. 8. Fasilitator akan memanggil beberapa orang peserta yang menjadi penonton pula untuk memberi respon terhadap aktiviti yang dijalankan 9. Fasilitator akan menerangkan falsafah modul terhadap para peserta

Falsafah & Pengajaran : Kita perlu menghormati orang yang sedang bercakap walau siapa pun dia Sebagai manusia kita perlu mengambil kira perasaan orang lain dalam membuat sesuatu perkara Jangan cepat menganggap sesuatu yang mahu disampaikan oleh seseorang sebagai tidak penting sebelum mendengar dan mengamati apa yang mahu disampaikan Sumber Modul
Saudara Muhammad Hafiz Bin Abdul Jalil.

Refleksi modul : Fasilitator Ahli Instruktor* LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai