Anda di halaman 1dari 12

FAKTOR UTAMA KEBERKESANAN PELAKSANAAN KURIKULUM

Pengenalan Matlamat Pendidikan Prasekolah adalah bertujuan untuk memperkembangkan potensi kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat, menyuburkan serta aktiviti yang menyeronokan, kreatif dan bermakna. Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri kanak-kanak agar mereka berjaya dalam persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menangani cabaran dan bertanggungjawab di sekolah rendah kelak. Perkataan kurikulum berasal dari perkataan Latin yang merujuk kepada laluan dalam sesuatu pertandingan. Kurikulum juga bermaksud suatu pengalaman pembelajaran yang terancang ke arah mencapai hasrat penghasilan yang ditentukan. Sehingga awal abad ke 20, kurikulum merujuk kepada kandungan dan bahan pembelajaran yang berkembang iaitu apa itu persekolahan?. Ahli progresif dan behavioris pada lewat abad ke 19 dan ke 20 membincangkan tentang kurikulum dengan memasukkan unsur-unsur seperti kepelbagaian, keperluan kemasyarakatan dan strategi-strategi pengajaran. Kurikulum seharusnya mempunyai matlamat awalan untuk dicapai, isi kandungan, proses dan pengalaman yang dipilih untuk memudahkan pembelajaran, tahap tanggungjawab yang perlu diambil oleh guru dan pelajar untuk pembelajaran. Terdapat dua jenis kurikulum yang utama iaitu kurikulum formal dan kurikulum tersembunyi. Kurikulum formal ialah rancangan di mana aktiviti pembelajaran dijalankan supaya matlamat atau objektif pendidikan dan sekolah tercapai. dinilai. Ia merupakan satu set dokumen untuk dilaksanakan. Ia mengandungi hal sebenar di bilik darjah dan apa yang disediakan dan Setiap sekolah ada kurikulum terancang iaitu satu set objektif yang berstruktur dengan kandungan dan pengalaman belajar serta hasil yang dijangkakan. Ia merupakan rancangan eksplisit dan operasional yang dihasratkan, lazimnya dikelolakan mengikut matapelajaran dan gred, di mana peranan guru dinyatakan dengan jelas. Kurikulum tersembunyi adalah sesuatu yang tidak terancang dan tidak formal. Ia mungkin

disebut sebagai kurikulum tak rasmi atau tak formal. Kurikulum ini dikelolakan di luar konteks pengajaran rasmi. Ia merupakan perlakuan dan sikap yang dibawa ke dalam bilik darjah dan sekolah tanpa disedari dan disebut kerana tidak dinyatakan secara eksplisi. Ia terdiri dari peraturan tidak bertulis, konvokesyen, adat resam dan nilai budaya . Ia dibentuk

oleh faktor-faktor seperti status sosioekonomi dan latar belakang pengalaman guru dan murid. Oleh itu, beberapa pendekatan boleh digunakan untuk melaksanakan visi ini antaranya ialah kandungan akan dibekalkan melalui pelbagai cara penyampaian dan menggunakan pelbagai strategi, kurikulum akan dibina sebagai modul dan diakses melalui rangkaian jaringan , bahan, pengalaman dan sokongan akan diperolehi daripada pelbagai sumber dan disepadukan ke dalam struktur teras kurikulum. Faktor Utama Keberkesanan Kurikulum Terdapat beberapa faktor yang menjadi menyumbang utama kepada keberkesanan pelaksanaan kurikulum itu sendiri diantaranya ialah; Faktor Ilmu dan kandungan kurikulum Kurikulum Prasekolah Kebangsaan digubal sebagai usaha untuk menyelaras dan meningkatkan kualiti pendidikan prasekolah. Pendidikan awal kanak-kanak yang berkesan memerlukan kurikulum yang universal, terancang dan dapat memenuhi keperluan murid semasa. Kurikulum Prasekolah Kebangsaan merangkumi aspekaspek yang diperlukan dalam perkembangan kanak-kanak dengan memberikan penekanan kepada standard kandungan dan standard pembelajaran yang patut diketahui dan boleh dilakukan oleh kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun. Standard kandungan dan standard pembelajaran perpaksikan pengetahuan , kemahiran asas serta nilai dan enam komponen pembelajaran yang berikut iaitu: 1. Komponen Bahasa dan Komunikasi Terdiri daripada Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil. Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris adalah wajib di pelajari oleh semua kanak-kanak di Prasekolah. Fokus utamanya adalah merangkumi kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Komponen Bahasa dan ini juga merupakan media pengantara yang digunakan oleh guru dan kanak-kanak di Prasekolah. tahap kumpulan umur. Komponen ini juga merupakan nadi kepada pembelajaran, kefahaman dan pertuturan kanak-kanak berbeza mengikut Ia adalah penting supaya guru memahami cara berinteraksi dengan kanak-kanak. Pengajaran akan lebih berkesan dengan mengaplikasikan pengetahuan yang sesuai dengan tahap keupayaan kanakkanak berbahasa dan berkomunikasi.

2. Komponen Perkembangan Kerohanian dan Moral Ianya merangkumi Pendidikan Agama Islam dan Pendidikan Moral. Menyedari dan percaya pada Tuhan, bersyukur dengan pemberian Tuhan, berakhlak mulia dan berpegang kepada nilai-nilai murni. Unsur ini amat penting bagi pemupukan nilai Islam dan nilai murni masyarakat berbilang kaum bagi melahirkan rakyat Malaysia yang percaya kepada Tuhan, berperibadi mulia , bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, keluarga , masyarakat dan negara. Pendidikan Moral prasekolah pula menekankan aspek pemupukan dan perkembangan nilai serta asas ketatanegaraan agar kanak-kanak dapat mengamal dan menghayati nilai-nilai murni yang terdapat dalam masyarakat majmuk secara bersepadu. 3. Komponen Perkembangan Sosio-emosi Pendidikan Prasekolah memberi penekanan kepada perkembangan

sosioemosi kanak-kanak. Kanak-kanak akan menghadapi masalah jika emosi mereka kurang stabil dan mantap. Perkembangan sosio-emosi yang sihat penting dalam kehidupan seseorang kerana ianya menjadi asas kepada pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak dan seterusnya mempengaruhi kejayaan dalam pembelajaran mereka. Perkembangan sosioemosi merangkumi aspek mengenali dan pengurusan emosi sendiri, mencapai emosi yang positif, pembinaan konsep kendiri positif serta pembinaan kemahiran berinteraksi dan kemahiran sosial. Kanak-kanak akan berasa puas hati dan yakin apabila dapat melakukan dengan mencapai kemahiran menerusi daya usaha sendiri. Kanak-kanak perlu menyesuaikan diri dengan rakan sebaya, keluarga dan ahli komuniti persekitarannya. Perkembangan sosioemosi berlaku sepanjang masa kanak-kanak berada di prasekolah. Ia tidak dicapai melalui spesifik tetapi menerusi kesemua aktiviti di prasekolah. Guru di prasekolah perlu memupuk nilai-nilai kerohanian dan moral yang sesuai dengan peringkat kefahaman kanak-kanak supaya diamalkan semasa berinteraksi dengan orang lain.

4. Komponen Perkembangan Fizikal. Perkembangan Fizikal dan Penjagaan Kesihatan Aspek perkembangan fizikal amat penting kerana tanpa perkembagan yang mantap kanak-kanak akan menghadapi masalah untuk melakukan aktiviti asas seperti menulis, memegang pensil, melukis, penglibatan dalam aktiviti sukan, aktiviti memainkan peralatan muzik serta pengendalian peralatan. prasekolah kanak-kanak. Tubuh badan yang sihat memerlukan makanan dan aktiviti pergerakan yang dapat membantu pertumbuhan kanak-kanak. Aktiviti fizikal diperingkat prasekolah perlu dirancang dengan menyesuaikan tahap umur dan keupayaan kanak-kanak. Komponen ini juga memberi penekanan kepada aspek penjagaan kebersihan iaitu fizikal diri, persekitan dan pemakanan yang seimbang. Seterusnya ianya juga menekankan aspek keselamatan diri daripada sumber yang mungkin menyebabkan kemalangan dan bahaya kepada diri mereka termasuk langkah menjaga kehormatan diri. 5. Komponen Perkembangan Kognitif Komponen ini menjadi fokus utama dalam pendidikan awal kanak-kanak kerana keupayaan kogitif mempengaruhi semua aktiviti pembelajaran. Merangkumi awal sains dan awal matematik , aktiviti pembinaan menggunakan objek seperti blok dan penggunaan ICT. Kanak-kanak akan menggunakan deria apabila meneroka dan memahami persekitaran mereka. Penemuan ini dianggap sebagai proses kognitif bagi mengalami, memahami dan mengetahui. Guru dan ibu bapa perlu menyedari pemikiran kanak-kanak adalah berbeza khususnya kanak-kanak di prasekolah. Pada peringkat ini, kanak-kanak membina konsep dengan menggunakan bahan yang konkrit. Aktiviti yang melibatkan perkembangan kognitif perlu dilaksanakan secara tidak formal. Komponen perkembangan kognitif tahu dan suka menyiasat. menguasai kemahiran sains dengan berinterkasi dengan bahan dan fenomena alam serta memupuk sikap ingin menyediakan peluang pembelajaran untuk Pendidikan meningkatkan

kemahiran motor halus, motor kasar serta koordinasi mata-tangan dikalangan

6.

Komponen Perkembangan Kreativiti dan Estetika Perkembangn Estetika dan Kreativit - Merangkumi seni visual , pendidikan seni drama dan gerakan kreatif. Kanak-kanak diberi peluang untuk meluahkan idea mereka secara kreatif dan melibatkan diri dalam aktiviti kreativiti. Kreativiti adalah proses dan bukan dilihat daripada penghasilannya. Setiap peringkat umur kanak-kanak memperlihatkan hasil kreaviti yang berbeza. Oleh itu, sebarang hasil karya yang dihasilkan adalah mengikut tahap perkembangan murid itu sendiri. Komponen ini juga memberi fokus kepada memperkembangkan sifat-sifat kreatif dan ekspresif melalui imaginasi dan pemikiran. Pengalaman ini penting kerana ia dapat membantu kanak-kanak membina keyakinan diri dan mengenali cita rasa sendiri. Melalui komponen ini juga kanak-kanak diberi pendedahan kepada lagu dan muzi, permainan, kraf dan peralatan tradisional agar mereka mengenali dan menghargai warisan budaya bangsa pelbagai kaum. Ianya juga memberi kefahaman yang lebih budaya dan tradisi pelbagai kaum di Malaysia serta menggalakan penglihatan dalam perayaan pelbagai kaum.

Kurikulum atau aktiviti yang dirancang oleh guru seharusnya menghubungkaitkan di antara satu komponen dengan komponen yang lain supaya kanak-kanak mendapat pengalaman yang bersepadu dan menyeluruh. Bahan atau kandungan dan aktiviti pembelajaran yang diguna pakai hendaklah sepadan dengan tahap dan keperluan kanak-kanak supaya setiap kanak-kanak mendapat peluang yang sama terhadap pengalaman pembelajaran. Kandungan kurikulum hendaklah sesuai dengan tahap perkembangan kanak-kanak agar ianya dapat merangsang pemikiran, bina sikap positif dan akhlak yang baik. Meningkatkan kecergasan dan kesihatan juga perlu ke arah penyuburan potensi yang potimum. Faktor Kemahiran Guru. Guru prasekolah diwajibkan memperolehi latihan bidang pendidikan prasekolah. Guru mestilah tahu bahawa titik permulaan pembelajaran kanak-kanak adalah mengikut apa yang mereka tahu dan boleh buat, secara ringkasnya pengetahuan sedia ada murid sangat membantu mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Guru yang berkemahiran juga perlu merancang dan melaksanakan aktiviti prasekolah yang dapat menggalakkan pemupukan kemahiran sosial dan tingkah laku disiplin selain perlu mempunyai pengetahuan tentang psikologi kanak-kanak. Guru juga perlu sentiasa prihatin kepada perbezaan individu kanak-kanak dari segi keupayaan, minat dan latar belakang serta peka terhadap perubahan dan revolusi dunia pendidikan masa kini. Ini bermakna guru prasekolah haruslah sentiasa bersedia untuk menerima segala perubahan dalam sistem pendidikan. Guru yang berkualiti haruslah mempunyai ciri-ciri yang berikut: Kualiti Guru Mesra i. ii. Ciri-ciri Dapat menyesuaikan diri dengan kanak-kanak. Dapat emosi. Menyediakan persekitaran yang menarik ii. i. Bahan bantu mengajar yang sesuai dan umur dan tahap perkembangan kognitif. Susun atur alatan dalam keadaan selamat dan mudah digunakan. Anjakan i. Bersedia mempelajari maklumat baru dan mengimbangkan sentiasa emosi mengalami kanak-kanak perubahan

(kanak-kanak

pengetahuan dan dapat menyesuaikan dengan perubahan semasa. Unsur Kecindan i. Suasana yang ceria membantu perkembangan emosi kanak-kanak. ii. Mendorong minat murid untuk terus mengikuti pembelajaran. Kecekapan bahasa i. Menggunakan laras bahasa dengan mudah dan sesuai dengan tahap usia dan pengalaman kanakkanak. ii. Guru perlu menggunakan bahasa yang mudah untuk melambangkan sesuatu yang konkrit dan

dapat diimaginasikan maksudnya dengan jelas. Matang i. Matang pemikiran ketika berhadapan dengan masalah murid. ii. Dapat membezakan masalah peribadi dan kejaya supaya tidak menganggu proses pembelajaran. Profesional terhadap tugas. (Bersikap terbuka) ii. i. Sentiasa memberi peluang kepada murid untuk memberi pendapat mereka. Kanak-kanak yang diterima pendapatnya akan sentiasa dirinya dihargai dan dapat meningkatkan keyakinan diri. Penyelesaian masalah i. Guru perlu menggunakan teknik bimbingan yang sesuai dengan kanak-kanak.

Faktor Premis, lokasi dan persekitaran. Persekitaran prasekolah yang kondusif merupakan faktor utama dan pendorong perkembangan kanak-kanak secara bersepadu dan seimbang. seharusnya mencabar dan boleh mengayakan pengalaman mereka. Persekitaran juga meliputi keseluruhan bangunan prasekolah tersebut iaitu persekitaran di luar banngunan, di dalam bangunan dan lanskap. Persekitaran di dalam bangunan adalah sangat penting untuk proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak prasekolah ianya meliputi: Saiz ruang yang menepati syarat penubuhan sebuah prasekolah. Bentuk bilik segi empat lebih sesuai dan mudah disusun kerana memudahkan pergerakkan guru dan murid untuk menjalankan aktiviti. Kanak-kanak juga mudah untuk berinteraksi dengan rakan sebaya. Persekitaran haruslah selesa dan selamat, riang serta penuh kasih sayang. Persekitaran permis

Plug elektrik mestilah berada pada kedudukan yang tidak boleh dicapai oleh kanak-kanak dan lebih selamat.

Dinding disediakan untuk tujuan mempamerkan hasil kerja murid dengan kreatif. Pemilihan warna dinding juga haruslah sesuai dengan konsep kanakkanak.

Guru dan sekolah merupakan pengaruh yang paling penting dalam perkembangan kanak-kanak dari segi fizikal, intelek, emosi dan sosialnya. Guru yang bersifat penyayang dan cekap menguruskan aktiviti pengajaran-pembelajaran dalam bilik darjah akan melahirkan pelajar yang berilmu, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran negara. Iklim sekolah yang kondusif serta dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan pengajaran-pembelajaran akan lebih membantu perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor kanak-kanak. Faktor Sumber Maklumat atau sumber pembelajaran yang digunakan haruslah mempunyai daya penarik yang dapat menarik minat kanak-kanak untuk terus mengikuti pembelajaran. Sumber pembelajaran yang digunakan juga haruslah sumber yang tepat dan benar serta boleh diterima secara logik oleh murid. Perkembangan individu dipengaruhi oleh pendedahannya kepada sumber teknologi yang terdapat di alam kehidupannya. Sumber teknologi ini merujuk kepada maklumat-maklumat yang diperolehi daripada bahan-bahan bacaan seperti suratkhabar, majalah, iklan, filem, radio, televisyen dan komputer. Seperti yang kita ketahui bahawa pendedahan kanak-kanak kepada sumber teknologi yang sihat akan meningkatkan kadar perkembangan kognitif, emosi dan sosialnya. Sebaliknya, kanak-kanak yang didedahkan kepada sumber teknologi yang berunsur keganasan, kuning atau kezaliman, akan membentuk sikap yang negatif dan personaliti yang tidak diingini. Faktor murid / kanak-kanak Kanak-kanak yang sentiasa didorong semangat ingin tahu menyebabkan mereka sentiasa cerdas dan cenderung untuk berkomunikasi. Semangat ingin tahu pada kanak-kanak tidak boleh disekat. Kanak-kanak perlu menguasai penggunaan otot kasar, otot halus dan koordinasi pengerakan mata dan tangan. Interaksi yang mesra

antara murid dengan guru, pengasuh, rakan sebaya dan masyarakat sekitar adalah amat digalakkan.

Faktor Kurikulum Berpusat Terdapat empat prinsip pembelajaran kanak-kanak prasekolah iaitu: i. Perkembangan diri secara menyeluruh dan bersepadu Memberi fokus kepada penyuburan dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Potensi murid hendaklah dikembangkan secara bersepadu kerana setiap aspek perkembangan saling mempengaruhi antara satu sama lain. Individu yang seimbang dan harmonis memiliki:

Kepercayaan kepada Tuhan Ilmu pengetahuan Kemahiran asas Akhlak mulia Emosi yang stabil kesihatan dan kecerdasan

ii.

Pembelajaran yang menggembirakan Memberi penekanan kepada minat dan semangat untuk belajar. Semangat ini akan dapat dipupuk melalui suasana dan persekitaran pembelajaran yang menarik, selesa, mencabar dan menggembirakan. Suasana yang kondusif untuk belajar dengan sendirinya memupuk semangat cinta akan ilmu pengetahuan yang akan menjadikan seseorang itu berfikiran luas dan terbuka.

iii.

Pengalaman pembelajaran yang bermakna Memberi penekanan kepada penglibatan murid secara aktif dalam aktiviti sebenar supaya mereka dapat mengaitkan pembelajaran dengan pengalaman kehidupan seharian . Usaha ini akan menghasilkan pembelajaran yang berkesan dan bermakna.

iv.

Pendidikan sepanjang hayat Adalah suatu usaha yang berterusan untuk memperolehan dan

pemindahan pengetahuan , nilai murni dan kemahiran . Pengalaman pendidikan prasekolah yang mengembirakan dan bermakna akan dapat mengekalkan minat untuk terus belajar dalam diri sesorang sejak kecil hingga ke akhir hayat. Faktor Pendekatan dan Teknik Pengajaran Kejayaan dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran bergantung kepada kefahaman dan penghayatan guru terhadap hasrat dan matlamat kurikulum. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran ini juga ditentukan oleh pengetahuan sedia ada, kemahiran, sikap dan semangat dedikasi guru. Sehubungan itu guru-guru haruslah dapat melaksanakan pendekatan dan teknik pengajaran yang sesuai dengan situasi di dalam kelas. Pendekataan pengajaran dan pembelajaran adalah fleksibel tetapi terancang di mana semua kanak-kanak terlibat secara aktif dalam pembelajaran melalui pelbagai aktiviti individu, kumpulan dan kelas sama ada di dalam atau di luar bilik darjah. dalam diri kanak-kanak. Penekanan diberi kepada bahasa yang merentas semua komponen kerana penguasaan bahasa penting dalam proses pembelajaran . Penguasaan kemahiran bahasa boleh diperoleh melalui kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Penguasaan kemahiran bahasa akan membantu murid berfikir, memahami sesuatu konsep, berimaginasi, melahirkan idea, berinteraksi dan berkomunikasi secara lisan. RUMUSAN Pelaksanaan kurikulum adalah secara bersepadu yang dirancang melalui Amalan Bersesuaian dengan Perkembangan kanak-kanak (ABP). ABP ialah satu pendekatan yang menekankan kepada penggunaan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan umur, perkembangan diri, kebolehan, bakat serta minat murid. Pendekatan kurikulum berfokus kepada hasil pembelajaran ( outcome-based learning) iaitu memberi penekanan kepada apa yang murid perlu tahu, faham dan Suasana pembelajaran yang selesa, ceria dan selamat dapat menggalakkan naluri ingin tahu, tabiat meneroka dan keinginan belajar

buat serta amalkan, hasil daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna aktiviti pembelajaran memberi penekanan kepada apa yang harus diperoleh dan dicapai oleh kanak-kanak. Perkembangan kurikulum sebagai satu proses merupakan putaran asas yang mengandungi : menganalisis , mereka bentuk, melaksanakan dan menilai. Proses ini digunakan di semua peringkat dalam pembentukan konsep dan menyepadukan semua usaha untuk meningkatkan kualiti program persekolahan. Kurikulum ialah segala pengalaman pembelajaran yang dirancang dan diarahkan oleh sebuah sekolah untuk mencapai matlamat pendidikan. Melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang fleksibel dan bersepadu, kanakkanak dapat menguasai dan memperoleh ciri-ciri berikut:

Kecekapan berbahasa dan berkomunikasi Kemahiran berfikir Berakhlak mulia dan beretika Berkeyakinan dan berdisiplin Sihat dan cergas dan imaginatif, kreatif dan ekspresif.