Anda di halaman 1dari 8

REFLEKSI Alhamdulillah, bersyukur saya kehadrat Ilahi kerana saya telah berjaya melaksanakan Bina Insan Guru(BIG) sesi

pertama bagi tahun 2009. BIG yang telah kami lalui ini telah dilaksanakan di Pulau Poh, Tasik Kenyir. BIG yang mengambil masa selama 3 hari 2 malam ini benar-benar telah memberi saya banyak input yang amat berguna kepada saya untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian terutamanya kehidupan saya dalam profesion perguruan. Selama mengikuti BIG ini, saya telah menempuh banyak cabaran, dugaan dan halangan yang telah diberikan dari para pensyarah pembimbing tanpa saya sedar semua cabaran dan halangan ini semua sebenarnya mempunyai motif yang sangat besar. Setiap perlakuan kami ketika mengikuti BIG, para pensyarah pembimbing sentiasa awasi dan sentiasa memberi bantuan supaya kami dapat mencapai motif tersebut. BIG yang buat pertama kali bagi saya ini telah banyak memberi saya ilmu pengetahuan yang tidak ternilai harganya dan amat sukar diperolehi jika BIG ini tidak dilaksanakan. Nilai-nilai murni juga telah berjaya diserap dan saya amat bertuah kerana BIG ini telah banyak memberi saya peluang untuk menilai keupayaan diri saya dari segi persedian untuk menjadi seorang guru yang proaktif, fleksibel dan berkeyakinan tinggi. Antara aktiviti yang telah dilaksanakan dalam BIG ini ialah berkayak,berakit, water confident,, latihan dalam kumpulan(LDK), serta mendirikan khemah. Pada mata kasar, boleh dikatakan semua aktiviti yang dilakukan ini dilihat seperti satu aktiviti untuk berseronok. Namun, saya yakin bahawa semua aktiviti ini mempunyai motif tersendiri dan hanya kami semua yang perlu lihat, kaji, dan aplikasikannya nanti. Pada hari pertama, sebelum bertolak kami semua seramai 82 orang guru pelatih telah dibahagikan kepada 6 kumpulan. Jika dilihat pada mata kasar, pembahagian kumpulan ini mungkin untuk memudahkan sesuatu kerja sahaja. Namun, motif utamanya adalah untuk memberi peluang kepada kami semua bergaul, berorganisasi, dan bekerjasama dengan mereka yang saya tidak sempat kenal lagi sebelum ini. Keadaan ini jika dilihat dengan lebih terperinci adalah bertujuan untuk membiasakan guru pelatih dengan keadaan sebenar profession perguruan yang sebenarnya memerlukan seseorang guru itu berkomunikasi, bersosial dan bekerja dengan masyarakat yang mempunyai pelbagai ragam dan perangai. Pendedahan seperti ini menjadikan saya lebih bersedia apabila saya ditugaskan di tempat baru dimana tiada siapa lagi yang saya kenal sebelum ini. Pada sebelah malamnya, Latihan Dalam Kumpulan(LDK) pula dilakukan. LDK yang dijalankan telah banyak membantu saya untuk lebih yakin apabila bercakap dihapadan ramai. LDK ini telah membantu saya untuk lebih berani melontarkan idea-idea saya dan bersedia untuk mendengan kritikan atau pandangan dari pihak lain. Aktiviti ini juga telah membentuk saya menjadi seorang yang lebih peka dan fokus terhadap seseorang yang melontarkan idea atau sedang berhujah. Semua ini penting bagi saya kerana latihan seperti ini adalah satu perkara yang pasti dilalui oleh seorang guru. Sebagai contoh apabila bermusyuarat saya pasti diberikan peluang untuk bercakap dan memberikan idea kepada ahli lain dan mendengar idea-idea dari orang lain. Tanpa nilai murni seperti ini, pasti saya tidak mampu untuk bekerjasama dengan guru-guru lain dan gagal meneruskan agenda mesyuarat. BIG ini juga telah berjaya membantu saya menjadi seseorang yang lebih yakin kepada kebolehan diri sendiri dan bersemangat melaksanakan sesuatu. Ketika aktiviti water confident, saya terpaksa menyelam didalam air dan berenang di Tasik Kenyir. Walaupun saya tidak pandai berenang dan takut pada mulanya,namun begitu dengan tunjuk ajar pensyarah dan juga

semangat yang diberikan oleh rakan-rakan saya akhirnya berjaya melakukannya juga. Kini saya berasa lebih yakin untuk melakukan sesuatu kerana bagi sekarang saya faham bahawa sesuatu perkara yang mungkin sukar dilakukan pasti saya boleh lakukan sama ada seorang diri mahupun dengan tunjuk ajar dari orang lain. Perkara yang menjadi tunjang utama adalah semangat yang datang dari dalam diri dan jika saya mempunyai semangat itu, saya yakin saya mampu melakukan perkara yang sukar. Jika dilihat dari segi yang lebih luas, perkara ini amat penting kerana sebagai seorang guru saya pasti akan diberikan pelbagai tugas sama ada dalam sekolah atau diluar sekolah. Jadi dengan adanya pendedahan seperti ini yang banyak membantu saya untuk lebih yakin menghadapi tugasan, saya pasti akan lebih berusaha untuk melaksanakan tugasan yang diberikan itu dengan sempurna dan jayanya. Selain itu, saya juga dilatih untuk menjadi lebih bertolak ansur antara satu sama lain. Sebagai contohnya, pada setiap malam kami dalam satu kumpulan telah bergilir-gilir berkawal dikawasan khemah bermula dari jam 12 tengah malam sehingga jam 6 pagi. Akiviti ini yang dilihat amat memenatkan telah berjaya dilakukan apabila kami semua bertolak ansur untuk sama-sama berkawal mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh ketua kumpulan. Saya dan seorang lagi rakan yang telah diberikan tugas untuk berkawal pada jam 3 pagi telah berkawal di sekitar khemah bagi menjaga keselamatan setiap ahli dari apa juga perkara yang mungkin boleh membawa padah. Aktiviti seperti ini tidak mungkin berjaya jika ada ahli kumpulan yang mementingkan diri sendiri dan tidak mahu berkawal apabila tiba giliran mereka tiba. Saya yakin, suatu hari nanti pasti saya akan diberikan tugas oleh pihak atasan bersama guru-guru lain untuk melaksanakan tugas-tugas yang memerlukan kami bertolak ansur supaya matlamat perkara tersebut dapat dicapai. Pendedahan awal ini telah menjadikan saya lebih bersedia menghadapi semua perkara itu. Kreativif dan fleksibel juga merupakan perkara penting dalam diri seorang insan bergelar guru. Ketika menghadiri program BIG ini, saya telah dilatih untuk menjadi seorang yang lebih fleksibel dan kreatif dalam menghadapi sesuatu perkara. Ketika melakukan persiapan bagi malam persembahan, kami semua telah berjaya mewujudkan satu persekitaran yang meriah dan bertepatan dengan malam persembahan. Masa yang singkat yang diberikan untuk melakukan persiapan itu menyebabkan kami semua lebih kreatif memberi idea bernas dan fleksibel dengan suasana hutan tanpa kemudahan-kemudahan yang ada seperti di institut. Dekorasi yang dilakukan menggunakan item-item yang berada dihutan dan pelbagai lagi perkara yang dilakukan bagi memeriahkan lagi majlis menjadikan pemikiran saya lebih terbuka kerana semua ini menuntut tahap kreativiti yang amat tinggi. Perkara ini pasti saya dapat aplikasikan suatu hari nanti apabila saya dihantar untuk mengajar di sekolah terutamanya di sekolah yang infastrukturnya kurang baik dan alat bantu mengajar yang terhad. Saya yakin bahawa, dengan pemikiran kritikal yang hebat pasti saya dapat mereka satu alat bantu mengajar yang hanya terdiri dari item-item yang berada di kawasan sekitar sahaja. Semua ini pasti berguna dan membantu pelajar dalam pembelajaran mereka. Pengalaman mengikuti program BIG juga banyak mengajar saya untuk berkomunikasi dan bekerja dalam satu organisasi. Sebelum bertolak ke Tasik Kenyir, kami semua iaitu seramai 82 orang guru pelatih telah dibahagikan kepada 6 kumpulan. Setiap ahli dalam kumpulan pula masing-masing diberikan satu tugas pada satu masa seperti ketua, setiausaha, tukang masak, penolong tukang masak, tugas-tugas khas dan lain-lain lagi. Sistem yang diketengahkan di BIG ini ialah sistem putaran atau rotation tugas. Hal ini memberi peluang kepada setiap ahli kumpulan untuk merasai memegang setiap jawatan dalam kumpulan. Perkara ini amat berkesan kerana sistem yang dibentuk oleh pensyarah pembimbing ini bertujuan untuk memberi peluang kepada kami semua untuk menjadi pemimpin dan orang yang dipimpim. Pendedahan ini merupakan satu pendedahan positif yang memberi impak besar kepada saya terutama apabila

saya menjadi ketua kumpulan. Ketika itu saya sedar bahawa tugas menjadi seorang ketua amat berat kerana semua kebajikan, tugas dan banyak perkara lagi menjadi satu tugas ketua. Pengalaman berorganisasi ini akan saya manfaatkan sepenuhnya sama ada di institut atau ketika berada di alam pekerjaan kerana saya sedar bahawa ada ketika saya akan menjadi pemimpin dan ada ketika saya akan menjadi mereka yang dipimpin. Aktiviti pagi iaitu akiviti berkawad di padang juga mempunyai objektif tersendiri. Berdasarkan pemerhatian saya ketika di BIG, saya dan rakan-rakan semua telah diajar untuk menepati masa dalam melakukan aktiviti. Ketika berkawad pada sebelah pagi, tepat jam 7.30 pagi kami semua mesti berkumpul di padang kawad. Arahan yang diberikan oleh pensyarah merupakan satu lagi latihan yang saya lihat satu usaha bagi membentuk guru pelatih menepati masa. Perkara ini penting kerana sebagai seorang bakal guru dan seorang guru, masa memainkan peranan penting dalam kehidupan. Ketika di insitut atau di sekolah nanti, saya perlu berada di sana sebelum jam 7.45 lagi dan ini bermakna untuk sampai kesana saya perlu bersiap dengan lebih awal. Jika dilihat sekarang, ramai guru pelatih sama ada lelaki atau perempuan yang datang lewat ke kuliah dan ini merupakan satu fenomena yang amat merungsingkan pensyarah. Pendedahan di BIG ini telah merubah saya dan rakan-rakan lain supaya menepati masa sama ada ketika ke kuliah ataupun mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian kami. Selama 4 hari 3 malam saya mengikuti program BIG ini, begitu hebat saya rasakan kekuatan mental dan fizikal saya telah diuji. Bermula dari bahang panas matahari, kesejukan air tasik kenyir, kepenatan meredah hutan dan banyak lagi aktiviti yang sangat mencabar telah saya lalui. Pendedahan sebegini saya anggap satu pendedahan yang amat baik bagi saya kerana dengan cara inilah saya dan rakan-rakan dapat mengukur sejauh mana ketahanan diri kami sendiri. Persediaan dari segi mental dan fizikal amat penting kerana kami semua sebagai bakal pendidik belum pasti lagi kemana arah kami seterusnya apabila tamat belajar di institut perguruan ini. Mungkin kami dihantar ke kawasan bandar, tetapi mungkin juga kami akan diarahkan untuk mengajar di kawasan jauh ke pedalaman. Pendedahan sebegini membolehkan kami semua mengukur sejauh mana tahap dan kemampuan diri kami sama ada kami sudah bersedia untuk mengembara ke sekolah yang mungkin juah ke pelusuk rimba atau belum. Akhir sekali, saya sangat bersyukur kerana telah melalui program BIG ini yang telah banyak memberi saya pengetahuan, menguji mental dan fizikal diri saya dan yang paling penting dapat membantu diri saya bagi membina jati diri seorang pendidik yang berkarisma tinggi. Saya berharap pada BIG yang seterusnya, saya akan lebih banyak menimba pengalaman dan ilmu bagi mencapai matlamat saya untuk menjadi seorang pendidik yang gemilang.

Refleksi Individu

Setinggi-tinggi kesyukuran yang tidak terhingga di panjatkan kepada Allah S.W.T kerana saya, NAMA PENUH ANDA peserta Bina Insan Guru Siri 3/2010 dari kursus PISMP Pendidikan Jasmani Semester 1 telah berjaya dan selamat menjalani kursus BIG ini dengan sempurna. Kursus Bina Insan Guru Siri 3/2010 yang bermula pada 29 Mac hingga 1 April 2010 telah dijalankan di tapak perkhemahan IPG Kampus Darulaman iaitu Kem Seri Banai. Kursus BIG ini sememangnya wajar dilaksanakan kerana melalui penglibatan guru-guru pelatih, matlamat program dalam membina daya tahan mental dan fizikal serta menerapkan nilai-nilai hidup bermoral dan beragama sebagai fokus utama dalam proses pembinaan insan guru...

Penutup~ Melalui Kursus Bina Insan Guru ini, insan guru dapat dilihat sebagai golongan pembina dan penjana modal insan yang cemerlang disamping menjadi role modelkepada masyrakat Malaysia umumnya. Justeru, program Bina Insan Guru ini akan membantu para bakal guru dalam memantapkan serta menguatkan jati diri dalam lima aspek penting iaitu jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS) .

REFLEKSI INDIVIDU Sepanjang program Bina Insan Guru ini dilaksanakan, saya dapati terdapat beberapa perkara yang boleh dibanggakan dan dianggap sebagai faktor kekuatan dalam program Semarak Kasih ini. Pertama, dari awal proses pemilihan dan penubuhan jawatankuasa, kemudian kepada pembahagian tugasan, mesyuarat dan hingga ke pelaksanaan aktiviti dan juga pemulangan alatanalatan pada hari akhir program ini kami sentiasa bekerjasama. Sifat kekitaan jelas diperlihatkan, bak kata pepatah, Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Semua jawatankuasa saling bantu-membantu dalam usaha menjadikan program ini berjaya dilaksanakan dan mencapai objektifnya. Kami juga berjaya dalam berpakat untuk mengenakan pakaian yang seragam supaya dapat menaikkan imej kami sebagai bakal guru yang disegani. Kekuatan kedua program ini dapat dilihat pada faktor pengalaman sedia ada kami dalam merancang sesebuah program. Ramai diantara ahli kelas kami yang sudah mempunyai pengalaman dalam mengendalikan program-program seumpama ini sebelum ini, jadi kebanyakan tugas menjadi mudah. Sebagai contoh, banyak urusan-urusan diplomasi, surat menyurat dan proses mendapatkan kelulusan daripada pihak pentadbiran dapat dipercepatkan kerana kami telah mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk menyempurnakan tugas tersebut. Kekuatan program ini yang seterusnya dapat dilihat daripada segi penduduk Felda Teloi Timur itu sendiri. Ini kerana sikap mereka yang peramah dan sentiasa bersemangat dalam melakukan aktiviti-aktiviti bersama kami sepanjang program ini berlangsung. Selain itu, mereka juga banyak memberikan kerjasama dan sokongan yang penuh dalam seiap aktiviti. Malahan penyediaan tempat dan

kawasan untuk aktiviti serta alatan juga banyak membantu dalam menjayakan program ini. Contohnya semasa aktiviti senaman pagi dan gotong royong yang sekaligus mengeratkan hubungan di antara kami. Kami juga turut rasa dihargai dan berbaloi merancang program Bina Insan Guru di tempat tersebut. Walaubagaimanapun, masih terdapat beberapa lubang-lubang kelemahan yang menggangu dan perlu diperbaiki supaya hasil dan objektif yang direka tercapai. Pertama dari segi cuaca, sepanjang tiga hari dua malam berada disana iklim cuaca tidak begitu menentu. Tetapi apa yang sudah tentu, hujan akan turun dalam pada sebelah pagi mahupun malam dalam satu hari. Walaupun dewan telah disediakan namun, proses kedatangan murid-murid merangkap adik angkat kami turut terganggu. Mereka terpaksa menunggu sehingga hujan berhenti baru dapat hadir ke dewan dan ini secara tidak langsung telah menjejaskan kelicinan perjalanan program yang telah dirancang. Kelemahan kedua ialah, masa yang singkat. Sepanjang tiga hari, dua malam kami berada disana masa kami bersama adik-adik angkat tidak banyak. Kami hanya dapat berjumpa dengan mereka selepas mereka pulang dari sekolah dan juga pada sebelah malam. Kebanyakan masa kami juga telah dibahagikan untuk program dan aktiviti yang lain. Oleh itu, cadangan yang dapat saya utarakan bagi mengatasi masalah ini ialah pada masa akan datang dan sebagai panduan kepada pelajar-pelajar junior supaya mungkin apabila menjalani Bina Insan Guru siri keempat, pastikan tarikh yang dipilih tidak bertemu dengan hari persekolahan dan mungkin lebih elok jika program seperti ini dilakukan pada waktu cuti sekolah. Masalah cuaca juga boleh diselesaikan jika pemilihan terikh dilakukan dengan merujuk ramalan kaji cuaca sekiranya terdapat aktiviti yang memerlukan kawasan luar dewan yang luas. Sekaligus, perjalanan program yang telah dirancang berjalan dengan lancar.

KESIMPULAN Kesimpulannya, hasil daripada pemerhatian dan pengalaman yang dilalui sepanjang tempoh tiga hari dua malam kita perlu mempunyai perancangan yang rapi bermula dari peringkat penubuhan jawatankuasa sehinggalah kepada mesyuarat post-mortem supaya program yang dilaksanakan berjaya dan mampu menarik perhatian. jadikan pengalaman orang lain dan pengalaman lampau sebagai panduan dalam membuat pertimbangan bijak untuk menghadapi masalah yang mendatang. Selain itu, seorang bakal guru perlu merasai pengalaman hidup bersama masyarakat dan membiasakan aktiviti-aktiviti bersama masyarakat seperti gotong royong, aktiviti bacaan yaasin dan lain-lain kerana ia dapat membantu para guru apabila dihantar mengajar kelak. Setiap latarbelakang komuniti dalam sesebuah masyarakat adalah berbeza dan guru harus tahu petua dan larangan jika ke tempat orang. Jadi, melalui program seperti ini, guru dilatih untuk memerhati dan cuba mengadaptasi dengan komuniti dengan menggunakan kemahiran-kemahiran sosial seperti berkomunikasi. Akhir sekali, untuk menjadi seorang guru yang berjaya seseorang guru haruslah mampu melakukan interaksi sosial yang berguna dengan masyarakat kerana

guru berperanan sebagai agen sosial dalam masyarakat selain menjadi rujukan disekolah. Tugas guru ialah menggalakkan sosialisasi dalam masyarakat melalui didikan kepada generasi baru yang penuh cabaran dan juga melalui integrasi merentasi kurikulum, agama serta bangsa malah guru juga boleh menggantikan pemimpin kerana kualiti kepimpinan dan sikap tanggungjawab yang terdapat pada seseorang guru.

REFLEKSI PROGRAM BINA INSAN GURU ( BIG ) 12 PISMPAMBILAN JANUARI 2008 Pada 7 oktober sehingga 10 oktober 2008 yang lepas, saya telah menjalani program BinaInsan Guru (BIG) yang dianjurkan oleh Institut Perguruan Temenggong Ibrahim bertempat di Mutiara Motors Resort, kg. Sedili Kecil, Kota Tinggi Johor Darul Takzim. Banyak pengalamand a n p e n g e t a h u a n b a r u y a n g d a p a t s a y a timba sepanjang program ini dijalankan. Pada hari pertama program ini dijalankan, seluruh pelajar PISMP RBT, Sains 1 dan Sains 2 tel a h dibahagikan kedalam kumpulan kecil dan setiap aktiviti yang berlangsung haruslah mengikutk u m p u l a n y a n g d i t e t a p k a n . S e m e m a n g n y a s e t i a p a k t i v i t i y a n g d i j a l a n k a n m e m b e r i k a n pengalaman baru kepada saya.A k t i v i t i y a n g p a l i n g m e n a r i k m i n a t s a y a s e p a n j a n g p r o g r a m B i n a I n s a n G u r u i n i berlangsung ialah aktiviti kembara yang dijalankan pada hari ketiga. Aktitviti ini telah dibimbingoleh pensyarah-pensyarah yang berpengalaman. Sebelum aktiviti kembara ini dijalankan, En. Abdul Latiff b. Awi telah memberi penerangan mengenai keselamatan, laluan kembara, dan carau n t u k m e m b a c a k o m p a s . B e l i a u j u g a m e m b e r i 3 t u g a s a n k e p a d a k a m i i a i t u y a n g p e r t a m a mencari lima jenis flora dan lima jenis fauna serta mencari kebaikan dan keburukannya, yangkedua memasak sendiri menggunakan peralatan yang dibawa dan ketiga membuat usungan. Padam u l a n y a t e r l i n t a s d i f i k i r a n s a y a b a h a w a t u g a s a n y a n g d i b e r i k a n i n i t e r l a l u m u d a h u n t u k diselesaikan. Penerangan yang diberikan oleh pensyarah saya dengar dengan teliti. Saya jugatelah memperoleh pengetahuan baru iaitu cara untuk membaca kompas. Sememangnya agak sukar untuk membaca kompas jikalau tidak diketahui arah kedudukan sebenarnya tetapi tunjuk ajar yang diberikan oleh En. Abdul Latiff membuatkan saya lebih faham mengenai cara untuk membaca kompas. Aktiviti kembara pada pagi itu bermula tepat pada pukul 9.00 pagi. Kamit e l a h b e r g e r a k d a l a m k u m p u l a n m a s i n g - m a s i n g .

S e t i a p k u m p u l a n s e a k a n t e r u j a u n t u k menyiapkan tugasan y ang diberi.Kumpulan saya merupakan kumpulan terakhir bergera k memulakan aktiviti kembara ini.S e p a n j a n g a k t i v i t i k e m b a r a i n i b e r l a n g s u n g , k a m i d a l a m s a t u k u m p u l a n t e l a h t e l a h belajar erti kerjasama dengan berganding bahu, tolong menolong antara satu sama lain memikulsegala peralatan yang dibawa. Aktiviti yang dijalankan ini juga memberi kesedaran kepada kami semua mengenai betapa peri pentingnya menjaga alam sekitar. Alam sekitar yang bersih dan tidak tercemar di sepanjang kawasan membuatkan spesis flora dan habitat fauna dapat membiak d e n g a n b a i k n y a . M e m a n g t i d a k d i n a f i k a n , b a n y a k b u r u n g - b u r u n g d a n u n g g a s b e r k i c a u a n menandakan kawasan mereka bebas daripada pencemaran. Sepanjang perjalanan sejauh kira-kira lima kilomiter ini saya dan rakan-rakan kumpulan cuba menyiapkan tugasan pertama kamiiaitu mencari lima flora dan fauna. Saya juga tidak ketinggalan memanfaatkan ilmu membacakompas yang diperoleh untuk memandu arah kumpulan ke check point yang telah ditetapkan.S e s a m p a i n y a k a m i d i c h e c k p o i n t , p a r a p e n s y a r a h t e l a h b e r k u m p u l m e n u n g g u kehadiran kami. Kami telah diberikan tugasan tambahan iaitu membersihkan kawasan di situsebelum memulakan tugasan kedua iaitu memasak. Setelah selesai membersihkan kawasan disitu kami telah bekerjasama menyiapkan makanan pada hari itu. Jumlah bahan yang terhad kamig u n a k a n s e b a i k n y a . S a y a t e l a h m e n g g u n a k a n p e l u a n g yang ada untuk mempelajari caramemasak menggunakan bahan yang terhad. Ilmu yang saya peroleh ini s e m e m a n g n y a a m a t berguna di masa akan datang. Setelah selesai tugasan kedua, kami sekali lagi telah bekerjasamamembersihkan segala peralatan yang digunakan. Pensyarah memberi pujian kepada kumpulank a m i k e r a n a m e n j a d i k u m p u l a n p e r t a m a m e n y i a p k a n t u g a s a n k e d u a i n i . D a l a m p e r j a l a n a n pulang ke tapak perkhemahan, Kami masih lagi berusaha menyiapkan tugasan pertama kami.Tugasan yang pada mulanya kami fikir mudah sememangnya mencabar. Sebelum tiba di tapak perkhemahan, kami dalam satu kumpulan berkerjasama mencari dan cuba mempelajari jenisflora dan fauna yang diperolehi. Kami telah berjaya menyiapkan tugasan pertama kami sebelumtiba di tapak perkhemahan.S e t i b a n y a d i t a p a k p e r k h e m a h a n , d a l a m s a t u k u m p u l a n k a m i b e r g a n d i n g b a h u menyiapkan tugasan ketiga iaitu membuat usungan dan asas bantu mula. Seorang daripada rakankami dengan sukarela menjadi mangsa untuk diusung. Ilmu

ikatan asas bantu mula yang kami p e l a j a r i p a d a h a r i p e r t a m a t e l a h k a m i m a n f a a t k a n . I l m u y a n g d i p e l a j a r i i n i s e m e m a n g n y a berguna jikalau berlakunya kecemasan yang perkara malang yang tidak diduga. Asas bantu mulamerupakan pertolongan atau langkah awal yang boleh diambil bagi membantu mangsa sebelumdibawa ke hospital. Cara usungan dan ikatan kami kemudiannya dinilai oleh pensyarah dankumpulan kami telah lulus dengan mengikut prosedur yang ditetapkan. Setelah selesai tugasanketiga , kami dalam kumpulan seterusnya diminta untuk membentangkan tugasan pertama kami iaitu mencari lima flora dan lima fauna serta nyatakan kebaikan dan keburukannya. Ilmu yangk a m i p e l a j a r i s e p a n j a n g k e m b a r a k a m i m a n f a a t k a n d a l a m p e m b e n t a n g a n . P a r a p e n s y a r a h memuji kumpulan kami kerana telah berjaya menyempurnakan tugasan dengan jayanya dan berdedikasi serta bekerjasama dalam satu kumpulan menyiapkan tugasan yang diberikan.S e t e l a h s e l e s a i s e m u a t u g a s a n y a n g d i b e r i k a n , k a m i d i benarkan untuk berehat.Melihatkan riak wajah rakan-rakan k u m p u l a n y a n g b e g i t u r i a n g w a l a u p u n k e p e n a t a n membuatkan say a gembira dengan aktiviti yang dijalankan ini. Sememangnya aktiviti kembarayang dijalankan ini memberi banyak pengalamnan dan pengetahuan baru dalam diri saya. Saya juga mula dapat menghayati betapa peri pentingnya menjaga alam sekitar. Pengalaman yang saya perolehi bersama rakan-rakan juga tidak akan dapat saya lupakan. Secara rumusannya, Aktivitii n i telah mengajar kami erti persahabatan, nilai kerjasama, tolong m e n o l o n g , b e r d i k a r i d a n bertanggungjawab. Saya harapkan program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datangagar bakalbakal guru dapat memperolehi dan memanfaatkan ilmu yang berguna ini. Sekian