Anda di halaman 1dari 2

Kumpulan 3

Jiran Saya
Setiap orang mempunyai jiran. Begitu juga dengan saya. Jiran saya bernama Lim Jia Hui.

Jia Hui berumur 10 tahun. Jia Hui sekeluarga berasal dari Taman Kota, Yong Peng.
Dia mempunyai dua orang adik. Dia merupakan anak sulung dalam keluarganya. Bapa Jia Hui bekerja sebagai seorang doktor. Setiap hari, bapa Jia Hui memandu kereta ke hospital untuk bekerja. Ibu Jia Hui pula seorang suri rumahtangga. Dia sibuk membuat kerja rumah. Pada waktu rehat, saya dan Jia Hui sentiasa bersama-sama pergi ke kantin untuk membeli makanan. Selepas makan, kami pergi ke perpustakaan untuk meminjam buku. Kadang-kala, kami suka membaca buku di bawah pokok yang rendang. Pada masa lapang. Jia Hui berminat untuk bermain badminton dan membaca buku

cerita. Kami sentiasa bermain badminton di gelanggang badminton. Jia Hui bercita-cita untuk
menjadi seorang guru yang berdedikasi. Saya berasa gembira kerana mempunyai seorang jiran seperti Jia Hui. Saya berharap persahabatan kami akan kekal selama-lamanya.

Anda mungkin juga menyukai