Anda di halaman 1dari 18

MASALAH PEMBELAJARAN SEJARAH DAN CARA MENGATASINYA

PUBLISHED MEI 22, 2012 BY ROHANIMATSALLEH

Pengenalan Pembelajaran adalah satu perubahan tingkahlaku.Ini bermaksud pembelajaran sudah berlaku apabila murid-murid mampu melakukan sesuatu yang baru berbanding dengan sebelumnya.Pembelajaran memerlukan seseorang mengambil tindakan baru atau mengubahsuai yang sedia ada.Oleh itu,pembelajaran dinilai berasaskan kemampuan murid-murid kita untuk membaca,menulis,mengira atau melakukan sesuatu. Dalam konteks pendidikan,pembelajaran didefinisikan sebagai perubahan tingkahlaku seseorang akibat perolehan ilmu,kemahiran atau amalan hasil proses pendidikan.Pembelajaran berlaku apabila murid-murid berupaya untuk mengaplikasikan ilmu yang baru diperolehi dalam situasi kehidupan seharian.Pembelajaran juga merupakan satu proses belajar yang terdiri daripada guru,pelajar dan subjek yang diajar.Proses pembelajaran ini akan berkaitan dengan dengan beberapa teori dan konsep di dalam ilmu pendidikan. Masalah pembelajaran didefinisikan sebagai masalah dalam satu atau lebih daripada proses asas psikologi melibatkan pemahaman atau penggunaan bahasa sama ada pertuturan atau penulisan di mana masalah yang dihadapi mengakibatkan kebolehan mendengar, berfikir, bertutur dan membaca yang tidak sempurna. Masalah pembelajaran boleh wujud di sebabkan oleh beberapa faktor,antaranya ialah perbezaan individu.Aspek-aspek perbezaan

individu adalah seperti fizikal, emosi, mental, social, budaya, personaliti, bahasa, agama dan gaya kognitif. Melalui perbezaanperbezaan inilah berlakunya masalah pembelajaran dalam proses P & P. Menurut Atan Long (1978), perbezaan individu memberi kesan besar terhadap pelbagai tingkah laku dalam dalam kelas. Perbezaan ini akhirnya akan memberi kesan terhadap gaya berfikir pelajar, objektif pengajaran dan pembelajaran dan sebagainya. Oleh itu, guru perlu mengenal pasti masalah ini bagi memastikan P & P yang di ajar dapat disampaikan dengan berkesan. Di dalam ilmu psikologi pendidikan telah dibahaskan beberapa kaedah dan teori pembelajaran bagi menyelesaikan masalah-masalah ini. Masalah Yang Dikenalpasti Berdasarkan pengalaman saya sebagai Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) yang mengajar subjek Sejarah Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 mendapati rata-rata pelajar mengatakan menghadapi masalah mengingat fakta-fakta dalam mata pelajaran Sejarah kerana terlalu banyak fakta yang perlu diingat. Hal ini menyebabkan pelajar tidak meminati subjek Sejarah kerana bagi mereka ianya membosankan, sukar difahami, tiada kaitan dengan hidup mereka secara langsung dan menyebabkan pengajaran dan pembelajaran Sejarah menjadi pasif..Saban tahun, inilah masalah utama yang dihadapi oleh guru Sejarah di sekolah. Mata pelajaran Sejarah merupakan satu mata pelajaran teras yang wajib diambil oleh semua pelajar pada peringkat menengah rendah. Sejarah bukanlah sesuatu yang asing pada masyarakat kita kerana negara kita juga memiliki sejarahnya tersendiri.Unsur-unsur sivik

yang telah diterapkan dalam mata pelajaran Sejarah adalah supaya para pelajar dapat menghayatinya kepentingan sejarah. Matlamat pendidikan Sejarah adalah untuk memupuk semangat setia negara dan perasaan bangga sebagai rakyat Malaysia.Melalui penghayatan sejarah tanahair, pelajar-pelajar dapat memahami keadaan masyarakat dan negara dalam mewujudkan keharmonian dan semangat perpaduan di kalangan masyarakat berbilang kaum dalam sebuah negara yang mempunyai satu bahasa. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran Sejarah, masalah mengingat fakta dan menghuraikan fakta sememangnya merupakan satu perkara yang agak umum bagi pelajar, khususnya bagi pelajar yang lemah dari segi akademik.Akan tetapi setelah diperhati dan diperhalusi didapati masalah mengingat fakta dalam mata pelajaran Sejarah ini berlaku akibat dari beberapa faktor.Antaranya ialah disebabkan oleh sikap pelajar yang tidak berminat untuk membaca dan tidak berminat untuk ingin tahu, cara pelajar menghafal fakta tanpa memahami konsep dan kronologi peristiwa yang berlaku dan sikap pelajar yang tidak suka bertanya untuk faham.Selain itu, masalah ini wujud adalah disebabkan oleh pelajar yang terlalu bergantung kepada ayat buku teks menyebabkan pelajar tidak dapat menjawab soalan apabila ayat tersebut diubah dan juga kebergantungan kepada fakta buku teks semata-mata menyebabkan pelajar tepu dan rigid untuk berfikir. Pendekatan Teori Pembelajaran Yang Digunakan 1)Teori Pembelajaran Kognitif Teori Pemprosesan Maklumat Gagne

Robert M Gagne (1916-2002) adalah seorang ahli psikologi yang dianggap dianggap sebagai bapa psikologi pendidikan dan telah menjalankan penyelidikan luas dalam bidang pengajaran dan pembelajaran. Persoalan yang mendorong dan meransangkan Gagne adalah untuk mencari cara yang paling sempurna dan unggul untuk pembelajaran berlaku. Sumbangan beliau terutamanya yang kini menjadi asas pendidikan di kalangan pendidik seluruh dunia adalah dalam aspek-aspek : 1)Taksonomi pembelajaran / Taksonomi Gagne Taksonomi Gagne boleh dibahagikan kepada lima kategori seperti berikut : i. Kemahiran Verbal

Terdiri daripada kemahiran-kemahiran penghafalan dari memori,membuat respon verbal kepada input,kebolehan melabel menamakan fakta secara verbal atau bertulis dan kebolehan untuk mengingat semula maklumat-maklumat yang berkaitan. ii. Kemahiran Intelektual

Terdiri daripada kemahiran berdiskriminasi,mengkategorikan mengikut cirri-ciri fizikal atau abstrak, pengaplikasikan prosuderprosuder mudah dan yang kompleks untuk menyelesaikan masalah atau tugas.Ia mengandungi beberapa aras iaitu diskriminasi, konsep konkrit, penggunaan peralihan dan penyelesaian masalah. iii. Strategi Kognitif

Merujuk kepada kebolehan individu-individu untuk mereka cipta dengan proses mental untuk mencapai sesuatu tugasan dan menyelesaikan masalah. Ia melibatkan kebolehan individu untuk membuat pilihan, keputusan dan model mental. iv. Strategi Positif

Merujuk kepada individu-individu yang berkelakuan untuk menggambarkan nilai-nilai murni yang baru dikuasai. Individu berkebolehan untuk memberi sesuatu pendapat dengan logical dan rasional. v. Kemahiran Motor

Melibatkan perlakuan tugas-tugas fizikal mengikut piawaian yang telah ditentukan. Ia melibatkan pergerakan otot, contohnya membaling bola. 2)Sembilan syarat dalam proses pengajaran dan pembelajaran I. II. III. IV. V. VI. Menarik perhatian Menyatakan objektif pelajaran Meransang proses mengingat semula kandungan lepas berfokus kepada tajuk spesifik Bahan-bahan yang boleh menimbulkan ransangan pelajar Memberi bimbingan 1. Tugasan dan soalan

2. Membuat penilaian tahap penguasaan pelajar IX. Mengekal kemahiran pelajar dan mengembangkan pengetahuan dan

Gagne telah mengkaji cara seseorang menerima dan memproses maklumat yang diterima melalui deria. Beliau menyamakan proses ini dengan proses pemprosesan maklumat oleh sebuah komputer iaitu input ransangan diproses oleh memori sensori dan ingatan jangka pendek. Maklumat yang dihasilkan digunakan untuk bertindak dengan persekitaran atau disimpan dalam memori jangka panjang. Robert M. Gagne dalam bukunya Essentials of Learning for Instuction ( 1975 )mengemukakan satu teori mengenai bagaimana manusia memperoleh maklumat dalam sesuatu proses pembelajaran. Mengikut teorinya, ransangan-ransangan dari persekitaran luar akan diterima dalam sistem saraf melalui deria-deria manusia. Maklumat ini akan ditafsir dalam stor ingatan, kemudian dihantar kepada stor ingatan jangka panjang dan akhirnya kepada penggerak tindak balas melalui sistem saraf. Beliau menyamakan proses ini dengan proses pemprosesan maklumat oleh sebuah komputer iaitu input ransangan diproses oleh memori sensori dan ingatan jangka pendek. Maklumat yang dihasilkan digunakan untuk bertindak dengan persekitaran atau disimpan dalam memori jangka panjang.

Rajah 1 : Teori Pemprosesan Maklumat Gagne Mengikut Gagne, pengalaman-pengalaman yang disimpan dalam stor ingatan jangka panjang adalah penting bagi manusia untuk mengaitkannya dengan pengalaman-pengalaman baru demi memudahkan proses pembelajaran berlaku. Gagne mengenal pasti dan menyarankan lapan fasa yang biasa dialami oleh manusia dalam sesuatu pembelajaran, iaitu fasa motivasi, fasa kefahaman, fasa penyimpanan, fasa penahanan, fasa ingatan kembali, fasa generalisasi, fasa prestasi dan fasa maklum balas. a) Fasa Motivasi- Jangkaan

Fasa motivasi ialah fasa pertama yang berlaku dalam sesuatu proses pembelajaran. Lazimnya, manusia belajar kerana didorong oleh motivasi tertentu. Tanpa motivasi, proses pembelajaran tidak akan bermakna dan berkesan. Oleh itu, motivasi memainkan peranan yang penting dalam mana-mana proses pembelajaran. Manusia berusaha

belajar kerana mempunyai motif tertentu. Motivasi merupakan tindakan yang menimbulkan motifnya supaya belajar. Jadi motivasi digunakan untuk menggalakkan pelajar-pelajar supaya berusaha untuk belajar.Di sini guru Sejarah memainkan peranan penting untuk memotivasi dan memupuk minat pelajar untuk membaca kerana mata pelajaran sejarah memerlukan banyak pembacaan.Pada fasa ini juga guru perlu memberitahu pelajar akan objektif pembelajaran. b) Fasa Tanggapan(kefahaman) Perhatian Fasa ini melibatkan aktiviti pemerhatian dan pemilihan rangsangan yang tepat dan relevan. Di dalam fasa ini, seseorang akan menumpukan perhatian terhadap sesuatu rangsangan yang dimotivasikan dan memilih serta membezakan rangsanganrangsangan melalui organ derianya. Dalam fasa ini,pelajar memerlukan menumpukan perhatian terhadap aktiviti pengajaran guru dan menolak gangguan yang lain seperti bunyi perbualan daripada rakan sekelas yang lain. c) Fasa Penyimpanan- Kod Apabila seseorang telah berjaya memilih rangsangan yang relevan dan mempersepsikannya denga tepat, maka rangsangan itu akan dibawa oleh sistem saraf ke dalam stor ingatan jangka pendek. Di situ, rangsangan tersebut akan dikodkan dengan suatu cara yang ringkas dan tersendiri seperti merekodkan isi-isi penting dalam bentuk yang mudah disimpan. Pada fasa ini, pelajar meringkaskan fakta sejarah menggunakan kemahiran tersendiri seperti membentuk peta minda untuk memudahkan mengingati isi penting.Fasa ini penting untuk meransang ingatan semula apabila diperlukan.

d) Fasa Penahanan- Stor Ingatan Selepas rangsangan yang dipilih dan dikodkan dalam stor ingatan jangka pendek, sebahagian atau keseluruhanya akan disalurkan dan disimpan dalam stor ingatan jangka panjang. Kod-kod yang disimpan dalam stor jangka panjang akan ditransformasikan dan disusun semula dengan satu sistem yang lebih kekal dalam ingatan dan lebih mudah dikeluarkan. Fasa ini dinamakan fasa penahanan, iaitu menyimpan maklumat, peristiwa atau pengalaman yang diperoleh dengan cara yang sistematik. e) Fasa Mengingat Kembali- Mencari Fasa mengingat kembali merupakan tindakan mencari maklumat atau pengalaman yang telah disimpan dalam stor ingatan jangka panjang. Tindakan ini biasanya digerakkan oleh rangsangan luaran atau motif dalaman. Misalnya seorang pelajar berusaha mengingat kembali apa yang telah dipelajarinya untuk menjawab soalan guru. f) Fasa Generalisasi- Pindaan Fasa generalisasi ini merujuk kepada fasa pemindahan pembelajaran atau fasa aplikasi di mana seseorang individu boleh mengingat kembali maklumat dalam stor ingatan jangka panjang dan menggunakannya untuk situasi yang sama atau serupa iaitu dengan mengaitkan maklumat baru dengan pengetahuan sedia ada. g) Fasa Prestasi- Gerak Balas Fasa prestasi juga dikenali sebagai fasa perlakuan. Mengikut Gagne, fasa ini boleh diperlihatkan dan diukur daripada perubahan tingkah

laku seseorang dalam proses pembelajaran. Fasa prestasi berlaku apabila seseorang bertindak balas dengan perubahan tingkah lakunya sebaik sahaja isyarat ransangan diberikan. Misalnya, murid bertindak balas dengan menjawab soalan guru secara lisan. h) Fasa Maklum Balas-Peneguhan Fasa ini merupakan fasa terakhir dalam sesuatu proses pembelajaran. Fasa maklum balas ini berlaku selepas seseorang individu telah bertindak balas dengan prestasi atau perubahan tingkah laku yang tepat.Tindakan maklum balas mempunyai fungsi peneguhan seperti memberi galakan kepada orang yang telah menunjukkan prestasi yang tepat. Contohnya, seseorang murid yang dapat memberi jawapan yang harus diberikan pujian oleh guru. Implikasi Teori Pemprosesan Maklumat Gagne Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Sejarah Berdasarkan Model Pemprosesan Maklumat yang dikemukakan Gagne, beberapa aspek utama dapat dikenal pasti dalam fasa proses pembelajaran dan memberi kesan dalam pengajaran . Di antaranya ialah kesediaan, motivasi, pengamatan, ingatan dan lupaan serta pemindahan.Menurut Gagne proses pengajaran dan pembelajaran mestilah dilakukan secara berulang-ulang iaitu pembelajaran melalui rangkaian. Sebagai contoh pengajaran seperti pembacaan teks melalui nyanyian yang berulang kali lebih diingati oleh pelajar berbanding hanya melalui kaedah biasa pembacaan teks. Mengikut teori Gagne, guru hendaklah memulakan pengajaran dengan memberikan set induksi yang dapat menarik perhatian

pelajar kepada guru & pengajaran. Contohnya dalam pengajaran tajuk Sejarah Kesultanan Melayu Melaka guru boleh bersoaljawab dengan pelajar mengenai tempat-tempat sejarah di Negeri Melaka. Guru juga perlu merangsang ingatan pelajar kepada tajuk yang berkaitan melalui perbincangan tajuk-tajuk lepas yang sudah dipelajari dan dikaitkan dengan topik yang akan diajar. Penekanan kepada isi pengajaran yang penting dengan penggunaan bahan bantu mengajar yang tepat dengan tajuk yang akan disampaikan seperti mengedarkan hand out, penyediaan slaid Powerpoint dan persembahkan maklumat yang teratur dengan menggunakan bahan bantu mengajar yang bersesuaian dapat memudahkan pelajar mengikuti pengajaran dengan berkesan. Guru hendaklah menunjukkan pelajar bagaimana mengkategorikan maklumat yang diterima & memahaminya serta memberi peluang kepada pelajar untuk mengembangkan maklumat yang baru diterima. Guru mesti membuat pengulangan bagi mengingatkan pelajar beberapa isi penting yang dipelajari untuk ingatan jangka pendek dan menyediakan beberapa aktiviti atau latihan pengukuhan yang berkaitan dengan pelajaran lepas untuk ingatan jangka panjang. Melalui teori Gagne juga,masalah sukar mengingat fakta-fakta Sejarah pelajar dapat diatasi apabila guru mengaplikasikan cara-cara berikut di dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah: 1. Guru menjarakkan Isi Pelajaran bagi mengelakkan guru mengajar sesuatu sesi pengajaran dengan maklumat isi yang terlalu padat.

2. Guru mengenakan bahan pengajaran yang bermakna iaitu dengan menekankan kepada isi-isi pengajaran yang sangat penting. 3. Guru mengulang konsep-konsep penting dengan mengulangkaji fakta-fakta yang penting dalam pelajaran. 4. Guru menstrukturkan pengajaran konsep-konsep penting dengan menyusun bahan pembelajaran dengan membuat outline dan kategori-kategori yang spesifik. 5. Bahan bantuan pengajaran digunakan secara visual. 6. Guru mengulangi konsep-konsep yang penting dengan membuat pengujian melalui kuiz atau ujian ringkas. 7. Guru sentiasa mengaitkan maklumar baru dengan pengetahuan sedia ada. 8. Guru menggunakan pelbagai strategi pengajaran dan gaya pengajaran menarik. 9. Guru sentiasa mengulangkaji maklumat secara berulang dengan mengaitkan pembelajaran baru kepada pembelajaran lama.

2) Teori Pembelajaran Konstruktivisme Mengikut kefahaman konstruktivisme, ilmu pengetahuan tidak boleh dipindahkan daripada guru kepada pelajar dalam bentuk yang serba sempurna. Pelajar perlu bina sesuatu pengetahuan itu mengikut pengalaman masing-masing. Pembelajaran adalah hasil daripada usaha pelajar itu sendiri dan pelajar sebenarnya telah mempunyai satu set idea dan pengalaman yang membentuk struktur kognitif terhadap persekitaran mereka. Konstruktivisme berasaskan

pandangan bahawa proses pembelajaran adalah aktif dan dinamik. Ia berkembang sedikit demi sedikit sepanjang hayat seorang individu. Justeru itu, apa yang dilalui dalam kehidupan seorang merupakan himpunan kesemua pengalaman yang dialami oleh manusia. Dalam proses ini, seseorang individu akan membina atau konstruk ilmu pengetahuan dengan usaha sendiri dan bukan menguasainya daripada orang lain. Pembinaan ilmu adalah satu proses semulajadi. Menurut penyokong konstruktivis, apabila manusia berhadapan dengan sesuatu tidak diketahui, mereka ingin memahaminya. Naluri mereka akan mengaitkan maklumat baru dengan pengetahuan yang sedia ada supaya ia menjadi satu informasi yang bermakna (Jonassen, 1996 ; Jones et al, 1993). Melalui refleksi,pelajar-pelajar akan membina makna bagi setiap fenomena di sekelilingnya. Mereka akan menjana peraturan dan panduan mental sendiri agar memahami dunia sekeliling. Dengan itu, pembelajaran mereka dipengaruhi oleh cara sesuatu topik dipersembahkan oleh guru dan kualiti pengalaman yang ada pada para pelajar. Prinsip-Prinsip Konstruktivisme Setiap murid yang menerima maklumat akan memproses secara kognitif untuk mencerminkan dan membayangkan keperluan, sifat semulajadi, pemikiran, sikap, kepercayaan dan perasaannya sendiri. Ahli konstruktivis menganggap bahawa ilmu pengetahuan tidak boleh wujud di luar minda tetapi dibina dalam minda berdasarkan

pengalaman sebenar. Ilmu pengetahuan dibina melalui proses saling mempengaruhi di antara pembelajaran lampau dengan pembelajaran terbaru yang berkaitan. Ciri-Ciri Pembelajaran Konstruktivisme Pembelajaran dari perspektif konstruktivisme dilihat sebagai suatu proses pelajar membina makna secara aktif daripada pengalaman yang dilaluinya. Juga makna yang dibina itu bersangkutan dengan pengetahuan sedia ada pelajar. Ciri paling penting pembelajaran konstruktivisme ialah pelajar-pelajar bertanggungjawab ke atas pembelajarannya. Guru-guru mesti sedar tentang corak mental pelajar yang membantu mereka mengerti dunia dan membuat andaian-andaian untuk menyokong pemikiran mereka. Dalam teori konstruktivisme, pembelajaran bukan merupakan satu proses penghafalan maklumat di mana jawapan betul diberikan oleh guru. Justeru itu, pembelajaran mesti bermula dengan isu-isu yang berkait rapat dengan minat dan naluri ingin tahu pelajar. Pemahaman sesuatu konsep harus dibuat secara menyeluruh dan sebagai kaitan di antara bahagian-bahagian yang kecil dan pembelajaran berpusatkan kepada pengusaan konsep-konsep asas . Guru harus menunjukkan pertalian di antara fakta-fakta dalam sesebuah konsep supaya pelajar dapat mengaitkannya dengan pengetahuan sedia ada. Bagi membolehkan pelajar memahami pengajaran guru, maka guruguru perlu mencungkil pengetahuan sedia ada pelajar dan membina kefahaman berdasarkan pengetahuan sedia ada ini. Selain itu, guru juga harus mendorong proses pembelajaran pelajar dengan mengemukakan soalan-soalan terbuka dan sering mengadakan

perbincangan kumpulan di kalangan pelajar. Oleh itu dapat dirumuskan bahawa pembelajaran secara konstruktivisme hanya berlaku dengan adanya penglibatan aktif pelajar dan tahap pemahaman pelajar bergantung kepada pengetahuan sedia ada mengenai konsep yang dipelajari. Implikasi Teori Konstruktivisme Pembelajaran Sejarah Dalam Pengajaran Dan

Prinsip yang paling penting adalah bahawa guru tidak memberikan pengetahuan kepada murid. Sebaliknya murid-murid mesti membangunkan ilmu pengetahuan secara kendiri dalam struktur mental mereka. Ini bermakna murid-murid harus berusaha sendiri dalam aktiviti seperti berikut : 1. Pembinaan Ilmu Pengetahuan Kendiri Pelajar-pelajar membina pengetahuan sendiri, iaitu membina makna daripada pengalaman dan interaksi sosial serta persekitaran. Secara aktif, pelajar-pelajar membina maklumat berasaskan pengalaman sedia ada dan apa yang telah dipelajari oleh mereka sebelum proses ini adalah penting. Pengetahuan dibina secara aktif melalui proses saling mempengaruhi di antara pengetahuan sedia ada dan pengetahuan baru, proses-proses berterusan melibatkan penjanaan idea, pemeriksaannya dan kemudian penstrukturan semula idea-idea tersebut. Pembinaan maklumat dibuat secara membanding maklumat lama dan baru.Dalam pembelajaran Sejarah, pelajar perlu membaca dahulu tajuk yang akan diajar sebelum sesi pembelajaran bermula supaya pelajar mudah memahami dan mengikuti apa yang di ajar oleh guru.

1. Penggunaan Bahan Bantu Pengajaran Guru sebagai fasilitator menyediakan pelbagai bahan sokongan untuk membantu pelajar-pelajar dalam proses pembelajaran kendiri. Bahan bantu pengajaran yang digunakan oleh guru harus menunjukkan perkaitan dengan pengalaman sedia ada pelajar. Bahan-bahan bantu pengajaran yang dipersembahkan juga mesti menarik dan pelbagai untuk menarik minat pelajar-pelajar agar mereka cepat menguasai ilmu baru. Pelajar-pelajar mengambil kesempatan untuk menerapkan idea-idea baru berdasarkan pemahaman kendiri daripada bahan-bahan bantu pengajaran.Contohnya penggunaan bahan bergambar dan grafik seperti carta-carta, poster, slaid, video dan sebagainya. 1. Penglibatan Secara Aktif Pelajar-pelajar hanya boleh membina ilmu pengetahuan dengan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Mereka perlu menggunakan minda mereka secara aktif untuk membandingkan maklumat-maklumat baru dengan pengalaman sedia ada mereka dan untuk mencapai kefahaman terhadap maklumat baru ini. Pelajar-pelajar juga terlibat dalam proses metakognitif, iaitu operasi yang mengarah dan mengawal kemahiran secara kognitif dalam minda mereka. Pada akhir sesi pengajaran, mereka terlibat dalam proses-proses menilai dan menaksir pemikiran sendiri melalui refleksi dan renungan.Sebagai contoh guru mengadakan sesi soal jawab di akhir pengajaran untuk memastikan setiap pelajar mengikuti sesi pembelajaran tersebut dengan berkesan.

1. Strategi Pembelajaran Pelajar-pelajar perlu merancang strategi pembelajaran yang berkesan untuk diri sendiri serta membuat refleksi dan menilai tentang pembelajaran yang telah berlaku. Guru pula perlu merancang dan menggalakkan pembelajaran kumpulan koperatif, pembelajaran berasaskan projek dan pendidikan kajian luar yang memberi peluang kepada pelajar-pelajar untuk mengendalikan pembelajaran kendiri mereka.Contohnya membuat aktiviti berkumpulan dan setiap kumpulan akan membentangkan tajuk yang diberi di hadapan kelas.Secara tidak langsung ini menggalakkan pelajar berfikir dan mencuba idea baru. Kesimpulan Sejarah merupakan satu mata pelajaran yang penting. Hal ini demikian kerana pengajaran sejarah mampu membentuk jiwa, akhlak, dan jati diri bangsa khususnya dalam memupuk semangat patriotisme. Oleh itu,guru berperanan untuk menyediakan suasana pembelajaran yang menarik dan harmonis dan menciptakan pengajaran yang berkesan bagi menarik minat dan membantu pelajar-pelajar mempelajari Sejarah dengan mudah.Dengan mengaplikasikan Teori Memprosesan Maklumat Gagne dan Teori Pembelajaran Konstruktivisme di dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah,masalah sukar mengingati fakta-fakta dalam mata pelajaran Sejarah dapat diatasi. Berdasarkan Model Pemprosesan Maklumat yang dikemukakan Gagne, beberapa aspek utama dapat dikenal pasti dalam fasa proses pembelajaran. Di antaranya ialah kesediaan, motivasi, pengamatan, ingatan dan lupaan

serta pemindahan. Teori ini menumpukan kepada bagaimana pelajar memproses maklumat .Maklumat yang baru disimpan dalam ingatan jangka pendek.Kemudian diproses sebelum disimpan ke ingatan jangka panjang.Kombinasi pengetahuan (maklumat yang diproses) & kemahiran di ingatan jangka panjang akan membina strategi-strategi kognitif atau kemahiran yang berkaitan secara tidak langsung akan membantu meningkat daya ingatan pelajar dan memudahkan pelajar mempelajari Sejarah.Teori Pembelajaran Konstruktivisme pula adalah strategi pengajaran memusatkan murid dan guru bertindak sebagai fasilitator dalam pengurusan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.Guru perlu menggalakkan pelajar belajar secara pembelajaran koperatif yang memerlukan penglibatan pelajar secara aktif untuk berdikari dan membina pengetahuan sendiri. Dengan mengaplikasikan pembelajaran secara koperatif dalam pengajaran Sejarah, pelajar akan bekerjsama dalam kumpulan kecil dan menyelesaikan tugasan yang diberikan. pembelajaran secara berkumpulan akan membantu dirinya dan rakan-rakan kumpulan belajar bersama-sama untuk mencapai matlamat yang sama. Ciri Melalui pembelajaran ini, pelajar perlu mencari maklumat yang diperlukan, berbincang dengan rakan untuk membina pengetahuan yang baru dan mengolahkannya sendiri untuk menjana pengetahuan dan menjadikannya pembelajaran itu lebih bermakna dan kekal. Dengan mengaplikasikan kedua-dua teori pembelajaran ini, guru akan memahami pelbagai cara pelajar-pelajar belajar dan seterusnya menghubungkaitkan prinsip dan hukumnya dengan kaedah dan teknik mengajar untuk mencapai objektif pelajaran dengan berkesan.