Anda di halaman 1dari 2

MINIT MESYUARAT PERTAMA JAWATANKUASA ICT SK NANGA DRAU TAHUN 2013 Tarikh Hari Masa Tempat : 17 Januari 2013

: Isnin : 1.40 hingga 3.35 petang : Bilik Serbaguna

Kehadiran : 1. En. Ahmad Bin Jaman 2. En. Dominic Nair Ak Bangkang 3. En.Christhoper Umpi Ak Munang 4. Pn. Lucy Mindu Ak Kayan 5. En. Zaidiazrul Bin Mat Zainal ( Penyelaras ICT ) 6. En Mohammad Yuzly Bin Yusoff 7. En. Wan Mohd Hafsham Bin Wan Hanafi 8. En. Mohd Hassani Bin Zainol (Guru Perpustakaan Dan Multimedia) 9. En. Larry Tambi Ak Jerah 10. En. Galvin Ranyui 11. En. Zaidi Bin Salleh 12. Pn. Hallena Sawat Ak 13. Pn Salina Baji ak 14. En Asman Bin Abang 15. Pn Christina Duat Ak. 1. UCAPAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kehadiran guru-guru yang terlibat. 1.2 Beliau mengucapkan selamat tahun baru dan berharap kerjasama semua AJK ICT untuk bekerjasama melakukan inovasi khasnya untuk ICT sekolah. 2. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT

2.1 Dicadangkan oleh En. Hassani Zainol dan di sokong oleh En Wan Mohd Hafsham. 3. BANGKITAN MINIT

3.1 Pada tahun lepas tiada peruntukan untuk sekolah bagi menyelenggaran Komputer sekolah. Oleh pihak sekolah bersetuju untuk membaiki sendiri yang mana perlu sahaja. 3.2 Makluman bahawa barang ICT yang simpan dalam peti berkunci,tidak lagi sewenangwenang menggunakan tanpa kebenaran,oleh itu mana-mana guru untuk menggunakan lap top, atau LCD projecter perlulah mohon kebenaran dan mengisi buku log keluar masuk barang ICT daripada guru ICT dari pejabat sekolah.

Tindakan : Makluman 4. LAPORAN PENGISIAN SSQS DAN SPPICT SECARA ONLINE 4.1Makluman mengenai pengisian SSQS dan SPPICT tahun 2013 adalah 2 kali setahun Mohon guru yang ditugaskan mengisi mengikut jadual yang di edarkan nanti oleh PKG Saratok 4.2 Memaklumkan tarikh pengisian data SPPICTS bagi tahun ini pada Mei 2012 (bagi Sesi 1/2013) dan Ogos/ September (Sesi 2/2013). Diharapkan GPB/GMM bersedia dengan datadata lengkap untuk tujuan ini. 4.3 Mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada semua GPB/ICT kerana telah mengambil langkah proaktif dengan menyelesaikan pengisian SSQS dan SPPICT dengan jayanya dengan peratusan 100%. Dan diiharapkan pada tahun ini dapat memberikan komitmen yang lebih tinggi. 5. Hal-Hal Lain 5.1 Membangkitkan tentang isu penyimpanan CD Bahan MBMMBI 2012 dan berharap GPMultimedia dapat membuat rekod serta dokumentasi tentang penggunaan bahan tersebut dengan kemas dan lengkap. 5.2 En.Zaidiazrul memaklumkan sebarang kerosakan ICT dilaporkan diisi dengan pengisian Aduan Laporan Kerosakan ICT di Online STS. 5.3 Pengerusi meminta agar GPB/ICT dapat menghubungi PKG sekiranya memerlukan bantuan berkaitan ICT selain dari semasa pemantauan dilakukan.

PENUTUP

6.1 Pengerusi merakamkan ucapan terima kasih atas kehadiran dan perhatian yang diberikan semasa mesyuarat ini dilangsungkan. Mohon maaf atas kelemahan dan kekurangan sekiranya ada. Makluman : Semua ahli mesyuarat 6.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.35 petang.

Disediakan oleh; (ZAIDIAZRUL BIN MAT ZAINAL) GURU ICT SK.NANGA DRAU Tarikh : 17 JANUARI 2013

Disemak dan disahkan oleh;

.......................................................... ( AHMAD BINN JAMAN) GURU BESAR SK. NANGA DRAU Tarikh : 17 JANUARI 2013

Anda mungkin juga menyukai