Anda di halaman 1dari 14

MenurutAwangSariyan(1983)danRahimahHjSarban(1988)aspekejaandalampenulisanmerupakan aspek tatabahasa yang perlu dikuasai oleh murid-murid sekolah. Kesalahan yangdilakukanoleh murid_muridpadaperingkatawalakanberlanjutanhinggakeperingkatyanglebih tinggi.

Dalam bidang penulisan pula, kelemahan menguasai ejaan akan menjejaskankomunikasi bidang itu sendiri. Kesalahan ejaan akan terbawa-bawa dalam situsi penulisan Negara.Olehhalyangdemikian,kajianini pentinguntukmengkajiteknikyangterbaikuntuk mengatasi masalah yang telah diutarakan ini.

Kertas Kerja Cadangan: Penyelidikan Tindakan 1 MENGATASI MASALAH KEKELIRUAN DALAM MEMBEZAKAN PENGGUNAAN HURUF B DAN P KETIKA MENULIS SESUATU PERKATAAN DENGAN KAEDAH (A&B) Nama Pelajar: Syed Ahmad Fadzrool B Syed Mohd Fadzil No Kad Pengenalan: 890826-05-5495 Angka Giliran: 23571 Kumpulan / Unit PISMP G2 : BM/PJ/PSV Nama Pensyarah Pembimbing: Cik Hjh Nur `Azah Bt Hj. Ahmad Tarikh Serahan: 7hb Mac 2012 a. Pendahuluan Kemahiran menulis merupakan kemahiran asas Bahasa Melayu untuk murid-murid sekolah rendah. Hal ini amat penting untukmereka mencapai kejayaan yang lebih cemerlang pada masa hadapan. Oleh hal yang demikian, kajian ini bertujuan

untuk mengenal menulis Bahasa Kemahiran melengkapi bersistem penulisan. membaca

pasti Melayu

permasalahan dalam kalangan merupakan

tentang kemahiran membaca murid-murid suatu budaya sekolah rendah intelek yang

dan di saling

luar bandar ( Abdul Rasid Jamian, 2011) menulis antara kemahiran membaca dengan menulis. Keupayaan menulis iaitu mengambilkira matlamat, penggunaan bahasa, audiens, dan gaya Sehubungan dan menulis merupakan suatu itu, keupayaan kemahiran

merupakan proses penyaluran maklumat yang bersifat mekanikal dan disalurkan secara

yang menjadi punca atau asas dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam pelbagai disiplin ilmu di sekolah. Pencapaian dan kebolehan yang tinggi dalam kemahiran membaca dan menulis pasti dapat meningkatkan penguasaan pembelajaran murid dalam Bahasa Melayu dan mata pelajaran tertentu. (Abdul Rasid Jamian) Menurut Abdul Rasid dan Zulkafli (2008), masalah menguasai kemahiran membaca dan menulis menjadikan murid lemah dan tidak berminat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu adalah akibat ketidakcekapan mereka menguasainya. Permasalahan membaca yang ada dalam diri murid adalah seperti keliru mengecam huruf besar dan huruf kecil semasa membaca, tidak membunyikan perkataan dengan b betul dan tepat, tidak dapat menyebut perkataan yang dieja serta sering meninggalkan perkataan yang tidak ketahui makna atau gagal membunyikannya.Ini menimbulkan pola bacaan yang merangkak dan pastinya menjadikan murid-murid tidak memahami maklumat dan makna bahan bacaan tersebut.Selain itu, murid ini juga lemah dan tidak berminat mencari maklumat yang terdapat dalam gambar rajah atau bahan rangsangan yang diberikan oleh guru. Levin (1987) yang dikutip oleh Noraini Ombi (2009),cara memegang alat tulis akan mempengaruhi bentuk tulisan yang dihasilkan oleh murid. Kelemahan dalam motor halus menyebabkan kanak-kanak menghadapi kesukaran memegang pensel, memasang butang baju dan memasan manik. Kanak-kanak yang menghadapi dyspraxia motor halus menunjukkan kelemahan dalam koordinasi motor. Kanak-kanak ini tidak berupaya mengawal saraf ketika memegang dan menggerakkan

pensel secara stabil. Kanak-kanak yang tidak menggunakan motor halus ketika menulis menyebabkan cengkaman pensel yang tidak kuat. Mereka sebenarnya menggunakan lengan dan pergelangan tangan dan bukan jari untuk menulis. Sasson (1993) pula mendapati guru kurang memberi penekanan kepada pengajaran menulis di kelas khususnya cara memegang alat tulis dengan betul, menulis huruf mengikut pergerakan yang betul, menentukan saiz huruf dan menentukan ruang antara huruf dan perkataan. Kanak-kanak sepatutnya didedahkan kepada kaedah menulis yang betul pada peringkat awal lagi supaya kanak-kanak minat untuk melahirkan idea melalui tulisan ynag cantik dan penuh dengan kesenian. Brenna (1995) pula menyatakan kanak-kanak cenderung untuk memanipulasikan pengetahuan yang mereka ada untuk menyelesaikan sesuatumasalah.Contohnya, seperti ketika mereka berhadapan dengan masalah huruf terbalik, iaitu memberikan jawapan alternatif bkepada pyang ditunjukkan. Selaindari masalah kekeliruan huruf terbalik, kekeliruan jenis imej cermin juga wujud dancontoh kekeliruan yang sering didapati adalah kekeliruan antara huruf bdengan huruf d dan huruf pdenganq( Higgins et al.1996). Satuanalisis menunjukkan bahawa satu kajian telah dibuat untuk kanak-kanak tadika oleh Popp (1964) melaporkan bahawa mereka mengalami kesukaran memadankan bentuk huruf kecil sepertiu, q, d, h, p, v, b, c, f, l, j dan k . Kajian Popp (1964) juga menunjukkan kanak-kanak tadika juga mengalami kekeliruan abjad dalam usahamemadankan bentuk-bentuk huruf kecil sepertib-d,p-q, b-q, dan d-pyang dinamakan masalah pembalikan huruf (reversal of letters). Merujuk pada pandangan tokoh yang telah dinyatakan diatas, saya dapati perkara yang dijelaskan mempunyai kaitan dengan pengalaman saya sepanjang menjalani praktikal sebanyak tiga kali ini. Ini dapat lihat dalam masalah-masalah yang terdapat di setiap sekolah yang telah saya menjalankan sesi praktikal ini. Bagi praktikal fasa pertama iaitu di Sekolah Kebangsaan Tasek Damai, saya telah menghadapi cabaran dalam berhadapan dengan murid yang mengalami masalah dari segi bentuk tulisan yang teruk.Ini dapat dilihat sepanjang sebulan saya menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah tersebut.Ia juga berlaku dalam kalangan murid tahap dua. Ini secara tidak langsung saya dapat mengaitkan masalah penulisan masih lagi menyelubungi diri murid-murid tahap dua.

Selain itu, saya juga telah berhadapan dengan masalah murid tidak mampu membezakan huruf kecil dan huruf besar.Ini dapat dilihat ketika saya menjalankan praktikal fasa kedua iaitu disebuah sekolah kecil di tengah bandar iaitu Sekolah Kebangsaan Seri Kepayang.Hampir kesemua murid dikalangan murid tahap dua sekolah tersebut mengalami masalah ini.Ia dapat juga digambarkan sebagai masalah dalam aspek penulisan yang juga dapat dikaitkan dengan kajian saya ini. Pada kali ini, ketika menjalankan praktikal fasa ketiga ini, saya juga menghadapi masalah yang hampir serupa dan ia merupakan masalah yang berat dalam kalangan murid tahap dua. Masalah tersebut adalah tidak dapat membezakan penggunaan huruf b dan p dalam menulis perkataan. Justeru itu, saya mendapat gambaran awal bagaimana masalah ini masih lagi berada disekeliling saya sedangkan kita sebagai pendidik sudah terlepas pandang akan kelemahan dan kekurangan murid-murid tahap dua sepanjang tempoh kini. Justeru, kajian ini adalah penting bagi mencari jalan bagaimana untuk mengatasi dan mengurangkan kesalahan dan kekurangan yang menyelubungi murid-murid tahap dua ini. b. Sorotan Literatur Ramai pengkaji telah membuat kajian dalam bidang penulisan.Seperti yang kita tahu, bidang penulisan ini merupakan satu bidang yang sangat luas.Pelbagai aspek dapat dikaji melalui aspe penulisan ini. Seperti yang Saya merujuk kepada bab tokoh yang telah mengkaji mengenai aspek penulisan. Terdapat beberapa kajian tentang kesalahan bahasa berfokuskan kepada penulisan seperti Politzer dan Ramirez (2006), Vongthieres (2006) dan Fox (2007). Menurut kajian Politzer dan Ramirez (2006) yang dikutip oleh Hjh Dayang Rose Hamidah (2006:23) dalam kajiannya telah menganalisis kesilapan bahasa Inggeris yang dituturkan oleh kanak-kanak Mexican-American yang menghadiri monolingual (67 orang) dan bilingual (59 orang). Kanak-kanak ini ditayangkan filem animated cartoon sebanyak 4 kali kemudian mereka disuruh menceritakan semula jalan ceritanya. Penceritaan mereka dirakam dan dianalisis mengikut peringkat-peringkat aspek yang hendak dikaji, iaitu morfologi dan sintaksis.

Hasil kajian mereka menunjukkan bahawa sebanyak 50% adalah kesilapan menggunakan simple past tense, sementara 10% adalah kesalahan preposition sebelum adalah berpunca Inggeris yang frasa bahasa tidak nama. berlaku di kalangan standard Mereka dialek-dialek menambah bahasa lagi, punca kesilapan para pelajar berkenaan

daripada pengaruh

bahasa ibunda,

dan pengaplikasian peraturan-

peraturan tatabahasa yang tidak sistematik. Satu lagi kajian Vongthieres (2006) yang dikutip oleh Hjh Dyg Rose Hamidah, 2006: 24), iaitu kajian berdasarkan masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajarpelajar Thailand dalam mempelajari bahasa Inggeris di Universiti Ohio. Hasil kajian menunjukkan bahawa aspek yang menjadi masalah kepada pelajar-pelajar tersebut adalah penggunaan kata kerja mengikut jenis kata jenis kata tense yang dilakukan oleh para pelajar tersebut. c. Fokus Kajian. Sebelum saya menentukan fokus kajian, saya telah menghadapi beberapa masalah kajian yang dialami dalam kalangan murid Tahun 4 Jaya. Antara masalahnya adalah masih lagi terdapat murid yang tidak mahir atau tidak mampu untuk membaca dengan lancar, murid keliru akan penggunaan huruf b dan p, murid masih lagi tidak mampu membezakan ayat tunggal dan ayat majmuk dan tidak boleh membina peta minda dengan betul. Hasil perbincangan dengan Puan Hayati (Guru Kelas Tahun 4 Jaya), antara masalah utama dikalangan murid Tahun 4 Jaya ialah murid tidak dapat membezakan penggunaan huruf b dan p ketika membina ayat atau karangan. Ini jelas kelihatan apabila saya membuat semakan buku tulis dan karangan mereka.Terdapat kesalahan yang dlakukan terutamanya perkataan yang mempunyai huruf b dan p dibelakang perkataan. Oleh itu, saya akan memfokuskan kajian ini kepada murid-murid Tahun 4 Jaya yang berpotensi untuk mendapat keputusan yang baik dalam Bahasa Melayu 2 bahagian B. Keadaan ini adalah kerana murid-murid ini sebenarnya mampu membaca tense yang berlainan. S ebanyak 44.8% kesalahan adalah kesalahan dari jenis penggunaan kata kerja mengikut

dengan baik tetapi disebabkan mereka masih tidak mampu membezakan huruf b dan p murid-murid ini sukar untuk mendapatkan markah yang baik dalam penulisan.Justeru itu secara tidak langsung prestasi murid-murid ini semakin merudum. Bagi murid-murid Tahun 4, penulisan yang betul tidak lagi sepatutnya menjadi masalah bagi mereka.Ini kerana mereka seharusnya sudah mendapat latihan yang baik di tahap satu dahulu dan mereka perlu mahir mengenai penulisan ini.Pada tahap dua ini, penulisan adalah penting kerana mata pelajaran Bahasa Melayu kertas dua memerlukan murid-murid yang mampu untuk menulis dengan baik. d. Objektif Kajian Dalam kajian ini, objektif umum yang ingin dicapai adalah untuk mengenal pasti masalah dalam kekeliruan penggunaan huruf b dan p bagi murid-murid sekolah rendah di luar bandar. Manakala objektif khusus kajian ini adalah seperti berikut : 1. Mengenal pasti cara menulis huruf b dan p mempunyai perbezaannya. 2. 3. e. 1. Meningkatkan penggunaan huruf b dan p dalam menulis perkataan Meningkatkan prestasi murd Tahun 4 Jaya dalam aspek dalam kalangan murid-murid Tahun 4 Jaya. penggunaan huruf b dan p Soalan Kajian Berdasarkan objektif kajian, maka tiga persoalan kajian dibina seperti berikut : Mengenal pastipunca masalah kekeliruan penggunaan huruf b dan p dalam kalangan murid Tahun 4 Jaya. 2. Apakah kaedahA&B dapat digunakan sebagai satu kaedah menulis huruf b dan p dalam sesuatu perkataan. 3. f. Sejauh manakah prestasi murid Tahun 4 Jaya meningkat setelah

menggunakan kaedah K&K Kumpulan Sasaran. Praktikal fasa 3 kali ini saya telah ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Malim Nawar iaitu merupakan sebuah sekolah gred B dan juga merupakan Sekolah Kurang Murid.Sekolah Kebangsaan Malim Nawar ini terletak berdekatan dengan Pekan Malim Nawar.Ia merupakan sebuah pekan yang beradap di mukin Jeram dan daerah Kampar.

Malim Nawar merupakan sebuah pekan kecil dipinggir bandar yang mana kebanyakkan penduduknya merupakan masyarakat Melayu sebagai kaum yang utama diikuti oleh masyarakat Cina dan India.Masyarakat Malim Nawar ini majoritinya berpendapatan sederhana dan punca utama rezeki mereka adalah bertani dan bercucuk tanam.Justeru itu, dapat dilihat bahawa murid-murid di Sekolah Kebangsaan Malim Nawar ini berlatar belakangkan keluarga yang sederhana dan berpendapatan rendah. Dalam kajian yang dikaji, saya telah memfokuskan kepada murid-murid kelas Tahun 4 Jaya.Ini adalah kerena saya ditugaskan untuk mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu dalam kelas tersebut.Kelas Tahun 4 Jaya ini mempunyai 17 orang murid yang terbahagi kepada 8 orang murid lelaki dan 9 orang murid perempuan. Bilangan ini tidak ramai kerana sekolah ini ditempatkan bilangan murid yang sedikit dalam sesebuah kelas dan juga mempunyai pelbagai aras dan tahap pencapaiannya. Oleh itu, secara tidak langsung prestasi murid Tahun 4 Jaya ini berada ditahap yang sederhana dan lemah, akan tetapi mereka masih lagi berkebolehan dalam mencapai tahap yang memberangsangkan jika dapat dibentuk awal dengan cara yang betul. g. Rancangan Tindakan Beberapa rancangan tindakan telah difikirkan yang mana kemungkinannya mampu untuk meningkatkan kemahiran dan kemampuan murid-murid sekolah SKMN untuk membezakan penggunaan huruf b dan p ketika menulis perkataan. Pelbagai kaedah telah dirancangkan dan penyusunan tindakan yang akan dijalankan telah pun disusun agar dapat membuat perlaksanaan dengan baik dan tersusun.Kaedah dan tindakan yang dirancang disenaraikan dalam jadual berikut.

h.

Tindakan yang dijalankan.

Setelah melihat masalah kekeliruan murid-murid dari perspektif psikologi, termasuk setiap aspek perkembangan fizikal, mental, emosi dan juga intelektual, sekali lagi persekitaran murid-murid ini baik di sekolah ataupun di rumah harus diberi perhatian yang secukupnya terutama sekali aspek ejaan kerana terdapat interaksi antara perkembangan dan persekitarannya. Walau apa jua kaedah yang hendak digunakan adalah untuk membantu murid-murid ini dengan membuat penyesuaian yang cukup dengan permintaan situasinya, dengan tidak melupakan batasan yang dikenakan oleh keadaan dan kebolehan semulajadinya. Kaedah untuk mengatasi masalah kekeliran penggunaan huruf b dan p ini akan dijelaskan. Kaedah A&B iaitu kaedah atas dan bawah yang telah dicipta bagi mengatasi masalah kekeliruan penggunaan huruf b dan p dalam menulis sesuatu perkataan. Kaedah A&B ini merupakan satu kaedah yang lebih memfokuskan kepada murid untuk mengenal dan memahami penggunaan huruf b dan p dala menulis sesuatu perkataan dan ayat.Berikut adalah langkah-langkah dalam menjalankan kaedah A&B ini. Langkah 1 Untuk langkah pertama ini, saya akan menjalankan pemerhatian untuk mengenal pasti secara tidak langsung tentang kekeliruan terhadap penggunaan huruf b dan p.Pemerhatian akan dilakukan dengan saya membuat pemerhatian terhadap hasil kerja murid di dalam buku tulis mereka. Di situ dapat dilihat bahawa terdapat masalah dimana murid sering kali salah dalam penggunaan huruf b dan p ketika menulis perkataan. Selain itu, saya juga akan membuat Ujian diagnostik terhadap murid-murid. Ujian ini dijalankan bagi mengetahui tahap kemahiran murid dalam pengejaan sesuatu perkataan itu terutama sekali perkataan yang mempunyai huruf b dan p..Ini kerana tahap kemahiran setiap murid adalah berbeza-beza. Jadi hasil dari ujian ini akan memudahkan guru untuk merancang latihan yang bersesuaian dengan murid. Ujian ini juga dapat melihat kemahiran yang diajar adalah berpandukan kepada kelemahan murid tersebut. Dalam langkah ini juga saya akan menjalankan sesi temu bual bersama guru kelas Tahun 4 dan juga guru pembimbing mata pelajaran Bahasa Melayu. Temu bual ini

adalah bertujuan untuk mengenal pasti kemampuan sebenar murid-murid di kalangan Tahun 4 Jaya ini. Dalam temu bual ini pelbagai soalan akan ditanya dan fokus temu bual ini adalah untuk menentukan tahap seseorang murid dalam mengenal perbezaan diantara huruf b dan p. Langkah 2 Setelah mendapat hasil keputusan ujian diagnostik dan juga temu bual bersama guru kelas dan guru pembimbing, tindakan selanjutnya adalah dengan memulakan sesi penerangan dan pengajaran teknik mengenal huruf b dan p. Dalam langkah ini, saya akan menerangkan kepada murid teknik menulis huruf b yang betul iaitu dengan kedudukan bermula dari pangkalnya diatas terlebih dahulu. Manakala bagi huruf p pula, kedudukan pensil bermula dari pangkalnya dibawah dahulu. Cara ini secara mudah dapat difahami oleh murid-murid dalam tujuan mengenal bentuk dan cara penulisan huruf b dan p dengan betul. Langkah 3 Langkah seterusnya,saya memberikan ujian pertama dengan murid dikehendaki untuk mengenal pasti kedudukan huruf b dan p dalam sesebuah petikan yang diberikan dengan cara menggariskan atau membulatkan. Cara ini bertujuan untuk membiasakan murid dengan kedudukan huruf-huruf tersebut dalam sesuatu perkataan sekali gus dapat memberi gambaran kepada murid tentang penggunaan huruf b dan p dalam sesuatu perkataan itu. Langkah 4 Pada langkah keempat ini, saya akan menguji murid dengan cara menyenaraikan perkataan-perkataan yang mempunyai huruf b dan p dengan ejaan yang betul. Murid akan menggunakan pengetahuan yang mereka ada untuk menulis semula perkataan yang telah dilihat dalam latihan sebelum ini. Cara sebegini murid akancuba mengenal dan mengecam ejaan yang betul bagi sesuatu perkataan itu. Selain itu murid juga dapat melatih diri dalam menulis sesuatu perkataan itu dengan menggunakan huruf b dan p dengan betul. Langkah 5 Setelah melaksanakan ujian dalam langkah 4, saya akan membuat penilaian terhadap hasil kerja murid tersebut. Berdasarkan penilaian yang dibuat, murid yang lulus atau

mampu menyelesaikan ujian yang dilaksanakan dengan baik akan dibuat tindakan selanjutnya, manakala murid yang masih lagi tidak mampu mengenal perbezaan huruf b dan p dengan ujian dalam langkan 4 akan diuji semula. Dengan cara ini guru akan mengulangi semula langkah 4 untuk memastikan bahawa murid-murid yang masih lagi tidak melepasi tahap yang diinginkan itu dapat melaksanakannya dengan lebih baik. Langkah 6 Setelah guru melaksanakan pusingan kedua bagi murid-murid yang belum mencapai tahap di langkah 5, guru mula mengumpulkan hasil dapatan yang diperolehi. Hasil tersebut direkodkan ke dalam penulisan kajian tindakah yang akan dihasilkan kelak. Justeru itu, guru sendiri dapat merumuskan bahawa kaedah yang digunakan iaitu Kaedah A&B berhasil untuk dilaksanakan atau pun tidak. Segala keputusan dan tindakan yang dilaksanakan akan dijilidkan bagi. i. Teknik Pengumpulan Data. (jadual) Setelah memperoleh data-data yang dikehendaki dengan cara membuat pemerhatian, ujian, temu bual serta latihan dan penilaian, teknik pengumpulan data juga perlu bersesuaian dengan cara bagaimana sesuatu data itu hendak dikumpul atau direkodkan. Berikut adalah beberapa teknik pengumpulan data yang dirancang dalam merekod maklumat atau data yang diperolehi. a. Teknik Pemerhatian Teknik pemerhatian merupakan salah satu teknik pengumpulan data yang sesuai digunakan bagi mengenal pasti masalah sama ada pada peringkat awal atau sepanjang proses tindakan. Dalam teknik pemerhatian ini boleh terbahagi kepada beberapa bahagian antaranya pemerhatian di awal tindakan, pemerhatian ketika tindakan berjalan dan pemerhatian di akhir tindakan. Pemerhatian di awal tindakan adalah seperti membuat pemerhatian terhadap hasil kerja murid yang lepas, antaranya membuat semakan terhadap buku latihan murid dan ujian bulanan murid yang lepas. Pemerhatian ini adalah untuk mendapatkan gambaran awal mengenai masalah yang dihadapi murid serta mengenal tahap prestasi murid ketika itu. Berikut adalah contoh borang teknik pemerhatian di awal tindakan dalam proses pengumpulan data.

Teknik Pemerhatian Ketika Tindakan pula adalah pemerhatian yang akan dilakukan sepanjang proses tindakan itu berjalan. Ini bermaksud bermulanya penerangan sehingga tamat menjalankan kaedah yang dirancang, pemerhatian akan sentiasa berlaku. Ia disebabkan guru ingin melihat dan meneliti sebarang perkembangan dan perubahan yang berlaku terhadap prestasi murid ketika menjalankan kaedah tersebut. Ini adalah penting kerana ia dapat mengenal pasti sama ada murid mampu membuat perubahan yang positif dalam masa yang lebih singkat dari jangkaan guru atau sebaliknya. Bagi teknik pemerhatian di akhir pula, tindakan dijalankan selepas melaksanakan kaedah A&B tersebut. Pemerhatian ini adalah bertujuan bagi memastikan murid-murid dapat menerima dengan baik atau juga dapat menilai sama ada kaedah yang digunakan itu mampu dilaksanakan dengan jayanya atau pun tidak. . Teknik Temu Bual Temubual merupakan satu pemerhatian yang lebih menjurus kepada respon berbentuk verbal dan juga gerak badan. Temubual membolehkan guru mengkaji dengan lebih terperinci akan masalah murid-murid tersebut. ini juga menurut Merriem (1998) penggunaan temubual bertujuan untuk mengumpulkan maklumat yang tepat sepeti sosiodemografik, umur, pendapatan, taraf perkahwinan, tahap pendidikan dan sebagainya. Di sini guru dapat membuat temubual bersama guru pembimbing dan guru kelas bagi mengetahui akan masalah yang dihadapi oleh murid dan juga guru sendiri boleh membuat tamubual bersama murid itu sendiri. j. Teknik Analisis Data. Analisis data adalah suatu kegiatan untuk meneliti, memeriksa, mempelajari, membandingkan data yang ada dan membuat interpretasi yang diperlukan.Selain itu, analisis data dapat digunakan untuk mengindentifikasi ada tidaknya masalah.Kalau ada, masalah tersebut harus dirumuskan dengan jelas dan benar. Kegunaan analisis data adalah sebagai bahan masukan untuk pengambilan keputusan, perencanaan, pemantauan, pengawasan, penyusunan laporan, penyusunan statistik pendidikan, penyusunan program rutin dan pembangunan, peningkatan program pendidikan, dan pembinaan sekolah.

Dalam menganalisis data, pelbagai cara yang boleh laksanakan, antaranya dari aspek pemerhatian. Kajian saya ini akan menggunakan beberapa borang bagi teknik pengumpulan data pemerhatian (seperti yang dijelaskan dalam teknik pengumpulan data). Dengan borang tersebut, analisis dijalankan dengan mengenal pasti sama ada murid-murid ini mempunyai masalah seperti yang dinyatakan. Berdasarkan pemerhatian terhadap masalah murid itu, saya akan mengambil tindakan susulan dengan mengklasifikasikan masalah-masalah murid ini kepada beberapa kategori iaitu kategori peringkat 1, peringkat 2 dan peringkat 3. Dalam peringkat 1, murid bermasalah ini berada pada tahap paling rendah. Ini adalah kerana mereka langsung tidak dapat mengenal dan membezakan huruf b dan p dalam menulis perkataan. Manakala peringkat 2 pula, murid-murid ini dikategorikan sebagai bermasalah dari aspek fizikal seperti kesalahan cara memegang pensil, mempunyai masalah penglihatan dan sebagainya dan peringkat 3 pula murid-murid ini boleh diklasifikasikan dengan masalah ketidakprihatinan dalam diri mereka. Ini dapat dijelaskan dengan murid-murid tersebut melakukan kesilapan dalam penulisan b dan p atas sebab cuai dan lalai ketika menulis sesuatu perkataan atau ayat. Ini secara tidak langsung akan memberikan kesan yang negatif kepada prestasi mereka kerana kesalahan ini akan menjadi tabiat dan kebiasaan bagi mereka jika tidak dibendung pada peringkat awal. Seterusnya, analisis data juga boleh dilakukan pada pengumpulan data temubual. Berdasarkan data yang diperoleh, teknik temubual boleh dianalisis dengan memastikan beberapa masalah yang dihadapi oleh setiap individu dalam kelas tersebut. Dalam temubual ini, saya akan berkomunikasi dengan guru kelas dan juga guru pembimbing bagi mendapatkan maklumat serta bersoal jawab juga dengan murid itu sendiri. Dalam kaedah temu bual ini, maklumat yang diperoleh akan dikenal pasti kesahihannya. Bagi memastikan kesahihanya itu, saya akan membuat rujukan kepada pensyarah penasihat bagi mengklasifikasikan murid-murid tersebut kepada beberapa kumpulan yang berbeza tahap. Tujuan kumpulan ini diadakan kerana ia dapat memudahkan saya melaksanakan kaedah A&B ini mengikut tahap dan prestasi. Dalam kumpulan murid Tahun 4 Jaya tersebut mempunyai pelbagai tahap dan prestasi yang berbeza. Ini secara tidak langsung membuatkan ujian yang diberi juga perlu mengikut

perkembangan tahap murid agar dapat mengaitkan keputusan yang diperoleh dengan persekitaran dan masalah pemebelajaran murid itu sendiri. k. Anggaran Belanjawan Item/Perkara 1. 2. 3. 4. 5. 6. Kertas Putih A4 Dakwat Printer Buku Rujukan Cetakan Bahan Minyak Kenderaan Alat Tulis Kuantiti 1 1 2 Harga Seunit RM 10.00 RM 80.00 RM 20.00 RM 20.00 RM 50.00 RM 20.00 Jumlah RM 10.00 RM 80.00 RM 40.00 RM 20.00 RM 50.00 RM 20.00 RM 220.00 7.0 Jadual Belanjawan l. Senarai Rujukan Abdul Rasid Jamian. (2008) Permasalahan Kemahiran Membaca dan Menulis Bahasa Melayu Murid-murid Sekolah Rendah Di Luar Bandar : Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu. Abdul Rasid Jamian & Zulkafli Abu Zarin. (2008 ). Keupayaan kemahiran membaca dan menulis Bahasa Melayu murid sekolah rendah kebangsaan luar bandar . Kertas kerja di Konvensyen Pendidikan Nasional 2008.Universiti Pendidikan Sultan Idris. 2-4 Jun 2008. Popp (1964), Masalah Kanak-kanak Mengenal Abjad .Melalui jurnal Fakulti Pendidikan Universiti Pendidikan Universiti Malaya,Jilid 11, (1984/85) Noraini Ombi (2009: 215-227), Kajian Kes Ke Atas Kekemasan Tulisan Murid Tahun 2 dalam Kelas Pemulihan Khas Bahasa Melayu . Buku Koleksi Kertas Kerja

Bil

Jumlah Keseluruhan

Seminar Penyelidikan IPGM KBL. Sasson, R. (1993). The art and science of handwriting. Dimuat turun daripada http://mariasalamperpaduan.blogspot.com/2011/12/contoh-kajian-tindakanmasalah.html. Pada 13 Februari 2012.