luntur dalam perjuangan. Pertahanan: Pertahanan ialah perihal mempertahankan diri, masyarakat, agama dan negara daripada serangan musuh.
Orang Sumeria
Orang yang pertama di kalangan manusia awal yang mengetahui tentang taktik-taktik peperangan. Bersifat kemanusiaan, bijak membuat ramalan berdasarkan agama dan tidak mempunyai cita-cita berperang yang bersungguh-sungguh. Mereka berperang dengan cara berbaris-baris dan berdiri rapat-rapat. Senjata mereka ialah tombak dan lembing dan memakai topi kulit. Mereka bukan sahaja diganggu oleh puak yang berpindah randah bahkan juga oleh orang Semitik yang tinggal di Akkad (kawasan yang terletak di bahagian utara dataran Sinnai).
Orang Semitik Berperang dengan cara terbuka, menggunakan panah dan beberapa abad tidak dapat ditandingi oleh orang Sumeria. Permusuhan dan peperangan sering berlaku di antara negara-negara kota di Mesopotamia atas sebab tuntutan air dari sungai yang menjadi punca kekayaan. Akibat daripada peperangan demi peperangan di antara negara-negara kota, maka berlakulah pertukaran pemerintah, kemusnahan negaranegara kota dan keruntuhan tamadun Mesopotamia.
Pada tahun kira-kira 2750SM, Raja Sargon dari Akkadia telah menguasai tamadun Mesopotamia. Beliau menguasai semua negara kota dan meluaskan empayarnya dari Elam di Timur hingga ke Laut Mediterranean. Pada kira-kira tahun 2200 SM sekumpulan orang nomad iaitu Amorites telah menyerang Mesopotamia dan berjaya menawan Babylon. Babylon telah berkembang menjadi sebuah negara kota yang indah, kuat dan masyhur di bawah pemerintahan Hammudrabi (1709SM 1669SM). Hammurabi telah mendirikan kubu di setiap kota. Kubu-kubu itu dikawal oleh angkatan tentera. Kubu Babylonlah yang paling terkenal di antara kubu-kubu yang dibina.
Bentuk pertahanan, pemerintah bagi sesebuah negara kota dalam tamadun Mesopotamia bertindak membina kubu pertahanan bagi melindungi negara kota daripada serangan musuh.
Kubu pertahanan dalam ketamadunan Mesopotamia mengandungi bahagian tembok (dinding kota), terowong dan kubu. Tembok kota kebiasaannya dibina mengelilingi sesebuah negara kota dengan dibina beberapa buah pintu gerbang pada tembok kota sebagai pintu masuk.
Kubu pertahanan adalah penting kepada ketamadunan Mesopotamia yang sering diserang oleh orang gasar dan nomad yang sering menyerbu kawasan delta dan dataran subur yang kaya dengan hasil pertanian. Selain itu, persengketaan antara sesebuah negara kota dengan negara kota yang lainnya membawa kepada keperluan sebuah kota yang mampu bertahan dalam semua jenis serangan daripada luar.
Tentera dalam tamadun Mesopotamia terbahagi kepada tentera terlatih yang profesional (dikenali sebagai Agaush) dan tentera yang dikerah dalam kalangan rakyat biasa dan hamba yang dikenali sebagai Eren. Di bawah bahagian tentera profesional (Agaush) terdapat tiga unit ketenteraan yang berbeza yang dikelaskan mengikut fungsinya iaitu Unit Risikan, Unit Kejuruteraan dan Unit Logistik. Dalam organisasi perang, terdapat tiga jenis tentera yang digunakan oleh tamadun Mesopotamia iaitu tentera pejalan kaki (infantri), tentera berkuda (kavalri) dan tentera berkereta kuda.
Antara persenjataan yang digunakan dalam perang termasuklah lembing, panah, busur dan pedang kecil. Unit kereta kuda dalam tamadun Mesopotamia digunakan secara meluas ketika pemerintahan Hammurabi dan peranannya lebih kepada menjalankan tugas-tugas logistik dalam peperangan seperti mengangkut peralatan perang dan tentera. Struktur pemerintahan tentera dalam tamadun Mesopotamia adalah Raja sebagai pemerintah tertinggi dalam turus angkatan tentera dan dibantu oleh para pegawai dalam kalangan tentera profesional (Agaush).
Tamadun Mesir Purba sering diserang oleh orang-orang gasar. Untuk itu, perang sering berlaku antara Mesir dan orang gasar dalam mempertahankan delta yang subur. Pada zaman Kerajaan Lama, Mesir menghadapi ancaman daripada orang-orang Libya dan Nubia. Kemudiannya, menjelang Dinasti Kedua, kerajaan Mesir menjadi tidak stabil dan sering diserang oleh orangorang Hykos. Ketenteraan Hykos yang menggunakan kereta kuda dan busur dalam peperangan telah mempengaruhi sistem perang Mesir selepasnya.
Dalam aspek pertahanan tentera misalnya, tentera Mesir turut dibekalkan dengan perisai bagi melindungi diri mereka daripada senjata musuh dalam peperangan. Selain itu, kedudukan kerajaan Mesir yang berhampiran dengan laut memerlukan kawalan pertahanan yang baik dalam kawasan perairan mereka bagi mengatasi serangan daripada musuh terutamanya daripada orang Phonecia. Oleh itu, satu angkatan tentera laut telah dibentuk bagi mengawasi perairan mereka yang terdiri daripada tentera yang menggunakan kapal dan perahu.
ANGKATAN TENTERA TERDIRI DPD GOLONGAN PROFESIONAL DAN ARTISAN TENTERA DIBENARKAN MENYIMPAN HAMBA,HARTA RAMPASAN PERANG SERTA MENDAPAT PANGKAT DAN GELARAN TENTERA DIKURNIAKAN TANAH DPD ESTET MILIK RAJA
Ketua angkatan tentera dalam tamadun Mesir adalah Firaun sendiri yang bertindak sebagai Komander Agung. Firaun juga dibantu oleh seorang Timbalan Komander Agung yang merupakan putera mahkota bagi kerajaan Mesir. Bagi membincangkan soal keselamatan dan pertahanan negara, sebuah majlis dalam kalangan pemimpin negara telah diwujudkan. Di peringkat wilayah pula, Wazir berperanan dan bertanggungjawab bagi menjaga wilayah Mesir daripada ancaman dan pencerobohan musuh.
Tamadun Mesir Purba juga mempunyai sistem pengurusan ketenteraan yang baik
Ketua Jurutulis
Jurutulis Diraja
Ketua Kerani
Keranikerani Tentera.
Dalam hal ini, kerani tentera berperanan dalam menyimpan rekod anggota tentera, mengawasi kerja-kerja merekrut anggota baru, mengedarkan makanan, menguruskan pengangkutan, menulis laporan, melakukan kerja-kerja kesetiausahaan, dan mengagihkan tentera untuk kerja-kerja awam. Sungguhpun kerani tidak terlibat secara langsung dalam medan peperangan, namun kecekapan mereka mentadbir organisasi tentera yang besar mampu menjayakan misi peperangan Mesir. Dari segi unit ketenteraan pula, tentera Mesir terbahagi kepada tentera pejalan kaki dan tentera berkereta kuda. Tentera berkereta kuda kebiasaannya terdiri dari kalangan anak-anak golongan bangsawan yang memiliki sendiri peralatan kereta kuda tersebut. Dalam zaman kerajaan lama, semua rakyat dikerah menjadi tentera dari segenap lapisan dan hierarki politik termasuk golongan bangsawan, rakyat biasa dan golongan hamba.
Kemudiannya, pada zaman Thutmose III, sebuah pasukan tentera profesional telah dibentuk dan bertanggungjawab untuk meluaskan wilayah Mesir sehingga ke tebing Sungai Euphrates dan Utara Sudan. Selain itu, Firaun Amenhotep III pula telah mewujudkan sebuah unit tentera upahan dalam kalangan orang Yunani bagi memerangi masyarakat Assyria. Dari aspek persenjataan pula, tentera Mesir telah menggunakan lembing bermata besi, panah, pisau kecil dan perisai. Selain itu, ketika perang Mesir menentang Hykos, senjata berasaskan gangsa dan kereta kuda gangsa telah digunakan. Ketika zaman Kerajaan Baru pula, armada tentera laut diperkenalkan bagi mengawasi perairan Mesir dengan menggunakan kapal dan perahu. Antara ancaman terbesar kepada Mesir di laut adalah masyarakat Phonecia yang mahir tentang laut dan pelayaran. Dari aspek strategi perang pula, tentera Mesir pada zaman Amhose misalnya telah disusun rapi mengikut pedati kuda dan dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu bahagian tengah dan bahagian tepi. Ketika melakukan serangan, mereka menggunakan taktik gerak rusuk.
Bagi mempertahankan kota-kota mereka, masyarakat dalam tamadun Indus telah membina tembok-tembok di sekeliling kota mereka daripada diserang musuh. Di ibu kota yang menjadi pusat pemerintahan Maurya iaitu Pataliputra, hampir 570 buah menara kawalan dibina di sekeliling kota bagi mengesan sebarang pergerakan musuh ke arah kota sekiranya berlaku. Dalam diri orang Arya, perang bukanlah bertujuan untuk menyelesaikan konflik akan tetapi menganggap perang itu sendiri sebagai satu bentuk sukan diraja.
Perkara itu telah diubah ketika penguasaan Dinasti Maurya ke atas kawasan Lembah Indus. Ketika zaman Asoka misalnya, kedamaian dan kemajuan sosial ditekankan dan baginda menekankan penyebaran agama Buddha bagi meluaskan jajahan takluk Maurya. Selain itu, kekuatan bala tentera yang besar memainkan peranan yang penting bagi mengukuhkan pertahanan dan kekuatan dalam tamadun Indus. Misalnya Chandragupta Maurya mempunyai lebih 600 000 orang tentera ketika zaman pemerintahannya dan pada zaman pemerintahan Rajaraja I, jumlah tentera melebihi 900 000 orang. Bagi mengukuhkan pertahanan juga, Asoka misalnya berjaya menamatkan sengketa dalam Perang Saudara dan berjaya menyatukan kerajaan-kerajaan kecil di Lembah Indus sekaligus memperkuatkan lagi ketamadunan mereka.
Dalam tamadun Indus, Raja berperanan mengetuai angkatan tentera dan memimpin sendiri tenteranya dengan dibantu oleh para putera baginda dan kerabat diraja. Raja pula akan dibantu oleh Panglima Agung dalam angkatan tentera dikenali sebagai Mahasenapati. Seterusnya, Mahasenapati dibantu pula oleh kapten yang dikenali sebagai Nayaka. Pentadbiran ketenteraan dalam tamadun Indus sangat teratur di mana terdapat beberapa unit ketenteraan dalam sesebuah angkatan tentera.
Patti (Platun)
Terdiri daripada lima orang tentera pejalan kaki Tiga orang tentera berkuda. Seorang tentera berkereta kuda dan seorang tentera bergajah
Dari sudut persenjataan pula, senjata yang digunakan oleh tentera bertambah baik dari semasa ke semasa. Antara yang digunakan termasuklah kapak, pisau kecil, busur, anak panah, belantan dan tali pelontar batu.
Pada zaman Vedik, busur, anak panah, lembing, kapak dan pedang digunakan. Kebanyakan senjata tersebut akan diletakkan racun pada hulu matanya dan menyebabkan musuh akan lebih cepat menemui ajal apabila terkena tetakan atau libasan daripada senjata. Tentera berkuda pula dilindungi dengan lebih baik dengan dipakaikan topi dan baju besi yang diperbuat daripada tembaga. Pada zaman Gupta, panglima tentera akan menunggang kuda dan dikelilingi oleh para pengawal manakala gajah pula akan dilekatkan dengan peralatan yang diperbuat daripada kepingan logam khas. Kemudiannya, pada zaman Asoka sebuah armada tentera laut telah diperkenalkan
Selain itu, tentera dalam tamadun Indus turut menerima wang gaji tahunan iaitu di antara 500 hingga 48 000 wang panas. Bayaran 48 000 wang panas diterima oleh Ketua Turus Angkatan Tentera. Sebagai taktik perang yang baik, pembinaan kem tentera dilaksanakan dalam perang. Kem-kem sementara ini penting sebagai petempatan sementara ketika perang selain untuk keperluan logistik seperti perubatan, bekalan senjata dan makanan. Malah, ketika perang Raja akan membawa semua ahli keluarganya dan para gundik, penasihat dan hamba ke kem tentera tersebut. Hal ini menyebabkan kem tentera sangat dikawal ketat.
Selain mempunyai tentera yang berperang, kerajaan dalam tamadun Indus turut mewujudkan unit risikan yang melakukan tugasan pengintipan terhadap musuh dan mengesan tanda-tanda pemberontakan yang mungkin berlaku di bawah jajahan takluk Indus yang luas. Kekuatan ketenteraan ketika era Dinasti Maurya diperkuatkan lagi dengan kebijaksanaan seorang menteri Brahmin yang bernama Kautilya. Beliau dianggap sebagai seorang pemikir perang (sama seperti Sun Tzu dalam Tamadun China) dan karya agungnya adalah Arthasastra (Science of Gain). Idea-idea beliau telah dipraktikkan oleh Chandragupta Maurya dan Asoka dalam meluaskan jajahan takluk Maurya. Dalam pemikirannya, Kautilya mencadangkan beberapa cara termasuklah tipu helah bagi melemahkan musuh. Selain itu, Kautilya beranggapan bahawa perang adalah jalan terakhir sekiranya tipu helah dan sogokan terhadap musuh tidak berjaya.
Orang-orang China sering berperang akibat daripada serangan orang gasar yang berjiran dengan mereka. Selain itu, peperangan dalam negara juga berlaku di antara Raja-raja dalam Dinasti Shang bagi menguasai wilayah dan menambah kekayaan mereka. Kadangkala peperangan berlaku disebabkan seseorang Raja Dinasti Shang ingin menambah kekuatan tenteranya melalui tawanan perang ataupun melakukan ritual korban kepada dewa mereka.
Disebabkan itu, tembok-tembok pertahanan telah dibina bagi memastikan keselamatan negara terjamin Hampir setiap kota, kuil dan istana di China dikelilingi oleh tembok tinggi mengelilinginya dan kemudiannya, parit-parit digali mengelilingi tembok bagi mengehadkan pergerakan musuh ketika mendekati tembok kota. Malah di peringkat desa sendiri, tembok dan benteng daripada tanah turut dibina bagi tujuan pertahanan daripada serangan orang-orang gasar yang menyerang dataran tanah subur dan delta bagi merompak hasil pertanian. Selain itu, sebagai menjamin keselamatan baginda dan kelangsungan kerajaannya, Shih Huang Ti telah bertindak merampas peralatan perang dan senjata dari seluruh rumah di China dan dileburkan menjadi patung besar atau loceng. Hal ini bertujuan untuk mengelakkan pemberontakan dalam kalangan rakyat ke atasnya.
Dalam pentadbiran ketenteraan, Maharaja dalam tamadun China melantik dirinya sendiri sebagai pemerintah tertinggi angkatan tentera. Baginda seterusnya akan melantik beberapa orang pegawai tinggi tentera yang akan mengendalikan soal keselamatan dan pentadbiran wilayah. Setiap pegawai tinggi yang dilantik itu pula akan mempunyai sejumlah tentera mereka sendiri di wilayah masing-masing. Terdapat dua jenis tentera dalam tamadun China iaitu tentera infantri (tentera pejalan kaki) dan tentera berkereta kuda. Bagi setiap kereta kuda, terdapat seorang pemandu, perejam lembing dan pemanah. Dalam peperangan, kebiasaannya tentera infantri akan mengekori tentera berkereta kuda daripada belakang.
Dari segi persenjataan pula, antara senjata yang digunakan termasuklah busur, panah, pisau, kapak dan pedang. Selain itu, senjata berat seperti pelontar batu digunakan selain penggunaan lembing dan panah berapi. Penggunaan lembing dan panah berapi misalnya menjadi popular ketika era Dinasti Sung menentang tentera-tentera Mongol. Selain itu, bekalan makanan dan persenjataan yang mencukupi sentiasa disimpan bagi tujuan kecemasan sekiranya musuh melakukan kepungan pada waktu yang lama.
3. Menggunakan tentera berkuda (kavalri) 4. Menghubungkan tembok-tembok pertahanan sedia ada menjadi Tembok
Besar China
Penduduk di setiap negara kota Tamadun Yunani hidup bersatu padu namun begitu peperangan antara negara kota sering berlaku. Terdapat juga peperangan yang melibatkan negara kota Yunani dengan kuasa-kuasa asing seperti peperangan yang berlaku antara Yunani dengan Parsi dalam Perang Pelophonesus. Tujuan peperangan pada ketika itu lebih kepada bertujuan untuk memusnahkan asas dan kekuatan sesebuah negara kota.
Di Sparta misalnya, rakyatnya dilatih dan dididik untuk menghadapi ancaman dan perang dan tindakan ini telah melahirkan asas ketahanan fizikal dan mental dalam diri mereka. Bagi menghadapi ancaman musuh, sistem kubu adalah penting bagi mempertahankan sesebuah negara kota dalam tamadun Yunani. Di negara kota Troy misalnya, istana dikelilingi oleh tembok kubu dan menara kawalan. Negara kota Yunani juga kebanyakannya terletak di pinggir laut dan pesisir pantai. Oleh itu, pertahanan laut menjadi penting. Raja Mycenae misalnya membina kubu bagi menangani serangan dari laut manakala negara kota Athens membentuk sebuah armada tentera laut yang besar dengan kekuatan 200 buah kapal perang.
Setiap warganegara dalam tamadun Yunani dilatih untuk menghadapi ancaman musuh dan akan menjadi anggota tentera bagi mempertahankan polis masing-masing. Di Sparta pula, setiap anak lelaki akan dipisahkan daripada keluarganya dan akan membesar sebagai individu yang lasak dan akan menyertai angkatan tentera. Sebuah majlis ketenteraan dan keselamatan yang dikenali sebagai Ecclesia dibentuk bagi membincangkan soal keselamatan dan pertahanan dalam negara kota. Majlis ini berperanan menguruskan hal ehwal kewangan ketenteraan dan berkuasa untuk melancarkan perang kepada musuh.
Tentera dalam tamadun Yunani terbahagi kepada beberapa unit termasuk infantri, kavalri, tentera berkereta kuda dan sebuah pasukan khas yang dikenali sebagai hoplite iaitu tentera pejalan kaki yang memakai baju dan topi besi dan dilengkapi dengan lembing. Dari aspek persenjataan, antara senjata yang digunakan oleh tentera Yunani adalah pedang dan lembing dan menggunakan topi, baju besi dan perisai. Kebiasaannya, tentera pejalan kaki tidak akan menggunakan pedang tetapi hanya akan menggunakan lembing.
1.
Penggunaan Kereta Kuda : Kaedah peperangan pada zaman awal Yunani ialah penggunaan kereta kuda. Penunggang akan melemparkan lembing ke arah lawan dan andai kata lembing yang dilontar ke arah musuh tidak kena pada sasarannya, pahlawan akan turun dari kereta kuda meneruskan peperangannya dengan berjalan kaki dan memegang lembing. 2. Penggunaan Phalanx : Selepas tahun 700 SM, tentera Yunani telah memperkenalkan formasi phalanx. Tunjang kekuatan tentera Yunani adalah pasukan hoplite (tentera berjalan kaki berlembing, bertopi dan berbaju besi) yang disusun dalam formasi phalanx. Melalui formasi phalanx ini, tentera hoplite dengan lembing sepanjang hamper 3 meter akan berbaris rapat-rapat dalam satu barisan sehingga lembing-lembing panjang mereka membentuk seperti duri landak.
5. Latihan Tentera Sparta : Sistem politik dan kemasyarakatan Sparta adalah lebih berorientasikan ketenteraan. Golongan peer diwajibkan mengikuti latihan ketenteraan kerana mereka sering menghadapi pemberontakan dari golongan helot. Hanya bayi golongan peer yang sihat sahaja dibenarkan hidup. Ibunya memelihara anaknya selama 7 tahun dan selepas itu kerajaan mengambilnya untuk diberi latihan ketenteraan. Setiap lelaki harus berkorban untuk negaranya. Anak perempuan diberi latihan gimnastik dan ditanamkan dengan fahaman bahawa mereka mesti berkhidmat untuk negara dengan menjadi isteri yang setia. 6. Organisasi Tentera Graeco-Roman : Raja Philip II dari Makedonia telah mengubah suai struktur tentera phalanx. Jumlah anggota tentera dalam barisan phalanx telah ditambah menjadi 16 orang manakala panjang lembing ditambah menjadi 4 meter. Peralatan tentera Yunani yang ringan diubah menjadi berat. Ketahanan tambahan dititikberatkan pada baju besi yang dipakai oleh askarnya. Latihan-latihan khusus telah disediakan supaya tentera Makedonia mampu memikul beban tambahan tanpa menjejaskan kecekapan gerakan (mobiliti).
Peperangan yang berlaku dalam alam Melayu disebabkan oleh dasar perluasan kuasa dan wilayah oleh kerajaankerajaan utama di alam Melayu pada ketika itu termasuklah kerajaan Srivijaya, Majapahit dan Melaka. Bagi mempertahankan kerajaan mereka, dasar berdiplomasi telah digunakan dengan bernaung di bawah kerajaan yang lebih kuat. Misalnya kerajaan Melaka telah bertindak meminta perlindungan daripada Dinasti Ming di China bagi melindungi keselamatan kerajaan di awal penubuhannya.
Oleh itu, apabila Siam menceroboh dan menyerang Melaka, utusan Melaka telah dihantar ke China dan mengadu tentang pencerobohan Siam ke atas Melaka dengan merampas alat kebesaran diraja termasuklah cap kempa. Bagi mengatasi masalah tersebut, Maharaja China telah menghantar Laksamana Cheng Ho ke Melaka dan Siam bagi menegah perbuatan Siam itu. Selain itu, bagi menghadapi sebarang ancaman, kerajaan Melayu juga melakukan taktik sentiasa memindahkan pusat pentadbirannya bagi mengelirukan musuh seperti yang dilakukan oleh kerajaan Johor-Riau yang memindahkan pusat pentadbirannya di sepanjang Sungai Johor seperti Makam Tauhid dan Batu Sawar. Seterusnya, masyarakat Melayu masih kuat berpegang kepada amalan kebatinan dan mempercayai semangat walaupun sebahagian besarnya telah memeluk agama Islam. Oleh itu, amalan kebatinan turut digunakan dalam peperangan seperti melakukan jampi serapah, mantera, pemakaian tangkal azimat dan lain-lain.
Di alam Melayu, Raja atau Sultan adalah pemerintah tentera yang tertinggi. Dalam kerajaan Srivijaya dan Majapahit, Raja akan mengetuai sendiri angkatan tenteranya di medan peperangan, namun dalam kerajaan Kesultanan Melayu Melaka, Sultan tidak turun untuk berperang dan menyerahkannya kepada para pembesar yang empat. Dalam organisasi tentera, Raja dibantu oleh beberapa orang pembesar. Di Srivijaya misalnya, Raja dibantu oleh tiga pembesar iaitu Parvanda, Senapati dan Pratiswara. Parvanda menguruskan hal ehwal ketenteraan di peringkat daerah, Senapati menguruskan hal ehwal keselamatan di laut manakala Pratiswara mengumpulkan hambahamba Raja untuk menjadi tentera sekiranya berlaku peperangan. Di Majapahit pula, Mangkabumi adalah jawatan pembesar tertinggi yang berperanan menasihati Raja dalam hal ehwal keselamatan dan pertahanan negara
Dalam Kesultanan Melayu Melaka pula, angkatan perang diketuai oleh Bendahara dan dibantu oleh Penghulu Bendahari, Temenggung dan Laksamana. Dalam sistem Pembesar Empat Lipatan, Temenggung bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan dalam negeri manakala Laksamana bertanggungjawab mengawal keselamatan di perairan Melaka. Di alam Melayu, kebanyakan tentera dibentuk melalui kerahan tenaga dalam kalangan rakyat yang berkhidmat secara sukarela. Hal ini kerana Raja dan pembesar dalam alam Melayu berkuasa untuk mengarahkan rakyat tanpa upah dan balasan. Semasa era Kesultanan Melayu Melaka, tentera upahan turut digunakan dalam kalangan orang-orang Jawa dari Majapahit. Selain itu, masyarakat Orang Laut yang merupakan masyarakat yang mahir dalam ilmu kelautan dan pelayaran digunakan dalam mengawasi keselamatan di laut. Hal ini kerana mereka sangat arif tentang arah pergerakan mata angin, kedudukan beting pasir dan batu karang. Dalam kerajaan Srivijaya, Orang Laut diserap sebagai tentera dan sebahagiannya diangkat menjadi Syahbandar.
Sapta Dharmaputra
Tentera Biasa
Bhayangkari
Tentera Laut :
Kerajaan Majapahit dan Srivijaya mempunyai tentera laut yang kuat. Angkatan laut berperanan menjaga kawasan perairan daripada serangan musuh dan mengawal aktiviti perlanunan. Orang Laut merupakan tulang belakang pahlawan tentera laut. Mereka berperanan mengawal jalan laut daripada ancaman lanun dan menguasai perairan di Selat Melaka. Armada laut ditempatkan di kawasan strategik di seluruh empayar. Laksamana mengetuai armada laut.
Peralatan Perang :
Peralatan perang yang digunakan dalam peperangan terdiri daripada senjata tradisional seperti keris, parang, badik, tombak, lembing, sumpitan dan sebagainya. Mereka juga mahir menggunakan alatan-alatan letupan seperti meriam besi dan tembaga, rentaka, terkul, pemuras dan lotang. Alat-alat semboyan seperti gong, tambu dan gendang perang digunakan dalam medan peperangan.
Jenis Tentera :
Tentera di Alam Melayu terdiri daripada tentera
kerahan dan tentera upahan. Tentera kerahan tidak dibayar upah dan berkhidmat atas dasar taat setia kepada raja yang berdaulat. Raja dan pembesar mempunyai kuasa untuk mengerah rakyat berkhidmat sebagai tentera. Tentera upahan berkhidmat mengikut perjanjian. Orang Laut dijadikan tentera upahan. Mereka tinggal di persisiran laut di sepanjang Selat Melaka. Terdapat juga tentera terlatih yang berkhidmat di istana dan rumah pembesar.
Orang Arab hidup dalam berpuak-puak dalam suku bangsa (kabilah) yang mempunyai pertalian keluarga yang sangat rapat. Mereka akan mengambil tindakan secara bersama dan akan sentiasa melindungi kabilah daripada ancaman kabilah yang lain. Orang Arab menganggap mempertahankan satu kumpulan kabilah mereka adalah satu kerja yang suci. Masyarakat Arab Jahiliah sentiasa terlibat dalam peperangan antara kabilah. Sesebuah peperangan kadangkala disebabkan sesuatu hal yang remeh dan berlarutan sehingga bertahun-tahun. Perang Fujar misalnya berlaku sebelum kerasulan Muhammad yang melibatkan kabilah Kinanah dan Qesy Ailan kerana peristiwa pembunuhan tiga orang ahli kabilah Qesy Ailan oleh seorang ahli kabilah Kinanah.
4. Kepentingan Ekonomi.
2. Peluasan Wilayah/Empayar.
Mengajak manusia kepada Islam sebelum memeranginya. Contohnya pada zaman Abu Bakar alSiddiq, sewaktu menggempur wilayah Hirah, baginda telah memberikan 3 pilihan kepada musuh Islam iaitu menganut Islam, berdamai atau berperang. Islam hanya membenarkan umatnya berperang seandainya mereka diperangi terlebih dahulu. Contohnya, dalam Perang Badar. Dalam ekspedisi peperangan tentera Islam tidak boleh memerangi orang kafir yang tidak memiliki kekuatan dan daya usaha seperti kanak-kanak, kaum wanita, orang cacat, lumpuh, paderi atau pendeta.
Tentera Islam dilarang merosakkan harta benda, memotong pokok atau membakar rumah kecuali dalam keadaa darurat. Ini membuktikan Islam mementingkan keamanan dan kesejahteraan. Islam menetapkan etika peperangan tidak boleh memerangi orang yang sudah menyerah atau kafir dhimmi atau mereka yang sudah mengikat perjanjian damai serta mengaku taat setia kepada pemerintah Islam. Islam melarang sebarang perbuatan yang boleh mengaibkan musuh, antaranya ialah tentera tidak boleh mencincang mayat atau musuh yang terbunuh. Sebarang perjanjian damai yang dimeterai wajib ditaati. Contohnya, ketika Perjanjian Hudaibiyah meskipun fasafasa dalam perjanjian itu seolah-olah memberikan kelebihan kepada musuh Islam namun Rasulullah mempunyai misi tersendiri.
Pada zaman Rasulullah, jumlah umat Islam di Madinah adalah sedikit dan sering menghadapi ancaman dari masyarakat Arab Quraisy di Mekah. Tiga siri peperangan antara Madinah-Mekah yang berlaku iaitu Perang Badar, Uhud dan Khandak memerlukan satu rangka pertahanan yang baik bagi mempertahankan Madinah daripada jatuh ke tangan tentera Mekah.
Rujuk Lampiran
Mahdi & Saliza, 2006, Teks Pra-U STPM Tamadun Dunia, Selangor : Pearson Longman. Sivachandralingam Sundara Raja, Tamadun Dunia, Selangor : Fajar Bakti Sdn. Bhd. http://tamadunduniastpm.blogspot.com/2009/03/tema-3-ketahanandan-pertahanan.html http://sejarahstpm.blogspot.com/2007/11/notatamadun-dunia-tema-3.html http://www.scribd.com/doc/38885137/NotaSejarah-tamadun-Dunia