Anda di halaman 1dari 24

3.

KEWANGAN PERSEKITARAN KEWANGAN DI MALAYSIA

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Mendefinisikan institusi perbankan dan pengantara/institusi kewangan bukan bank; 2. Mengenal pasti jenis dan peranan yang dimainkan oleh institusi perbankan dan institusi kewangan bukan bank di Malaysia; dan 3. Menghuraikan tentang jenis-jenis pasaran kewangan di Malaysia: pasaran wang, modal dan derivatif.

PETA MINDA

Sistem kewangan Sistem perbankan Pasaran kewangan

Persekitaran Kewangan di Malaysia

Instrumen tabungan dan pelaburan Kewangan syarikat

Pengguna maklumat kewangan Penyatapenyata kewangan

3.1.

SISTEM KEWANGAN

Sistem Kewangan Malaysia Persekitaran kewangan di Malaysia adalah merujuk kepada sistem kewangan, sistem perbankan dan bukan perbankan, pasaran kewangan, instrumen tabungan dan kewangan yang digunakan dan maklumat kewangan syarikat yang digunakan oleh pihak yang ada kepentingan. Fungsinya adalah untuk mendapatkan dana dan mengurusnya secara cekap dan berkesan bagi mencapai matlamat sesebuag organisasi. 3.1.1 PENGANTARA KEWANGAN BUKAN BANK

Institusi kewangan bukan bank adalah merujuk kepada institusi kewangan di bawah pelbagai jabatan dan agensi kerajaan yang terdapat di Malaysia selain dari institusi perbankan. Ia boleh dibahagikan kepada tujuh kategori, sebagaimana berikut: (a) Institusi pembiayaan dan pembangunan kewangan seperti Bank SME Berhad dan Syarikat Permodalan Kewangan Perindustrian Malaysia Berhad (MIDF); (b) Institusi tabungan dan simpanan seperti Lembaga Tabung Haji dan Bank Simpanan Nasional Berhad; (c) Institusi kumpulan wang simpanan dan pencen seperti syarikat KWSP; (d) Institusi insurans termasuklah syarikat takaful; (e) Institusi kredit perumahan seperti Cagamas Berhad, Syarikat Perumahan Malaysia Bhd (MBSB), Syarikat Gadaian Negara; (f) Institusi saham amanah dan institusi pembrokeran termasuklah pasaran saham; dan (g) Kumpulan pengantara kewangan yang lain seperti Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YPEIM) dan Baitulmal. 3.1.1 Institusi Pembiayaan dan Pembangunan Kewangan Institusi pembiayaan pembangunan adalah institusi pembiayaan yang ditubuhkan oleh pihak kerajaan dengan fungsi untuk menggalakkan pelaburan dalam sektor perkilangan dan pertanian. Ia merupakan agensi-agensi kerajaan yang mengkhusus dalam menyediakan bantuan dalam bentuk modal pelaburan kepada industri-industri dan usahawan baru dalam sektor perindustrian. Dengan erti kata lain, ia berperanan dalam: (a) Menggalakkan pelaburan dalam sektor perkilangan/pertanian; (b) Menyediakan dana pembiayaan jangka sederhana dan panjang; (c) Menyediakan pelbagai perkhidmatan kewangan yang biasanya tidak disediakan oleh bank perdagangan dan syarikat kewangan; dan (d) Menyalurkan pelbagai skim bantuan kredit seperti skim mikro kredit yang disediakan oleh Kerajaan dengan bertindak sebagai agensi pelaksana. Oleh itu, produk kewangan yang ditawarkannya ialah dalam bentuk pinjaman jangka sederhana dan panjang, penyertaan dalam modal ekuiti, menanggung jamin dalam pengeluaran saham dan bertindak sebagai syarikat pengeluaran saham awam di samping menyediakan jaminan terhadap pinjaman. Objektif penubuhan institusi pembiayaan dan pembangunan ini adalah untuk melengkapkan dan menambahbaikkan lagi operasi institusi kewangan utama yang lain. Institusi ini terdiri daripada Syarikat

Permodalan Kemajuan Perindustrian Malaysia Berhad (MIDF), Bank SME Malaysia Berhad, Bank Pembangunan Malaysia Berhad, Bank Pembangunan Sabah dan Bank Pertanian Malaysia. Bagi objektif untuk mengembangkan perniagaan, institusi ini turut membantu dalam mengenal pasti projek-projek baru dan sentiasa memberi galakan dengan menyediakan bantuan kewangan, teknikal dan pengurusan kepada projekprojek tersebut. 3.1.2 Institusi Tabungan dan Simpanan Institusi tabungan dan simpanan berperanan untuk melengkapi fungsi bank perdagangan dan syarikat kewangan khususnya dalam usaha menyediakan perkhidmatan simpanan iaitu pengambilan dan penerimaan deposit. Ia menjadi pemangkin dan penggerak kepada aktiviti simpanan dan tabungan yang memfokuskan kepada golongan yang berpendapatan sederhana dan rendah yang mengalami kesukaran untuk mendapatkan perkhidmatan bank perdagangan dan syarikat kewangan, khususnya di kawasan luar bandar. Contoh institusi tabungan dan simpanan yang terdapat di Malaysia adalah Lembaga Tabung Haji, Bank Rakyat dan Pertubuhan Koperatif seperti ANGKASA. Dari contoh tersebut, institusi tabungan yang utama ialah Bank Simpanan Nasional yang ditubuhkan pada tahun 1974. Kumpulan institusi tabungan yang lain ialah syarikat koperasi yang mengumpulkan tabungan kecil orang perseorangan untuk dipinjamkan kepada ahli mereka yang berdaftar. Syarikat koperasi terdiri dari kategori koperasi Kredit Bandar, Koperasi Kredit Luar Bandar dan Koperasi Perumahan. Bank Rakyat pula merupakan bank koperasi yang pertama di Malaysia. 3.1.3 Institusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Ia merupakan kumpulan institusi kewangan bukan bank yang terbesar dalam menggerakkan sumber-sumber daripada ahli-ahli dalam bentuk caruman, sama ada caruman simpanan dan pencen atau premium insurans. Kumpulan wang simpanan dan pencen yang terbesar di Malaysia ialah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). KWSP, pencen dan insurans adalah satu kumpulan skim pembiayaan yang dibentuk khusus berasaskan akta-akta yang berkaitan bagi menyediakan kepada ahli dan tanggungan mereka dengan pembiayaan keselamatan sosial dalam bentuk pencen, faedah persaraan, perubatan, kematian atau ketidakupayaan dan sebagainya. 3.1.4 Institusi Insurans Termasuk Takaful Syarikat insurans merupakan satu institusi perniagaan oleh pihak swasta yang menawarkan khidmat perlindungan risiko kepada pelanggan dengan mengenakan ayaran premium tertentu dan ia berorientasikan keuntungan dan perlindungan risiko. Fungsi utama

adalah memberi perlindungan risiko sekiranya berlaku musibah. Ia juga merupakan simpanan atau pelaburan sekiranya tidak berlaku musibah apabila tiba tempoh matang. Konsep insurans secara ringkas dapat diterjemahkan sebagai persediaan oleh kumpulan orang mencarum dana untuk menghadapi risiko yang tidak dapat diduga dan apabila kerugian berlaku ke atas salah seorang di dalam kumpulan tersebut, maka dana terkumpul akan diberikan untuk menampung kerugian yang dialami berdasarkan caruman yang telah dibuat. Begitu juga sekiranya ditakdirkan berlaku musibah ke atas orang yang mencarum dalam kumpulan tersebut, dana terkumpul tadi akan diberikan kepada orang yang dilanda malang sebagai manfaat perlindungan. 3.1.5 Institusi Kredit Perumahan Peranannya adalah bagi melengkapkan dan meningkatkan aktiviti institusi utama seperti institusi bank dan tabungan, dalam menjana dan mengerakkan deposit selaras dengan keperluan pembiayaan sektor dalam ekonomi. Pada masa yang sama, penubuhan institusi ini adalah sejajar dengan polisi ekonomi kerajaan dalam melahirkan satu masyarakat yang adil dan seimbang di kalangan pelbagai kaum, dengan golongan berpendapatan rendah mampu untuk memiliki rumah. Untuk menjayakan polisi tesebut, langkah-langkah kerajaan telah diambil misalnya menggalakkan pemilikan perumahan dan penyertaan bumiputera yang lebih besar dalam ekonomi Malaysia. Contoh bagi institusi kredit perumahan adalah Cagamas Berhad, Syarikat Gadaian Negara, Syarikat Perumahan Negara serta syarikat pemajakan dan pemfaktoran. 3.1.6 Institusi Saham Amanah dan Pembrokeran Termasuk Pasaran Saham Institusi saham amanah merupakan satu kumpulan pengantara kewangan yang khusus di dalam pasaran ekuiti. Ia menawarkan peluang kepada pelabur-pelabur kecil untuk memperolehi pulangan dengan mengumpulkan sumber kewangan mereka untuk diurus oleh kumpulan profesional melalui pelaburan di dalam portfolio sekuriti yang dipelbagaikan. Di bawah institusi saham amanah termasuklah ASN, ASB dan ASW (di bawah permodalan Nasional Berhad, PNB); Asia Unit Trust Bhd., KL Mutual Fund dan lain-lain. Manakala bagi saham pula, ia diurus niagakan di bursa. Di Malaysia, urus niaga saham dijalankan di Bursa Malaysia yang ditubuhkan berdasarkan Akta Syarikat 1965. Urus niaga saham diuruskan oleh institusi pembrokeran yang berdaftar. Fungsi institusi ini ialah untuk meningkatkan aktiviti pelaburan domestik melalui urus niaga saham di Bursa Malaysia. Ia juga bertindak sebagai broker atau pun remiser

kepada pelabur tempatan mahupun asing yang yang ingin melabur di dalam pasaran saham tempatan. Setiap pelabur dikehendaki membuka satu akaun khas iaitu Central Depository System (CDS) dengan institusi pembrokeran yang dipilih bagi membolehkan mereka membuat pelaburan secara terus di bursa. Institusi pembrokeran di Malaysia adalah berperanan dalam membangunkan pasaran kedua industri sekuriti Negara. Ia tertakluk di bawah Akta Industri Sekuriti 1983, Akta Syarikat 1965, peraturan-peraturan BSKL dan pengawasan BNM. Antara syarikat broker yang terdapat di Malaysia adalah BIMB Securities Sdn. Bhd., TA Securities dan Innosabah Securities. Ringkasan daripada jenis perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat broker ini adalah: (a) Urus niaga saham di BSKL; (b) Pengurusan dana atau aset; (c) Khidmat nasihat korporat dan penyelidikan pelaburan; dan (d) Pembiayaan margin. 3.1.7 Lain-lain Pengantara Kewangan Lain-lain pengantara kewangan merujuk kepada institusi yang menyediakan produk dan perkhidmatan kewangan tetapi tidak termasuk di dalam kategori yang di atas. Ini termasuklah syarikat pajak gadai, syarikat pembiayaan kewangan berlesen, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM), Baitulmal, Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dan lain-lain lagi. Institusi-institusi ini menyediakan perkhidmatan kewangan yang biasanya terhad kepada sasaran yang tertentu sahaja. Misalnya, AIM mensasarkan pinjaman berjangka untuk golongan suri rumah dan peniaga kecil sahaja. Semak kendiri 3.3 1. Nyatakan kategori pengantara kewangan bukan bank. 2. Jelaskan fungsi institusi tabungan dan simpanan. Sila kemukakan contoh. Selain Kementerian Pendidikan, nyatakan badan-badan kerajaan lain yang terlibat dengan pendidikan khas di Malaysia. 3. Terangkan objektif penubuhan dan peranan yang dimainkan oleh institusi pembiayaan dan pembangunan dalam menggalakkan pelaburan di Malaysia. Aktiviti 3.2 Nyatakan apa yang anda faham tentang pasaran dan bincangkan peranan yang dimainkan oleh pasaran kewangan dalam sesebuah negara. Aktiviti 3.1 Nyatakan apa yang anda faham mengenai institusi perbankan dan institusi kewangan bukan bank. Berikan contoh.

3.2 SISTEM PERBANKAN DAN JENISNYA Institusi perbankan terletak di bawah seliaan Bank Negara Malaysia (BNM) selaku bank pusat. Institusi di bawahnya termasuklah bank perdagangan, bank saudagar (dikenali sekarang dengan nama bank pelabur), syarikat kewangan, syarikat diskaun dan bank luar pesisir. 3.2.1 Bank Negara Malaysia (BNM) BNM telah dibuka dengan rasminya pada 26 Januari 1959 sejajar dengan berkuatkuasanya Ordinan Bank Negara Tanah Melayu (CBO), tahun 1958. Pada masa yang sama, Ordinan Perbankan 1958, yang menyediakan asas bagi pelesenan dan peraturan perbankan di Persekutuan Tanah Melayu juga telah dilaksanakan. Pada masa itu, bank pusat dikenali sebagai Bank Negara Tanah Melayu sehinggalah pada bulan September 1963, ditukar nama dan dikenali pula sebagai Bank Negara Malaysia, hasil daripada pembentukan Malaysia. CBO juga telah dikaji semula pada tahun 1994 dan kini dikenali sebagai Akta Bank Negara Malaysia 1958 (CBA). Sebagai bank pusat, BNM bertindak menerajui struktur kewangan dan perbankan negara, dengan beberapa objektif untuk: (a) Mengeluarkan mata wang dan menyimpan rizab bagi menyimpan nilai mata wang tersebut; (b) Menjadi jurubank dan penasihat kewangan kepada Kerajaan; (c) Menggalakkan kestabilan mata wang dan struktur kewangan yang baik; dan (d) Mempengaruhi kedudukan kredit bagi kepentingan Malaysia. BNM juga telah diberi kuasa untuk mengatur dan mengawal selia sistem kewangan di bawah beberapa akta dan ordinan. Ini termasuklah ordinan Bank Negara Malaysia 1958, Akta Bank Islam 1983, Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989 (BAFIA), Akta Insurans 1963, Akta Takaful 1984 dan perundangan mengenai Labuan sebagai sebuah Pusat Kewangan Luar Pesisir Antarabangsa (IOFC). Selain itu, BNM turut bertanggungjawab menyelia, mengawal dan memajukan industri insurans sebagai sebahagian daripada sistem kewangan. Ini bermula pada tarikh 1 Mei 1988, apabila Gabenor BNM bertindak sebagai Ketua Pengarah Insurans dan Ketua Pengarah Takaful. 3.2.2 Bank Perdagangan Bank perdagangan merupakan kumpulan institusi kewangan yang terbesar dan yang terpenting di negara ini. Pada awal penubuhan bank di negara ini, bank perdagangan lebih dikenali sebagai bank pertukaran. Ini disebabkan fungsinya pada ketika itu lebih kepada menguruskan pembiayaan luar negeri yang melibatkan pertukaran

wang asing. Bank perdagangan mengendalikan kiriman wang dan penerimaan wang asing serta bil perdagangan untuk pembiayaan jangka pendek. Bank ini juga bertindak mengeluarkan mata wangnya sendiri hinggalah pada 1897, peranan ini diambilalih oleh Lembaga Suruhanjaya Matawang Malaya dan Borneo. Sebelum tertubuhnya BNM, operasi bank perdagangan dikawal oleh Ordinan Syarikat 1948. Dengan penubuhan BNM pada tahun 1959, semua bank perdagangan telah diletakkan di bawah Ordinan BNM 1958, dengan fungsi utama sebagai tempat simpanan dan kredit. Namun sekitar 1970an, fungsi bank ini semakin diperluaskan kepada matlamat komersial untuk mencari keuntungan. Pada masa tersebut, bank tertakluk kepada akta baru iaitu Akta Bank 1973. Bank perdagangan di Malaysia berkembang pesat selaras dengan pertumbuhan ketara dalam asas deposit, kerana beberapa sebab seperti berikut: (a) Peningkatan dalam pendapatan isi rumah; (b) Perkembangan ketara jumlah penggunaan wang dalam ekonomi; (c) Pertambahan secara meluas dalam rangkaian cawangan bank; dan (d) Perkembangan penggunaan instrumen dan pelbagai kemudahan terkini sistem perbankan seperti perbankan internet dan mobile banking. Di Malaysia, kita dapat lihat fungsi-fungsi bank perdagangan sebagaimana berikut: (a) Untuk menyediakan kredit untuk pinjaman jangka pendek bagi sektor perniagaan atau pelanggan; (b) Untuk menyediakan kredit untuk pinjaman berjangka; (c) Untuk melabur dalam pembelian sekuriti kerajaan; (d) Untuk menyediakan kemudahan pemindahan wang dari satu tempat ke tempat yang lain; (e) Untuk menyediakan perkhidmatan keselamatan harta dan simpanan amanah; (f) Untuk menyediakan perkhidmatan tukaran wang asing; (g) Untuk menyediakan perkhidmatan perbankan peruncitan seperti penerimaan deposit, pemberian pinjaman, pendahuluan modal dan jaminan kewangan; (h) Untuk menyediakan perkhidmatan dan kemudahan pembiayaan perdagangan seperti surat kredit, pendiskaunan bil perdagangan, jaminan perkapalan, resit amanah dan sijil penerimaan jurubank.; (i) Untuk menyediakan perkhidmatan perbendaharaan; dan (j) Untuk menyediakan perkhidmatan pembayaran. Seterusnya institusi perbankan tempatan telah melalui satu proses penggabungan yang besar ekoran krisis kegawatan ekonomi yang melanda rantau Asia pada tahun 1997 dan 1998. Pada akhir tahun

2005, terdapat 18 bank perdagangan di Malaysia termasuk empat bank perdagangan yang beroperasi sepenuhnya secara Islam iaitu Bank Islam Malaysia Berhad, Bank Muamalat Malaysia Berhad, RHB Islamic Bank Berhad dan Commerce Tijari Berhad. Manakala 14 bank perdagangan yang lain merupakan bank konvensional yang menawarkan Skim Perbankan Islam (SPI) di samping perbankan konvensional, iaitu yang terdiri dari Affin Bank Berhad, AmBank Berhad, Alliance Bank Malaysia Berhad, Bank Utama (Malaysia) Berhad, Citibank Berhad, EON Bank Berhad, Hong Leong Bank Berhad, HSBC Bank Malaysia Berhad, Malayan Banking Berhad, OCBC Bank (Malaysia) Berhad, Public Bank Berhad, Southern Bank Berhad, RHB Bank Berhad dan Standard Chartered Bank (Malaysia) Berhad. (Laporan Tahunan BNM: http://www.bnm.gov.my/files/publication/ar/bm/2004/zcp13_004.pdf). Kini terdapat 39 buah bank perdagangan yang beroperasi di negara ini termasuk bank Islam sebanyak 17 buah, sepertimana di dalam Jadual 3.1. dan Jadual 3.2. Dari jumlah tersebut, kumpulan perbankan berstatus tempatan adalah 9 buah, iaitu Malayan Banking Berhad, CIMB Bank Berhad, RHB Bank Berhad, Public Bank Berhad, Ambank (M) Berhad, Hong Leong Bank Berhad, Affin Bank Berhad, Alliance Bank Malaysia Berhad dan EON Bank Berhad. Sumber: http://www.bnm.gov.my/ 3.2.3 Syarikat Kewangan Syarikat kewangan merupakan kumpulan pengambil deposit yang kedua terbesar di Malaysia selepas bank perdagangan. Ia dilesenkan di bawah Akta Syarikat Kewangan 1969. Kebanyakan syarikat kewangan ditubuhkan pada tahun 1960an sebagai syarikat berhad yang terlibat dengan kegiatan pemberian pinjaman wang, terutamanya tertumpu kepada pembelian kenderaan bermotor secara sewa beli dan pembiayaan berbentuk jangka pendek dan sederhana. Memandangkan syarikat kewangan tidak dibenarkan menerima deposit dalam bentuk akaun semasa sebagaimana bank perdagangan, maka kegiatan syarikat kewangan lebih tertumpu kepada aktiviti tabungan dalam bentuk deposit tetap dan deposit simpanan/tabungan. Malah, institusi ini dilihat sebagai suatu kumpulan pelengkap kepada pesaing utama iaitu bank perdagangan, dalam dua perkara utama, iaitu: (a) Dalam usaha untuk mendapatkan deposit simpanan dan deposit tetap; dan (b) Dalam operasi kredit dengan membuat pengkhususan dalam pembiayaan sewa beli dan pinjaman perumahan.

Di Malaysia, kita dapat lihat hubungan syarikat kewangan dalam aktiviti bank perdagangan mula berkembang cergas terutamanya apabila bank perdagangan mula mengambil alih perniagaan syarikat kewangan dengan menubuhkan anak syarikat yang bertindak sebagai syarikat kewangan milik penuh di bawah bank perdagangan tersebut. Misalnya, syarikat kewangan AmFinance Berhad adalah milik penuh kepada bank perdagangan, iaitu Ambank Berhad. Akta baru iaitu Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989 (BAFIA 1989) juga diwujudkan. Ia merupakan gabungan Akta Bank 1973 dan Akta Syarikat Kewangan 1969. Antara contoh lain syarikat kewangan di Malaysia adalah AffinACF Finance Berhad dan Southern Finance Berhad. 3.2.4 Bank Saudagar Bank saudagar telah diperbadankan pada tahun 1970. Bank saudagar telah dirangka untuk berfungsi terutamanya sebagai pakar pengantara kewangan dalam bidang pasaran wang dan modal dengan mempunyai kepakaran khusus dalam menyediakan perkhidmatan berasaskan upah (yuran atau fee). Kini, di Malaysia bank saudagar dikenali sebagai bank pelaburan dan ia bergiat aktif dalam perkhidmatan perbankan borong. Antara peranan yang dimainkan secara aktif oleh bank saudagar, termasuklah: (a) Bergerak cergas dalam operasi pasaran wang; (b) Bertindak sebagai pendorong dan pemangkin kepada aktiviti seperti pembiayaan korporat; (c) Bertindak sebagai pendaftaran syarikat keluaran dan syer; (d) Bersedia memberi khidmat nasihat perusahaan dalam semua aspek pembiayaan pembangunan, penyusunan semula atau pencantuman syarikat, pengurusan dan portfolio serta perancangan kewangan; dan (e) Menggalakkan pelaburan baru dan usahasama. Selain pembiayaan korporat, bank saudagar juga terlibat dengan pembiayaan lain seperti menyediakan pembiayaan modal teroka kepada pengusaha dan peniaga bagi membiayai keperluan perniagaan yang berintensifkan teknologi baru dan tinggi serta produk yang inovatif. Di samping itu, bank saudagar turut terlibat dalam membuat pengurusan amanah hartanah dan tabung unit amanah yang biasanya diuruskan oleh anak syarikat di bawah pengurusan bank tersebut. Bagi membantu mengembangkan lagi operasi bank saudagar, kerajaan turut memberi kelonggaran kepada bank-bank saudagar supaya dibenarkan menjalankan aktiviti perbankan seperti menerima deposit dan melabur dalam saham-saham bukan amanah yang diluluskan seperti saham-saham badan korporat yang baru diswastakan. Sebagai contoh, bermula pada 22 Jun 1995, bank saudagar telah dibenarkan untuk memberi pinjaman bercagarkan saham dan unit amanah saham sehingga 30 peratus dari jumlah pinjaman mereka. Sementara itu pada 20 Februari 1993, bank-bank saudagar telah menubuhkan sebuah

rumah terbitan kedua, iaitu Malaysian Issuing House Sdn. Bhd. (MIH) untuk melengkapkan aktiviti khidmat nasihat korporat yang berkait dengan terbitan awam. Antara contoh bank saudagar, pada awal kewujudannya di Malaysia adalah Affin Merchant Bank Berhad, Alliance Merchant Bank Berhad, AmMerchant Bank Berhad dan Commerce International Merchant Bankers Berhad. Senarai terkini bank saudagar atau bank pelaburan adalah sebagaimana dalam Jadual 5.3. Kini, di Malaysia bank saudagar dikenali sebagai bank pelaburan dan ia bergiat aktif dalam perkhidmatan perbankan borong. Antara peranan yang dimainkan secara aktif oleh bank saudagar, termasuklah: (a) Bergerak cergas dalam operasi pasaran wang; (b) Bertindak sebagai pendorong dan pemangkin kepada aktiviti seperti pembiayaan korporat; (c) Bertindak sebagai pendaftaran syarikat keluaran dan syer; (d) Bersedia memberi khidmat nasihat perusahaan dalam semua aspek pembiayaan pembangunan, penyusunan semula atau pencantuman syarikat, pengurusan dan portfolio serta perancangan kewangan; dan (e) Menggalakkan pelaburan baru dan usahasama. Selain pembiayaan korporat, bank saudagar juga terlibat dengan pembiayaan lain seperti menyediakan pembiayaan modal teroka kepada pengusaha dan peniaga bagi membiayai keperluan perniagaan yang berintensifkan teknologibbaru dan tinggi serta produk yang inovatif. Di samping itu, bank saudagar turut terlibat dalam membuat pengurusan amanah hartanah dan tabung unit amanah yang biasanya diuruskan oleh anak syarikat di bawah pengurusan bank tersebut. Bagi membantu mengembangkan lagi operasi bank saudagar, kerajaan turut memberi kelonggaran kepada bank-bank saudagar supaya dibenarkan menjalankan aktiviti perbankan seperti menerima deposit dan melabur dalam saham-saham bukan amanah yang diluluskan seperti saham-saham badan korporat yang baru diswastakan. Sebagai contoh, bermula pada 22 Jun 1995, bank saudagar telah dibenarkan untuk memberi pinjaman bercagarkan saham dan unit amanah saham sehingga 30 peratus dari jumlah pinjaman mereka. Sementara itu pada 20 Februari 1993, bank-bank saudagar telah menubuhkan sebuah rumah terbitan kedua, iaitu Malaysian Issuing House Sdn. Bhd. (MIH) untuk melengkapkan aktiviti khidmat nasihat korporat yang berkait dengan terbitan awam. Antara contoh bank saudagar, pada awal kewujudannya di Malaysia adalah Affin Merchant Bank Berhad, Alliance Merchant Bank Berhad, AmMerchant Bank Berhad dan Commerce International Merchant Bankers Berhad.

Sumber: http://www.bnm.gov.my 3.2.5 Syarikat Diskaun Syarikat diskaun atau dikenali juga sebagai rumah diskaun mula beroperasi di Malaysia pada tahun 1963. Peranan syarikat diskaun lebih tertumpu kepada urus niaga dan operasi pasaran wang jangka pendek. Oleh yang demikian, fungsi utama syarikat diskaun adalah untuk: (a) Mendapatkan dana jangka pendek dalam pasaran pertama (pasaran primer) untuk pelaburan dalam bil perbendaharaan Malaysia, sekuriti kerajaan Malaysia, sijil penerimaan jurubank, bon Cagamas dan sijil deposit boleh niaga. (b) Membabitkan diri dalam menyediakan pasaran kedua (pasaran sekunder) bagi sekuriti-sekuriti tersebut. Pasaran kedua ini bertindak sebagai tempat berurus niaga atau berjual beli bagi sekuriti-sekuriti itu. Bagi memenuhi fungsinya sebagai yang telah kita maklumi tadi, syarikat diskaun telah menyalurkan dananya, yang didapati dari pemberi modal, terutamanya dari pengantara-pengantara kewangan lain atau dari perusahaan-perusahaan besar yang mempunyai dana mudah tunai yang banyak sama ada dalam bentuk deposit jangka pendek, khususnya dalam bentuk wang bermalam, wang panggilan dan deposit yang bertempoh matang sehingga tiga bulan kepada bankbank perdagangan dan institusi kewangan lain yang mempunyai masalah defisit. Ini secara tidak langsung akan membantu bank-bank perdagangan dan pengantara kewangan tersebut untuk menyelaraskan kedudukan mudah tunai mereka dengan cepat (keperluan kecairan) bagi memenuhi permintaan segera pelanggan mereka, iaitu pendeposit semasa. Antara usaha yang dilakukan oleh kerajaan untuk memudahkan syarikat diskaun mendapatkan sumber dana, ialah melalui BNM yang telah memberikan kemudahan pendiskaunan semula dan khidmat peminjam terakhir kepada syarikat diskaun. Ini adalah salah satu dari mekanisme penting untuk membolehkan syarikat diskaun menjadi pemangkin kepada pasaran kedua sekuriti kerajaan dan untuk memudahkannya menyediakan harta mudah tunai bagi keperluan sistem kewangan dan institusi kewangan yang berhajat. Antara syarikat diskaun yang beroperasi di Malaysia adalah Abrar Discounts Berhad, Affin Discount Berhad, Amanah Short Deposits Berhad, CIMB Discount House Berhad, KAF Discounts Berhad, Malaysia Discount Berhad dan Mayban Discount Berhad.

3.2.6 Pusat Kewangan Luar Pesisir Antarabangsa Labuan (IOFC) Pusat Kewangan Luar Pesisir Antarabangsa (IOFC) ditubuhkan pada Oktober 1990 di Labuan dengan fungsi utamanya untuk memperbaiki dan mempelbagaikan pengantara kewangan. Ia adalah sebahagian daripada perancangan BNM untuk mempertingkatkan lagi perkembangan sistem kewangan Islam di negara ini. Di samping itu, IOFC Labuan bertujuan meningkatkan daya tarikan Malaysia sebagai pusat pelaburan untuk membantu dan melengkapkan sistem kewangan dalam pesisir di Kuala Lumpur. Bagi mentadbir IOFC, maka Lembaga Perkhidmatan Kewangan Pesisir Luar Pesisir Labuan (Labuan Offshore Financial Services Authority LFSA http://www.lfsa.gov.my/) telah ditubuhkan pada 15 Februari 1996 dan ia memulakan operasinya pada 1 Mac 1996. Objektif penubuhannya ialah bagi membentuk satu objektif nasional berkaitan polisi dan keutamaan pembangunan serta pentadbiran yang teratur bagi industri kewangan luar pesisir di Labuan, mengawal selia aktivitiaktiviti dan operasi kewangan luar pesisir serta mengawal aspek promosi dan pembangunan Labuan. IOFC diletakkan sebagai sebuah badan korporat agensi kerajaan di bawah Kementerian Kewangan, dan tertakluk kepada Akta Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan 1996. Ia juga bertindak sebagai agensi pusat bagi menyelaras jentera pentadbiran negara bebas daripada kuasa-kuasa tempatan kecuali dalam menentukan kadar tukaran dan kadar cukai yang tertakluk di bawah BNM dan Lembaga Hasil Dalam Negeri. Penubuhannya juga merupakan salah satu strategi kerajaan untuk membangunkan negara ini sebagai satu pusat pelaburan yang menarik disamping memperkukuhkan kedudukan Malaysia dalam sistem kewangan serantau. Ia merupakan satu pusat kewangan antarabangsa yang menjadi pusat kepada aktiviti perantaraan kewangan yang biasanya untuk peminjam-peminjam dan pendeposit daripada luar. Ia menawarkan kelebihan dari segi cukai yang rendah serta tiada cukai terhadap pendapatan dividen dan faedah yang diperolehi daripada aktiviti perniagaan luar pesisir yang dijalankan oleh syarikat-syarikat luar di dalam kawasan Labuan. Dalam usaha menggalakkan pembangunan IOFC Labuan yang berdaya maju, beberapa peraturan kawalan yang berkaitan dengan urus niaga luar pesisir telah diubah supaya lebih liberal seperti kebebasan dan tiada sekatan dari segi menerima deposit dan memberi pinjaman dalam mata wang asing. Aktiviti utama IOFC adalah berkaitan dengan perniagaan antarabangsa dalam bidang perbankan, insurans, pelaburan dan pengurusan saham amanah, perkhidmatan profesional dan pembiayaan korporat serta aktiviti lain yang berkaitan.

Penjelasan lanjut berkaitan sebagaimana berikut:

dengan

aktiviti

tersebut

adalah

(a) Perbankan Luar Pesisir Di antara produk yang ditawarkan ialah kemudahan kredit matawang asing, urus niaga tukaran wang asing, kemudahan urus niaga kewangan, deposit mata wang asing dan perkhidmatan nasihat dan perundingan. Ia menyediakan perkhidmatan penerimaan deposit daripada akaun semasa, akaun deposit, akaun simpanan atau manamana akaun lain yang diluluskan oleh BNM. (b) Insuran Luar Pesisir Ia melibatkan akitiviti perniagaan insurans antarabangsa yang membenarkan penggunaan matawang asing dalam setiap transaksi insurans. Ia dikawalselia oleh Akta Insuran Luar Pesisir 1990. Antara aktiviti insurans yang dibenarkan ialah berkaitan dengan pengurusan insurans dan broker insurans, syarikat insurans dan insurans semula luar pesisir. (c) Pelaburan dalam Bursa Kewangan Antarabangsa Labuan Ia merupakan anak syarikat kepada Bursa Malaysia yang ditubuhkan pada Julai 1999. Kaedah perniagaannya adalah berasaskan teknologi internet yang menyediakan kemudahan penyenaraian dan urus niaga pelbagai produk kewangan termasuk kewangan Islam, dana bersama (saham amanah), derivatif dan takaful. Penyediaan instrumen dan produk seperti dana pelaburan, instrumen hutang atau sekuriti konvensional adalah selaras dengan permintaan antarabangsa dalam sektor tersebut. (d) Perkhidmatan Profesional dan Pembiayaan Korporat Syarikat Amanah Labuan misalnya, menawarkan perkhidmatan profesional seperti sebagai pemegang amanah untuk amanah luar pesisir, perkhidmatan korporat dan pengurusan hartanah, pengurusan pelaburan, pengurusan portfolio, perkhidmatan kesetiausahaan seperti penubuhan dan pentadbiran syarikat luar pesisir dan lain-lain lagi. (e) Aktiviti Lain Aktiviti lain yang terdapat di IOFC termasuklah yang berkaitan dengan pemajakan dan penyewaan harta bagi menjalankan operasi perniagaan berbentuk mudah alih seperti kapal terbang atau pun penyewaan kepada lain-lain peralatan, misalnya untuk industri minyak dan gas luar pesisir. Selain itu, pada tahun 1997, di IOFC juga telah dibangunkan sebuah pasaran wang Islam antarabangsa yang menjadi alternatif kepada pasaran wang antarabangsa yang bersandarkan AS Dollar. Selanjutnya, IOFC turut menjadi pelengkap kepada aktiviti pasaran kewangan domestik di Kuala Lumpur bagi memperkukuhkan lagi sumbangan perkhidmatan kewangan kepada Keluaran Negara Kasar (KNK) serta

bagi memajukan sektor pelancongan di kawasan tersebut. Ia selaras dengan objektif sampingan penubuhannya iaitu bagi menambah daya tarikan Malaysia sebagai pusat pelaburan, melengkapkan perkembangan aktiviti kewangan domestik, mempromosikan Labuan dan kawasan sekitarnya serta melengkapkan pasaran kewangan serantau yang lain. Peserta pasaran di IOFC meliputi pelbagai negara iaitu Jepun Belgium, United Kingdom, Perancis Jerman, Switzerland, Hong Kong, Taiwan, Singapura, Australia Amerika Syarikat, Kanada dan Ireland. Berdasarkan laporan dalam Berita Harian, 2 Jun 2007, Ketua pengarah LFSA yang mengawal selia IOFC berkata terdapat 5,678 buah syarikat beroperasi di Labuan dan secara puratanya LFSA menerima 200 peratus permohonan setiap bulan dari syarikat-syarikat yang berminat untuk beroperasi di IOFC.

Semak Kendiri 3.2 1. Namakan institusi yang dikategorikan dalam kategori institusi perbankan dalam konteks Malaysia. 2. Jelaskan tanggungjawab Bank Negara Malaysia selaku bank pusat. 3. Terangkan fungsi utama bank perdagangan dan bank pelaburan di Malaysia. 4. Nyatakan peranan yang dimainkan oleh IOFC sebagai pusat kewangan luar pesisir antarabangsa. 3.3 Pasaran kewangan Ada tiga bentuk pasaran kewangan iaitu pasaran wang dan pertukaran asing, pasaran modal serta pasaran derivatif. a. Pasaran Wang Dan Pertukaran Asing i. Merupakan tempat dimana urus niaga dana jangka pendek berlaku ii. Ia tidak mempunyai premis yang tetap sebagaimana di pasaran ekuiti iii. Peserta berhubung melalui telefon dan internet untuk membuat pesanan iv. Bagi pasaran wang Instrumen kewangan yang diniagakan terdiri dari instrumen kewangan dan deposit jangka pendek dalam sebutan matawang tempatan v. Bagi pasaran pertukaran asing ianya melibatkan urus niaga instrumen kewangan dan deposit jangka pendek dalam sebutan mata wang asing vi. Pasaran wang menggunakan kadar faedah manakala pasaran pertukaran asing menggunakan kadar pertukaran mata wang asing vii.Urusniaga dalam pasaran wang dan pertukaran asing berlaku antara

pihak-pihak yang mempunyai dana jangka pendek dengan pihak yang mempunyai kurangan dana jangka pendek viii. Urusniaga ini dilakukan bagi memperolehi hasil faaedah yang lebih tinggi berbanding dengan deposit simpanan di institusi kewangan ix. Kedua-dua urusniaga ini terlibat dengan urusniaga pembelian dan penjualan surat-surat hutang jangka pendek supaya dibeli oleh unitunit lain x. Instrumen hutang yang diurusniaga seperti bil perbendaharaan, bil pertukaran, penerimaan jurubank, nota janji, sijil deposit boleh niaga, sijil pelaburan kerajaan, bon cagamas dan bil Bank Negara Malaysia xi. Pasaran pertukaran asing terlibat dalam urus niaga pertukaran mata wang asing dengan dikawal oleh Akta Pertukaran Wang 1953 xii.Pertukaran mata wang berlaku antara bank dan broker wang berlesen xiii. Pelanggan utama ialah syarikat-syarikat yang terlibat dengan perdagangan antarabangsa yang memerlukan mata wang asing untuk membuat pembayaran dan juga penerimaan keluar negara menerusi bank perdagangan xiv. Antara bank yang diberi lesen untuk bergiat dalam pasaran mata awang asing ialah Bank Islam Malaysia Bhd dan Maybank b. Pasaran Modal i. Pasaran modal mempunyai satu struktur organisasi dan premis yang formal ii. Pasaran modal bagi Malaysia ialah Bursa Saham Kuala Lumpur iii. Pasaran modal merujuk kepada pasaran formal yang memperdagangkan aset-aset kewangan jangka panjang seperti bon kerajaan atau swasta dan saham korporat iv. Pasaran modal diwujudkan bertujuan mengembeling dana jangka panjang daripada semua lapisan masyarakat supaya membiayai rancangan pembangunan awam serta pelaburan swasta v. Pasaran ini bertindak menemukan pembeli dan pen jual pada satusatu masa dengan diuruskan oleh broker vi. Urus niaga pasaran prima melibatkan urus niaga ke atas sekuriti yang baru pertama kali diterbitkan. Ia terdiri daripada terbitan awam permulaan dan terbitan bermusim vii.Urus niaga pasaran skunder melibatkan urusniaga jual beli sekuriti yang sudah disenaraikan di pasaran saham viii. Kebaikan pasaran modal ialah membolehkan para pemegang sekuriti mencairkan aset mereka dan mengurangkan kos transaksi ix. Prestasi pasaran modal diukur menggunakan indeks. Di BSKL terdapat Indeks Komposit, Indeks Emas, Indeks Papan Kedua dan Indeks Sektorial x. Sistem Depositori Pusat (CDS) diperkenalkan pada tahun 1992 bagi membolehkan urus niaga tanpa skrip dijalankan c. Pasaran Derivatif

i. Merupakan sebuah pasaran opsyen dan niaga hadapan kewangan ii. Niaga hadapan kewangan dimulakan pada tahun 1995 menerusi penubuhan Bursa Opsyen dan Kewangan Hadapan Kuala Lumpur (KLOFFE) yang memperdagangkan kontrak Niaga Hadapan Indeks Komposit BSKL iii. Kontrak Niaga Hadapan Kadar Tawaran 3 Bulan Antara Bank Kuala Lumpur (KLIBOR) didagangkan di Bursa Komoditi dan Kewangan Malaysia (COMMEX) iv. Pasaran derivatif di kawal selia oleh Akta Perindustrian Niaga Hadapan 1993. v. Pada tahun 2002 semua bursa-bursa disatukan menjadi Bursa Derivatif Malaysia (MIDEX) 3.4 Instrumen-instrumen tabungan dan pelaburan Instrumen-instrumen tabungan dan pelaburan merupakan alat pemindahan dana. Ianya dikeluarkan oleh institusi perbankan dan pengantara kewangan bukan bank. Diantara instrumen-instrumen tersebut ialah; i. Akaun Semasa Sejenis akaun deposit yang menawarkan kemudahan cek kepada pelanggan ii. Akaun Simpanan Sejenis akaun yang menawarkan kadar faedah kepada penyimpan iii. Akaun deposit tetap Akaun pelaburan dimana sejumlah deposit diletakan ke dalam bank perdagangan, bank saudagar dan syarikat kewangan untuk tempoh masa tertentu dengan diberi kadar faedah tetap. Akaun deposit Islamik menggunakan konsep al Mudharabah iv. Sijil deposit boleh niaga Ialah dokumen yang dikeluarkan oleh institusi perbankan yang menyatakan jumlah wang yang disimpan dengan institusi berkenaan. Satu kadar faedah tetap akan dibayar pada pemegang sijil pada tarikh matang yang ditetapkan. Sijil ini boleh diniaga dipasaran wang sebelum ianya matang. Ia ditawarkan oleh bank perdagangan, bank saudagar dan syarikat kewangan v. Perjanjian beli balik (Repo) Merupakan satu perjanjian antara pihak bank yang menjual kertas bernilai kepada pelabur dengan persetujuan untuk membeli balik kertas tersebut pada masa hadapan. Ianya bertujuan untuk mendapatkan dana jangka pendek dalam pasaran wang. Antara jenis kertas bernilai tersebut ialah sijil deposit niaga, bil perbendaharaan, sekuriti kerajaan Malaysia vi. Saham biasa Merupakan satu sekuriti yang didagangkan dipasaran modal. Pemegang saham merupakan pemilik syarikat dan berhak mengundi dan diundi sebagai lembaga pengarah. Saham terdedah kepada risiko. Sekiranya syarikat mengalami kebangkarapan pemegang saham biasa

adalah pihak terakhir menddapat agihan aset syarikat vii.Bon Merupakan sekuriti hutang yang dijual oleh pihak kerajaan atau badan korporat dalam membiayai projek pembangunan. Pemegang bon mendapat faedah setiap tahun yang disebut kadar kupon. Jika syarikat mengalami kebangkrapan pemegang bon berhak menuntut aset terlebih dahulu sebelum pemegang saham biasa. 3.5 KEWANGAN SYARIKAT 3.5.1 Pengguna maklumat kewangan

Maklumat yang diperlukan oleh pengguna maklumat kewangan adalah bergantung kepada bentuk keputusan yang dibuat oleh pengguna. Pengguna maklumat kewangan dibahagikan kepada dua iaitu pengguna dalaman dan pengguna luaran. Pengguna Dalaman Pengguna dalaman maklumat peraqkaunan adalah terdiri daripada pihakpihak yang berada dalam syarikat yang merancang, menyusun dan menjalankan operasi perniagaan aseperti pengurus pemasaran, penyelia pengeluaran, pengarah kewangan dan lain-lain pegawai syarikat. Bentuk dan sifat maklumat yang diperlukan oleh pengguna dalaman ialah maklumat terperinci dan disediakan berkala serta tepat mengikut masa. Ia juga dikenali sebagai Perakaunan Pengurusan yang membantu pengguna membuat keputusan, contohnya unjuran perbandingan operasi kewangan alternatif dari kempen jualan baru, dan ramalan keperluan tunai bagi tahun berikutnya. Pengguna Luaran Pengguna luaran ialah pihak-pihak yang berada di luar syarikat yang mahu tahu kedudukan kewangan syarikat. Dua pengguna luaran yang utama iaitu pelabur (pemilik) dan kreditor (pembekal dan bank). Selain dari itu pengguna luaran ialah Lembaga Hasil dan Cukai negara, Agensi Kawalselia (SEC), Pelanggan dan Kesatuan Buruh. Bentuk dan sifat maklumat yang diperlukan oleh pengguna luaran tidaklah terperinci seperti pengguna dalaman tetapi dalam penyediaan maklumat perakaunan tersebut syarikat wajib mematuhi undang-undang dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa demi menjaga kepentingan pengguna. Maklumat perkaunan ini disediakan oleh Perakaunan Kewangan. 3.5.2 Penyata-penyata kewangan

Rujuk: 1. Format penyata kewangan perniagaan milikan tunggal http://mhdazlan.files.wordpress.com/2010/02/modul-format-penyatakewangan.pdf

2. Model penyata kewangan syarikat.

http://www.myaxp.com/media/orderform/Model%20Penyata %20Kewangan%20PERS.pdf

3. Contoh penyata kewangan syarikat awam berhad: TM Berhad. http://www.tm.com.my/ap/about/investor/Documents/TM_AR2012_BM.p df

4. Contoh penyata kewangan agensi kerajaan: Maktab Kerjasama Malaysia http://www.mkm.edu.my/c/document_library/get_file?uuid=64ae36cd7d22-422d-b109-ec69d0dfea23&groupId=10171

5. Contoh penyata kewangan Nestle http://www.nestle.com.my/Common/NestleDocuments/Documents/pdf/ 2011_financial_report_bm.pdf

Rumusan Institusi perbankan di Malaysia terdiri daripada BNM, bank perdagangan, bank pelabur, syarikat kewangan, syarikat diskaun dan pusat kewangan luar pesisir. Institusi kewangan bukan bank boleh dikategorikan kepada tujuh jenis, antaranya institusi kewangan yang telibat dalam pembiayaan dan pembangunan kewangan, tabungan dan simpanan, insurans, kredit perumahan dan lain-lain. Pasaran kewangan Malaysia terdiri daripada pasaran wang, pasaran modal dan pasaran derivatif. Pasaran wang merujuk kepada pasaran bagi penjualan dan pembelian sekuriti hutang yang berjangka pendek seperti bil hutang dan sijil pelaburan. Pasaran modal ini terbahagi kepada dua pasaran yang utama iaitu pasaran hutang dan pasaran ekuiti. Pasaran ekuiti melibatkan pasaran saham dan saham amanah (unit trust atau mutual funds). Pasaran hutang pula terdiri daripada pasaran sekuriti kerajaan, sekuriti korporat dan sekuriti hutang swasta, yang lebih dikenali sebagai bon. Pasaran derivatif merangkumi beberapa jenis kontrak pasaran iaitu pasaran niaga hadapan (futures market), pasaran hadapan (forward market), opsyen, pasaran komoditi dan SWAP. Kata Kunci Akta BAFIA 1989 Akta Bank Islam 1983 Akta Insurans 1963 Akta Takaful 1984 Bank Negara Malaysia Bank perdagangan Bank saudagar Bursa Malaysia Institusi kewangan bukan bank Institusi Perbankan MDEX Ordinan BNM 1958 Pasaran derivatif Pasaran kewangan hadapan Pasaran komoditi Pasaran modal

Pasaran niaga hadapan Pasaran opsyen Pasaran pertukaran wang asing Pasaran segera Pasaran sekuriti kerajaan Pasaran sekuriti korporat dan sekuriti hutang swasta Pasaran wang Pengantara kewangan bukan bank Pusat Kewangan Luar Pesisir Syarikat diskaun Syarikat kewangan

Rumusan Bank pusat menjalankan fungsi-fungsi utama iaitu menerbitkan mata wang dan memelihara nilainya; menjadi jurubank dan penasihat kepada kerajaan; menjadi jurubank kepada bank-bank dan memastikan kestabilan kewangan negara. syarikat kewangan dan bank saudagar ialah institusi bukan kewangan yang terpenting dalam sistem urusan bank di Malaysia. Institusi-institusi kewangan di Malaysia dikawal oleh Bank Negara Malaysia dan dikehendaki mematuhi peraturan kewangan tertentu. Syarikat kewangan mengumpul deposit dan diberikan sebagai pinjaman kepada pengguna dan perniagaan. Bank saudagar memberikan perkhimatan kepada syarikat-syarikat tentang hal pembiayaan, pelaburan dan pengurusan. Perkhidmatan adalah secara pukal, lengkap dan sebahagian besar berdasarkan upah. Institusi pengantara bukan bank tidak terlibat dalam urusan bank secara langsung dan lengkap. Tetapi institusi-institusi itu melengkapkan fungsi sistem urusan bank dalam penyaluran dana sesebuah ekonomi.

Ujian 1 1. Terdapat beberapa kejadian jenayah melibatkan kewangan berlaku di negara ini. Bagaimanakah Bank Negara Malaysia dapat memainkan peranan yang lebih berkesan bagi mengelakkan merbaknya kejadiankejadian berkenaan? 2. Mengapakah Bank Negara Malaysia harus mengenakan syarat cadangan berkanun dan aset tunai minimum terhadap bank saudagar dan

syarikat kewangan?

Ujian 2 Mengapakah kerajaan membenarkan penawaran kegiatan yang sama oleh bank perdagangan dan bank saudagar? Rujukan Ab. Mumin Ab. Ghani & Fadillah Mansor (eds). (2006). Dinamisme kewangan Islam di Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Ab. Mumin Ab. Ghani. (1999). Sistem kewangan Islam dan pelaksanaannya di Malaysia. Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Afzal-Ur-Rahman terjemahan Zaharah Salleh. (1994). Doktrin ekonomi Islam. Jil. 3, Cet. 2, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Nor Mohamed Yakcop. (1996). Teori, amalan dan prospek sistem kewangan Islam di Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd. Othman Yong. (1993). Pasaran dan institusi kewangan di Malaysia, teori dan amalan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. http://www.bnm.gov.my.

LAMPIRAN A Bank Negara Malaysia Peranan i. Ditubuhkan padda 24 Januari 1959 ii. Berperanan untuk mengurus dan mengawal selia sistem kewangan negara iii. Berperanan untuk mengekalkan kesetabilan kewangan negara dengan meningkatkan pertumbuhan ekonomi iv. Mengeluarkan mata wang negara dan menyimpan rezab matawang tersebut v. Bertindak sebagai jurubank dan penasihat kewangan kerajaan vi. Menggalakan kesetabilan kewangan dan struktur kewangan negara yang baik Kuasa i. Akta Bank Pusat Malaysia 1958 (Pindaan 1994) ii. Akta Bank Islam 1983 iii. Akta Bank dan Institusiusi -Instit Kewangan 1989 (BAFIA) iv. Peraturan-Peraturan Perlu (Perlindungan Kepada Pendeposit) 1970, v. Akta Insuran 1996 (menggantikan Akta Insuran 1963) vi. Akta Takaful 1984 vii.Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 viii. Gabnor Bank Negara diberi kuasa sebagai Ketua Pengarah Insuran dan Ketua Pengarah Takaful Bank-bank perdagangan I. Merupakan institusi kewangan pengambil deposit terbesar di Malaysia II. Pada masa kini terlibat dengan urusan perbankan letronik III. Penggabungan bank-bank tempatan diistiharkan pada tahun 1999 dengan tujuan melahirkan kumpulan perbankan yang kuat IV. Contoh-contoh bank perdagangan ialah Maybank, Publik Bank , AM Bank dan Bank Islam Syarikat kewangan i. Merupakan kumpulan pengambil deposit kedua terbesar di negara ini ii. Aktiviti utamanya ialah pembiayaan sewa beli, pembiayaan perumahan dan kredit jangka pendek. iii. Terdapat juga syarikat-syarikat kewangan yang yang dimiliki oleh bank-bank perdagangan iv. Pada asasnya syarikat kewangan tidak boleh menyediakan khidmat akaun semasa v. Deposit yang diterima tertumpu kepada deposit simpanan dan deposit tetap vi. Antara contoh syarikat kewangan ialah Mayban Finance, Public Finance, AM Finance, EON Finance, dan Hong Leong Finance Bank-bank saudagar i. Mula beroperasi di Malaysia pada tahun 1970 an

ii. Deposit yang diterima adalah daripada syarikat kewangan, pengantara kewangan yang lain serta syarikat-syarikat korporat yang besar iii. Terlibat secara aktif dalam proses penerbitan sekuriti korporat di pasaran wang dan modal serta aktiviti modal teroka (Modal teroka atau modal usaha niaga (venture capital) adalah jenis modal ekiuti persendirian yang disediakan untuk syarikat yang belum matang tetapi mempunyai potensi pertumbuhan tinggi dengan tujuan untuk mendapat keuntungan melalui tawaran awam awal (IPO) atau penjualan syarikat. Pelaburan modal teroka biasanya dibuat dalam bentuk tunai sebagai pertukaran kepada saham syarikat yang dilabur. iv. Antara bank saudagar yang terdapat di negara kita Aseambankers dan Arab Malaysian Merchant Bank Berhad) ialah

Syarikat diskaun i. Bergiat dalam urusan pasaran wang jangka pendek dengan menggerakan dana antara pengantara kewangan lain dan syarikatsyarikat korporat yang besar ii. Instrumen yang digunakan terdiri daripada wang semalaman, wang panggilan dan deposit jangka pendek (bil perbendaharaan, penerimaan jurubank, sekurtiti Kerajaan Malaysia dan sijil deposit boleh niaga)

LAMPIRAN B Syarikat insuran i. Berperanan menguruskan pelaburan dan menanggung risiko para pelanggan ii. Ia terdiri dari syarikat insuran nyawa, syarikat insuran am dan syarikat insuran komposit iii. Polisi perlindungan yang ditawarkan seperti polisi perlindungan kemalangan, kematian, kenderaan bermotor, marin, kebakaran dan lain-lain iv. Produk-produk baru yang ditawarkan seperti pelan pendidikan anakanak, pelan pelancongan yang berteraskan pelaburan dan simpanan Syarikat saham amanah i. Merupakan syarikat pengurus dana profesional ii. Ia mengumpul dana dari pelabur kecil untuk melabur dalam pelaburan yang berisiko rendah iii. Bentuk dana yang ditawarkan ialah dana amanah hartanah, dana amanah bon, dana amanah islamik dan dana aamanah ekuiti iv. Contoh syarikat saham amanah ialah Amanah Saham Nasional, Public Mutual Fund Institusi pembiayaan pembangunan i. Merupakan organisasi yang memberikan kemudahan pembiayaanpembangunan ii. Contohnya Agra Bank bergiat aktif dalam membiayai aktiviti pembiayaan berteraskan pertanian iii. Bank Pembangunan dan Syarikat Permodalan Kemajuan Perusahaan Malaysia Bhd bergiat dalam aktiviti pembiayaan sektor perindustrian dan IKS Kumpulan wang amanah dan pencen i. Bertujuan untuk menggalakan pekerja menyimpan bagi kegunaan dihari tua ii. Contoh institusi ini ialah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Lembaga Tabung Angkatan Tentera dan Kumpulan Wang Simpanan Guru-Guru Institusi tabungan i. Institusi ini menggalakan simpanan dan tabungan masyarakat berpendapatan rendah dan sederhana terutama diluar bandar ii. Contoh institusi tabungan ialah Bank Simpanan Nasional, Lembaga Tabung Haji dan lain-lain lagi. iii. Bank Rakyat pula ialah institusi tabungan berbentuk koperasi.

Anda mungkin juga menyukai