Anda di halaman 1dari 1

AKU SEBUAH ROBOT

Aku sebuah robot . Namaku Bestari . Aku dilahirkan di sebuah Kilang di Shah Alam . Selepas disiapkan , aku diuji dan ditempatkan di gudang bersama-sama dengan robot lain. Selepas beberapa lama , aku dihantar ke sebuah kedai di kompleks membeli belah . Aku dipamerkan di situ . Banyak orang yang tertarik apabila melihat diriku yang cantik. Selang beberapa hari di kedai itu , aku telah dibeli oleh seorang hartawan . Aku dibawa ke banglonya . Sebaik sahaja tiba , aku terus diletakkan sebuah tempat khas di luar ruamhanya. Aku menjaga keselamatan rumah tuan aku. Aku menjalankan tugas dengan cekap . Aku disukai oleh tuan aku . Sejak bertugas di situ , tidak ada apa-apa kes pencerobohan yang berlaku di rumah tuan aku . Tuan aku selalu berkata kepada keluarga dan kawan- kawannya , alah membeli , menang memakai .