Anda di halaman 1dari 18

1.

0] PENGHARGAAN

Assalamualaikum, Bersyukur kami kehadrat illahi dengan limpah izin dan kurniaanNya kami dapat menyiapkan tugasan Murid Dan Alam Belajar yang telah diamanahkan kepada kami dan kami telah menyiapkan dengan lengkapnya. Disini, kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah Murid Dan Alam Belajar kami iaitu Puan Mariah kerana beliau telah banyak membimbing kami dalam proses menyelesaikan kerja kursus ini tanpa mengira penat dan lelah beliau. Walaupun beliau sibuk dengan kerja beliau yang banyak tetapi masih sempat lagi memberi tunjuk ajar dalam menghasilkan kerja kursus ini.Tidak lupa juga kepada para pensyarah Murid Dan Alam Belajar yang lain yang sedikit sebanyak turut meluangkan masa mereka dalam menjayakan kerja kursus Murid Dan Alam Belajar ini. Tidak ketinggalan juga kepada rakan seperjuangan kami yang sentiasa mendoakan kejayaan kami dan yang banyak memberi bantuan serta sokongan dalam menyiapkan tugasan ini. Sekali lagi kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat yang telah memberi sokongan dan dorongan kepada kami. Sekian wassalam.

Dari: Mohd Fazlan Ismail

2.0] Soalan Tugasan 2.1] PENGENALAN Definisi tingkah laku bermasalah adalah sebarang tingkah laku yang boleh mengganggu keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Terdapat pelbagai jenis tingkah laku bermasalah yang dilakukan oleh murid-murid di sekolah, samada tingkahlaku bermasalah jenis minor, major dan kronik, ia diukur mengikut berapa seriusnya masalah itu. Bagi seorang guru, mereka pasti tidak dapat mengelak daripada bertemu dengan masalah ini, seperti saya juga, terdapat berbagai ragam murid di dalam sebuah kelas samada tingkah laku bermasalah minor atau major sahaja. Tingkah laku yang menarik untuk dibincangkan adalah dalam kategori minor adalah murid bercakap pada waktu yang tidak sesuai dan untuk tingkah laku bermasalah major pula, murid yang selalu tidak dapat menyiapkan kerja rumah. Bagi tingkah laku bermasalah minor iaitu murid suka untuk bercakap pada yang tidak sesuai adalah dari kalangan seorang murid lelaki pada kebiasaanya. Sebagai contoh yang paling mudah difahami ialah seperti seorang pelajar tahun dua bernama Nor Luqman Hakim. Antara ciri-cirinya, asalnya dia adalah murid yang aktif di dalam kelas, Luqman sememangnya petah berkata-kata, kadang kala dia memberikan jawapan untuk setiap soalan guru dan guru sering memberinya peluang untuk bercakap. Namun akhirnya ia telah menjadi biasa hinggakan setiap kali guru bercakap, dia pasti akan menyampuk. Jadi ia telah mengganggu pengajaran dan pembelajaran murid-murid lain. Sehinggakan guru boleh terlupa apa yang hendak disampaikan setelah disampuk oleh Luqman. Rakan-rakan sekelas juga sering terganggu dengan sifat Luqman. Masalah ini tidaklah sebesar masalah kronik, namun jika dibiarkan ia boleh bertambah melarat sehinggkan dia boleh menyampuk perbualan orang tua pada masa hadapan. Mungkin akan dikategorikan sebagai kurang ajar.
2

2.2] SEBAB-SEBAB MENGAPA KEADAAN BEGITU BERLAKU

Sebagai seorang guru yang mempunyai suatu etika mestilah dapat mengenal pasti permasalahan yang wujud dalam sebarang aktiviti kelas atau sebarang aktiviti yang melibatkan dua pihak iaitu guru dan murid. Sebagai contohnya, sebagai mana yang dialami oleh Cikgu Mastura yang menghadapi masalah dalam mengelolakan aktiviti di dalam kelas yang mana murid-muridnya mengalami masalah seperti kurang berdisplin, kurang bermotivasi, tidak membri tumpuan dan menggangu proses pengajarannya di dalam kelas. Dalam hal ini, terdapat beberapa sebab dan punca mengapa guru ini mengalami masalah yang sedemikian.

Antara sebab-sebabnya ialah pendekatan yang digunakan oleh guru tersebut adalah tidak berkesan. Dalam hal ini, kebijaksanaan yang perlu diwujudkan dalam kelas mestilah dititkberatkan memandangkan murid-muridnya masih dalam lingkungan golongan kanak-kanak yang memerlukan pendekatan yang berkesan untuk mengawal serta mengajar murid-murid ini semasa menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Apabila guru gagal dalam mengaplikasikan pendekatan yang sesuai dan berkesan terhadap murid-murid, maka akan mewujudkan satu situasi yang tidak teratur dalam pengurusan pengajaran dan pembelajaran seperti mana yang terjadi iaitu sebagai contohnya ialah murid-murid tidak memberi tumpuan dan sabagainya. Sebagai contohnya ialah menggunakan pendekatan secara induktif adalah satu pendekatan yang sesuai dalam melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan ia mampu menarik perhatian tentang aktiviti yang ingin dijalankan.

Selain itu, setelah dianalisiskan tentang punca yang berlaku di dalam kelas Cikgu Mastura ialah cikgu tersebut gagal mewujudkan kesediaan kepada murid yang baik. Dalam melaksanakan sebarang aktiviti yang melibatkan pengajaran dan
3

pembelajaran, Cikgu Mastura gagal untuk menyediakan satu isi pelajaran yang mengikut kebolehan murid-muridnya dan beliau juga boleh didefinisikan sebagai tidak dapat mewujudkan suasana yang kondusif iaitu suasana yang selesa dan tenang semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Ini memungkinkan murd-murid akan berasa bosan dan seterusnya murid-murid tidak dapat memberi tumpuan dan sering mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran.

Masalah yang timbul dalam kelas Cikgu Mastura juga merupakan masalah yang wujud hasil daripada kegagalan mengaplikasikan konsep mengekalkan ingatan dan mengelakkan lupaan. Ini berkaitan dengan isi pengaran yang ingin disampaikan oleh guru kepada murid-murid. Sebagai contoh, penyanpaian pelajaran mestilah dinyatakan secara konkrit kepada abstark. Maka boleh disimpulkan bahawa Cikgu Mastura gagal menyampaikan isi pengajarannya secara konkrit kepada abstrak yang menyebabkan muri-muridnya seringkali meminta guru menerangkan atau menjelaskan semula arahan yang telah diberikan. Secara kasarnya, Cikgu Mastura tidak memberikan nota penting disamping mengilistrasikan hubungan antara fakta dalam carta. Ini akan menyebabkan murid-murid gagal memahami serta mengingati apa yang telah disampaikan oleh guru samada dalam bentuk arahan atau sebagainya.

Selain daripada itu, guru tersebut tidak memotivasikan para murid-muridnya sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Sebagai contoh yang paling sesuai ialah guru mestilah mengadakan set induksi kepada murid-muid agar dapat meransang diri murid-murid lebih bermotivasi serta guru juga boleh menyediakan satu set induksi yang lebih menarik agar dapat menarik tumpuan murid-murid dan lebih fokus. Jika suasana seperti murid-murid berkeadaan tidak bermotivasi, tidak berdisplin dan sebagainya, maka guru tersebut tidak menyediakan set induksi sebelum aktiviti pengajaan dan pembelajaran dijalankan.

Anatara lain ialah guru gagal dalam menyusun kedudukan yang lebih tersusun dan menarik. Ini adalah kerana suasana di dalam kelas mestilah dalam keadaan dan dengan kata lain adalah berkeadaan kondusif. Maka susunan meja amat penting dan perlu keapda strategi yang berkesan supaya semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung dengan lancar. Susunan yang tersusun adalah penting agar penyampaian maklumat dan jelas. Jika dilihat kepada situasi yang berlaku kepada Cikgu Mastura adalah disebabkan susunan yang tidak kondusif yang menyebabkan guru sukar menyampaikan maklumat. Selain itu guru tidak melaksanakan teknik peneguhan selepas proses pengajaran dan pembelajaran selesai. Ini menyebabkan kandunagn pelajaran akan tidak sempurna dan memungkinkan maklumat yang disampaikan akan dilupakan oleh murid-murid seterusnya serta merta objektif pelajaran akan gagal.

2.3] CADANGAN TINDAKAN YANG DIAMBIL UNTUK MENGATASI MASALAH Setelah mengenal pasti masalah, guru perlu menggunakan teknik-teknik memodifikasikan murid. Antara yang boleh dan telah dilakukan oleh saya sendiri adalah dengan menetapkan matlamat tingkah laku yang betul yang harus ditunjukkan kepada murid. Antara yang saya lakukan adalah, mendengar pendapat dan cerita murid tanpa mencelah, kemudian saya menerangkan kepada mereka kita perlu menghormati orang yang bercakap dengan mendengar tanpa menyampuk dan hanya bercakap setelah diberi keizinan atau setelah orang yang bercakap telah habis bercakap. Kemudian saya cuba mempraktikkannya ke atas Luqman sendiri, sehingga dia boleh mengikuti seperti yang dilakukan oleh rakannya yang lain. Cara modifikasi yang lain adalah seperti memberikan peneguhan atas sikapnya yang mengikut matlamat yang telah ditentukan seperti pujian.

Antara cara lain adalah dengan denda seperti memarahinya, mengugut untuk memanggil ibu bapanya datang sekiranya tidak berubah. Dan terakhir adalah dengan memberi peluang akan kepetahannya dengan memasukkannya dalam pertandingan bercerita. Ini supaya bakat yang ada disalurkan dengan cara yang baik. Masalah Luqman ini, tidaklah dapat diselesaikan segera, namun ia berjaya mencegahnya atau membataskan masalahnya ke peringkat yang rendah. Ini kerana ia memerlukan proses yang berterusan untuk memastikan ia berkesan dan melatihnya untuk masa hadapan.

Masalah tingkah laku yang ingin dibincangkan adalah dalam kategori major iaitu sederhana berat dalam tingkah laku bermasalah. Kebanyakan guru memang mempunyai masalah yang sama iaitu murid enggan menyiapkan kerja sekolah. Hampir semua murid di kelas saya agak sukar untuk menyiapkan kerja rumah yang guru berikan. Ada sesetengah murid nampak seperti sangat berminat dan faham terhadap pelajaran yang diajar, namun apabila diberikan kerja masih tidak dapat menyiapkan kerja mereka. Sebahagian yang lain pula gagal menyiapkan kerja rumah
6

atas alasan tidak tahu untuk menyelesaikan soalan-soalan yang diberikan, walaupun telah diterangkan cara menyelesaikannya. Teknik modifikasi yang boleh diambil seperti yang telah saya lakukan adalah, mengambil alternatif lain dengan menukar kerja rumah menjadi kerja sekolah iaitu murid tidak dibenarkan membawa kerja yang diberi ke rumah, tetapi harus menyiapkannya sewaktu di sekolah, samada selepas waktu pengajaran dan pembelajaran atau semasa aktiviti pengukuhan.

Modifikasi lain dengan cara mendenda murid-murid yang tidak menyiapkan kerja sekolah sebagai peneguhan negatif. Peneguhan positif seperti memberi ganjaran untuk kerja rumah yang disiapkan. Bukanlah setiap kali siap kerja sekolah, diberi ganjaran, tetapi guru menyediakan rekod prestasi murid, murid yang paling banyak menyiapkan kerja sekolah akan diberi ganjaran. Cara ini juga boleh menjadi bukti atas kesalahan yang murid lakukan. Kerana gagal menyiapkan kerja sekolah dikategorikan sebagai kesalahan disiplin. Cara ini hampir berjaya memastikan murid menyiapkan kerja sekolah, namun tidak semua yang berjaya dipulihkan. Selain itu, sebagai seorang guru yang berjaya, mestilah mempunyai satu strategi yang berkesan dalam melaksanakan suatu pengajaran terhadap murid samada dalam aspek pengajaran dan pembelajaran di dalam atau di luar kelas. Sebagai contohnya, guru mesti bertindak sebagai seorang yang aktif semasa sesi pengajaran yang berlangsung. Ini lebih kepada strategi pengajaran berasaskan guru. Guru mestilah bergerak aktif semasa di dalam kelas seperti tidak hanya berdiri pada satu tempat, tetapi bergerak bebas di dalam kelas agar murid-murid yang berada di dalam kelas samda di belakang atau di depan dapat mendengar dengan jelas semasa pengelolakan sebarang aktiviti. Maka tidak akan timbul permasalahan seperti murid tidak faham serta membuat bising. Ini bersesuaian dengan peranan guru sebagai seorang pembimbing dan pengawal kelakuan murid. Mengaplikasikan pengajaran berasaskan projek juga merupakan salah satu cara bagaimana permasalahan dapat diselesaikan dengan cara yang sesuai.
7

Kemahiran ini harus diterjemahkan dalam proses pengajaran kerana ia merupakan salah satu pengajaran dan pembelajaran yang berfokus dan lebih kepada berpusatkan pelajar. Kaedah ini lebih menarik kerana ia boleh menghubungkaitkan antara pelbagai bidang dan kesepaduan dengan masalah kehidupan seharian. Permasalahan timbul di dalam kelas adalah kerana salah satu sebabnya ialah pengajaran yang dilaksanakan oleh guru tidak menarik dan menimbulkan kebosanan kepada para murid dan seterusnya akan menjadikan suasana kelas tidak lagi temteram. Maka, melalui kaedah ini murid akan tertarik dan akan memantapkan minat pelajar untuk terus belajar dalam sebarang aktiviti yang dilaksanakan oleh guru. Guru juga boleh melaksanakan aktiviti pengajaran melalui kaedah berasaskan permainan atau menggunakan bahan bantu mengajar. Melalui tindakan ini, ia dapat memotivasikan serta meransang murid-murid dalam aspek kognitif kerana kaedah ini dapat mengaktifkan kemahiran kognitif dan ia adalah dalam bentuk cabaran. Ini bersesuai dengan peringkat kanak-kanak yang lebih cenderung menggunakan unsur - unsur permainan dalam pembelajaran. Penyediaan bahan permaianan tidak lah pada aras yang tinggi tetapi pada tahap yang sederhana seperti permainan saidina, catur dan sebagainya. Maka guru boleh menggunakan peralatan tersebut sebagai unsur-unsur tambahan dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran agar semua murid-murid di dalam kelas pemperolehi ilmu serta maklumat yang sama rata. Guru juga boleh menggunakan pendekatan deduktif iaitu pendekatan yang merujuk kepada penerangan secara umum kepada spesifik. Ini adalah bersesuaian dengan tahap kepintaran murid pada usia kanak-kanak tersebut. Pendekatan yang digunakan ini merujuk kepada bagaimana guru menerang tentang suatu maklumat. Kebiasaanya, guru akan mencertakan atau memberi satu penerangan dan kemudian diikuti dengan perkara-perkara yang lebih spesifik atau yang lebih kecil seperti memberi contoh- contoh yang sesuai berkaitan dengan penerang tadi. Ini sekaligus dapat menambah pemahaman yang lebih manatap dan jelas agar tiada pengulangan akan berlaku.

Guru seharusnya mempunyai kemahiran menerang yang baik agar pengusaan guru sewaktu didalam kelas adalah lebih menonjol. Ini kerana guru sebagai penunjuk ajar dan fasilitator. Tujuan kemahiran ini adalah untuk menyampaikan maklumat, konsep atau isi kandungan pelajaran yang telah ditetapkan. Sebagai contohnya, guru boleh menerangakan tentang sesuatu penerang dengan menggunakan ilustrasi berbentuk gambar. Ini sekurang-kurangnya dapat menarik perhatian murid-murid tentang apa yang ingin disampaiakan kerana penggunaan gambar merupakan salah satu tarikan konkrit. Selain itu, guru juga boleh menghuraikan isi pelajaran dengan merujuk kapada buku teks. Pendekatan secara ini dapat membantu guru menyampaikan isi pelajaran secara tersusun dan menarik supaya apa yang isi pelajaran dapat diterima dan difahami dengan baik oleh para murid. Terdapat beberapa prinsip-prinsip dalam meggunakan kemahiran menerang. Anataranya semasa merancang aktiviti pengajaran seperti memendekkan masa penerangan, melaksanakan pemilihan dan istilah yang tepat. Ini adalah untuk memudahkan murid-murid memahami apa yang disampaikan oleh guru tentang suatu penerangan. Guru juga perlu menggunakan alat bantu mengajar yang sesuai. Dalam aspek persediaan awal iaitu pada tahap memberi contoh ilustrasi, guru seharusnya menggunakan kemahiran variasi iaitu menggunakan kemahiran yang pelbagai. Selain itu, sesi pengajaran berdasarkan pengalaman murid dan menggalakkan soal jawab. Prinsip ini adalah supaya guru menghuraikan sesuatu prosedur atau proses denan betul, menjelaskan sebab-sebab berlakunya sesuatu peristiwa atau membuat ramalan tertentu, meningkatkan pehaman pelajar serta menyampaikan dan menjelaskan isi pelajaran dalam masa yang singkat. Kesannya kepada murid ialah pemahaman isi pelajaran yang cepat, tepat dan mudah, memberi lebih perhatian penerang guru, dapat meransang pelbagai deria pelajar dan memberi pengukuhan tentang apa yang diterangkan.

Di dalam mengatasi masalah keadaan murid yang tidak terkawal semasa guru mengelolakan aktiviti. Beberapa kaedah dan teknk pengajaran boleh digunakan oleh guru-guru. Pertama ialah kaedah sumbang saran. Sumbang saran ialah teknik
9

pembinaan kemahiran yang mudah dan berkesan jika satu tahap kreativiti tinggi dalam pembelajaran yang diingini dapat dicapai. Satu tenet utama pembelajaran konstruktivisme merupakan pentingnya persekitaran pembelajaran yang aktif. Perlaksanaan pembelajaran aktif ialah dengan membahagikan pelajar ke dalam kumpulan kecil dan pelajar boleh berinteraksi serta belaja secara harmoni di samping mewujudkan iklim peembelajaran, di mana perkongsian idea atau maklumat boleh berlaku. Sumbang saran merupakan satu teknik perbincangan yang kreatif untuk mendapatkan beberapa idea daripada sesuatu kumpulan dalam masa yang terkawal.

Sumbang saran merupakan aktiviti perbiincangan, di mana ahli dalam kumpulan besar mengemukakan seberapa banyak idea dengan tujuan menyelesaikan sesuatu masalah. Setiap ahli digalakkan untuk memberikan idea dan idea itu akan dikaji dengan teliti. Idea yang paling sesuai akan diterima sebagai rumusan perbincangan. Keputusan yang dicapai merupakan keputusan kumpulan. Kaedah ini adalah bertujuan untuk melatih pelajar mengemukakan idea atau pandangan yang bernas. Peluang diberikan kepada pelajar menyelesaikan masalah secara bersama. Guru dapat meningkatkan keyakinan pelajar untuk mengemukakan pendapat di hadapan orang ramai dam memupuk semangat berkongsi idea serta menerima pendapat orang lain. Selain itu, ia dapat memupuk sifat-sifat sosial seperti bekerjasama, bantu-membantu dan menghormati pandangan orang lain, di samping menggalakkan perkembangan mental pelajar.

Dalam melaksanakan kaedah sumban saran ini, beberapa peraturan perlu diikuti. Pertama ialah semua idea kecuali jenaka harus diterima dan dicatatkan. Tiada kritikan terhadap mana-mana idea atau cadangan. Selain it, ahli kumpulan harus menambah idea rakan-rakan. Pada analisis akhir, idea bukan kepunyaan individu, tetapi kepunyaan semua ahli. Ketua kumpulan harus cuba menggalakkan semua ahli untuk mengemukakan idea serta memberikan peneguhan positif. Kualiti idea tidak begitu dipentingkan. Namun, ahli digalakkan untuk berfikir dan berintelek. Namun
10

begitu, sumbang saran tidak sesuai untuk pelajar yang lemah keran tidak dapat mengeluarkan idea. Pelajar mungkin tidak dapat memberikan idea jika topik sumbang saran di luar pengalaman. Oleh iu, sumbang saran merupakan satu proses pencetusan idea dan harus dilanjutkan.

Kaedah yang seterusnya ialah kaedah bercerita. Cerita merukan satu sususan kejadian atau peristiwa yang berlaku sama ada benar-benar berlaku atau diciptakan. Bercerita dianggap sebagai satu cabang seni dan memainkan peranan penting sebagai sumber hiburan rakyat, di samping alat pendidikan moral dan nilai dalam kalangan masyaarakat. Keindahan dan kekuatan teknik bercerita lebih terletak pada penggunaan bahasa.

Teknik bercerita bertujuan untuk mencernakan daya kreatif dan imiginasi pelajar, selain melatih pelajar dengan pelbagai kemahiran dan kecekapan bahasa, terutamanya kemahiran lisan (mendengar dan bertutur). Guru yang menggunakan teknik ini sebenarnya ingin menggalakkan pelaja berkomunikasi dengan berkesan dari segi sebutan, nada, intonasi dan ekspresi atau mimik muka.

Apabila bercerita, pelajar dilatih untuk lebih mengenali masyarakat sekitar mereka untuk lebih mengenali masyarakat sekitar mereka dan kehidupan berdasarkan cerita-cerita yang didengar. Secara langsungnya, pelajar dapat memperluas pengalaman dan pengetahuan dalam pelbagai bidang jika cerita berkait dengan kehidupan seharian. Di samping itu, pelajar digalakkan untuk mendengar cerita secara kritis supaya lebih matang dan berketrampilan. Dalam proses penceritaa, pelajar dapat menghayati nilai-nilai murni melalui permodelan watak-watak baik yang ditonjolkan dalam cerita.

11

Kaedah ketiga yag boleh digunakan ialah perbincangan. Perbincangan merupakan satu proses aktif yang melibatkan guru dan pelajar dalam persekitaran pembelajaran. Situasi wujud di mana guru membentuk suatu pandangan dan harus bekebolehan memudah cara pelbagai pertukaran idea dalam kalangan pelajar. Perbincangan bukan sahaja meransang interaksi antara pelajar secara bermakna, juga menggalakkan pelbagai pembelajaran yang merangkumi kandungan, kemahiran, sikap dan proses-proses pembelajaran. Selian itu, perbincangan merupakan satu teknik yang boleh meningkatkan kemahiran pemikiran dan pertuturan pelajar. Selain itu, perbincangan merupakan cara untuk merangsang pemikiran analitik.

Perbincangan digunakan oleh guru untuk mencpai tiga objektif pengajaran, iaitu meningkatkan pemikiran dan membantu pelajar membina kefahaman kandungan, merangsang penglibatan serta membantu pelajar menguasai kemahiran komunikasi dan proses pemikiran. Antara elemen penting yang perlu diambil berat oleh guru apabila ingin menggunakan teknik pbincangan ialah matlamat dan objektif, saiz kumpulan, susun atur bilik dan pemilihan topik.

Dalam melaksanakan sesi perbincangan ini, terdapat empat perkara yang perlu diteliti iaitu proses dan interaksi, peranan dan tanggungjawab, kepimpinan dan kejeleketan. Proses di dalam perbincangan kumpulan adalah interaksi verbal. Proses komunikasi amat penting untuk menjayakan perbincangan. Pelajar perlu dibimbing untuk menguasai kemahiran mendengar apabila rakan berbincang serta dapat memberikan respons yang sesuai. Penglibatan setiap pelajar dalam perbincangan merupakan sebahagian daripada proses perbincangan.

Guru dan elajar harus sedar akan peranan dan tanggungjawab masing-masing. Contohnya, guru akan berperanan sebagai fasilatator di mana beliau akan membimbing pelajar dengan kemahiran, memberikan bahan dan peluang kepada pelajar untuk
12

menentukan pengalaman pembelajaran. Selain itu, guru harus bergerak dari satu kumpulan ke satu kumpulan yang lain, mendengar, memerhati dan menggalakkan setiap pelajar untuk melibatkannya. Manakala dalam setiap kumpulan, terdapat seoang ketua kumpulan dan seorang pencatat. Peranan ketua dan pencatat boleh digilirkan antara ahli kumpula. Keberkesanan aktiviti kumpulan in bergantung pada guru bagi menyediakan peluang kepada pelajar untuk mengambil bahagian dalam pelbagai peranan.

Di dalam perbincangan, kepimpinan adalah amat penting. Pernanan sebagai ketua kumpulan merupakan seorang yang mempunyai autoriti dan mewakili kumpulan sebagai jurucakap. Sebelum memilih ketua, guru perlu menjadi model kepada pelajar. Guru juga perlu berkemahiran memulakan perbincangan, meminta pandangan daripada pelajar, memperjelas pernyataan dan meminta pandangan setiap pelajar. Maka, dengan memodelkan tingkah laku yang berwibawa, guru akan menjadi teladan kepada pelajar yang dipilh sebagai ketua nanti.

2.4] KESIMPULAN

13

Dalam melaksanakan sebarang aktiviti, guru harus menyedikan penyediaan yang lengkap dalam semua aspek agar sebarang objektif pengajaran yang telah ditetapkan akan tercapai dengan jayanya. Sehubungan dengan ini, perkara-perkara yang penting dalam menjayakan sebarang aktiviti adalah pada tahap yang terbaik adalah seperti menggunakan pendekatan-pendekatan yang sesuai dengan tahap murid-murid dalam kelas tersebut. Sehubungan dengan itu, pendekatan seperti deduktif mesti diterapkan dalam sesi pembelajaran. Selain itu, penggunaan teknik-teknik pengajaran yang sesuai adalah penting seperti teknik perbincangan, sumbang saran dan sebagainya supaya penyampaian yang ingin disampaikan akan dapat diterima oleh murid-murid. Guru harus menilai samada kaedah pengajaran akan dapat diguna pakai secara berkesan agar punca dan sebab-sebab yang wujud hasil daripada kegagalan dalam pengajaran dan pembelajaran akan dapat di kaji. Maka, penyebab yang terjadi tersebut akan dapat dijadikan sebagai batu loncatan, iaitu pemangkin kepada penambahbaikan dalam proses pengajaran kepada murid. Disamping itu, guru juga mesti memiliki kemahiran menerang yang baik agar apa yang diajar disampaikan dengan baik seperti mempunyai suara yang jelas, lantang serat berintonasi dan sebagainya.

3.0] REFLEKSI

14

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana saya telah berjaya menyiapkan kerja khusus Murid Dan Alam Belajar dengan jayanya. Saya telah menghantar tugasan ini tepat pada masanya tanpa sebarang masalah. Saya berasa amat gembira kerana ditugaskan oleh pensyarah saya, Puan Mariah untuk menyiapkan kerja khusus ini.

Melalui kerja khusus ini, saya telah mendapat sedikit sebanyak pendedahan dan pengetahuan. Dengan kata lain, tugasan ini telah memantapkan pemahaman saya dalam Murid Dan Alam Belajar ini. Saya dapat berfikir dengan lebih kreatif dan kritis sekaligus dapat menyelesaikan semua masalah yang wujud dalam kehidupan seharian tanpa melalui banyak masalah. Saya telah membuat dan mencari bahan rujukan di perpustakaan Institut Perguruan Kota Bharu(IPKB). Selain itu , saya juga mencari maklumat tentang kehendak tugasan ini di internet.Ini semua telah memudahkan saya untuk menyempurnakan tugasan ini.

Tetapi dalam pelaksanaan tugas ini, saya menghadapi sedikit masalah pada permulaan tugasan ini. Pada asalnya,tugasan ini agak kabur dari segi langkah dan cara kerja. Hal ini telah menyukarkan saya. Syukurlah saya mempunyai rakan sekelas yang begitu ambil berat dan memahami. Mereka banyak membantu saya dalam proses menyelesaikan kerja khusus ini.tidak cukup dengan itu, tunjuk ajar dari pensyarah saya telah memantapkan lagi langkah pelaksanaan tugasan ini.Sejelasnya, ia telah menambah dan meningkatkan kemahiran saya dalam mengemudi tugasan ini dengan lebih berkesan. Saya juga berasa untung kerana pensyarah saya sudi menerangkan dengan lebih terperinci bagaimana unutuk menyiapkan tugasan ini.

Sebagai pengakhirannya,saya amat berpuas hati dengan hasil tugasan ini dan mampu menyiapkan kerja khusus yang mencabar ini dengan baik sekali. Saya berharap akan mendapat tugasan seperti ini lagi di masa akan datang kerana tugasan seperti ini banyak membantu saya untuk meningkatkan lagi kefahaman saya khususnya
15

dalam Bahasa Melayu. Dengan pengalaman dan ilmu yang diperolehi hasil daripada tugasan ini , saya Mohd Fazlan bin Ismail, akan sedaya upaya mengamalkan konsepkonsep Murid Dan Alam Belajar secara kreatif dan kreatif apabila menjalankan khidmat sebagai seorang pendidik suatu nanti.

Wassalam.

4.0] RUJUKAN

16

Ab. Rahman Ab. Rashid & Hajah Wan Som Mamat, 1995. Bahasa Melayu, Bahasa dalam Komunikasi dan Proses Komunikasi, Petaling Jaya: Longman Malaysia Sdn. Bhd http://www.scribd.com/doc/4853347/Perkembangan-Fizikal-dan-Kognitif-Kanakkanak http://www.scribd.com/doc/18576825/Konsep-Pengajaran http://mekkelate.files.wordpress.com/2008/03/komunikasiberkesan.pdf http://www.scribd.com/doc/15081191/konsep-pengajaran http://www.scribd.com/doc/15466056/Kepentingn-Guru-Belajar-Psikologi http://kplijulai08intake.blogspot.com/2009/02/tingkah-laku-bermasalah.html http://www.ipkb.edu.my/epub/akademik2007.pdf http://pendaftar.usim.edu.my/index.php? option=com_docman&task=doc_view&gid=138&Itemid=43 http://www.scribd.com/doc/15874404/Tingkah-Laku-Bermasalah-Disruktif

5.0]

17

LAMPIRAN

18