Anda di halaman 1dari 7

http://sitihayatimohdyusoff.blogspot.com/2011/08/pengalaman-pendidikan-seni-membantu.

html

PENGARUH SENI DALAM AKADEMIK Pendidikan Seni juga dapat membantu pelajar-pelajar yang berisiko. Alkema (1971) menjelaskan bagaimana seni boleh membantu pelajar yang kekurangan. (OKU). Seni boleh membantu pelajar berfikir sendiri, ekspresi diri, perkembangan mental dan penemuan-penemuan idea baru, mencari penyelesaian baru, kesedaran mental, pemerhatian dan imbas semula pengalamanpengalaman masa lalu. Seni membantu individu menyelesaikan konflik diri. Menurut satu kajian, pelajar yang mengambil mata pelajaran seni lulus dengan keputusan 100%. Apa yang menariknya dalam kajian ini pelajar-pelajar yang cenderung gagal telah lulus dalam mata pelajaran ini. Para pendidik telah berpendapat bahawa apabila kita menggunakan lebih daripada satu kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) iaitu lisan, penglihatan dan kinestatik, pengukuhannya adalah jauh lebih baik. Kesabaran dalam seni mengajar seseorang individu agar sabar, dan terus berusaha dalam mata pelajaran yang lain. Seni sebagai satu mata pelajaran yang menarik dan memberi ruang untuk ekspresi diri tetapi perlu juga berdisiplin dan bertanggungjawab. Sebagaimana yang kita ketahui selain kekuatan yang ada dalam mata pelajaran seni ini, ia juga merupakan satu mata pelajaran yang adventure atau mencabar dan indah. Justeru, seni perlu kepada seseorang yang kebal dengan kritikan

John Adams (2000) pernah berkata, seseorang individu itu sering berkonflik dengan keinginan diri sendiri dan kita semua sering mengaitkannya dengan wang ringgit dan kehendak. Pada pendapat kita apa-apa yang tidak memberikan pulangan wang ringgit adalah tidak berguna. Tetapi seni merupakan sesuatu yang unik dan menarik yang patut dipelajari. Kita tidak boleh mengabaikan pendidikan seni di sekolah. Dulu seni hanya dipelajari oleh golongan bangsawan yang kaya raya, tetapi kini seni boleh dipelajari oleh sesiapa sahaja, semua golongan tidak kira miskin ataupun kaya. Adalah satu kerugian jika tidak mempelajari seni kerana ianya sesuatu yang cukup bermakna dalam menjalani kehidupan seharian.. Seni kini boleh dipelajari di sekolah-sekolah menengah dan wajar ianya diwajibkan sebagai mata pelajaran teras atau utama di sekolah-sekolah menengah. Tetapi ada yang tidak dapat menerima seni dengan alasan ianya tidak sesuai dan agak lucah. Ini kerana kadangkala gambar-gambar bogel atau separa bogel sering disalah ertikan. Punca keadaan ini adalah disebabkan pengetahuan tentang seni terlalu cetek dan mereka tidak lihat seni itu sebagai sesuatu yang bermakna penuh dengan simbol-simbol atau metafora(perlambangan). Hasil seni dan produk seni sebenarnya hasil dari pengumpulan idea, emosi, perasaan dan dibantu dengan ilmu-ilmu lain maka tercipta hasil seni yang dibanggakan. Justeru seni amat penting dalam kehidupan mereka dan merupakan sebahagian dari kehidupan. Cuma menjadi persoalan apabila pendedahan seni itu tidak diperjelaskan secara langsung kepada masyarakat. Perlakuan negatif dari pengamal menyebab seni diperlekehkan. Sedangkan seni sebagai agen perubahan masyarakat dan bukan hanya untuk golongan lemah sahaja. (pelajar lemah)

Justeru guru yang baik dan berkesan dalam P&P Pendidikan Seni akan menjelaskan tentang kepentingan penghayatan dalam setiap kegiatan seni. Ini diperjelaskan oleh Robinson (1990);

.................... making and appraising are both.... of equal and fundamental importance in art education: each is important in itself...............

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2003&dt=0514&pub=Utusan_Mal aysia&sec=Rencana&pg=re_07.htm

Menyaingi kehebatan pendidikan Korea Selatan


Oleh ROHANA MAN (wartawan utusan)

(Bahagian Kedua) PENDIDIKAN ideal Hongik Ingan, Kementerian Pendidikan dan Pembangunan Sumber Manusia Korea Selatan melengkapkan dan menyelaraskan polisi pendidikan, penerbitan dan pendekatan buku teks di negara itu secara menyeluruh. Hongik Ingan bermaksud perluasan kesejahteraan hidup manusia menerusi bidang pendidikan. Untuk mencapainya maka sumbangan daripada pihak pentadbir dan sokongan kewangan daripada setiap peringkat sekolah serta agensi pendidikan tempatan digerakkan bagi menyediakan dan melaksanakan sistem latihan perguruan yang berkualiti. Sistem itu diharap dapat membantu pembangunan sumber manusia dan pelaksanaan pendidikan sepanjang hayat di Korea Selatan. Kualiti juga diberi penekanan dalam mencapai polisi pendidikannya iaitu mempromosikan kualiti kehidupan yang tinggi di kalangan rakyat negara tersebut. Selain itu, kualiti diperlukan untuk menukar Korea Selatan menjadi sebuah negara yang ke hadapan dalam bidang ciptaan-pengetahuan dengan menyatukan asas pendidikan rendah dan menengah, mengukuhkan pendidikan ke arah kesejahteraan dan mengukuhkan sistem pembangunan sumber manusianya. Ini dilakukan dengan perancangan dan pelaksanaan sistem pendidikan yang bersepadu serta meminda mana-mana yang tidak sesuai mengikut keperluan semasa. Jika diteliti kehebatan sistem pendidikan di Korea Selatan, kita sebenarnya boleh menyainginya. Cuma sedikit masa diperlukan ke arah itu. Ini kerana terdapat beberapa persamaan di antara sekolah di Korea Selatan dengan Malaysia. Misalnya, kedua-dua negara mempunyai sekolah vokasional dan teknik, sekolah bestari dan sekolah khas untuk pelajar terpilih. Di Malaysia, jumlah sekolah vokasional dan teknik ialah 86 buah manakala sekolah bestari sebanyak 84 buah. Kita juga mempunyai sekolah khas untuk pelajar terpilih iaitu Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM). Di pihak Korea Selatan, negara itu mempunyai lima buah sekolah Internet seperti Sunrin Internet High School yang konsepnya sama seperti sekolah bestari di Malaysia.

Kemudahan Yang sedikit berbeza ialah kemudahan infrastruktur pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolahsekolah Korea Selatan lebih baik dan ke hadapan berbanding dengan negara kita. Di Malaysia, sekolah bestarinya masih mencuba P&P dalam empat mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Tetapi di Korea Selatan, setiap sekolah dilengkapi dengan dua buah makmal komputer dan nisbah pelajar dan komputer adalah munasabah. Kelas yang lebih kecil iaitu purata 35 pelajar satu kelas membolehkan lima atau enam pelajar berkongsi satu komputer di dalam kelas. Dalam hal ini, ternyata Korea Selatan meninggalkan kita dari segi menyediakan kemudahan infrastruktur kepada guru dan pelajar. Di sekolah Internet pula, semua guru dibekalkan sebuah komputer manakala setiap pelajar disediakan sebuah komputer untuk P&P di dalam kelas. Tinjauan Utusan Malaysia di Sunrin Internet High School mendapati para pelajar mengikuti P&P dari meja masing-masing yang dilengkapi sebuah komputer. Setiap kelas juga mempunyai kemudahan projektor, LCD, layar putih dan sistem bunyi yang berkualiti. Sesungguhnya sekolah-sekolah di Korea Selatan mampu melahirkan pelajar yang berdikari dan mampu mencipta kerjaya sendiri terutama dalam bidang sains dan teknologi. Merasakan itu tidak mencukupi maka Korea Selatan menubuhkan sekolah tinggi sains pada tahun 1983. Sekolah Tinggi Sains Gyeonggi di Suweon merupakan sekolah tinggi sains pertama di Korea Selatan dan kini terdapat 16 buah sekolah tinggi sains di seluruh negara itu. Hanya pelajar yang berbakat dalam bidang sains berpeluang menjejakkan kaki ke sekolah itu. Kemasukan ke sekolah itu adalah berbeza bagi setiap daerah dan sekolah. Misalnya, pemilihan pelajar ke Sekolah Tinggi Sains Seoul dilakukan oleh pengetua sekolah dan pelajar perlu melepasi tapisan yang ketat. Antara bentuk tapisan ialah memenangi pertandingan dalam Matematik, Sains, Alam Sekitar dan ICT. Kemenangan itu adalah bonus kepada pelajar yang memohon kemasukan ke sekolah berkenaan. Secara umumnya, pemilihan pelajar berdasarkan pencapaian akademik ketika di peringkat sekolah pertengahan, mereka akan berjaya dalam sesi temu duga dan ujian lisan dan memperoleh markah bonus yang banyak. Kurikulum di sekolah sains di Korea Selatan mengandungi 224 unit yang antara lain meliputi mata pelajaran am, mata pelajaran khas dan aktiviti kelab. Antara mata pelajaran khas ialah Matematik, Fizik, Kimia, Biologi, Sains Bumi manakala subjek elektif yang ditawarkan di setiap jabatan ialah sains komputer, sejarah sains dan membaca buku bahasa asing. Dalam pembangunan sumber tenaga separuh mahir dan mahir pula, Korea Selatan begitu teliti dalam melaksanakan kurikulum sekolah vokasionalnya.

Pengajar Perubahan dilakukan mengikut keperluan semasa dan terkini pada tahun lalu apabila kerajaan memberi penekanan baru kepada kewujudan sekolah itu. Kini sekolah vokasional di negara itu dikategorikan mengikut pengkhususan bidang seperti pertanian, teknologi, perdagangan, perikanan dan industri marin serta ekonomi rumah tangga. Pada masa sekarang terdapat 28 buah sekolah tinggi pertanian; 77 buah sekolah tinggi teknikal; 221 buah sekolah tinggi perdagangan dan 275 buah sekolah tinggi vokasional/aneka jurusan. Dari segi peperiksaan pula, ternyata Korea Selatan lebih memberi penekanan kepada kebolehan pelajar berasaskan minat dan kemahiran. Ini sejajar dengan amalan sekolah di negara itu yang memilih pelajar untuk kemasukan ke kelas berdasarkan keputusan pertandingan akademik yang disertai oleh pelajar. Berdasarkan keputusan masing-masing, pelajar akan ditempatkan ke dalam kelas yang menawarkan kurikulum yang mereka minati dan mampu melakukannya. Di Korea Selatan juga, pencapaian akademik pelajar dinilai oleh guru kelas. Penilaian dibuat berdasarkan pemerhatian guru sepanjang tahun dan aspek yang banyak diberi perhatian ialah kemahiran murid di dalam kelas. Peperiksaan juga dibuat berasaskan sekolah iaitu setiap sekolah mempunyai modul peperiksaan sendiri. Ini kerana tiada peperiksaan berpusat kebangsaan diadakan sepertimana di Malaysia yang menilai pencapaian pelajar melalui peperiksaan berpusat seperti Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Mungkin inilah antara faktor kejayaan sistem pendidikan Korea Selatan dalam melahirkan masyarakat pelajar yang berdikari. Dengan ini, lulusan sekolah, kolej dan universiti di Korea Selatan tidak terlalu bergantung kepada kerajaan untuk mendapatkan pekerjaan. Ilmu yang diperoleh sepanjang persekolahan dan pengajian menjadi kunci kepada mereka untuk mencipta kerjaya sendiri. Mereka juga mampu membangunkan ekonomi mengikut acuan dan kebolehan sendiri tanpa perlu bergantung kepada negara maju yang lain.

Anda mungkin juga menyukai