Anda di halaman 1dari 6

PERANAN GURU PENDIDIKAN MORAL KE ARAH PERPADUAN

PENGENALAN Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum dan etnik yang hidup secara harmoni. Pembentukan negara Malaysia ini dapat dilihat sejak dari zaman

Kesultanan Melayu Melaka lagi, menjadi contoh kepada pembentukan negara yang ada sekarang. Malaysia menjadi sebuah negara yang unik dan istimewa kerana walaupun penduduknya berbilang bangsa,agama dan kebudayaan , namun konflik atau pergaduhan kaum jarang berlaku. Kejadian 13 MEI 1969 menjadi asas kepada pembentukan Malaysia sebuah negara yang aman dan harmoni. Sejak peristiwa itu, masyarakat Malaysia amat sensitif untuk memikirkan ke arah kehidupan yang lebih harmoni dan aman damai tanpa memikirkan kepentingan sesuatu kaum sahaja. Semasa usaha menuju ke arah kemerdekaan negara yang berdaulat, pemimpin negara kita menghadapi masalah untuk mencapainya kerana tiada perpaduan di kalangan masyarakat pada masa itu. Ini semua berlaku akibat kepelbagaian budaya,bahasa dan agama. Malahan, setiap kaum ingin mejadikan bahasa ibunda mereka sebagai bahasa kebangsaan negara kita pada masa itu. Ini semua berlaku akibat prasangka antara satu sama lain. Perkara ini semuanya berlaku akibat dari sistem penjajahan yang dilaksanakan oleh pihak penjajah terutamanya pihak Inggeris yang mengamalkan dasar pecah dan perintah terhadap penduduk Tanah Melayu waktu itu. Dasar ini mengakibatkan penduduk Tanah Melayu hidup secara kelompok masing-masing tanpa ada pergaulan antara kaum. Pengasingan kaum mengikut dari segi tempat tinggal dan bidang ekonomi ini secara tidak langsung telah mengakibatkan mereka kurang berinteraksi antara satu sama lain dan akhirnya mewujudkan tembok pemisah dan seterusnya menjejaskan perpaduan kaum di Tanah Melayu ketika itu. Maka jelaslah sebagai guru pendidikan moral penting untuk kita, memainkan peranan dan mengambil kesempatan untuk menjelaskan isu-isu untuk membentuk perpaduan antara kaum dan etnik melalui pengajaran secara langsung dan tidak langsung. Isunya Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum . Kita melihat perbezaan bukan sahaja dari segi etnik malahan dari aspek ekonomi, kebudayaan dan agama. Sesuatu etnik adalah mustahil untuk menjadi etnik yang lain. Maka struktur ekonomi, budaya dan pendidikan telah dijadikan pemangkin untuk mencapai perpaduan. Maka jelaslah sebagai guru pendidikan moral di sekolah menjadi rujukan antara pelajar pelbagai kaum. Ia bukan sahaja tempat untuk menimba ilmu malah ia juga menjadi alat memupuk perpaduan di kalangan pelajar. Integrasi di peringkat sekolah rendah adalah penting untuk perpaduan. Peranan guru bagi pihak masyarakat perlu mengambil pelbagai langkah agar perpaduan serta integrasi dapat dipupuk sejak dari bangku sekolah dan di luar sekolah untuk menjadi masyarakat pemimpin masa hadapan.

Kurikulum seragam Sebagai guru pendidikan moral ,perpaduan di peringkat sekolah dapat dicapai dengan mengikuti kurikulum yang seragam untuk semua sekolah. Kurikulum boleh dikatakan sebagai bidang pelajaran di sekolah. Menurut Mok Soon Sang, kurikulum merangkumi pengalaman kehidupan nyata dan tidak nyata yang diplih, diorganisasi dan disusun oleh sarjana pendidikan dan pakar kurikulum dengan secara teliti dan

profesional, demi menjadikan pelbagai jenis aktiviti pembelajaran nyata dan tidak nyata seperti yang dijalankan dalam dan luar bilik darjah, dalam dan luar sekolah, untuk semua peringkat persekolahan. Contohnya semua mata pelajaran pendidikan moral di ajarkan di peringkat sekolah mestilah sama tajuk yang menjuruskan ke arah pemahaman sayangkan perpaduan.

Kokurikulum

Sebagai semaikan

guru dan

pendidikan serapkan

moral

juga

boleh aktiviti

dalam

kokurikulum. Kokurikulum merupakan satu saluran pembelajaran yang berasaskan gerak kerja yang terancang. Kepentingan pelaksanaan aktiviti ini setara dengan kepentingan pelaksanaan aktiviti di dalam bilik darjah kerana peranannya juga turut menjadi penyumbang dan pelengkap kepada keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di sekolah keseluruhannya. Aktiviti-aktiviti kokurikulum membantu pelajar untuk

menambah,mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang telah dipelajari di dalam bilik darjah. Peranan utama kokurikulum ialah untuk memupuk dan mengeratkan hubungan di kalangan pelajar dan juga antara sekolah dengan masyarakat. Contohnya melalui pengelibatan unit uniform pengakap,PBSM,KRS,pandu puteri dan puteri islam dengan ini perpaduan mula berpucuk di kalangan pelajar dan secara langsung

menuju ke arah integrasi nasional.

Aktiviti Sukan

Sukan juga menjadi salah satu daripada alat perpaduan di peringkat sekolah. Guru pendidikan moral perlulah mengambil peluang dengan aktiviti di sekolah seperti sukan sekolah ,dengan menyerapkan nilai-nilai murni dalam sukan untuk kea rah perpaduan antara pelajar yang berbagai kaum.Contohnya sukan sekolah dijalankan di sekolah bukan semata-mata untuk kesihatan tetapi juga untuk perpaduan di kalangan masyarakat. Matlamat utama hari sukan ialah mewujudkan persefahaman, semangat kekitaan dan perpaduan diantara pelajar-pelajar sekolah. Pada hari sukan, semua pelajar akan terlibat dalam sesuatu aktiviti permainan, perarakan dan perhiasan khemah dengan bersatu padu tanpa mengira apa-apa jua tetapi sebagai satu kumpulan yang majmuk. Ini menuju ke arah mendidik perpaduan di antara palajar-pelajar.

Program anak angkat Aktiviti program anak angkat merupakan satu rancangan pertukaran pelajar untuk sesuatu aktiviti demi kebaikan pelajar. Selalunya ia berfokuskan kepada pembinaan perhubungan yang tidak mengira agama, bangsa dan negara atau dengan kata lain menuju perpaduan. Program anak angkat dijalankan oleh pihak sekolah contohnya ke rumah keluarga angkat yang berlainan kaum. Contohnya melayu,cina dan india. Seseorang pelajar dapat mengenali ciri-ciri kehidupan dan kebudayaan sesuatu tempat melalui keluarga angkat yang berlainan bangsa. Dengan ini, wujudlah persefahaman dan perpaduan di antara pelajar dan penduduk sesuatu tempat. Ia juga menjurus kepada tercapainya integrasi nasional dan memupuk perpaduan antara pelajar ,keluarga dan seterusnya masyarakat.

Program perkhemahan Guru pendidikan moral juga boleh menganjurkan program perkhemahan. Aktiviti

perkhemahan merupakan aktiviti yang dijalankan oleh badan-badan beruniform seperti pengakap, pandu puteri, bulan sabit merah dan sebagainya. Dalam setiap unit ini ada pelbagai lapisan kaum yang berkumpul di sini.Tujuan utama aktiviti-aktiviti perkhemahan ini dianjurkan adalah untuk memupuk perpaduan dan membentuk integrasi di kalangan pelajarpelajar dan peserta-peserta perkhemahan. Semangat kekitaan akan mula bercambah

apabila menjalankan aktiviti-aktiviti secara kumpulan dan berkerjasama untuk mengharungi segala cabaran semasa aktiviti. Kerjasama antara satu sama lain dan tolong-menolong akan membentuk sikap bersatu padu antara pelbagai kaum. Dengan ini wujudlah perpaduan di antara peserta-peserta perkhemahan yang datang dari sekolah yang berbeza, latar belakang yang berbeza dan kebudayaan berbeza Melayu Cina,India kadazan dan pelbagai kaum lain. Aktiviti program perpaduan Sebagai guru pendidikan moral boleh merancang program dengan mengadakan kempen, aktiviti dan program-program yang berkaitan dengan perpaduan kaum untuk merapatkan jurang perkauman di kalangan para pelajar. Sekolah bolehlah mengadakan aktiviti seperti 'Larian 1 Malaysia' yang boleh memainkan peranan dalam memupuk kepentingan antara kaum .Dengan mengumpulkan semua warga sekolah yang berbilang bangsa turut bersama menyertainya. Selain itu, kempen kesedaran boleh diadakan dalam kalangan pelajar dengan menerangkan kesan daripada aktiviti ini menghasilkan perpaduan. Ini disebabkan semangat ini perlu di pupuk daripada aktiviti,akan timbul semangat bekerjasama dalam kumpulan yang besar. Anjuran gotong royong Guru pendidikan moral juga boleh semaikan semangat kejiranan kepada para pelajar untuk menjaminkan perpaduan kaum. Negara kita yang berbilang kaum iaitu Melayu, Cina, India dan lain-lain. Dengan ini, kebanyakan jiran-jiran kita adalah kaum yang berlainan. Oleh itu, semangat kejiranan yang kuat membawa kepada perpaduan. Kita boleh mengadakan gotong-royong ataupun rumah terbuka di kawasan tinggal sendiri yang berdekatan dengan sekolah dalam menjayakan perkara ini. Akhir sekali, ibu bapa para pelajar juga memainkan peranan yang penting dalam isu ini dengan semanagt kerjasama keluar bergotong royong di samping akan bertanya khabar antara mereka yang berlainan kaum. Secara tidak langsung Ibu bapa dan para guru secara tidak langsung mendidik anak-anak mereka tentang

kepentingan perpaduan antara kaum dalam aktiviti ini. Pemikiran positif tentang perpaduan perlulah dipupuk sejak kecil kerana fikiran anak dan remaja yang masih mentah. Melalui aktiviti ini jelaslah peranan guru amatlah penting membentuk budaya perpaduan.

Program anak angkat

Aktiviti Sukan

Kurikulum seragam

Program perkhemahan

PERANAN GURU PENDIDIKAN MORAL KE ARAH PERPADUAN

Kokurikulum

Anjuran gotong royong

Aktiviti program perpaduan

Rajah : Peranan guru pendidikan moral

Kesimpulan Maka jelaslah bahawa peranan guru pendidikan moral amat penting semasa proses pengajaran sama ada secara formal atau tidak formal .Aspek perpaduan kaum perlu diberi perhatian serius dan penekanan yang menyeluruh oleh para Peringkat guru dan semua pihak.

awal terutamanya para pelajar sekolah rendah perlu didedahkan betapa

pentingnya perpaduan dalam arus masyarakat Malaysia yang besifat majmuk ini. Perkara ini turut melibatkan sistem pendidikan negara kerana melalui pendidikanlah, generasi pelajar dapat membentuk dan mencorakkan masyarakat Malaysia pada masa hadapan. Ianya selaras dengan pepatah Melayu iaitu melentur buluh biarlah dari rebungnya. Mereka ini perlu dan semestinya didedahkan bahawa perpaduan kaum begitu bermakna dan akibat buruk yang akan timbul daripada sikap curiga mencurigai di antara mereka. Dapat disimpulkan bahawa, peranan seorang guru dalam mewujudkan perpaduan dikalangan

para pelajar amatlah besar. Namun, kerjasama dari pihak yang lain juga perlu dalam merialisasikan perpaduan ini.

Rujukan: 1. Bunn Nagara (2005). Melihat Wawasan 2020 dengan Jelas. (Online).

http://www.malaysia-today.net-0404

2.

Sekolah Wawasan Lurah Bilut Berkesan. (Online).

http://www.cikgu.net.my

3.

My Wawasan 2020. (Online). http://www.groups.msn.com.html

4.

Sekolah Wawasan. (Online). http://www.emoe.edu.my

5. PENGAJIAN AM 900 : 2013 :: KAJIAN ISU-ISU SEMASA Page 1 of 1

Anda mungkin juga menyukai