Anda di halaman 1dari 2

http://www.gurteen.

com

Kaf Ilmu Gurteen


Kafe Ilmu
Kaf Ilmu Gurteen mempertemukan sekumpulan orang untuk membolehkan mereka berbual secara terbuka dan kreatif tentang sesuatu tajuk yang boleh mengundang minat yang sama bagi memaparkan pengetahuan kolektif, berkongsi idea bagi memperoleh kefahaman yang lebih mendalam tentang sesuatu isu yang berkaitan. Akhirnya, perbualan itu akan mencetus tindakan untuk membuat keputusan yang lebih baik dan menghasilkan pembaharuan.

Apa yang anda perlukan?

Nilai perbualan yang terbuka dan kreatif


Perbualan yang terbuka dan kreatif mewujudkan dialog, bukannya pendebatan. Bukan juga untuk mempertahan pendirian, malah berusaha ke arah saling memahami melalui pertukaran idea dan pandangan yang berterus terang. Khususnya: Jangan membuat andaian, elakkan meneka Saling memperhatikan dan mendengar Menerima perbezaan dan menghayati perbezaan itu Membenarkan perkara-perkara larangan dibangkitkan dengan pasti Dengar suara dalaman anda Perlahankan perbincangan Kaji maksud sebenar penutur

Satu tempat yang selesa dan santai, serta terdapat meja dan kerusi untuk 4-5 orang semeja, seelok-eloknya makanan dan minuman ringan disediakan. Sekumpulan peserta dengan jumlah terbaik antara 16-32 orang Seorang fasilitator untuk memudah cara dan memantau kafe itu fasilitator tidak semestinya seorang pakar. Yang penting beliau mestilah seorang pendengar yang baik dengan kemahiran untuk mengendalikan sesuatu majlis. Satu soalan yang berkesan untuk mencetus perbualan. Masa yang dibenarkan antara 1.5 ke -2.0 jam Carta flip tidak diperlukan di bilik tersebut.

Masa adalah sebagai panduan sahaja. Perlu diingat bahawa sesuatu perbualan memakan masa untuk menjadikan ia suatu wacana itu lebih bermakna.

Bagaimana kaedah ini dapat dilaksanakan?

Fasilitator mengambil masa 10-20 minit untuk memperkenalkan Kafe, menjelaskan tujuannya dan melontarkan pertanyaan (jumlah masa yang digunakan sangat bergantung kepada peserta sama ada mereka pernah menyertai Kafe seumpama ini atau tidak) Penceramah jemputan boleh digunakan untuk memperkenalkan tema Kafe dan melontarkan pertanyaan, tetapi masa yang diperuntukkan kepada mereka hendaklah dihadkan. Peserta dipecahkan kepada beberapa kumpulan kecil seramai 4 atau 5 orang untuk membincangkan soalan dalam tempoh 30-60 minit. Atas permintaan fasilitator, peserta akan bertukar kumpulan biasanya sebanyak tiga kali dengan setiap peserta menjalani tiga perbualan kira-kira sepanjang 10-20 minit. Selepas perbualan dalam kumpulan kecil, seluruh kumpulan dihimpunkan semula dalam bentuk bulatan bagi tujuan bertukar-tukar fikiran dalam tempoh 15-30 minit

Peranan fasilitator

Galakkan penyertaan penuh Jangan mempengaruhi perbincangan, sebaliknya hanya berlegar di sekitar kawasan perbincangan dan mendengar apa yang kumpulan katakan Teliti masalah yang timbul dan beri peringatan dengan berhemah tentang peraturan berdialog
GURTEEEN KNOWLEDGE CAF TIPSHEET V1.10 MS

http://www.gurteen.com
Apabila memulakan perbualan dalam kumpulan kecil, beritahu mereka supaya:

Soalan berkesan: Gerbang kepada wawasan, inovasi dan tindakan1


Soalan yang berkesan adalah inti pati kafe ilmu. Anggap ia sebagai pencetus kreativiti dan pemikiran cemerlang. Dengan mengambil kira tiga dimensi soalan yang berkesan pembentukan soalan, skop dan andaian kita boleh meningkatkan keberkesanan soalan yang ditanya yang kesannya akan meningkatkan keupayaan kita untuk menjana wawasan yang dapat membentuk masa depan.

Jangan melantik ketua atau pengerusi Jangan melantik pencatat nota tetapi beri kebenaran kepada peserta mengambil nota mereka masingmasing, jika mereka mahu (ingat, fokus adalah pada perbualan).

Apabila memulakan perbualan dalam kumpulan besar:

Pembentukan Soalan
Pembentukan soalan mampu mewujudkan perbezaan besar sama ada dalam membuka minda kita atau mengecilkan kemungkinan yang pertimbangkan. Dengan menggunakan perkataan ke arah puncak piramid, kita boleh membentuk banyak soalan-soalan yang lebih mantap. LEBIH BERKESAN

Jika boleh, minta peserta membentuk satu bulatan dengan kerusi mereka supaya mereka mudah melihat and mendengar antara satu sama lain bagi membentuk kumpulan yang lebih akrab. Ingatkan mereka bahawa komen mereka perlu ditujukan kepada semua kumpulan, bukan terus kepada fasilitator (matlamat adalah untuk mewujudkan perbualan kumpulan Jemput seseorang untuk memulakan perbualan pada mulanya, perbualan mungkin agak perlahan, oleh itu terimalah suasana senyap buat seketika. Hubungkan perspektif yang berbeza. Pastikan rumusan ringkas dan mudah dan ucapkan terima kasih kepada peserta.

MENGAPA
BAGAIM ANA APA SIAPA, BILA, DI MAN A YANG M ANA, SOALAN YA/ TIDAK

KURANG BERKES AN

Skop
Sesuaikan dan perjelaskan skop soalan setepat yang mungkin supaya ia berada dalam batas dan keperluan yang realistik dalam keadaan sedang anda alami. Elakkan daripada melonggarkan skop soalan terlalu jauh.

Bagaimana anda merekodkan dapatan daripada Kafe Ilmu?


Peserta tidak sepatutnya terganggu dengan cara anda merekodkan kerana mereka perlu benar-benar menumpukan perhatian kepada perbualan. Jalan terbaik bagi mengelakkan gangguan ini ialah dengan melantik pengambil nota luar jika rekod tersebut perlu. Pilihan lain ialah dengan meminta peserta menyatakan satu perkara di bawah bidang pengaruh mereka yang mereka boleh ambil daripada perbualan tersebut.

Andaian
Untuk membentuk soalan yang berkesan, hati-hati dengan andaian di dalamnya dan gunakan soalan tersebut mengikut kesesuaian. Bezakan soalan, Apa kesalahan yang telah kita lakukan dan siapa yang bertanggungjawab? dengan Apa yang dapat kita pelajari daripada apa yang telah berlaku dan apakah kemungkinan yang boleh kita lihat sekarang?. Soalan pertama mengguna pendekatan kesalahan dan menyalahkan; sesiapa yang bertanggungjawab akan rasa bersalah. Soalan kedua menggalakkan kita berfikir dan lebih merangsang pembelajaran dan kerjasama dalam kalangan peserta yang terlibat.

Seni Pertanyaan Berkesan: Memangkin Wawasan, Inovasi dan Tindakan oleh Eric E. Vogt, Juanita Brown, and David Isaacs, 2003

GURTEEEN KNOWLEDGE CAF TIPSHEET V1.10 MS

Anda mungkin juga menyukai