Anda di halaman 1dari 2

Sejarah bola sepak Permulaan Terdapat beberapa bukti yang dianggap samar-samar tetapi boleh diterima sebagai catatan

paling hamper dengan permulaan permainan ini. Jika perbuatan menyepak atau menendang sesuatu diterima sebagai permulaan permainan ini, terdapat empat Negara yang masing-masing mengakui tempat bermulanya bola sepak. Negara-negara itu sebagai Rom Kuno, China, Greece dan Jepun. Juga dipercayai perlawanan bola sepak pertama adalah antara china dengan jepun. Catatan terdapat di muzium di Munich yang yang ditulis oleh seseoraang yang berbangsa Cina, Li Ju. Li Ju mencatatkan tarikh perlawanan ini adalah sekitar tahun 1000 sebelum Masihi. Orang-orang Jepun dikatakan telah bermain bola sepak pada abad pertama iaitu di Kyoto. Orang Rom dan Greek Kuno turut megakui bahawa bola sepak berasal daripada sana. Mereka juga sebagai golongan terawal bermain bola sepak iaitu sekitar 500 tahun sebelum Masihi. Walaubagaimanapun asal usul permainan bola sepak masih kabur. Corak permainan bola sepak pada peringkat awal ini adalah berrbagaibagai. Ada yang menganggap aktiviti bola sepak ini sebagai sebagai satu upacara agama, dan ada juga yang mmenganggap sebagai salah satu aktiviti latihan ketenteraan. Selain daripada catatan tentang sejarah permulaannya, tidak ada pula catatan tentang bagaimana ia dimainkan. Menjelang Selepas Masihi, ada lagi negara yang cuba menonjolkan kepada dunia bahawa bola sepak berasal daripada negara mereka .Umpamanya Mexico dan England. Sekali lagi tiadda bukti konkrit tentang kewujudannya dikedua-dua negara ini. Di England bola sepak dipercayai dimainkan pada tahun 276 Masihi. Dalam salah satu permainan di negara itu, telah berlaku kekasaran yang mengakibatkan sebilangan besar pemain daripada kedua-dua pasukan, serta orang ramai tercedera. Akhirnya pihak pemerintah telah mengharamkanya.

Namun dari segi sambutan penduduknya, ia tidak pula bererti mereka terus menghindarkan diri daripada bermain bola sepak. Pelajar-pelajar sekolah dan universiti turut bermainya. Orang ramai juga masih bermainnya. Akhirnnya pihak pemerintah menarik balik perintah larangan bermain bola sepak. Maka semakin ramailah penduduk negara itu bermain bola sepak.

Anda mungkin juga menyukai