Anda di halaman 1dari 51

TEORI DAN KONSEP NEGARA BANGSA

SAMRI SAINUDDIN
JABATAN PENGAJIAN MALAYSIA FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN UPSI.

SAMRI SAINUDDIN

TEORI DAN KONSEP NEGARA BANGSA

PENGENALAN
Setiap negara harus melalui tiga tahap perkembangan dalam proses pembangunan negara bangsa (Zulhilmi Paidi & Rohani Abdul Ghani, 2003:19), iaitu:
1. Pembentukan kuasa pusat (centre of formation) yang merujuk kepada usahausaha menguatkuasakan kewibawaan awam ke seluruh negara.
SAMRI SAINUDDIN TEORI DAN KONSEP NEGARA BANGSA 2

2. Pembentukan negara (state formation) dengan tujuan memupuk rasa sepunya, patriotisme dan semangat kesetiaan di kalangan rakyat. 3. Pembangunan negara bangsa (nation building) yang merujuk kepada usaha menggerakkan seluruh sumber manusia dan material bagi mencapai kemajuan dan perpaduan.
SAMRI SAINUDDIN TEORI DAN KONSEP NEGARA BANGSA 3

Negara-negara Eropah mempunyai masa yang panjang untuk menyelesaikan peringkat yang terawal pembangunan negara bangsa. Tetapi Malaysia dan lain-lain negara yang merdeka selepas Perang Dunia Kedua terpaksa melaksanakan ketiga-tiga proses tersebut secara serentak dan dengan kadar yang lebih cepat berbanding dengan negaranegara maju (ibid:17).
SAMRI SAINUDDIN TEORI DAN KONSEP NEGARA BANGSA 4

Negara-negara bangsa yang baru dibina sedang mengalami kecelaruan dalam pelbagai aspek seperti:
Kecelaruan politik Kecelaruan budaya Kecelaruan agama Kecelaruan ekonomi Kecelaruan perjuangan - jihad, ekstrimis, teroris Kecelaruan bahasa Kecelaruan identiti
TEORI DAN KONSEP NEGARA BANGSA 5

SAMRI SAINUDDIN

SAMRI SAINUDDIN

TEORI DAN KONSEP NEGARA BANGSA

Cita-cita pembentukann bangsa Malaysia


Satu bangsa Rakyatnya tidak dicirikan dengan perbezaan kaum, kulit dan agama Bangsa yang berjiwa murni, cenderung kepada perpaduan dan mempunyai rasa kepunyaan dan identiti. Idea bangsa Malaysia melalui wawasan 2020 dipelopori oleh YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad.
SAMRI SAINUDDIN TEORI DAN KONSEP NEGARA BANGSA 7

Negara
Negara atau state adalah suatu unit politik yang mempunyai kedaulatan, tanggungjawab dan kuasa menjalankan hal-ehwal pentadbiran sendiri (Zulhilmi Paidi & Rohani Abdul Ghani, 2003:31) Negara bermaksud sekumpulan manusia yang menduduki sesebuah wilayah yang tetap di bawah penyelenggaraan kerajaan dan tidak tertakluk kepada kuasa luar
(K.Ramanathan,1992:119)
TEORI DAN KONSEP NEGARA BANGSA

SAMRI SAINUDDIN

Aristotle
Negara itu wujud untuk memenuhi keperluan hidup manusia dan menjamin jehidupan yang sempurna. Tanpa negara yang mengawal dan mengaturkan kuasa, masyarakat tidak boleh disatukan dan mungkin akan timbul pelbagai masalah dan keadaan akan menjadi kucar-kacir.
SAMRI SAINUDDIN TEORI DAN KONSEP NEGARA BANGSA 9

Konsep negara bangsa


Merupakan gabungan tiga komponen utama (Zulhilmi Paidi & Rohani Abdul Ghani, 2003:31), iaitu: 1. Negara 2. Individu 3. Bangsa

SAMRI SAINUDDIN

TEORI DAN KONSEP NEGARA BANGSA

10

1. Negara
Negara atau state adalah suatu unit politik yang mempunyai kedaulatan, tanggungjawab dan kuasa menjalankan hal ehwal pentadbiran sendiri. Sebuah negara menurut undangundang antarabangsa haruslah mempunyai elemen-elemen berikut:
SAMRI SAINUDDIN TEORI DAN KONSEP NEGARA BANGSA 11

1. 2. 3. 4.

Penduduk (rakyat atau populasi) Wilayah (sempadan) Kerajaan Kedaulatan

SAMRI SAINUDDIN

TEORI DAN KONSEP NEGARA BANGSA

12

1.1. Penduduk
Setiap negara wujud apabila rakyat ataupun penduduk yang mengakui dan mengiktiraf bumi yang dipijak ataupun wilayah yang didiami sebagai tanah leluhurnya. Menurut AC Kapur (2001), rakyatlah yang membina sebuah negara. Tanpa rakyat, negara tidak wujud.
SAMRI SAINUDDIN TEORI DAN KONSEP NEGARA BANGSA 13

1.2. Wilayah (sempadan)


Wilayah sering dirujuk sebagai tanah leluhur ataupun tanah tumpah darah ataupun tempat kelahiran dan berkembangnya sesebuah bangsa. Pembentukan wilayah selalunya berlandaskan kepada keadaan geografi seperti bukit-bukau, gunung-ganang, sungai, lembah atau laut (AC Kapur 2001).
TEORI DAN KONSEP NEGARA BANGSA

SAMRI SAINUDDIN

14

Contoh kerajaan Melayu tradisional


Orang-orang Melayu tradisional yang membuka sesebuah kawasan (lazimnya di tepi sungai) akan mengiktiraf kuasa sebuah kerajaan misalnya Kerajaan Melayu Melaka. Sempadan negara Melayu tradisional bergantung kepada sejauhmana kuasa seseorang raja atau kerajaan itu diterima oleh sesebuah komuniti.
TEORI DAN KONSEP NEGARA BANGSA

SAMRI SAINUDDIN

15

1.3. Kerajaan
Kerajaan adalah lambang kehidupan kelompok manusia dalam keadaan yang teratur dan tersusun serta bersistem. Tanpa kerajaan, kehidupan adalah sukar kerana berlaku perpecahan dan perebutan kuasa. Ia juga boleh menyebabkan berlakunya penindasan daripada bangsa lain dan sekaligus tidak akan wujud sebuah negara yang baik.
SAMRI SAINUDDIN TEORI DAN KONSEP NEGARA BANGSA 16

1.4. Kedaulatan
Kedaulatan adalah pengiktirafan negaranegara lain di sekelilingnya ataupun pihak antarabangsa. Menerusi kedaulatan kewujudan bangsa dan wilayah serta sempadannya akan dihormati. Ia memudahkan kerjasama politik, ekonomi dan sosial yang boleh membawa kepada kemajuan negara.
TEORI DAN KONSEP NEGARA BANGSA

SAMRI SAINUDDIN

17

2. Individu
Individu adalah tenaga penggerak kepada terbinanya bangsa dan seterusnya negara. Hubungan sesama individu akan membentuk kumpulan yang berkongsi ciri-ciri persamaan dan kepentingan. Kumpulan ini kemudiannya akan membentuk bangsa yang motif kewujudannya ialah pemerintahan sendiri dan mewujudkan negara (Kellas, 1998)
SAMRI SAINUDDIN TEORI DAN KONSEP NEGARA BANGSA 18

3. Bangsa
Bangsa adalah
Yang hidup dalam sebuah negara yang sama. Mempunyai ciri yang sama seperti unsurunsur jasmani, politik, dan kebudayaan. Merasakan diri mereka terikat atas asas perkogsian identiti sebagai sebuah masyarakat yang terikat oleh persamaan sejarah, kebudayaan dan nenek moyang.
SAMRI SAINUDDIN TEORI DAN KONSEP NEGARA BANGSA 19

Ciri-ciri sebuah negara bangsa


1. Kehidupan masyarakat dalam negara tersebut adalah bersatu-padu tanpa berlaku pemisahan ataupun diskriminasi. 2. Mereka berkongsi pegangan kepada suatu ideologi politik. 3. Mempunyai kepercayaan dan keyakinan penuh terhadap sistem pemerintahan dan undang-undang negara.
TEORI DAN KONSEP NEGARA BANGSA

SAMRI SAINUDDIN

20

Lima faktor pemangkin pembinaan negara bangsa


1. 2. 3. 4. 5. Integrasi Nasionaliti Nasionalisme Patriotisme Demokrasi

SAMRI SAINUDDIN

TEORI DAN KONSEP NEGARA BANGSA

21

Lima faktor yang mengancam negara bangsa


1. 2. 3. 4. 5. Globalisasi Kepelbagaian budaya Pluralisme Neo-feudalisme Liberalisme

SAMRI SAINUDDIN

TEORI DAN KONSEP NEGARA BANGSA

22

Soalan perbincangan dan kerja kursus


1. Bincangkan sejauhmanakah kelima-lima faktor di atas mampu menjadi pemangkin kepada pembinaan sebuah negara bangsa yang kuat? 2. Huraikan dengan terperinci lima faktor yang menjadi ancaman kepada pembinaan negara bangsa. Pada pandangan anda adakah lain-lain faktor yang boleh menggugat keutuhan negara bangsa tersebut?
SAMRI SAINUDDIN TEORI DAN KONSEP NEGARA BANGSA 23

3. Senaraikan langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan bagi membina sebuah negara bangsa. Berikan penilaian anda, adakah langkahlangkah tersebut beroleh kejayaan? Beri cadangan-cadangan bagi memperbaikinya?
TEORI DAN KONSEP NEGARA BANGSA

SAMRI SAINUDDIN

24

4. Bincangkan maksud istilah dan konsep berikut:


- Negara
Negara kota Tamadun/peradaban Sistem feudalisme Demokrasi Multiethnic Kolonialisme Globalisasi Nasional ideologi

- Negara bangsa
- Ciri-ciri masyarakat bandar/kota - Politik - Raja berperlembagaan - Multicultural - Komunisme - empirialisme - nasionalisme - patronage
25

SAMRI SAINUDDIN

TEORI DAN KONSEP NEGARA BANGSA

5. Berikan pandangan anda terhadap keadaan negara Barat pada abad ke-19 dan awal abad ke-20, berbanding dengan negerinegeri Melayu pada masa yang sama?
6. Semua kaum bukan Melayu yang migrasi ke Alam Melayu sebelum merdeka, telah membawa bersama dan mengekalkan ciri-ciri budaya serta kemahiran-kemahiran yang sedia ada pada mereka dan seterusnya menguasai aspek-aspek ekonomi, sosial dan politik di Alam Melayu. Sejauhmanakah anda bersetuju dengan penyataan tersebut?
SAMRI SAINUDDIN TEORI DAN KONSEP NEGARA BANGSA 26

Ibn Khaldun
Sains politik ialah kajian manusia dalam masyarakat, dan hubungan antara manusia dan masyarakat daripada sudut kuasa, kawalan dan pengaruh. Inti pati sosiologi politik beliau ialah konsep perpaduan sosial atau asabiya.
(Soleh Foghizadeh, 2004:62)

SAMRI SAINUDDIN

TEORI DAN KONSEP NEGARA BANGSA

27

Konsep perpaduan sosial.


Masyarakat adalah semula jadi. Individu tidak dapat pertahankan diri apabila diserang/ancam. Sifat manusia yang agresif tidak mampu mewujudkan kehidupan sosial, kecuali ia dikawal atau disekat pihak berkuasa kenakan undang-undang. Ini akan dapat membantu wujudkan perpaduan sosial.
SAMRI SAINUDDIN TEORI DAN KONSEP NEGARA BANGSA 28

Undang-undang adalah:
formalisasi kawalan sosial, mengehadkan dan mengawal tindakan individu dan, yang pentingnya, mengawal kerajaan dalam melaksanakan kuasa ke atas individu.

SAMRI SAINUDDIN

TEORI DAN KONSEP NEGARA BANGSA

29

Naik turun sebuah negara


Hukum tiga tahap 1. Tahap awal (kelahiran) dan pembinaan negara
-

Tiada tanda kemewahan Hanya memenuhi keperluan asas Asabiya yang tinggi yang menjamin kemenangan. Agama mengukuhkan perpaduan dan mampu menggantikan asabiya.
TEORI DAN KONSEP NEGARA BANGSA 30

SAMRI SAINUDDIN

Asabiya menjadi luntur


Kehidupan menetap membawa kepada
Kemewahan dan kehidupan rasa terjamin Perpaduan menjadi tipis Kerajaan menjadi lemah apabila wujud pelbagai kaum yang mempunyai banyak idea dan kecenderungan yang pelbagai. Mudah berlaku pemberontakan

SAMRI SAINUDDIN

TEORI DAN KONSEP NEGARA BANGSA

31

Tahap 2 menetap dan puncak


Kehidupan menetap membawa kepada pembentukan bandar dan negara. Memiliki sistem pemerintahann yang tersusun dan didominasi oleh golongan elit. Mereka melemahkan pemilik-pemilik kuasa asabiya. Kehidupan bandar dan kemewahan akan melemahkan sifat-sifat kasar kepada lemahlembut dan semangat asabiya menjadi tipis.
SAMRI SAINUDDIN TEORI DAN KONSEP NEGARA BANGSA 32

Tahap 3 tua dan nyanyuk


Dicirikan oleh kehancuran politik dan ekonomi.
Monopoli kuasa Peningkatan kehidupan mewah dan boros Keruntuhan perpaduan. Rasuah Kemewahan menambah perbelanjaan rakyat dan negara membawa kepada muflis.
SAMRI SAINUDDIN TEORI DAN KONSEP NEGARA BANGSA 33

Al-Farabi
Manusia memerlukan masyarakat untuk membantu dan bekerjasama sengan menyatukan usaha-usaha perseorangan mereka. Dalam usaha bersama ini, setiap individu akan meyumbangkan bahagiannya yang khusus dan berbeza untuk mencapai matlamat masing-masing.
TEORI DAN KONSEP NEGARA BANGSA

SAMRI SAINUDDIN

34

SAMRI SAINUDDIN

TEORI DAN KONSEP NEGARA BANGSA

35

Pelbagai individu dan kumpulan akan bersatu dan membentuk masyarakat yang berbeza. Kesempurnaan masyarakat bergantung kepada saiz kumpulan masing-masing.

SAMRI SAINUDDIN

TEORI DAN KONSEP NEGARA BANGSA

36

Unit politik yang paling kecil dan sempurna boleh ditemui di kota-kota, dan merupakan sebahagian daripada persatuan-persatuan saiz sederhana iaitu ummah. Manakala persatuan yang besar akan menaungi peradaban atau al-mamura.
SAMRI SAINUDDIN TEORI DAN KONSEP NEGARA BANGSA 37

Masayrakat bahagia
Masyarakat yang sempurna adalah masyarakat yang terdiri daripada beberapa bangsa yang bersatu. Individu hendaklah berusaha bagi mencapai matlamat masing-masing dan masyarakat yang sempurna. Negara kota yang ideal iaitu al-Madinah alFadhilah adalah hasil daripada usaha ahliahli masyarakat yang bekerjasama mencapai kebahagiaan.
SAMRI SAINUDDIN TEORI DAN KONSEP NEGARA BANGSA 38

Kenapa negara wujud?


Al-Farabi berpendapat bahawa manusia tidak boleh hidup secara berasingan kerana:
Manusia tidak menyediakan semua keperluan hidup masing-masing. Manusia perlu bekerjasama bagi memenuhi keperluan asas seperti makanan, tempat tinggal dan lain-lain untuk mencapai kesempurnaan.
SAMRI SAINUDDIN TEORI DAN KONSEP NEGARA BANGSA 39

Pemimpin
Tidak semua manusia layak menjadi pemimpin atau ketua negara (imam) kerana perbezaan:
Kemampuan watak fizikal Kemampuan intelek.

SAMRI SAINUDDIN

TEORI DAN KONSEP NEGARA BANGSA

40

Kemampuan akal ketua negara harus mengatasi semua orang dan Berkemampuan dalam mencari kesempurnaan serta kemuliaan agar ia mampu memimpin masyarakat mencapai kebahagiaan yang tertinggi.

SAMRI SAINUDDIN

TEORI DAN KONSEP NEGARA BANGSA

41

Ciri-ciri pemimpin unggul


1. Sihat dan sempurna tubuh badan. 2. Ingatan yang baik supaya dapat memahami apa yang dilihat dan didengar. 3. Bijakasana dan pintar 4. Cermat dan berbakat untuk memahami sesuatu masalah.
SAMRI SAINUDDIN TEORI DAN KONSEP NEGARA BANGSA 42

5. Fasih supaya dapat berkomunikasi dengan baik. 6. Cintakan pendidikan dan pelajaran. 7. Tidak gelojoh terhadap makanan, minuman dan seks. 8. Cenderung terhadap kebenaran dan membenci kepalsuan.
SAMRI SAINUDDIN TEORI DAN KONSEP NEGARA BANGSA 43

9. Berjiwa besar, pengasih dan bermurah hati. 10. Cintakan keadilan. 11. Tegas pendirian, berani dan cekal.
Menurut al-Farabi sekiranya para pemimpin memiliki ciri-ciri di atas maka ia layak menjadi ketua. Namun peribadi begini sukar dicari.
TEORI DAN KONSEP NEGARA BANGSA 44

SAMRI SAINUDDIN

SAMRI SAINUDDIN

TEORI DAN KONSEP NEGARA BANGSA

45

Soalan kerja kursus dan perbincangan


1. Bincangkan konsep kitaran sebuah negara dan bandingkan dengan sejarah Kerajaan Melayu Melaka abad ke-15 dan Malaysia masa kini. Semangat asabiya dikatakan amat penting dalam pembinaan sebuah negara bangsa. Sejauhmanakah anda bersetuju dengan kenyataan Ibn Khaldun tersebut. Berdasarkan Hikayat Hang Tuah dan Sejarah Melayu, bolehkah anda menolak teori kitaran yang dikemukakan oleh Ibn Khaldun?

2.

3.

SAMRI SAINUDDIN

TEORI DAN KONSEP NEGARA BANGSA

46

Soalan kerja kursus dan perbincangan


1. Manusia digolongkan sebagai social animal. Huraikan maksud social animal tersebut dan bagaimanakah sebuah masyarakat dan negara itu boleh dibentuk? 2. Bincangkan kenapa ciri-ciri pemimpin unggul itu sangat penting? Bandingkan dengan konsep integriti yang diperkenalkan di Malaysia?
TEORI DAN KONSEP NEGARA BANGSA

SAMRI SAINUDDIN

47

Anda dikehendaki menyediakan kerja kursus ini secara berkumpulan, dan dibentang pada kuliah ketiga. Markah kerja kursus berkumpulan sebanyak 30% (termasuk pembentangan).

SAMRI SAINUDDIN

TEORI DAN KONSEP NEGARA BANGSA

48

Rujukan yang dicadangkan


Mohd Taib Osman (1997) Islamic Civilization In The Malay World. Kuala Lumpur. DBP Haris Md.Jadi (1990) Etnik, Politik dan Pendidikan. Kuala Lumpur. DBP. Kapur, A.C. (2001) Principles of Political Science. New Delhi. S.Chand & Co. K.Ramanathan (2000) Asas sains Politik Edisi Kedua. Shah Alam. Fajar Bakti.
SAMRI SAINUDDIN TEORI DAN KONSEP NEGARA BANGSA 49

Ishak Saat (2009) Pendidikan Negara Bangsa Malaysia. Shah Alam. Karisma. Mustafa Ishak, Afifi Abdul Razak (2006) Politik dan Pemerintahan Negara. Singapore. Thomson. Zulhilmi Paidi, Rohani Abdul Ghani (2003) Pendidikan Negara Bangsa. Bentong. PTS Publications & Distributions.
TEORI DAN KONSEP NEGARA BANGSA

SAMRI SAINUDDIN

50

Soleh Faghizadeh (2003) Sosiologi Sosiologi. Kuala Lumpur. ITNMB Ibrahim Abu Shah (ed) (2004) Islam, Democracy and Good Governance The Malaysian Experience. Shah Alam. UPENA. Francis Fukuyama (terjemahan) (2007) Penamat Sejarah dan Manusia Terakhir. Kuala Lumpur. ITNMB.
TEORI DAN KONSEP NEGARA BANGSA

SAMRI SAINUDDIN

51