Anda di halaman 1dari 8

1

KHUTBAH JUMAAT

SINARI RAMADHAN DENGAN AL-QURAN DAN SOLAT
(05 Julai 2013M / 26 Syaban 1434H)
____________________________________________________________________________________________________________

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,


Marilah kita sama-sama mempertingkatkan ketaqwaan kepada Allah
subhanahu wataala dengan melaksanakan perintah-Nya dan meninggalkan
segala larangan-Nya. Semoga bulan Ramadhan yang bakal menjelang nanti,
akan menjadikan kita antara hamba Allah yang bertakwa kepada-Nya, dan
berjaya di dunia serta di akhirat nanti. Pada hari ini, mimbar akan
membicarakan tajuk Sinari Ramadhan Dengan Al-Quran Dan Solat.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Allah subhanahu wataala telah memberi keistimewaan dan memuliakan
Ramadhan dengan memilihnya sebagai bulan diturunkan padanya Al-Quran.
Firman Allah subhanahu wataala dalam surah Al-Baqarah ayat 185:
NOgE+ 4p_4`4O -Og~-.- 4@O^q
gO1g Np-47O^- O1-
+EE4Ug eE4)O44 =}g)`
OE_^- p~O^-4 _ ...
Maksudnya : (Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan
Ramadhan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi
sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan
2

petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah
...

Malah pada bulan Ramadhan ini jugalah, menjadi kebiasaan bagi Rasulullah
sallallahu alaihi wasallam membaca al-Quran dan bertadarus iaitu saling
memperdengarkan bacaan masing-masing bersama Malaikat Jibril alaihis
salam. Diriwayatkan dari Abdullah Bin Abbas radhiallahu anhuma bahawa
beliau pernah berkata:

((

))


Maksudnya : Rasulullah sallallahu alaihi wasallam adalah orang yang paling
dermawan. Baginda lebih dermawan lagi ketika bulan Ramadan pada saat
Jibril alaihis salam datang menemuinya. Jibril alaihis salam selalu
mendatangi Baginda sallallahu alaihi wasallam pada setiap malam bulan
Ramadhan untuk menyemak bacaan al-Quran bersama Baginda.
(Hadith riwayat Imam al-Bukhari)

Hadis yang baru dibacakan sebentar tadi menunjukkan bahawa
memperbanyakkan membaca al-Quran di bulan Ramadhan adalah salah satu
dari sunnah Rasulullah sallallahu alaihi wasallam. Sunnah membaca ini
bukan hanya sekadar membaca dan mengkhatamkan, tetapi juga perlu
dituruti dengan kefahaman (tahu dan mengerti benar), penghayatan
(meresapkan ke dalam jiwa), tadabbur (mengikuti dan beramal dengan ilmu
al-Quran), serta mempelajari pengajaran di sebalik sesuatu ayat yang dibaca.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Mungkin kita yang hadir mendengar khutbah pada hari ini tergolong dalam
kalangan mereka yang sering membaca al-Quran. Namun, adakah keluarga
atau anak isteri kita sedemikian juga? Jika ya, adakah timbul kegetaran atau
apa-apa kesedaran, atau inspirasi baru di dalam jiwa dan hati kita yang
3

disebabkan oleh menghayati pengertian al-Quran dan menginsafi makna
ayat-ayat yang dibaca ? Firman Allah subhanahu wataala dalam surah al-
Anfal (

) ayat 2 :
E^^) ]ONLg`u^-
4g~-.- -O) 4OgO +.-
;eU_4 gOU~ -O)4
;e4O)U> jgOU4N +O+-4C-47
g^E1-Ee 4LEC) _O>4N4
)_)4O 4pOU-4O4-4C ^g
Maksudnya : Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna
imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya)
gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-
ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka
jualah mereka berserah.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Mimbar ingin mengajak:
Rebutlah peluang pada bulan Ramadhan yang bakal menjelang nanti untuk
mendekatkan diri kita kepada al-Quran. Sekiranya di bulan-bulan yang lain
kita sering sibuk sehingga lalai daripada al-Quran, maka seharusnya di bulan
Ramadhan ini, kita peruntukkanlah ruang untuk membaca al-Quran. Bagi
yang sering membaca al-Quran, cubalah merujuk pula kepada tafsir-tafir
untuk menghayati makna ayat-ayat tersebut dengan mengkhatamkan
terjemahan al-Quran. Harapan kita, hendaklah Ramadhan kali ini, mampu
mencetuskan minat dan kesungguhan kita untuk membaca dan menghayati
al-Quran di luar Ramadhan.

Perhatikan firman Allah subhanahu wataala dalam surah Fathir (

) ayat 29
dan 30, yang menjelaskan ciri-ciri golongan yang sentiasa menghayati ajaran
al-Quran. Firman Allah subhanahu wataala:
Ep) 4g~-.- ]OUu-4C =U4-g
*.- W-ON`~4 E_OUO-
4

W-OE^4 Og` _4L^~Ee4O
-4O LO41g^E4N4 ]ON_O4C
LE4OO_g` }- 4OO+l> ^g_
_41g4ONOg -4OON_q
-EC@O4C4 }g)` g)-;_ _
+O^^) EOOEN EOO:E- ^@
Maksudnya : Sesungguhnya orang yang selalu membaca Kitab Allah dan
tetap mendirikan solat dan mendermakan dari apa yang Kami kurniakan
kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan
amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan
mengalami kerugian; Supaya Allah menyempurnakan pahala mereka dan
menambahi mereka dari limpah kurniaNya. Sesungguhnya, Allah Maha
Pengampun, lagi sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang
yang bersyukur kepadaNya).

Ayat tadi menjelaskan tentang sifat orang yang beriman itu sentiasa
mempunyai rasa cinta untuk membaca al-Quran dan menghayatinya,
menjaga solat yang telah difardukan ke atas mereka, serta yang terakhir iaitu
memiliki sifat murah hati dan dermawan. Ketiga-tiga amalan ini dinyatakan
oleh Allah sebagai satu perniagaan yang tidak akan rugi buat selama-
lamanya. Ianya dilakukan dengan matlamat bagi mengharapkan balasan
yang menguntungkan dari Allah bukan hanya di dunia tetapi jua di hari
akhirat kelak.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Selain daripada membaca dan memahami al-Quran, dirikanlah solat fardhu
secara berjemaah dan perbanyakkanlah amalan solat sunat di bulan
Ramadhan. Perhatikan sabda Nabi sallallahu alaihi wasallam yang
diriwayatkan oleh Imam at-Tirmidzi:
((

))

5

Maksudnya: Perkara pertama yang akan ditanya ke atas seorang hamba
pada hari kiamat dari amalannya adalah solat, sekiranya solatnya baik, maka
dia telah menang dan berjaya, dan sekiranya solatnya rosak, maka menyesal
dan rugi ia.

Mereka yang sentiasa menjaga solatnya, insya Allah, itu merupakan petanda
baik dan kejayaan baginya. Jika tidak, maka ia termasuk dalam kalangan
orang yang amat rugi. Semoga Allah subhanahu wataala meletakkan kita
dalam kalangan mereka yang berjaya pada hari pembalasan kelak.

Sekiranya kita memiliki ahli keluarga, mahupun teman yang masih lagi belum
dibukakan hati mereka untuk mendirikan solat, maka renungkanlah dan
fikirkanlah, bagaimana kita mampu untuk mengajak mereka mendirikan solat.
Mudah-mudahan dengan sikap kita yang berhikmah dalam menyampaikan
seruan Allah, dan dengan keberkatan Ramadhan yang bakal menjelang ini,
kita mampu melembutkan hati-hati mereka bagi mula mendekatkan diri
dengan Allah subhanahu wataala.

Semoga Allah subhanahu wataala mengurniakan kepada kita taufik serta
inayah untuk menghidupkan hari-hari kita di bulan Ramadhan ini dengan
penghayatan al-Quran, serta dikurniakan kekuatan untuk menghidupkan
malam Ramadhan kali ini dengan ibadah solat. Amin Ya Rabbal Alamin.

4g~-.-4 ]O7pOENC
U4^) W-ON`~4
E_OUO- ^^) 7O_+^
4O;_ 4-gCgU^- ^_
Maksudnya : Dan orang yang berpegang teguh dengan Kitab Allah serta
mendirikan solat, sesungguhnya, Kami tidak akan menghilangkan pahala
orang yang berusaha memperbaiki (keadaan hidupnya).

6































KHUTBAH KEDUA
____________________________________________________________________________________________________________

7

:
Ep)} -.- +O4-E:j^U4`4
4pOwU=NC O>4N +]/EL- _
Og^4C -g~-.- W-ONL4`-47
W-OwU= gO^OU4N W-OggUEc4
1)UO {


Ya Allah! Ampunkanlah dosa dan kesalahan kaum muslimin dan muslimat,
mukminin dan mukminat, sama ada yang masih hidup ataupun yang telah
meninggal dunia. Ya Allah ! Ampunilah dosa-dosa dan kesalahan ibu bapa
dan guru-guru kami. Limpahkanlah kesejahteraan, kedamaian dan
kebahagiaan kepada mereka dalam kehidupan di dunia ini, lebih-lebih lagi di
akhirat kelak.
Ya Allah ! Ya Rahman ! Ya Rahim! Berikanlah taufiq dan hidayat-Mu
kepada kami semua dan juga kepada pemimpin-pemimpin Islam Negara
kami khasnya kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
Malaysia, dan juga pemimpin-pemimpin Islam negeri kami khususnya Tuan
Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak.
8


Ya Allah, kami bersyukur ke hadratMu yang telah mengurniakan kami
rahmat dan nikmat, sehingga kami dapat meneruskan usaha ke arah
memperkukuhkan negara kami, khususnya Negeri Sarawak yang tercinta ini,
sebagai sebuah negeri yang maju dan sejahtera. Justeru, kami pohon ke
hadratMu ya Allah, kukuhkanlah iman kami, tingkatkanlah amal kami,
eratkanlah perpaduan kami, murahkanlah rezeki kami, kayakanlah kami
dengan ilmu yang bermanfaat, suburkanlah peribadi kami dengan budi
pekerti yang mulia, kembalikanlah kami ke jalan yang Engkau redhai,
lindungilah kami daripada ujianmu seperti banjir besar, kemarau panjang,
wabak penyakit, persengketaan, kemiskinan dan kebuluran. Kami berlindung
dan bermohon denganMu Ya Allah, semoga negeri kami akan sentiasa
bertambah makmur dan berkat.

Ya Allah, Ya Tuhan kami! Kurniakanlah kepada kami kekuatan untuk
mengejar segala kebaikan yang telah Engkau sediakan dalam bulan
Ramadan Al-Mubarak yang akan datang. Jauhkanlah diri kami daripada
godaan nafsu yang akan merosakkan proses peribadatan dan perhambaan
kami kepadaMu sepanjang bulan yang agung itu Ya, Allah.

( .

3x )