Anda di halaman 1dari 124

PENGUASAAN TAJWID HUKUM LIMA DI KALANGAN MURID TAHUN LIMA: SATU KAJIAN DI SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG MANDOL TUMPAT

KELANTAN

CHE ROZALI BIN HUSAIN

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA OPEN UNIVERSITY MALAYSIA 2012

PENGUASAAN TAJWID HUKUM LIMA DI KALANGAN MURID TAHUN LIMA: SATU KAJIAN DI SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG MANDOL TUMPAT KELANTAN

CHE ROZALI BIN HUSAIN

LAPORAN AKHIR INI DIKEMUKAKAN UNTUK MEMENUHI SEBAHAGIAN DARIPADA SYARAT MEMPEROLEHI IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJARAN DENGAN KEPUJIAN

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA OPEN UNIVERSITY MALAYSIA 2012

PENGAKUAN

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tarikh 07.08.2012

Tandatangan: __________________ Nama Calon: Che Rozali bin Husain Nombor matrik: 680712035845002

ii

PENGHARGAAN

Alhamdulillah dengan rendah hati saya memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah rahmat dan hidayahNya maka dapat juga saya menyiapkan kajian yang telah diamanahkan kepada saya dengan jayanya dalam peruntukan masa yang ditetapkan. Untuk pertama-tamanya saya mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada tutor penyelia kajian saya Ustaz Mohd Yusri bin Yusuf atas kesudian beliau memberi tunjuk ajar teguran dan pandangan yang berguna buat saya dan rakan-rakan semua. Pada pandangan saya, proses menyiapkan kajian ini bukanlah suatu perkara yang mudah. Tidak mungkin saya dapat melakukannya secara bersendirian tanpa bantuan pensyarah-pensyarah, penasihat dan rakan-rakan. Pengorbanan masa dan tenaga yang ustaz berikan telah banyak membantu saya, begitu juga kepada rakan-rakan tanpa semuanya sudah tentu saya mungkin tidak dapat menyiapkan kajian ini sebagaimana yang diharapkan. Penghargaan juga kepada semua guru dan murid Sekolah Kebangsaan Padang Mandol di atas kerjasama yang diberikan sepanjang saya menjalankan soal selidik di sana, terutamanya tuan guru besar yang memberi ruang dan peluang untuk saya bertindak mengikut keperluan kajian. Penghargaan dan terima kasih juga kepada isteri dan anak-anak tercinta kerana banyak membantu dan memberi semangat dalam menghasilkan kajian ini. Tanpa dorongan dan sokongan mereka saya mungkin lesu dalam mengharungi cabaran untuk menyiapkan tugasan ini. Akhir kalam, ucapan syukur tidak terhingga ke hadrat Allah s.w.t kerana mengizinkan saya menimba ilmu hingga ke peringkat ini. Semoga keberkatan ini berpanjangan. Kemaafan dipinta dari semua sekiranya terdapat sebarang kesilapan sepanjang proses menyiapkan tugasan ini. Sekian, terima kasih wassalam iii

ABSTRAK

Al-Quran merupakan wahyu Allah s.w.t, ilmu tajwid merupakan kesepaduannya. Setiap muslim diwajibkan membacanya mengikut bacaan sebenar. Ilmu tajwid merupakan satu set panduan yang memimpin bacaan al-Quran dengan tepat dan sempurna sebagaimana ianya diturunkan. Penyelidikan ini adalah satu kajian yang dijalankan untuk membantu dan mengatasi masalah yang membelenggu para pelajar kita hari ini serta menilai, sejauh manakah tahap penguasaan murid dalam Tajwid Hukum Lima seperti Izhar Halqi, Idgham Maalghunnah, Idgham Bilalghunnah, IkhfaHaqiqi dan Iklab. Perkara ini perlu dipandang serius dan terperinci akan permasalahannya. Sampel yang terlibat dalam kajian ini ialah murid tahun lima Sekolah Kebangsaan Padang Mandol Tumpat yang terdiri daripada 57 orang. Penulis mengaplikasikan dua metod kajian utama iaitu kajian ilmiah perpustakaan melalui rujukan bahan-bahan bercetak seperti buku, jurnal dan rencana serta kajian operasional, populasi dan persampelan. Penulis juga menggunakan kaedah soal selidik. Kajian ini, terarah kepada dua perkara. Pertama, berdasarkan respon yang diberikan semasa soal selidik dengan menggunakan skala lima. Kedua, berdasarkan ujian ringkas yang dijalankan ke atas murid. Inventori yang berkaitan telah diklasifikasikan kepada tiga bahagian. Bahagian A, berhubung dengan butiran peribadi murid dan rekod pengajian al-Qurannya, bahagian B, berkaitan latar belakang keluarga dan bahagian C, merupakan ujian ringkas untuk mendapatkan maklumat sebenar tentang tahap pengetahuan dan penguasaan yang berkaitan dengan murid.

iv

ABSTRACT

The al-Quran is the revelation of God, is the essence of knowledge fluently (tajwid). Every muslim must read according to actual reading. Knowledge fluently is a set of guidelines that guide the reading of the al-Quran with accurate and complete as it was revealed. This research is a study carried out to help and solve the problems facing our students today and to measure the level of knowledge of students in five fluently law as the law of Izhar Halqi, Idgham Maalghunnah, Idgham Bilalghunnah, Ikhfa Haqiqi and Iqlab. This matter should be taken seriously and will detail the problem. Sampels involved in this study were standard five students of Sekolah Kebangsaan Padang Mandol, Tumpat consisting of 57 students. The author applied two methods, namely the study of scientific research through a reference library printed materials such as books, journals and articles as well as operational research, population and sampling. The author also uses questionnaires. This included the study to two things. First, based on responses given during the survey using a scale of five. Second, based on a simple test carried out on students. Inventories have been classified into three parts. Part A, relating to the personal details and records of students learning al-Quran, part B, relating to the family background and part C, is a simple test to get real information about the level of knowledge and mastery of students.

ISI KANDUNGAN

TAJUK MUKA SURAT PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT ISI KANDUNGAN i ii iii iv v

BAB 1 1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 1.6 1.7 1.8

PENGENALAN 1 3 10 11 13 14 15

Pendahuluan Penyataan Masalah Kajian Soalan Kajian Objektif Kajian Kepentingan Kajian Definisi Batasan Kajian Kesimpulan

BAB 2

TINJAUAN LITERATUR 17 24 24 27

2.1 Pengenalan 2.2 Pembacaan al-Quran 2.2.1 Cara Pembacaan al-Quran 2.2.2 Cara Rasulullah s.a.w. Membaca al-Quran

2.3

Pengenalan Tajwid 2.3.1 Pengertian Tajwid 2.3.2 Hukum Mempelajari Tajwid 2.3.2 Huraian Tajwid Hukum Lima

27 27 28 29 31 31 32 33 33 18 34

2.4

Kaedah-kaedah Menguasai Bacaan al-Quran Bertajwid 2.4.1 Kaedah Baghdadi 2.4.2 Kaedah Iqra 2.4.3 Kaedah Hattawiyah 2.4.4 Kaedah Qiraati

2.5 2.6

Kajian Lepas Kesimpulan

BAB 3 3.1 3.2 3.3

METODOLOGI KAJIAN 36 37 38 38 38 39 40 40 41

Pendahuluan Reka Bentuk Kajian Populasi dan Persampelan 3.3.1 Populasi Kajian 3.3.2 Sampel Kajian

3.4 3.5 3.6 3.7

Instrumen Kajian Prosedur Pengumpulan Data Analisis Data Kesimpulan

BAB 4 4.1 4.2 4.3

ANALISIS DATA 42 43 44 44

Pendahuluan Profil Responden Dapatan Kajian 4.3.1 Analisis Penguasaan Bacaan al-Quran Bertajwid 4.3.2 Analisis Penguasaan Tajwid Hukum Lima

4.3.4

Kesimpulan.

82

Bab 5 5.1 5.2 5.3 5.4 5.5 5.5

PERBINCANGAN DAN CADANGAN Pendahuluan Rumusan Hasil Kajian Perbincangan Dapatan Kajian Implikasi Dapatan Kajian Cadangan Kajian Lanjutan Penutup 83 83 86 88 89 91

BIBLIOGRAFI

102

LAMPIRAN

93

BAB SATU

PENGENALAN

1.1

PENDAHULUAN

Realitinya hari ini, masalah penguasaan bacaan ayat-ayat suci al-Quran al-Karim adalah merupakan satu fenomena yang membelenggu segenap lapisan masyarakat kita hari ini. Sebagai umat Islam, penguasaan bacaan al-Quran sebenar sebagaimana ia diturunkan adalah menjadi kewajipan setiap individu yang bergelar muslim. Masalah penguasaan pembacaan al-Quran secara bertajwid merupakan fardu ain, manakala mempelajari ilmu tajwid itu satu fardu kifayah. Atas kesedaran akan kepentingan pembacaan al-Quran secara bertajwid, maka sebagai seorang pendidik, penulis terpanggil untuk meninjau dan mengkaji tahap penguasaan bacaan al-Quran secara bertajwid di kalangan pelajar. Tujuannya adalah untuk menjamin kepentingan dan kesucian al-Quran daripada sebarang bentuk kesalahan dan kesilapan dari segi tajwid, kerana Rasulullah s.a.w. dan para sahabat membaca al-Quran dengan bertajwid sebagaimana al-Quran itu diturunkan.

Pembacaan al-Quran yang tepat dan bertajwid akan memperolehi keredhaan Allah s.w.t. dan sebaliknya jika pembacaan al-Quran yang bersalahan dengan hukum tajwid akan mendapat laknat Allah. Untuk mengelakkan perkara tersebut kita hendaklah mempunyai ilmu yang mantap dalam satu-satu bidang tertentu. Lebih-lebih lagi perkara

yang berkaitan ilmu agama yang menjadi tuntutan yang wajib ke atas kita, mempelajari, mengamalkan dan menghayatinya dalam kehidupan seharian.

Sebagaimana Hadith Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Dari Anas bin Malik r.a, katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Menuntut ilmu adalah satu fardu yang wajib atas tiap-tiap seorang Islam. (Ibnu Majah dan Lain-lainnya)

Dewasa ini, hangat diperdebatkan berkenaan masalah yang timbul ekoran daripada pengaruh teknologi maklumat. Masyarakat sekarang hanyut dalam arus globalisasi, gaya hidup sebegini menyebabkan masyarakat Islam terus leka terhadap tuntutan yang merupakan satu kefarduan ke atas mereka semua. Maka dengan itu, timbullah masalah tidak pandai atau berkebolehan dalam membaca al-Quran dan kurang berminat terhadap pendidikan al-Quran. Perkembangan teknologi dan kepelbagaian perkembangan ilmu, bukanlah alasan yang kukuh untuk kita mengabaikan dan melupakan al-Quran. Sepatutnya segala ilmu yang tumbuh itu seharusnya dieksploitasi bagi menjamin kepentingan al-Quran sebagai kalam Allah s.w.t. Kecenderungan kita kepada segala ilmu keduniaan seharusnya seiringan dengan ilmu akhirat. Maka jangan kita biarkan generasi kini dan akan datang menjadi generasi yang buta al-Quran.

Justeru itu para pendidik haruslah bijak memainkan peranan dalam menjalani tanggungjawabnya untuk menanggani masalah buta al-Quran khususnya masalah penguasaan tajwid hukum lima. Sebagai pendidik, guru seharusnya bijak memilih dan mengaplikasikan mana-mana kaedah yang bersesuaian dengan tahap kebolehan pelajar dari segi intelek, keadaan, masa dan tempat agar ianya dapat merealisasikan segala citacita dan harapan murni ke arah celik dan bijak al-Quran. Mengikut al-Khailani (1986),

menjelaskan kaedah yang digunakan semasa mengajar al-Quran harus dipadankan dengan objektif pengajaran tersebut. Guru harus terlebih dahulu merancang apakah objektif pengajaran dan siapa pelajarnya, kemudian barulah memilih kaedah mana yang sesuai. (Rahimah Derahman, 2010).

Dari dahulu hingga ke hari ini, tidak dapat dinafikan peranan ibu bapa sangatlah penting dalam mencorak dan menentukan tahap pencapaian murid, ia bukannya terletak kepada guru semata-mata. Kesedaran pihak ibu bapa amatlah penting dalam pendidikan al-Quran di kalangan anak-anak. Usaha mendidik seperti menghantar anak-anak ke kelas-kelas al-Quran dan tajwid harus diambil berat untuk mengelakkan berlakunya masalah buta al-Quran di kalangan anak-anak mereka. Dewasa ini, sesetengah ibu bapa sudah pun mempunyai kesedaran tentang kepentingan al-Quran, bahkan setengah daripada mereka itu, sanggup mengorbankan masa, tenaga dan wang ringgit bagi memastikan kejayaan anak-anak mereka khususnya dalam bidang al-Quran dan tajwid. Kerjasama seperti ini amatlah diperlukan, sekiranya tiada kerjasama dari pihak ibu bapa masalah penguasaan ilmu tajwid khususnya hukum lima di kalangan murid tidak mungkin dapat di atasi sepenuhnya.

Harapan penulis, segala dapatan daripada kajian ini, akan dapat menjadi panduan yang akan memberi manfaat kepada semua yang terlibat sacara langsung atau tidak, dalam usaha mencorak generasi baru agar ianya tidak tengelam dibawa arus buta alQuran dan tajwid. Kajian ini berfokus kepada sejauh mana tahap penguasaan tajwid hukum lima di kalangan murid tahun lima di Sekolah Kebangsaan Padang Mandol Tumpat, Kelantan.

1.2

PENYATAAN MASALAH KAJIAN

Pelajaran pendidikan Islam di sekolah rendah khususnya bidang tilawah alQuran bertujuan membolehkan pelajar membaca al-Quran dengan sebutan yang betul, fasih dan bertepatan dengan hukum-hukum bacaan atau tajwid. Persoalannya sekarang, adakah murid di peringkat sekolah rendah benar-benar berkebolehan membaca al-Quran mengikut apa yang dikehendaki oleh sukatan pelajaran yang telah ditetapkan. Persoalan yang timbul ini, patutkah ianya dibiarkan berterusan membelenggu murid-murid kita?, tentunya tidak. Masalah ini sepatutnya, diberikan perhatian yang serius dan terperinci oleh semua pihak, terutamanya mereka-mereka yang bergelar seorang pendidik, seharusnya memastikan agar murid dapat membaca alQuran mengikut hukum tajwid dengan betul terutamanya hukum lima.

Dewasa ini, kelemahan murid dalam menguasai bacaan al-Quran secara bertajwid amatlah ketara. Masalah ini timbul, ekoran daripada sikap murid itu sendiri, kebanyakkan mereka itu, memandang remeh terhadap kepentingan mata pelajaran Pendidikan Islam, ianya dianggap sebagai mata pelajaran yang tidak begitu penting. Pada persepsi murid, Pendidikan Islam bukannya subjek peperiksaan, ianya tidak termasuk di dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) seperti subjek-subjek teras yang lain, dengan tanggapan dan pandangan sebegini, pelajar akan menampilkan rasa tak peduli atau sikap acuh tak acuh dalam mempelajarinya. Pelajar beranggapan mempelajari Pendidikan Islam hanya sekadar memenuhi syarat yang telah ditetapkan

dan termaktub dalam jadual waktu persekolahan biasa yang mesti diikuti oleh semua murid yang beragama Islam.

Fenomena semasa yang menyelubungi masalah ini, ialah berkaitan dengan sikap masyarakat, khususnya ibu bapa dan murid itu sendiri yang menyebabkan masalah penguasaan bacaan al-Quran dengan tepat dan bertajwid menjadi terabai di kalangan murid hari ini. Ibu bapa, murid dan guru terlalu fanatik dengan kecemerlangan UPSR semata-mata menjadi salah satu punca yang menyumbang kepada masalah ini.

Tidak dinafikan pengaruh pentingkan kecemerlangan adalah merupakan sesuatu yang positif, tetapi biarlah seimbang dengan nilai-nilai kerohaniah sebagaimana yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Negara.

Satu kajian oleh, Mohd Yusuf Ahmad (1997), iaitu tentang penguasaan tilawah al-Quran ke atas 26 orang murid, didapati tidak ada seorang murid pun yang dapat membaca al-Quran dengan lancar tanpa sebarang kesalahan pada bacaan. Pelajar-pelajar dari sekolah harian biasa, bermasalah dalam penguasaan tajwid hukum lima dan membaca al-Quran dengan menyempurnakan hukum-hukum tersebut. Masalah ini, semestinya tidak sepatutnya wujud. Malangnya ia merupakan perkara utama yang membelenggu pelajar-pelajar kita hari ini. Keadaan ini berterusan, ekoran pengabaian terhadap mata pelajaran pendidikan Islam, sekaligus mengutamakan subjek lain yang berorientasikan peperiksaan dan kecemerlangan semata-mata. Kebanyakkan muridmurid hari ini, membaca al-Quran seolah-olah tidak perlu terikat dengan disiplin ilmu yang termaktub khusus bagi al-Quran sebagai wahyu dari Allah s.w.t. Keadaan ini, akan

menyebabkan ilmu al-Quran semakin terpinggir di kalangan masyarakat khususnya pelajar.

Murid peringkat sekolah rendah sepatutnya menguasai dengan mahir tajwid hukum lima seperti, Izhar Halqi, Idgham Maal Ghunah, Idgham Bilal Ghunah, Ikhfa Haqiqi dan Iqlab. Ketidak seimbangan ini berlaku ekoran daripada kegagalan murid dalam penguasaan tajwid dari sudut amalan dan penghayatan. Dari sudut bacaan alQuran, penguasaan hukum tajwid amatlah penting agar kesalahan lahn pada bacaan dapat dielakkan. Sesuatu kesalahan pada bacaan akan menyebabkan rosaknya satu-satu makna sebenar pada ayat tersebut.

Kesilapan pada bacaan adalah satu perkara yang amat serius kerana ia boleh mendatangkan laknat kepada pembacanya, ini merupakan satu struktur yang tidak baik telah terbina, pembinaan strktur seumpama ini seharusnya dihakis dan diubah agar ianya tidak berterusan mencemarkan kesucian al-Quran sebagai mukjizat agung dari Allah s.w.t. kepada RasulNya. Pembacaan al-Quran yang menyalahi hukum tajwid akan mendapat laknat al-Quran dan kemurkaan Allah s.w.t., sepatutnya setiap pembacaan alQuran akan memperolehi keredhaan, rahmat dan syafaat dari Allah s.w.t. bukannya laknat. Perkara ini amat serius, ianya perlu diperbaiki supaya tidak berterusan. Masalah ini adalah merupakan masalah yang menjadi tanggungjawab bersama. Masalah penguasaan tajwid hukum lima di kalangan pelajar tidak seharusnya wujud.

Sebagai pendidik, amatlah malang dan kecewa jika masalah ini berterusan membelenggu anak-anak didik kita dari generasi ke generasi tanpa noktah. Masalah ini boleh diketegorikan kepada beberapa bahagian tertentu, iaitu masalah pelajar yang tidak berkebolehan membaca al-Quran, pelajar boleh membaca tetapi tidak menepati hukumhukum dan membaca secara bertarannum.

Antara faktor yang menyebabkan masalah ini berterusan ialah kurangnya minat di kalangan murid terhadap matapelajaran pendidikan Islam dan kurangnya penekanan dari pihak sekolah kerana ianya tidak dinilai di dalam peperiksaan awam dan ianya juga kurang dipraktikkan dan kurang mendapat sambutan masyarakat, jika adapun hanya bermusim tidak seperti dalam arena sukan dan hiburan yang diwar-warkan dari pelbagai sumber untuk membangkitkan semangat dan minat di kalangan masyarakat.

Untuk memulihkan persepsi masyarakat dan mengembalikan semula al-Quran ke tahap yang sewajarnya, maka perlu satu tindakan refomasi dalam sistem pendidikan ke arah memartabatkan Pendidikan Islam (Amri Daud, 2005).

Walaupun sistem Pendidikan ditentukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ini bukanlah bermaksud bahawa setiap implikasi berkaitan keciciran pendidikan adalah tanggungjawab KPM semata-mata. Pihak ibu bapa juga secara langsung atau tidak langsung berperanan penting dalam mencorakkan anak-anak mereka sejak dari

kecil lagi supaya menjadi insan yang celik al-Quran. Ini bertepatan sebagaimana pepatah yang berbunyi: tuntutlah ilmu bermula dari buaian hingga ke liang lahad.

Sebenarnya usaha mendidik anak-anak merupakan satu tanggungjawab bagi setiap ibu bapa agar anak-anak mereka menjadi insan kamil. Berdasarkan kes-kes yang telah dilaporkan oleh Rosmawati Umar (1993), dan Siti Fatimah Sudin (2002) dalam kajian Rahimah bt. Deraman (2010). Mengenai pembelajaran tilawah al-Quran, menunjukkan ibu bapa perlu memainkan perana penting dalam proses mendidik anakanak membaca al-Quran kerana dapatan beliau mendapati sebilangan kecil murid yang tidak dapat membaca al-Quran disebabkan tidak mendapat pendedahan semasa kecil. Kebanyakkan ibu bapa sekarang sudah mula menyedari bertapa pentingnya ilmu alQuran dan tajwid sepatutnya disemai dalam diri anak-anak sebagai benteng kehidupan dalam persiapan mengharungi arus globalisasi yang menyajikan berbagai corak dan gaya kehidupan yang bertentangan dengan norma masyarakat dan syariat Islam. Dengan berbudayakan al-Quran diharapkan agar anak-anak warisan tidak terus hanyut ditelan arus era globalisasi yang amat mencabar kehidupan seharian mereka.

Disebutkan sebagai masyarakat, persoalannya siapakah yang dikatakan sebagai masyarakat?, umumnya semua warga adalah masyarakat, ibu bapa juga merupakan sebahagian dari anggota masyarakat. Seluruh anggota masyarakat adalah bertanggungjawab dan berperanan penting dalam membimbing dan mendidik anak-anak dengan ilmu-ilmu al-Quran, ibu bapa juga bertanggungjawab memastikan anak-anak mereka dapat menguasai pembacaan al-Quran dengan tepat dan sempurna iaitu bertajwid, memahami, menghayati dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian

mereka. Berdasarkan kajian Abdul Rahman Hassan (1999), pengajian al-Quran Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), mendapati masih banyak kelemahan di kalangan pelajar tersebut. Antara faktor kelemahan membaca al-Quran secara fasih dan bertajwid adalah sikap ibu bapa. Terdapat 60% ibu bapa yang menyerah 100% tanggungjawab mendidik anak-anak mereka kepada guru-guru al-Quran. Ibu bapa tidak mengambil berat tentang pencapaian anak-anak mereka, anak-anak hanya membaca alQuran di hadapan guru tanpa mengulangkaji di rumah. Laporan Mohd Nasir (2001), dalam kajiannya mendapati, faktor ibu bapa adalah penting untuk menentukan tahap penguasaan tilawah al-Quran anak-anak mereka.Sikap ibu bapa yang tidak prihatin dengan pendidikan anak-anak terutama pendidikan al-Quran akan mengakibatkan berlakunya keciciran dalam menguasai tilawah al-Quran, sehubungan dengan masalah pembelajaran al-Quran.

Penguasaan al-Quran dan tajwid serta permasalahannya yang membelenggu anak-anak didik kita hari ini, salah satunya berpunca daripada kelemahan kurikulum Pendidikan Islam itu sendiri yang terlalu banyak, di samping bilangan murid yang terlalu ramai di dalam satu-satu kelas. Kedua-dua punca ini, merupakan penyumbang kepada kelemahan dan kegagalan murid dalam penguasaan kemahiran membaca alQuran secara bertajwid. Perkara ini, telah dipersetujui oleh Jemaah Nazir Persekutuan (1994), yang menyatakan bahawa bilangan murid dalam kelas yang ramai mengurangkan peluang guru mendengar dan memperbetulkan bacaan murid secara talaqqi dan musyafahah serta membuat aktiviti pengukuhan. Menurut Farehan bt. Mohd. Hamid (2000), kebanyakan pelajar berada di tahap sederhana dalam bacaan al-Quran, di mana seramai 44.4% pelajar boleh membaca nun sakinah 28.8% pelajar dapat menyebut nun sakinah dengan baik dan sebanyak 20.6% pelajar lemah.

Pembelajaran yang berorientasikan peperiksaan, teknik pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang kurang berkesan, kelemahan dan kekurangan penguasaan kemahiran membaca al-Quran di kalangan guru dan ibu bapa adalah merupakan penyumbang kepada masalah penguasaan bacaan al-Quran di kalangan murid. Ketiadaaan budaya membaca al-Quran di kalangan masyarakat dan ibu bapa juga menjadi faktor penyumbang kepada masalah kemahiran penguasaan hukum tajwid di dalam pembacaan al-Quran. Ini kerana pembacaan al-Quran yang betul dan bertajwid memerlukan latihan dan amalan yang berterusan sehingga benar- benar menguasai kaedah bacaan mengikut cara dan kaedah bacaan yang betul. Perkara yang utama sekali ialah kebolehan membaca al-Quran dengan betul, baik dan fasih sebutan hurufhurufnya, Salem (1982) dan Mohd Yusuf Ahmad (1997), dalam kajian Rahimah bt. Deraman (2010).

Berdasarkan kajian dari pelbagai pihak dan kementerian terdapat berbagai masalah tentang penguasaan bacaan al-Quran antaranya ialah masalah tahap penguasaan tajwid yang berkaitan dengan hukum lima di kalangan pelajar, walaupun dewasa ini begitu banyak kelas-kelas al-Quran dan tajwid di seluruh Negara tetapi keberkesanannya terhadap penguasaan tajwid hukum lima masih lagi di tahap yang rendah.

Fenomena inilah yang telah membuka hati dan menarik minat pengkaji untuk mengenalpastinya secara lebih spesifik berhubung dengan tahap penguasaan hukum tajwid di kalangan pelajar khususnya yang berkaitan dengan hukum lima di kalangan murid-murid tahun lima Sekolah Kebangsaan Padang Mandol, Tumpat, Kelantan. Semoga dengan niat murni ini akan menggalakkan usaha yang dapat membuahkan hasil

yang baik dan sebenar ke arah menyedarkan semua pihak termasuk murid itu sendiri bahawa pembelajaran al-Quran bertajwid bukan hanya sekadar memenuhi syarat pembelajaran persekolahan harian biasa sahaja, bahkan ianya merupakan satu tuntutan fardu ain dan syariat yang ditetapkan oleh ajaran Islam yang diwarisi melalui junjungan besar iaitu nabi Muhammad s.a.w.

1.3

SOALAN KAJIAN

Soalan dan objektif kajian berhubung rapat antara satu sama lain. Soalan kajian ini dibina berdasarkan objektif kajian, yang mana jawapan kepada soalan-soalan yang dikemukakan akan dijadikan panduan atau petunjuk kepada penulis ke arah mencapai objektif dan tujuan mana berikut: kajian. Di bawah ini dikemukakan beberapa soalan yang menyentuh dari segi, sejauh manakah tahap penguasaan tajwid hukum lima sebagai

1.3.1

Sejauh manakah tahap penguasaan tajwid hukum lima dalam pengajaran tilawah al-Quran dalam item menyeluruh?

1.3.2

Adakah terdapat perbezaan penguasaan bacaan al-Quran bertajwid mengikut jantina, kelas dan taraf sosio ekonomi?

1.3.3

Adakah terdapat perbezaan dalam penguasaan tajwid mengenai hukum lima mengikut kelas dan taraf sosio ekonomi?

1.3.4

Adakah terdapat perbezaan dalam penguasaan antara tajwid hukum lima di kalangan murid secara keseluruhan?

1.3.5

Adakah terdapat perbezaan dalam penguasaan tajwid hukum lima di antara murid yang mengikuti kelas-kelas al-Quran?

1.3.6

Adakah terdapat perbezaan dalam penguasaan tajwid mengenai hukum lima di antara murid yang telah khatam dan yang belum khatam al-Quran?

1.3.7

Adakah terdapat perbezaan dalam penguasaan tajwid mengenai hukum lima antara murid yang belajar al-Quran di rumah dan sebaliknya?

1.3.8

Adakah terdapat perbezaan dalam penguasaan komponen tajwid hukum lima secara keseluruhannya?

1.3.9

Adakah terdapat perbezaan dalam penguasaan komponan tajwid hukum lima mengikut jantina dan taraf sosio ekonomi?

1.3.10 Adakah terdapat perbezaan dalam penguasaan komponan tajwid hukum lima mengikut kedudukan kelas?

1.3.11 Adakah terdapat perbezaan

dalam penguasaan item tajwid hukum lima

mengikut jantina, kedudukan kelas dan taraf sosio ekonomi?

1.4

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian bermaksud satu pernyataan mengenai sesuatu tujuan spesifik kajian yang disenaraikan sebelum sesuatu kajian dijalankan. Penyenaraian tujuan spesifik kajian ini amat mustahak kepada penulis sebab ia membolehkan pengkaji mengutip data yang sesuai dan jenis alat yang perlu digunakan. Untuk membina item soal selidik penulis perlu merujuk kepada objektif kajian, objektif merupakan satu set panduan semasa menjalankan pemerhatian, ujian dan analisis dokumen. Modul Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan, OUM (2010). Berikut disenaraikan objektif kajian bagi mengenalpasti tahap penguasaan tajwid hukum lima di kalangan murid, sebagai mana berikut:

1.4.1

Mengenalpasti perbezaan penguasaan bacaan al-Quran bertajwid mengikut jantina, kelas dan taraf sosio ekonomi murid.

1.4.2

Mengenalpasti perbezaan penguasaan tajwid mengenai hukum lima mengikut jantina dan kelas.

1.4.3

Mengenalpasti adakah terdapat perbezaan penguasaan tajwid mengenai hukum lima antara murid yang belajar al-Quran di rumah dan sebaliknya.

1.4.4

Mengenalpasti adakah terdapat perbezaan penguasaan tajwid mengenai hukum lima di kalangan murid yang telah khatam dan belum khatam al-Quran.

1.4.5

Mengenalpasti perbezaan penguasaan komponan tajwid mengenai hukum lima mengikut jantina.

1.4.6

Mengenalpasti perbezaan penguasaan komponan tajwid mengenai hukum lima mengikut kelas.

1.4.7

Mengenalpasti perbezaan penguasaan komponan tajwid mengenai hukum lima mengikut taraf sosio ekonomi murid.

1.4.8

Mengenalpasti perbezaan penguasaan komponan tajwid mengenai hukum lima mengikut jantina, kelas dan taraf sosio ekonomi murid.

1.4.9

Mengenalpasti perbezaan penguasaan item tajwid mengenai hukum lima mengikut jantina.

1.4.10 Mengenalpasti perbezaan penguasaan item tajwid mengenai hukum lima mengikut kelas.

1.4.11 Mengenalpasti perbezaan penguasaan komponan tajwid mengenai hukum lima mengikut jantina, kelas dan taraf sosio ekonomi keseluruhannya.

1.5

KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini perlu dijalankan memandangkan tahap penguasaan bacaan al-Quran dikalangan murid semakin menurun. Kajian ini bertujuan mencari punca sebenar permasalaan ini berlaku. Dan apakah cara terbaik untuk mengelakkannya daripada terus berpanjangan. Kajian ini dijalankan untuk memberi gambaran sebenar kepada para pelajar, ibu bapa serta guru-guru mengenai persepsi, sikap dan minat murid teradap mata pelajaran tilawah al-Quran khususnya mengenai hukum tajwid.

Dapatan daripada hasil kajian ini nanti diharapkan dapat memberi garis panduan kepada beberapa pihak yang terbabit seperti Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Agama Islam, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah dan orang perseorangan bagi merancang langkah-langkah perlu untuk membantu mempertingkatkan kemampuan pembacaan al-Quran dan penghayatan hukum tajwid di kalangan generasi muslim.

Kajian yang dijalankan adalah berdasarkan kepada beberapa kepentingan sebagaimana berikut:

1.5.1

Menyedarkan masyarakat betapa pentingnya pengetahuan terhadap ilmu alQuran yang merangkumi hukum tajwid yang terkandung dalam hukum lima.

1.5.2

Mengenalpasti kelemahan-kelemahan dan seterusnya memperbaikinya ke arah ketinggian wahyu Ilahi dan mengelak dari kesilapan dalam bacaan ayat-ayat suci al-Quran.

1.5.3

Membantu pelajar untuk mencari pendekatan yang sesuai bagi menguasai tajwid hukum lima.

1.5.4

Membantu murid mendapatkan khidmat nasihat bagi meningkatkan pengetahuan dalam ilmu tajwid hukum lima.

1.5.5

Membantu pihak pentadbir, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral khususnya bagi merancang aktiviti yang sesuai dan pandu bagi memperbaiki keadaan semasa berkaitan dengan penguasaan hukum lima dan tajwid al-Quran amnya.

1.5.6

Membantu pihak kementerian bagi merangka program dan mengadakan kursuskursus peningkatan keilmuan terutamanya keprofesionalan perguruan.

1.6

DEFINISI

Penguasaan Tajwid Hukum Lima di Kalangan Murid Tahun Lima Sekolah Kebangsaan Padang Mandol Tumpat adalah tajuk kajian pilihan penulis. Tajwid menurut kamus dewan edisi ke tiga (1984). Penguasaan dari segi bahasa bermaksud perihal menguasai atau menguasakan,yang boleh difahami sebagai kebolehan dalam sesuatu perkara atau berkemahiran berupa pengetahuan, amalan dan penghayatan samada berbentuk lisan atau perbuatan.

Tajwid pula diertikan sebagai ilmu (hukum) yang berkaitan dengan lafaz atau sebutan yang betul dan tepat khususnya Dalam pembacaan al-Quran, hukum adalah peraturan, undang-undang atau sesuatu ketetapan yang dibuat oleh sesuatu kuasa yang dianggap mesti dipatuhi. Di kalangan pula membawa maksud lingkungan atau golongan tertentu, manakala lima bermaksud bilangan atau jumlah.

Berdasarkan kamus dewan dan sebagaimana kehendak syarak dapat disimpulkan bahawa tajuk kajian ini adalah untuk mengetahui tentang perihal berkenaan tahap keupayaan dan kebolehan penguasaan hukum-hukum khusus. Hukum-hukum berkenaan adalah yang berkaitan dengan pembacaan al-Quran iaitu tajwid hukum lima seperti Izhar halqi, Idgham Maalghunnah, Idgham bilal Ghunah, Ikhfa dan Iqlab di kalangan murid-murid tahun lima sekolah kebangsaan Padang Mandol Tumpat. Kebolehan atau keupayaan dalam penguasaan hukum lima amat penting dalam kemahiran membaca al-Quran dengan tepat seperti yang ditetapkan atau peraturan yang berkaitan dalam pembacaan al-Quran supaya bebas dari sebarang kesalahan dan kesilapan serta menepati bacaan sebenar sebagaimana al-Quran itu di turunkan.

1.7

BATASAN KAJIAN

Penulis mengunakan batasan kajian yang difokus khusus kepada murid-murid tahun lima sahaja iaitu di Sekolah Kebangsaan Padang Mandol Tumpat Kelantan, bilangan murid yang terlibat seramai 57 orang. Ianya merupakan salah sebuah sekolah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia yang terletak di daerah Tumpat, Negeri Kelantan.

Kajian ini hanya melibatkan mata pelajaran pendidikan Islam yang terbatas bagi bidang asuhan tilawah al-Quran yang memfokuskan kepada bahagian tajwid hukum lima yang merangkumi hukum-hukum seperti, Izhar Halqi, Idgham Maal Ghunnah, Idgham Bila Ghunnah, Ikhfa Haqiqi dan Iqlab.

Kajian ini, cuba memperlihatkan perbezaan yang disignifikasikan mengikut jantina, kelas, taraf sosio ekonomi dan minat serta komitmen pelajar terhadap ilmu tajwid. Kajian ini juga membincangkan mengenai langkah-langkah yang perlu diambil dalam mempertingkatkan penguasaan tajwid di kalangan pelajar.

Kajian ini hanya terbatas setakat sampel murid-murid tahun lima Sekolah Kebangsaan Padang Mandol yang terdiri daripada dua kelas keseluruhannya iaitu tahun Lima Mahir dan tahun Lima Pintar, tanpa mengira tahap sosio ekonomi murid. Jumlah murid seramai 57 orang dari dua kelas tersebut dijadikan sampel kajian ini. Kajian ini juga, terbatas setakat mengedar set-set soalan kaji selidik yang mengandungi tiga bahagian utama iaitu, butiran pengajian al-Quran murid, latar belakang keluarga dan ujian ringkas.

1.8

KESIMPULAN

Penguasaan pembacaan al-Quran bertajwid adalah satu tuntutan syarak, ianya perlu dipenuhi oleh semua yang bergelar mukmin. Tapi malangnya setelah diselidiki masalah-masalah yang berkaitan dengan tajuk kajian didapati tahap penguasaan tajwid dalam pembacaan al-Quran berada di tahap yang sederhana. Masalah ini timbul, akibat dari sikap mereka-mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung yang tidak peka terhadap tuntutan yang mutlah, sikap sambil lewa dan tak peduli menyebabkan penguasaan bacaan al-Quran berada di tahap yang sederhana.

Berdasarkan kajian dari pelbagai pihak termasuk kementerian terdapat berbagai masalah tentang penguasaan bacaan al-Quran. Antara masalah tersebut ialah tahap penguasaan tajwid yang berkaitan hukum lima di kalangan pelajar, walaupun dewasa ini begitu banyak kelas-kelas al-Quran dan tajwid di seluruh Negara tetapi tahap keberkesanannya terhadap penguasaan tajwid hukum lima masih lagi di tahap yang rendah.

Fenomena inilah yang telah membuka hati dan menarik minat pengkaji untuk mengenalpastinya secara lebih spesifik berhubung dengan tahap penguasaan hukum

tajwid di kalangan pelajar khususnya yang berkaitan dengan hukum lima di kalangan murid-murid tahun lima Sekolah Kebangsaan Padang Mandol, Tumpat, Kelantan.

Adalah diharapkan semoga dengan niat murni ini akan menggalakkan usaha yang dapat membuahkan hasil yang baik ke arah menyedarkan semua pihak termasuk murid itu sendiri bahawa pembelajaran al-Quran bertajwid merupakan satu tuntutan fardu ain yang ditetapkan oleh syariat Islam yang diwarisi melalui junjungan besar iaitu nabi Muhammad s.a.w.

BAB DUA

TINJAUAN LITERATUR

2.1

PENGENALAN

Kajian tentang penguasaan tajwid hukum lima, telah banyak diperkatakan. Dalam bab ini, penulis akan bincang dan huraikan kajian yang telah di lakukan oleh para pengkaji, antaranya Rahimah bt Derahman (2010), dalam kajiannya tentang tahap penguasaan tajwid di kalangan pelajar. Penyelidikan tentang kajian-kajian lepas dibuat untuk meneliti, memahami serta menilai sejauh manakah tahap pencapaian murid dalam menguasai tajwid hukum lima bidang tilawah al-Quran yang terkandung dalam sukatan mata pelajaran Pendidikan Islam. Masalah ini bukanlah merupakan satu masalah baru, ianya telah berakar umbi membelenggu masyarakat dari dulu dan masih lagi jelekit dalam masyarakat kita hingga ke hari ini. Masalah ini juga, telah hangat diperkatakan oleh segenap lapisan masyarakat sama ada orang perseorangan, golongan pendidik, dan pakar-pakar serta tokoh-tokoh agama juga dari pihak kementerian sendiri, namun hasilnya tidak begitu banyak perubahan yang berlaku. Berdasarkan tinjauan lepas, hari ini didapati kebanyakkan umat Islam di negara kita Malaysia, sama ada golongan dewasa, remaja dan khususnya murid-murid sekolah masih lagi keciciran dalam penguasaan ilmu al-Quran dari sudut pembacaan secara bertajwid. Mengikut fakta daripada Bahagian Hal Ehwal Islam (BAHEIS) Jabatan Perdana Menteri (1995), didapati lebih 40% golongan remaja khususnya pelajar di negara ini, buta al-Quran dan jawi. Sebagai muslim, ini adalah merupakan tanggungjawab kita semua.

Al-Quran merupakan intipati atau dasar kepada agama Islam, Ia menjadi satu kefardhuan kepada setiap individu muslim mempelajari al-Quran, memahami, menghayati dan mengamalkannya. Perkara ini harus diberi perhatian yang serius, untuk

membantu kita membasmi seberapa mungkin masalah penguasaan tajwid hukum lima di kalangan pelajar, sekali lagi dinyatakan dalam bab dua ini, penulis akan bincangkan beberapa kajian lepas yang berkaitan dengan tajuk tahap penguasaan tajwid di kalangan murid tahun lima, dengan hasrat dan harapan agar ianya dapat membantu dan membuahkan hasil positif kepada semua dalam menjalani tanggungjawab seharian dan mendalami ilmu al-Quran.

2.1.1

KAJIAN LEPAS

Berdasarkan Laporan Jawatan Kuasa Kabinet 1979, yang mengkaji mata pelajaran pendidikan Islam untuk tempoh dua puluh tahun, menunjukkan pelajar-pelajar di sekolah rendah dan menengah masih berada di tahap yang kurang memuaskan dalam pendidikan al-Quran. Laporan di atas disokong oleh dapatan kajian yang telah dijalankan oleh Muhamad Endut (1992), yang menyatakan antara masalah yang dihadapi oleh guru pendidikan Islam ialah kelemahan pelajar dalam membaca al-Quran.

Menurut Abdullah Sidek (1980), maksud dan tujuan al-Quran diturunkan oleh Allah s.w.t. kepada manusia adalah supaya al-Quran itu dibaca, difikirkan, difahami segala ilmu yang ada di dalamnya dan terus diamalkan dengan jelas. Saranan ini amat jelas kepada umat Islam bahawa al-Quran itu perlu dibaca kerana setiap pembacaannya sudah pasti diberi ganjaran pahala walaupun tidak memahami maknanya.

Walau bagaimanapun pembacaan al-Quran yang tidak menjaga makhraj huruf, tajwid dan peraturan-peraturan yang berkaitan dengan pembacaan ayat-ayat suci alQuran akan berdosa dan dimurkai oleh Allah s.w.t. Berdasarkan apa yang telah dinyatakan oleh Abdullah Sidek (1980), yang membawa maksud bahawa kita perlu membaca al-Quran dengan betul sebagaimana bacaan junjung besar kita nabi

Muhammad s.a.w. semasa menerima wahyu pertama melalui malaikat Jibril a.s. di Gua Hira.

Kesedaran, minat dan ketekunan terhadap pembacaan al-Quran semestinya menjadi sebati dalam kehidupan seorang muslim, kebelakang ini kita dapati amalan pembacaan al-Quran agak berkurangan dalam kehidupan seharian masyarakat kita, amalan hidup hari yang agak leka dengan urusan keduniaan telah mengakibatkan semakin menurunnya bilangan mereka yang berkebolehan dalam bidang pembacaan alQuran sebagaimana yang terhak bagi al-Quran sebagai dasar kepada ajaran Islam.

Aminah Idris (1997) dalam kajiannya yang bertajuk penilaian program tilawah al-Quran sekolah menengah rendah, mendapati beberapa masalah pelaksanaan program tilawah al-Quran dapat dikesan, antaranya kebanyakkan pelajar mempunyai minat dan sikap yang sederhana terhadap program tilawah al-Quran dan penguasaan hukum tajwid. Penguasaan hukum tajwid dan al-Quran pelajar berada di tahap sederhana sebelum mereka memasuki sekolah menengah dan pelajar bersetuju bahan pengajaran tilawah alQuran masih belum mencukupi di sekolah. program tilawah al-Quran masih belum berjaya mengubah sikap pelajar dalam menghayati hukum-hukum tajwid dengan berkesan.

Kajian yang dilaporkan oleh Rosmawati Omar (1993) dan Siti Fatimah Sudin (2002) mengenai pembelajaran al-Quran di sebuah sekolah di Kuching Sarawak menunjukkan ibu bapa perlu memainkan peranan mendidik anak membaca al-Quran dengan betul mengikut hukum tajwid semenjak mereka masih kecil lagi.

Satu kajian kes yang telah dibuat oleh Mohd. Yusuf Ahmad dalam laporan kajian Penguasaan Tilawah al-Quran (1997), ke atas 26 orang murid menunjukkan tidak ada seorang pun yang dapat membaca al-Quran dengan lancar tanpa sebarang kesalahan bacaan, malah sejumlah 54.2% sampel yang dikaji tidak dapat menyempurnakan sebutan nun sakinah dengan betul. Situasi ini berlaku disebabkan kemerosotan penguasaan al-Quran dalam kalangan murid sekolah rendah dan menengah amat ketara. Antara faktor penyebab kelemahannya adalah kurang minat dalam kalangan murid terhadap pelajaran ini serta kurang penekanan dari pihak sekolah kerana ia tidak dinilai kepentingannya di dalam peperiksaan awam dan ianya juga kurang dipraktikkan dalam masyarakat. Untuk mengembalikan al-Quran semula ke tahap yang sewajarnya, maka perlu satu tindakan refomasi dalam system pendidikan ke arah memartabatkan Pendidikan Islam (Amri Daud, 2005).

Berdasarkan (Berita Harian, 30 September 1995) terdapat 40% remaja buta alQuran. Ini ditegaskan oleh Bahagian Hal Ehwal Islam (BAHEIS) Jabatan Perdana Menteri mendapati lebih 40% golongan remaja khususnya pelajar di negara ini buta huruf al-Quran dan jawi. laporan (Berita Harian lagi, Jumaat 20 Oktober 1995) menyatakan seramai 7,587 orang murid tahun 5 gagal ujian PAFA, kerana mereka tidak dapat membaca al-Quran dengan betul dan lancar mengikut hukum tajwid.

Menurut Ustaz Sabawi b.Awang (2000) dalam kajiannya terhadap guru pelatih semester dua Maktab Perguruan Kota Bharu tentang penguasaan hijaiyyah dan tajwid hukum lima dalam pembacaan al-Quran. Dapatan kajian yang diperolehi menunjukkan peratus lemah komponen hijaiyyah masih berada ditahap yang tinggi iaitu 22.5 peratus. Walau bagaimanapun penguasaan komponen tajwid hukum lima masih lagi rendah.

Menurut Mahmud al-Hafiz (1986), beliau melahirkan rasa bimbangnya akan berlaku satu masa nanti tidak ada orang yang boleh membaca al-Quran disebabkan oleh ramainya para alim ulama yang telah meninggal dunia, tanpa ada generasi muda yang menjadi penyambung warisan Rasulullah s.a.w. ini. Sekiranya keadaan ini berlaku maka ianya merupakan sejarah yang berulang kembali di mana pada zaman sahabat ramai para hafiz yang telah meninggal dunia di medan perang sedangkan pada masa itu pengumpulan dan penulisan al-Quran secara teratur belum lagi wujud.

Satu kajian tentang kemahiran membaca al-Quran di kalangan murid tingkatan satu, oleh Mimunah (1995), kajian tersebut mendapati keseluruhan tahap penguasaan tilawah al-Quran murid-murid tingkatan satu masih berada di tahap yang kurang memuaskan. Dapatan kajian ini juga menunjukkan murid yang cepat khatam al-Quran mempunyai tahap kemahiran penguasaan bacaan al-Quran yang baik. Mereka mendapat markah yang tinggi dalam pencapaian tajwid bertulis, pencapaian tajwid bacaan dan pencapaian tajwid sebutan. Manakala bagi murid yang belum khatam al-Quran semasa berada di tingkatan satu, mereka mendapat markah yang rendah dalam tajwid bertulis, tajwid bacaan dan tajwid sebutan.

Mengikut kajian yang dilakukan oleh Mustapha bin Awang (2000), beliau telah membuat satu kajian tentang kemahiran membaca al-Quran di kalangan pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Mulong Kota Bharu. Dalam kajian yang dijalankan, beliau mendapati bahawa ilmu yang mantap dalam bidang al-Quran dan ilmu tajwid hendaklah diajarkan kepada murid. Setiap guru yang mengajar perlulah mempunyai kefasihan dan suara yang baik serta menguasai serba sedikit berkenaan dengan seni lagu al-Quran supaya ianya dapat menarik minat pelajar-pelajar mendampinginya untuk menambahkan lagi ilmu-ilmu yang berkaitan dengan al-Quran yang mulia. Keberkaitan

kebolehan guru dengan pencapaian murid amatlah penting untuk memastikan murid dapat menguasai tahap sebenar bacaan al-Quran dan ilmu tajwid.

Dari kajian yang telah dijalankan oleh Siti Fatimah Sudin (2002), antara dapatan dalam kajian yang di lakukan beliau mengenai tahap pembacaan al-Quran di kalangan mahasiswa melayu di UiTM Shah Alam Selangor, beliau mendapati bahawa sejumlah 21 % pelajar boleh membaca al-Quran dengan lancar, 72 % pelajar boleh membaca alQuran secara sederhana dan 7 % pelajar yang tidak lancar membaca al-Quran. Ini membuktikan bahawa masalah ini, tidak mengira kedudukan atau status masyarakat itu bahkan ia tetap melingkari mereka-mereka yang tidak prihatin dengan al-Quran dan mengabaikan kepentingan al-Quran itu sendiri.

Dapatan dari hasil kajian yang dijalankan oleh Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia (1986) atau (KAGAT), telah menunjukkan sebanyak 40 peratus daripada mereka tidak dapat melafazkan syahadah dengan betul dan sempurna. Keadaan ini amat membimbangkan kerana jika seorang muslim yang semestinya dapat melafaz syahadah dengan betul untuk menentukan keislamannya tetapi tidak mampu berbuat demikian. Perkara ini amat mendukacitakan semua pihak kerana mereka merupakan turus kepada benteng pertahanan negara. Berkemungkinan bahawa mereka itu juga tidak dapat membaca al-Quran dengan betul. Kor Agama Angkatan Tentera dalam kajian keduanya (1994), masih lagi didapati sebanyak 4.5 daripada rekrut ATM tidak dapat melafazkan syahadah dengan betul.

Manakala kajian yang telah dijalankan oleh Mahmud bin Mohd Rashid (1985), mengenai kemahiran membaca al-Quran, satu dapatan daripada kajiannya ke atas muridmurid tahun empat Sekolah Rendah bantuan kerajaan, mendapati peratusan kemahiran membaca al-Quran telah meningkat sejumlah 25.7 % daripada tahun 1985 dengan

peratusan 31.2% kepada 56.9 %. Walau bagaimanapun peningkatan yang ditunjukkan ini bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan dan selesa dengan apa yang berlaku, sebaliknya kita semua perlu sedar dan memandang kehadapan serta membuka minda, mengembeling satu usaha padu untuk memperbaiki keadaan agar kita semua mencapai kemahiran membaca al-Quran ke tahap yang sepatutnya, walau bagaimanapun seharusnya kita bersyukur kerana perubahan tersebut merupakan langkah positif untuk mencapai tahap sebenar yang sepatutnya tercapai masa kini dan berikutnya.

Masalah pembacaan al-Quran bukan sahaja berlaku di sekolah rendah malahan diperingkat yang lebih tinggi juga sering berlaku masalah yang sama. Contohnya dalam pertandingan tafsir dan tilawah al-Quran antara maktab 2001, ketua hakim menyuarakan betapa ramai di kalangan peserta yang gagal menguasai hukum lima sama ada dari segi hukum mahupun cara bacaanya. Inilah yang perlu sama-sama kita fikirkan bagi mencari jalan penyelesaian untuk mengelakkan masalah ini berterusan. Menurut dapatan Rahimah Deraman (2010).

Berdasarkan kajian atau tinjauan lepas didapati masalah penguasaan tajwid dalam pembacaan al-Quran, begitu ketara sekali kepincangannya. Kepincangan tersebut membelenggu masyarakat kita khususnya murid-murid sekolah. Oleh itu, sampai hari ini masih lagi dipertikaikan keberkesanan pembelajaran tajwid dalam tilawah al-Quran di sekolah. Banyak pendapat mengatakan bahawa pembelajaran tajwid di sekolah belum berjaya sepenuhnya tehadap murid, perkara ini amat mendukacitakan. Yang penting sekarang perlunya satu usaha kearah mencari jalan penyelesaian yang wajar bagi meningkatkan penguasaan tajwid hukum lima dalam tilawah al-Quran di kalangan murid. Perkara sebegini tidak sewajarnya dibiarkan, sebagai masyarakat Islam, kita semua perlu faham bahawa perkara ini merupakan fardu ain dan fardu kifayah yang terkandung dalam tuntutan ajaran Islam. Kesucian al-Quran perlu dijaga walaupun Allah s.w.t. telah menjanjikan penjagaannya.

2.2

PEMBACAAN AL-QURAN

2.2.1

Cara Pembacaan Al-Quran Modul Al-tajwid, OUM (2010). Ulama Qurra membahagikan bentuk bacaan

yang sahih kepada empat bahagian. Maratib yang dimaksudkan di sini ialah bentuk bacaan dari sudut cepat dan lambat membaca ayat-ayat al-Quran. Empat bahagian tersebut ialah al-Tartil, al-Tahqiq, al-Hadr dan al-Tadwir.

(a) Al-Tartil: Al-Tartil dari sudut bahasa iala keelokan susunan sesuatu. Takrifan dari sudut istilah pula ialah membaca al-Quran dengan lambat, tenang, tidak gopoh, memberi hakhak huruf dan mastahaqnya iaitu makhraj dan sifat serta mengeluarkan setiap huruf dari makhrajnya. Firman Allah s.w.t.:


Maksudnya: Dan bacalah al-Quran dengan secara tartil. (Surah al-Muzammil (73): 4)

Ketika mentafsir ayat ini, Ibn Kathir menyatakan membacanya secara perlahan. Kerana sesungguhnya ia dapat membantu dalam memahami al-Quran dan menelitinya.

:aMaksudny Dan al-Quran (kami turunkan) beransur-ansur agar engkau (Muhammad) membacakannya kepada manusia perlahan-lahan dan kami menurunkannya secara bertahap. (Surah al-Isra (17):106)

Dalam tafsir Ibnu Kathir, beliau mentafsikan ayat ini ialah: Untuk kamu sampaikan kepada manusia dan membacanya kepada mereka secara perlahan.

(b) Al-Tahqiq Al-Tahqiq dari sudut bahasa bermaksud sampai kepada keyakinan tanpa lebih dan kurang. Dalam istilah para ulama Qurra, al-Tahqiq bermaksud memberi huruf haknya, seperti memanjangkan huruf mad, mentahqiqkan hamzah, menyempurnakan baris, izhar, tasydid dan seumpamanya. Martabat al-Taqiq ini biasanya digunakan untuk pengajaran kerana bentuknya menyempurnakan sebutan lafaz dan membaca al-Quran dengan begitu tartil. Meskipun begitu, ketika membaca dalam martabat ini, pembaca hendaklah menjauhi dari menyebut huruf secara berlebihan sehingga membariskan uruf yang mati, melebihkan sifat taqrir pada huruf ra, atau ghunnah pada huruf nun dilebihkan.

(c) Al-Hadar Maksud al-Hadar dari segi bahasa ialah cepat dan laju. Manakala dari sudut istilah pula ialah mempercepatkan bacaan al-Quran dengan menjaga dengan menjaga kesempurnaan lafaz dan seluruh hukum tajwid. Martabat al-Hadar pada dasarnya ialah lawan kepada martabat al-Tahqiq. Walaupun bacaan al-Hadar ini cepat, namun hendaklah pembacanya mengawasi segala hukum tajwid supaya tidak terkurang atau terlebih di dalam mambacanya.

(d) Al-Tadwir Martabat al-Tadwir ditakrifkan ulama sebagai bacaan pertengahan antara martabat alTahqiq dan al-Hadar. Faktor penjagaan ilmu tajwid masih lagi diambil kira dan dilarang daripada melebihkannya atau mengurangkannya.

Mengikut Haji Ishak Abbas (1995) terdapat tiga cara yang diperakui dalam pembacaan al-Quran itu:

a. Cara al-Tartil Bacaannya adalah lambat-lambat, nyata, jelas dan dapat memberi faham dan mengikut aturan tajwid, mengikut lahjah Arab di samping menjaga aturan-aturan waqaf iaitu berhenti dan ibtida` iaitu memulakan bacaan.

b. Cara Hadar Bacaannya adalah dengan cepat tetapi masih dalam keadaan yang dapat memelihara hukum tajwid.

c. Cara al-Tadwir Bacaannya adalah secara pertengahan antara tartil dan hadar.

2.2.2

Cara Rasulullah s.a.w. Membaca Al-Quran

Dari catatan hadith-hadith, Rasulullah s.a.w. menunjukkan bahawa baginda s.a.w membaca al-Quran dengan penuh khusyuk dan bertajwid (Abdullah al-Qari, 1986). Baginda s.a.w tidak membaca dengan cepat, mengasingkan satu ayat dengan satu ayat, memanjangkan tempat yang ada huruf mad dalam keadaan berwudhuk dan tidak berwudhuk, secara berlagu, duduk dan berbaring (Hj.Ishak Abbas, 1985).

Rasulullah s.a.w juga suka mendengar orang lain membaca al-Quran, umpamanya baginda s.a.w pernah menyuruh Abdullah bin Masud memperdengarkan bacaannya sehingga baginda diam dengan penuh khusyuk dan berlinang air mata (Hj. Ishak Abbas, 1985). Sebagai kesimpulannya menjadi keharusan kepada kita untuk membaca al-Quran mengikut mana-mana cara samada secara Tartil, Tadwir dan Hadar.

2.3

PENGENALAN TAJWID

2.3.1

Pengertian Tajwid Perkataan tajwid dalam bahasa Arab bermakna mengelokkan. Demikian juga

mengikut pendapat al-Syekh Ahmad Hijazi al-Faqih, ketua para qari Makkah alMukarramah. (Hj.Ishak Abbas, 1985 dan Abdullah al-Qari, 1986). Mengikut penggunaan para qari dari al-Quran, tajwid bermakna satu ilmu mengenai makhraj huruf, sifat-sifat huruf dan lain-lain perkara yang berkaitan dengan bacaan al-Quran. Al-Syeikh Zakaria al-Ansari mengertikan tajwid ialah: Suatu bacaan

yang tidak mencacatkan makna dan sebutan orang Arab. (Hj.Ishak Abbas, 1985). Ilmu tajwid adalah ilmu yang membahaskan mengenai sebutan huruf, kadar panjang pendek bacaan. Dengung suara mendetaq, membulatkan huruf ketika menyembunyikan huruf marfudan lain-lain lagi yang telah diperbahaskan secara terperinci. Ibnu al-Jazari ketika memberi takrif kepada ilmu tajwid dengan katanya:Tajwid ialah memberi kepada huruf haqnya iaitu sifatnya dan mustahaqnya iaitu penyebutnya yang sama dengan sifatnya Modul Al-Tajwid, OUM (2010). Oleh kerana ilmu tajwid perbahasannya agak luas untuk dibincangkan dan dibahaskan. Dalam kajian yang akan dijalankan, penulis hanya akan menekankan hukum lima sahaja iaitu Izhar Halqi, IkhfaHakiki, Idgham Maal Ghunnah, Idgham Bila Gunnah dan Iqlab di kalangan murid-murid Tahun Lima.

2.3.2

Hukum Mempelajari Tajwid Para ulama bersepakat mengatakan bahawa mempelajari tajwid merupakan

fardhu kifayah dan menghayati dalam pembacaan al-Quran adalah fardhu ain ke atas setiap muslim yang sudah sampai umur (aqil baligh) (Hj. Ishak Abbas,1985 dan Abdullah al-Qari, 1986).

Suatu riwayat bahawa Abdullah bin Masud r.a ada berkata: Perelokkan oleh kamu bacaan-bacaan al-Quran dan hiasilah dengan suara-suara baik kamu dan bacalah dengan cara bacaan Arab. Sesungguhnya al-Quran itu berbahasa Arab dan Allah sukakan al-Quran itu dibaca dengan bacaannya (Hj.Ishak Abbas 1985).

2.3.3

Huraian Tajwid Hukum Lima

Tajwid hukum lima merupakan sebahagian daripada kandungan keseluruhan hukum tajwid yang berkaitan dengan pembacaan al-Quran, ia merupakan hukum asas bagi setiap pembacaan al-Quran. Yang dimaksudkan dengan tajwid hukum lima ialah:

1. Hukum Izhar Halqi :

Izhar bermaksud terang dan jelas, justeru penamaan izhar adalah kerana nun sakinah dan tanwin bertemu dengan huruf halqi disebut dan dibaca dengan begitu jelas tanpa idgham atau ikhfa. Manakala penamaan halqi pula ialah kerana enam huruf yang berjumpa dengan nun sakinah atau tanwin itu makhrajnya adalah di halqum. Huruf-huruf izhar halqi ialah hamzah, ha, ain, hoa, ghain dan kha. Modul Al-Tajwid, OUM (2010).

Cara membacanya ialah wajib menyatakan bunyi nun mati dan tanwin dengan terang tanpa dengung dan tanpa terputus suara sebelum menyebut hurufhurufnya. Haji Nik Jaafar (1995).

2. Hukum Idgham Maal Ghunnah :

Bermaksud memasukkan huruf nun sakinah dan tanwin ke dalam huruf yang berbaris dengan kedua-duanya menjadi seperti satu huruf bertasydid berserta dengung dan lidah terangkat ketika menyebutnya dengan sekali angkat. Huruf-hurufnya mempunyai empat huruf iaitu Ya, Nun, Mim dan wau. Cara bacaannya ialah wajib memasukkan huruf yang pertama ke dalam huruf yang kedua, disenyawakan secara bertasydid dan terangkat lidah berserta dengung

yang tegas dengan kadar dua harakat iaitu kira-kira dua saat, Modul Al-Tajwid, OUM (2010) dan Abdullah al-Qari (1986).

3. Hukum Idgham Bi la Ghunnah : Bermaksud memasukkan huruf nun sakinah dan tanwin ke dalam huruf yang berbaris dengan kedua-duanya menjadi seperti satu huruf bertasydid tanpa dengung dan lidah terangkat ketika menyebutnya dengan sekali angkat. Hurufhurufnya mempunyai dua huruf iaitu lam dan ra. Cara bacaannya ialah dengan menghilangkan bunyi nun sakinah dan tanwin ke dalam huruf lam atau ra disamping bertasydid yang tegas tanpa dengung. Modul Al-Tajwid, OUM (2010) dan Abdullah al-Qari(1986).

4. Hukum Ikhfa Haqiqi :

Ia bermaksud sebutan huruf dengan cara antara izhar dan idgham tanpa tasydid tetapi mengekalkan ghunnah pada huruf yang pertama iaitu nun sakinah atau tanwin. Huruf-hurufnya berjumlah lima belas huruf kesemuanya iaitu Sod, Zal, Tha, Kaf, Jim, Syin, Qaf, Sin, Dal, To, Zai, Dhad dan Zo. Cara bacaannya ialah wajib didengungkan pada nun sakinah atau tanwin dengan sempurna tanpa tasydid, tanpa mengangkat sama ada hujung atau pangkal lidah ke lelangit. Modul Al-Tajwid, OUM (2010), Haji Nik Jaafar (1995) dan Abdullah al-Qari (1986).

5. Hukum Iqlab :

Bermaksud menukarkan nun sakinah atau tanwin kepada mim yang di ikhfakan atau disembunyikan secara dengung ketika berjumpa dengan huruf ba. Iqlab mempunyai satu huruf sahaja iaitu huruf ba. Cara bacaannya wajib didengungkan secara ringan dengan menukarkan nun sakinah atau tanwin kepada mim seta meringankan dua bibir mulut ketika mendengungkannya lebih hampir menyerupai dengung ikhfa.

2.4

KAEDAH-KAEDAH MENGUASAI BACAAN AL-QURAN BERTAJWID

2.4.1

Kaedah Baghdadi

Mengikut nukilan sejarah tidak dinyatakan dengan jelas pengasas utama bagi kaedah ini. Ini di sebabkan kerana ramai pengarang pada ketika itu yang tidak mahu menyebut namanya dalam karya yang dihasilkan Haslinda Hassan et al. (1998) Kaedah al-Baghdadi umumnya dimulakan dengan mengenal huruf hijaiyyah, mengeja huruf berbaris, mengeja huruf bercantum, membaca kalimah dan seterusnya potonganpotongan ayat. Sesuatu perkara yang baik dan agak istimewa dalam kaedah ini, guru yang mengajar al-Quran menyuruh murid-murid menghafaz surah-surah lazim, sekalipun murid-murid itu belum mengenal huruf dan belum boleh membaca kalimahkalimah pendek. Pelajaran tajwid secara khusus tidak berlaku, namun diberi penekanan membaca secara betul.

Di sini jelas kepada kita bahawa pendekatan ini yang mana sering digunakan di kawasan pedalaman oleh guru-guru al-Quran untuk mengajar al-Quran kepada penduduk kampung telah terbukti keberkesanannya. Kaedah ini menjadi amalan turun-

temurun untuk melahirkan generasi al-Quran bahkan ianya menjadi satu jalan kepada guru-guru al-Quran untuk mencipta teknik pengajaran yang terkini bagi memudahkan lagi pengajaran al-Quran kepada generasi muslim. Hasilnya lahirlah kaedah-kaedah baru dalam pengajaran al-Quran.

2.4.2

Kaedah Iqra

Iqra, iaitu cara cepat belajar al-Quran telah disusun pada tahun 1988 oleh Allahyarham Ustaz Haji Asad Human dari Indonesia (Asad Human 1997). Cara pengajaran yang dijalankan adalah jenis pandang sebut. Umpamanya huruf-huruf dan kalimah berbaris disebut bunyinya tanpa mengeja hurufnya, seperti kaedah lama. Bagi murid-murid yang aktif serta cepat, guru hanya bertindak sebagai pemudah cara dan hanya diberi contoh bacaanya sahaja. Dalam pengajaran Iqra murid yang cerdas digalakkan membantu murid yang lemah. Kaedah ini bukan sahaja berkesan bahkan dapat memotivasikan murid. Penutup kepada setiap jilid kebiasaanya diakhiri dengan nasyid sebagai merumuskan pelajaran yang telah diikuti dan dengan ini akan menambahkan minat murid untuk mendalami dan menguasai al-Quran.

Memandangkan betapa pentingnya pendidikan al-Quran satu mesyuarat mengenai pelaksanaan kurikulum Pendidikan Islam KBSR dan KBSM pada 21 Januari 1994 telah bersetuju supaya murid dalam tahun satu di sekolah kebangsaan diberi tumpuan kepada pendidikan al-Quran dengan menggunakan kaedah Iqra. Murid tahun satu dikehendaki memiliki buku Iqra dan mengikuti kelas kemahiran al-Quran dalam jangka masa 6 bulan awal persekolahan 1994/ 1995. satu kajian oleh [Mohd Alwi Yussof, Adel M.Abd.Aziz dan Ahmad Kamel Mohamad (2003)] menyatakan kaedah

Iqra pada umumnya memberi kesan baik terhadap pencapaian pengajaran al-Quran di sekolah rendah kebangsaan.

2.4.3

Kaedah Hattawiyah

Kaedah ini diasaskan oleh ustaz Dr.Muhammad Hatta Uthman yang dilahirkan di Riau Indonesia pada tahun 1947 dan seterusnya diperkenalkan di Malaysia pada tahun 90an, ekoran daripada ramainya pelajar yang tidak mampu dan tidak berkebolehan membaca al-Quran. Method ini sesuai bagi mereka yang lancar rumi dan tidak dapat menguasai jawi dan perkataan Arab. Kaedah ini juga dapat membantu saudara baru yang ingin menguasai pembacaan al-Quran. Caranya ialah melalui pengenalan hurufhuruf Arab dan kalimah-kalimah yang berbaris akan dieja dengan ejaan rumi, seperti ( ) dibaca dengan Hudan dan ( ) tidak dibaca.

2.4.4

Kaedah Qiraati

Kaedah Qiraati sebenarnya telah diperkenalkan sejak tahun 1963 oleh bapak Hj. Daehalan Salim al-Zarkhasyi, seorang guru mengaji al-Quran yang telah bertahun-tahun aktif mengajar al-Quran di Indonesia. Kaedah ini dimulakan dengan membaca terus tanpa analisa dan dieja dengan huruf-huruf Hijaiyyah dan tanda bacaan, satu set (5 jilid) buku panduan perlu diikuti. Bermula dari buku pertama secara talaqqi musyafahah iaitu guru dan murid berhadapan secara terus, seterusnya pelajar mengulangkaji atau

membaca sendirian dan seterusnya dinilai secara bertulis melalui buku yang telah dikhususkan Halimah Jusuh et al. (1998).

2.5

KESIMPULAN

Ilmu tajwid dan al-Quran adalah selari bahkan sebati di dalamnya, pembacaan ayat-ayat suci Allah s.w.t adalah satu keperluan bagi setiap muslim. penguasaan seseorang terhadap terhadap ilmu tajwid adalah satu jaminan bagi keupayaan seseorang menguasai pembacaan al-Quran dengan betul, fasih dan sempurna. Bacaan al-Quran yang bertajwid merupakan kesebatian yang sungguh tinggi dan ianya tidak dapat dipisahkan lagi antara kedua-duanya. Kejanggalan atau kesalahan akan lahir dalam pembacaan al-Quran tanpa bertajwid, bahkan ianya akan mendatangkan kesumbangan dan kesalahan yang nyata. Namun sebaliknya apabila terdapat kesepaduan antara bacaan dengan hukum tajwid sudah pasti ia akan menyerlahkan bacaan yang elok dan sebenar seperti yang dituntut dalam tilawah al-Quran dan secara tidak langsung ia akan memaparkan keindahan dan kehalusan serta ketinggian mukjizat al-Quran. Oleh itu berbagai langkah perlu dijalankan bagi mempertingkatkan penguasaan bacaan al-Quran bertajwid di kalangan murid. Tanpa usaha yang berkesan, genersi al-Quran yang dicitacitakan akan terus malap dan tengelam. Pembentukan generasi al-Quran bukanlah satu usaha yang remeh dan mudah. Oleh itu kerjasama dari semua pihak amatlah diperlukan untuk merealisasikan hasrat dan matlamat ini. Sikap menuding jari haruslah dikuburkan dan bangkitlah serentak bersama dengan satu azam dan iltizam yang istiqamah kerana Allah s.w.t semata-mata. Segala usaha haruslah bermula dari anak-anak yang mesti

diasuh, dididik, dibimbing dan didampingi dengan secukupnya ke arah menghayati dan mencintai al-Quran.

Guru-guru Pendidikan Islam seharusnya mengunakan kepelbagaian kaedah, teknik dan pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran supaya ianya akan pendorong yang akan membangkitkan minat murid untuk terus mengabdikan diri dalam menyempurnakan tuntutan ilmu wahyu.

Berbagai cara boleh digunakan untuk mendapat kemahiran membaca al-Quran dengan baik, di samping mempelajari ilmu tajwid, kita seharusnya tekun melazimkan dan menyebatikan diri kita dengan bacaan-bacaan al-Quran setiap masa, keadaan ini akan memudahkan seluruh alat pertuturan kita membunyikan ayat-ayat al-Quran dengan betul dan tepat mengikut lahjah al-Quran itu diturunkan.

Kaedah-kaedah yang dicipta ke arah pemurniaan bacaan al-Quran bertajwid mampu diketengahkan asalkan semua pihak berganding bahu dan bersedia untuk samasama menjayakannya. Kesepaduan semua kaedah dan teknik mampu membentuk pembaharuan dalam penguasaan ilmu tajwid. Apa yang penting dan ianya tidak boleh diketepikan ialah disiplin diri, bacaan al-Quran bertajwid mampu memartabatkan alQuran pada tempat yang sebenarnya. Pemerkasaan pendidikan al-Quran perlu dimartabatkan kepada setiap generasi supaya al-Quran tidak hanya sekadar menjadi perhiasan tulisan yang cantik sahaja tetapi ianya perlu dihayati dalam setiap jiwa manusia yang inginkan kedamaian dan kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Memandangkan betapa besarnya, indahnya dan uniknya matlamat ini, maka penulis cuba menyatakan kepada semua betapa pentingnya mempelajari ilmu tajwid walaupun hanya dibicarakan dalam ruang lingkup yang sempit. Atas sebab inilah maka

penulis menjalankan kajian ke atas pelajar-pelajar Tahun Lima Sekolah Kebangsaan Padang Mandol, bagi mengenal pasti sejauh manakah tahap penguasaan murid di peringkat awal lagi. Semoga pengesanan yang dilakukan diperingkat awal ini dapat membantu mereka memperbaiki kelemahan dan seterusnya tindakan yang wajar perlu dilakukan untuk memastikan kejayaan pada masa akan datang.

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1.

PENDAHULUAN

Metodologi kajian ini ialah teknik-teknik kajian yang mengkaji secara teratur dan teliti mengenai aspek sesuatu masalah. Dalam mengenali metodologi diubahsuai selepas kajian awal dilakukan (Rohana Yusof, 2004). kajian, perincian mungkin tidak begitu penting memandangkan cara dan teknik mungkin boleh

Metodologi kajian merupakan suatu proses, suatu set perkakas bagi melaksanakan suatu penyelidikan dan perolehan maklumat, serta juga suatu seni bagi melaksanakan suatu karya sains ( Adams dan Schvaneveldt, 1985). Secara umumnya, Fielding dan Schrier (2001) telah mengklasifikasikan bahawa terdapat tiga jenis metodologi kajian, salah satu daripadanya ialah kajian kuantitatif:

Merupakan suatu pertanyaan teradap masalah yang telah dikenalpasti yang mana berdasarkan kepada pengujian suatu teori yang digubah oleh pemboleh ubah, diukur

melalui perwakilan nombor, dan dianalisa menggunakan teknik statistik (Neuman, 2000).

Kaedah kajian kuantitatif yang biasa ialah kajian eksperimental dan kajian tinjauan (Fellow dan Liu, 1997). Kajian ini dibuat bagi mengesan tahap penguasaan pelajar tentang tajwid hukum lima bagi murid Tahun Lima Sekolah Kebangsaan Padang Mandol. Dalam Bab Tiga mengenai metodologi kajian ini merangkumi beberapa aspek seperti reka bentuk kajian, subjek kajian, instrument kajian, prosedur pengumpulan data dan cara menganalisis data.

3.2

REKA BENTUK KAJIAN

Kajian ini mengunakan kajian kuantitatif iaitu mengunakan reka bentuk kajian deskriptif, yang mana penulis tidak memberi apa-apa rawatan kepada subjek kajian dan biasanya variable kajian diukur sekali sahaja. Modul Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan, OUM (2010) Pengkaji mengemukakan satu set soalan soal selidik kepada responden bagi mendapatkan maklumat yang jelas. Soal selidik yang dikemukakan mengandungi tiga fasa. Bahagian A berhubung dengan butiran pengajian al-Quran dan butiran peribadi murid, Bahagian B berkaitan dengan latar belakang keluarga dan Bahagian C merupakan ujian ringkas begi mengetahui lebih lengkap lagi tentang pengetahuan sebenar murid.

Kajian yang dijalankan adalah bagi mengesan dan mengenalpasti sejauh mana penguasaan pelajar terhadap hukum tajwid khususnya tajwid hukum lima. Pemilihan

kaedah-kaedah ini diharapkan dapat membantu untuk menjayakan kajian yang telah dirancang begi mencapai objktif kajian.

3.3

POPULASI DAN PERSAMPELAN

3.3.1

Populasi :

Populasi bermaksud sekumpulan objek, benda kejadian ataupun individu yang mempunyai ciri-ciri yang sama yang ingin dikaji. Setiap individu atau objek dalam sesuatu popuulasi berkemungkinan berbeza-beza dalam banyak segi, namun ianya mesti mempunyai tidak kurang daripada satu ciri yang sama. (Rohana Yusof, 2004).

Menurut Mohd Najib (1999), populasi merupakan semua ahli di dalam satu kelompok. Kajian ini menumpukan kepada peyelidikan untuk mengetahui tahap penguasaan tajwid hukum lima dan menganalisis metodolgi yang digunakan. Dalam kajian ini hanya ditumpukan kepada murid tahun lima Sekolah Kebangsaan Padang Mandol, Tumpat, Kelantan. Sekolah ini dikelaskan sebagai sekolah gred A dan dikategorikan sebagai sekolah luar bandar.

3.3.2

Sampel Kajian

Persampelan ialah satu proses dimana sebilangan kecil daripada keseluruhan populasi dipilih dan dikaji bagi membolehkan kita membuat satu generalisasi berkaitan populasi itu (Rohana Yusof, 2004) Pemilihan responden dibuat secara rawak mudah iaitu semua individu dalam populasi di atas mempunyai peluang yang sama untuk

dipilih sebagai sampel atau responden. Jumlah bagi populasi pelajar adalah seramai 57 orang murid. Responden di atas dipilih bersesuaian dengan major yang diambil iaitu Pendidikan Islam. Sebelum penyelidikkan dilakukan kebenaran guru besar Sekolah Kebangsaan Padang Mandol diminta agar kajian ini mendapat kerjasama semua murid dan guru yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung. Kesimpulannya skop kajian penulis berkisar kepada masyarakat sekolah, ibu bapa dan murid tahun lima Sekolah Kebangsaan Padang Mandol, Tumpat, Kelantan.

3.4

INSTRUMEN KAJIAN

Instrumen kajian utama yang digunakan bagi pengumpulan data ialah soal selidik. Pembinaan instrumen kajian adalah hasil dari pengubahsuaian instrurmen yang telah digunakan oleh penyelidik lepas dan rekaan penyelidik sendiri berdasarkan objektif yang ingin dicapai. Responden yang terlibat hendaklah memberi pandangan mereka terhadap tiap-tiap kenyataan berdasarkan pilihan jawapan yang diberikan. Mereka perlu menandakan pilihan skor bagi item yang dipilih.

Instrutmen kajian terbatas kepada soal selidik berdasarkan kepada satu set soalan yang dikemukakan kepada murid-murid tahun lima dari kelas Intan, Nilam dan Mutiara.Soalan yang dikemukakan terdiri daripada tiga bahagian, iaitu Baagian A, Bahagian B, dan Bahagian C. Item-item yang terkandung dalam bahagian A terdiri daripada dua komponen iaitu komponen pertama terdiri daripada soalan yang berkaitan dengan peribadi murid. Komponen kedua pula berhubung dengan penguasaan Tajwid serta hukum lima yang terdiri daripada 7 item soalan. Skala lima atau likurt (1=Sangat lemah, 2= Lemah, 3= Serdahana, 4= Baik, 5=Sangat baik ) dijadikan ukuran ke atas responden menilai keupayaan diri.

Murid-murid juga diminta menjawab soalan bahagian B yang berkaitan dengan latar belakang keluarga dan juga Bahagian C yang merupakan ujian ringkas yang berkaitan dengan tajwid hukum lima sama ada yang melibatkan bahagian huruf, huruf, cara bacaan dan mengenal contoh hukum.

3.5

PROSEDUR PENGUMPULAN DATA

Penulis menggunakan masa satu hari untuk mengedar dan mengumpul soalan untuk murid. Soalan selidik diedar selama satu jam. Selepas satu jam soalan dipungut untuk disemak dan dianalisis dengan menggunakan statistic dan peratusan bagi soalansoalan kajian yang dikemukakan.

3.6

ANALISIS DATA

Data-data yang dikumpulkan seterusnya diproses dan disusun bagi memudahkan penulis untuk menjalankan analisa data bagi setiap persoalan kajian. Data yang diperolehi ekoran dari tindakbalas responden seramai 57 orang murid membantu memudahkan pengkaji bagi meyediakan jadual data keseluruhan. Setelah itu analisis data dilakukan untuk mendapatkan peratus dan min bagi setiap persoalan. Selain daripada itu ia juga merupakan salah satu cara untuk menganalisis sejauh mana perbezaan yang ditunjukkan dalam penguasaan hukum lima yang sesuai dengan persoalan kajian, samada dari segi jantina, kelas mahupun sosio ekonomi. Hal ini dapat dilihat pada jadual di bawah :

PERKARA

YANG TERLIBAT

BILANGAN MURID

JUMLAH

KELAS

5 Mahir 5 Pintar

32 orang 25 orang 32 orang 25 orang 38 orang 19 orang 57 orang 57 orang 57 orang

JANTINA

lelaki perempuan

SOSIO EKONOMI

rendah tinggi

3.7

KESIMPULAN

Bahagian ini telah menghuraikan secara terperinci metodologi yang digunakan untuk melaksanakan kajian. Perancangan yang tersusun dan teratur akan dapat membantu penulis dalam mendapatkan data-data yang sebenarnya, betul dan tepat. Proses analisis data dan seterusnya mentafsir data bukanlah satu perkara yang mudah. Komitmen dari semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung adalah perlu agar dapatan kajian ini kelak adalah sah. Semoga kajian yang dilakukan ini akan membantu semua pihak dalam menangani masalah yang berkaitan dengan penguasaan tajwid al-Quran.

BAB 4

DAPATAN KAJIAN

4.1 PENDAHULUAN

Al-Quran adalah nadi atau tunjang dalam kehidupan setiap individu muslim, penguasaannya merupakan suatu kewajipan yang tidak boleh diabaikan. Setiap pembacaan al-Quran mestilah bertepatan sebagaimana ianya diturunkan, bacaan alQuran bertajwid adalah wajib, setiap pembacaan yang bersalahan dengan hukum-hukum tajwid adalah ditegah dan haram hukumnya. Dewasa ini, penguasaan tajwid begitu longgar di kalangan pengamal bacaan al-Quran. Masalah penguasaan al-Quran yang masih lagi tinggi di sekolah-sekolah samada di peringkat sekolah rendah,sekolah menengah dan di peringkat yang lebih tinggi bahkan ianya membelenggu segenap lapisan masyarakat kita masakini. Berdasarkan kepada masalah-masalah tersebut penulis berminat dan memilih, Tahap Penguasaan Tajwid Hukum Lima untuk dijadikan tajuk kajian.

Dalam bab ini akan diketengahkan serba sedikit tentang perkara yang berkaitan dengan responden dan yang pentingnya adalah dapatan yang diperolehi setelah soal selidik ke atas pelajar-pelajar tahun lima di Sekolah Kebangsaan Padang Mandol terhadap penguasaan Tajwid Hukum Lima samada penguasaan mengikut kelas, jantina, sosioekonomi atau penguasaan secara keseluruhannya.

Harapan penulis, dapatan daripada kajian yang dijalankan ini akan memberi kesan positf yang mana akan membantu menyedarkan kita semua terhadap masalah yang telah lama membelenggu sepenap lapisan masyarakat kita disamping mengorak

langkah bagi memperbaiki kepincangan yang ada dan penambahbaikan mana yang masih kurang dalam penguasaan hukum tajwid, khasnya yang berkaitan dengan hukum lima. Semoga hasil yang diperolehi dari dapatan kajian yang dilakukan ini memberi peluang kepada kita semua untuk menyusun kemurnian pembacaan al-Quran bertajwid. strategi atau langkah-langkah yang berkaitan dan seterusnya merancang dan mengambil tindakan susulan kea rah

4.2

PROFIL RESPONDEN

Responden terhadap kajian ini ialah terdiri daripada pelajar-pelajar tahun lima yang beragama Islam di Sekolah Kebangsaan Padang Mandol Tumpat, Kelantan. Kelas yang terlibat dalam kajian ini ialah kelas 5 Mahir, dan 5 Pintar sahaja. Responden yang dipilih adalah seramai 57 orang ( 32 orang murid lelaki dan 25 orang murid perempuan ) Bilangan murid mengikut kelas ialah 32 orang kelas Mahir, dan 25 orang kelas Pintar.

Secara amnya murid-murid di sini terdiri daipada mereka yang berpendapatan rendah. Responden yang dipilih terdiri daripada mereka yang berpendapatan rendah dan juga tinggi. Walau bagaimanapun bilangan yang lebih tepat bagi responden ini ialah 34 orang dari keluarga yang berpendapatan rendah dan 23 orang lagi dari keluarga yang berpendapatan tinggi.

kelas Mahir merupakan kelas yang terbaik dari segi pencapaian akademik jika ingin dibandingkan dengan kelas Pintar dan 20 peratus murid dari kelas Mahir adalah murid elit sekolah.

4.3

DAPATAN KAJIAN

Di bawah ini merupakan dapatan persoalan kajian sebagaimana berikut:

hasil kajian yang diperolehi berdasarkan

4.3.1

ANALISIS PENGUASAAN BACAAN AL-QURAN BERTAJWID

Soalan 1 :

Adakah terdapat perbezaan dalam penguasaan pembacaan al-Quran

bertajwid mengikut jantina. 4.3.1.1 Jadual 1 : Penguasaan Pembacaan Al-Quran Bertajwid Mengikut Jantina Berdasarkan Peratus Dan Min ASPEK LELAKI PEREMPUAN Nota: 1= Sangat lemah 2= Lemah 3= Sederhana 4= Baik Hasil daripada 5= Sangat Baik LEMAH 15.62 % (5 ) 28.00 % (7) SEDERHANA 59.37 % ( 19 ) 48.00 % (12) BAIK 25.00 % (8) 24.00 % (6) MIN 1.92 1.22

Penguasaan membaca al-Quran bertajwid antara jantina :

lakaran yang ditunjukkan di dalam jadual 1 di atas, menunjukkan peratus baik bagi murid lelaki ialah 25.00 % (8 orang), manakala sederhana 59.37 % (19 orang) dan lemah pula ialah 15.62 % (10 orang). Manakala bagi murid perempuan pula peratus baik ialah 24.00% (07 orang), Sederhana 48.00% (12 orang) dan Lemah 28.00% (07 orang). Di sini jelas menunjukkan bahawa murid lelaki memperolehi peratus sederhana dan baik lebih tinggi daripada murid perempuan.

Perbandingan penguasaan pembacaan al-Quran bertajwid mengikut jantina dapat diperhatikan pada skor min di mana murid lelaki memperolehi skor min 1.92 manakala murid perempuan hanya memperolehi skor min 1.22 sahaja. Berdasarkan dapatan ini jelas menunjukkan bahawa murid lelaki lebih menguasai pembacaan al-Quran bertajwid berbanding murid perempuan dengan perbezaan min sebanyak 0.70 antara keduaduanya.. Soalan 2 : Adakah terdapat perbezaan penguasaan pembacaan Al-Quran bertajwid mengikut kelas. 4.3.1.2 Jadual 2 : Penguasan Pembacaan Al- Quran Bertajwid Mengikut Kelas Berdasarkan peratus Dan Min KELAS 5 MAHIR 5 PINTAR Nota : LEMAH 12.50 % 04 32.00 % SEDERHANA 50.00 % 16 60.00 % 15 3= Sederhana 4= Baik BAIK 37.50 % 12 06.25 % 02 5= Sangat Baik MIN 1.63 1.50

08 1= Sangat lemah 2= Lemah

Perbandingan penguasaan pembacaan al-Quran bertajwid mengikut Kelas: Peratus Baik bagi Kelas Mahir ialah 37.50 % (12 orang), sederhana 50.00 % (16 orang), lemah 12.50 % (04 orang). Manakala kelas Pintar peratus baik 06.25 % (02orang), sederhana 60.00 % (15orang), lemah32.00 % (08 orang). Peratus Baik bagi Kelas Mahir lebih tinggi berbanding kelas Pintar manakala peratus Lemah bagi Kelas Pintar agak membimbangkan apabila 32.00% iaitu (08) pelajar dalam kelas tersebut masih lagi berada di tahap yang lemah.

Perbazaan penguasaan pembacaan al-Quran bertajwid antara kelas dapat diperhatikan berdasarkan skor min dimana skor min sederhana dan baik bagi kelas Mahir lebih tinggi berbanding kelas Pintar iaitu skor min Mahir ialah 1.63, manakala kelas Pintar 1.50. Ini menunjukkan pelajar kelas Mahir lebih menguasai pembacaan al Quran bertajwid berbanding kelas Pintar walaupun ianya berada di tahap sederhana dan baik sahaja.

4.3.1.3

RAJAH: PERBANDINGAN PENGUASAAN PEMBACAAN AL- QURAN BERTAJWID ANTARA KELAS.

Soalan 3 : Adakah terdapat perbezaan penguasaan pembacaan Al-Quran bertajwid mengikut taraf sosio ekonomi. 4.3.1.4 Jadual 3 : Penguasaan Pembacaan Al-Quran Bertajwid Mengikut Taraf Sosio Ekonomi Berdasarkan Peratus Dan Min. ASPEK LEMAH SEDERHANA BAIK MIN

RENDAH

35.29 % (12)

44.11 % (15)

20.58 % (07)

1.52

TINGGI

0.00 % (0)

69.56 % (16) 3= Sederhana 4= Baik

30.43 % (07)

1.63

Nota :

1= Sangat Lemah 2= Lemah

5= Sangat Baik

Penguasaan pembacaan al-Quran bertajwid mengikut taraf sosio ekonomi : Jadual 3 menunjukkan peratus baik bagi murid yang taraf sosio ekonomi rendah ialah 20.58 % (07), Sederhana 44.11 % (15), Lemah 35.29 % (07) dan minnya 1.52. Murid yang taraf Sosio Ekonomi tinggi pula peratus Baiknya ialah 30.43 % (04), Sederhana 69.56 % (21), dan Lemah 0.00 % (0) dan minnya 1.63. Ini bermakna murid dari keluarga yang berpendapat tinggi lebih menguasai pembacaan Al-Quran bertajwid dengan skor min yang diperolehi 1.63 berbanding dengan murid-murid yang sosio ekonomi rendah dengan minnya 1.52 iaitu perbezaan skor minnya sebanyak 0.11. Walaubagaimanapun penguasaannya masih lagi di tahap sederhana.

4.3.2

ANALISIA PENGUASAAN TAJWID HUKUM LIMA

Soalan 4 : Adakah terdapat perbezaan penguasaan Tajwid mengenai Hukum Lima mengikut jantina. 4.3.2.1 Jadual 4 : Penguasaan Tajwid Mengenai Hukum Lima mengikut Jantina

Berdasarkan Peratus Dan Min. HUKUM IDZHAR HALQI IKHFA HAKIKI JANTINA LELAKI PEREMPUAN LELAKI PEREMPUA LELAKI PEREMPUAN LEMAH 25.00 (8) 28.00 (7) 31.25 (10) 32.00 (8) 31.25 (10) 36.00 (9) 34.37 (11) 20.00 (5) 21.87 (7) 24.00 (6) SEDERHANA BAIK 37.50 37.50 (12) (12) 40.00 32.00 (10) (8) 37.50 31.25 (12) (10) 37.50 (12) 31.25 (10) 36.00 (9) 31.25 (10) 28.00 (7) 28.12 (9) 36.00 (9) 2= Lemah 5= Sangat Baik 20.00 (5) 37.50 (12) 28.00 (7) 34.37 (11) 52.00 (13) 50.00 (16) 40.00 (10) MIN 1.23 1.03 1.23 1.22 1.03 0.64

IDGHAM MAAL GHUNNAH (IMG) IDGHAM BILAL GHUNNAH (IBG)

LELAKI PEREMPUAN LELAKI

0.65 0.80 0.78 0.76

IQLAB

PEREMPUAN

Nota :

1= Sangat Lemah 4= Baik

3= Sederhana

a) Antara Jantina Dalam Penguasaan Hukum Idzhar: Jadual 4 menunjukkan murid lelaki mendapat peratus Baik 37.50 % (12), Sederhana 37.50 % (12), Lemah 25.00 % (8) dengan skor minnya 1.23, manakala murid perempuan pula didapati peratus Baiknya 32.00 % (8), Sederhana 40.00 % (10), dan Lemah 28.00 % (7)dengan skor minnya 1.03. Walaupun peratus Baik murid lelaki lebih tinggi daripada murid perempuan namun peratus sederhana pula menunjukkan murid perempuan lebih baik dari murid lelaki manakala peratus lemah pula menunjukkan murid perempuan lebih tinggi daripada murid lelaki. Berdasarkan skor min jelas menunjukkan murid lelaki lebih menguasai

hukum idzhar berbanding dengan murid perempuan yang sebanyak 1.03 manakala murid lelaki dengan skor minnya 1.23.

memperolehi skor min

b) Antara Jantina Dalam Penguasaan Hukum Ikhfa: Jadual 4 menunjukkan murid lelaki mendapat peratus Baik 31.25 % (10), Sederhana 37.50 % (12) dan Lemah 31.25 % (10) dengan skor min baik dan sederhananya sebanyak 1.23. Murid perempuan pula mendapat peratus Baik 20.00 % (5), Sederhana 48.00 % (12), dan Lemah 32.00 % (8) manakala skor minnya pula 1.22.

Peratus baik menunjukkan murid lelaki

lebih tinggi daripada murid

perempuan. Berdasarkan skor min jelas menunjukkan murid lelaki lebih menguasai hukum Ikhfa dengan memperolehi skor min sebanyak 1.23 berbanding murid perempuan hanya 1.21 walau bagaimanapun perbazaan penguasaan antara murid lelaki dan perempuan tidaklah begitu ketara, lebihan skor min tidak begitu besar hanya 0.01 sahaja.

c) Antara Jantina Dalam Penguasaan Hukum Idgham Maal Ghunnah:

Jadual 4

menunjukkan murid lelaki mendapat peratus Baik 37.50 % (12), Sederhana 31.25 % (10), Lemah 31.25 % (10) dengan skor minnya 1.03. Murid perempuan pula mendapat peratus Baik 28.00 % (7), Sederhana 36.00 % (9), dan Lemah 36.00 % (9) manakala minnya pula 0.92. Peratus Baik murid lelaki lebih tinggi daripada murid perempuan manakala skor min pula menunjukkan murid lelaki mendapat min 1.03 manakala murid perempuan mendapat 0.92. Ini bermakna murid lelaki lebih menguasai Hukum Idgham Maalghunnah berbanding murid perempuan dengan lebihan min sebanyak 0.11.

d) Antara Jantina Dalam Penguasaan Hukum Idgham Bilaghunnah: Jadual 4 menunjukkan murid lelaki mendapat peratus Baik 34.47 % (11), Sederhana 31.25 % (10), Lemah 34.47 % (11) dengan skor min 1.13. Murid perempuan pula mendapat peratus Baik 52.00 % (13), Sederhana 28.00 % (7) dan Lemah 20.00 % (5) manakala skor minnya 0.75.

Peratus Baik murid perempuan lebih tinggi daripada murid lelaki manakala skor min pula menunjukkan murid lelaki mendapat min 1.13 manakala murid perempuan hanya mendapat 0.75 sahaja. Ini menunjukkan murid lelaki lebih menguasai Hukum Idgham Bilaghunnah berbanding murid perempuan dengan lebihan min sebanyak 0.38. Perbandingan penguasaan ini adalah pada tahap sederhana dan baik sahaja.

e) Antara Jantina Dalam Penguasaan Hukum Iqlab: Jadual 4 menunjukkan murid lelaki mendapat peratus Baik 50.00 % (16), Sederhana 28.12 % (9), Lemah 21.87 % (7) dendan skor minnya 0.95. Murid perempuan pula mendapat peratus Baik 40.00 % (10), Sederhana 36.00 % (9), dan Lemah 24.00 % (6) manakala minnya pula 1.03. Peratus Baik murid lelaki lebih tinggi berbanding murid perempuan manakala skor min pula menunjukkan murid lelaki mendapat skor min 0.95 manakala murid perempuan memperolehi 1.03. Ini membuktikan murid perempuan lebih menguasai Hukum Iqlab berbanding murid lelaki dengan lebihan skor min sebanyak 0.08. Perbandingan penguasaan ini juga pada tahap sederhana dan baik sahaja.

4.3.2.2

Graf Rajah 4.1 : Penguasaan Tajwid Mengenai Hukum Lima

mengikut Jantina berdasarkan peratus .

Murid lelaki

Murid perempuan

Kesimpulannya, secara keseluruhan murid lelaki lebih menguasai hukum lima berbanding dengan murid perempuan kecuali bagi hukum Idgham Bilaghunnah sahaja murid perempuan lebih baik dari murid lelaki. Penguasaan yang diperolehi oleh semua murid dalam penguasaan hukum lima masih lagi terdapat murid yang lemah tetapi secara puratanya tahap penguasaan mereka berada di tahap yang sederhana baik keadaan ini amat membimbangkan untuk mencapai tahap pembacaan al-Quran yang sebenar, ini memerlukan kesedaran semua pihak perlunya satu usaha ke arah mempertingkatkan lagi tahap penguasaan murid. Soalan 5 : Adakah terdapat perbezaan penguasaan Tajwid Hukum Lima mengikut kelas. 4.3.2.3 Jadual 5 : Penguasaan Tajwid Mengenai Hukum Lima mengikut Kelas Berdasarkan Peratus Dan Min. TAHUN HUKUM IDZHAR IKHFA 5 MAHIR IMG IBG IQLAB IDZHAR IKHFA 5 PINTAR IMG IBG IQLAB Nota : 1= Sangat Lemah 3= Sederhana 5= Sangat Baik LEMAH 06.25 (2) 06.25 (2) 03.12 (1) 06.25 (2) 06.25 (1) 40.00 (10) 52.00 (13) 44.00 (11) 36.00 (9) 36.00 (9) SEDERHANA 31.25 (13) 34.37 (11) 37.50 (12) 31.25 (10) 31.25 (13) 48.00 (12) 40.00 (10) 44.00 (11) 48.00 (12) 48.00 (12) BAIK 53.12 (17) 59.37 (19) 59.37 (19) 62.50 (20) 56.25 (18) 12.00 (3) 06.25 (2) 12.00 (3) 16.00 (4) 16.00 (4) MIN 1.35 1.15 1.25 1.06 1.35 1.22 1.00 1.11 1.26 1.21

2= Lemah

4= Baik

a) Antara Kelas Dalam Penguasaan Hukum Idzhar : Jadual 5 menunjukkan peratus Baik bagi kelas Mahir ialah 53.12 % (17), Sederhana 31.25 % (13), dan Lemah 06.25 % (2) dengan min sebanyak 1.35. Kelas Pintar peratus Baik 12.00 % (3), Sederhana 48.00 % (12), dan Lemah 40.00 % (10) manakala minnya 1.22. Peratus Baik bagi kelas Mahir lebih tinggi jika dibandingkan denagan kelas Pintar iaitu 53.12 %. Manakala kelas Pintar peratus Baiknya hanyalah 12.00 % sahaja. Berdasarkan keputusan diatas, jelaslah bahawa murid-murid kelas Mahir lebih menguasai hukum Idzhar dengan min 1.35 berbanding 1.22 kelas bagi kelas Pintar. Penguasaan hukum berada di tahap sederhana baik.

b) Antara Kelas Dalam Penguasaan Hukum Ikhfa : Jadual 5 menunjukkan peratus baik bagi kelas Mahir 59.37 % (19), Sederhana 34.37 % (11), dan Lemah 06.25 % (2) dengan min sebanyak 1.15. Kelas Pintar Baik 06.25 % (2), Sederhana 40.00 % (10), dan Lemah 52.00 % (13). Peratus Baik bagi kelas Mahir lebih tinggi jika dibandingkan dengan kelas Pintar iaitu 59.37 % manakala kelas Pintar 06.25% sahaja. Berdasarkan keputusan diatas, jelaslah bahawa murid-murid kelas Mahir lebih menguasai hukum Ikhfa dengan min 1.15 berbanding 1.00 kelas Pintar. Peratus baik dan sederhana bagi kelas Mahir dan Pintar ialah 43.50 % , ini menunjukkan tahap penguasaan hukum ikhfa berada di tahap yang sederhana.

c) Antara Kelas Dalam Penguasaan Hukum Idgham Maalghunnah : Jadual 5 menunjukkan peratus Baik bagi kelas Mahir ialah 59.37% (19), Sederhana 37.50% (12), dan Lemah 03.12% (1) dengan min sebanyak 1.25. Kelas Pintar pula peratus baik12.00% (3),

Sederhana 44.00% (11), dan Lemah 44.00% (11) manakala minnya 1.11. Peratus Baik bagi kelas Mahir lebih tinggi jika dibandingkan dengan kelas Pintar iaitu 59.37% manakala kelas Pintar 12.00% sahaja. Ini jelas membuktikan bahawa murid-murid kelas Mahir lebih menguasai hukum Idgham Maalghunnah dengan min kelasMahir 1.25 berbanding 1.11 kelas Pintar. Penguasaan hukum berada di tahap sederhana baik.

d) Antara Kelas Dalam Penguasaan Hukum Idgham Bilaghunnah : Jadual 5 menunjukkan peratus Baik bagi kelas Mahir 62.50% (20), Sederhana 31.25% (10), dan Lemah 06.25% (2) dengan min sebanyak 1.06. Kelas Pintar Peratus Baik 16.00% (4), Sederhana 40.00% (10), dan Lemah 44.00% (11) manakala minnya 1.01. Peratus Baik bagi kelas Mahir lebih tinggi jika dibandingkan dengan kelas Pintar iaitu 62.50% manakala kelas Pintar 50.00% dan kelas sahaja. Ini jelas membuktikan bahawa muridmurid kelas Mahir lebih menguasai hukum Idgham Bilaghunnh dengan min kelas Mahir 1.06 berbanding 1.01 kelas Pintar. Penguasaan hukum berada di tahap sederhana baik.

e) Antara Kelas Dalam Penguasaan Hukum Iqlab : Jadual 5 menunjukkan peratus Baik bagi kelas Mahir 56.25% (18), Sederhana 31.25% (13), dan Lemah 06.25% (1) dengan min sebanyak 1.35. Kelas Pintar Baik 16.00% (4), Sederhana 48.00% (12), dan Lemah 36.00% (9) manakala minnya 1.21. Peratus Baik bagi kelas Mahir lebih tinggi jika dibandingkan dengan kelas Pintar iaitu 62.50% manakala kelas Pintar 16.00% sahaja. Ini jelas membuktikan bahawa murid-murid kelas Mahir lebih menguasai hukum Iqlab dengan min 1.35 berbanding 1.21 kelas Pintar. Penguasaan hukum Iqlab bagi kelas Mahir berada di tahap baik.

Secara kesimpulannya, kelas Mahir lebih menguasai Hukum Lima jika dibandingkan dengan kelas Pintar dengan penguasaan di paras yang baik. Walaubagaimanapun, tahap penguasaan kelas Pintar sederhana baik berdasarkan min yang diperolehinya. masih berada di tahap yang

Soalan 6 : Adakah terdapat perbezaan penguasaan antara Hukum Lima di kalangan murid secara keseluruhan. 4.3.2.4 Jadual 6 : Penguasaan Antara Tajwid Hukum Lima Di Kalangan Murid Secara Keseluruhan Berdasarkan Peratus. ASPEK IDZHAR IKHFA IMG IBG IQLAB Nota : 1= Sangat Lemah 2= Lemah 3= Sederhana 4= Baik 5= Sangat Baik LEMAH 12 15 12 11 10 % 21.05 26.31 21.05 19.29 17.54 SEDERHANA 25 21 23 22 25 % 43.85 36.84 40.35 38.59 43.85 BAIK 20 21 22 24 22 % 35.08 36.84 38.59 42.10 38.59

Penguasaan Antara Tajwid Hukum Lima Di Kalangan Murid Secara Keseluruhan : Jadual 6 menunjukkan bahawa murid-murid lebih menguasai hukum Iqlab berbanding hukum-hukum yang lain. Murid-murid mencatatkan peratus baik dan sederhana bagi hukum Iqlab ialah 38.59% + 43.85 % =82.44% iaitu seramai (47orang) manakala hukum Idzhar Peratus pencapaian murid bagi baik dan sedserhana ialah 43.85% + 35.08= 78.93 % seramai(42 orang). Bagi hukum Ikhfa peratus baik dan sederhananya senabyak 73.68 %, Idgham Maalghunnah pula mencatatkan peratus baik dan sederhana sebanyak 78.94 % (45 orang) dan Idgham Bilaghunnah mencatatkan peratuys baik dan sederhana sebanyak 80.69 % (46 orang).

Berdasarkan jadual ini,

jelas menunjukkan peratus tahap penguasaan

hukum Iqlab adalah paling tinggi berbanding hukum-hukum yang lain manakala bagi tahap lemah penguasaan murid ialah dalam hukum Ikhfa, 15 orang daripada 57 orang murid, 26.31 % gagal menguasainya dari segi peratus pencapaian. Secara keseluruhannya penguasaan murid berada pada tahap yang sederhana dan ianya merupakan satu keputusan yang agak membimbangkan. Perbezaan dapat dilihat dengan lebih jelas pada graf yang disediakan.

4.3.2.5

Rajah: Perbezaan Penguasaan Antara Hukum Secara Keseluruhan.

Soalan 7 : Adakah terdapat perbezaan penguasaan Tajwid Hukum Lima antara murid yang mengikuti kelas-kelas Al-Quran. 4.3.2.6 Jadual 7 : Penguasaan Tajwid Hukum Lima Bagi Murid Yang Mengikut Kelas-kelas Al-Quran Berdasarkan Peratus. ASPEK TUISYEN MADRASAH / PONDOK KELAS FARDHU AIN LEMAH 05.88% (1) 29.03% (9) 17.54% (10) SEDERHANA 52.94% (9) 32.25% (10) 35.08% (20) BAIK 41.17% (7) 38.70% (12) 47.63% (27) JUMLAH 17 31 57

LAIN-LAIN Nota :

17.24% (5)

58.62% (17)

24.17% (7)

29

1= Sangat Lemah 2= Lemah

3= Sederhana 4= Baik

5= Sangat Baik

Penguasaan Tajwid Hukum Lima Antara Murid Yang Mengikuti Kelaskelas Al-Quran : Jadual 7 menunjukkan murid yang belajar di pusat tuisyen peratus Baiknya ialah 41.17% (7 orang), Sederhana 52.94% (9), Lemah 5.88% (1). Murid yang belajar di madrasah atau pondok peratus Baiknya 38.70% (12 orang), Sederhana 32.25% (10 orang), Lemah 29.03% (9), manakala yang mengikuti kelas fardhu ain Baik 47.63% (27), Sederhana 58.62% (17 orang) dan Lemah 17.24% (5 orang). Lain-lain : Baik 24.17% (7), Sederhana 588.62% (17) dan Lemah 17.24% (5 orang). Berdasarkan peratus Baik jelas menunjukkan mereka yang mengikuti kelas fardhu ain lebih tinggi tahap penguasaannya berbanding dengan murid yang mengikuti kelas-kelas lain.

Soalan 8 : Adakah terdapat perbezaan penguasaan Tajwid Hukum Lima antara murid yang telah khatam dan yang belum khatam. 4.3.2.7 Jadual 8 : Penguasaan Tajwid Hukum Lima Bagi Murid Yang Khatam Dan Yang Belum Khatam Berdasarkan Peratus. ASPEK KHATAM LEMAH 13.33% (2) SEDERHANA 33.33% (5) BAIK 53.33% (8) JUMLAH 15

BELUM KHATAM Nota :

33.33% (14) 1= Sangat Lemah 2= Lemah

45.23% (19)

21.42% (9)

42

3= Sederhana 4= Baik

5=Sangat Baik

Penguasaan Tajwid Hukum Lima Antara Murid Yang Telah Khatam dengan Murid Yang Belum Khatam : Jadual 8 menunjukkan murid yang telah khatam iaitu seramai 15 orang, yang memperolehi peratus Baik ialah 53.33% (8), Sederhana 33.33% (5), Lemah 13.33% (2) manakala murid yang belum lagi khatam seramai 42 orang memperolehi peratus Baik 21.42% (9), Sederhana 45.23% (19) dan Lemah 33.33% (14). Berdasarkan dapatan ini, jelas menunjukkan peratusan Baik bagi murid yang telah khatam iaitu 53.33% lebih tinggi daripada peratusan Baik bagi murid yang belum khatam Al-Quran peratusnya 21.42%. Ia menunjukkan perbezaan yang amat ketara sebanyak 31.91% yang mana murid yang telah khatam al-Quran lebih menguasai tajwid hukum lima berbanding murid yang belum khatam. Perbezaan penguasaan dapat dilihat dengan jelas berdasarkan graf bar.

4.3.2.8

Rajah: Perbezaan Penguasaan Hukum Antara Murid Yang Khatam Dan

Belum Khatam.

Soalan 9 : Adakah terdapat perbezaan penguasaan Tajwid Hukum Lima antara murid yang belajar Al-Quran di rumah dan sebaliknya.

4.3.2.9

Jadual 9 :

Penguasaan Tajwid Hukum Lima Antara Murid Yang

Belajar Al-Quran Di Rumah Dan Sebaliknya Berdasarkan Peratus.

ASPEK DI RUMAH

LEMAH 21.62

SEDERHANA 59.49

BAIK 18.91

JUMLAH 37

(8) LAIN-LAIN 20.00 (4) Nota : 1= Sangat Lemah 2= Lemah

(22) 45.00 (9)

(7) 35.00 (7) 20

3= Sederhana 4= Baik

5=SangatBaik

Penguasaan Tajwid Hukum Lima Antara Murid Yang Belajar Al-Quran Di Rumah Dan Sebaliknya Berdasarkan Peratus : Jadual 9 menunjukkan murid yang belajar Al-Quran di rumah seramai 37 orang memperolehi peratus Baik 18.91% (7), Sederhana 59.49% (22), Lemah 21.62% (8) manakala murid yang tidak belajar Al-Quran di rumah seramai 20 orang memperolehi peratus Baik 35.00% (7), Sederhana 45.0% (95) dan Lemah 20.00% (4). Berdasarkan dapatan ini jelas menunjukkan peratusan Baik bagi murid yang tidak belajar Al-Quran di rumah iaitu 35.00% lebih tinggi daripada peratusan Baik bagi murid yang belajar Al-Quran di rumah yang hanya memperolehi 18.91%. Perbezaan ini kira-kira 16.09% lebih tinggi daripada mereka yang belajar Al-Quran di rumah. Ini berkemungkinan disebabkan ramai di kalangan mereka yang mengikuti kelas tuisyen Al-Quran di luar atau sebagainya.

4.3.2.10

Rajah: Perbezaan Penguasaan Hukum Lima Antara Murid Yang Belajar Al-Quran Di Rumah Dan Sebaliknya.

Soalan 10 : Adakah terdapat perbezaan dalam penguasaan komponen Tajwid Hukum Lima secara keseluruhan. 4.3.2.11 Jadual 10 : Penguasaan Tajwid Antara Komponen Hukum Lima Secara Keseluruhan Berdasarkan Peratus Dan Min.

ASPEK IDZHAR

LEMAH 21.05 % (12)

SEDERHANA 43.85 % (25)

BAIK 35.08 % (20)

MIN 0.78

IKHFA IMG IBG IQLAB Nota :

26.31% (15) 21.05% (12) 19.29% (11) 17.54% (10)

36.84% (21) 40.35% (23) 38.59 % (22) 43.85% (25)

36.84% (21) 38.59% (22) 42.10% (24) 38.59% (22)

0.73 0.78 0.80 0.82

1= Sangat Lemah 2= Lemah

3= Sederhana 4= Baik

5=Sangat Baik

Penguasaan Tajwid Antara Komponen Hukum Lima Secara Keseluruhan: Jadual 10 menunjukkan hukum Idzhar mencatatkan peratus Baik 35.08%(20), Sederhana 43.85%(27), Lemah 21.05) dan minnya 0.87, hukum Ikhfa peratus Baik 36.84%(21), Sederhana 36.8%(21), Lemah 26.31%(15) dan min 0.73, hukum Idgham Maalghunnah peratus Baik 38.59%(22), Sederhana 40.35%(23), Lemah 2.051%(12), dan min 0.78, hukum Idgam Bilaghunnah pula peratus Baik yang dicatat ialah 42.10%(24), Sederhana 38.59%(22), Lemah 19.29%(11) dengan min 0.80 manakala peratus Baik bagi hukum Iqlab ialah 38.59%(22), Sederhana 43.85%(25), Lemah 17.54%(10), dengan min 0.82. Berdasarkan jadual 10, jelas menunjukkan murid-murid lebih menguasai hukum Iqlab dengan memperolehi peratus Baik yang lebih tinggi daripada hukum-hukum lain iaitu 38.59% (22) dengan minnya 0.82. Penguasaan bagi semua hukum di kalangan murid berada di tahap yang sederhana baik. Graf di bawah menunjukkan perbezaan yang lebih jelas lagi.

4.3.2.12

Rajah:

Penguasaan Murid Mengikut komponen Tajwid

Soalan 11 : Adakah terdapat perbezaan dalam penguasaan komponen Tajwid Hukum Lima mengikut jantina. 4.3.2.13 Jadual 11 : Perbezaan Penguasaan Komponen Tajwid Hukum Lima Mengikut Jantina Berdasarkan Peratus Dan Min. JANTINA HUKUM IDZHAR IKHFA IMG IBG LEMAH 25.00 (8) 31.25 (10) 31.25 (10) 34.37 SEDERHANA BAIK 37.50 37.50 (12) 37.50 (12) 31.25 (10) 31.25 (12) 31.25 (10) 37.50 (12) 34.37 MIN 1.23 1.25 1.25 0.65

LELAKI

(11) IQLAB IDZHAR PEREMPUAN IKHFA IMG IBG IQLAB 21.87 (7) 28.00 (10) 32.00 (8) 36.00 (9) 20.00 (5) 24.00 (6) Nota: 1= Sangat Lemah 2= Lemah

(10) 28.12 (9) 40.00 (10) 37.50 (12) 36.00 (9) 28.00 (7) 36.00 (9)

(11) 50.00 (16) 32.00 (8) 20.00 (5) 28.00 (7) 52.00 (13) 40.00 (10) 5= Sangat Baik 0.78 1.03 1.22 0.64 0.78 0.76

3= Sederhana 4= Baik

a) Antara jantina yang menguasai hukum Idzhar : Jadual 11 menunjukkan murid lelaki mendapat peratus Baik 37.50% (12), Sederhana 37.50% (12),Lemah 25.00% (8) dan minnya 1.23, manakala pelajar perempuan peratus Baik 32.00% (8), Sederhana 40.00% (10), Lemah 28.00% (10) dengan min 1.03. Berdasarkan min, jelas menunjukkan murid lelaki lebih menguasai hukum Idzhar dengan min 1.23 berbanding murid perempuan 1.03. Perbezaan antara keduanya adalah kira-kira 0.20. Walaubagaimanapun lelaki dan perempuan berada pada tahap penguasaan yang sederhana sahaja.

b) Antara jantina yang menguasai hukum Ikhfa: Jadual 11 menunjukkan murid lelaki mendapat peratus Baik 31.25% (10), Sederhana 37.50% (12), Lemah 31.25% (10) dan min 1.25 manakala pelajar perempuan peratus Baik 20.00% (5), Sederhana 37.50%(12), Lemah 32.00% (8) dengan min 1.22. Berdasarkan min jelas menunjukkan murid lelaki lebih menguasai hukum ikhfa dengan min 1.25 berbanding murid perempuan 1.22.

Perbezaan antara keduanya tidak begitu ketara kira-kira 0.03. Walaubagaimanapun lelaki dan perempuan berada pada tahap penguasaan yang sederhana sahaja.

c) Antara jantina yang menguasai hukum Idgham Maalghunnah : Jadual 11 menunjukkan murid lelaki mendapat peratus Baik 37.50% (12), Sederhana 31.25% (10), Lemah 31.25% (10) dan min 1.25 manakala pelajar perempuan peratus Baik 28.00% (7), Sederhana 36.00%(9), Lemah 36.00% (9) dengan min 0.64. Berdasarkan min jelas menunjukkan murid lelaki lebih menguasai hukum Idgham Maalghunnah dengan min 1.25 berbanding murid perempuan 0.64. Perbezaan antara keduanya adalah kira-kira 0.61. Walaubagaimanapun lelaki dan perempuan berada pada tahap penguasaan yang sederhana sahaja.

d) Antara jantina yang menguasai hukum Idgham Bilaghunnah : Jadual 11 menunjukkan murid lelaki mendapat peratus Baik 34.37% (11), Sederhana 31.25% (10), Lemah 34.37% (11) dan min 0.65 manakala pelajar perempuan peratus Baik 52.00% (13), Sederhana 28.00%(7), Lemah 20.00% (5) dengan min 0.78. Berdasarkan min, jelas menunjukkan murid perempuan lebih menguasai hukum Idgham Bilaghunnah dengan min 0.78 berbanding murid leleki 0.65. Perbezaan antara keduanya adalah kira-kira 0.13. Tahap penguasaan keseluruhannya berada pada tahap yang baik.

e) Antara jantina yang menguasai hukum Iqlab : Jadual 11 menunjukkan murid lelaki mendapat peratus Baik 50.00% (16), Sederhana 28.12% (9), Lemah 21.87% (7) dan min

0.78, manakala pelajar perempuan peratus Baik 40.00% (10), Sederhana 36.00%(9), Lemah 24.00% (6) dengan min 0.76. Berdasarkan min, jelas menunjukkan murid lelaki lebih menguasai hukum Iqlab dengan min 0.78 berbanding murid perempuan 0.76. Perbezaan antara keduanya adalah kira-kira 0.02. Walaubagaimanapun tahap penguasaannya adalah pada kadar sederhana baik.

Secara keseluruhannya, murid lelaki lebih menguasai komponen tajwid hukum lima kecuali bagi hukum Idgham Bilaghunnah sahaja murid perempuan mengatasi murid lelaki.

Soalan 12 : Adakah terdapat perbezaan dalam penguasaan komponen Tajwid Hukum Lima mengikut taraf Sosio Ekonomi.

4.3.2.14

Jadual 12 : Perbezaan Penguasaan Komponen Tajwid Hukum Lima Mengikut Taraf Sosio Ekonomi Berdasarkan Peratus Dan Min.

ASPEK

HUKUM IDZHAR IKHFA IMG IBG IQLAB IDZHAR

LEMAH 23.52 (8) 17.64 (6) 20.58 (7) 20.58 (7) 14.70 (5) 0

SEDERHANA 41.17 (14) 50.00 (17) 47.05 (16) 35.29 (12) 32.35 (11) 56.52 (14)

BAIK 35.29 (12) 32.35 (11) 32.35 (11) 44.11 (15) 52.94 (18) 39.13 (9)

MIN 3.52 3.23 3.23 4.41 5.29 3.91

RENDAH 34

IKHFA TINGGI 23 IMG IBG IQLAB

0 0 0 0

52.17 (12) 65.21 (15) 56.52 (14) 56.52 (13)

47.82 (11) 34.78 (8) 39.13 (9) 43.47 (10)

4.78 3.47 3.91 4.34

a) Penguasaan Hukum Idzhar Mengikut Taraf Sosio Ekonomi : Jadual 12 menunjukkan peratus Baik bagi murid-murid daripada keluarga yang berpendapatan rendah ialah 35.29% (12), Sederhana 41.17% (14), Lemah 23.52% (8) dengan perolehan min 3.52 manakala murid yang datang daripada keluarga yang berpendapatan tinggi pula memperolehi peratus Baik 39.13% (9), Sederhana 56.52%(14), Lemah 0.00% (0) dengan perolehan min 3.91.

Berdasarkan dapatan yang ditunjukkan, jelas menunjukkan bahawa murid yang taraf sosio ekonominya tinggi lebih baik penguasaan hukum Idzhar berbanding dengan murid yang mempunyai taraf sosio ekonomi rendah. Ini berdasarkan kepada min yang diperolehinya iaitu 3.91 berbanding mereka yang taraf sosio ekonomi rendah hanya 3.52 Penguasaannya yang ditunjukkan adalah pada tahap sederhana baik.

b) Penguasaan Hukum Ikhfa Mengikut Taraf Sosio Ekonomi : Jadual 12 menunjukkan peratus Baik bagi murid-murid daripada keluarga yang berpendapatan rendah ialah 32.25% (11), Sederhana 50.00% (17), Lemah 17.64% (6) dengan perolehan min 3.23

manakala murid yang datang daripada keluarga yang berpendapatan tinggi pula memperolehi peratus Baik 47.82% (8), Sederhana 52.17%(12), Lemah 0.00% (0) dengan perolehan min 4.78.

Berdasarkan dapatan yang ditunjukkan, jelas menunjukkan bahawa murid yang taraf sosio ekonominya tinggi lebih baik penguasaan hukum Ikhfa berbanding dengan murid yang mempunyai taraf sosio ekonomi rendah. Ini didasarkan kepada min yang.diperolehinya iaitu 4.82 berbanding mereka yang taraf sosio ekonomi rendah hanya 3.23. Penguasaannya yang ditunjukkan adalah pada tahap sederhana.

c) Penguasaan Hukum Idgham Maalghunnah Mengikut Taraf Sosio Ekonomi : Jadual 12 menunjukkan peratus Baik bagi murid-murid daripada keluarga yang berpendapatan rendah ialah 32.35% (11), Sederhana 47.05% (16), Lemah 20.58% (8) dengan perolehan min 3.23 manakala murid yang datang daripada keluarga yang berpendapatan tinggi pula memperolehi peratus Baik 34.78% (8), Sederhana 65.21%(15), Lemah 0.00% (0) dengan perolehan min 3.47.

Berdasarkan dapatan yang ditunjukkan, jelas menunjukkan bahawa murid yang taraf sosio ekonominya tinggi lebih baik penguasaan hukum Idgham Maalghunnah berbanding dengan murid yang mempunyai taraf sosio ekonomi rendah. Ini berdasarkan kepada min yang diperolehinya iaitu 3.47 berbanding mereka yang taraf sosio ekonomi

rendah hanya 3.23. Penguasaannya yang ditunjukkan adalah pada tahap sederhana tinggi.

d) Penguasaan Hukum Idgham Bilaghunnah Mengikut Taraf Sosio Ekonomi : Jadual 12 menunjukkan peratus Baik bagi murid-murid daripada keluarga yang berpendapatan rendah ialah 44.11% (15), Sederhana 35.29% (12), Lemah 20.58% (7) dengan perolehan min 4.41 manakala murid yang datang daripada keluarga yang berpendapatan tinggi pula memperolehi peratus Baik 39.13% (9), Sederhana 56.52%(14), Lemah 0.00% (0) dengan perolehan min 3.91.

Berdasarkan dapatan yang ditunjukkan, jelas menunjukkan bahawa murid yang taraf sosio ekonominya rendah lebih baik penguasaan hukum Idgham Bilaghunnah berbanding dengan murid yang mempunyai taraf sosio ekonomi tinggi. Ini didasarkan kepada min yang diperolehinya iaitu 4.41 berbanding mereka yang taraf sosio ekonomi tinggi hanya 3.91. Penguasaannya yang ditunjukkan adalah pada tahap sederhana tinggi.

e) Penguasaan Hukum Iqlab Mengikut Taraf Sosio Ekonomi : Jadual 12 menunjukkan peratus Baik bagi murid-murid daripada keluarga yang berpendapatan rendah ialah 52.94% (18), Sederhana 32.35% (11), Lemah 14.70% (5) dengan perolehan min 5.29 manakala murid yang datang daripada keluarga yang berpendapatan tinggi pula memperolehi peratus Baik 43.47% (10), Sederhana 56.52%(13), Lemah 8.47% (5) dengan perolehan min 4.34.

Berdasarkan dapatan yang ditunjukkan, jelas menunjukkan bahawa murid yang taraf sosio ekonominya rendah lebih baik penguasaan hukum Iqlab berbanding dengan murid yang mempunyai taraf sosio ekonomi tinggi. Ini didasarkan kepada min yang diperolehinya iaitu 5.29 berbanding mereka yang taraf sosio ekonomi tinggi hanya 4.34. Penguasaannya yang ditunjukkan adalah pada tahap sederhana.

Secara keseluruhannya, murid yang berpendapatan tinggi lebih menguasai komponen Tajwid Hukum Lima berbanding dengan mereka yang datang daripada keluarga yang taraf sosio ekonominya rendah. Walaubagaimanapun, penguasaan yang ditunjukkan masih lagi berada di tahap yang sederhana dan sederhana baik sahaja.

Soalan 13. Adakah terdapat perbezaan penguasaan Item tajwid Hukum Lima mengikut Jantina. 4.3.2.15 Jadual 13: Perbezaan Penguasaan Item Tajwid Hukum Lima Mengikut Jantina Berdasarkan Peratus.
JANTINA HUKUM BIL HURUF BTL IDZHAR IKHFA LELAKI 32 ORANG IMG IBG IQLAB IDZHAR IKHFA 87.50 28 62.50 20 78.12 25 75.00 24 84.37 27 88.00 22 72.00 18 SLH 12.50 4 37.50 12 21.87 7 25.00 8 15.62 5 12.00 3 28.00 7 CARA SEBUT BTL SLH 93.75 30 53.12 17 81.25 26 68.75 22 75.00 24 76.00 19 84.00 21 06.25 2 46.87 15 18.75 6 37.50 12 25.00 8 24.00 6 16.00 4 NAMA HURUF BTL SLH 84.37 27 93.75 30 93.75 30 71.87 23 90.62 29 84.00 21 80.00 20 15.62 5 06.25 2 06.25 2 25.00 9 9.37 3 16.00 4 20.00 5 CONTOH HUKUM BTL SLH 81.25 26 84.37 27 93.75 30 78.12 25 81.25 26 84.00 21 76.00 19 18.75 6 15.62 5 06.25 2 21.87 7 18.75 6 16.00 4 24.00 6

IMG PEREMPUAN 25 ORANG IBG IQLAB

88.00 22 88.00 22 80.00 20

12.00 3 12.00 3 20.00 5

80.00 20 88.00 22 76.00 19

20.00 5 12.00 3 20.00 6

80.00 20 76.00 19 92.00 23

20.00 5 24.00 6 08.00 2

80.00 20 84.00 21 84.00 21

20.00 5 16.00 4 16.00 4

Nota:

1=Sangat Lemah 2= Lemah

3= Sederhana 4= Baik

5= Sangat Baik

a)

Penguasaan Item Bilangan Huruf Di Kalangan Hukum Antara Jantina Bagi Hukum Izhar: Jadual 13 menunjukkan murid perempuan memperolehi peratusan betul 88.00% (22) dan salah 12.00% (3) manakala murid lelaki pula hanya betul 87.50% (28), Salah 12.50% (4). Ini menunjukkan bagi item bilangan huruf hukum Idzhar dari segi penguasaan item bilangan huruf murid perempuan lebih menguasainya dengan memperolehi 88.00% berbanding murid lelaki yang hanya memperolehi 87.50%.

b)

Penguasaan Item Bilangan Huruf Di Kalangan Hukum Antara Jantina Bagi Hukum Ikhfa: Jadual 13 menunjukkan murid perempuan memperolehi peratusan betul 72.00% (18) dan Salah 28.00% (7) manakala murid lelaki Betul 62.50% (20), Salah 37.50% (12). Ini menunjukkan bagi Item bilangan huruf hukum Ikhfa murid perempuan lebih menguasainya dengan memperolehi 72.00% berbanding dengan lelaki hanya 62.50% sahaja, jurang peratus antara kedua-duanya sebanyak 09.50 %.

c)

Penguasaan Item Bilangan Huruf Di Kalangan Hukum Antara Jantina Bagi Hukum Idgham Maal Ghunnah: Jadual 13 menunjukkan murid lelaki memperolehi peratusan

betul 78.12% (25) dan Salah 21.87% (7) manakala murid perempuan Betul 88.00% (22), Salah 12.00% (3). Ini menunjukkan bagi Item bilangan huruf hukum Idgham Maal Ghunnah murid perempuan lebih menguasainya dengan peratus perolehihan sebanyak 88.00% berbanding dengan lelaki hanya 78.12% sahaja. Jurang peratus sebanyak 09.88 peratus.

d)

Penguasaan Item Bilangan Huruf Di Kalangan Hukum Antara Jantina Bagi Hukum Idgham Bilaghunnah: Jadual 13 menunjukkan murid lelaki memperolehi peratusan betul 75.00% (24) dan Salah 25.00% (8) manakala murid perempuan Betul 88.00% (22), Salah 12.00% (3). Ini menunjukkan bagi Item bilangan huruf hukum Idgham Bilaghunnah murid perempuan lebih menguasainya dengan memperolehi 88.00% berbanding dengan lelaki hanya 75.00% sahaja.

e)

Penguasaan Item Bilangan Huruf Di Kalangan Hukum Antara Jantina Bagi Hukum Iqlab: Jadual 13 menunjukkan murid lelaki memperolehi peratusan betul 84.37% (27) dan Salah 15.62% (5) manakala murid perempuan Betul 80.00% (20), Salah 20.00% (5). Ini menunjukkan bagi Item bilangan huruf hukum Iqlab murid lelaki lebih menguasainya dengan memperolehi 84.37% berbanding dengan perempuan hanya 80.00% sahaja.

f)

Perbezaan Item Mengenal Cara Bacaan Di Kalangan Hukum Antara Jantina Bagi Hukum Idzhar: Jadual 13 menunjukkan bahawa murid lelaki lebih menguasai item cara

bacaan berbanding dengan murid perempuan berdasarkan peratusan yang diperolehinya iaitu murid lelaki memperolehi peratus betul 93.75% (30) dan Salah 06.25% (2) manakala murid perempuan pula memperolehi peratus Betul 76.00% (19) dan Salah 24.00% (6) sahaja.

g)

Perbezaan Item Mengenal Cara Bacaan Di Kalangan Hukum Antara Jantina Bagi Hukum Ikhfa: Jadual 13 menunjukkan bahawa murid perempuan lebih menguasai item cara bacaan berbanding dengan murid lelaki berdasarkan peratus masing-masing. Murid perempuan memperolehi peratus betul 84.00%(21) dan Salah 16.00% (4) manakala murid lelaki pula hanya memperolehi peratus Betul 53.12% (17) dan Salah 46.87% (15) sahaja.

h)

Perbezaan Item Mengenal Cara Bacaan Di Kalangan Hukum Antara Jantina Bagi Hukum Idgham Maal Ghunnah: Jadual 13 menunjukkan bahawa murid lelaki lebih menguasai item cara bacaan berbanding dengan murid perempuan berdasarkan peratusan yang diperolehinya iaitu murid lelaki memperolehi peratus betul 81.25%(26) dan Salah 18.75% (6) manakala murid perempuan pula hanya memperolehi peratus Betul 80.00% (20) dan Salah 20.00% (5) sahaja.

i)

Perbezaan Item Mengenal Cara Bacaan Di Kalangan Hukum Antara Jantina Bagi Hukum Idgham Bilaghunnah: Jadual 13 menunjukkan bahawa murid perempuan lebih menguasai item cara bacaan berbanding dengan murid lelaki berdasarkan peratusan yang diperolehinya iaitu murid lelaki memperolehi peratus betul 68.75%(22) dan Salah

37.50% (12) manakala murid perempuan pula hanya memperolehi peratus Betul 88.00% (22) dan Salah 12.00% (3) sahaja.

j)

Perbezaan Item Mengenal Cara Bacaan Di Kalangan Hukum Antara Jantina Bagi Hukum Iqlab: Jadual 13 menunjukkan bahawa murid lelaki lebih menguasai item cara bacaan berbanding dengan murid perempuan berdasarkan peratusan yang diperolehi masing-masing, murid perempuan memperolehi peratus betul 80.00%(20) dan Salah 20.00% (5) manakala murid lelaki pula hanya memperolehi peratus Betul 84.00% (27) dan Salah 15.62% (5) sahaja.

k)

Perbezaan Item Mengenal Huruf Di Kalangan Hukum Antara Jantina Bagi Hukum Idzhar: Jadual 13 menunjukkan bahawa murid lekaki lebih menguasai item mengenal huruf berbanding dengan murid perempuan berdasarkan peratusan yang diperolehi masing-masing iaitu murid lelaki memperolehi peratus Betul 84.37%(27) dan Salah 15.62% (5) manakala murid perempuan pula hanya memperolehi peratus Betul 84.00% (20) dan Salah 20.00% (5) sahaja. Walau bagaimana pun tahap penguasaan keduaduanya hampir satara.

l)

Perbezaan Item Mengenal Huruf Di Kalangan Hukum Antara Jantina Bagi Hukum Ikhfa: Jadual 13 menunjukkan bahawa murid lelaki lebih menguasai item mengenal huruf berbanding dengan murid perempuan berdasarkan peratusan yang diperolehinya iaitu murid lelaki memperolehi peratus Betul 93,75%(30) dan Salah 06.25% (2) manakala murid perempuan pula hanya memperolehi peratus Betul 80.00% (20) dan Salah 20.00% (5) sahaja.

m)

Perbezaan Item Mengenal Huruf Di Kalangan Hukum Antara Jantina Bagi Hukum Idgham Maal Ghunnah: Jadual 13 menunjukkan bahawa murid lelaki lebih menguasai item mengenal huruf berbanding dengan murid perempuan berdasarkan peratusan yang diperolehi kedua-duanya iaitu murid lelaki memperolehi peratus Betul 93.75%(30) dan Salah 06.25% (20) manakala murid perempuan pula hanya memperolehi peratus Betul 80.00% (42) dan Salah 20.00% (5) sahaja.

n)

Perbezaan Item Mengenal Huruf Di Kalangan Hukum Antara Jantina Bagi Hukum Idgham Bilaghunnah: Jadual 13 menunjukkan bahawa murid perempuan lebih menguasai item mengenal huruf berbanding dengan murid lelaki berdasarkan peratusan yang diperolehinya iaitu murid perempuan memperolehi peratus Betul 76.00%(19) dan Salah 24.00% (6) manakala murid lelaki pula hanya memperolehi peratus Betul 71.87% (23) dan Salah 25.00% (9) sahaja.

o)

Perbezaan Item Mengenal Huruf Di Kalangan Hukum Antara Jantina Bagi Hukum Iqlab: Jadual 13 menunjukkan bahawa murid perempuan lebih menguasai item mengenal huruf berbanding dengan murid lelaki berdasarkan peratusan yang diperolehinya iaitu murid perempuan memperolehi peratus Betul 92.00%(23) dan Salah 08.00% (2) manakala murid lelaki pula hanya memperolehi peratus Betul 90.62% (29) dan Salah 09.37% (3) sahaja.

p)

Perbezaan Item Mengenal Contoh Di Kalangan Hukum Antara Jantina Bagi Hukum Idzhar: Jadual 13 menunjukkan bahawa murid perempuan lebih menguasai item mengenal contoh berbanding dengan murid lelaki berdasarkan peratusan yang diperolehinya iaitu murid perempuan memperolehi peratus Betul 84.00%(21) dan Salah 16.02% (4) manakala murid lelaki pula hanya memperolehi peratus Betul 81.25% (26) dan Salah 18.75% (6).

q)

Perbezaan Item Mengenal Contoh Di Kalangan Hukum Antara Jantina Bagi Hukum Ikhfa: Jadual 13 menunjukkan bahawa murid lelaki lebih menguasai item mengenal contoh berbanding dengan murid perempuan berdasarkan peratusan yang diperolehinya iaitu murid lelaki memperolehi peratus Betul 84.37%(27) dan Salah 15.62% (5) manakala murid perempuan pula hanya memperolehi peratus Betul 76.00% (19) dan Salah 24.00% (6).

r)

Perbezaan Item Mengenal Contoh Di Kalangan Hukum Antara Jantina Bagi Hukum Idgham Maal Ghunnah: Jadual 13 menunjukkan bahawa murid lelaki lebih menguasai item mengenal contoh berbanding dengan murid perempuan berdasarkan peratusan yang diperolehinya iaitu murid lelaki memperolehi peratus Betul 93.75%(30) dan Salah 06.25% (2) manakala murid perempuan pula hanya memperolehi peratus Betul 80.00% (20) dan Salah 20.00% (5).

s)

Perbezaan Item Mengenal Contoh Di Kalangan Hukum Antara Jantina Bagi Hukum Idgham Bilaghunnah: Jadual 13 menunjukkan bahawa murid perempuan lebih menguasai item mengenal contoh berbanding dengan murid lelaki berdasarkan peratusan yang diperolehinya iaitu murid perempuan memperolehi peratus Betul 84.00%(21) dan Salah 16.00% (4) manakala murid lelaki pula hanya memperolehi peratus Betul 78.12% (25) dan Salah 21.81% (7).

t)

Perbezaan Item Mengenal Contoh Di Kalangan Hukum Antara Jantina Bagi Hukum Iqlab: Jadual 13 menunjukkan bahawa murid perempuan lebih menguasai item mengenal contoh berbanding dengan murid lelaki berdasarkan peratusan yang

diperolehinya iaitu murid perempuan memperolehi peratus Betul 84.00%(21) dan Salah 16.00% (4) manakala murid lelaki pula hanya memperolehi peratus Betul 81.25% (26) dan Salah 18.75% (6).

Soalan 14 : Adakah terdapat perbezaan penguasaan ItemTajwid Hukum Lima mengikut kelas. 4.3.2.16 Jadual 14: Perbezaan Penguasaan ItemTajwid Hukum Lima Mengikut Kelas Berdasarkan Peratus.

TAHUN

HUKUM BIL HURUF BTL SLH


IDZHAR 90.62 29 81.25 26 90.62 29 96.87 31 100 32 84.00 21 48.00 12 72.00 18 60.00 15 60.00 15 09.37 3 18.75 6 09.38 3 03.12 1 00.00 0 16.00 4 52.00 13 28.00 7 40.00 10 40.00 10

CARA BACA HURUF BTL SLH BTL SLH


90.62 29 78.12 25 87.50 28 93.75 30 90.62 29 80.00 20 52.00 13 72.00 18 48.00 12 56.00 14 09.37 3 21.87 7 12.25 4 06.25 2 0937 3 20.00 5 48.00 12 28.00 7 52.00 13 44.00 11 90.62 29 93.75 30 93.75 30 90.62 29 100 32 76.00 19 72.00 18 76.00 19 52.00 13 80.00 20 09.37 3 06.25 2 06.25 2 2.78 3 00.00 0 24.00 6 28.00 7 24.00 6 48.00 12 20.00 5

CTH BTL
87.50 28 87.50 28 93.75 30 93.75 30 96.87 31 76.00 19 72.00 18 80.00 20 64.00 16 64.00 16

SLH
12.25 4 12.25 4 06.25 2 06.25 2 03.12 1 24.00 6 28.00 7 20.00 5 36.00 9 36.00 9

5 MAHIR

IKHFA IMG IBG IQLAB IDZHAR

5 PINTAR

IKHFA IMG IBG IQLAB

a) Penguasaan Item Bilangan Huruf Di Kalangan Hukum Antara Kelas Bagi Hukum Idzhar: Jadual 14 menunjukkan murid-murid kelas Mahir lebih menguasai item bilangan huruf dengan memperolehi peratus Betul 90.62% (29) dan Salah 09.37%(3) berbanding dengan kelas-kelas lain iaitu kelas Pintar peratus Betul 84.00% (21) dan Salah 16.00% (4) sahaja.

b) Penguasaan Item Bilangan Huruf Di Kalangan Hukum Antara Kelas Bagi Hukum Ikhfa: Jadual 14 menunjukkan murid-murid kelas Mahir lebih menguasai item bilangan huruf dengan memperolehi peratus Betul 81.25% (26) dan Salah 18.75%(6) berbanding dengan kelas-kelas lain iaitu kelas Pintar peratus Betul 48.00% (12) dan Salah 52.00% (13) sahaja.

c) Penguasaan Item Bilangan Huruf Di Kalangan Hukum Antara Kelas Bagi Hukum Idgham Maal Ghunnah: Jadual 14 menunjukkan murid-murid kelas Mahir lebih menguasai item bilangan huruf dengan memperolehi peratus Betul 90.62% (29) dan Salah 09.38%(3) berbanding dengan kelas Pintar peratus Betul 72.00% (18) dan Salah 28.00% (7) sahaja.

d) Penguasaan Item Bilangan Huruf Di Kalangan Hukum Antara Kelas Bagi Hukum Idgham Bilaghunnah: Jadual 14 menunjukkan murid-murid kelas Mahir lebih menguasai item bilangan huruf dengan memperolehi peratus Betul 96.87% (31) dan

Salah 03.12%(1) berbanding dengan kelas Pintar peratus Betulnya ialah 60.00% (15) dan Salah 40.00% (10) sahaja.

e) Penguasaan Item Bilangan Huruf Di Kalangan Hukum Antara Kelas Bagi Hukum Iqlab: Jadual 14 menunjukkan murid-murid kelas Mahir lebih menguasai item bilangan huruf dengan memperolehi peratus Betul 100% (32) dan Salah 0.00%(0) berbanding dengan kelas Pintar peratus Betul 60.00% (15) dan Salah 40.00% (10) sahaja.

f) Penguasaan Item Mengenal Cara Bacaan Di Kalangan Hukum Antara Kelas Bagi Hukum Idzhar: Jadual 14 menunjukkan murid-murid kelas Mahir lebih menguasai item mengenal cara bacaan dengan memperolehi peratus Betul 90.62% (29) dan Salah 09.37%(3) berbanding kelas Pintar dengan peratus Betul 80.00% (20) dan Salah 20.00% (5) sahaja.

g) Penguasaan Item Mengenal Cara Bacaan Di Kalangan Hukum Antara Kelas Bagi Hukum Ikhfa: Jadual 14 menunjukkan murid-murid kelas Mahir lebih menguasai item mengenal cara bacaan dengan memperolehi peratus Betul 78.12% (25) dan Salah 21.87%(7) berbanding kelas Pintar peratus Betul 52.00% (13) dan Salah 48.00% (12) sahaja.

h) Penguasaan Item Mengenal Cara Bacaan Di Kalangan Hukum Antara Kelas Bagi Hukum Idgham Maal Ghunnah: Jadual 14 menunjukkan murid-murid kelas Mahir lebih

menguasai item mengenal cara bacaan dengan memperolehi peratus Betul 87.50% (28) dan Salah 12.25%(4) berbanding kelas Pintar peratus Betul 72.00% (18) dan Salah 28.00% (7) sahaja.

i) Penguasaan Item Mengenal Cara Bacaan Di Kalangan Hukum Antara Kelas Bagi Hukum Idgham Bilaghunnah: Jadual 14 menunjukkan murid-murid kelas Mahir lebih menguasai item mengenal cara bacaan dengan memperolehi peratus Betul 93.75% (30) dan Salah 06.25%(2) berbanding kelas Pintar peratus Betul 48.00% (12) dan Salah 52.00% (13) sahaja.

j) Penguasaan Item Mengenal Cara Bacaan Di Kalangan Hukum Antara Kelas Bagi Hukum Iqlab: Jadual 14 menunjukkan murid-murid kelas Mahir lebih menguasai item mengenal cara bacaan dengan memperolehi peratus Betul 90.62% (29) dan Salah 09.37%(3) berbanding kelas Pintar peratus Betul 56.00% (14) dan Salah 44.00% (11) sahaja.

k) Penguasaan Item Mengenal Huruf Di Kalangan Hukum Antara Kelas Bagi Hukum Idzhar: Jadual 14 menunjukkan murid-murid kelas Mahir lebih menguasai item mengenal huruf dengan memperolehi peratus Betul 90.62% (29) dan Salah 09.37%(3) berbanding dengan kelas Pintar peratus Betul 76.00% (19) dan Salah 24.00% (6) sahaja.

l) Penguasaan Item Mengenal Huruf Di Kalangan Hukum Antara Kelas Bagi Hukum Ikhfa: Jadual 14 menunjukkan murid-murid kelas Intan lebih menguasai item bilangan huruf dengan memperolehi peratus Betul 93.75% (30) dan Salah 06.25%(2) berbanding kelas Pintar peratus Betul 72.00% (18) dan Salah 28.00% (7) sahaja.

m) Penguasaan Item Mengenal Huruf Di Kalangan Hukum Antara Kelas Bagi Hukum Idgham Maal Ghunnah: Jadual 14 menunjukkan murid-murid kelas Mahir lebih menguasai item mengenal huruf dengan memperolehi peratus Betul 93.75% (30) dan Salah 06.25%(2) berbanding kelas Pintar peratus Betul 76.00% (19) dan Salah 24.00% (6) sahaja.

n) Penguasaan Item Mengenal Huruf Di Kalangan Hukum Antara Kelas Bagi Hukum Idgham Bilaghunnah: Jadual 14 menunjukkan murid-murid kelas Mahir lebih menguasai item mengenal huruf dengan memperolehi peratus Betul 90.62% (29) dan Salah 02.78%(3) berbanding kelas Pintar peratus Betul 52.00% (13) dan Salah 48.00% (12) sahaja.

o) Penguasaan Item Mengenal Huruf Di Kalangan Hukum Antara Kelas Bagi Hukum Iqlab: Jadual 14 menunjukkan murid-murid kelas Mahir lebih menguasai item mengenal huruf dengan memperolehi peratus Betul 100% (32) dan Salah 0.00%(0) berbanding dengan kelas Pintar memperolehi peratus Betul 80.00% (20) dan salah 20.00% (5) sahaja.

p) Penguasaan Item Mengenal Contoh Di Kalangan Hukum Antara Kelas Bagi Hukum Idzhar: Jadual 14 menunjukkan murid-murid kelas Mahir lebih menguasai item mengenal contoh dengan memperolehi peratus Betul 87.50% (28) dan Salah 12.25%(4) berbanding dengan kelas Pintar peratus Betul 76.00% (19) dan Salah 24.00% (6) sahaja.

q) Penguasaan Item Mengenal Contoh Di Kalangan Hukum Antara Kelas Bagi Hukum Ikhfa: Jadual 14 menunjukkan murid-murid kelas Mahir lebih menguasai item mengenal contoh dengan memperolehi peratus Betul 87.50% (28) dan Salah 12.25%(4) berbanding dengan kelas Pintar peratus Betul 72.00% (18) dan Salah 28.00% (7) sahaja. r) Penguasaan Item Mengenal Contoh Di Kalangan Hukum Antara Kelas Bagi Hukum Idgham Maal Ghunnah: Jadual 14 menunjukkan murid-murid kelas Mahir lebih menguasai item mengenal contoh dengan memperolehi peratus Betul 93.75% (30) dan Salah 06.25%(2) berbanding dengan kelas Pintar peratus Betul 80.00% (20) dan Salah 20.00% (5) sahaja.

s) Penguasaan Item Mengenal Contoh Di Kalangan Hukum Antara Kelas Bagi Hukum Idgham Bilaghunnah: Jadual 14 menunjukkan murid-murid kelas Mahir lebih menguasai item mengenal contoh dengan memperolehi peratus Betul 93.75% (30) dan Salah 06.255%(2) berbanding dengan kelas Pintar peratus Betul 64.00% (16) dan Salah 36.00% (9) sahaja.

t) Penguasaan Item Mengenal Contoh Di Kalangan Hukum Antara Kelas Bagi Hukum Iqlab: Jadual 14 menunjukkan murid-murid kelas Mahir lebih menguasai item mengenal

contoh dengan memperolehi peratus betul 96.87% (31) dan salah 03.12%(1) berbanding dengan kelas Pintar peratus betul 64.00% (16) dan salah 36.00% (9) sahaja. Tahap pencapaian antara kedua-dua kelas tersebut amat ketara jika dilihat pada peratus betul, jurang bezanya sebanyak 32.87 % bagi betul dan salah bezanya 32.88 %.

4.4

KESIMPULAN

Semua dapatan yang diperolehi merupakan hasil dari pemprosesan data yang diambil daripada tindak balas atau respon yang diberikan semasa soal selidik dijalankan. Penggunaan jadual, carta dan graf adalah untuk memudahkan pemerhatian dan analisis terhadap peguasaan murid dan mengenalpasti perbezaan antara item tertentu yang ingin dibezakan. Diharapkan Segala data dan hasil yang diperolehi akan dapat memberi sesuatu yang berfaedah dan berguna kepada semua pihak dalam proses penilaian dan penambahbaikan mutu pedidikan murid-murid kea rah penguasaan yang lebih cemerlang. BAB 5

PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 PENDAHULUAN

Dalam bab ini akan dibincangkan tentang beberapa aspek penting hasil daripada kajian yang telah dijalankan iaitu rumusan, perbincangan dan cadangan kepada dapatan

yang diperolehi daripada kajian ini. Hasil dapatan kajian yang diperolehi merupakan hasilan yang amat penting bagi setiap pengkaji untuk dijadikan sebagai alat ukuran bagi mengesan dan mengenalpasti setiap kelemahan serta kekuatan dalam aspek pembacaan al-Quran dengan betul dan sempurna khususnya bagi tajwid hukum lima. Adalah di harapkan kajian yang dibuat oleh penulis ini sekurang-kurangnya dapat membantu atau dijadian sebagai panduan kepada semua yang terlibat dalam kes seumpama ini.

5.2 RUMUSAN HASIL KAJIAN

Kajian yang dijalankan adalah untuk mengenalpasti tahap penguasaan tajwid hukum lima di kalangan murid-murid tahun lima. Adakah terdapat jurang pada tahap penguasaan dan perbezaan antara jantina, kelas, taraf sosio ekonomi, kelas-kelas yang diikuti berdasarkan kepada peratus dan min. Penguasaan murid dalam pembacaan alQuran secara keseluruhannya, dapatan menunjukkan peratus penguasaan baik sebanyak 38.24 %, penguasaan sederhana pada tahap 40.64 % dan lemah pada kadar 21.00 % sahaja, ini menunjukkan tahap penguasaan secara keseluruhannya masih lagi berada di tahap yang sederhana.

Penguasaan pembacaan al-Quran bertajwid mengikut jantina pula menunjukkan murid lelaki lebih menguasainya dengan memperolehi min 2,50 berbanding murid perempuan yang hanya memperolehi min 2.40 sahaja.

Antara kelas pula menunjukkan murid kelas Mahir lebih tinggi penguasaan pembacaan al-Quran bertajwid dengan memperolehi peratus baik 53.13% berbanding kelas Pintar 41.67%, manakala mengikut taraf sosio ekonomi pula menunjukkan murid-

murid yang datang daripada keluarga sosio ekonomi tinggi lebih tinggi penguasaannya iaitu 49.15 % bagi tahap Baik, Sederhana 35.59% dan Lemah 15.25% jika dibandingkan dengan berpendapatan rendah peratus baiknya 36.58%, sederhana 31.71% dan lemah 31.71 %. Peratusan lemah bagi mereka yang berpendapatan rendah adalah tinggi.

Penguasaan tajwid mengenai hukum lima menunjukkan murid lelaki lebih berkebolehan dalam penguasaannya berbanding murid perempuan di mana mereka menguasai hukum Idzhar, Ikhfa, Idgham Maalghunnah dan Iqlab manakala murid perempuan hanya mengatasi murid lelaki bagi hukum Idgham Bilaghunnah sahaja dengan kadar kelebihan sebanyak 17.63 % berbanding murid lelaki.

Penguasaan tajwid mengenai hukum lima antara kelas menunjukkan muridmurid kelas Mahir lebih baik penguasaannya berbanding kelas Pintar. Kelas Mahir mengatasi kelas Pintar dalam semua hukum di mana kelas Mahir menguasainya pada tahap baik manakala tahap penguasaan kelas Pintar berada di tahap sederhana tetapi peratus lemahnya agak tinggi iaitu 32.00 %.

Penguasaan antara tajwid hukum lima menunjukkan murid-murid lebih menguasai hukum Iqlab berbanding dengan hukum-hukum lain berdasarkan peratus baik dan sederhana dengan peratus pencapaian sebanyak 82.44 % (47 orang) manakala hukum-hukum lain berada di tahap yang sederhana kecuali hukum Ikhfa yang peratus lemahnya agak tinggi berbanding dengan hukum-hukum lain dengan 26.31 %, berada di tahap yang rendah.

Merujuk kepada penguasaan tajwid bagi murid-murid yang mengikuti kelaskelas al-Quran, dapatan menunjukkan murid yang mengikuti kelas Fardhu Ain lebih tinggi peratusan baiknya iaitu 47.63% berbanding kelas Tuisyen 41.17%, Madrasah

38.70% dan lain-lain 24.17% sahaja. Perbezaan tahap penguasaan juga dapat dilihat antara murid khatam dan belum khatam al-Quran. Murid yang telah khatam mencapai peratus baik 53.33% juga lebih menguasai hukum lima berbanding dengan murid yang belum khatam 21.42%. Berbeza pula dengan murid yang tidak belajar al-Quran di rumah dengan murid belajar al-Quran di rumah. Pencapaian baik dari sudut peratus menunjukkan murid yang tidak belajar al-Quran di rumah lebih tinggi tahap penguasaanya iaitu 35.00 % berbanding dengan mereka yang belajar al-Quran di rumah yang hanya sekadar 18.91% sahaja.

Berdasarkan ujian ringkas yang dijalankan juga menunjukkan murid-murid lebih menguasai hukum Idgham Bilalghunnah berbanding dengan hukum lain dengan memperolehi 42.10 % dan min 2.46. Penguasaan komponen tajwid pula menunjukkan murid lelaki lebih menguasai kesemua hukum kecuali hukum Idgham Bilaghunnah, di mana murid perempuan mencapai tahap pencapaian 52.00% manakala murid lelaki hanya 34.37 % sahaja.

Dapatan kajian juga memperlihatkan taraf sosio ekonomi juga mampengaruhi tahap penguasaan murid dalam tajwid hukum lima yang memperlihatkan murid yang datang daripada keluarga yang bertaraf tinggi dari segi ekonomi lebih menguasai komponen tajwid berbanding murid dari taraf sosio ekonomi rendah walaupun pada kadar sederhana baik.

5.3 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN

Setelah analisis data dibuat dan diperincikan, dapatan kajian menunjukkan penguasaan murid terhadap Al-Quran masih lagi berada di tahap yang sederhana iaitu di bawah paras 60% sahaja. Ini berkemungkinan disebabkan keadaan pelajar itu sendiri yang kurang minat dan tidak memberi perhatian yang serius terhadap hukum tajwid yang di pelajari. Sekalipun penguasaaan Al-Quran bertajwid masih di tahap sederhana, namun sebahagian murid lelaki dapat mengaplikasikan pengetahuan dan mempraktikkan pembacaan al-Quran bertajwid. Secara keseluruhannya, didapati murid-murid lelaki lebih menguasai Tajwid Hukum Lima berbanding dengan murid perempuan.

Kelas Mahir sememangnya merupakan kelas yang terbaik di sekolah ini. Oleh itu, tidak mustahil sekiranya mereka dapat menguasai tajwid hukum lima dengan baik berbanding kelas Pintar malahan mereka juga sememangnya berkebolehan dan cemerlang dalam bidang akademik. Melalui data yang diperolehi, jelas memperlihatkan keupayaan mereka apabila ia mampu mengatasi kelas Pintar secara keseluruhannya berdasarkan peratus pencapaian.

Hasil kajian memperlihatkan faktor sosio ekonomi juga mempengaruhi tahap pencapaian atau penguasaan murid di mana mereka yang berpendapatan tinggi boleh dikatakan mempunyai kesedaran yang tinggi berbanding ibubapa yang berpendapatan rendah tentang kepentingan pendidikan anak-anak, mereka juga pastinya mempunyai kemampuan dan berkupayaan membuka ruang seluas-luasnya untuk pendidikan anakanak seperti menghantar anak-anak mengikuti kelas tuisyen al-Quran, Fardhu Ain dan lain-lain. Semua faktor saling berkait, jantina, kelas, tahap pembelajaran al-Quran dan minat turut mempengaruhi penguasaan tajwid hukum lima dalam pembacaan al-Quran.

Kajian ini juga menyaksikan bahawa murid yang mengikuti kelas-kelas al-Quran dapat membantu meningkatkan lagi penguasaan tajwid contohnya mereka yang

mengikuti kelas Fardhu Ain di mana murid yang mengikutinya memperolehi peratus baik 47.63% di mana peratusnya lebih tinggi daripada yang lain.

Selain itu, murid yang telah khatam al-Quran juga lebih menguasai ilmu tajwid berbanding mereka yang belum khatam dengan peratus baiknya 53.33% manakala yang belum khatam 21.42% sahaja. Ini merupakan satu kelebihan bagi murid yang telah khatam kebiasaannya mereka sudah mampu membaca dengan lancar, mereka mempunyai ruang untuk memberi tumpuan kepada hukum tajwid ketika membaca alQuran dan mereka lebih bermotivasi berbanding murid yang belum khatam untuk mempelajari ilmu tajwid dengan lebih mendalam.

Secara umumnya, penguasaan murid dalam hukum lima masih lagi berada di tahap yang sederhana. Ini kerana skor min yang ditunjukkan masih lagi berlegar di bawah paras 4.00 secara keseluruhannya. Walau bagaimanapun semua pihak tidak seharusnya berputus asa untuk belajar dan mengajar ilmu tajwid sehingga hasrat murni ini tercapai. 5.4 IMPLIKASI DAPATAN KAJIAN

Setelah dilakukan analisis terhadap data, maka didapati terdapat perbezaan penguasaan murid antara jantina. Walaubagaimanapun, perbezaannya tidaklah begitu ketara. Perbezaan yang ditunjukkan adalah mengikut item-item yang tertentu dan bukanlah secara menyeluruh. Murid lelaki lebih menguasainya disebabkan sikap dan kesedaran pelajar itu sendiri. Pengaruh rakan-rakan juga turut mempengaruhinya.

Murid yang dari latar belakang keluarga berpendapatan tinggi didapati lebih menguasai tajwid hukum lima, ini kerana mereka tidak bermasalah dan mampu untuk

mengambil langkah-langkah tertentu sebagai tindakan susulan sebagai usaha untuk membantu mempertingkatkan tahap penguasaan anak-anak mereka. Walau bagaimanapun, murid-murid yang taraf sosio ekonominya rendah tidak boleh menyalahkan latarbelakang mereka sebagai alasan untuk berputus asa untuk terus tercicir sebaliknya mereka seharusnya sedar dan lebih gigih berusaha untuk mengarap kejayaan. Ingatlah apa jua kejayaan bermula dari minat untuk itu cubalah berusaha menanam minat terhadap pelajaran Pendidikan Islam sebagai usaha untuk memperbaikinya ke arah pencapaian yang lebih cemerlang.

Kajian ini juga dapat menjelaskan peratus lemah masih lagi tinggi dan peratus baik masih lagi berada pada aras yang rendah. Contohnya hukum Ikhfa Haqiqi memperolehi peratus lemah yang begitu tinggi iaitu 31.57 % dan hukum Idgham Maalghunnah peratus lemahnya sebanyak 33.33 %.

Hasilan ini diharap dapat memanfaatkan pihak sekolah, semua pihak tidak seharusnya leka dengan terus membiarkan masalah ini berakar umbi membelenggu setiap pelajar. Keadilan dan kesarataan dalam semua subjek haruslah diwujudkan agar l langkah-langkah tertentu dapat diambil dalam usaha untuk mempertingkatkan tahap penguasaan murid dalam pembacaan al-Quran secara bertajwid khususnya berkenaan hukum lima.

5.5 CADANGAN KAJIAN LANJUTAN

Bagi mencapai objektif melahirkan generasi yang celik al-Quran serta mempertingkatkan dan mengekalkan tahap penguasaan ilmu tajwid di kalangan muridmurid, penambahbaikan dan tindakan-tindakan susulan perlu dilakukan segera.

Segala ilmu yang dipelajari tidak akan bertahan lama sekiranya tidak diamalkan, oleh itu sebarang tindakan diperlukan untuk mengilap setiap kemahiran yang telah dikuasai. Jangan abaikan setelah diajar jika diabaikan dipastinya ia akan menjadi malap seterusnya akan hilang begitu saja. Oleh yang demikian, perlulah al-Quran itu sentiasa dipelajari dan dihayati terutamanya yang berkaitan dengan hukum asas bagi setiap bacaan. Pengabaian terhadap al-Quran adalah satu tindakan yang boleh mengundang kemurkaan Allah s.w.t, setiap kesalahan yang disengajakan akan menyebabkan diri mendapat laknat Allah s.w.t.

Dalam usaha mendidik guru-guru pendidikan Islam seharusnya bertindak di peringkat awal sebelum ianya terlambat seperti kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebunnya . Oleh itu, jadikan amalan sentiasa iringkan ilmu tajwid sebagai pemanis bicara untuk untuk menambahkan dan mengekalkan kemahiran yang telah dikuasai pelajar. Murid-murid yang lemah seharusnya diberi pemulihan dan perhatian khusus serta dibimbing secara berterusan sehingga mencapai tahap pembacaan al-Quran yang baik dan sempurna. Ibu bapa merupakan orang yang pertama bertanggungjawab dalam pendidikan anak-anak. Ibubapa seharusnya sedar pendidikan bermula di rumah, jadi tanggungjawab utama terletak di bahu mereka. Sebagaimana yang kita ketahui anakanak yang dilahirkan adalah ibarat sehelai kain putih maka ibu bapanyalah yang mencorakkan anak tersebut ke arah mana mereka kehendaki. Antara langkah yang boleh diambil ialah memulakan pengajaran al-Quran di peringkat awal usianya, ibubapa hendaklah sentiasa mendampingan anak-anak dengan mengadakan kaedah tasmik dan taklim semasa di rumah, mendedahkan anak-anak dengan pelajaran tajwid ataupun menghantar anak-anak mempelajari al-Quran di luar dengan pemantauan. Ibubapa

merupakan contoh terdekat kepada anak-anak, oleh itu tunjuklah contoh yang boleh memberi kesan yang fosotif kepada anak-anak.

Bagi murid-murid, mereka juga perlu sedar bahawa belajar al-Quran adalah perkara fardu ain, mereka seharusnya bertindak sendiri dengan penuh kesedaran untuk mempertingkatkan mutu bacaan al-Quran. Kesedaran tentang kepentingan belajar tajwid dan al-Quran akan melahirkan rasa seronok dan melenyapkan rasa bosan serta tidak mudah berputus asa, tidak malu untuk belajar sebaliknya akan berbangga kerana berpeluang mendalami ilmu al-Quran. Pihak sekolah pula perlulah mengadakan program motivasi dan kesedaran serta program celik al-Quran dan program bimbingan tertentu untuk melahirkan rasa cintakan al-Quran di kalangan murid-murid. InsyaAllah, sekiranya semua pihak berganding bahu untuk menjayakannya, suatu hari nanti akan menjelma kejayaan yang diharapkan, maka akan lahirlah generasi al-Quran yang cemerlang dan berkualiti.

5.6 PENUTUP

Mempelajari, membaca, dan menghayati al-Quran merupakan suatu tuntutan yang fardu ke atas setiap umat Islam. Pembacaan yang sempurna akan terjelma apabila seseorang itu memahami dan menguasai ilmu tajwid, sebaliknya jika terabai kita akan tengelam dan tersasar dari landasan haq bagi setiap pembacaan al-Quran. Setiap pembacaan al-Quran yang senpurna akan memperolehi rahmat dari Allah, kegagalan membaca al-Quran sebagaimana yang dituntut akan mendapat kutukan al-Quran itu sendiri.

Untuk mencapai objektif tersebut, kita sepatutnya mempelajarinya dengan bersungguh-sunguh dan tekun walau dengan apa cara atau kaedah yang termampu, ini kerana setiap kaedah itu hanyalah alat yang menunjukan cara untuk mempelajari sesuatu, yang pentingnya adalah kesungguhan.

Untuk membangkitkan motivasi pembelajaran pilihlah kaedah yang sesuai dengan budaya belajar sendiri seperti Qiraati, Iqra dan lain-lain. Pembacaan al-Quran akan menjadi lebih indah jika ditambah dengan bacaan bertajwid dan bertarannum.

Dewasa ini, kemudahan untuk mempelajari al-Quran begitu banyak tersaji, pelbagai kaedah yang telah dicipta dan dihasilkan namun dapatan daripada kajian yang dijalankan menunjukkan tahap penguasaan masih lagi berada ditahap yang sederhana. Mengapa perkara ini masih lagi berlaku?. Mungkin jawapannya keberkatan, oleh itu carilah keberkatan. Tiada gunanya kita berbangga dengan kaedah-kaedah canggih jika sekiranya tiada kesungguhan dari mereka yang terlibat untuk memanfaatkan sepenuhnya. Oleh yang demikian dalam era dunia tanpa sempadan ini, kita seharusnyan mempertingkatkan usaha dengan penuh iltizam dan ikhlas untuk mempelajari al-Quran dan mendalami ilmu-ilmu yang berkaitan dengannya agar kita tidak tersasar dan hanyut, moga-moga kita semua memperolehi keredhaan Ilahi dan mencapai kejayaan hidup sebenar sesuai dengan tanggungjawab kita sebagai khalifah di muka bumi ini.

BIBLIOGRAFI

Abdullah al-Qari bin Haji Salleh, (1983). Kursus Qari Dan Qariah. Pustaka Aman Press Sdn. Bhd. Kota Bharu.

Abdullah Siddek, Dr. (1980). Islam Dan Ilmu Pengetahuan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Ahmad Abdul Ghani. (1997). Tahap Penguasaan Pembacaan al-Quran di kalangan Pelajar-pelajar sekolah menengah. Tesis sarjana yang tidak diterbitkan. Universisti Malaya, Kuala Lumpur.

Ahmad Kilani b. Mohamad, (1993). Al-quran: Keutamaan dan Keistimewaan dalam Mencapai sifat keunggulan. Pusat Pengajian Islam & Pembangunan Sosial.

Amri Daud. (2005). Kajian keberkesanan pelaksanaan program j-QAF di dua buah Sekolah rintis di Terengganu. Tesis sarjana yang tidak diterbitkan. Universisti Malaya, Kuala Lumpur.

Haji Nik Jaafar Bin Nik Ismail. (1995). Risalah Panduan Tartil al-Quran. Kuala Lumpur: Dar al-Fikr.

Haji Ishak Abbas. (1985). Memahami tajwid Dan Tartil al-Quran. Kuala Lumpur Seri Kota.

Hanafi Mohamad. (1996). Falsafah Pendididkan menurut al-Quran. Selangor: Pustaka Ilmi.

Ismail Mahmood. (1989). Adab-Adab Berkaitan Dengan Al-Quran. Al-Rahmaniah, Petaling Jaya Selangor.

Subhi Salleh,Dr,(1978). Kajian Al-Quran. Dewan Bahasa dan Pustaka; Kuala Lumpur.

Hassan Mahmud al-Hafiz. (1987). Ilmu Tjwid al-Quran. Kuala Lumpur: Pustaka Al-Mizan.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2002). Sukatan pelajaran pendidikan Islam. Kuala Lumpur: Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral.

Mohd. Faisal Mohamed, Zawawi Ismail, Rahimi Mohd Saad. (2009). Celik al-Quran: Cabaran dan Realiti dalam Pendidikan Islam Di Sekolah. Satu Kajian Kes. Tesis Sarjana yang tidak diterbitkan: Fakulti Pendidikan Universiti Malaya.

Shaifol Bahary bin Sulaiman & Hasnul Faizal bin Husain . (2011). HBEF 4303 Projek Kajian Tindakan: Fakulti Pendidikan dan Bahasa Open University Malaysia. Selangor: Meteor Doc. Sdn. Bhd.

http://ii. Islam.gov.my/hadith/hadith.asp?search. (01-06-2012).

http://www.islam.gov.my/dircportal/hadtih.htm. (03-06-2012)

www.islam.gov.my/e-hadith. (20-05-12).

BAHAGIAN A BUTIRAN PENGAJIAN AL-QURAN


BAHAGIAN A1
ARAHAN : Tandakan ( / ) pada jawapan yang betul 1. Kelas Tahun

LAMPIRAN

Mahir

Pintar

2. Jantina

Lelaki

Perempuan

3. Kelas al-Quran yang pernah diikuti

Madrasah

Kelas Fardhu Ain Swasta

Tuisyen al-Quran

Tiada

LAMPIRAN

4. Adakah anda mengikuti kelas agama sebelah petang Ya Tidak

5. Khatam Al-Quran

Sudah

Belum

6. Khatam Al-Quran ketika berusia.

67

Tahun

8-9

Tahun

10 11 Tahun

7. Peringkat bacaan al-Quran sekarang

Iqra 1 - 3 Iqra 4 - 6
Muqaddam Al-Quran

8. Adakah anda belajar al-Quran di rumah?

Ya

Tidak

LAMPIRAN

9. Kekerapan membaca al-Quran dalam seminggu

1 2 kali

3 5 kali

6 7 kali

10. Adakah anda minat mempelajari Ilmu Tajwid

Ya

Tidak

11. Keluarga anda memberi galakan untuk mempelajari al-Quran dan ilmu Tajwid?

Ya

Tidak

12. Kaedah belajar al-Quran yang diikuti Iqra Qiraati Halaqah (Bulatan) Talaqqi Musyafahah

LAMPIRAN

BAHAGIAN A2

Tandakan ( / ) pada yang berkenaan berdasarkan skala yang diberi

SKALA Sangat Lemah Lemah Sederhana Baik Sangat baik 1 2 3 4 5

BIL 1 2 3 4 5 6 7

MAKLUMAT PENGETAHUAN Penguasaan membaca al-Quran Membaca al-Quran bertajwid Saya mengetahui hukum Izhar Halqi Saya menguasai hukum Ikhfa Hakiki Saya menguasai hukum Idgham Maal Ghunnah Saya menguasai hukum Idgham Bila Ghunnah Saya menguasai hukum Iqlab

LAMPIRAN

BAHAGIAN B ( LATAR BELAKANG KELUARGA )

1.

Pekerjaan bapa Guru

Peniaga

Doktor

Lain-lain (Nyatakan) ..

2. Pendapatan Bapa

RM 500 RM 1000

RM 1001 RM 2000

RM 2001 RM 3000

RM 3001 dan ke atas

3. Pekerjaan Ibu

Guru

Peniaga

Suri Rumah

Lain-lain (Nyatakan)..
LAMPIRAN

4. Pendapatan Ibu

RM 500 RM 1000

RM 1001 RM 2000

RM 2001 RM 3000

RM3001 ke atas

5. Bilangan Adik Beradik

1 - 3 Orang

4 - 6 Orang

7 9 Orang

10 orang dan ke atas (Nyatakan)

6. Bilangan Anak Yang Ke

13

46

79

10 ke atas (Nyatakan).. BAHAGIAN C

LAMPIRAN

UJIAN RINGKAS
ARAHAN : Bulatkan jawapan yang betul

1. Berapakah bilangan huruf Izhar Halqi?

a) 6

b) 4

c) 2

d) 15

2. Izhar Halqi dibaca dengan.

a) Dengung

b) Terang

b)

Dipanjangkan

d) Diidghamkan

3. Antara yang berikut manakah bukan huruf Izhar Halqi?

a)

b)

c)

d)

4. Antara yang berikut manakah bukan hukum Izhar Halqi?

a)

b)

c)

d)

5. Berapakah huruf Ikhfa Hakiki?

a)

b)

15

c)

d) 2

6. Antara berikut yang manakah bukan huruf Ikhfa Hakiki?

(a

b)

c)

d)

7. Antara berikut yang manakah bukan hukum Ikhfa Hakiki?

a)

b)

c)

d)

LAMPIRAN

8. Cara bacaan hukum Ikhfa Hakiki

a) Nyata

b) Dengung

c) Saktah

d) Tanpa dengung

9. Berapakah huruf Idgham Maal Guhnnah?

a)

b) 2

c)

d) 4

10. Manakah antara berikut bukan huruf Idgham Maal Ghunnah..

a)

b)

c)

d)

11. Antara berikut yang manakah mengandungi hukum Idgham Maalghunnah?

a)

b)

c)

d)

12. Bagaimmanakah bacaan hukum Idgham Maal Ghunnah?

a)

Pendek

b)

Dengung

c)

Terang

d)

Panjang

13. Berapakah bilangan huruf Idgham Bila Ghunnah?

a)

b) 4

c)

d)

14. Bagaimanakah cara bacaan hukum Idgham Maal Gunnah?

a)

Tanpa dengung

b)

Dengung

c)

Waqaf

d)

Panjang

LAMPIRAN

15. Antara yang berikut manakah kumpulan huruf Idgham Bila Ghunnah?

a)

b)

c)

d)

16. Semua berikut mengandungi hukum Idgham Bila ghunnah, Kecuali..

b)

b)

c)

d)

17. Berapakah bilangan huruf Iqlab?

a) 1 c) 4

b) 2 d) 15

18. Manakah antara berikut huruf Iqlab?

a)

b)

c)

d)

19. Antara berikut yang manakah?

a)

b)

c)

d)

20. Hukum Iqlab dibaca dengan..

a) Terang

b) Dengung

b) Pendek

d) Tanpa Dengung