Anda di halaman 1dari 6

JUR.PRAK/F1.

M(1)

BILANGAN JURNAL MINGGU PRAKTIKUM TARIKH PERISTIWA/KEJADIAN ISU JURNAL

: KE-6 : KEENAM : 1 5 SEPTEMBER : PENGGUNAAN KAEDAH PERMAINAN DALAM SESI P&P.

1. MASALAH

Pada minggu ini, masalah yang saya hadapi adalah dimana kawalan terhadap murid-murid semasa aktiviti permainan berlaku di dalam sesi P&P. Di waktu saya ingin memberi penerangan kepada mereka, mereka tidak memberikan tumpuan kepada guru lantas maklumat dan arahan permainan tidak dapat disampaikan dengan baik serta didengari oleh guru. Ini menyebabkan murid-murid bermain tidak mengikut arahan guru yang telah ditetapkan sebelum bermulanya aktiviti permainan tersebut. Murid-murid ini bermain mengikut dengan cara mereka sendiri dan disebabkan itu guru tidak dapat mengawal pergerakan murid-murid semasa sesi P&P berjalan. Semasa murid-murid ini bermain, saya cuba untuk memberi arahan secara tidak langsung kepada mereka kerana arahan sebelum aktiviti permainan dimulakan tidak dapat didengari dengan baik oleh mereka. Dan akibatnya, aktiviti permainan yang saya rancang tidak menghasilkan seperti apa yang saya inginkan iaitu ingin menilai samada hasil pembelajaran saya tercapai ataupun tidak. Saya merancang aktiviti penilaian dengan menggunakan kaedah permainan supaya murid-murid ini tidak bosan dengan hanya kaedah sebut dan tulis. Namun, apabila saya menerapkan unsur permainan dalam sesi penilaian, mereka tidak mendengar arahan saya dengan baik. Ini menjadi masalah dan kesulitan kepada saya untuk mengawal mereka.

2. ANALISIS MASALAH

Aktiviti permainan amat dekat dengan kehidupan insan yang bergelak kanak-kanak. Kita juga sebagai seorang dewasa juga pernah melalui zaman kanak-kanak dan memang tidak dinafikan yang kita juga pernah bermain, berlari dan berkejar-kejaran sesama rakan

JUR.PRAK/F1.M(1)

seperjuangan tidak lama dahulu. Kita sebagai seorang guru seharusnya perlu fasih dan faham akan naluri seorang kanak-kanak yang sering suka dan inginkan keseronokan dalam kehidupan seharian mereka. Dengan itu, kita perlu meneliti dan mengkaji akan keperluan kanak-kanak dalam menghadapi sesi pembelajaran mereka di dalam bilik darjah. Belajar melalui bermain adalah satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada kanak-kanak. Melalui teknik ini juga akan mendatangkan keseronokkan dan kepuasan kepada mereka dalam sesuatu pengajaran yang hendak disampaikan. Dengan bermain juga kanak-kanak akan dapat menguasai perkembangan dan kemahiran fizikal dan penguasaan bahasa dari segi perbendaharaan dan peraturan tatabahasa.

3. CADANGAN UNTUK MEMPERBAIKI

Bermain dianggap sebagai satu pekerjaan bagi kanak-kanak, tetapi bukanlah pekerjaan yang memerlukan hasil akhiran atau tujuan tertentu. Bermain juga bukanlah satu aktiviti yang dipaksa malah merupakan keinginan semulajadi kanak-kanak (Kraus, 1990). Lazimnya apabila sesuatu tugasan itu dianggap mudah, tugasan tersebut sering dirujuk sebagai mainan kanak-kanak memandangkan tidak wujudnya komplikasi dan merupakan nilai yang paling berharga buat perkembangan kanak-kanak. Menurut Mak Soon Sang (2009), dalam bukunya Pendekatan dan Strategi Pengajaran, aktiviti permainan merupakan satu teknik pengajaran yang memberi peluang kepada murid-murid melakukan sesuatu aktiviti secara berpura-pura di dalam keadaan terkawal. Pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah berlandaskan prinsip belajar sambil bermain. Aktiviti bermain adalah kerja kanak-kanak. Menurut Buku Panduan Guru (Pusat Perkembangan Kurikulum) pula, belajar melalui bermain adalah satu pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi memberi peluang kepada murid belajar dalam suasana yang bebas dan selamat, menggembirakan dan bermakna kepada aspek kognitif serta psikomotor murid. Ini membukitikan bahawa aktiviti permainan dapat membantu murid untuk memahami sesi pembelajaran di dalam bilik darjah. Oleh yang demikian, aktiviti permainan dapat memberi pengalaman tentang keadilan, peraturan-peraturan dan kesamaan serta memperkuatkan kebolehan berfikir

JUR.PRAK/F1.M(1)

dalam pelbagai cara. Di antara permainan lazim yang dimainkan dalam bilik darjah tekateki, teka silang kata, kad-kad nombor, kad-kad bergambar, catur dan sebagainya. Selain itu bermain adalah satu bentuk kesenian kanak-kanak. Ia merupakan saluran untuk melahirkan perasaan dan punca untuk mendapatkan kegembiraan dan keseronokanbahkan dari aspek sahsiah kendirinya juga baik dan bagus dari sisi pandangan seorang yang berilmu dan berkrebiliti.

4. TEMPOH PENYELESAIAN

Saya akan cuba menyelesaikan dalam tempoh satu minggu (8 - 12 September).

5. TINDAKAN SUSULAN

Untuk masa akan datang, saya akan lebih memberi perhatian terhadap jenis permainan yang seiring dengan pengetahuan sedia ada dan kebolehan mereka agar aktiviti yang dirancang dapat berjalan dengan baik dan sempurna. Saya juga akan lebih bersifat tegas namun masih lagi bersifat kelembutan sebagai seorang guru dalam memberi arahan dan mengawal aktiviti permainan murid-murid semasa sedang dijalankan. Saya juga akan kerap berbincang dengan guru-guru yang lebih senior dalam bagaimana untuk mengawal murid-murid semasa melaksanakan aktiviti permainan semasa dalam sesi P&P. Bahan bacaan juga akan lebih saya rujuk dan membuat pengkaitan dengan teori dan praktikal agar saya dapat merancang satu aktiviti permainan yang dapat memberikan impak penilaian yang baik kepada murid-murid.

6. KESIMPULAN

Secara ringkasnya, aktiviti permainan dapat memberangsangkan perkembangan bahasa. Dalam konteks permainan bebas, kanak-kanak dapat melatih bahasa yang baru

JUR.PRAK/F1.M(1)

dikuasai, mempelbagaikan perbendaharaan kata serta membenarkan kesalahan dan pembetulan bahasa. Selain itu, aktiviti permainan yang berlainan sama ada permainan berkonsepkan sosial mahupun kognitif juga akan memberangsangkan aspek-aspek perkembangan bahasa yang tertentu dalam kalangan murid-murid semasa aktiviti P&P berjalan.

JUR.PRAK/F1.M(1)

DISEMAK OLEH GURU PEMBIMBING

Ulasan:

Tandatangan :.. Nama Tarikh :.. :..

DISEMAK OLEH PENSYARAH PEMBIMBING

Ulasan:

JUR.PRAK/F1.M(1)

Tandatangan :.. Nama Tarikh :.. :..

Anda mungkin juga menyukai