Anda di halaman 1dari 15

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA JANUARI 2011(SMP AMBILAN KHAS JAN 2011) HBMS2203 PENGAJARAN MUZIK III

NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGENALAN NO. TELEFON E-MEL PUSAT PEMBELAJARAN :

: : : :

790816105024001 790816105024 019-2647984 puteri_maritza@yahoo.com SHAH ALAM LEARNING CENTRE

ISI KANDUNGAN

1.0 2.0 3.0

PENGENALAN PENGHASILAN CORAK IRAMA TEKNIK-TEKNIK PENGEMBANGAN IRAMA 3.1 3.2 3.3 3.4 3.5 3.6 3.7 3.8 3.9 3.10 Motif Teknik Dimunation Teknik Penambahan Awalan Teknik Mengubah Nilai Not Teknik Mengubah Not Pertengahan Teknik Retrograte Teknik Pengulangan Motif Teknik Penambahan Akhiran Teknik Anticipate Teknik Augmentation

4.0 5.0

RUMUSAN RUJUKAN

1.0

PENGENALAN

Muzik merupakan salah satu komponen penting dalam pembelajaran kerana muzik merupakan salah satu aspek yang mampu meningkatkan kecerdasan kognitif seseorang individu.Muzik merupakan satu bidang yang universal dan menggalakkan individu melahirkan perasaan,emosi dan sebagainya.Menurut Teori kecerdasan pelbagai,muzik merupakan salah satu kompnen yang terdapat di dalamnya di mana setiap individu mempunyai kecerdasan yang berbeza dan ada diantaranya sangat cenderung ke arah kecerdasan muzik. Muzik mempunyai banyak cabang yang dapat meningkakan kreativiti seseorang.Muzik merupakan sesuatu perkara yangg unik yang boleh dirasai oleh setiap individu dengan perasaan yang berlainan mengikut perasaan dan emosi tersendiri.Muzik yang unik ini diperindahkan dengan mengandungi tujuh unsur muzik iaitu irama,bentuk,melodi,harmoni,ekspresi,tekstur dan warna ton. Setiap unsur ini membawa kriteria yang tersendiri bagi memperindahkan lagi sesuatu penciptaan sesebuah muzik.Unsur-unsur yang terdapat dalam muzik ini saling bergantung antara satu sama lain.salah satu unsur utama dalam muzik ialah irama dimana ia mengandungi detik, meter, tekanan, tempo, corak irama dan tempoh masa (nilai not).irama terbentuk daripada susunan bunyi. Detik adalah merupakan salah satu komponen yang terdapat dalam irama.Detik ialah sesuatu bunyi yang teratur, berulang dan membahgikan muzik dengan setara kepada unit-unit menikut masa.Salah satu contoh detik adalah seperti menepuk tangan atau mengetuk sesuatu mengikut muzik.Detik dapat dirasai dalam muzik seperti dalam lagu rentak Mac dan sebagainya. Selain daripada itu, dalam irama juga terdapat perkara yang disebut meter. Meter merupakan detik yang diberikan penekanan dimana setiap detik menghasilkan satu corak bunyi yang kuat dan lemah.Ia menentukan meter lagu tersebut.garis bar membahagi melodi kepada barbar mengikut meterKebiasannya , satu tanda masa atau meter akan ditulis pad permulaan lagu diman ia menunjukkan bilangan detik atau nilai angka di bawah menunjukkan jenis not yang

telah ditetapkan.Contohnya, meter menunjukkan4/4. Ia menunjukkan bahawa setiap bar mempunyai 4 nilai not krocet.Tedapat beberapa jenis meter iaitu meter tigaan,duaan dan empatan. Eleman seterusnya yang terdapat dalam irama ialah tempo.Tempo merupakan satu gerakan detik samaada lambat atau pun cepat.Kelajuaan detik inilah yang dikatakan sebagai tempo.Tempo dapat menggambarkan sesuatu gubahan muzik itu seperti muzik yang cepat menggambarkan perasaan gembira, bersemangat dan bertenaga manakala tempo yang lambat juga dikaitkan dengan perasaan sedih, muram dan tenang. Corak irama ialah merupakan satu susunan atau gabungan detik-detik yang dirangkai secara menarik dengan pelbagai teknik perkembangan sehingga menjadi sebuah karya atau muzik . Corak irama dapat dihasilkan mengikut kreativiti individu dengan menggunakan pelbagai teknik pengembangan seperti augmentation, demunation, penambahan awalan, penambahan akhiran, penambahan pertengahan not, anticipate, retrograde, pengulangan motif dan mengubahsuai nilai not.

2.0

PENGHASILAN CORAK IRAMA

3.0

TEKNIK-TEKNIK PENGEMBANGAN MOTIF

3.1

MOTIF Bagi penciptaan sesebuah corak atau pola irama, motif utama perlu ada supaya ia dapat

diperkembangkan menjadi satu corak irama yang menghasilkan bunyi atau irama yang sangat menarik.Kebiasaannya penciptaan motif yang menarik dapat menghasilkan karya yang menarik.ia tidak semestinya menggunakan motif-motif yang sukar tetapi penggunaan motifmotif yang mudah juga mampu menghasilkan lagu yang menarik jika ia dapat dikembangkan dengan menggunakan teknik-teknik yang sesuai. Contohnya lagu yang menggunakan motif yang mudah namun menjadi popular sehingga serata dunia seperti lagu Twinkle Twinkle Little Star. Banyak lagi lagu-lagu yang popular menggunakan motif yang mudah dan menggunakan pelbagai teknik untuk menjadikannya sebuah muzik atau lagu yang menarik. Motif adalah merupakan satu kelompok atau susunan nada yang sekurang-kurangnya mempunayai dua nada dan maksimum mengandungi dua bar.Melalui motif yang dicipta ia dapat dioleh dengan menggunakan pelbagai teknik pengembangan motif bagi menghasilkan sebuah pola atau corak irama yang sangat menarik tanpa mengubah ciri-ciri asal motif tersebut. Bagi mencipta corak irama muzik kali ini saya menggunakan meter empatan (4/4) dan memilih ia dimainkan dalam C major.Bagi menghasilkan motif utama dalam corak irama ini, saya menggunakan enam not dalam dua bar dimana terdapat not krocet dan minim dalam susunan not tersebut.Idea motif ini saya perolehi apabila melihat anak saya bermain permainannya yang menghasilkan bunyi yang hampir serupa dengan corak motif yang saya hasilkan ini. Corak motif yang saya cipta ini dimulakan dengan not B,B,G dan B dalam not krocet pada bar pertama dan diikuti dengan not C dan A dalam bar kedua yang kedua-duanya berada dalam not minim.Motif yang dihasilkan ini tidaklah sukar dan not-not yang digunakan adalah dalam kedudukan yang tidak banyak beza antara satu dengan yang lain.Contohnya not B hanya berbeza satu not dengan not G.Begitu juga dengan perbezaan pada not-not lain.

Motif 3.2 Teknik Dimunation Setelah mencipta motif yang dikehendaki, saya mengembangkan lagi motif tersebut dengan teknik yang pertama iaitu teknik diminuation.Teknik ini adalah merupakan teknik dimana ia mengurangkan nilai not dimana teknik pengulangan ini seolah-olah ia seperti tempo dipercepatkan kerana nilai not dikecilkan kepada 50% daripada asal.Teknik ini digunakan pada bar ketiga dan keempat dalam corak irama yang telah dihasilkan.Dalam bar ketiga,saya telah menukarkan semua nilai not krocet kepada nilai not semikuaver .Ini kerana semikuaver merupakan not yang mengandungi nilai separuh daripada nilai not krocet.Dalam bar keempat pula, saya telah mengubah kedua-dua not minim kepada not krocet kerana nilai minim adalah 2 dan nilai krocet adalah separuh daripada nilai tersebut.

Teknik Diminuation 3.3 Teknik Penambahan Awalan Bagi teknik seterusnya, saya menggunakan teknik penambahan awalan dimana teknik ini ialah merupakan satu teknik dimana kita perlu menambah beberapa not di hadapan not asal atau pun motif yang telah kita cipta.Penggunaan teknik ini dapat menggubah sedikit nada motif asal.Teknik ini saya gunakan dalam bar kelima dan keenam dalam penciptaan.Di sini saya menambah not 4 not semikuaver diawalan bar yang membawa nilai sama dengan nilai sebenar pada motif asal yang merupakan not krocet.Di sini perubahan berlaku tanpa mengubah pic not tersebut dimana ia masih lagi dalam not B dan diikuti dengan not asal sehingga ke not terakhir di dalam bar.Saya menggunakan teknik diminuation sebagai teknik yang pertama adalah supaya memperlihatkan sedikit pergerakan atau perubahan not daripada motif asal kerana melalui teknik

dimunation, tempo lagu akan dilihat sedikit laju kerana perubahan nilai not krocet kepada kuaver.

Teknik Penambahan Awalan

3.4

Teknik Mengubah Nilai Not Corak irama ini dipelbagaikan lagi dengan memasukkan teknik mengubah nilai not. Ini

bermaksud ia akan menambah mahupun memendekkan nilai not yang bersebelahan.Ini maksudnya seperti not yang akan diubah adalah secara berpasangan dimana apabila not yang dihadapan ditambah nilainya, maka ia akan mengakibatkan pemotongan not pada not bersebelahannya.Bagi corak irama yang saya hasilkan ini, teknik mengubahsuai nilai not ini saya aplikasikan dalam bar seterusnya iaitu bar tujah dan lapan.Didalam bar ini saya telah menukarkan not pertama dan kedua dalam bar ke tujuh daripada not krocet kepada krocet bertitik dan pasangannya iaitu not kedua secara automatiknya bertukar kepada not kuaver bagi mencukupkan nilai not berjumlah 4 nilai krocet.Seterusnya perubahan juga berlaku pada bar ke lapan dalam not kedua terakhir di mana saya telah menambah nilai pada not pertama dalam bar tersebut daripada not minim kepada minim bertitik dan seterusnya ia menyebabkan pasangannya dinot bersebelahan bertukar kepada not krocet.

Teknik Mengubah Nilai Not

3.5

Teknik Menambah Not Pertengahan Teknik yang seterusnya dapat digunakan dalam pengembangkan corak irama ini menjadi

sebuah lagu yang menarik, teknik penambahan pertengahan digunakan.Teknik yang digunakan dalam bar ke sembilan bar ke sepuluh ini adalah lebih kurang sama dengan teknik penambahan awalan ,namun ia berlaku pada not tengah dalam sesebuah penciptaan motif. Perubahan ini boleh berlaku dalam mana-mana not yang berada ditengah-tengah kumpulan not tersebut.Teknik juga membawa maksud bahawa ia memecahkan not pertengahan tersebut kepada not-not dengan nilai yang sesuai namun masih sama dengan nilai not asal. Contohnya, di sini saya telah mengubah not ketiga dan keempat dalam bar ke sembilan dimana 2 not krocet yang ada telah dipecahkan kepada 4 not kuaver.Begitu juga dengan bar ke sepuluh dimana not menjadikannya dua not krocet. minim dipecahkan

Teknik Menambah Not Pertengahan

3.6

Teknik Retrograde Setelah sepuluh bar ,motif yang dihasilkan tadi mengalami pengembangan secara

berperingkat-peringkat dengan menggunakan teknik yang berbeza.Apabila kita mendenganr kembali corak irama ini,kita sudah dapat melihat perkembangan motif tersebut dengan lebih jelas. Teknik seterusnya digunakan dalam menghasilkan corak irama yang agak panjang ini ialah teknik retrograde.Retrograde ialah merupakan satu teknik dimana ia menterbalikkan pola irama asal atau motif asal atau dilihat seperti cermin.Ini bermakna not yang berada dibelakang akan dibawa kehadapan.Teknik ini berlaku dalam bar ke sebelas dan ke duabelas dimana di

dalam bar sebelas terdapat dua not minim yag berada dalam not A dan seterusnya C dan diikuti dengan bar ke sepuluh di mana ia dimulakan dengan not B, G,B dan B yang merupakan pembalikan daripada not asal iaitu B,B,G dan B.

Teknik Retrograde

3.7

Teknik Pengulangan Motif Teknik seterusnya yang diaplikasikan dalam bar ke tigabelas dan keempatbelas ialah

teknik pengulangan motif.Teknik pengulangan motif ini adalah dimana ia tidak melibatkan nilai not namun melibatkan pic sesebuah not tersebut samaada ia berubah kepada not yang lebih rendah mahupun berubah kepada not yang lebih tinggi. Dalam bar yang telah dipilih ini , saya telah memilih untuk meninggikan pic setiap not yang berada dalam kedua-dua bar tersebut.Not pertama dan kedua ialah not B dan ia ditukar kepada not C begitu juga dengan not kedua .Not ketiga bertukar kepada not A dan not terakhir ditukar kepada not C. Didalam bar keempat belas pula, not pertama ditukar kepada not D dan seterusnya not A ditukar kepada not B.

Teknik Pengulangan Motif

3.8

Teknik Penambahan Akhiran

Teknik yang seterusnya digunakan dalam mengubah lagu ini ialah Teknik Penambahan Akhiran.Teknik ini tidak jauh beza dengan Teknik Penambahan Awalan dan Teknik Menambah Not Pertengahan. Apa yang membezakannya hanyalah perubahan not berlaku pada akhir not dalam motif yang sebenar.Di sini saya telah mengubah not pada bar ke enambelas di mana ia menukarkan not asal iaitu minim kepada not krocet dan not kuaver.Saya juga telah menambah beberapa not dalam tiga bar berikutnya sehingga ke bar lapan belas.Ia digunakan supaya motif yang asala dapat diperkembangkan lagi. Penambahan dua bar tersebut tidak jauh beza daripada not-not yang terdapat dalam bar sebelumnya.

Teknik Penambahan Akhiran

3.9

Teknik Anticipate Teknik seterusnya yang digunakan dalam corak irama ini ialah teknik anticipate.Ia adalah

teknik yang bermaksud membawa bunyi lebih awal daripada masa yang sepatutnya.Teknik ini digunakan dalam bar ke dua puluh di mana terdapat satu not yang ditambah diantara dua not atau dipanggil sebagai not penyinggahan dimana ia menumpang kepada not bersebelahan.Dalam bar kedua puluh ,not kedua iaitu not krocet pada motif asalnya ditukar kepada not kuaver dalam

bacaan not asal iaitu not B tetapi not yang dikatakan not penyinggahan tersebut tidak mempunyai not yang sama iaitu not G.

Teknik Penambahan Akhiran

Teknik Anticipate

3.10

Teknik Augmentation Bagi bar ke Sembilan belas hingga ke bar ke tiga puluh, saya mengulangi teknik-teknik

yang telah dilakukan pada bar-bar yang sebelumnya.Pengulangan ini berlaku mulai bar ke tujuh hinggalah bar ke lapan belas.Ia dilakukan supaya corak irama ini terbahagi kepada dua bahagian dan menjadikannya bentuk binari iaitu bahagian A dan bahagian B. Teknik terakhir yang siaplikasikan dalam corak irama ini ialah Teknik

Augmentation.Teknik ini ialah merupakan teknik dimana not-not asal digandakan .Contohnya not krocet menjadi not minim dan not kuaver menjadi not krocet.Teknik ini diaplikasikan pada bar yang terakhir iaitu bar ke tiga puluh satu dan tiga puluh dua.Saya memilih ianya sebagai teknik terakhir kerana dengan menggandakan nilai not ia akan menjadikan seperti nada lagu semakin perlahan.Contohnya saya telah menggandakan not krocet kepada minim dan not minim kepada not semibrif pada not terakhir.

Teknik Augmentation

4.0

RUMUSAN

Irama merupakan salah satu konsep muzik yang sangat penting dalam muzik.Menuru Teori pembelajaran Orff menyatakan bahawa iama adalah merupakan eleman muzik yang sangat penting.Disebabkan itu, irama perlu diajar dahulu sebelum eleman-eleman muzik lain. Oleh yang demikian, penggunaan penggubahan corak irama adalah merupakan eleman yang menarik yang perlu diterapkan di dalam proses pembelajaran kanak-kanak.Penggunaan teknik-teknik yang sesuai seperti teknik augumentation, dimunation, penambahan awalan, penambahan akhiran dan banyak lagi dapat membantu memberikan satu nafas baru dalam sesebuah motif yang telah dihasilkan. Penggunaan teknik-teknik ini sangat baik sekiranya guru ingin mengaplikasikannya dalam proses pengajaran kepada murid.ini. Ini kerana secara tidak langsung ia dapat meningkatkan tahap kreativiti murid . Setiap murid atau individu mempunyai kecerdasan yang tersendiri dalam bidang muzik dan irama namun ia menjadi tugas guru bagi mencungkil dan mengembangkan tahap kecerdasan tersebut. Selain daripada itu ia juga penting kepada guru dalam penghasilan corak irama dimana guru dapat menghasilkan irama yang mudah dan menggunakannya supaya menjadi sebuah lagu yang boleh diaplikasikan semasa proses pembelajaran dan pembelajaran.

5.0

RUJUKAN

Abeles H. F. et al, (1984). Faoundations of music education. New York: Schirmer Books. Buku Sumber Guru Pendidikan Muzik KBSM. Pusat Perkembangan Kurikulum. Kuala Lumpur. Choksky, L. (1986). Teaching music in the twentieth century. New Jersey:prentice-Hall, Inc. Fletcher, Peter (1987). Education and music. Oxford: OUP Herrold, R. M. (1997). Mastering the fundamentals of music. New Jersey: Prentice-Hall, Inc. Music Education. A Handbook for Teachers. (1992) Learning Media. Ministry of Education Wellington. New Zealand. Taylor, E. (1989). The AB guide to music theory, Part 1. Great Britain: Associated Board.

Anda mungkin juga menyukai