Anda di halaman 1dari 49

Jentik Anak Ibu Bapa Melenting Thursday, June 17, 2010 Author: MALEQUE SELAMAT | Posted at: 9:28

PM | Filed Under: ISU PELAJAR MASA KINI |

3/3/2010 1:01:18 AM Pengirim: Nadzirah AKHBAR SINAR

Isu berkaitan peranan guru di sekolah seringkali dihangatkan dengan campur tangan daripada pihak ibu bapa dan penjaga. Jika diteliti tiada salahnya ibu bapa mahupun pihak penjaga bersama-sama membantu guru dalam menyalurkan didikan yang baik secara bekerjasama. Tetapi apa yang dilihat pada hari ini amat berbeza, di mana guru sewenang-wenangnya diperlakukan dengan tindakan di luar kawalan oleh ibu bapa pelajar. Insiden yang dilaporkan baru-baru ini melibatkan 2 kes yang berasingan. Kejadian pertama adalah di Sekolah Menengah di Nibong Tebal, membabitkan pelajar berusia 16 tahun menampar pipi guru berusia 28 tahun. Kejadian berlaku berpunca daripada pelajar terbabit bersama dua rakannya tiba lewat ke kelas serta membuat bising, dan tidak mengindahkan teguran guru terbabit sehingga akhirnya guru menampar pipi pelajar tersebut. Akibat daripada rasa tidak puas hati, rakan salah seorang pelajar terbabit membalas tamparan guru tersebut. Di mana sikap hormat pelajar terhadap guru yang mendidik mereka selama ini. Adakah guru tidak mempunyai hak untuk menegur perlakuan pelajar pada masa kini. Begitu juga dengan kes yang membabitkan ibu pelajar menampar guru lelaki yang berusia 28 tahun. Kejadian yang berlaku di Perlis ini disebabkan ketidak puasan hati seorang ibu apabila anaknya ditampar oleh guru berkenaan. Hanya kerana mahu memperbetulkan masalah displin pelajar terbabit, maka tamparan adalah hadiah yang diberikan oleh ibu kepada guru. Sikap ibu bapa yang terlalu memanjakan anak-anak juga dilihat menjadi salah satu punca pelajar sama sekali tidak boleh dijentik, sehinggakan tindakan displin yang diambil oleh guru terhadap pelajar dilihat sebagai suatu bentuk penghinaan dan penyiksaan kepada pelajar terbabit. Ibu bapa juga tidak bersikap rasional, memandangkan mereka seharusnya menggunakan saluran yang tepat bagi menyelesaikan

sesuatu masalah dan bukan bertindak melulu serta mendengar aduan serta rungutan daripada anak mereka tanpa menyiasat kes tersebut. Agak jauh berbeza situasi dan tekanan yang dialami oleh guru pada suatu ketika masa dahulu jika dibandingkan dengan masa kini dalam era globalisasi. Ibu bapa pada masa dahulu sangat menyanjungi guru, sehingga sanggup memberi kebenaran seorang guru memukul anak mereka sekiranya berkelakuan tidak disenangi dengan tujuan mengajar anak mereka. Tetapi pada masa kini pelajar langsung tidak boleh ditegur, apatah lagi disentuh. Perkara seperti ini sedikit sebanyak akan memberikan tekanan kepada guru. Jika pelajar tidak mengindahkan nasihat dan teguran daripada guru maka secara tidak langsung akan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah berikutan tekanan yang dialami guru. Bukankah sepatutnya tahap pemikiran kita juga perlu berjalan seiring dengan perkembangan era moden yang dikatakan sebagai globalisasi ini? Di mana letaknya keterbukaan pemikiran mereka? Barangkali globalisasi ini hanya kita capai secara lahiriah tetapi tidak secara batiniah. Mengapa ibu bapa terlalu bersikap pesimistik kepada guru. Adakah dengan tindakan melulu sebegitu dapat memuaskan hati ibu bapa. Mengapa tidak menggunakan saluran yang betul jika mereka masih tidak berpuas hati dengan guru tersebut. Guru adalah insan yang mulia, memberi didikan dan menyalurkan segala maklumat kepada pelajar. Tidak terfikirkah pelajar dan ibu bapa betapa besarnya pengorbanan guru selama ini. Jika tindakan seperti inilah yang diterima oleh seorang yang bergelar guru, maka tidak hairanlah mengapa masalah sosial saban hari semakin meningkat. Tiada lagi teguran yang dapat dilakukan oleh guru kerana ibu bapa tidak mahu anak mereka dikenakan sebarang tindakan jika melakukan kesalahan. Adakah dengan cara begini maka dapat melahirkan pelajar cemerlang. Fikirkanlah, sebagai ibu bapa mahupun penjaga, teguran dan dendaan yang dilakukan oleh guru adalah bertujuan mendidik pelajar, yang satu hari nanti akan menjadi pemimpin kepada bangsa dan negara. Apa yang dicorakkan pada masa kini adalah didikan untuk masa hadapan. --------------------------Aku pernah mengulas isu sebegini dalam entri yang terdahulu. Cuma, pada kali ini aku ingin sekali menggunakan perspektif yang berbeza dengan perspektif yang terdahulu. Aku ingin melihat dan mengulas isu ini sebagai seorang bapa bukannya sebagai seorang guru. Sewaktu aku belajar pada tahun 1970 hingga 1980-an, settingnya berbeza dengan anak-anakku bersekolah pada tahun 1990 dan 2000-an. Pada ketika itu aku terpaksa ke sekolah dengan menaiki basikal sejauh empat setengah kilometer. Jalan tanah merah yang tidak cukup tua itu menyebabkan "malapetaka" kepada aku sewaktu pergi dan balik dari sekolah. Bila tiba musim kemarau, debu-debu merah akan mengusap rambutku. Manakala bila musim pejur kunjung tiba, tanah merah itu melekat pada mudguard basikalku menyebabkan aku terpaksa menyorong basikal. Emak bapakku mengerah kederat tulang empat kerat di ladang mencari sesuap nasi buat panganan anak-anak. Pergi pagi dan pulang petang. Jarang sekali sempat melihat kerja-kerja sekolahku. Siap kah tidak kah, dia tidak sempat nak ambik kisah. Selepas usai solat Maghrib, kami mengaji Muqaddam dan Al-Quran. Sektar sembilan malam sudah masuk kelambu dan tidur. Cahaya kemerah-merahan daripada lampu minyak tanah yang meliuk-liuk ditiup bayu malam yang menerobosi lubang-lubang dinding yang diperbuat daripada papan dan atap nipah, menjadikan suasana paling tidak kndusif untuk belajar. Kalau

aku nak belajar lebih larut malam, aku akan membeli sebatang dua lilin di kedai Pak Din. Itupun jarangjarang! Kebanyakan ibu bapa yang pernah melalui zaman kelam seperti yang pernah aku lalui kini sudah keluar daripada zaman "the dark ages". Masing-masing berazam untuk tidak membenarkan zaman kelam itu bertamu dalam kehidupan anak-anaknya. Lahir-lahir saja, semua kemudahan sudah disediakan dengan secukupnya di hadapan anak-anak. Ibu bapa begitu teruja untuk mengajar anak-anak belajar walapun usianya masih terlalu muda. Umpamanya Tadika seawal empat tahun... Ada yang sudah boleh membaca seawal lima tahun. Mengaji AlQuran serta boleh menulis jawi sebelum masuk sekolah lagi. Apa sahaja bahan-bahan pendidikan yang diajukan, jika tidak ada masalah kewangan semuanya dibeli. Ibu bapa akan terus melaksanakan peranannya bagi memastikan anak-anak mendapat peluang belajar yang terbaik. Kelas tusyen, program motivasi dan sebagainya kekadang menjadi satu lagi eksesori pendidikan bagi memastikan anak-anak mendapat kejayaan yang cemerlang di sekolah dan dalam peperiksaan awam. Justeru, anak-anak ditatang umpama menatang minyak yang penuh. Pergi balik sekolah dihantar dan diambil selama-lama bersekolah. Terlalu kecil angkanya yang mengayuh basikal atau berjalan kaki ke sekolah. Sebagai ganti, ibu bapa akan membelikan motorsikal apabila perkhidmatan bas sukar dijangka atau ibu bapa tidak berkeupayaan menghantar dan mengambil anak-anaknya. Keadaan yang sebegini memungkinkan ibu bapa rasa tersinggung dan marah apabila anak yang ditatangtatang itu dikatakan bermasalah di sekolah. Di hadapan ibu bapa anak-anak mereka dilihat sangat baik dan tertib. Jadi, bagi ibu bapa yang berkorban segala-galanya itu akan cepat panas kepada guru atau sekolah yang seolah-olah menidakkan peranannya sebagai ibu bapa yang berpelajaran dalam konteks mendidik anak-anak mereka. Oleh sebab itulah yang selalu melenting dan menyerang guru dan sekolah adalah daripada kalangan mereja yang dilihat berpelajaran. Sebaliknya ibu bapa yang kurang pelajaran masih menyanjung guru-guru dalam menyumbang kejayaan kepada anak-anak mereka. Bagi mereka, cikgu tidak punyai kemahiran dan kecekapan yang sewajarnya dalam menangani kerenah pelajar-pelajar masa kini. Sikap sesetengah ibu bapa yang berasa lebih pandai berbanding guru di sekolah lalu menyerang sekolah dilihat satu tindakan yang sebenarnya menyerlahkan ketidakpandaian mereka sendiri. Tindakan tersebut akhirnya memerangkap diri kerana mereka sering kalah dalam mengurus antara akal dan nafsu. Hal ini kerana, rasa terlebih pandai itu menyebabkan seseorang itu melihat orang lain lebih bodoh daripada dirinya sebenarnya bermula daripada sikap keegoan yang hanya berasaskan runtunan hawa nafsu semata-mata. Kerana sepatutnya orang yang berilmu dan pandai itu akan semakin tawadhuk berdasarkan ilmu yang dia ada. Ia akan menjadikan seseorang itu lebih banyak berfikir sebelum bertindak. Kerana, dibimbangi tindakan yang dilakukan dengan membelakangkan akal fikiranakan menyerlahkan kebangangan mereka. Akhirnya, berilah kepercayaan sepenuh-penuhnya kepada pihak sekolah dalam mengurus anak-anak

kita. Percayalah tiada seorang guru pun dengan sengaja menjadikan anak-anak kita mangsa kepada sebarang tindakan yang tiada usul periksa. Jika seorang ibu bapa yang baik itu perlu berkemampuan memuji, memarahi, menyayangi, menghukum anak-anaknya, begitulah peranan seorang guru di sekolah. Janganlah musnahkan institusi pendidikan masteri ini sebagai medan perbalahan yang tidak sudah-sudah antara pihak sekolah dan ibu bapa. Jika kita beranggapan seorang anak itu tidak wajar menuturkan kata-kata yang kesat kepada ayah dan ibu, begitu jugalah mereka tidak wajar melalakukan perkara yang sama kepada guru-guru di sekolah. Kalau anak-anak menampar kita, apa tindakan anda sebagai ibu bapa?

http://abdmalekselamat.blogspot.com/2010/06/jentik-anak-ibu-bapa-melenting.html

Cabaran Pendidikan Masakini

2.1.

Cabaran era pendidikan masakini

2.1.1. Sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan Sistem pendidikan di negara kita lebih memfokuskan kepada peratus kelulusan murid dalam satu satu peperiksaan. Senario yang berlaku ialah, prestasi sekolah rendah kebanyakkannya diukur melalui pencapaian prestasi UPSR. Apabila pihak yang berkenaan melawat sekolah, persoalan yang utama yang dikemukakan ialah, Berapa peratus lulus UPSR?. Walaupun prestasi sekolah rendah dinyatakan melalui prestasi UPSR sekolah, kejayaan sebuah sekolah tidak semestinya bergantung kepada peratus UPSR sahaja. Ditambah lagi dengan ganjaran yang tinggi kepada mana mana sekolah yang dapat meningkatkan peratus UPSR, tidak dinafikan ada sekolah yang merebut peluang ganjaran dengan melakukan penipuan. Sekiranya perkara ini berlaku, dimanakah ertinya peratus kelulusan tersebut? Dengan sistem pendidikan yang lebih berorientasikan peperiksaan ini, semua murid atau pelajar diperlukan banyak mengingat sesuatu fakta, berkebolehan dalam menganalisis dan menyelesaikan sesuatu masalah untuk lulus sesuatu peperiksaan. Secara terperinci bukan bermakna dengan sistem ini semua pelajar terpaksa mengingati kesemuanya tetapi ada tajuk-tajuk tertentu dalam sesuatu mata pelajaran memerlukan ketajaman, kecekapan otak serta kreativiti dalam menyelesaikan masalah. Dalam matapelajaran bahasa Inggeris dan bahasa Malaysia, sebagai contoh, keperluan dalam kebolehan mengeluarkan idea juga diutamakan.

2.1.2. Bebanan tugas yang semakin mencabar Peningkatan kualiti dalam aspek pendidikan masa kini menyebabkan beberapa perubahan besar berlaku kepada sistem pendidikan kebangsaan. Beberapa rangka program telah diperkenalkan oleh kementerian pendidikan demi menjamin produk yang berkualiti dapat dihasilkan. Walau bagaimanapun, dengan pelaksanaan program program ini, ianya memberi kesan yang besar kepada para guru. Masa kini, profesion perguruan tidak hanya sekadar menjadi tenaga pengajar kepada klien iaitu murid tetapi terpaksa menjalankan tugas pengkeranian yang tidak pernah kehabisan demi menjayakan program program yang dilancarkan. Guru terpaksa menulis laporan, menjalankan kajian, mengumpul data kajian dan merangka perubahan terhadap peningkatan prestasi murid. Walaupun pada Oktober 2010, Kementerian Pendidikan telah mengeluarkan satu kenyataan media berhubung dengan permasalahan ini, ianya tidak dapat membantu bebanan tugasan guru.

2.1.3. Peningkatan taraf hidup era modenisasi

Peningkatan taraf hidup era kini juga menjadi satu cabaran kepada guru guru. Tidak dinafikan, antara penyumbang utama kepada institusi kewangan ialah para guru. Hampir semua guru pernah, sedang atau akan berhutang demi menjalani hidup yang lebih baik. Ditambah lagi dengan kadar kos sara hidup yang semakin tinggi, ada diantara guru yang terpaksa berhutang demi menyara hidup diri sendiri.paling ditakuti, ada diantara guru yang kurang bijak dalam merancang perbelanjaan dan terpaksa berhutang dengan along bagi menyara hidup.

2.1.4. Kes kes salahlaku semakin meningkat Kes kes salahlaku moral dan peningkatan kadar disiplin yang semakin membimbangkan masa kini juga menjadi satu cabaran kepada para guru. Seperti yang berlaku di sebuah sekolah menengah di Terengganu, seorang pelajar yang berusia 15 tahun telah memukul gurunya menggunakan cota (harian metro online 21 Jun 2012).Kes kes sebegini semakin hari semakin banyak samaada yang dilaporkan atau tidak dilaporkan. Ini menunjukkan kerjaya guru semakin hari semakin mencabar. Apa yang menghairankan, selepas program guru penyayang dilaksanakan, kes sebegini terus meningkat. Seolah olah tiada batasan seorang murid dengan seorang guru.

2.1.5. Tekanan dari pentadbir dan pihak atasan Sebagai seorang guru, pastinya cabaran ini akan dihadapi. Terdapat sesetengah pentadbir yang sentiasa mahukan penghasilan terbaik tanpa mengambilkira situasi yang dihadapi. Ada masanya guru terpaksa meninggalkan kelas yang diajar semata mata kerana dipanssil oleh pihak pentadbir atas sesuatu urusan. Terdapat juga sesetengah pentadbir yang apabila mengarahkan sesuatu, guru perlu menyiapkannya dengan segera. Laporan yang diminta contohnya perlu dihantar segera. Berhadapan dengan himpunan tugasan seharian yang tidak pernah habis, guru ini terpaksa juga menyiapkan tugasan yang diberi tanpa banyak soal.

2.1.6. Tekanan daripada masyarakat Masyarakat masakini semakin hari semakin moden. Berhadapan dengan golongan masyarakat moden masa kini bkebanyakkannya membuatkan seorang guru hidup dalam keadaan serba salah. Sekiranya berlaku sesuatu kes misalnya, ibu bapa moden ini lebih menyalahkan guru daripada menyedari anak mereka yang menjadi punca segalanya. Kecenderungan ibu bapa untuk melakukan saman terhadap guru semakin meningkat. Dalam suatu kes, dalam satu temubual bersama dengan seorang guru disiplin di sebuah sekolah menengah di Daerah Tenom (guru tersebut meminta untuk tidak menyiarkan nama sekolahnya), seorang guru disaman hanya kerana mengunting rambut seorang murid. Dalam satu kes yang berlainan, di sekolah yang sama Pengetua sekolah tersebut disiasat atas dakwaan menghalang pelajar daripada mengikuti peperiksaan sedangkan pengetua tersebut hanya meminta pelajar tersebut menggunting rambut mereka sekiranya ingin menduduki peperiksaan.

Berhadapan dengan mentaliti masyarakat yang rendah juga menjadi satu cabaran kepada guru. Isu pembahagian bantuan KWAPM kadangkala menjadi satu isu yang besar sehingga menimbulkan masalah kepada sekolah.

2.1.7. Cabaran cabaran lain Selain daripada cabaran yang diketengahkan diatas, beberapa aspek lain juga menjadi pencabar kepada profesion perguruan masa kini. Antaranya ialah, pengenalan beberapa sistem secara online. Pengenalan kepada sistem online ini memang memberikan banyak faedah kepada guru, namaun, beberapa sistem yang diperkenalkan tidak dapat berfungsi dengan baik dan pentadbir sistem mengambil masa yang terlalu lama untuk memperbaikinya. Ini menjadikan kerja tergendala sedangkan sasaran kerja yang diperuntukkan kepada seorang guru sangat membebankan. Selain itu, pengenalan program program tertentu tanpa diberikan penjelasan mendalam tentang cara mentadbir program tersebut juga menjadi satu cabaran kepada guru. http://lightningspeed7397.blogspot.com/2012/06/cabaran-pendidikan-masakini.html

SAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU Sunday, 2 September 2012 Isu GuruPendidik mesti bijak kawal emosi Nama: Geraldine Sia Sing Ee

Isu GuruPendidik mesti bijak kawal emosi

Tekanan boleh berlaku kepada sesiapapun tanpa mengira masa dan di mana-mana sahaja hatta di bandar mahupun di desa. Namun jika dilihat, tekanan sebenarnya lebih banyak berlaku di kawasan perbandaran terutamanya bandar-bandar besar yang secara kebiasaannya melibatkan pendudukpenduduk yang bekerja, belajar mahupun yang menetap di kawasan tersebut. Walaupun penduduk yang mendiami kawasan perkampungan ataupun desa sekalipun tidak dapat lari daripada tekanan, tetapi punca dan kesan tekanan di kampung tidaklah sehebat seperti mana mereka yang menetap di kawasan bandar. Perkara ini dapat dibuktikan oleh laporan akhbar (Utusan Malaysia, 2007), di mana tekanan hidup di bandar merupakan punca utama yang menyumbang kepada penyakit mental. Perkara ini boleh difahami kerana persekitaran kehidupan di bandar yang serba-serbinya sukar seperti kos hidup yang terlampau tinggi, kesukaran mendapat pekerjaan, kesesakan jalanraya, kadar jenayah yang tinggi,

kepadatan penduduk yang tinggi, kawasan penempatan yang terhad, pencemaran alam, tahap hubungan ataupun komunikasi di dalam masyarakat yang rendah, masalah sosial yang kronik dan sebagainya.

Kamus Dewan(1999) mendefinisikan tekanan sebagai satu desakan atau paksaan yang diterima oleh seseorang. Ini bermaksud tekanan adalah suatu keadaan di mana kekuatan fizikal, mental dan emosi seseorang individu teruji melampau keupayaan tubuh dan mindanya yang tidak mampu menahan dan menanggungnya lagi. Hans Selye (1963), telah memberikan maksud yang baru mengenai tekanan dengan membuktikan di dalam kajiannya terhadap binatang. Beliau menunjukkan bahawa tekanan boleh menyebabkan penyakit, seterusnya penyakit yang dihidapi akibat daripada tekanan yang berlebihan boleh membawa maut. Situasi yang sama boleh berlaku ke atas manusia. Schafer (1992) pula mendefinisikan tekanan sebagai kebangkitan minda dan badan seseorang dalam bertindakbals kepada permintaan terhadap dirinya. Fontana (1989) juga memberi definisi tekanan sebagai permintaan yang dibuat ke atas keupayaan penyesuaian minda dan badan seterusnya menjelaskan sekiranya keupayaan seseorang itu dapat menangani permintaan itu, maka tekanan itu akan mendatangkan kesan yang positif. Sebenarnya tekanan adalah sebahagian daripada kehidupan setiap insan, setiap gologan masyarakat tidak mengira usia akan berisiko untuk mengalami tekanan, cuma yang membezakannya adalah mengetahui kehadirannya atau tidak dan cara mengendalikan tekanan di dalam kehidupan seharian seseorang itu. Menurut kajian yang telah dilakukan oleh Institut Of Stress di New York, Amerika, didapati bahawa 90 peratus daripada lelaki dewasa mengalami stres yang amat tinggi sekurang-kurangnya dua kali seminggu, manakala 25 peratus mengalami stres setiap hari. Perangkaan ini menunjukkan bahawa stres dalam kehidupan seseorang individu yang semakin menjadi trend semasa.

Profesion perguruan merupakan satu profesion yang amat penting dalam masyarakat. Profesion ini juga merupakan satu bentuk perkhidmatan sosial yang sangat mencabar. Ini kerana guru dianggap pemberi kesan yang besar terhadap perkembangan kognitif (mental), afektif (sikap), kebolehan serta kemahiran fizikal dan sosial para pelajarnya. Oleh yang demikian, seseorang individu yang berhasrat untuk menjadi guru hendaklah bersedia dari segi mental dan fizikal serta terdiri dari mereka yang terbaik dalam masyarakat. Selain itu, individu tersebut juga hendaklah berusaha menjadi seorang pendidik dan pembimbing kepada para pelajarnya supaya mereka berupaya menghasilkan masyarakat yang seimbang seperti mana yang telah termaktub dalam Falsafah Pendidikan Negara (FPN). Bertitik tolak daripada FPN ini juga, adalah menjadi harapan bahawa individu yang terhasil dari sistem pendidikan negara ini nanti berupaya meneruskan warisan dan usaha masyarakat untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020 nanti. Mereka juga diharap agar mampu bersaing mengikut peredaran zaman seperti bak kata pepatah 'berdiri sama tinggi, duduk sama rendah' jika dibandingkari dengan masyarakat luar.

Sesuai dengan peredaran zaman, tugas dan tanggungjawab seorang guru juga semakin bertambah, kalau dulu tugas seorang guru hanya terhad kepada mengajar, mendidik dan membimbing sahaja, kini selain daripada tugas tersebut, para guru juga mempunyai peranan yang paling besar iaitu terlibat dalam mengawal keseimbangan moral pelajar-pelajar. Mereka juga terlibat dalam mengawasi disiplin pelajar agar pelajar tidak leka dan hanyut dalam arus pemodenan dan pembangunan. Guru pada hari ini juga turut berhadapan dengan pelbagai kerenah pelajar dan selain itu terpaksa melaksanakan tugasan lain yang sudah menjadi rutin pekerjaan mereka. Contohnya para guru terpaksa membuat persediaan mengajar, menyemak kerja bertulis pelajar, membuat kerja-kerja klerikal, menaip soalan ujian dan peperiksaan, menyelia aktiviti kurikulum dan kokurikulum, menghadiri mesyuarat, kursus, seminar atau bengkel, menyelesaikan masalah disiplin pelajar, mengurus hal-ehwal kebajikan pelajar dan pelbagai lagi tugasan yang lain. Berdasarkan kepada pernyataan di atas, jelaslah kepada kita bahawa guru mempunyai tugas harian, mingguan dan tahunan yang penuh mencabar dan profesion perguruan ini sebenarnya adalah sukar dan meletihkan.

Terdapat pelbagai tanggapan dan dakwaan berhubung dengan kerjaya guru dewasa ini. Sesetengah ahli masyarakat mempunyai tanggapan bahawa kerja, beban dan tugas guru sekarang tidak mewujudkan kerjaya guru yang menarik. Malah tidak dapat dinafikan ada yang melihat sekolah sebagai sebuah organisasi yang dihujani dengan pelbagai bebanan tugas dan adakalanya tugas ini bukan sesuatu yang dirancang tetapi muncul secara situasi yang tidak diduga (Abdul Shukor, 1996). Jika keadaan demikian dibiarkan berterusan sudah pasti suasana pengajaran dan pembeiajaran di sekolah kini akan menuju ke arah satu keadaan yang tidak terurus dan menghadapi kegagalan untuk mencapai matlamat yang diidamkan. Individu tidak mungkin dapat berfungsi dengan berkesan jika ia berada dalam keadaan tertekan. Perasaan tertekan menjadikan seseorang itu tidak rasional, cemas, tegang, tidak dapat memusatkan perhatian kepada kerja dan gagal menikmati rasa gembira atau puas hati terhadap kerja yang dilakukan. Hal-hal ini akan menghalang seseorang mewujudkan sifat positifnya, apalagi sifat kasih sayang. Tanda-tanda stres seperti sikap berang, murung, mengambil keputusan atau memikirkan untuk berhenti atau bersara sebelum tempoh persaraan mereka akan muncul apabila seseorang mengalami perasaan tertekan.

Memandangkan isu-isu keguruan ataupun isu guru yang sering dipapar melalui surat akhbar, memang tidak dapat dinafikan ramai guru pada masa kini mengalami tekanan yang lebih serius jika dibandingkan dengan rakan-rakan mereka yang terdahulu. Malahan mengajar itu sendiri disifatkan sebagai pekerjaan yang sering terdedah kepada tahap tekanan yang tinggi dan tekanan berhubung dengan kerja dilaporkan sebagai merangkumi lebih dari separuh daripada pelbagai tekanan yang dihadapi oleh guru. Tambahan pula, guru sering melaporkan tahap tekanan yang mereka alami lebih tinggi jika dibandingkan dengan rakan-rakan mereka di dalam profesion yang lain. Oleh kerana beban kerja yang banyak, telah menyebabkan sesetengah guru adakalanya kecewa dan bertindak di luar kawal secara spontan.

Seterusnya saya akan membincangkan secara mendalam tentang isu guru yang mengenai gangguan tekanan emosi guru masa kini dengan seseuatu contoh daripada artikel Utusan Malaysia. Isu dalam artikel Utusan Malaysia tersebut telah melaporkan bahawa seorang warden asrama mengarahkan ramai pelajar perempuan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bawang Assan berendam di dalam kolam ikan kerana kesalahan seorang daripada mereka membuang tuala wanita di dalam mangkuk tandas asrama perempuan. Perbuatan di atas menunjukkan guru tersebut sedang mengalami gangguan tekanan emosi dan juga tidak bijak mengawal emosinya dan hal ini telah membawanya kepada berlakunya perkara di atas.

Punca-punca Stres Masalah disiplin pelajar Punca-punca tekanan emosi bermaksud sebab yang menjadi asas, asal mula, pokok pangkal terjadinya keadaan menekan. Antara faktor yang menjadi punca tekanan terhadap guru dalam isu di atas adalah masalah disiplin pelajar. Saya amat bersetuju dengan punca yang dikatakan oleh Saporan Sipon dalam isu ini bahawa masalah disiplin sememangnya boleh menggugat emosi seseorang guru. Masalah disiplin pelajar di sekolah pada hari ini berada pada paras yang agak serius walaupun kadangkala kenyataan ini telah ditolak olep pihak-pihak tertentu. Guru kerapkali berhadapan dengan situasi sebegini dan adalah menyedihkan apabila maslah ini masih lagi belum mampu diselesaikan sepenuhnya. Disiplin bermaksud kawalan diri, kawalan dari luar, patuh kepada pihak yang berkuasa serta cara untuk menetapkan hukuman ataupun peraturan. Oleh kerana itu apabila terdapat kalangan pelajar yang menghadapi masalah disiplin, ini bermakna mereka tidak lagi mampu untuk mengawal diri apatah lagi patuh kepada peraturan dan pihak yang berkuasa lalu mereka sepatutnya dikenakan hukuman atas segala kesalahan yang mereka lakukan. Perlanggaran disiplin oleh pelajar menunjukkan mereka sedang menghadapi sesuatu masalah dan mereka perlu melakukan sesuatu secara kekerasan untuk menenangkan kembali jiwa mereka. Perkara ini dapat dibuktikan melalui Tattum (1986), apabila terdapat para pelajar yang sengaja melakukan perkara yang tidak baik (devian) sebagai satu bentuk menyemulajadikan semula interaksi mereka. Apa yang cuba diperkatakan oleh Tattum ialah hanya dengan melakukan kesalahan sahaja sebagai satu-satunya alternatif bagi membolehkan pelajar-pelajar ini melepaskan segala perasaan yang terpendam di jiwa. Antara perkara-perkara negatif yang dilakukan mereka termasuklah apa yang telah dilakukan oleh pelajar perempuan SMK Bawang Assan yang membuang tuala wanita di dalam mangkuk tandas asrama perempuan, memaki-hamun orang lain termasuk guru mereka dengan kata-kata kesat, menghisap rokok ataupun dadah, membuli pelajar lain, bergaduh, terlibat dalam kongsi gelap dan sebagainya. Perkara sebegini terjadi mungkin disebabkan oleh percampuran pelbagai jenis pelajar yang berbeza dari segi latar belakang di dalam sebuah sekolah yang sama, di mana ianya akan membawa kepada pertembungan pandangan, pemikiran dan gaya hidup yang ternyata berbeza. Masalah akan mula timbul apabila pelajar-pelajar ini tidak mampu untuk berhubungan dan menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah ataupun kelas lalu mereka mula

hendak melepaskan diri. Komunikasi yang tidak berkesan akan menimbulkan jurang yang besar di antara manusia. Jurang ini seterusnya akan menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam diri pelajarpelajar ini, lalu mereka akan melakukan sesuatu untuk melampiaskan perasaan tersebut. Apabila guru berhadapan dengan pelajar yang bermasalah disiplin, maka mereka akan sentiasa terbayang-bayangkan sikap dan perlakuan pelajar-pelajar sebegini sampai guru tersebut berasa tertekan dengan keadaan tersebut dan bertindak dengan mengambil jalan mudah dalam menyelesaikan masalah ini sehingga kadangkala menimbulkan trauma pula kepada guru tersebut seperti apa yang telah berlaku oleh guru dalam isu mengarah pelajarnya berendam di dalam kolam ikan. Perubahan Selari dengan faktor yang ditunjukkan dalam artikel perenggan ketujuh, perubahan dalam sistem pendidikan juga merupakan salah satu faktor yang menjadikan punca tekanan dalam kalangan guru. Oleh kerana terdapat perubahan demi perubahan dalam sistem pendidikan, maka ini telah memberi kesukaran kepada sebahagian guru untuk menyesuaikan diri dengan perubahan hingga wujudnya tekanan dalam menjalankan tugas. Tekanan yang dihadapi itu seterusnya akan memberi kesan kepada emosi, psikomatik dan fizikal guru. Justeru itu, NUTP telah mencadangkan supaya kerajaan mewujudkan jawatan pembantu guru di sekolah-sekolah bagi mengambil alih tugas sosial terhadap pelajar yang sebelum ini terpaksa dilaksanakan oleh guru-guru sendiri (Utusan Malaysia, 21 Jun 2009). Langkah yang diambil ini adalah bertujuan bagi memastikan guru-guru dapat memberi sepenuh komitmen kepada tugas-tugas mengajar. Sehubungan itu, guru-guru tidak terbeban lagi dengan tugas-tugas luar seperti menguruskan hal-hal sosial pelajar yang merangkumi aktiviti kokurikulum, urusan dokumen pelajar dan aspek luar kelas. Ini sekaligus dapat meningkatkan kualiti pengajaran guru.

Kepercayaan ibu bapa pelajar terhadap guru Kurangnya keyakinan dan kepercayaan ibu bapa pelajar terhadap guru, harapan yang tinggi daripada ibu bapa pelajar dan berurusan dengan ibu bapa pelajar merupakan satu lagi faktor yang menjadi punca yang mengakibatkan tekanan emosi guru terganggu. Ibu bapa pelajar sememangnya meletakkan harapan yang tinggi pada guru-guru bagi memastikan kecemerlangan akademik anak-anak mereka. Namun, adakalanya harapan ibu bapa terhadap pelajar adalah tidak realistik hingga menyebabkan guru-guru berada dalam keadaan stres.

Kekangan masa kekangan masa turut menyebabkan guru stres. Dipercayai bahawa stres yang dialami oleh guru akan memberi impak negatif terhadap pelajar dan menyebabkan pengajaran menjadi kurang efektif. Bukan itu sahaja, tugas perkeranian seperti mengambil kedatangan dan merekodkan gred pelajar telah menyukarkan guru mengimbangkan dengan tugas mengajar. Seringkali guru mengalami

stres berpunca dari tugasan luar dari pengajaran, penyediaan kertas kerja, menghadiri pelbagai mesyuarat dan tugas berkaitan pengurusan bilik darjah. Namun, tidak dapat dinafikan tugas utama guru yang perlu dilaksanakan sebagai memenuhi tanggungjawab utama adalah menyediakan rancangan mengajar, mengajar, menyediakan aktiviti berkaitan pengajaran dan pembelajaran dan menanda buku.

Hubungan interpersonal Seseorang guru yang mempunyai hubungan interpersonal yang tidak baik turut akan mengakibatkan guru tersebut mengalami tekanan emosi semasa berkerja. Faktor hubungan interpersonal ini kerap berlaku di antara guru-guru biasa dengan pihak pentadbir sekolah seperti ketuaketua panitia mata pelajaran, ketua-ketua bidang mata pelajaran, Penolong Kanan Kokurikulum, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Penolong Kanan Pentadbiran malah dengan Pengetua sekolah. Hubungan yang kurang baik di antara guru biasa juga berlaku. Wujudnya jurang komunikasi di antara guru lama dengan guru baru dan kurangnya rasa hormat menghormati di kalangan guru ketika menjalankan tugas. Terdapat juga sebilangan guru yang suka mencampuradukkan urusan peribadi dengan tugas di sekolah yang boleh menjejaskan hubungan di kalangan guru-guru.

Faktor Penghargaan Biasanya pihak pentadbir akan hanya menghargai guru-guru yang prestasi akademiknya meningkat dalam peperiksaan utama. Kemungkinan guru-guru berasa tertekan dan kecewa apabila hasil pengorbanan mereka kurang dihargai oleh pihak pentadbir. Bagi guru-guru lain, mungkin mereka telah mengajar dengan baik tetapi faktor pelajar dan faktor-faktor lain telah menyebabkan mutu mata pelajaran yang guru itu mengajar merosot. Maka perkara ini perlulah diambil kira juga oleh pihak pentadbir. Sebenarnya guru-guru tidak mengharapkan sangat pemberian hadiah atau anugerah khidmat cemerlang, namun ucapan terima kasih dan tahniah sudah cukup memadai sebagai tanda penghargaan di atas jasa mereka. Di samping itu, penghargaan oleh pihak pentadbir terhadap staf bawahannya akan dapat menaikkan motivasi dan semangat guru-guru serta secara langsung dapat mengurangkan tekanan kepada mereka. Faktor kekurangan penghargaan ke atas kerja yang dilakukan oleh guru boleh mempengaruhi tekanan kerja guru.

Kekangan kekurangan sumber Kekurangan sumber seperti kekurangan bilik darjah, kekurangan makmal komputer, komputer dan perisiannya merupakan faktor penting kepada guru-guru yang memerlukan peralatan tersebut untuk pengajaran. Tambahan pula mata pelajaran yang diajarnya itu memang berkaitan dengan alat-alat tersebut. Sekiranya kekurangan sumber ini berlaku, ianya akan menyebabkan guru-guru menjadi kurang bersemangat dan tertekan kerana ia boleh menjejaskan kualiti pengajarannya.

Cara Menangani Masalah Tekanan Emosi Jika tekanan emosi tidak diselesaikan dengan memuaskan, ia boleh menggugat kesejahteraan seseorang guru. Misalnya boleh menyebabkan guru merasa dan memohon untuk meletak jawatan atau memohon untuk bersara awal seperti apa yang dikemukakan dalam artikel. Terdapat banyak cara penyelesaian untuk menangani stres ataupun tekanan emosi di kalangan guru. Antaranya adalah cara yang dikemukakan dalam artikel iaitu kaedah berdaya tindak dan mempunyai sokongan sosial yang selari dengan hasrat Kementerian Pelajaran sekarang iaitu mendidik guru-guru baru agar dapat mengawal emosi mereka supaya kejadian mendera pelajar dapat dielakkan.

Selain daripada cara penyelesaian tekanan yang dicadangkan di atas, cara menolak tanggungjawab tambahan juga merupakan salah satu cara penyelesaian masalah. Terdapat beberapa jenis stres yang boleh disingkirkan oleh guru dalam melaksanakan tanggungjawabnya. Seorang guru perlu belajar cara untuk mengatakan tidak atau tidak mahu sama ada dalam kehidupan peribadi atau profesional. Guru boleh menolak tanggungjawab tambahan jika guru berkenaan tidak dapat menghadapinya atau tidak berkemampuan melaksanakannya kerana menanggung sesuatu tugas tambahan yang tidak terdaya akan menyebabkan stres.

Sehubungan itu, elakkan orang yang menyebabkan stres juga merupakan salah satu cara menangani stres yang baik. Seseorang guru boleh cuba untuk mengelakkan individu yang boleh menyebabkan stres kepadanya. Guru boleh mengurangkan masa berhubungan dengan individu yang menyebabkannya menghadapi stres. Sebaliknya, tambah dan kuatkan hubungan atau jaringan dengan rakan-rakan sekerja atau rakan lain untuk menlindungi guru daripada stres.

Apabila dalam stres, guru boleh berkongsi pandangan dan luahan dengan rakan atau ahli keluarga yang boleh dipercayai. Jika punca stres guru disebabkan oleh hubungan sosial dengan rakan sekerja, maka keutaam guru adalah membina perkaitan yang kukuh dan hubungan yang boleh memuaskan hati guru. Antara cara membantu menenangkan stres adalah mengadakan perjumpaan dengan rakan semasa makan tengah hari atau makan malam, menghantar e-mel kepada rakan, membantu rakan secara sukarela dan sebagainya.

Di samping itu, guru juga digalakkan untuk melibatkan diri dalam kumpulan perbincangan dan atau forum. Terdapat banyak forum guru di laman web di mana guru bukan sahaja boleh meluahkan perasaan atau kekecewaan tetapi mendapatkan nasihat daripada guru berpengalaman yang mengalami masalah-masalah yang sama.

Salah satu cara lagi demi mengurus stres adalah dengan mengawal cara seseorang memberikan respons terhadap stres yang dihadapi ataupun mengubah perspektif beliau terhadap stres. Menguruskan stres bermaksud seseorang bertindak atas diri dari segi mengambil alih pemikiran, emosi, jadual, persekitaran dan cara menghadapi sesuatu masalah. Pengurusan stres melibatkan perubahan terhadap situasi stres yang dihadapi, mengambil masa untuk berehat dan menenangkan diri.

Sebagai guru, penulisan jurnal juga boleh membantu kita untuk mengenalpasti punca stres dan cara menanganinya. Contohnya, dalam jurnal tersebut catatkan punca stres yang dihadapi, bagaimana anda rasa secara fizikal dan emosi dan bagaimana kita bertindak balas terhadap respons dan perkara yang boleh menenangkan kita. Maka jurnal tersebut boleh menjadi bahan rujukan pada masa akan datang jikalau kita menghadapi masalah yang sama.

Mengikut Waxler(2009), guru seharusnya berfikir secara positif dan satu cara terbaik adalah menyebutkan pemikiran-pemikiran yang positif setiap hari. Contohnya, setiap hari guru perlu menyatakan kata-kata positif tentang tugasnya, pelajarnya dan rakan sekerjanya. Seseorang guru akan berasa kagum tentang impaknya kepadanya sepanjang hari bertugas.

Selain itu, cara penyelesaian yang lain yang boleh diambil oleh kita sebagai seorang guru apabila menghadapi stres adalah menguruskan tugas dengan sistematik supaya tidak terlalu terbeban. Jangan cuba mencapai terlalu banyak tugas dalam masa yang singkat. Oleh sebab guru berhasrat mencapat terlalu banyak tugas dalam sehari maka situasi tersebut akan menyebabkan mutu kerja merosot. Kesannya ialah hasil yang dicapai merupakan satu tekanan kepada guru. Maka, guru perlu mengutamakan tugas-tugas yang penting dan rancang apa yang boleh dicapai dalam tempoh yang ditetapkan.

Penutup Kesimpulannya, tekanan emosi sememangnya berlaku dalam profesion perguruan kerana profesion perguruan merupakan salah satu profesion yang sering berhadapan dengan pelbagai tanggungjawab yang diamanahkan oleh pihak pengurusan selain perlu menunaikan tugas harian atau tugas utama mereka di dalam bilik darjah. Dalam proses melaksanakan tugas dan tanggungjawab, guru pasti akan menemukan halangan, kesuntukan masa dan perselisihan faham antara guru. Jadi sebagai seorang pendidik, kita bukan sahaja perlu bersiap sedia dari segi fizikal tetapi juga dari segi mental. Hal ini adalah kerana dalam abad kini yang ditempuhi pelbagai cabaran dan perubahan, jika seseorang guru tidak dapat mengadaptasi perubahan, menyelesaikan masalah atau menangani cabaran yang dihadapi,

mereka pasti akan mengalami tekanan emosi. Jadi, guru perlu kenal pasti diri sendiri dan bijak untuk memilih langkah terbaik agar dapat menangani tekanan emosi dengan berkesan. Artikel Dari Laman Web Rasmi: http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0723&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana &pg=re_07.htm Posted by Geme Angel at 07:20

ISU 2 : GURU STRESS oleh ANIS BINTI ZAKARIA


ULASAN ARTIKEL
PENDAHULUAN Tekanan atau stress adalah satu tindakbalas fisiologikal dan psikologikal ke atas permintaan terhadap seseorang. Ini bermaksud, tekanan yang melanda seseorang akan menyebabkan fikiran dan fizikal individu tersebut bertindak balas mengikut keadaan dan tahap tekanan tersebut. Sekiranya tahap tekanan tersebut adalah rendah maka tindakbalas individu terbabit juga tidak terlalu besar dan begitu juga sebaliknya. Smither (1994), Kenyataan ini disokong oleh Schafer (1992), yang menyatakan bahawa tekanan sebagai kebangkitan minda dan fizikal seseorang dalam memberi tindakbalas kepada sesuatu permintaan terhadap diri seseorang. Tambahan pula, Fontana (1989), juga menyatakan bahawa tekanan adalah satu bentuk permintaan yang dibuat ke atas keupayaan untuk menyesuaikan minda dan fizikal serta seterusnya menjelaskan sekiranya seseorang itu dapat menerima dan menangani permintaan tersebut, maka tekanan tersebut akan mendatangkan kesan yang positif. Hal ini menunjukkan bahawa cara seseorang menangani tekanan bergantung kepada tahap kesediaan minda dan fizikal seseorang untuk menerima atau menyerap sesuatu tekanan yang diterima. Sekiranya individu terbabit tidak bersedia dari segi fizikal dan mental, maka sudah pastinya tekanan yang datang dalam bentuk permintaan ini tidak mampu dihadapi dengan sempurna yang akhirnya akan menyebabkan individu tersebut tertekan dan menghadapi masalah yang lebih besar. Sementara itu, menurut Levine dan Ursin (2009), tindakbalas tekanan ini adalah satu perubahan fisiologi dan perlakuan yang berlaku terhadap mereka yang menghadapi tekanan. Oleh itu, boleh dikatakan bahawa, tekanan bukanlah satu perkara yang boleh diambil ringan kerana seseorang itu akan menghadapi risiko untuk berubah perlakuannya dengan melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya seperti bercakap kasar, memulakan pertengkaran, terlibat secara fizikal dalam pergaduhan, penyalahgunaan dadah, terlibat dalam jenayah dan sebagainya yang membuktikan walau sekecil mana sekalipun tekanan tersebut sekiranya tidak diuruskan dengan betul mampu membawa malapetaka yang lebih dahsyat lagi kepada mereka yang terlibat. Namun semuanya bergantung kepada kekuatan mental dan fizikal seseorang kerana ianya dapat membantu seseorang untuk menyerap tekanan dan dapat menerima tekanan tersebut secara positif.

Daripada beberapa definisi yang diberikan di atas, maka boleh dikatakan tekanan terbukti mempunyai hubungan dengan faktor dalaman dan luaran seseorang. Faktor luaran ini bermaksud persekitaran fizikal seperti tugasan dan tanggungjawab di pejabat, tahap perhubungan dengan manusia lain, keadaan fizikal kediaman, tahap kebisingan, kesesakan jalanraya dan sebagainya yang berkaitan dengan kehidupan seharian manusia. Faktor dalaman pula bermaksud faktor yang mempengaruhi seseorang di dalam menangani faktor-faktor luaran tadi seperti tahap kesihatan fizikal dan mental, emosi dan perasaan serta rehat yang mencukupi. Bagi mereka yang mempunyai tahap kesihatan yang tinggi, kemungkinan untuk mereka menghadapi tekanan disebabkan perkara yang remeh-temeh adalah rendah dan cara mereka bertindakbalas juga adalah secara sederhana. Manakala mereka yang mempunyai tahap kesihatan yang rendah mempunyai kemungkinan untuk mengalami tekanan dan bertindakbalas secara agresif walaupun atas sebab-sebab yang kecil akibat ketahanan mental dan fizikal yang lemah. Di Malaysia, profesion keguruan merupakan satu bentuk perkhidmatan sosial yang sungguh mencabar. (Ibrahim Ahmad Bajunid, 1995). Semenjak beberapa tahun kebelakangan ini, pelbagai usaha dijalankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai satu usaha dalam meningkatkan mutu sistem pendidikan di Malaysia. Dengan pelaksanaan pelbagai-bagai reformasi ini, tugas, peranan dan tanggungjawab guru menjadi semakin mencabar.Tekanan terhadap guru memang berkecenderungan untuk menyebabkan guru berada dalam keadaan murung, mengalami tekanan jiwa, kekecewaan dan kebimbangan. Guru yang gagal mengawal diri akibat tekanan akan memberi kesan kepada perhubungan guru dengan pelajar dan juga mutu pengajaran dan pembelajaran seterusnya boleh menjejaskan kualiti pendidikan dan juga profesion perguruan. Bukan sekadar itu, masalah ini akan membantutkan usaha mewujudkan sebuah masyarakat yang mampu membawa Malaysia ke tahap kecemerlangan dan kegemilangan mutu pendidikan. (Dr.Sapora Sipon, 2007). Peratusan kadar stress dalam kalangan pekerja di Malaysia yang telah dicatatkan pada tahun 2011 juga menunjukkan bahawa guru berada pada tempat keempat dengan peratusan sebanyak 45.8 % berbanding pekerjaan-pekerjaan yang lain seperti jururawat, doktor dan sebagainya. Statistik ini membuktikan bahawa tugas guru ini bukan tugasan biasa dan mudah seperti yang diperkatakan oleh sesetengah pihak. Satu kajian telah dijalankan oleh Mohamad Abdillah Royo dan Woo Sew Fun dari Fakulti Pendidikan Universiti Malaya bagi mengenalpasti punca sebenar

dan jalan penyelesaian bagi masalah ini. Hasil kajian menunjukkan bahawa pelbagai perkara yang dikenalpasti menyumbang kepada masalah ini antaranya bebanan tugas, kerenah murid, kurang motivasi dan sebagainya. PERKEMBANGAN HUJAH-HUJAH Stress boleh berlaku kepada semua guru samada guru sekolah menengah mahupun rendah. Satu kajian yang dijalankan oleh Azizi Yahya dan Norliza Othman mengenai punca sebenar berlakunya masalah stress dalam kalangan guru matematik di negeri Johor. Hasil kajian mendapati bahawa faktor yang paling mempengaruhi stress adalah faktor masalah disiplin pelajar yang mencatatkan nilai min keseluruhan tertinggi iaitu 3.83. Kajian juga dijalankan oleh Azrul Hisham Abdul Manaf pada tahun 2009 menunjukkan bahawa guru tidak terlepas daripada perlakuan dan sikap segelintir pelajar yang kadangkala menyakitkan hati. Antara contoh perlakuan pelajar yang membangkitkan kemarahan guru termasuklah datang lewat ke kelas, membuat bising ketika sesi pengajaran dan pembelajaran bermula, tidak hadir ke sekolah tanpa alasan yang munasabah dan bersikap biadap dengan guru. Perkara ini menyebabkan guru mengambil keputusan yang agak drastik dan berasaskan emosi untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan disiplin pelajar. Walaupun tindakan ini melanggar etika dan tatatertib seorang pendidik, namun kadangkala emosi yang tidak stabil boleh menguasai kekuatan akal fikiran yang waras. Terdapat banyak contoh sebenarnya yang berkaitan dengan tindakan disiplin berdasarkan emosi yang dilakukan oleh guru yang berkait dengan masalah disiplin pelajar. Antaranya ialah kejadian di mana 200 orang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bawang Assan di Sarawak yang telah dihukum dengan cara berendam di dalam sebuah kolam yang kotor oleh warden asrama mereka disebabkan masalah disiplin (Utusan Malaysia, 28 Julai 2007). Setahun sebelum itu,seorang guru disiplin di sebuah sekolah menengah di Kelantan telah bertindak memukul seorang pelajar berulang kali di kawasan sekolah kerana memakai seluar jeans pada hari terakhir peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ( Berita Harian, 20 Mei 2006 ). Guru bukan sahaja terpaksa berhadapan dengan para pelajar yang bermasalah tetapi juga berhadapan dengan ibu bapa pelajar yang memberikan harapan yang amat tinggi kepada para guru untuk menjadikan anak-anak mereka cemerlang dalam pelajaran. Hal ini dapat dibuktikan menerusi kajian yang telah dijalankan oleh Unit Kaunseling Jabatan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada tahun 2006

yang mendapati bahawa 83% daripada guru telah mengalami tekanan akibat harapan tinggi yang diletakkan oleh ibu bapa pelajar yang mengharapkan guru-guru di sekolah boleh membantu untuk menjadikan anak-anak mereka sebagai pelajar yang cemerlang dalam akademik. Kajian yang sama juga menyatakan bahawa kebanyakan ibu bapa akan melepaskan sepenuhnya tanggungjawab untuk mendidik anak-anak mereka kepada guru sekolah sambil mengharapkan anak mereka memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Abu Bakar Hamzah dalam artikelnya yang dimuatkan dalam akhbar Berita Harian bertarikh 23 Februari 2007 mengatakan bahawa ibu bapa kebiasaannya akan mengukur kejayaan mutlak seseorang pelajar berdasarkan kecemerlangan akademik semata-mata tanpa mengira aspek-aspek lain yang tidak kurang pentingnya seperti kemahiran dalam bidang vokasional. Akibat daripada harapan yang terlampau tinggi, kebanyakan guru terpaksa menghabiskan banyak masa mereka di sekolah untuk mengadakan kelas-kelas tambahan di luar waktu persekolahan bagi memastikan harapan ibu bapa dipenuhi. Selain itu, faktor bebanan kerja yang terlampau banyak juga menyebabkan guru-guru mengalami masalah stress. Menurut Esah Sulaiman (2003), guru merupakan pengurus pembelajaran yang bertanggungjawab untuk merancang pengetahuan, kemahiran dan nilai yang hendak diajar kepada pelajar setiap hari. Ini menunjukkan tanggungjawab guru untuk menyediakan maklumat-maklumat untuk diajar tidak semudah yang disangkakan. Guru juga dibebankan dengan tugas-tugas lain seperti tugas pentadbiran sekolah contohnya merancang dan menjalankan aktiviti sekolah, menjadi penasihat persatuan dan kelab, menjalani kursus yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah atau Jabatan Pendidikan Negeri dan sebagainya. Perkara ini mungkin dilihat mudah oleh sesetengah pihak namun ia merupakan bebanan yang amat tinggi kepada para guru kerana mereka terpaksa melakukan pelbagai jenis kerja yang berkaitan dengan akademik, kokurikulum dan pentadbiran sekaligus setiap hari. Tambahan pula, adakalanya tugas-tugas ini perlu diselesaikan pada hari minggu sehingga menyebabkan guru tidak mendapat ruang waktu untuk berehat dan bersama keluarga. Ia menjadi menjadi satu masalah yang besar dan dipandang serius oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sehingga wujudnya satu Jawatankuasa Khas bagi mengkaji bebanan tugas guru yang terlampau banyak. Menurut Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Don yang mempengerusikan jawatankuasa itu, beberapa cadangan sudah dikenalpasti bagi menangani masalah ini. Jawatankuasa ini ditubuhkan bagi memberi maklumbalas terhadap aduan yang dibuat oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) terhadap bebanan tugas guru dalam satu

sidang media yang diadakan pada tarikh 30 Mac 2010. Ini membuktikan bahawa banyak pihak yang menyedari akan bebanan tugas guru yang semakin mencabar. Bagi pekerja di setiap organisasi, etika kepimpinan seseorang pemimpin atasan memainkan peranan yang penting dalam memajukan organisasi tersebut. Perkara yang sama juga berlaku di sekolah apabila etika kepimpinan pengetua atau guru besar yang memainkan peranan yang sangat penting di dalam kemajuan dan pembangunan sekolah serta sumber manusianya. Guru sememangnya bergantung harap kepada guru besar untuk memastikan kelancaran pentadbiran di sekolah di samping menjaga kenajiakn mereka sebaik-baiknya. Sekiranya perkara ini tidak berlaku, guru akan mengalami tekanan kerana persekitaran tempat kerja yang tidak membantu mereka untuk menjadi lebih produktif di dalam perkhidmatan. Hal ini kerana, adakalanya dalam melaksanakan sesuatu program di sekolah, terdapat corak pentadbiran dan tindakan pengetua yang kurang disenangi di sekolah. Malahan, ada juga program yang diatur bukanlah untuk kepentingan sekolah atau pelajar sebaliknya untuk kepentingan peribadi pengetua semata-mata. Keputusan-keputusan tentang peraturan dan dasar sekolah yang tidak adil dan kerap berubah juga akan membangkitkan ketidakpuasan hati guru. (Hamedah binti Wok Awang, 2004). Selain itu, ada juga pengetua yang menyalahgunakan peruntukan sekolah untuk kegunaan peribadi seperti hanya menumpukan usaha membesar dan mencantikkan bilik guru besar sahaja walaupun peruntukan tersebut sebenarnya harus digunakan untuk pembangunan fizikal sekolah serta kebajikan kakitangan dan pelajar. Isu ini telah dilaporkan oleh BERNAMA pada 17 Februari 2000, apabila Kementerian Pendidikan akan mengambil tindakan segera terhadap pengetua yang menyalahgunakan kuasa mereka termasuk yang terlibat dalam rasuah. Menurut mantan Menteri Pelajaran Malaysia, hal ini kerana terdapat beberapa kes yang diterima oleh pihak kementerian setiap tahun yang menyebabkan tindakan tegas perlu diambil secara serta merta. Hal ini secara langsung akan mengundang tekanan emosi terhadap guru kerana mereka akan berasa kurang senang dengan keputusan-keputusan yang dibuat tanpa mengambil kira kebajikan perkhidmatan mereka. Apabila keadaan ini semakin berlarutan, ianya akan menghakis kepercayaan guru terhadap kredibiliti dan ketelusan pengetua terbabit. Akhirnya perasaan hormat guru akan hilang dan mereka akan kehilangan motivasi untuk terus berkhidmat dengan cemerlang. IMPLIKASI HUJAH-HUJAH

Punca-punca seperti yang dinyatakan di atas akan membawa kepada tekanan terhada guru dan menyebabkan mereka mengambil jalan-jalan tertentu untuk menyelesaikannya. Guru yang tertekan akan melakukan apa sahaja untuk memastikan tekanan yang melanda mereka berakhir. Ini termasuklah melakukan perkara yang menyalahi undang-undang dan etika pengurusan. Ponteng kerja adalah perkara serius yang dilakukan oleh individu-individu yang tertekan ( Akhiar Pardi dan Shamsina Shamsuddin, 2011 ). Perkara ini dibuktikan melalui pendedahan yang dibuat oleh akhbar Berita Harian bertarikh 12 Disember 2009 iaitu seramai lima peratus daripada keseluruhan penjawat awam di Malaysia terlibat dalam kes ponteng kerja di mana ada sesetengahnya yang tidak hadir ke tempat kerja selama tiga bulan. Satu laporan akhbar daripada Berita Harian bertarikh 27 Mac 2008 menyebutkan isu seorang guru di Perak yang tidak menghadirkan diri ke sekolah selama lebih dari 30 hari tanpa alasan yang kukuh. Akibat dari perlakuan tersebut, pihak Kementerian Pelajaran akan mengambil tindakan disipilin yang tegas terhadap guru terbabit dan mungkin akan memecat beliau dari perkhidmatan perguruan. Hal ini disokong melalui pernyataan yang dibuat oleh Ho (1997) bahawa guru yang ponteng kerja akan menyebabkan proses pembelajaran terganggu untuk satu jangka masa yang panjang. Akibatnya, banyak perkara yang tidak dapat diselesaikan dengan segera seperti kegagalan menghabiskan sukatan pelajaran dan kelewatan menganjurkan aktiviti-aktiviti ko kurikulum di sekolah. Selain itu, rancangan pengajaran yang telah ditetapkan juga tidak dapat diikuti lagi kerana telah tersasar dari perancangan asal menyebabkan perancangan baru perlu disusun semula. Akhirnya, pelajar-pelajar akan mendapat impak yang sangat negatif apabila mereka tidak mampu menjawab soalan-soalan peperiksaan dengan baik terutamanya apabila melibatkan peperiksaan-peperiksaan umum seperti UPSR, PMR dan SPM kesan dari proses pengajaran dan pembelajaran yang tidak lancar. Selain daripada ponteng kerja, guru-guru juga akan cenderung untuk melakukan tindakan yang lebih besar iaitu berhenti kerja kerana tidak lagi mampu untuk bertahan dalam kerjaya ini. Tekanan-tekanan yang datang dari bebanan tugas yang melampau, etika kepimpinan pihak atasan sekolah dan tahap disiplin pelajar yang rendah merupakan faktor utama mengapa guru berniat meninggalkan kerjaya utama mereka. (Azrul Hisham Abdul Manaf, 2009). Isu ini turut disentuh oleh satu kajian kes yang telah dijalankan oleh Erkultu dan Chafra (2006) yang menyebut bahawa tekanan yang terlampau tinggi boleh mengakibatkan pekerja berfikir untuk

meletakkan jawatan. Justeru, tidak hairanlah para guru yang sememangnya berhadapan dengan bebanan kerja yang tinggi akan berniat untuk menarik diri daripada jawatan ini. Kajian juga telah dijalankan oleh Jesus (2000), beliau mendapati 50 peratus daripada guru yang menjawab borang soal selidik mengakui bahawa mereka mahu mencari kerja lain akibat tekanan yang berlebihan di sekolah. Pada pandangan saya, adalah menjadi satu kerugian yang sangat besar sekiranya kebanyakan guru yang menghadapi masalah tekanan ini meneruskan niat untuk meletakkan jawatan kerana ianya akan mengganggu keseluruhan proses pendidikan di sekolah. Selain itu, kerajaan juga terpaksa mengeluarkan kos yang besar dan menghabiskan masa yang panjang untuk memberi latihan kepada guru-guru baru bagi menggantikan kekosongan tersebut. Pelbagai langkah yang telah diambil bagi menangani masalah stress dalam kalangan guru yang semakin parah. Antaranya ialah memperkenalkan program latihan fisioterapi khas untuk golongan-golongan guru di seluruh Negara. Menurut pengarah urusan Great Life Physio and Rehabilation, Mohd Rozaimi Che Kamaruddinata, program itu disediakan khas oleh pakar-pakar fisioterapi untuk para guru dalam memberi panduan bagaimana menguruskan stress semasa bertugas. Program ini telah berjaya dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Gading, Sungai Buloh Selangor dengan melibatkan 135 orang guru dan kakitangan sekolah tersebut. Program ini disokong penuh oleh pengetua sekolah tersebut, Siti Endon Mohamad Dahlan yang berpendapat bahawa program itu banyak memberi kesedaran kepada guru dalam menangani masalah stress di tempat kerja. Selain daripada itu, guru sepatutnya diberi pengkhususan tugas iaitu memberikan tumpuan kepada pengajaran sahaja. Memetik ucapan presiden NUTP, Hashim bin Adnan, beliau mengatakan bahawa pada hari ini, kita dapat melihat bahawa tugas guru bukan sahaja mengajar sebaliknya melakukan tugas-tugas pengurusan yang lain, di mana tugas-tugas tersebut sepatutnya dijalankan oleh individu lain. Umpamanya, pengurusan data-data murid dan sekolah menggunakan aplikasi atas talian yang baru sahaja diperkenalkan baru-baru ini .Menurut Jaafar Muhammad (2003), kebanyakan individu bekerja selama 45 jam dalam masa seminggu. Baki masa yang selebihnya pula sepatutnya digunakan untuk mengukuhkan perhubungan sosial dengan masyarakat setempat seperti berkomunikasi, menyelesaikan masalah dan melakukan aktiviti bersama keluarga, jiran tetangga dan rakan-rakan mahupun ahli bagi persatuan yang disertai oleh mereka. Sekiranya guru

tidak mempunyai masa yang cukup untuk dihabiskan bersama masyarakat setempat, mereka akan membawa masalah-masalah di luar pejabat ke sekolah untuk diselesaikan. Perkara ini seterusnya akan mengganggu pula komitmen mereka terhadap tugas-tugas hakiki di sekolah. Hal ini akan menjadi semakin serius apabila murid-murid mendapat implikasi negatif seperti gagal dalam peperiksaan utama dan seterusnya negara mengalami kerugian besar terhadap penghasilan sumber manusia. CADANGAN DAN RUMUSAN Seorang guru yang gagal menjalankan tanggungjawab dan tugas akan memberi mudarat kepada seluruh generasi ( Chek Mat, 2008 ). Guru yang baik mestilah sentiasa sedar akan kepentingan diri dan amanah yang dipikul mereka. Oleh yang demikian, guru mestilah memastikan diri mereka terlepas dari masalah stress yang memudaratkan ini. Pemeriksaan kesihatan yang berkala perlu sentiasa dijalankan oleh para guru dalam memastikan tahap kesihatan mereka berada dalam keadaan yang baik. Guru mestilah berusaha menjaga tahap kesihatan mereka kerana hal ini memberikesan yang amat mendalam kepada seorang guru. Umpamanya, guru yang mengalami masalah kesihatan akan lebih cenderung mengalami masalah stress di sekolah sekaligus memberi mudarat kepada profesion secara umumnya dan murid secara khususnya. Guru juga perlu meningkatkan perbincangan dan bersosial dengan rakan-rakan sejawatan sekiranya berlaku sebarang masalah berkaitan tugas di sekolah. Hal ini mungkin dapat menghilangkan sedikit tekanan yang dihadapi oleh guru. Sekiranya masalah-masalah yang dialami disimpan bersendirian, ia akan menyebabkan guru lebih mudah menghadapi tekanan di tempat kerja. Bagi pihak ibu bapa dan pengurusan sekolah, mereka tidak sepatutnya meletakkan harapan yang terlalu tinggi kepada guru-guru di sekolah. Hal ini kerana, tugas mendidik anak adalah tanggungjawab ibu bapa dibantu oleh guru di sekolah. Adalah menjadi satu kesilapan besar sekiranya tugas mendidik anak-anak sekadar diletakkan di bawah tanggungjawab guru dan hal ini secara tidak langsung memberikan tekanan hebat kepada para guru di sekolah. Secara kesimpulannya kerjaya sebagai seorang guru adalah satu kerjaya yang cukup mencabar. Banyak pengorbananyang perlu dilakukan oleh seorang guru untuk memberi yang terbaik kepada para pelajar. Sesuatu yang positif perlu dilakukan segera oleh pihak atasan sekolah dan juga guru bagi mengelakkan punca-punca

tekanan ini membawa kesan yang lebih teruk sekiranya dibiarkan berterusan. Boleh dikatakan tekanan dapat dikawal dengan baik oleh guru sekiranya mereka mementingkan kepada cara-cara untuk menguruskan tekanan tersebut. Pengurusantekanan amat kritikal atau diperlukan oleh guru bagi memastikan mereka sentiasa bersedia untuk menghadapi segala cabaran dalam dunia perguruan yang mendatang. Perubahan demi perubahan yang pantas berlaku akan menjadikan kerjaya seorang guru lebih sukar ataupun complicated. Sekiranya guru tidak mampu mengawal diri dan tekanan mereka dengan baik, sudah pastinya kerjaya mereka bukan sahaja akan berakhir lebih awal malahan dikenakan tindakan-tindakan disiplin yang keras pula atas segala kesalahan yang dilakukan. Perubahan demi perubahan yang berlaku dalam persekitaran dunia pendidikan pada hari ini pula ternyata menyebabkan guru juga perlu berubah, namun tidak ramai yang mampu untuk membuat perubahan secara drastik menyebabkan tekanan mula menguasai mereka dan akhirnya membawa kesan yang besar kepada sistem pendidikan yang dilaksanakan di sekolah amnya dan di Malaysia khasnya. Akhirnya, sokongan yang berterusan daripada pihak pengetua sehinggalah kepada kakitangan pentadbiran amat penting bagi menjamin persekitaran tempat kerja yang harmoni dan aman untuk semua pihak. Konflik yang sedang berlaku akan berterusan tanpa noktah sekiranya masih tiada ruang untuk bekerjasama dibuka seluas-luasnya untuk kedua-dua belah pihak iaitu pentadbiran dan akademik. Keprihatinan terhadap beban tugas guru perlu ditingkatkan oleh segenap lapisan masyarakat demi memastikan kelangsungan sistem pendidikan di Malaysia seterusnya usaha melahirkan generasi pewaris negara berterusan dan tidak terhenti.

REFLEKSI
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Illahi akhirnya tugasan ini berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Jutaan terima kasih kepada semua pihak yang membantu secara langsung dan tidak langsung terutamanya pensyarah, Puan Salina binti Mokhtar. Pada mulanya, tugasan ini dilihat sebagai satu tugasan yang sangat mencabar buat saya. Saya ditugaskan untuk menganalisis satu artikel dan membina satu laman

blog untuk memuatkan artikel yang dihasilkan. Tugasan ini sangat mencabar kerana ini merupakan pengalaman pertama saya menghasilkan blog, apatah lagi blog yang bersifat ilmiah seperti ini. Namun Alhamdulillah, tugasan berjaya disiapkan sepenuhnya. Kami berganding bahu mempelajari cara-cara membuat blog dengan menggunakan aplikasi atas talian yang sangat banyak di laman sesawang. Kami bersama-sama meneroka maklumat-maklumat dan tutorial yang disediakan dan akhirnya tugasan tersebut berjaya dijalankan. Kami juga meminta bantuan rakanrakan yang mahir dalam bidang ini untuk mengajar kami cara menghasilkan sebuah laman blog yang menarik dan berkualiti. Selain daripada itu, saya juga menghadapi masalah apabila berlaku kekangan masa dalam usaha menyiapkan tugasan ini. Tambahan pula, cuti hari raya yang diperuntukkan agak padat dengan jadual-jadual lain menyebabkan saya tergesa-gesa menyiapkan tugasan ini. Namun, berkat sokongan dan dorongan rakan-rakan sekumpulan, saya berjaya mengatasi masalah ini. Saya juga berpuas hati kerana berjaya menghasilkan satu penulisan artikel yang pada hemat saya sebuah artikel yang baik untuk menjadi rujukan semua pembaca. Pelbagai kemahiran baru yang diperolehi dalam tugasan ini. Antaranya ialah kemahiran menggunakan ICT sebagai medium menyampaikan maklumat kepada seluruh masyarakat. Selain itu, kemahiran yang saya perolehi ialah kemahiran menganalisis sesuatu isu menggunakan bukti-bukti kukuh bagi memantapkan hujahhujah yang dilontarkan atau lebih dikenali sebagai penulisan ilmiah. Kemahiran ini juga sangat penting buat saya dalam usaha untuk menyelesaikan penulisan kajian tindakan pada semester ini. Secara keseluruhannya, tugasan ini memberi saya semangat baru untuk lebih giat menulis artikel ilmiah setelah memasuki alam kerjaya kelak. Seterusnya, menggunakan medium ICT sebagai wadah untuk menyebarkan idea dan penulisan tersebut. Hal ini bukan sahaja dapat meningkatkan mutu pendidikan, tetapi juga membantu memajukan diri sendiri dalam bidang yang menjadi pilihan ini. Penulisan artikel ilmiah juga merupakan satu cara terbaik bagi seorang guru meluahkan masalah-masalah dan mengetengahkan isu-isu pendidikan kepada masyarakat umum. Sekian, terima kasih.

BIBLIOGRAFI

Akhiar Pardi & Shamsina Shamsuddin. (2011). Pengendalian Disiplin Remaja di Sekolah dan di Rumah. Penerbitan Multimedia. Kuala Lumpur
Azizi Yahya & Norliza Othman (2010), Stres Dalam Kalangan Guru Sekolah Menengah Di Empat Buah Negeri Di Malaysia. Asia Pacific Journal of Educators and Education. Kuala Lumpur

Azrul Hisham Abdul Manaf (2009), Faktor-Faktor Tekanan Dan Kesannya Kepada Guru Sekolah Menengah Kebangsaan : Satu Kajian Di Daerah Timur Laut, Pulau Pinang. UPM. Kuala Lumpur Chek Mat (2008). Ujian Psikologi & Pengurusan. Unipress Printer Sdn Bhd. 2008 Dr Sapura Sipon (2007). Tekanan Kerja Di Kalangan Guru-Guru Di Sebuah Sekolah Menengah Kerajaan Dan Sebuah Sekolah Menengah Swasta. Kertas Projek Bacelor Sains: Serdang. Universiti Putra Malaysia. Erkutlu, H.V. & Chafra, J. (2006), Relationship Between Leadership Power Bases And Job Stress Of Subordinates : Example From Boutique Hotels. Journal Management Research News, London Esah Sulaiman (2003), Modul Pengajaran : Asas Pedagogi. Skudai: Jabatan Asas Fontan, D. (1989), Managing Stress. British Psychological Society & Routledge Ltd Hamedah Wok Awang. (2004), Cerita-Cerita Motivasi Untuk Guru. PTS Millenia Sdn Bhd. Kuala Lumpur Ho, J. (1997), Corporate Wellness Programmes in Singapore: Effect on Stress, Ibrahim Ahmad Bajunid (1995). Tinjauan Tahap Tekanan dan Punca Stress di Kalangan Guru Sekolah Sabak Bernam. Universiti Teknologi Malaysia. Tesis Sarjana Muda. Jaafar Muhammad, (2003), Kelakuan Organisasi. Kuala Lumpur. Leeds Publications
Mohd Abdillah Royo & Woo Sew Fun (2010), Faktor-Faktor yang Mendorong Tekanan Kerja ( Stress ) di Kalangan Guru-Guru SJK(C) : Satu Kajian. Universiti Teknologi Mara. Selangor

Smither, R. (1994). Stress and teachers: Old wine in new bottle. Urban Education,London

Smither, R.D. (1994), The Physchology of Work And Human Performance (2nd ed.). Journal of Managerial Psychology Guru Alami Tekanan Mental & Emosi, Kata NUTP. (18 Ogos 2005). BERNAMA Kementerian Akui Ada Masalah Kekurangan Guru. (17 Disember 2003). BERNAMA Tip Mengatasi Stres. (25 Jun 2006). Utusan Malaysia Guru Di Bandar Lebih Tertekan. (18 Disember 1997).Utusan Malaysia Tuala Wanita: 200 Pelajar Direndam Dalam Kolam Kotor. (28 Julai 2007). Utusan Malaysia. Ibu Bapa Punca Guru Tertekan. (23 Februari 2007). Berita Harian Ramai Guru Berpenyakit Akibat Stres .( 20 Mei 2006), Utusan Malaysia Lima Peratus Penjawat Awam Ponteng Kerja. (21 April 2009). Berita Harian Guru Ponteng Sebulan Boleh Diberhenti Kerja. (12 Mei 2008). Berita Harian Guru Ponteng : Tindakan Tegas akan Diambil. (12 Mei 2008). Berita Harian Pengetua Sekolah Yang Langgar Arahan Akan Dikenakan Tindakan Disiplin. (1 Jun 1997). BERNAMA Pengetua Salahguna Kuasa Akan Dikenakan Tindakan. (4 Mac 2000). BERNAMA
http://www.nutp.org/new/ms/ http://www.jpa.gov.my/index.php?lang=ms http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20120424/pe_01/Guru-lebih-stres

Anakku stres!
2012/02/14 - 06:08:24 AM Oleh Nor Afzan Mohamad YusofCetakEmel Kawan

Tekanan tidak ditangani sejak kecil boleh melarat sehingga dewasa ANAK anda berusia 10 tahun tetapi sikapnya panas baran. Bukan setakat mengeluh, mengucap dan berbuih mulut anda menasihatinya tetapi sikapnya tetap sama. Bukan setakat itu saja, malah dia mudah naik angin, merosakkan barang dan menangis. Persoalannya, apakah ia sesuatu normal? Tidak, ringkas jawapan Pakar Perkembangan Pendidikan Kanak-kanak yang juga Penolong Profesor di Institut Pendidikan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Mastura Badzis, yang mengaitkannya masalah yang menjurus kepada tekanan.

Tekanan boleh memberi kesan kepada sarat otak janin yang boleh menyebabkan perkembangan kecerdasan atau IQ menjadi lemah. - Dr Mastura Badzis, Pakar Perkembangan Pendidikan Kanak-kanak Sekiranya anak-anak didapati tidak dapat mengawal tekanan, ibu bapa perlu mencari penyelesaian dengan mengenal pasti punca berlakunya tekanan kepada anak-anak dan memahami tanda yang menunjukkan anak tertekan. Ini, katanya, boleh dilakukan dengan bantuan psikiatri. Kanak-kanak yang tidak dibantu mengawal tekanan, boleh mendorong berlakunya masalah tingkah laku yang mungkin dibawa hingga ke dewasa. Jika keadaan berlarutan dan semakin teruk, anak-anak boleh dirujuk kepada ahli psikologi klinikal atau doktor psikiatri di wad kanak-kanak. Perlu diingatkan, merujuk psikiatri bukan bererti anak berhadapan masalah terlalu besar, sebaliknya langkah awal menangani dan mengetahui punca. Apa juga perkataan atau ejaannya, tekanan atau stres memiliki maksud yang sama. Setiap individu darjah tekanan berbeza, sama ada banyak atau sedikit dan dikawal dengan baik atau sebaliknya. Untuk dewasa, tekanan dialami mungkin boleh dikurangkan menerusi aktiviti bersukan dan berbual-bual dengan teman. Kanak-kanak yang masih kecil, berharap sepenuhnya kepada ibu bapanya, tidak banyak boleh dilakukan selain daripada menangis dan mohon simpati bagi meraih perhatian. Bagi ibu bapa yang tidak dapat memahami erti tekanan dialami si kecil, mereka kerap kali melabelkan bahawa mereka degil, mengada-gada atau buat perangai. Tekanan membawa maksud sama bagi orang dewasa, tetapi orang dewasa tidak melihat sesuatu tekanan berlaku di kalangan kanak-kanak sebaliknya melihat tabiat seperti menangis dan merajuk itu adalah perangai biasa kanak-kanak. Tekanan juga tidak ada sempadan usia. Satu kajian mengenai kaitan antara tekanan dengan perkembangan otak mendapati hormon stres cartisol ada ketika kandungan berusia 17 minggu. Ia boleh terjadi menerusi pendedahan stres yang dialami oleh ibunya. Bila ibunya berasa tertekan yang

teramat sangat, ia akan menghasilkan hormon cortisol berkenaan. Buruknya, kesan tekanan itu kerana ia boleh memberikan kesan kepada saraf dalam otak janin yang boleh menyebabkan perkembangan kecerdasan atau IQ menjadi rendah. Sebab itulah orang selalu kata ibu hamil tidak boleh tertekan sebab ia boleh beri kesan pada kandungan, katanya. Apabila otak bayi menerima stimulasi berlebihan terhadap stres dan apabila otak yang menerima input fizikal dan emosi diabaikan (iaitu dengan membiarkan bayi menangis sendirian berulang kali), bayi berpotensi menghadapi Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD) 10 kali ganda berbanding bayi biasa. Malah kajian juga mendapati kesihatan intelektual dan sosial bayi tidak berkembang dengan sihat manakala ahli neurobiology pula mendapati hormon ini dapat mempengaruhi perkembangan minda bayi. Apa punca stres? Dr Mastura berkata ia disebabkan pelbagai faktor. Sama ada dianggap kecil oleh orang dewasa seperti lapar, terkencing dalam seluar atau yang besar seperti perceraian ibu bapa, berpindah sekolah atau kawasan tempat tinggal baru dan sebagainya. Asal saja ia menimbulkan rasa tidak selesa atau tidak menyeronokkan, ia adalah punca berlaku tertekan dalam diri kanak-kanak. Sayangnya ibu bapa mungkin tidak menyedari sesuatu itu membawa rasa tertekan kepada anak-anak, sebaliknya dianggap biasa. Lebih malang apabila ibu bapa beranggapan anak degil dan tidak mahu mendengar kata, katanya. Tanda-tanda tekanan pula, kata Dr Mastura, adalah pelbagai kerana tidak menunjukkan perubahan nyata. Namun, perubahan sikap daripada pendiam kepada kuat bercakap atau sebaliknya, kerap sakit perut dan sakit kepala, mengigau ketika tidur adalah antara tanda-tanda jelas. Jika anak mengadu berkaitan perkara itu, ibu bapa perlu mengambil tindakan segera bertanya kerana kanak-kanak mungkin tidak tahu bagaimana untuk menerangkan masalah dihadapi itu. Saya pernah berhadapan dengan kes seorang budak perempuan berusia 11 tahun yang berhadapan masalah kencing malam. Sukar mengorek cerita daripada mulut kanak-kanak itu. Akhirnya si ibu bertanya sendiri dengan kawan baik anaknya. Rupa-rupanya anaknya berhadapan masalah dibuli dan apabila masalah itu selesai, anaknya tidak lagi kencing malam, katanya. Persekitaran baru termasuk memasuki Tahun 1 contohnya juga boleh juga menimbulkan tekanan pada si kecil. Apabila secara tiba-tiba persekitaran menjadi serba baru. Kalau sebelum ini mereka hanya berada di tadika sekerat hari, tiba-tiba bila masuk sekolah dirasakan waktu persekolahan terlalu lama. Mereka mungkin terfikir kenapa buka mata saja kena sekolah? Kena berdisiplin. Mereka boleh tertekan dengan perubahan itu tetapi kebanyakan ibu bapa memikirkan masuk sekolah Tahun 1 adalah sesuatu yang biasa dan tidak sepatutnya dikaitkan dengan satu masalah. Kerana mungkin ibu bapa mereka juga dulu tidak pernah bercerita mengenai hal berkenaan (suasa baru di sekolah).

Lebih daripada itu sebahagian besar kita mengambil berat mengenai hal ehwal psikologi itu sendiri dan berharap sebarang perubahan yang baik itu diketahui anak itu sendiri tanpa diberitahu, sedangkan kanak-kanak perlu diberitahu, katanya. Sebagai contoh, katanya, ibu bapa mungkin boleh melukiskan peta ringkas perjalanan dari rumah ke sekolah. Menceritakan keadaan bersekolah dan berhadapan kawan baru. Mengambil contoh di negara maju United Kingdom, Dr Mastura berkata, kebanyakan tadika akan melakukan waktu peralihan kelas pada bulan terakhir persekolahan sebelum sesi baru bermula bagi kanak-kanak yang akan memasuki Tahun 1. Menegaskan mengenai kepentingan psikologi, Dr Mastura berkata, kanak-kanak yang mengalami stres dan tidak ditangani dengan baik, atau membiarkan mereka hidup dalam tekanan boleh menyebabkan mereka mengalami masalah tingkah laku termasuk masalah disiplin termasuk vandalisma atau nakal. Perbincangan dalam keluarga amat perlu kerana kanak-kanak hari ini suka bertanya. Ada ibu bapa mengadu kandang-kala anak-anak terlalu kerap bertanya sampai dia sendiri malas menjawabnya apatah lagi bila baru saja pulang daripada kerja. Tetapi janganlah sampai begitu. Sebaliknya jelaskan kepada anak-anak, Mama penat baru balik kerja, kita berbincang sekejap lagi. Dengan itu kanak-kanak akan faham. Yang penting kita perlu didik dan beritahu kerana kalau tidak, anak-anak akan menganggap ibu bapanya tidak sayang kepada dirinya, katanya. INFO: Urus tekanan KELEBIHAN didik anak urus tekanan sendiri bukan saja memudahkan anda, sebaliknya membentuk mereka menjadi insan lebih bahagia dan kurang stress. Kerja sekolah yang semakin banyak, peperiksaan selain hubungan bersama rakan sebaya adalah cabaran yang tidak dielakkan daripada dihadapi. Apabila kanak-kanak sedari kecil dapat mengawalnya dengan baik, besar kemungkinan mereka menjadi anak-anak cemerlang dalam hidup.

Bernafas - Tarik nafas adalah pelega paling baik dalam mengawal rasa tertekan selain mengelak daripada berhadapan dengan masalah dalam cara yang akan mewujudkan tekanan tambahan untuk diri mereka sendiri atau orang sekeliling.

Melukis - Melukis boleh jadi cara si kecil menyampaikan maklumat. Ia turut bertindak mengalih perhatiannya untuk jadi lebih tenang.

Komunikasi - Bertanya dan ajak si kecil bercakap mengenai masalah dihadapi itu. Jangan buat tidak endah sebaliknya lihat matanya ketika bercakap.

Bersukan - Bersukan turut menguatkan otot dan ia amat disenangi anak-anak. Bermain lari-lari umpamanya bukan saja lebih sihat sebaliknya mengelakkan daripada rasa tertekan.

Sentuhan - Urutan bahagian belakang badan dapat melegakan sesiapa saja, tidak terkecuali si kecil. Urut bahagian belakangnya sudah cukup menyerlahkan sisi ambil berat dalam diri anda terhadap dirinya.

Makanan - Makanan bergula serta makanan ringan yang mempunyai MSG menyebabkan kanakkanak mempunyai tenaga berlebihan dan selalunya kanak-kanak kerap diberikan makanan sebegini lasak. Bila mereka disuruh duduk diam mereka akan memberontak atau stres.

Optimis - Stres antara cabaran hidup dan manusia tidak dapat lari darinya, tetapi individu perlu tahu menanganinya dengan cara yang betul dan optimis. Galakkan di kecil untuk bertahan dan mengambil risiko kerana ia boleh membantu mereka membesar menjadi orang dewasa yang gembira dan sihat. ANDA ada masalah dengan anak atau ada sikapnya yang membimbangkan? Kongsi masalah anda bersama Pakar Perkembangan Pendidikan Kanak-Kanak yang juga Penolong Profesor di Institut Pendidikan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Mastura Badzis. Hantar soalan anda ke e-mel bhnita@bharian.com.my atau melalui pos di alamat Unit Ratu, Berita Harian, 31, Jalan Riong, 59100 Bangsar, Kuala Lumpur.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Anakkustres_/Article

Minda Pengarang: Cadangan kerja sembilan jam atasi beban tugas guru
2011/11/14 - 08:36:51 AMCetakEmel Kawan

CADANGAN kerajaan untuk melaksanakan program perintis sistem kerja sembilan jam bagi guru mulai Januari ini yang ditolak Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) menjadi isu terbaru yang hangat dibincangkan kelompok keguruan sekarang. Bagi kesatuan terbabit, cadangan menetapkan tempoh waktu kerja bagi guru adalah sesuatu yang tidak boleh diterima. Alasan bagi menyokong pendirian ini ialah tugas guru tidak tamat selepas waktu persekolahan. Kementerian Pelajaran pula mahu guru bersikap terbuka terhadap cadangan itu. Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong kelmarin, berkata program perintis itu hanyalah kajian awal yang membabitkan 5,000 guru di empat negeri. Sama ada ia dilaksanakan atau sebaliknya kepada keseluruhan warga perguruan belum dimuktamadkan dan bergantung kepada hasil kajian itu yang mengambil masa enam bulan. Program perintis itu seperti dijelaskan Ka Siong adalah sebahagian daripada usaha menangani isu beban tugas guru yang dikatakan semakin berat sekarang. Isu beban tugas guru ini memang sukar difahami masyarakat umum melainkan ada dalam kalangan keluarga atau rakan mereka terbabit dalam kerjaya itu. Tidak seperti kebanyakan kerjaya lain, tugas guru tidak terikat kepada waktu persekolahan. Selain terpaksa membawa kerja balik ke rumah, guru kadang kala terpaksa membuat kerja yang tidak ada kaitan dengan tugas mengajar seperti menghadiri mesyuarat sekolah, mengikuti program peringkat daerah atau peringkat negeri atau wakil pengetua atau guru besar. Di samping itu, mereka juga terpaksa melakukan penyeliaan dan bimbingan aktiviti kokurikulum seperti persatuan, sukan dan badan beruniform. Ini tidak termasuk mengiringi pelajar menyertai program di luar sekolah yang mungkin mengambil masa beberapa jam mahupun beberapa hari. Semua ini dilakukan tanpa kemudahan bayaran lebih masa, tuntutan perbatuan yang dicatu mahupun lebihan masa yang digunakan untuk tugas rasmi diganti sebagai cuti rehat pada keesokan harinya. Namun, bagi kebanyakan guru, beban itu tidak pernah dipertikaikan kerana menyedari mereka sudah memilih kerjaya yang tanggungjawabnya menjangkaui waktu kerja. Walaupun begitu penyelesaian harus dicari bagi meringankan beban ini kerana lambat laun ia akan menjejaskan kesihatan dan kecergasan guru itu sendiri, selanjutnya memberi kesan negatif kepada murid. Apa sekali pun, kita yakin Kementerian Pelajaran akan mengambil kira kebajikan guru dalam menilai buruk baiknya penetapan waktu kerja sembilan jam ini sebelum membuat keputusan untuk melaksanakannya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MindaPengarang_Cadangankerjasembilanjamatasibebant ugasguru/Article

Tugas Guru di Malaysia Sekarang Makin Teruk (SAPS, SMM, APDM, SSDM, SSDM-A, SPPPBS, NILAM). Guru Makin Terbeban. Benarkah?
BY STAFF BERITA SEMASA ON APRIL 5, 2013

708

Kami menerima banyak rungutan demi rungutan daripada kalangan guru-guru di Malaysia yang merasakan terbeban dengan bebanan tugas yang dihadapi oleh mereka sekarang. Ada juga kedengaran di mana kerajaan Malaysia ada memandang serius dengan dengan permasalahan yang melanda dikalangan guru Malaysia sekarang sehingga ada tertubuhnya jawatankuasa khas dengan tujuan murni bagi mengkaji bebanan tugas guru Malaysia. Malangnya..

Malangnya sejak tertubuhnya jawatankuasa tersebut sejak tahun 2010 lagi sehingga sudahpun menginjak tke tahun 2013, masalah beban tugas guru dikatakan masih lagi belum berjaya diselesaikan.

Sumber : Utusan Malaysia

Sumber : Berita Harian

Malah, tidak selesai masalah beban tugas guru sebelum ini datang pula beban tugas yang lain pula apabila kalangan guru merasakan sejak akhir-akhir ini, guruguru dibebani dengan pelbagai lagi kerja perkeranian secara online dan bukan online. Jikalau sebelum ini guru-guru hanya perlu mencatat markah pelajar dalam buku rekod. Sekarang? Macam-

macam. Itu aduan dan luahan kalangan guru di Malaysia

Aduan Guru : Senarai Malaysia Sekarang?

Tugas

Guru

Guru-guru perlu menghadap komputer berjam-jam lamanya untuk memasukkan pelbagai jenis data dalam pelbagai jenis perisian komputer seperti SAPS, SMM, APDM, SSDM, SSDM-A, SPPPBS, NILAM, ESPLG, e-Dat, E-Operasi, Hrmis, e-Perolehan, dan lain-lain lagi. Memasukkan segala maklumat pelajar juga di bawah tanggungjawab guru-guru Malahan guru-guru juga telah menjadi pegawai kesihatan di sekolah. Guru-guru jugalah yang menimbang berat pelajar dan mengira BMI untuk setiap pelajar, menganalisis dan merekodkannya pada setiap bulan. Dengan adanya sistem PBS (Pentaksiran Berasaskan Sekolah) pula, beban tugas guru semakin bertambah. Kekurangan masa dan kelemahan sistem yang disediakan termasuklah masalah akses sistem PBS. Kerja-kerja PBS seperti membina instrument sendiri, meriso kertas, menanda,

menyemak, menyusun dan memasukkan data ke dalam sistem di mana melibatkan 160 orang pelajar bagi setiap 216 soalan. Masalah paling besar ialah semasa ingin memasukkan 160 band pelajar ke dalam sistem. (160 X 216 = 34,560 data). Selepas dimasukkan dalam sistem, guru-guru terpaksa menggeledah fail untuk memasukkan latihan untuk semua pelajar. Jadi bayangkan berapa banyak data dan masa harus diambil untuk menyiapkannya. Sistem sedia ada pula tidak mesra pengguna dan kerapkali menghadapi internal error. Guru-guru perlu melakukan kerja perkeranian, kerja pemfailan, pengisian pelbagai jenis data, penandaan, pengisisan data dan penyusunan beratus latihan PBS, majlis dan aktiviti rasmi sekolah, kursus, mesyuarat, penandaan buku latihan, kelas tambahan dan bermacam bagai lagi. Di sekolah juga guru-guru berhempas pulas menyiapkan kerja-kerja ko-kurikulum, mengisi data, terlibat dalam AJK kecil untuk pelbagai jenis program, menjalankan kelas tambahan dan lain-lain lagi, di rumah juga kerja terpaksa disambung sampai ke pagi. Ada nak tambah lagi?

Sehinggakan kalangan guru merasakan dengan pelbagai tugasan ini, bilakah masanya untuk guru-guru inimembuat persediaan untuk masuk mengajar dan menjadi pendidik yang efektif? Bagi kami sendiri, seeloknya janganlah dibebankan guru-guru dengan tugas yang tiada kaitan dengan profesion perguruan. Yang mana tiada kaitan dengan guru-guru jangan ditugaskan kepada guru. Betulah kata orang jauh perjalanan luas pengetahuan dan pengalaman Kenalan-kenalan guru online dari negara-negara maju seperti Singapore, Korea Selatan, Jepun, Jerman dan juga USA sendiri tabik hormat dengan kalangan guruguru Malaysia melihatkan beban tugas yang ditanggung mereka. Segala tugas diletakkan di atas bahu seorang insan yang menggalas profesion guru di Malaysia. Bagi kami adalah lebih baik daripada menghadap sistem yang tidak sistematik dan membazir masa termasuklah melaksanakan sistem yang berulang-ulang seperti yang ada sekarang, adalah lebih baik berikan ruang masa untuk kalangan guru fokus meningkatkan cara pengajaran dan teknik pembelajaranbagi

menghasilkan kalangan pelajar yang lebih berkualiti dan berdaya saing Sebentar, sepengetahuan kami : Ia sepatutnya tidak dipanggil atau dikenali dengan sistem selagi ia masih tidak sistematik Tugas guru adalah mengajar dan mendidik anak-anak bangsa kita, bukannya banyak dihabiskan masa untuk menaip. Kerja-kerja menaip seeloknya diserahkan kepada kerani. Contohnya video di bawah ini, teknik pembelajaran dipelbagaikan untuk para pelajar bukan hanya menggunapakai kaedah konvensional lagi : Ataupun, kerajaan perlu mengambil lebih ramai kakitangan sokongan termasuklah mengambil kalangan graduan berjumlah berpuluh ribu yang masih menganggur di luar sana menggalas tugas sebagai pembantu guru bukannya kerani. Sekadar cadangan daripada kami. P/S : Hakikatnya, kami lebih gemar jika guru yang diambil utnuk mendidik anak bangsa kita adalah dinilai berdasarkan kebolehan mengajar,kreativiti, keinginan semula jadi ingin mengajar bukanlah meletakkan profesion guru sebagai pilihan kedua selepas masih

tidak mendapat kerja melalui jurusan yang diambil. Apa respon balas anda pula?
http://www.beritaterkini.my/beban-tugas-guru-di-malaysia

ISU: BEBAN TUGAS GURU

Isu Bebanan Tugas Seorang Guru

1.1 Pengenalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, FPK (1989), di Malaysia menekankan pendidikan sebagai usaha berterusan untuk memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu bagi mewujudkan insan yang seimbang dan harmoni dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan social berdasarkan kepercayaan kepada tuhan. Usaha ini adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berkeupayaan untuk mencapai kesejahteraan diri serta Negara. FPK ini jika dihayati sepenuhnya menunjukkan guru telah diamanahkan memikul tanggungjawab yang berat. Mereka perlu berwibawa, peka kepada perubahan dan bijak menangani masalah terutama disiplin pelajar. Secara amnya, guru dianggap sebagai pakar dalam segala bidang (Shamsudin Haron et al.2002). Dalam konteks pendidikan moden hari ini, guru adalah golongan professional yang melaksanakan tugas kea rah mencapai matlamat pendidikan untuk merealisasikan dan mengembangkan ilmu pengetahuan kepada pelajar dan masyarakat bagi membina negara yang bertamadun tinggi. Dalam usaha untuk merealisasikan sistem pendidikan itu, beban tugas dan tanggungjawab guru-guru perlu diambil kira. Perkembangan dalam bidang pendidikan banyak bergantung kepada pengalaman yang dicurahkan oleh guru. Walau bagaimanapun beban tugas yang diamanahkan dapat

dilaksanakan atau tidak banyak bergantung kepada individu guru itu sendiri, selaras dengan perkembangan sistem pendidikan sekarang ini seperti persediaan pengajaran pembelajaran, kegiatan kokurikulum, dan juga tugas-tugas berkaitan perkeranian. Guru juga perlu memastikan kelicinan program sekolah yang telah dirancang sama ada pada peringkat sekolah, daerah, negeri mahupun kebangsaan. Begitu juga setiap kali perubahan kurikulum berlaku maka setiap kali itulah juga kewibawaan guru tercabar. Dengan keadaan ini akan menyebabkan ramai guru menghadapi tekanan emosi akibat daripada perubahan tersebut. Penambahan beban tugas ini sudah tentu akan membawa kesan kepada mutu dan kualiti pengajaran guru ( Abd.Rahim, 1997). Pembahagian kerja merupakan perkara yang penting dalam aspek kawalan dan pengurusan bagi menganalisis tugas dan pembahagian kerja secara terperinci, kemudian membandingkan dengan kemampuan seorang pekerja untuk melaksananakan tugas itu dengan terperinci. Gabungan antara tugas dan kemampuan bertujuan mewujudkan kecekapan (Abdullah Shukur Abdullah,1991). Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan berlaku beban tugas dalam kalangan guru yang digariskan oleh Daeng Ramli Akil (1993). Di antaranya ialah : a) Pengagihan tugas yang tidak seimbang antara guru-guru dalam setahun. b) Sikap pentadbir yang suka pilih kasih dan bersikap tidak adil terhadap guru-guru tertentu. c) Tugas sampingan yang dibebankan dibahu guru-guru oleh pihak atasan. d) Tugas sampingan yang diberikan secara mendadak kepada guru. Guru juga terpaksa berhadapan dengan perubahan demi perubahan dalam bidang pendidikan sehingga wujud beban yang keterlaluan. Contohnya, apabila ada pegawai baru di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), Jabatan Pelajaran Negeri atau peringkat kementerian, banyaklah idea atau tugasan baru yang harus dipilul oleh guru. Bebanan ini bertambah dalam keadaan jumlah guru yang tidak seimbang dengan peningkatan jumlah murid. Laporan awal Jawatankuasa Menangani Beban Tugas Guru telah mendapati guru-guru di Selangor, Johor, Melaka dan Kuala Lumpur sebagai guru terbeban memandangkan mereka terpaksa mengambil masa 74 jam seminggu untuk menjalankan tugas keguruan seperti 50.4 jam atau 68 peratus berkaitan kurikulum. Dapatan dari laporan awal itu juga didapati 12.7 peratus masa guru di negara ini dihabiskan untuk aktiviti kokurikulum, 8.9 peratus untuk hal ehwal murid dan 1.2 peratus untuk pengurusan asrama. Jawatankuasa itu turut mendapati 4.3 peratus daripada masa guru digunakan untuk pengurusan, 2.4 peratus kewangan, 1.1 peratus masing-masing untuk latihan dan hubungan komuniti manakala 0.1 peratus untuk pembangunan fizikal sekolah. Resolusi yang dipersetujui oleh Persidangan Pertubuhan Buruh Sedunia (ILO),1930 telah mengkelaskan guru-guru yang bertugas melebihi 48 jam seminggu termasuk dalam tugas perancangan, persediaan, penilaian, penyediaan kurikulum dan perhubungan dikategorikan sebagai terbeban ( Utusan Malaysia, 6 Julai 2005 ). Ekoran dari bebanan tugas berat yang terpaksa dipikul oleh guru-guru telah menyebabkan mereka tidak menyempurnakan tugas mereka dengan baik dan seterusnya ditegur atau dimarahi oleh majikan boleh menyebabkan seseorang itu mengalami stress. Ketegangan yang berpanjangan boleh mempengaruhi psikologi seseorang seperti hilang keyakinan, cepat meradang, agresif dan hilang daya konsentrasi. Ini menyebabkan sesorang guru itu

kurang bersemangat dan tidak bermotivasi dalam menjalankan tugasnya ( Abdul Malik, 2000 ). Ini turut diakui oleh Zubaidah Aman ( 1999 ) yang mendapati bahawa bebanan waktu mengajar, jumlah mata pelajaran dan bebanan tugas di sekolah mempengaruhi keletihan emosi guru. 1.2 Huraian dan Analisis Artikel Isu beban tugas guru bukanlah perkara baru dalam dunia pendidikan di Malaysia, namun ia kembali diperkatakan sejak kebelakangan ini berikutan bebanan tugas yang berlebihan sehingga bukan sahaja mengganggu tugas hakiki guru, malah menyebabkan sesetengah guru hidup dalam tekanan kerja. Selain terlibat dengan kegiatan kokurikulum serta mengikuti pelbagai jenis kursus, guru juga terpaksa melakukan tugas pentadbiran dan perkeranian. Implikasinya, golongan pendidik ini tidak dapat memberikan sepenuh komitmen kepada kualiti dan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Menyedari hakikat itu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin merangkap Menteri Pelajaran mengarahkan agar satu jawatankuasa khas iaitu Jawatankuasa Khas Menangani Isu Beban Tugas Guru (JKMIBTG) ditubuhkan bagi mengkaji beban tugas guru yang kini terpaksa melakukan kerja berlebihan. Tetapi jika pandangan itu dari luar, maka ia pandangan dari luar ke dalam. Ia lebih bersifat memantau kelebihan dan kekurangan profesion keguruan. Justeru, kekadang apa yang diutarakan tidak menggambarkan hal sebenar yang dialami oleh warga pendidik. Jika soal kerja separuh hari, banyak cuti, sebenarnya ia bukan dirasai oleh semua guru. Malah ada yang terpaksa menjaga peperiksaan atau menanda kertas peperiksaan sewaktu cuti sekolah. Walaupun ada yang kata, tugas-tugas tersebut dibayar, tetapi nilai bayaran dengan tugas dan tanggungjawab yang dilakukan sebenarnya tidaklah banyak sehingga menjadi suatu buruan kepada semua guru. Buktinya, tiada siapa yang ingin mengawas peperiksaan jika elemen paksa rela dilaksanakan oleh pengetua atau guru besar. Walaupun cikgu hanya bertugas separuh hari, bukan semua kerja sekolah boleh disudahkan di sekolah. Akhirnya, mereka terpaksa juga membawa semua kerja yang tidak siap ke rumah untuk disudahkan. Keadaan ini tentunya amat berbeza dengan tugas seorang pegawai di pejabat. Semua urusan, jika mahu boleh dibereskan sewaktu dipejabat. Persoalannya di sini, bukankah semua tugas itu sewajarnya dilakukan oleh mereka yang lebih pakar dalam tugas merekod data atau maklumat. Bukankah kerja membabitkan kewangan perlu dilaksanakan oleh kerani kewangan dan perihal data pula diuruskan oleh pegawai data? Memang ada guru data di sekolah, tetapi mereka sebenarnya bukan fokus dalam hal data semata-mata kerana perlu juga mengajar di kelas, malah ada yang perlu mengajar subjek kritikal. Guru IT pula hanya layak mengajar asas computer seperti menggunakan perisian Microsoft Word, Powerpoint atau Excel tanpa ada skil membuat sistem data yang lebih memudahkan guru memasukkan maklumat secara pantas dan pengiraan markah peperiksaan dibuat secara berkomputer, malah guru IT juga guru biasa yang perlu mengajar. Walaupun kajian dan penyelidikan tentang hal yang sama telah banyak dilakukan oleh profesor pendidikan, pelajar ijazah tinggi dan pasukan penyelidik di universiti tempatan, kajian berskala besar yang bakal dilaksanakan sendiri oleh Kementerian Pelajaran

Malaysia tentulah memiliki signifikan yang tersendiri. Bahagian Penyelidikan dan Perancangan Dasar Pendidikan (EPRD), organ penting kementerian, dijangka menggalas tugas penting itu. Warga guru pasti mengharapkan kajian berkenaan segera akan disusuli dengan daya usaha penambahbaikan supaya apabila tumpuan pekerjaan guru terhadap tugas asasi pengajaran dan pembelajaran dikembalikan, manfaatnya akan dipulangkan kepada murid dalam bentuk akses pengalaman pembelajaran yang bermutu dan terbaik. Memang saya tidak nafikan pelbagai rungutan dan sungutan tentang beban tugas yang melampaui spesifikasi kerja bukanlah bermakna kaum guru yang bilangannya sudah mencecah 400 ribu orang di Malaysia sebagai golongan yang berkira dan enggan berkorban. Isu sebenar ialah keberkesanan dan kecekapan dalam menggembleng segala sumber yang ada untuk memupuk potensi pembelajaran dalam kalangan murid. Profesionalisme keguruan hanya akan tercapai secara tuntas jika guru mempunyai kawalan terhadap kemajuan ikhtisasnya sendiri. Sebagai perbandingan, ahli ikhtisas lain seperti arkitek, doktor, jurutera, juruukur bahan, pegawai tadbir dan diplomatik, dan peguam mereka tidak berpengalaman melakukan sendiri kerja perkeranian dan teknikal sebagaimana yang dialami oleh guru sepanjang masa. Guru di sekolah walaupun berada pada gred perjawatan DG 52 masih perlu mengusung amplifier, mikrofon dan peralatan siar raya yang lain. Tugas guru kelas sudah diperluaskan apabila perlu mengisi lebih banyak data yang dikehendaki oleh pelbagai peringkat organisasi. Bacaan meter tekanan yang dialami oleh guru sesebuah sekolah akan melonjak tinggi apabila kepimpinan sekolah terlalu obses untuk meraih anugerah atau perhatian pihak tertentu. Macam-macam idea dan projek yang muncul. Mula-mula datang dalam bentuk rayuan supaya memberi sokongan, lama-kelamaan bertukar kepada desakan yang merimaskan. Tanpa prasangka jantina, terdapat persepsi mengatakan bahawa sekolah yang diterajui oleh kepimpinan wanita, dan tidak berkahwin pula, membawa keadaan yang bertambah sukar. Pemimpin sedemikian mempunyai banyak masa untuk berfikir dan menelek-nelek, serta kurang bersimpati dengan kehidupan peribadi guru yang sudah bekeluarga. Mereka juga begitu cepat melupakan pengalaman diri sendiri semasa masih bergelar guru biasa. Jika kaum guru hendak diangkat martabatnya ke arah profesional tulen, banyak perkara perlu diberi perhatian. Sekurang-kurangnya 90 peratus bidang tugas guru mestilah menjurus kepada pemupukan pembelajaran murid, sama ada di dalam bilik darjah, mahupun di luar bilik darjah. Guru juga patut diberi kesempatan mengadakan perbincangan profesional tentang saranan kajian terkini daripada jurnal pendidikan dalam bidang opsyen masing-masing. Kajian tindakan yang dibuat secara individu perlu digantikan dengan kajian tindakan berkumpulan. Sesudah pengagihan tugas diserahkan, kerja berkumpulan diteruskan, iaitu duduk bersama-sama melengkapkan refleksi, bidang keprihatinan, tinjauan bacaan, kaedah, instrumentasi, analisis dapatan dan saranan penambahbaikan. Jumlah masa yang digunakan dalam kajian tindakan diberi pengiktirafan dalam jam kerja P&P.

Kepimpinan sekolah juga mesti menghormati kelayakan akademik dan kewibawaan guru dalam bidang masing-masing. Tiada sesiapa pun di sekolah yang patut berlagak serba tahu. Hubungan yang harmonis, tanpa membiarkan sesiapa mengambil kesempatan, akan meletakkan kedudukan guru lebih selesa dan suci hati dalam melaksanakan amanah keguruan mereka. Pelaburan awam dalam mewujudkan jawatan pembantu guru mungkin merupakan pilihan yang berbaloi kerana tumpuan guru terhadap pembelajaran murid ialah insurans ketenteraman sosial dan keselamatan negara dalam jangka masa panjang. 1.3 Implikasi Untuk pembangunan sesebuah negara, pendidikan merupakan aset yang sangat penting kepada semua individu. Pembangunan modal insan menjadi tonggak kepada kejayaan sebuah negara. Namun persoalannya, siapakah yang yang menjadi agen penggerak kepada perubahan pembangunan modal insan ini? Dalam sektor pendidikan negara, guru adalah golongan yang paling bertanggungajawab untuk menggalas amanah negara ini. Modal insane yang perlu dibangunkan perlu seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Justeru itu, keupayaan guru menguruskan segala tugasan dan tanggungjawab tanpa sebarang tekanan merupakan asas kepada pembangunan murid. Hal ini kerana, tanggungjawab guru yang kian mencabar bukan sahaja dari dunia pendidikan bahkan dari masyarakat yang meletakkan tanggungjawab yang tiggi kepada pihak sekolah. Faktor-faktor ini semua sudah tentu memerlukan ketahanan emosi untuk mengelak tekanan bebanan kerja guru. Justeru itu, cadangan NUTP ini sekurangkurangnya menunjukkan rintahan golongan guru untuk menjaga hak kebajikan mereka masih didengari oleh pihak kementerian. Kajian yang dilakukan pihak kementerian perlu menyeluruh dan mengambil kira implikasi positif kepada golongan guru, murid, sekolah seterusnya misi negara. Pengwujudan perjawatan guru pembantu ini sudah tentu dapat menjimatkan masa guru untuk diberi fokus kepada tugas hakiki mereka daripada melakukan kerja sampingan sehinggakan menjejaskan kualiti proses penganjaran dan pembelajaran. Masa berkualiti antara guru dan pelajar tentunya dapat dipertingkatkan bertepatan dengan usaha memperkasakan perkhidmatan pelajaran serta memartabatkan profesion keguruan. Dengan adanya pembantu ini, guru akan dapat memberikan lebih tumpuan kepada aktiviti pembelajaran pelajar dan perkembangan pedagogi mereka. Menurut Hashim Adnan, presiden NUTP dalam laporan akhbar Berita Harian 29 Jun 2009, ketika ini, 380,000 guru dikatakan tidak mampu fokus kepada pengajaran di kelas disebabkan terpaksa menjalankan kerja luar tugasan yang dianggap beban tambahan. Guru tidak lagi perlu memikirkan soal 'kerja sosial' dan boleh fokus kepada pengajaran di dalam kelas dan tidak perlu habiskan banyak masa jalankan tugas di luar bidang kerja. Implikasi positif ini bukan sekadar tertumpu kepada golongan guru sahaja, semua pihak sewajarnya menyedari hakikat dengan adanya perjawatan sokongan ini akan membantu prestasi akademi murid-murid serta dapat memastikan hak kebajikan murid terjaga. Hal ini merujuk kepada kenyataan Setiausaha Agung NUTP, Lok Yim Peng, dalam laporan Berita Harian 14 Disember 2010 yang mengatakan bahawa guru pembantu boleh berperanan membantu murid yang menghadapi masalah seperti sakit atau demam ketika berada dalam kelas. Menuruf Prof Ferrel pula dalam laporan laman rasmi UKM 13 Oktober 2011 menyatakan bahawa, Akan ramai lagi murid yang ketinggalan dan mereka

memerlukan bantuan pembantu guru. Oleh itu, dengan adanya bantuan, prestasi setiap murid akan lebih dapat diberi tumpuan. Dalam menuju misi taraf pendidikan bertaraf dunia, semua pihak tidak seharusnya berpeluk tubuh dan lebih teruk saling menunding jari apabila timbulnya isu bebanan tugas guru ini. Pendidikan negara tidak akan mendapat sebarang keuntungan malahan semakin terkebelakang daripada beberapa negara lain yang lebih sensitif dengan perubahan taraf pendidikan negara mereka. Sistem pendidikan negara yang baik perlu menyediakan pendidikan berkualiti. Pendidikan yang berkualiti bermula daripada corak perkhidmatan guru-guru. Corak perkhidmatan yang baik dan tersusun sudah tentu dapat mengelakkkan keciciran prestasi sekolah seterusnya taraf pendidikan negara. Oleh itu, peranan guru pembantu ini sudah tentu memainkan peranan penting untuk membantu sekolah khususnya guru-guru yang terkekang dengan bebanan tugasan berlebihan sehingga membantutkan usaha mereka kearah inspirasi negara. 1.4 Rumusan dan Cadangan Berdasarkan perbincangan isu ini, saya amat tertarik tentang cadangan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) berkenaan pengambilan guru pembantu atau disebut guru kedua yang akan ditempatkan di dalam kelas melebihi 35 orang murid di sekolah rendah dan 40 murid di sekolah menengah. Antara rasional yang dikemukakan ialah, ia mampu mengurangkan beban tugas guru, sekali gus dapat menjamin keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Pada pandangan saya dengan merujuk kepada pembacaan pada laman-laman web dan blog rasmi mahupun tidak rasmi serta pemerhatian dan pengamatan semasa proses praktikum di beberapa buah sekolah termasuk kategori luar bandar dan bandar di kawasan setempat, saya berpendapat bahawa cadangan ini memang bertepatan dengan keperluan pendidikan masa kini. Guru kini dilihat bukan sekadar pengajar, malah semakin kurang dapat memberi tumpuan kepada aktiviti pengajaran dan pembelajaran, walaupun semua pihak menekankan kewajipan itu sebagai skop tugas utama guru di sekolah. Apa tidaknya, jengoklah ke mana-mana sekolah, atau tanyalah kepada mana-mana guru sekalipun, pasti keluhan dan rungutan yang akan kedengaran mengenai tumpuan tugas mereka yang semakin hari semakin membebankan. Itulah gambaran yang sewajarnya dilihat bagi menceritakan betapa guru kini tidak seperti guru pada suatu zaman sebelum ini yang dihormati atas kredibiliti sebagai guru yang tegas dalam menyampaikan pengajaran serta cukup disegani atas kedudukan sebagai gedung ilmu. Banyak pihak yang mungkin mencebik atau menjuih bibir apabila guru merungut mengenai beban yang mereka hadapi. Tak kurang juga yang mengatakan guru ketika ini manja dan banyak 'songeh'. Ironinya, sejauh mana mereka meletakkan situasi sebenar bebanan dunia keguruan di atas bahu mereka sehingga cuba menafikan atau berpaling muka terhadap keluhan guru ini untuk mendapatkan khidmat sokongan guru pembantu? Realitinya, saya tidak bermaksud untuk menafikan pandangan-pandangan berlawanan dengan pandangan di atas, antaranya segelintir individu mungkin beranggapan tugas guru akan bertambah mudah apabila adanya khidmat guru kedua. Ada juga melontarkan keluhan bahawa guru hanya perlu bekerja setengah hari dan mendapat kemudahan cuti

yang lebih banyak berbanding kakitangan awam lain di negara ini. Wujudnya khidmat guru kedua ini juga akan menggalakkan guru-guru biasa untuk meninggalkan kelas dengan pelbagai alasan. Pada peringkat kementerian pula, kita boleh dengar kenyataan penolakan secara halus dengan alasan kajian mendalam perlu dilakukan dengan teliti dan tentu mengambil masa yang lama untuk diputuskan atau peruntukan kerajaan tidak mencukupi untuk membayar emolumen kakitangan baru. Kesimpulannya, seandainya cadangan ini disambut baik oleh pihak kerajaan Malaysia melalui perlaksanaanya, saya harap setiap guru dapat memberi komitmen serta tumpuan sepenuhnya terhadap tugas mengajar di dalam kelas bagi meningkatkan prestasi pelajar memandangkan berkurangnya beban kerja. Kita tidak mahu ada lagi segelintir guru mengambil kesempatan menjadikan alasan bebanan tugas untuk tidak melaksanakan tugas hakiki mereka dengan baik dan mengabaikan tanggungjawab yang diamanahkan. Guru adalah kerjaya yang sentiasa mendapat perhatian utama kerajaan kerana peranannya cukup penting dalam mendidik rakyat agar menjadi modal insan cemerlang untuk membangunkan negara. Di sebabkan itulah kerajaan tidak pernah mengabai kebajikan guru dan setiap masalah yang timbul sentiasa mendapat perhatian untuk ditangani segera. Oleh itu, dalam keadaan tertentu, guru juga perlu membuktikan keikhlasan serta sikap sedia berkorban tanpa mengharapkan imbuhan semata-mata. Saya percaya sebahagian besar guru di negara ini komited dengan tugas mereka dan sanggup mengharungi cabaran bagi memastikan pelajar mendapat pendidikan sempurna dan cemerlang dalam pelajaran. Akhbar berkaitan...

Disediakan oleh: Mazwan bin Karim http://shareprof.blogspot.com/2012/09/isu-beban-tugas-guru_5.html