Anda di halaman 1dari 17

HEGEMONI BARAT DAN GLOBALISASI

PENGENALAN. Pada abad ke 20 membawa kepada bermulanya perkembangan pesat sains dan teknologi maklumat yang luar biasa.Kepesatan yang begitu cepat dan canggih berjaya menciptakan peradaban moden yang menjanjikan pelbagai kemajuan dan kemudahan,sekaligus memenuhi segala tuntutan arus kemodenan.Pelbagai alat sains dan teknologi maklumat berjaya dihasilkan dan kehidupan manusia bertambah mudah dengan segala kecanggihan ini.

Namun dalam manusia leka dengan limpahan kemewahan dan kemajuan ini,penghujung abad ke-20 telah diwarnai oleh pelbagai bencana dan kemelut yang hampir dalam semua bidang kehidupan sosial,politik,ekonomi dan sebagainya yang sedikit sebanyak berpunca dari kecanggihan teknologi maklumat serta sains dan teknologi ciptaan manusia.

Abad ke-21 sudah pun berada di hadapan kita,seiring dengan kelajuan proses globalisasi dan teknologi maklumat serta revolusi komunikasi yang menjadikan kehidupan manusia semakin pantas dan kompleks.Namun di sebalik kehidupan manusia yang pantas dan serba canggih ini,kita menyaksikan kemelut kemanusiaan yang semakin kritikal dan tragis seperti wabak penyakit yang menular,terrorisme global,perang saudara yang berterusan dan pelanggaran hak asasi manusia.Di dalam media cetak mahupun media elektronik telah dipaparkan kehidupan manusia semakin tragis dengan semakin hebatnya arus kemodenan dunia. Apabila di imbas kembali akan kehebatan Islam dalam menguasai dunia semenjak zaman Nabi Muhammad SAW hinggalah kepada kejatuhan kerajaan Islam Sepanyol,kita melihat bahawa dunia hidup dalam era yang aman kerana tiadanya dasar penguasaan globalisasi Barat.Namun,kebangkitan tamadun Barat mula menampakkan taringnya selepas
1

kejatuhan kerajaan Islam Sepanyol

sekaligus telah membuka era baru kepada dasar penguasaan Barat terhadap negara lain terutamanya negara Islam melalui dasar globalisasi ala Barat yang diwar-warkan ke seluruh dunia.Inilah yang membawa kepada permulaan dominasi barat atau disebut hegemoni Barat.Fenomena yang disebut sebagai hegemoni Barat ini ialah apabila Barat menggunakan kuasanya sebagai kuasa terbesar dunia untuk menguasai politik,ekonomi,budaya,pemikiran,teknologi dan lainlain.Dan yang paling dahsyat apabila Barat menggunakan kuasa untuk

menguasai negara yang tidak sehaluan dengannya.Kesannya,tindakan membalas dendam secara keras juga tidak dapat dibendung lagi dan di sinilah timbul isu keganasan dan terrorism yang selalunya ditujukan kepada pejuang Islam.

KONSEP HEGEMONI DAN GLOBALISASI

Istilah

hegemoni

berasal

dari

istilah

Yunani,iaitu

hegeisthai(to

lead).Konsep hegemoni banyak digunakan oleh ahli sosiologi untuk menjelaskan fenomena terjadinya usaha untuk mempertahankan kekuasaan oleh pihak penguasa.Perkataan hegemoni dalam perkataan Inggeris hegemony membawa maksud pengaruh atau penguasaan.

Perkataan hegemoni dalam kamus bermaksud pengaruh atau dominasi sesebuah negara atas negara lain.Pengaruh dan dominasi ini merangkumi pelbagai sudut seperti politik,ekonomi,sosial,budaya,ketenteraan,pendidikan,perundangan dan

sebagainya(Azhar Muhammad & Abdullah Sulong,2005:99). Hegemoni boleh didefinisikan sebagai hegemony is dominance of one group over other groups, with or without the threat of force, to the extent that, for instance, the dominant party can dictate the terms of trade to its advantage ; more broadly, cultural perspective become skewed to favor the dominant group.Hegemony controls the ways that ideas becomenaturalized in a process that informs notions of common sense, (http://en.wikipedia.org/wiki/hegemony)
2

Menurut teori Gramsci (1891-1937), hegemoni dikaitkan dengan konsep hubungan antara kelas-kelas masyarakat tertentu,iaitu kelas-kelas yng lebih dominan akan memonopoli kelas-kelas yang lain dari segi ekonomi,budaya dan moral.Ia menggambarkan suatu hubungan yang bersifat monopoli dan dominasi antara kelas masyarakat atasan dan bawahan dalam sesebuah negara bangsa.

Secara jelasnya hegemoni sebenarnya bermaksud dominasi oleh suatu kelompok terhadap kelompok lainnya,dengan atau tanpa kekerasan,sehingga idea-idea yang diketengahkan oleh kelompok dominan terhadap kelompok yang didominasi diterima sebagai sesuatu yang wajar(common sense).Dalam

hegemoni, kelompok yang mendominasi berhasilmempengaruhi kelompok yang didominasi untuk menerima nilai-nilai moral,politik dan budaya dari kelompok dominan(kelompok yang berkuasa).

Hegemoni juga boleh diterima sebagai sesuatu yang wajar,sehingga ideologi kelompok dominan dapat disebarkan dan dipraktikkan.Nilai-nilai dan ideologi hegemoni ini diperjuangkan dan dipertahankan oleh pihak dominan sehingga pihak yang didominasi taat terhadap kepimpinan kelompok penguasa .Simon (1982) memberikan pengertian hegemoni dengan melihatnya sebagai strategi mempertahankan kekuasaan the practices of a capitalist class or its representatives to gain state power and maintain it later.

Globalisasi yang dipelopori oleh Barat sebenarnya membawa kepada pelbagai definisi dan penafsiran dari pelbagai sudut pandangan.Definisi umum yang dipegang oleh sebahagian dari kita menafsirkan sebagai proses pengecilan dunia atau menjadikan dunia sebuah perkampungan yang kecil.Sebahagian kita

yang lain menafsirkan sebagai usaha menyatukan masyarakat dunia dari segi gaya hidup dan budaya.

Globalisasi merupakan suatu proses meletakkan dunia di bawah satu unit yang sama tanpa dibatasi oleh sempadan dan kedudukan geografi sesebuah negara.Melalui proses ini , dunia akhirnya tidak lagi mempunyai sempadan dengan ruang udara dan langit sesebuah negara itu terbuka luas untuk dimasuki oleh pelbagai maklumat yang disalurkan menerusi pelbagai perantaraan media komunikasi seperti internet ,media elektronik dan teknologi siber.Perkembangan ini memungkinkan perhubungan di antara sesebuah negara dengan negara yang lain dan perhubungan sesama manusia dapat dilakukan dalam tempoh masa yang singkat.

Menurut Kamus Dewan globalisasi didefinisikan sebagai fenomena yang menjadikan dunia mengeci dari segi perhubunagan manusia disebabkan kepantasan perkembangan teknologi maklumat.Manakala cendiakawan barat mentakrifkan globalisasi sebagai satu proses kehidupan yang serba luas dan infiniti merangkumi segala aspek kehidupan seperti politik, sosial dan ekonomi yang boleh dirasai oleh seluruh umat manusia di dunia ini. Ini bermakna segalagalanya menjadi milik bersama dalam konsep dunia tanpa sempadan.

Dalam era globalisasi ini,dunia semakin dikecilkan ruangnya daripada yang asal.Jika dunia ini seluas saujana memandang dan dipagari dengan sempadansempadan namun kini ia tidak berlaku lagi.Malah pada hari ini kita telah dapat merasakan apakah itu globalisasi .Ledakan teknologi maklumat yang pesat merupakan medium utama kepada agenda globalisasi ini.

Dunia bukan sahaja tidak bersempadan geografi tetapi pengaruh globalisasi menjangkau sempadan ekonomi,teknologi,bahasa,budaya,ideologi,politik dan dari segenap aspek kehidupan masyarakat.

Kerajaan Malaysia memberi keutamaan kepada globalisasi ekonomi.Di samping itu, ia memberi perhatian besar kepada globalisasi maklumat dan ilmu dan globalisasi saintifik serta teknologi.Kesungguhan kerajaan dalam menangani
4

tiga jenis globalisasi ini jelas kelihatan pada berbagai-bagai bentuk wacana di peringkat antarabangsa seperti dialog,seminar,persidangan dan forum serta juga pada penubuhan pelbagai jenis institusi dan projek.Koridor Raya Multimedia(MSC) adalah simbol harapan serta kemegahan Malaysia dalam menyahut panggilan globalisasi.

Globalisasi juga merujuk kepada perpindahan nilai,terutamanya cara berfikir dan gaya bertindak dari satu daerah dunia kepada daerah dunia yang lain.Globalisasi yang diberi erti luas ini adalah suatu hakikat yang tidak dapat dipertikaikan.Hakikatnya globalisasi wujud sebelum istilah globalisasi

diperkenalkan lagi.Fenomena globalisasi boleh dikiaskan sebagai gelombang yang melanda dunia.

Walaupun globalisasi pada asalnya bermaksud pertukaran,pemindahan dan perkongsian antara negara,realitinya menunjukkan bahawa ia tidak wujud dalam bentuk dua hala yang adil.Sebaliknya, terdapat negara yang bersifat mengglobalisasi dan terdapat juga negara yang bersifat diglobalisasi. Mengglobalisasi pun diglobalisasi,ia itu adalah negara dan negara yang yang bersifat dari menyebarkan hanya menerima yang

ilmu,pemikiran,ekonomi,kebudayaan,dan agama mereka kepada negara lain.Ada adalah

ilmu,pemikiran,ekonomi,kebudayaan

agama

negara

mengglobalisasi tanpa menilai sama ada ia membawa manfaat atau mudarat.

FAKTOR-FAKTOR HEGEMONI DAN GLOBALISASI

Pada abad ke-21 ini, sedar atau tidak sedar sebenarnya dunia masa kini telah dipengaruhi oleh hegemoni Barat dan globalisasi dalam kehidupan

kita.Mengapakah pengaruh hegemoni barat ini telah menular dengan meluas sekali di dunia?Apakah faktor-faktor yang menyebabkan ia berlaku?

Imperialisme baru merupakan suatu fenomena kebangkitan semula perasaan ingin menguasai dan meluaskan semula pengaruh Barat kepada masyarakat dunia.Dengan fenomena inilah yang menjadi salah satu punca pengaruh hegemoni Barat makin meluas.Mereka berhasrat untuk menjadi kuasa nombor satu di dunia yang menjadikan semua negara lain tunduk dan berada di bawah pengaruh mereka.Kuasa Barat ini telah bertinadak sebagai polis dunia yang kononnya memelihara keamaan dan keselamatan dunia.Mereka merasakan bahawa telah menjadi tanggungjawab mereka untuk memusnahkan senjata pemusnah besar-besaran yang ada pada negara-negara yang menjadi musuh

kuasa Barat yang boleh mengancam keselamatan dunia.Tetapi sebenarnya mereka mempunyai matlamat mereka. untuk memperluaskan pengaruh hegemoni

Kuasa Barat mempunyai semangat dan dasar yang sentiasa merancang untuk menjajah mana-mana negara Islam yang mempunyai potensi untuk bangkit menjadi kuasa besar dan boleh mencabar hegemoni mereka. Kuasa Barat mempunyai dasar untuk mewujudkan negara sekutu atau hubungan satelit dan meluaskan jaringan dan pengaruhnya melalui media,ekonomi,sosial dan juga hak asasi manusia.

Proses globalisasi pada hari ini menjadi peluang keemasan bagi kuasakuasa Barat untuk mengekalkan hegemoni mereka.Dengan kepantasan

perpindahan maklumat kini, Barat dapat menguasai media dan komunikasi Barat dan memberi implikasi , terhadap dunia seperti Cable News Network (CNN) dan British Broad- Casting Corporation (BBC). Wartawan-wartawan tempatan juga

menunggu dan menggunakan berita daripada media Barat. Berita-berita yang disebarkan oleh media Barat merupakan persepsi dari Barat sendiri. Secara tidak langsung pengaruh mereka terhadap dunia juga makin meluas.

Aplikasi dan perancangan zionis juga menjadi satu faktor wujudnya pengaruh hegemoni Barat dalam era globalisasi ini. Zionis mempunyai matlamat
6

utama untuk mengukuhkan kedudukan mereka di serata dunia. Pemimpin Yahudi merancang untuk menguasai mata wang dan ekonomi dunia supaya kuasa Barat ini dapat mencampuri urusan secara tidak langsung terhadap pasaran saham antarabangsa. Gerakan Zionis Yahudi turut mempunyai ideologi untuk

merosakkan masyarakat dunia dengan menyebarkan fahaman mulhid atau ateis dan falsafah sekular. Oleh sebab itulah pengaruh mereka semakin berleluasa dan wujud golongan yang tidak mempercayai Tuhan (fahaman ateis) . Sedangkan sejak berabad-abad lamanya telah wujud kepercayaan masyarakat dunia sebagai pegangan hidup. dan agama dalam

Masyarakat masa kini telah wujud dua golongan yang telah merosakkan dan mencalarkan imej Islam seperti golongan ultra moden yang memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada Barat dengan menerima nilai Barat sepenuhnya dan golongan konservatif yang menjaga status mereka dalam masyarakat .Golongan seperti inilah yang merosakkan reputasi dan perkembangan orang orang Islam. Mereka menjadikan fahaman Barat sebagai idola dan ikutan dalam kehidupan mereka. Faktor inilah juga yang menyebabkan hegemoni Barat masih kukuh di dunia ini.

Kebanyakan negara yang majarotinya adalah umat Islam , kini pentadbirannya lebih mengikut peredaran zaman yang jelas sekali telah

dimonopoli dan dipengaruhi oleh hegemoni Barat.Pentadbiran negara tersebut tidak lagi berpandukan Al-Quran dan As-sunnah.

Selain itu, keadaan ekonomi yang lemah menyebabkan kuasa Barat mempunyai peluang untuk menguasai ekonomi dunia dengan pengaruh hegemoni mereka.Contohnya Amerika Syarikat lebih banyak memasarkan produk-produk mereka ke pasaran global . Bahkan, kebanyakan produk yang dijual di pasaraya tempatan juga terdiri daripada pelbagai jenis produk-produk dari negara Barat .

Hegemoni Barat ini juga berlaku disebabkan oleh kesan penjajahan mereka terhadap negara-negara yang lemah ketika berabad-abad lamanya

dahulu.Negara Barat telah membawa perubahan dan kemajuan suatu ketika dahulu terhadap negara-negara yang dijajah.Maka akibat daripada penjajahan tersebut , ia telah meninggalkan kesan dan implikasinya terhadap masyarakat setempat yang masih mempunyai pengaruh daripada Barat .Dengan itu hegemoni Barat adalah lebih mudah lagi dikekalkan.Contohnya,seperti Malaysia juga tidak

terkecuali daripada pengaruh daripada Barat.Bermula dengan penjajahan Inggeris ke atas Tanah Melayu yang secara langsung telah dapat menyerapkan nilai-nilai kebaratan dalam sistem politik , ekonomi, dan sosial masyarakat Melayu.Dasardasar Barat yang diperkenalkan Inggeris telah mula tersebar dalam kotak fikiran masyarakat Melayu. Walaupun Inggeris telah lama meninggalkan tanah Melayu dan Tanah Melayu sudah lama merdeka,namun dasar-dasar Inggeris masih diguna pakai dan pemikiran masyarakat Melayu masih ke arah Barat hingga ke hari ini.Memang tidak terlihat secara jelas hegemoni Barat ke atas Malaysia dibandingkan hegemoni Barat kepada dunia Islam lain menerusi tindakan ketenteraannya namun hegemoni secara halus yang disebarkan oleh Barat semenjak zaman kolonialisme masih terus kita rasai.

Masyarakat dunia Islam kini tidak lagi selalu melakukan pentarbiyahan dalam hati dan jiwa untuk memelihara hati dan diri daripada mudah terpengaruh dengan budaya dan kuasa Barat dalam kehidupan . Masyarakat tidak

menjadikan pengalaman lepas sebagai pengajaran di masa hadapan dan kurang berhati-hati bagi mengelakkan hegemoni Barat dalam globalisasi dunia masa kini. Menurut Amir Shakib Arsalan, seorang pemikir islam Druzi ,

masyarakat Islam kini mempunyai semangat yang lemah untuk berkorban demi Islam atau kata lain ialah berjihad mempertahankan berlandaskan Islam. kehidupan yang

KESAN-KESAN HEGEMONI BARAT.

Terdapat banyak kesan hegemoni Barat berlaku pada satu dunia khususnya di Asia dalam pelbagai aspek antaranya dari sudut media,ekonomi, politik,sosial, dan hak asasi manusia.

1. Kesan Hegemoni Barat dari Sudut Media.

Barat telah pun menguasai media dari seluruh dunia sama ada media cetak mahupun media elektronik. Perkara ini berlaku kesan daripada perkembangan pesat teknologi dan hasilnya maklumat disebarkan ke seluruh dunia begitu pantas sekali. Lebih-lebih lagi, pada masa kini surat khabar dari pelbagai negara boleh dibaca di skrin komputer dengan mudah.

Selain itu, media juga boleh menjatuhkan dan menaikkan populariti seseorang dengan mudah sekali. Sebagai contoh, dalam rancangan realiti American Idol, bagaimana mudahnya media menaikkan nama seseorang daripada tidak terkenal kepada seseorang selebriti yang mempunyai pendapatan berjuta-juta setahun. Media juga mempengaruhi pandangan dan sikap masyarakat tempatan atau dunia di mana jelas pada masa kini.

Islam telah pun dipandang serong disebabkan media Barat telah menyebarkan berita yang memburuk-burukkan agama ini. Ini kerana berita dan maklumat yang disiarkan di seluruh dunia adalah berpihak kepada mereka dan menindas mana-mana negara yang tidak bersekongkol dengan mereka khususnya negara Islam.Masyarakat dunia juga dimomok-momokkan bahawa pengganas(teroris) itu terdiri daripada orang Islam.Realitinya tidak

begitu.Keadaan ini jelas menunjukkan media Barat telah memberikan kesan yang sangat besar kepada masyarakat dunia.

Oleh kerana kesannya terhadap dunia begitu berkesan,Barat telah pun menubuhkan media-media antarabangsa seperti Cable News Network (CNN), British Cable News Network ( CNN), British Broadcasting Corporation (BBC), Broadcasting Corporation (BBC) dan Reuters. Mereka berada di manamana di seluruh dunia sehinggakan liputan yang dibuat pantas dan

menyeluruh sehinggakan wartawan tempatan bergantung kepada mereka sebagai sumber bahan berita.

Selain daripada berita ,media Barat juga membuat filem dan hiburan yang mempengaruhi masyarakat dunia dan mewujudkan Hollywood yang telah pun menjana pendapatan berbillion dolar. Dalam filem mereka terbitkan watak utama Barat khususnya Amerika Syarikat adalah seorang yang baik, pejuang keadilan , bertimbang rasa dan pasti akan menang dalam setiap peperangan yang wujud.Keadaan ini jelas telah mempengaruhi pandangan masyarakat dunia terhadap masyarakat Amerika Syarikat di mana keadaan realiti dunia begitu jauh sekali daripada yang difilemkan.

Selain itu media massa kapitalis di Barat dan sosialis di Timur telah mempengaruhi sepenuhnya media massa yang ada dalam masyarakat Islam dan Arab.Merekalah yang menerbitkan program-program negara Islam sama ada yang dapat ditonton, didengar dan mencetaknya untuk dibaca.Programprogram yang diterbitkan menyebarkan idea kejahatan,memberikan galakan untuk melakukan jenayah,menimbulkan keraguan terhadap akidah dan menghancurkan akhlak dan nilai-nilai yang murni.Kesannya menjadikan dan menimbulkan pelbagai masalah serta kecelaruan dalam masyarakat terutama masyarakat Islam pada masa kini.

10

2. KESAN HEGEMONI BARAT DARI SUDUT EKONOMI

Dari sudut ekonomi pula, Barat telah pun menguasai ekonomi dunia sejak dahulu lagi. Menguasai ekonomi sama seperti menguasai dunia kerana mereka boleh memanipulasi ekonomi dunia yang boleh menjejaskan ekonomi sesebuah negara tersebut. Selain itu juga, Barat telah menubuhkan Kelab ekskulsifnya iaitu G7 di mana kelab ini hanya boleh disertai oleh negaranegara maju seperti Jepun dan Perancis. Keadaan ini akan menyebabkan negara-negara yang memerlukan bantuan tidak akan dapat kerana disisihkan daripada negara maju yang boleh membantu mereka dari segenap aspek.

Globalisasi ekonomi ialah satu kod undang-undang ekonomi seragam dan digunapakai oleh seluruh masyarakat dunia. Ia membawa kepada penghapusan halangan ekonomi antara sebuah negara dengan negara lain pada kadar yang amat pantas terutamanya dalam tiga aspek utama ekonomi iaitu perdagangan,kewangan dan pelaburan.Globalisasi berlaku dalam ketiga-tiga aspek ini apabila dasar-dasar kerajaan yang mengawal ekonomi asing daripada mempengaruhi ekonomi tempatan semakin longgar dan ekonomi tempatan terpaksa mengikut rentak ekonomi asing yang akhirnya meminggirkan ekonomi tempatan.Ia berlaku dengan mudah akibat perubahan teknologi di mana wang boleh dipindahkan, mata wang diniagakan dan saham boleh dibeli dengan mudah.

Barat juga telah menubuhkan syarikat-syarikat multi-nasional yang beroperasi seluruh dunia bagi memastikan ekonomi dapat dikawal oleh Barat dengan menguasai ekonomi sesebuah negara tersebut selain mengaut keuntungan secara maksimum.Kesan daripada penubuhan syarikat tersebut, Barat telah menubuhkan World Bank dan International Monetary Fund(IMF) untuk memperkukuhkan penguasaan mereka. Mata wang mereka diguna pakai seluruh dunia khususnya apabila hendak melakukan perniagaan

antarabangsa.
11

Impak daripada penguasaan ekonomi tersebut,Barat berjaya menguasai kekayaan dunia dan jurang antara yang kaya dengan yang miskin menjadi semakin ketara.

3. KESAN HEGEMONI BARAT DARI SUDUT POLITIK.

Dari sudut politik pula, Barat telah berusaha pelbagai cara untuk memastikan mereka terus berkuasa termasuklah mewujudkan blok-blok negara tertentu seperti Blok Komunis dan Blok Amerika Syarikat.Bagi

mengukuhkan lagi penguasaannya , kuasa Barat telah pun mewujudkan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu kononnya menjaga keamanan dan kepentingan bersama ahli namun pertubuhan ini hanyalah untuk kepentingan pihak Barat sahaja.

Tidak cukup dengan kewujudan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, pihak Barat telah mewujudkan kuasa veto atau kuasa mutlak dimana hanya dinikmati oleh kuasa-kuasa besar seperti Perancis,United Kingdom dan Jepun.Kuasa veto ini mempunyai kuasa yang tinggi sehinggakan berkuasa untuk tidak mengesahkan apa jua bentuk perbincangan atau persetujuan antara negara lain tanpa berbincang dengan negara lain.Kuasa veto juga memberikan mereka bertindak bersendirian untuk menyerang Negara lain seperti peperangan Amerika Syarikat dengan Iraq dan Afghanistan.

Mana-mana negara yang bersekutu dengannya akan diberikan pelbagai kemudahan dan nikmat namun untuk negara yang membangkang barat khususnya Amerika Syarikat akan mengalami pelbagai bentuk sekatan yang dikenakan seperti mana yang berlaku pada Iran apabila meneruskan program nuklearnya.Keadaan ini jelas menunjukkan hegemoni berat sebelah.

12

4. KESAN HEGEMONI BARAT DARI SUDUT SOSIAL.

Dari sudut sosial pula, pelbagai bentuk hiburan seperti muzik, nyanyian , filen dan lain-lain telah disebarkan ke seluruh dunia sehinggakan hiburan mereka ditiru tidak kira baik atau buruknya terutamanya golongan muda. Pelakon-pelakon dan artis mereka mempunyai jutaan peminat di seluruh dunia termasuklah negara- negara membangun seperti Malaysia.

Oleh sebab mereka jugalah, wujudnya pelbagai irama muzik antaranya rock,blues,heavy metal dan pop.Kesannya muzik ini akan mengkhayalkan dan melalaikan terutamanya generasi muda.

Selain itu juga, budaya makanan di sana juga turut berkembang dan yang paling menerima kesan adalah pelbagai makanan segera seperti Kentucky Fried Chicken(KFC), McDonald(McD),Pizza Hut, Pepsi dan Cocacola.Kesannya masyarakat Malaysia tertedah kepada masalah kesihatan seperti obesiti(kegemukan) dan pelbagai masalah kesihatan yang lain. Selain itu , pemakaian pakaian berjenama seperti Lewiss Lee,dan Adidas pun mengikuti fesyen di sana,di mana pakaian mereka lebih menjolok mata dan bebas mengikut kehendak sendiri.Keadaan ini lebih jauh daripada pegangan orang Timur di mana lebih mengutamakan kesopanan.Anak-anak muda Timur khususnya Malaysia berasa bangga jika memakai pakaian berjenama Barat dan mempunyai kelasnya yang tersendiri.

13

5. KESAN HEGEMONI BARAT DARI SUDUT HAK ASASI MANUSIA.

Konvesyen Geneva telah menggariskan hak-hak yang perlu menggariskan hak-hak yang perlu dinikmati oleh semua manusia tanpa mengira bangsa mahupun agama, merdeka mahupun tawanan.Deklarasi ini diterima oleh seluruh masyarakat seluruh dunia yang inginkan keadilan dan dunia yang inginkan yang mengikut deklarasi tersebut manakala kuasa besar seperti Amerika Syarikat tidak pernah mengikut deklarasi tersebut. Jika pelanggaran deklarasi berlaku terutama oleh negara Islam ,negara itu akan dikecam dan dikenakan tindakan sekatan tetapi jika Amerika Syarikat melanggar hak asasi manusia tiada kuasa lain yang mampu menghalangnya.

KESIMPULAN.

Hegemoni Barat dan globalisasi dilihat membawa banyak keburukan kepada kita semua terutamanya di timur.Ia sudah lama mempengaruhi kita sedikit demi sedikit sehinggalah sekarang.

Pelbagai punca dan sebab berlakunya perkara tersebut seperti fenomena kebangkitan semula perasaan ingin menguasai semula pengaruh Barat kepada masyarakat dunia,kuasa Barat yang mempunyai semangat dan dasar tertentu,Barat ingin menguasai mata wang dan ekonomi dunia, mempunyai ideologi untuk merosakkan masyarakat dunia,keadaan ekonomi yang lemah dan

sebagainya.

Kini, budaya Barat telah meresap ke jiwa anak-anak remeja kita. Contohnya, budaya hip-hop yang terhimpun di dalamnya pelbagai budaya lain seperti rappers, grafity dan lain-lain. Budaya ini merupakan simbol keruntuhan majoriti masyarakat Barat, khususnya dalam pergaulan bebas dan hiburan yang
14

melampau.Ia juga merupakan simbol budaya bagi kebanyakkan disko-disko dan kelab-kelab malam di dunia Barat,khususnya untuk para remaja.

Justeru

itu,

budaya

barat

membawa

banyak

keburukan

seperti

kemusnahan keluarga ,kehilangan maruah, tiada jati diri , kegelisahan jiwa, kecelaruan akal, jenayah dan ketakutan.Malah ia telah member kesan daripada sudut media, ekonomi, politik, sosial, dan juga hak-hak asasi manusia.Tambahan pula ,ia Berjaya menghakis budaya Melayu dan Islam.

Maka, jelaslah bahawa, tamadun Barat tidak mampu untuk menjadi contoh tamadun yang sempurna,kerana ianya dibangunkan secara asasnya,di atas dasar materialistik. Ini menyebabkan ketandusan nilai-nilai kemanusiaan dalam tamadun Barat.

Justeru itu,kita sebagai umat Islam perlu kembali menjadikan tamadun Islam yang dibina di atas acuan Nabawi,sebagai contoh pembangunan sesebuah tamadun manusia yang sempurna.Ini kerana, tamadun Islam yang pernah dibina oleh Nabi Muhammad s.a.w di atas dasar Aqidah,Syariah dan Akhlak Islam telah diakui kesempurnaannya, oleh para cendiakiawan yang jujur dan telus dalam mengkaji tentang ketamadunan manusia, sama ada di kalangan umat Islam mahupun orang-orang bukan Islam.

Tamadun Islam yang diasaskan di atas Al-Quran dan As-Sunnah yang diturunkan Allah kepada Rasul untuk disampaikan kepada umat manusia.Tamadun Islam merupakan tamadun yang paling sempurna dari segenap sudut sesebuah ketamadunan manusia, yang pernah wujud di dunia ini. Maka hanyalah dengan Islam, sesebuah pembangunan tamadun yang sempurna dapat dibina.

15

REFLEKSI

Sepanjang penyediaan tugasan ini banyak pelbagai ilmu yang diperolehi mengenai hegemoni dan globalisasi barat terhadap umat islam masa kini.Barat bukan sahaja ingin menakluki pemikiran , mental dan emosi umat islam tetapi juga dari segala aspek.Tujuan utama barat ialah untuk menyesatkan umat Islam diseluruh dunia.Oleh itu kita sebagai umat Islam perlu berganding bahu melawan proses hegemoni Barat ini daripada terus berleluasa.

Kemajuan teknologi terutama dari segi ICT ada kebaikannya tetapi ada juga keburukannya.Oleh itu kita perlu bijak memilih antara perkara yang baik dan buruk itu.

Justeru itu,bagi menangkis pengaruh hegemoni dan globalisasi Barat ini kita perlu memantapkan ilmu pengetahuan kita terutama dari segi ilmu agama,akidah dan memantapkan jati diri kita supaya tidak terpengaruh dan turut hanyut dengan pengaruh negatif yang dibawa oleh Barat ini.

Selain itu, kita sebagai ibubapa perlu menerapkan ilmu agama yang mantap kepada anak kita supaya anak kita berada dilandasan yang betul dan kita perlu menetapkan peraturan dalam pengendalian internet , cara berpakaian dan pelbagai lagi supaya anak kita dan generasi akan datang mempunyai jati diri yang tinggi dan masih lagi menjadi umat islam yang benarbenar Islam dan bukan hanya nama sahaja Islam tetapi cara berpakaian dan perlakuan tidak menunjukkan umat Islam yang sebenar.

16

BIBLIOGRAFI

BUKU

Dr.Abdullah Nasih Ulwan (2003),Generasi Muda Islam dan Cabaran Globalisasi,Kuala Lumpur,YADIM.

Fathi Yakan(2002),Api Kebangkitan Islam dan Cabaran Abad ke-21, Kuala Lumpur,Jasmin Enterprise

Pusat Pengajian Umum UKM.(2006).Tamadun Islam dan Tamadun Asia.Selangor :FULSON TRADING CO

LAMAN WEB

http://en.wikipedia.org/wiki/hegemony http://mukhlis101.multiply.com/journal/item/3Muhammad www.berita harian.com.myuroddin

17

Anda mungkin juga menyukai