Anda di halaman 1dari 12

PENGENALAN

Perkahwinan sudah tentu menjanjikan sebuah mahligai yang sangat indah. Selepas berkahwin, pasangan akan membuat perancangan keluarga mereka. Semasa mengandung dan melahirkan anak, banyak kepercayaan masyarakat kita. Oleh sebab itu banyak
amalan-amalan yang mesti kita lakukan semasa mengandung agar anak yang bakal kita lahirkan itu nanti akan menjadi generasi yang cemerlang, baik di dunia

PENGENALAN
Untuk mencapai matlamat itu, anak tersebut mestilah ditarbiyah sejak dia masih bayi lagi atau di dalam kandungan ibunya.
Tingkah laku ibu bapa yang baik semasa ibu sedang hamil merupakan satu pendidikan awal yang sangat memberi kesan terhadap pembentukan anak-anak.

Apakah Amalan-amalan Semasa Mengandung ?


Baca ayat-ayat suci Al-Quran

Beristighfar
Selawat kepada Nabi

Larangan Semasa Mengandung Dan Melahirkan Anak


Dilarang mencaci atau mengumpat, membuat fitnah dan

bergaduh terutamanya dengan ibu mertua. Perbuatan tersebut dipercayai akan mempengaruhi perangai anak yang bakal lahir. Ibu mengandung juga akan mengalami kesulitan semasa melahirkan anak.
Dilarang memaku, memahat dan menggali lubang. Tidak

boleh memukul atau mencederakan binatang kerana dikhuatiri akan menyebabkan anak yang bakal lahir cacat anggota badan.

Larangan Semasa Mengandung Dan Melahirkan Anak


Hendaklah menjauhi pergaulan dengan orang yang tidak

jujur atau rendah maruahnya, kerana dipercayai ini akan mempengaruhi perangai anak yang bakal lahir.
Dilarang melihat gerhana bulan ataupun matahari kerana

dikhuatiri anak yang bakal lahir akan cacat atau berkulit gelap.

Larangan Semasa Mengandung Dan Melahirkan Anak


Dilarang keluar rumah pada waktu petang atau

senja kerana dikhuatiri hantu akan menggusiknya.


Dilarang duduk di anak tangga kerana dipercayai

perbuatan ini akan mendatangkan kecelakaan kepada ibu sewaktu hendak melahirkan anak.

Larangan Semasa Mengandung Dan Melahirkan Anak


Ibu juga dilarang memikul batu kerana dikhuatiri

anak dalam kandungan menjadi lumpuh. Tidak boleh menanam pokok pisang kerana dikatakan perbuatan ini boleh menyebabkan anak berkepala besar yang luar biasa.
Ditegah menyusun tempurung kerana dikhuatiri

anak yang dilahirkan akan botak kepalanya.

Larangan Semasa Mengandung Dan Melahirkan Anak


Ibu mengandung juga tidak boleh membiarkan anak-

anak melangkah perut kerana dikhuatiri anak akan lahir cacat atau dilahirkan tidak cukup bulan.
Dilarang tidur pada waktu tengah hari kerana

dikhuatiri kepala anak yang bakal lahir akan menjadi besar.

Larangan Semasa Mengandung Dan Melahirkan Anak


Kalau mengandung dan makan multivitamin, nanti

anak jadi besar.


Kalau makan kicap atau minum kopi masa

mengandung, anak jadi gelap. Sebaliknya kalau minum air kacang soya selalu nanti anak jadi putih.

KESIMPULAN
Sejauhmana benar pantang larang ini. Namun apa yang penting di sini ialah sebagai bakal ibu dan ayah, manusia perlu senantiasa menjaga sikap dan tingkah laku, apatah lagi ketika hamil. Hanya kepada Allah s.w.t sahaja tempat hambanya meminta dan memohon agar tiada bala bencana ke atas kita sekeluarga InsyaAllah. Moga di anugerah anak yang comel lagi soleh.

SEKIAN TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai