Anda di halaman 1dari 12

November 14, 2012

[PERAYAAN DEEPAVALI]

FAKULTI PENDIDIKAN

SEMESTER SEPTEMBER TAHUN 2012 HBEF 2803 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN

NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGENALAN NO. TELEFON E-MEL

: : : :

740528085334001 740528-08-5334 016-5901558 ynorasikin@yahoo.com

PUSAT PEMBELAJARAN

PERAK LEARNING CENTRE

November 14, 2012

[PERAYAAN DEEPAVALI]

Isi Kandungan 1.0 2.0 3.0 4.0 5.0 6.0 7.0 8.0 Pengenalan sejarah Perayaan Deepavali Tradisi, Sosial, Budaya dan Amalan Kaum Hindu Persediaan Sebelum Perayaan Hiasan Dalam dan Luar Rumah Pakaian dan Makanan Pantang larang Rumusan 3 3 5 7 8 9 11 11 12

Rujukan

November 14, 2012

[PERAYAAN DEEPAVALI]

1.0

PENGENALAN

Di Malaysia, pelbagai jenis perayaan yang disambut dalam setahun. Antara perayaan utama ialah Hari Raya Aidil Fitri (Hari Raya Puasa), Hari Raya Aidil Adha (Hari Raya Kurban), Tahun Baru Cina, Deepavali, Krismas, Vaisaki, Pesta Gawai, Hari Gawai dan sebagainya. Kepelbagaian perayaan ini adalah disebabkan pelbagai jenis agama dan budaya yang terdapat di Malaysia. Disebabkan kepelbagaian itulah yang menjadikan Malaysia amat istimewa dan unik pada pandangan negara-negara lain. Salah satu perayaan yang disambut oleh masyarakat India di Malaysia ialah perayaan Deepavali atau dikenali sebagai Pesta Cahaya. Deepavali juga dipanggil sebagai Divali, Dipodsavi, Dewali dan Dipapratipad. Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan Dipa yang bermaksud cahaya dan perkataan Gavali pula bermaksud barisan. Perayaan Deepavali ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamil (antara bulan Oktober dan November) dan juga dikenali sebagai pesta cahaya. Pelita yang dinyalakan dalam barisan di setiap rumah penganut Hindu melambangkan kejayaan dan kebaikan dapat mengatasi kejahatan yang dirayakan sebagai perayaan Deepavali. Menurut kepercayaan agama Hindu, Deepavali disambut pada bulan gelap yang dipanggil aippasi. Salah satu amalan penting yang perlu dilakukan ketika perayaan Deepavali adalah menyalakan lampu pada pagi hari

Deepavali. Amalan ini amat penting untuk menyatakan kesyukuran kepada tuhan hindu yang membawakan kegembiraan, pengetahuan, kemewahan kepada penganut agama ini. Perayaan Deepavali juga disambut oleh kaum India di seluruh dunia yang terdiri daripada pelbagai etnik, termasuklah Punjabi, Benggali, Marathi dan Telegu.

November 14, 2012

[PERAYAAN DEEPAVALI]

2.0

SEJARAH PERAYAAN DEEPAVALI

Terdapat beberapa lagenda tentang perayaan Deepavali. Menurut lagenda, terdapat sebuah kerajaan di utara India dikenali sebagai Ayodhya, menyambut hari Deepavali sebagai tanda kepulangan Putera Rama yang keluar dari negara tersebut selama 14 tahun untuk menentang Ravana iaitu satu kuasa jahat. Putera Rama merupakan seorang pahlawan, penegak kebenaran dan raja yang sangat baik. Selepas 10 hari bertempur dengan Ravana, Rama pulang ke Ayodhya dengan kemenangan. Sementara menanti kepulangan, Bharata iaitu adik kepada Rama sanggup menjadi sami demi menunggu kepulangan abangnya untuk menyambung menjadi seorang pewaris takhta kerajaan itu.

Patung Ravana yang terdapat di kuil.

Seluruh rakyat diperintahkan supaya memasang lampu pelita di setiap deretan-deretan rumah di sepanjang jalan untuk menerangi jalan-jalan agar ianya dapat membantu Rama untuk sampai ke negara itu. Rakyat dengan rela hati memasang lampu-lampu pelita dengan harapan untuk menyambut pahlawan mereka. Semasa kepulangan Rama, seluruh rakyat di Negara itu bergembira dan bersuka ria. Kemudian, Rama ditabalkan sebagai maharaja di kerajaan tersebut. Terdapat juga satu lagenda mengatakan bahawa Deepavali disambut untuk memperingati pembunuhan Narakasura. Narakasura merupakan pemerintah bagi kerajaan Pradyoshapuram. Dia 4

November 14, 2012

[PERAYAAN DEEPAVALI]

merupakan anak lelaki Bhudevi yang dikurniakan kuasa oleh Tuhan Brahma. Semasa pemerintahannya, rakyat hidup dalam kesusahan kerana Naraka sering menyeksa rakyat dan menculik wanita untuk dipenjarakan di istana. Akibat tidak tahan dengan kekejaman Naraka, Tuhan Krishna bangkit untuk menyelamatkan penduduk yang ditindas oleh Naraka yang zalim. Naraka dengan angkuhnya menyatakan yang dia hanya boleh dibunuh oleh ibunya iaitu Bhudevi sahaja. Jadi, Krisna menyuruh isterinya Satyabhama yang merupakan kelahiran semula Bhudevi, menjadi penunggang ketika perlawanan antara Krishna dan Narakasura. Ketika pertempuran itu, Krishna tidak sedarkan diri akibat terkena anak panah daripada Narakasura, lalu Sathyabhama mengambil panah dan mensasarkan anak panah pada Narakasura. Narakasura terbunuh dalam pertempuran itu. Masej yang cuba disampaikan dalam peristiwa ini merupaka contoh yang baik kepada masyarakat Hindu. Masyarakat Hindu menyalakan lampu pelita sebagai tanda kematian Narakasuran pada hari itu pada hari Deepavali. Menurut lagenda yang lain pula, Deepavali menunjukkan sebagai pesta menuai. Masyarakat peladang gandum telah mengadakan pesta menuai sebaik sahaja penghujung musim menuai tiba. Mereka menyambut pesta dengan kesyukuran kepada Dewa yang telah melimpahkan rezeki yang baik. Pada hari kedua selepas Deepavali, satu ritual diadakan untuk memuja Dewi Laxmi dan persembahan Aarti (barang pemujaan) merupakan sebahagian daripada barang pemujaan tersebut. Selain itu mereka juga turut menyediakan beras hancur yang separuh masak dikenali sebagai Poha atau Pauva. Beras ini diambil daripada hasil tuaian pada musim itu. Adat ini diamalkan oleh masyarakat luar dan Bandar di selatan India.

3.0 TRADISI, SOSIAL, BUDAYA DAN AMALAN KAUM HINDU SEMASA PERAYAAN. Perkataan Deepavali jika diterjemahkan dalam bahasa Sanskrit berrmaksud deretan lampu, maka amalan menyalakan lampu pelita dan menghiasi setiap penjuru rumah dilihat sebagai satu tradisi yang sangat terkenal. Pada hari pertama perayaan Deepavali, sambutan ini adalah sangat penting kepada masyarakat India. Rumah-rumah dan pusat perniagaan akan dihias indah. Kawasan-kawasan masuk dihiasi dengan rekaan Rangooli bercorak tradisional yang berwarnawarni sebagai menyambut Dewi Lakshmi iaitu dewi kekayaan dan kemewahan.

November 14, 2012

[PERAYAAN DEEPAVALI]

Jalan-jalan utama dihias indah sewaktu sambutan perayaan Deepavali. Pemujaan Lakshmi iaitu dewi kekayaan dan kemewahan dilakukan pada sebelah petang. Mengikut kepercayaan, pemujaan ini dilakukan pada sebelah petang adalah untuk menghalau bayangan-bayangan daripada roh-roh jahat di samping memperdengarkan lagu memuja Dewi Lakshmi. Di kawasan-kawasan perkampungan pula, lembu ternakan didandan dan dipuja oleh petani-petani kerana lembu ternakan tersebut telah memberi bakti dan punca pendapatan mereka. Selain itu amalan mandi minyak bijan turut dilakukan pada awal pagi sebelum matahari terbit. Penganut agama Hindu akan menjalankan upacara mandi minyak bujan bertujuan untuk penyucian badan dan semangat, minyak bijan ini akan disapukan ke atas kepala setiap ahli keluarga oleh mereka yang lebih tua seperti ibu atau nenek. Kebaikan mandi minyak bijan bagaikan mandi di Sungai Ganges yang suci bertujuan membersihkan diri daripada segala kejahatan dan sifat dengki. Selepas mandi dimestikan memakai pakaian dan perhiasan serba baharu pada pagi Deepavali bertujuan untuk menghilangkan segala sifat buruk dan kejahatan dalam diri seseorang.

November 14, 2012

[PERAYAAN DEEPAVALI]

Penganut agama Hindu bersembahyang di kuil pada pagi perayaan Deepavali.

Amalan-amalan lain yang dilakukan ialah mengunjungi kuil untuk bersembahyang selepas upacara penyucian. Penganut Hindu akan mengalungkan Patung Dewa dengan kalungan bunga yang besar untuk mendapatkan kesejahteraan diri dan keluarga mereka serta memperingati keluarga yang telah meninggal dunia.

4.0 PERSEDIAAN SEBELUM PERAYAAN Sehari sebelum menyambut perayaan Deepavali, masyarakat Hindu akan menghias rumah, menyediakan manisan, menyalakan lampu untuk menerangi rumah, membeli kelengkapan seperti pakaian dan kelengkapan rumah. Bagaimanapun, bagi sesetengah masyarakat di kawasan lain di India, ritual Deepavali bermula dua hari sebelum Dhanteras iaitu sehari sebelum perayaan Deepavali. Malam sebelum Perayaan Deepavali Pada malam itu juga diadakan upacara memasang pelita yang disertai oleh seluruh ahli keluarga. Upacara Rangoli pula menyusul iaitu dengan menyusun beras atau hampas kelapa yang telah diwarnakan dengan pelbagai warna di hadapan pintu rumah mereka. Manakala kaum wanita pula akan mengenakan inai pada malam itu pada semua jari tangan dan kaki. Ini bertujuan untuk menghias diri supaya kelihatan cantik pada sambutan perayaan nanti.

November 14, 2012

[PERAYAAN DEEPAVALI]

Memasang lampu 'vilakku' untuk menyambut Hari Deepavali. Lampu ini adalah sejenis pelita tradisi.

Memasang Vilakku Pada malam perayaan Deepavali, upacara memasang pelita dijalankan yang disertai oleh seluruh ahli keluarga. Mereka akan memasang vilakku iaitu sejenis lampu pelita yang duperbuat daripada tanah liat. Perayaan Deepavali juga akan bertambah meriah dengan adanya lampu-lampu moden. Mereka percaya bahawa Dewi Laksmi akan datang ke rumah mereka pada malam itu. Persiapan memasang lampu tersebut dilakukan untuk menyambut kedatangan Dewi Laksmi.

5.0 HIASAN DALAM DAN LUARAN RUMAH Kolam atau Rangoli

November 14, 2012

[PERAYAAN DEEPAVALI]

Kolam atau Rangoli merupakan lambang penyembahan Dewa Lakshmini. Penganut Hindu akan menghias rumah mereka dengan kolam atau rangolo iaitu hiasan lantai yang diperbuat daripada beras yang diwarnakan. Kolam dihias di atas lantai depan pintu rumah sebelum matahari terbit sebagai tanda selamat dan rahmat supaya setiap isi rumah mendapat kesejahteraan. Kemahiran membuat kolam ini biasanya diwarisi secara turun temurun. Penganut agama Hindu mampu untuk melalukannya walaupun untuk membuat kolam ini agak susah. Mereka berjaya membuatnya dengan cantik dan unik. Kebanyakan motif hiasan kolam ialah bermotifkan tumbuh-tumbuhan. Hiasan kolam ini merupakan lambang penyembahan Dewi Lakshmini iaitu Dewi kekayaan yang dipercayai hanya akan mengunjungi rumah mereka yang mempunyai hiasan kolam di pintu masuk rumah mereka.

6.0 Pakaian dan makanan Seperti kebanyakan perayaan-perayaan yang lain, masyarakat Hindu yang menyambut Deepavali juga akan memakai pakaian yang baharu pada hari tersebut. Bagi kebanyakan wanita mereka memakai sari atau sut Punjabi dalam pelbagai warna yang cerah. Manakala bagi kaum lelaki pula mereka akan memakai Dhoti. Selain sari, lengha iaitu baju yang dipadankan dengan kaian serta dupata sejenis selendang turut menjadi pilihan utama kepada kaum wanita. Bagi yang inginkan kelainan , mereka juga gemar memakai Salwar Kamez iaitu baju labuh yang dikenakan dengan seluar. Kaum lelaki pula gemar memakai kurta iaitu sejenis pakaian ala Punjabi.

Saree 9

Dhoti kurta

November 14, 2012

[PERAYAAN DEEPAVALI]

Manisan merupakan identiti bagi masyarakat India. Manisan merupakan hidangan wajib sewaktu perayaan Deepavali disambut. Manisan sering menjadi acara pembuka sebelum memulakan majlis, acara atau perayaan. Mereka percaya ia mampu membawa kegembiraan, nilai positif dan kesejahteraan yang berpanjangan. Manisan yang lebih manis dan sedap dianggap lebih baik dan sangat dialu-alukan. Selain manisan seperti halwa dan laddu, sembilan jenis hidangan sayursayuran turut disediakan pada pagi Deepavali. Antaranya ialah aloogobi iaitu campuran ubi kentang dan kubis bunga, paneer iaitu campuran masala bersama yogurt dan kari dal. Tidak ketinggalan juga kuih-muih tradisional seperti maruku, adivasam dan payasam.

Laddu

aloo gobi

Masyarkat Hindu juga suka akan makanan yang pedas dan bagi mereka yang tidak memakan sayur-sayuran, mereka akan makan hidangan seperti ayam tandoori, sambal udang dan kari kepala ikan. Di kebanyakan rumah penganut Hindu yang mengamalkan sayur-sayuran atau vegetarian, masakan terkenal mereka ialah thosai, idlis dan roti naan akan disediakan.

10

November 14, 2012 7.0 PANTANG LARANG

[PERAYAAN DEEPAVALI]

Semasa perayaan Deepavali terdapat juga beberapa pantang larang yang perlu dipatuhi oleh masyarakat Hindu. Antara pantang larang tersebut ialah semasa pagi perayaan Deepavali mereka tidak dibenarkan menjamah makanan atau bersarapan sebelum pergi ke kuil untuk bersembahyang. Selepas pulang dari bersembahyan barulah mereka seisi keluarga makan

bersama-sama. Ini bertujuan bagi mendapatkan kesejahteraan diri dan ahli keluarga di samping memperingati ahli keluarga yang telah meninggal dunia. Selain itu, sekiranya ahli keluarga atau saudara terdekat dalam sesebuah sesebuah keluarga yang meninggal dunia, mereka tidak dibenarkan untuk menyambut perayaan Deepavali. Ini sebagai tanda kesedihan dan berkabung di atas kematian ahli keluarga mereka.

8.0

RUMUSAN

Keindahan malam Deepavali ditambah serikan lagi dengan hiasan lampu pelita dan lampu-lampu warna-warni adalah simbol untuk menghargai kepentingan cahaya sebagai anugerah daripada Tuhan. Bagi masyarakat Hindu, kegelapan bermaksud kejahilan, manakala kecerahan dimetaforakan sebagai pengetahuan.

Deepavali merupakan perayaan yang penting dalam masyarakat Hindu. Perasaan gembira ini dizahirkan dengan menyalakan lampu pelita, hiasan-hiasan yang berwarna-warni serta meraikannya bersama-sama tanpa mengira peringkat umur, jantina , budaya atau agama yang berbeza. Perasaan gembira ini mahu dikonsi kepada bangsa yang lain dan ianya dapat dilihat daripada amalan kunjung-mengunjung yang diterapkan oleh masyarakat Malaysia. Keunikan 11

November 14, 2012

[PERAYAAN DEEPAVALI]

budaya masyarakat Malaysia menjadi kebanggaan kita di mana kita dapat hidup bersama dengan melakukan amalan dan tradisi yang berbeza. Tidak timbul rasa kurang senang di kalangan masyarakat lain malah sentiasa menghormati adat dan budaya kaum tersebut. Maka, dengan resepi inilah kita rakyat Malaysia dapat hidup bersatu-padu dan aman tenteram.

RUJUKAN

A.Aziz Deraman. (2001). Masyarakat Dan Kebudayaan Malaysia(Edisi Baharu), Kuala Lumpur: DBP. M.Rajantheran & S.Manimaran. (1994). Perayaan Dan Keraian Orang India, Kuala Lumpur: Fajar Bakti.
Rujukan internet: http://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Deepavali http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/395-artikel/7736-deepavaliperayaan-cahaya-penuh-simbolik.html http://myadha.blogspot.com/2009/10/apa-itu-perayaan-deepavali.html http://keunikanperayaan.blogspot.com/2010/08/sejarah-perayaan-deepavali.html http://perayaanindia.blogspot.com/2009/03/deepavali-diwali.html http://c24perayaanmalaysia.blogspot.com/2010/08/pakaian-semasa-perayaan-deepavali.html

12

Anda mungkin juga menyukai