Anda di halaman 1dari 20

RUJUKAN

BUKU Dato Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah. Hj Muhammad Zakaria. Zizi Azlinda Yusof.(2007). Petua untuk Sentiasa Ceria. Telaga Biru Sdn. Bhd, Kuala Lumpur. Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim. Wan Mohd Fazrul Azdi Wan Razali. Hanit Osman. (2011). Kaunselin dalam Islam Edisi Kedua. Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Bangi Nilai, Negeri Sembilan. Noriati A. Rashid. Boon Pong Ying. Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. Zuraidah A.Majid. (2009). Siri Pendidikan Guru, Guru dan Cabaran Semasa. Oxford Fajar Sdn. Bhd. Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Syed Ismail Syed Mustafa. Ahmad Subki Miskon. (2013). Guru dan Cabaran Semasa Edisi Kedua. Penerbit Multimedia Sdn. Bhd. Selangor Darul Ehsan.

INTERNET http://jamilahmil.blogspot.com/2012/09/stres-di-kalangan-guru-faktor-dan cara.html/ Stres dalam kalangan guru- faktor dan cara menangani. Dilayari pada 30 Julai 2013. http://gurucakna.blogspot.com/2012/09/isu-2-guru-stress-oleh-anis-binti.html Isu 2 : Guru Stress. Dilayari pada 30 Julai 2013. http://sharimi.wordpress.com/2010/01/28/cara-cara-mengatasi-stress/. Cara-cara Mengatasi Stres. Dilayari pada 10 Julai 2013.

http://didikbaik3018.blogspot.com/2012/09/guru-ponteng-isu-serius.html Guru Ponteng. Dilayari pada 10 Julai 213 http://hijaudamai.blogspot.com/2011/11/kesilapan-guru-dalam-mendidik-murid.html. Kesilapan Guru dalam Mendidik Murid. Dilayari pada 24 Julai http://kubangpasuturn.blogspot.com/2008/04/kesan-stress-dalam-kehidupan.html Kesan Stres dalam Kehidupan. Dilayari pada 24 Julai

KAJIAN TINDAKAN Baharin bin Abu. Mariam binti Aziz. Stres Dalam Kalangan Guru Di Dua Buah Sekolah Menengah Kebangsaan Di Kawasan Skudai. Kajian Tindakan: Fakulti Pendidikan Unversiti Teknologi Malaysia.

KERATAN AKHBAR http://www.bharian.com.my/articles/Bisikanmisteriarahguruamuk/Article/ Hassan Omar. (24 Januari 2011). Bisikan Misteri Arah Guru Amuk. Berita Harian. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Muridpecahgegendangtelingaditamparg ru/Article. (26 Mei 2010). Murid pecah gegendang telinga ditampar guru. Berita Harian.

ARTIKEL DALAM MAJALAH Dr. Irfan Khairi. (Isu 53 Mac 2013). Majalah Solusi, 7 Cara Tangani Tekanan dalam Perniagaan. Telaga Biru Sdn. Bhd, Kuala Lumpur.

LAMPIRAN

2.0

DEFINISI STRES

Stres merupakan perkataan pinjaman yang bersal daripada perkataan bahasa Inggeris; stress yang membawa maksud tekanan, titik berat, dan ketegangan. Kamus Oxford pula mendefinisikan stres sebagai satu tekanan atau desakan, usaha, tuntutan ke atas keupayaan fizikal atau mental.Ini bermaksud stres adalah suatu keadaan dimana kekuatan fizikal, mental dan emosi seseorang individu teruji melampaui keupayaan tubuh dan mindanya yang tidak mampu menahan dan menanggungnya lagi. Menurut Statt (1981), stres ialah ketegangan fizikal dan psikologi yang berpanjangan untuk suatu masa, yang boleh menggugat keupayaan seseorang untuk mengendali suatu situasi. Hans Selye (1963), telah memberikan maksud yang berbeza mengenai stres dengan membuktikan di dalam kajiannya terhadap binatang. Beliau menunjukkan bahawa stres boleh menyebabkan penyakit, seterusnya penyakit yang dihidapi akibat daripada stres yang berlebihan boleh membawa maut. Daripada kajian beliau juga mendapati stres juga boleh berlaku ke atas manusia. Secara keseluruhannya stres adalah : Ketidakupayaan memenuhi tuntutan persekitaran. Gangguan fungsi kehidupan. Perubahan dinamik yang menyebabkan individu berdepan dengan masalah, kekangan dan desakan hidup. Peristiwa atau keadaan persekitaran yang mendatangkan akibat yang negatif. Tekanan yang mengakibatkan kebimbingan, keletihan dan ketegangan kepada individu. Tindak balas luaran yang mengganggu mental dan fizikal atau tindak balas kimia dalam tubuh. 4.0 MENGENDALIKAN STRES DI KALANGAN GURU Kesemua faktor yang menyumbang kepada masalah stres di kalangan guru seharusnya diambil perhatian sepenuhnya oleh semua pihak seterusnya di atasi dengan cara yang palin sesuai dan berkesan. Sebagai tunggak pendidikan negara, guru sememangnya perlu bijak menangani segala isu pendidikan agar dapat mengawal stres. Oleh itu, guru perlu bijak dalam mengendalikan stres. Kegagalan guru untuk mengendalikan stres memberikan kesan negatif kepada kesejahteraan fizikal, mental dan emosi guru sekaligus menjejaskan profesion keguruan dan bidang pendidikan negara. Stress dalam kalangan guru dapat dikendalikan dengan strategi berikut: 4.1 Kenal pasti reaksi emosional. Apabila keperluan emosi dapat dikenal pasti maka seseorang guru boleh menangani stress dengan cara yang lebih positif. Contoh situasi, seorang guru perempuan tidak bersefahaman dengan pengetua di sekolahnya. Guru tersebut telah menangani stress dengan cara yang negatif, iaitu menengking pengetua itu. Setelah guru tersebut mengetahui keperluan emosi dalam dirinya, guru tersebut sedar bahawa tindakannya adalah kerana suatu masa dahulu ayahnya telah menggunakan pendekatan yang sama oleh pengetua itu, iaitu lagak bapa yang menghukum anaknya. Guru tersebut sedar bahawa dia inginkan pengetua itu menghargai beliau. Guru tersebut telah berhadapan dengan pengetua dan memberitahu perasaannya itu. Akhirnya, hubungan mereka berjaya dipulihkan. 4.2 Komitmen sosial. Apabila berhadapan dengan stress, guru memerlukan sokongan daripada orang-orang di sekelilingnya. Oleh itu, komitmen sosial amatlah penting. 4.3 Kehidupan fizikal. Stress menjejaskan kesihatan dari segi imunisasi tubuh. Oleh itu, seseorang guru harus tahu teknik yang berkesan untuk menangani stress terutamanya menjelang waktu-waktu tekanan memuncak seperti musim peperiksaan pelajar dan pertukaran pentadbiran di sekolah. Pengetahuan dalam senaman rutin dan pelan makanan seimbang boleh membantu guru menangani stress. Seorang guru perlu memberi perhatian kepada penjagaan kesihatan dan kecergasan diri. Perbanyakkan melakukan dan menyertai aktiviti yang menjurus kepada senaman berbentuk fizikal seperti aerobik dan bermain badminton serta melakukan secara beramai-ramai bagi menimbulkan suasana yang harmoni dan penuh gelak-ketawa. Selain dari menjaga kecergasan diri, guru juga boleh bersosial dengan teman-teman rapat dalam masa yang sama untuk bertukar-tukar pandangan dan pendapat tentang sesuatu isu. Semua guru haruslah mengamalkan gaya hidup yang sihat dalam kehidupan seharian. Ini termasuklah menjaga soal pemakanan dengan pengambilan makanan yang seimbang serta banyak menghabiskan masa dengan keluarga dan mengelakkan gaya hidup yang negatif seperti merokok, minum arak, berhibur di kelab malam dan sering tidur lewat.

4.4 Intelek Guru hendaklah bergaul dengan golongan yang memiliki tahap intelek yang serupa dengan mereka kerana aspek intelek boleh membantu guru menangani stress (Gold Yvonne dan A. Roth Robert, 1993). Dengan menjadi guru tidak semestinya kita tidak perlu menambah ilmu pengetahuan terutamanya dalam mengetehui cara mengatasi stres. Guru seharusnya terus memperbanyakkan maklumat mengenai pengurusan tekanan dari pembacaan buku ataupun rencana akhbar mahupun menonton rancangan-rancangan berkaitan di televisyen. Lebih banyak maklumat yang diperolehi maka lebih mudahlah untuk seseorang guru mengurus tekanannya. Stress jika dibiarkan, boleh mendatangkan kesan sampingan yang tidak baik. Justeru adalah penting untuk mengubah diri individu untuk menangani stress dengan cara yang terbaik. Kenal pasti punca yang menyebabkan masalah tersebut dan ubah. Dengan mengetahui punca stress tersebut, individu bukan hanya meringankan masalah kini malah menghindarkan berulangnya masalah serupa pada masa akan datang. Contohnya, jika seseorang guru kecewa dengan perbalahan dengan pelajarnya, guru tersebut mungkin menyedari bahawa punca kekecewaannya itu bukan disebabkan oleh tingkah laku pelajar tetapi harapan yang tidak realistik guru berkenaan. Dengan mengubah standard yang ingin dicapai, guru tersebut akan mendapati bahawa tingkah laku pelajar tidak lagi mengganggunya. Bagi mengatasi masalah tersebut juga, Goleman (1999) telah menyarankan lima faktor atribusi terhadap masalah stress atau burnout. Faktor- faktor tersebut ialah: a) Kesedaran Kendiri (self-awareness) b) Pengawalan Kendiri (self-regulation) c) Motivasi Kendiri (self-motivation) d) Empati e) Kemahiran Sosial (social skills) Faktor atribusi pertama iaitu kesedaran kendiri bermaksud kebolehan seseorang guru untuk mengetahui perasaan mereka dalam satu-satu situasi dan keupayaan mereka untuk memilih keutamaan panduan dalam membuat keputusan. Seseorang guru yang mempunyai kesedaran kendiri juga mempunyai penilaian yang realistik tentang keupayaan diri dan mereka mempunyai keyakinan diri yang utuh. Pengawalan kendiri (self-regulation) dimaksudkan sebagai kebolehan mengurus emosi agar ianya memudahkan dan bukannya mengganggu dalam menyelesaikan sesuatu tugasan. Guru yang boleh mengawal diri mereka sentiasa berhemah dan boleh menangguhkan sementara perasaan negatif mereka. Guru sedemikian juga cepat pulih daripada tekanan emosi. Guru yang mempunyai motivasi kendiri (self-motivation) berupaya menggunakan kehendak diri dalam menggerak dan memandu arah mereka untuk mencapai sesuatu tujuan. Motivasi kendiri boleh membantu seseorang dalam mengambil inisiatif dan bersungguh-sungguh untuk memperbaiki diri. Individu dengan motivasi kendiri yang tinggi sentiasa tabah apabila menghadapi masalah atau dalam keadaan kekecewaan yang tinggi. Empati merupakan faktor atribusi yang boleh membantu seseorang mengesan perasaan orang lain. Sifat berempati juga membolehkan seseorang guru melihat atau memahami sudut pandangan orang lain. Sifat ini juga boleh menjadi faktor pencetus dan penyubur kemesraan dan keserasian dengan individu dari pelbagai latar belakang. Individu yang mempunyai sifat empati boleh menyelami keperitan, kesusahan, kekecewaan atau keraguan seseorang terhadap sesuatu perkara. Rogers (dalam Corey, Corey & Callahan 1998) menyatakan bahawa seseorang yang boleh menunjukkan sifat berempati akan lebih mudah berinteraksi dengan orang lain terutama dalam proses membantu seseorang. Guru perlu memiliki sikap ini supaya dengan mudah memahami dan mendekati murid. Murid akan berasa selesa bersama guru dengan adanya kemahiran tersebut. Faktor atribusi terakhir yang dicadangkan oleh Goleman (1999) ialah kemahiran bersosial (social skills). Beliau menyatakan bahawa faktor kemahiran bersosial ini membolehkan seseorang mengurus pelbagai emosi secara efektif dalam perhubungan. Mereka juga mampu mentafsir dengan tepat situasi sosial dan jaringannya selain daripada mahir memujuk dan memimpin. Seseorang guru yang mempunyai kemahiran bersosial yang berkesan juga mampu menjadi pakar runding yang baik disamping berkebolehan menyelesaikan konflik bagi mewujudkan kerjasama dan semangat berpasukan dalam bilik darjah. Selain itu hubungan interpersonal yang baik juga perlu bagi guru antaranya berkongsi masalah

ULASAN ARTIKEL PERKEMBANGAN HUJAH-HUJAH Stress boleh berlaku kepada semua guru samada guru sekolah menengah mahupun rendah. Satu kajian yang dijalankan oleh Azizi Yahya dan Norliza Othman mengenai punca sebenar berlakunya masalah stress dalam kalangan guru matematik di negeri Johor. Hasil kajian mendapati bahawa faktor yang paling mempengaruhi stress adalah faktor masalah disiplin pelajar yang mencatatkan nilai min keseluruhan tertinggi iaitu 3.83. Kajian juga dijalankan oleh Azrul Hisham Abdul Manaf pada tahun 2009 menunjukkan bahawa guru tidak terlepas daripada perlakuan dan sikap segelintir pelajar yang kadangkala menyakitkan hati. Antara contoh perlakuan pelajar yang membangkitkan kemarahan guru termasuklah datang lewat ke kelas, membuat bising ketika sesi pengajaran dan pembelajaran bermula, tidak hadir ke sekolah tanpa alasan yang munasabah dan bersikap biadap dengan guru. Perkara ini menyebabkan guru mengambil keputusan yang agak drastik dan berasaskan emosi untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan disiplin pelajar. Walaupun tindakan ini melanggar etika dan tatatertib seorang pendidik, namun kadangkala emosi yang tidak stabil boleh menguasai kekuatan akal fikiran yang waras. Terdapat banyak contoh sebenarnya yang berkaitan dengan tindakan disiplin berdasarkan emosi yang dilakukan oleh guru yang berkait dengan masalah disiplin pelajar. Antaranya ialah kejadian di mana 200 orang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bawang Assan di Sarawak yang telah dihukum dengan cara berendam di dalam sebuah kolam yang kotor oleh warden asrama mereka disebabkan masalah disiplin (Utusan Malaysia, 28 Julai 2007). Setahun sebelum itu,seorang guru disiplin di sebuah sekolah menengah di Kelantan telah bertindak memukul seorang pelajar berulang kali di kawasan sekolah kerana memakai seluar jeans pada hari terakhir peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ( Berita Harian, 20 Mei 2006 ). Guru bukan sahaja terpaksa berhadapan dengan para pelajar yang bermasalah tetapi juga berhadapan dengan ibu bapa pelajar yang memberikan harapan yang amat tinggi kepada para guru untuk menjadikan anak-anak mereka cemerlang dalam pelajaran. Hal ini dapat dibuktikan menerusi kajian yang telah dijalankan oleh Unit Kaunseling Jabatan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada tahun 2006 yang mendapati bahawa 83% daripada guru telah mengalami tekanan akibat harapan tinggi yang diletakkan oleh ibu bapa pelajar yang mengharapkan guru-guru di sekolah boleh membantu untuk menjadikan anak-anak mereka sebagai pelajar yang cemerlang dalam akademik. Kajian yang sama juga menyatakan bahawa kebanyakan ibu bapa akan melepaskan sepenuhnya tanggungjawab untuk mendidik anak-anak mereka kepada guru sekolah sambil mengharapkan anak mereka memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Abu Bakar Hamzah dalam artikelnya yang dimuatkan dalam akhbar Berita Harian bertarikh 23 Februari 2007 mengatakan bahawa ibu bapa kebiasaannya akan mengukur kejayaan mutlak seseorang pelajar berdasarkan kecemerlangan akademik semata-mata tanpa mengira aspek-aspek lain yang tidak kurang pentingnya seperti kemahiran dalam bidang vokasional. Akibat daripada harapan yang terlampau tinggi, kebanyakan guru terpaksa menghabiskan banyak masa mereka di sekolah untuk mengadakan kelas-kelas tambahan di luar waktu persekolahan bagi memastikan harapan ibu bapa dipenuhi.

IMPLIKASI HUJAH-HUJAH Punca-punca seperti yang dinyatakan di atas akan membawa kepada tekanan terhada guru dan menyebabkan mereka mengambil jalan-jalan tertentu untuk menyelesaikannya. Guru yang tertekan akan melakukan apa sahaja untuk memastikan tekanan yang melanda mereka berakhir. Ini termasuklah melakukan perkara yang menyalahi undang-undang dan etika pengurusan. Ponteng kerja adalah perkara serius yang dilakukan oleh individu-individu yang tertekan ( Akhiar Pardi dan Shamsina Shamsuddin, 2011 ). Perkara ini dibuktikan melalui pendedahan yang dibuat oleh akhbar Berita Harian bertarikh 12 Disember 2009 iaitu seramai lima peratus daripada keseluruhan penjawat awam di Malaysia terlibat dalam kes ponteng kerja di mana ada sesetengahnya yang tidak hadir ke tempat kerja selama tiga bulan. Satu laporan akhbar daripada Berita Harian bertarikh 27 Mac 2008 menyebutkan isu seorang guru di Perak yang tidak menghadirkan diri ke sekolah selama lebih dari 30 hari tanpa alasan yang kukuh. Akibat dari perlakuan tersebut, pihak Kementerian Pelajaran akan mengambil tindakan disipilin yang tegas terhadap guru terbabit dan mungkin akan memecat beliau dari perkhidmatan perguruan. Hal ini disokong melalui pernyataan yang dibuat oleh Ho (1997) bahawa guru yang ponteng kerja akan menyebabkan proses pembelajaran terganggu untuk satu jangka masa yang panjang. Akibatnya, banyak perkara yang tidak dapat diselesaikan dengan segera seperti kegagalan menghabiskan sukatan pelajaran dan kelewatan menganjurkan aktiviti-aktiviti ko kurikulum di sekolah. Selain itu, rancangan pengajaran yang telah ditetapkan juga tidak dapat diikuti lagi kerana telah tersasar dari perancangan asal menyebabkan perancangan baru perlu disusun semula. Akhirnya, pelajar-pelajar akan mendapat impak yang sangat negatif apabila mereka tidak mampu menjawab soalan-soalan peperiksaan dengan baik terutamanya apabila melibatkan peperiksaan-peperiksaan umum seperti UPSR, PMR dan SPM kesan dari proses pengajaran dan pembelajaran yang tidak lancar. Selain daripada ponteng kerja, guru-guru juga akan cenderung untuk melakukan tindakan yang lebih besar iaitu berhenti kerja kerana tidak lagi mampu untuk bertahan dalam kerjaya ini. Tekanan-tekanan yang datang dari bebanan tugas yang melampau, etika kepimpinan pihak atasan sekolah dan tahap disiplin pelajar yang rendah merupakan faktor utama mengapa guru berniat meninggalkan kerjaya utama mereka. (Azrul Hisham Abdul Manaf, 2009). Isu ini turut disentuh oleh satu kajian kes yang telah dijalankan oleh Erkultu dan Chafra (2006) yang menyebut bahawa tekanan yang terlampau tinggi boleh mengakibatkan pekerja berfikir untuk meletakkan jawatan. Justeru, tidak hairanlah para guru yang sememangnya berhadapan dengan bebanan kerja yang tinggi akan berniat untuk menarik diri daripada jawatan ini. Kajian juga telah dijalankan oleh Jesus (2000), beliau mendapati 50 peratus daripada guru yang menjawab borang soal selidik mengakui bahawa mereka mahu mencari kerja lain akibat tekanan yang berlebihan di sekolah. Pada pandangan saya, adalah menjadi satu kerugian yang sangat besar sekiranya kebanyakan guru yang menghadapi masalah tekanan ini meneruskan niat untuk meletakkan jawatan kerana ianya akan mengganggu keseluruhan proses pendidikan di sekolah. Selain itu, kerajaan juga terpaksa mengeluarkan kos yang besar dan menghabiskan masa yang panjang untuk memberi latihan kepada guru-guru baru bagi menggantikan kekosongan tersebut. Pelbagai langkah yang telah diambil bagi menangani masalah stress dalam kalangan guru yang semakin parah. Antaranya ialah memperkenalkan program latihan fisioterapi khas untuk golongan-golongan guru di seluruh Negara. Menurut pengarah urusan Great Life

Physio and Rehabilation, Mohd Rozaimi Che Kamaruddinata, program itu disediakan khas oleh pakar-pakar fisioterapi untuk para guru dalam memberi panduan bagaimana menguruskan stress semasa bertugas. Program ini telah berjaya dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Gading, Sungai Buloh Selangor dengan melibatkan 135 orang guru dan kakitangan sekolah tersebut. Program ini disokong penuh oleh pengetua sekolah tersebut, Siti Endon Mohamad Dahlan yang berpendapat bahawa program itu banyak memberi kesedaran kepada guru dalam menangani masalah stress di tempat kerja. Selain daripada itu, guru sepatutnya diberi pengkhususan tugas iaitu memberikan tumpuan kepada pengajaran sahaja. Memetik ucapan presiden NUTP, Hashim bin Adnan, beliau mengatakan bahawa pada hari ini, kita dapat melihat bahawa tugas guru bukan sahaja mengajar sebaliknya melakukan tugas-tugas pengurusan yang lain, di mana tugas-tugas tersebut sepatutnya dijalankan oleh individu lain. Umpamanya, pengurusan data-data murid dan sekolah menggunakan aplikasi atas talian yang baru sahaja diperkenalkan baru-baru ini .Menurut Jaafar Muhammad (2003), kebanyakan individu bekerja selama 45 jam dalam masa seminggu. Baki masa yang selebihnya pula sepatutnya digunakan untuk mengukuhkan perhubungan sosial dengan masyarakat setempat seperti berkomunikasi, menyelesaikan masalah dan melakukan aktiviti bersama keluarga, jiran tetangga dan rakan-rakan mahupun ahli bagi persatuan yang disertai oleh mereka. Sekiranya guru tidak mempunyai masa yang cukup untuk dihabiskan bersama masyarakat setempat, mereka akan membawa masalahmasalah di luar pejabat ke sekolah untuk diselesaikan. Perkara ini seterusnya akan mengganggu pula komitmen mereka terhadap tugas-tugas hakiki di sekolah. Hal ini akan menjadi semakin serius apabila murid-murid mendapat implikasi negatif seperti gagal dalam peperiksaan utama dan seterusnya negara mengalami kerugian besar terhadap penghasilan sumber manusia.

Cara- Cara untuk Menghadapi dan Mengatasi Tekanan Tekanan atau stress merupakan sebarang jenis perubahan yang menyebabkan rasa tegang fizikal, emosional dan psikologi. Ianya adalah biasa. Semua insan mengalami tekan yang berkaitan dengan kerja, keluarga, keputusan , masa depan, dll. Tekanan adalah fizikal serta mental. Ia di sebabkan oleh kejadian utama kehidupan seperti kesakitan, kematian orang yang kita sayangi, sesuatu perubahan dalam tanggungjawab atau dugaan di tempat kerja, kenaikan pangkat, kerugian, masalah kewangan atau perubahan yang tiba-tiba atau yang tidak dijangka. Sebagai respons kepada tekanan harian , badan kita secra automatik menambahkan tekanan darah, denyutan jantung, pernafasan, metabolisme dan aliran darah ke otot anda. Respons ini bertujuan untuk membantu badan anda bereaksi secara pantas dan berkesan terhadap sesuatu keadaan yang tegang. Bagaimanapun, apabila anda sentiasa bereaksi terhadap kedaan yang banyak tekanan (stressful), sama ada kecil atau besar, tanpa membuat penyesuaian fizikal, mental, dan emosional bagi menangani kesannya, maka anda boleh mengalami tekanan yang boleh menjejaskan kesihatan, kesejahteraan, tenaga, kecerdasan dan hubungan peribadi dan profesional anda. Lantaran itu, anda perlu memahami unsur-unsur utama yang boleh membawa tekanan dalam kehidupan anda dan mengambil tindakan untuk mencegahnya. Perlu diingatkan tekanan boleh membawa kesan positif. Anda perlu sedikit tekanan untuk membuat kerja anda dengan cemerlang. Kunci untuk mengurus tekanan ialah untuk memastikan tahap tekanan yang sesuai yang boleh memberi anda tenaga, keghairahan dan motivasi dan juga tahap tekanan yang boleh menjejaskan kesihatan dan kesejahteraan anda. Antara isu dan peristiwa yang menyebabkan tekanan jiwa ialah perasaan tidak mempunyai arah haluan; perasaan tidak dapat mengawal sesuatu keadaan; rasa bersalah terhadap kelewatan atau kegagalan untuk menyempurnakan komitmen; terlalu banyak komitmen berbanding dengan masa yang ada; perubahan, terutamanya perubahan yang anda sendiri tidak buat; sesuatu keadaan yang tidak menentu dan dugaan tinggi terhadap diri anda. Kesan tekanan bergantung kepada bagaimana kita memandangnya sikap . kita terhadap sesuatu keaddan. Misalnya, berpindah rumah merupkan keadaan tekanan yang tinggi. Tetapi sama ada tekanan yang anda alami itu melemahkan atau sangat menggembirakan bergantung kepada bagaimana anda bereaksi terhadap situasi yang tertentu itu. Adakah ia satu pengalaman pahit atau satu cabarang yang merangsang? Cara yang terbaik untuk menangani tekanan ialah untuk membasminya. Misalnya, jika anda tahu anda mempunyai alergi terhadap kain bulu biri, anda harus hentikan memakai pakaian itu. Maka dengan itu tekanan anda akan hilang. Jika tekan anda adalah disebabkan oleh sesuatu keadaan, anda perlu memilih sesuatu teknik yang boleh digunakan dengan serta merta apabila dihadapinya pada saat itu juga. Ubah tekanan anda kepada satu motivator dengan memandang sesuatu keadaan secara positif.Terdapat beberapa cara untuk mengurangkan tekanan dan tegangan dan berasa senang dan tenang. Berikut ialah tujuh cara yang pada pendapat saya merupakan cara yang paling berkesan bagi mengatasi tekanan dalam jiwa kita. 1) Senaman pernafasan. Pernafasan membawa banyak manfaat, termasuk mengoksigenkan darah yang membangunkan otak, melegakan otot dan menteramkan minda kita. Tarik nafas melalui lubang hidung secara perlahan-lahan dan kuat dan hembuskan nafas melalui lubang hidung secara perlahan-lahan dan penuh . Semasa menhadapi tekanan, pernafasan menjadi lemah dan pantas. Bernafas dengan kuat merupakan satu cara yang efektif untuk mengekekalkan keadaan tenang. Senaman pernafasan ialah berguna kerana ia boleh dibuat di mana- mana sahaja dan ia membawa kesan positif dengan serta merta. Kita hendaklah menjadikan senaman sebagai satu tabiat harian. 2)Tafakur (Meditation)

Apabila bertafakur bersendirian tanpa apa-apa gangguan , otak anda menjadi tenang dan hormon tertentu yang memajukan kesihatan dibebaskan. Minda yang senang dan lega membantu kita mengelakkan tekanan jiwa. Setiap hari kita perlu membelanjakan sekurangkurangnya lolima belas minit untuk bertafakur. 3)Penggambaran. Penggambaran atau visualization membantu anda membayangkan anda mencapai tujuan dan cita-cita anda seperti menjadi sihat dan berasa tenang; menjalankan tugas serta tanggungjawab dengan baik dan menangani situasi konflik secara berkesan. Juga, membayangkan anda membuat kerja yang anda mencuba untuk menguasai dengan cemerlang sebenarnya berfungsi sebagai latihan fizikal. Jadi, anda boleh menambahbaikkan prestasi anda melalui penggambaran. 4)Pengurutan (Massage). Terapi pengurutan mengurangkan denyutan jantung dan melegakan badan anda. Ia juga menambahkan kecerdasan minda kita. Minta sahabat anda memberi massage atau dapatkan khidmat seorang professional bagi membantu anda. 5)Kelegaan otot. Berbaring, bersenang-senang dan dan membiarkan otot anda di muka, tangan, bahu dan leher mengendur sekuarang-kurangnya tiga minit. Latihan ini boleh dibuat mana-mana sahaja dan ini boleh membantu anda berasa tenang dengan cepat dan mudah. 6)Muzik. Terapi muzik mendatangkan banyak faedah kesihatan bagi mereka yang mengalami tekanan dan juga kesakitan yang teruk. Muzik yang sesuai boleh mengurangkan tekanan darah, melegakan badan dan mententeramkan minda anda. Anda perlu memilih muzik ringan dan yang anda sukai dan denganya setiap hari. 7)Pengurusan masa. Kenalpasti kerja harian anda mengikut keutamaan dan menetapkan satu jadual supaya anda dapat menyiapkannya mengikut keutamaan dengan tanpa melengah-lengahkan. Kenalpasti juga kerja yang tidak mendatangkan sebarang faedah seperti gossip kosong, perbualan telefon dan yang memebazirkan masa anda. Membelanjakan masa yang lebih bagi membuat kerja yang lebih penting. Selain teknik yang diterangkan di atas, anda boleh main pelbagai aktiviti dengan anak-anak; berjalan sekurang-kurangnya dua kilometer sehari; pergi berenang di sungai atau pantai; beri perhatian kepada pemakanan; tidur lapan jam setiap malam; dan menuntun kartoon atau lawak jenaka (komedi) atau baca komik (kerana mengikut pakar perubatan gelak ketawa dan kelucuan melegakan otot, mengurangkan tekanan darah, menambahkan tahap tenaga, dan menyegarkan sistem pernafasan dan darah kita). Sumber : Utusan Malaysia, 29 Mac 2006

GURU PONTENG ISU SERIUS ANALISIS ISU: Guru Ponteng Isu Serius Guru adalah pendidik dan pembimbing kepada para pelajar yang akan menjadi warisan kebudayaan dan ilmu pengetahuan untuk kemajuan bangsa dan negara pada masa hadapan. Menurut dari laman web Wikipedia Bahasa Melayu Ensiklopedia Bebas menyatakan bahawa, guru (dari bahasa Sanskrit ) ataupun dikenali juga sebagai pengajar, pendidik, mudarris dan pengasuh merupakan tenaga pengajar dalam institusi pendidikan seperti sekolah atau tuisyen (kelas bimbingan). Dalam zaman moden ini, guru juga merupakan istilah yang digunakan untuk seorang yang pakar dalam sesuatu bidang misalnya management guru merujuk kepada seorang yang pakar dan handal dalam bidang pengurusan. Di peringkat universiti, guru diberi gelaran tutor atau pensyarah. Lazimnya guru perlu mahir dalam sesuatu mata pelajaran serta diperkukuhkan pula dengan pengetahuan dalam bidang pedagogi atau sains prinsip pengajaran. Sememangnya guru memainkan peranan penting dalam sistem pendidikan negara. Selain menyebar ilmu segala tingkah laku guru akan menjadi contoh teladan kepada pelajar selain mereka dapat membina masyarakat yang mempunyai budaya yang bertamadun tinggi. Seseorang guru yang baik seharusnya mempunyai sifat dan kualiti peribadi seperti baik hati, pandai berjenaka, sabar,bertanggungjawab, yakin pada diri dan mempunyai sifat kepimpinan (Mok Soon Sang, 1988). Golongan ini amat penting dalam usaha menjana modal insan yang berpendidikan tinggi serta berakhlak mulia. Modal insan yang berkualiti amat diperlukan oleh negara bagi membangunkan Malaysia dalam pelbagai sektor kritikal terutamanya teknologi maklumat, perindustrian, perubatan, perbankan, perdagangan dan sebagainya yang selama ini kita masih berada dalam serba kekurangan Oleh itu, amatlah mustahak untuk kerajaan menumpukan kepada usaha melahirkan modal-modal insan yang cemerlang dalam kalangan rakyat tempatan bagi menjana pertumbuhan negara ke arah yang lebih progresif dan mapan. Pendedahan-pendedahan salah laku guru-guru boleh mengakibatkan kewibawaan profesion keguruan tergugat pada pandangan umum. Salah satu contoh isu yang serius melanda profesion ini ialah isu guru ponteng tugas. Menurut laporan dari akhbar The Borneo Post, melaporkan bahawa hasil pemantauan dan pemeriksaan pihak Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) pada 22 Februari 2010, mendapati seramai 117 guru dari 11 sekolah tidak hadir bertugas, manakala pada 25 Mei 2010 pula seramai 157 guru dari 14 sekolah juga tidak hadir bertugas. Hal ini amat bertentangan dengan peranan dan tatasusila perguruan di Malaysia yang menyatakan guru perlu mematuhi kod etika perguruan iaitu menjalankan tanggungjawabnya guru kepada pelajar, ibu bapa pelajar, rakan sejawat dan masyarakat dan negara. Kita biasa mendengar isu ponteng sekolah dalam kalangan pelajar. Pelbagai pihak telah pun mengambil inisiatif bagi menagani masalah ponteng dalam kalangan pelajar. Namun isu ponteng dalam kalangan guru merupakan suatu perkara yang jarang dan tidak patut didengar memandangkan ia sebenarnya melibat suatu ancaman serius terhadap etika dan profesion perguruan itu sendiri. Menurut Kamus Dewan, ponteng didefinisikan sebagai lari daripada tanggungjawab atau tugas tanpa kebenaran. Berdasarkan definisi ini, apa yang kita dapat fahami ialah, seseorang guru yang ponteng adalah guru yang tidak melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang guru kepada pelajar-pelajarnya di sekolah. Justeru, dalam menilai isu ini, kita perlu melihat apakah punca-punca dan kesan-kesan guru ponteng dari tugasnya.

Salah satu punca masalah guru ponteng yang dilihat antara punca utama yang menyumbang kepada masalah ini ialah bebanan dan cabaran kerja yang dihadapi oleh guru itu sendiri. Bebanan dan cabaran kerjaya guru pada masa kini menuntut individu yang menceburi profesion ini untuk menjadi individu serba boleh dan multi-disiplin. Bermula dari seorang pengurus pengajaran dan pembelajaran, melaksanakan tugas-tugas pengurusan murid, kelas, rekod, dan seumpamanya. Oleh sebab itu, sepanjang seorang guru berkhidmat di sesebuah sekolah,guru perlu bersedia dari segala aspek terutamanya sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran, atau dengan makna lain , ia bermaksud bahawa seseorang guru pada masa kini mesti tahap kesediaan yang tinggi sebelum melakukan apa-apa jua tugas yang melibatkan bidangnya. Sebagai contoh, dari aspek pengurusan pengajaran dan pembelajaran, boleh dikatakan penyediaan bahan-bahan untuk mengajar dan tugas mengajar pelajar sekolah boleh menyebabkan guru mula merasakan tekanan kerana tugas tersebut perlu dilakukan setiap hari (lima hari seminggu). Tambahan pula, guru perlu memastikan kualiti bahan-bahan pengajaran sentiasa tinggi dan selalu dikemaskinikan bagi membantu mempermudah pemahaman pelajar dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Selain daripada perkara di atas, guru juga tidak terlepas daripada berhadapan dengan masalahmasalah disiplin pelajar yang menyebabkan tekanan emosi terhadap guru yang seterusnya menyebabkan guru mula meninggalkan amanah yang dipikul mereka atau dengan istilah yang lebih tepat, ponteng. Ponteng kerja semestinya menjadi jalan paling mudah untuk guru melepaskan rasa tekanan mereka biarpun perkara ini bukanlah sesuatu yang baik untuk dilakukan. Tekanan yang berpunca daripada disiplin pelajar dan beban kerja menjadi antara sebab utama memaksa guru melarikan diri daripada tugas buat sementara waktu untuk menenangkan minda mereka. Tekanan akibat perlakuan pelajar yang di luar kawalan guru dan tindakan dari sesetengah mereka yang sanggup melawan arahan yang diberikan guru menambahkan lagi tekanan yang seterusnya menyebabkan guru mula meninggalkan tanggungjawab mereka atau diistilahkan sebagai ponteng. Namun dari satu aspek, kita boleh menganggap guru terpaksa berbuat begitu kerana tidak mahu terlepas cakap atau bertindak di luar dugaan terhadap pelajar-pelajar yang akhirnya akan membawa keadaan ini menjadi semakin teruk sebagaimana kes guru mendera murid atau seumpamanya. Kita juga boleh melihat aspek-aspek lain apabila membincangkan isu guru ponteng ini. Antara salah satu faktor yang menjadi salah punca guru ponteng ialah ketidakserasian hubungan antara guru dengan pihak pentadbiran sekolah. Masalah ini merupakan masalah yang melibatkan organisasi yang menguruskan sekolah di mana seseorang guru itu bertugas. Masalah ini biasanya wujud apabila pihak pentadbiran mengamalkan gaya pentadbiran yang bersifat autokratik. Hal ini bermaksud sebarang keputusan yang ditetapkan untuk aktiviti dan pengurusan sekolah hanya dibuat oleh pihak pentadbir sahaja tanpa mengira pendapat guruguru yang sebenarnya menjadi sebahagian organisasi dalam sesebuah sekolah. Kesan gaya kepimpinan pihak pentadbir sebegini sebenarnya akan memburukkan hubungan sosial antara guru dan pihak pentadbir. Situasi ini boleh menimbulkan perasaan tidak puas hati dan memberontak dalam kalangan guru disebabkan pandangan dan luahan hati mereka tidak didengar oleh pihak pentadbir. Justeru, pernyataan ini boleh dibuktikan di mana ada guru yang ponteng ketika mesyuarat dan sesi perbincangan bersama pentadbir sekolah kerana mereka beranggapan pandangan dan pendapat mereka tidak akan diambil peduli oleh pihak pentadbiran sekolah.

Masalah ketidakhadiran guru sekolah atau isu guru ponteng juga boleh dikaitkan persekitaran kerja seorang guru itu sendiri. Ketiadaan suasana yang kondusif yang mampu menjana prestasi dalam kerjaya seorang guru juga merupakan antara faktor yang menyebabkan isu ponteng dalam kalangan guru ini berlaku. Suasana kondusif di sini merujuk kepada persekitaran fizikal yang meliputi infrastruktur dan kemudahan asas, kecekapan pengurusan organisasi ( pentadbiran sekolah ) dan perhubungan dengan rakan sekerja. Persekitaran fizikal merupakan salah satu aspek yang boleh meransang potensi guru dalam melaksanakan tanggungjawabnya di sekolah. Penyediaan infrastruktur dan kemudahan asas seperti elektrik, air dan jaringan talian komunikasi yang baik akan memudahkan seseorang guru dalam melaksanakan tugasannya. Namun begitu, hal ini amat lain khususnya apabila seseorang guru itu (terutamanya guru-baru) apabila ditempatkan di kawasan luar bandar dan pedalaman. Kemudahan-kemudahan ini agak sukar diperolehi dan perkara ini boleh menyebabkan banyak kerja guru tertangguh. Situasi ini seterusnya boleh menyebabkan guru hilang semangat dalam melaksanakan tanggungjawabnya yang seterusnya akan menyumbangkan berlakunya kes ponteng dalam kalangan guru. Oleh sebab itu, tidak hairanlah jika terdapat laporan di dadadada akhbar yang mengatakan kebanyakkan isu guru ponteng berlaku di kawasan-kawasan pedalaman sebagaimana laporan akhbar The Borneo Post yang telah nyatakan pada awal tadi. Selain itu, pengurusan organisasi yang lemah juga dilihat antara sebab guru kehilangan minat untuk melaksanakan tugas mereka dengan lebih efisien. Tekanan pihak pentadbir yang sentiasa mahukan setiap guru menerima jawatan-jawatan (yang tidak berkaitan dengan kepakaran sebagai seorang guru) yang diberikan kepada mereka merupakan suatu lagi bentuk paksaan yang terpaksa dihadapi oleh para guru. Ada juga guru tertekan kerana gaji dan kemudahan dinikmati tidak setimpal dengan tanggungjawab yang perlu dipikul. Ini kerana, kebelakangan ini banyak aktiviti atau program yang harus mereka selia dan hadiri di sekolah, sedangkan pada masa sama mereka juga harus menunaikan tanggungjawab lain, terutamanya menguruskan keluarga sendiri. Punca-punca yang dinyatakan di atas sememangnya menyumbang kepada berlakunya masalah ketidakhadiran kerja atau isu ponteng dalam kalangan guru. Terdapat banyak implikasi atau kesan yang negatif kepada pelbagai pihak apabila isu ini sering berlaku terutamanya apabila ia tidak dikawal dan ditangani dengan baik. Sebagai contoh, ketiadaan guru ketika khidmat mereka ditagihkan menjadikan pelajar hilang punca kerana kebergantungan mereka terhadap guru untuk mendapatkan ilmu. Banyak masa yang sepatutnya digunakan pelajar untuk menimba daripada guru berkenaan akan berlalu begitu sahaja. Malah apa yang lebih membimbangkan, perkara negatif juga boleh turut menyumbang kepada gejala ponteng dalam kalangan pelajar memandangkan mereka mempunyai peluang untuk melakukan demikian hasil sikap guru mereka sendiri sebagaimana pepatah Melayu mengatakan, guru kencing berdiri, murid kencing berlari-lari . Apa yang lebih membimbangkan ialah, prestasi pelajar dalam peperiksaan juga akan menurun apabila guru gagal untuk menghabiskan silibus pengajaran seperti yang terkandung dalam rancangan pengajaran mereka. Perkara yang sama juga turut berlaku kepada aktiviti-aktiviti kokurikulum di mana aktiviti-aktiviti ini juga tidak akan berjalan dengan lancar tanpa kehadiran guru untuk memberi khidmat nasihat dan panduan berguna kepada persatuan dan kelab. Sememangnya ketidakhadiran guru atau masalah isu guru ponteng ini akan meninggalkan impak yang amat ketara kepada pelajar, bahkan lebih teruk lagi ia juga boleh menjadi sebab utama menyumbang kepada masalah disiplin dan akhlak pelajar itu sendiri.

Kesilapan Guru Dalam Mendidik Murid Sekolah Rendah Maaf saya ucapkan, jika tajuk ini sudah menimbulkan satu goresan pada hati para guru.Sabar, bacalah sehingga akhir, supaya hati itu lega tanpa retak sebelum masa. Saya akui, subjek guru dan pendidik sering ditulis dengan perkataan berjasa dan mulia. Tetapi kali ini, saya ingin menulis tentang kesilapan yang dilakukan oleh para guru supaya ia menjadi teladan untuk pembaikan. Baca dengan sangkaan baik, supaya ia mendatangkan manafaat. Kesilapan Guru Dalam Mendidik Kanak-Kanak 1. Bahasa yang kasar dan biadap. Penggunaan bahasa biadap dan kasar, terutama kepada pelajar sekolah rendah, memberi impak yang besar terhadap pembinaan minda pelajar. Guru-guru harus sedar, penderaan melalui bahasa dan komunikasi menghasilkan satu pukulan yang lebih teruk berbanding penderaan fizikal. Saya akui, konsep denda adalah salah satu cara psikologi yang boleh diguna pakai dalam mendidik. Malangnya, penggunaan perkataan yang biadap dan kasar sama sekali tidak tepat bahkan ia jauh dari nilai Islam. "Bodoh" "Lembab" "Tolol" "Auta" Pelajar sekolah rendah, disekitar umur 6-12 tahun, adalah satu tempoh masa yang sensitif dalam proses pembinaan minda mereka. Saat ini, pelajar masih diperingkat "mula" berfikir dan faham. Sesetengah pelajar, masih lagi teragak-agak, takut, tiada keyakinan, tidak faham dan sedang memahami. Maka ia satu tempoh yang tidak wajar untuk dihukum dengan perkataan muktamad ataupun perkataan membunuh seperti ini. Pemerhatian semasa disekolah rendah dahulu. Saya dapat melihat, satu perbezaan ketara pada corak pengunaan bahasa guru, berdasarkan peringkat kelas. Pelajar kelas nombor 1, bahasa yang digunakan oleh guru, sangat sopan, jarang menengking dan atau melenting. Pendek kata, nada suaranya sedap didengar. Tetapi, berbeza dengan kelas-kelas yang tercorot kebelakang. Kalau ada suara guru meraung, menjerkah, mencerca. Semestinya ia datang dari kelas yang paling belakang. Kenapa begitu? Jawapan yang kita biasa dengar ialah "Anak murid itu kurang ajar!" "Degil!" "Budak perangai jahat!"

2. Kekasaran dan denda yang dilakukan secara terbuka. Saya masih ingat, disekolah dahulu, siapa yang 'bodoh'. Akan disebut namanya di dataran sekolah. Manakala siapa yang 'cerdik' akan diberi hadiah dan pujian. Saya hairan, kenapa sistem seperti ini diamalkan di sekolah pada masa itu? "supaya pelajar lebih berdisiplin?" "Supaya pelajar takut dan akan serius?" Isteri saya berkongsi kepada saya,tentang pengalamannya semasa disekolah. Katanya, guru besar sekolahnya sering mencerca pelajar 'bodoh' di dataran sekolah dengan kata-kata yang kesar dan biadap. Apabila saya bertanya pada isteri saya, adakah kamu juga pernah ada kisah ngeri semasa sekolah rendah? Katanya, dia pernah mengalami satu fasa,dimana dia tidak mahu ke sekolah, mencari jalan untuk ponteng. Atas sebab, takut. Dan yang paling mengejutkan, ketakutan itu bukan disebabkan guru memarahinya, tetapi akibat takut melihat perlakuan guru memarahi pelajar lain dengan cara yang amat 'luar' biasa bagi pelajar yang berumur 6-12 tahun.

KESAN STRESS DALAM KEHIDUPAN 1. DEFINISI STRESS Setiap manusia di dunia ini tidak terlepas dari mengalamai ketegangan dan tekanan emosi yang berkaitan dengan pelbagai faktor. Dalam hal ini setiap individu menpunyai pelbagai cara untuk menangani permasaalahan yang melibatkan tekanan emosi dan perbezaan cara itu pula akan menentukan sejauh mana kemampuan mereka dalam menangani masalah tersebut dengan berkesan. Keberkesanan kaedah yang dilakukan akan membuktikan keupayaan kognitif individu terbabit. Perkataan stress berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud ketat atau tegang. Menurut Selye (1979), Stress is any kind of pressure thats affects a person in his daily life. This effect may be healthy or unhealthy depending on his reaction to the stress factor. Barlow (1999) pula menyatakan bahawa stress berpunca daripada gerakbalas fisiologi tubuh badan terhadap stressor yang melibatkan perubahan dan memerlukan adaptasi. Stres adalah kesan daripada permintaan terhadap badan, maka apabila semua permintaan ini melebihi keupayaan badan untuk memenuhi atau mengatasinya, akan berlakulah ketegangan. Seseorang yang dilanda stress akan mengalami kecelaruan fikiran yang menyebabkan fikiran menjadi kusut dan emosinya akan .terganggu. Selye (1979) menjelaskan bahawa persoalan ini sering berlaku ke atas remaja kerana mereka merupakan golongan yang masih mencari identiti diri dan sering terjebak ke dalam gejala-gejala yang boleh mengganggu fikiran dan emosi. Panduan yang terancang perlulah diketengahkan agar mereka dapat memandu dan mengawal diri daripada melakukan perkara-perkara di luar kawalan diri. Dalam menjelaskan lagi pemahaman terhadap stress, Kalat (1999) menyatakan bahawa stress adalah komponan kesihatan emosi. Keadaan emosi yang terganggu boleh mempengaruhi seseorang seperti hilang keyakinan, cepat meradang, agresif, hilang konsentrasi dan kegelisahan. Remaja merupakan pelapis yang bakal menjadi pemimpin di masa depan. Jika masyarakat hari ini memandang sepi akan gejala ini, tidak mustahil suatu hari nanti remaja akan menimbulkan banyak masalah samada terhadap intitusi keluarga masyarakat maupun negara. 3. PUNCA STRESS Pengkaji-pengkaji lepas rata-ratanya menyatakan di antara punca utama stress ialah personaliti individu , persekitaran, gaya hidup dan kerjaya, perubahan dalam organisasi dan perhubungan antara staf (Boyle, Borg,1995 dan Kyriacou & Sutcliffe, 1978b). Manakala Darley. (1986), telah mengemukakan beberapa faktor yang menjadi punca stress khususnya yang berlaku di kalangan masyarakat seperti amalan pemakanan, keupayaan diri yang terhad, kerja yang tidak terancang dan rehat yang kurang. Roslan Ibrahim. (1991), pula menambah rakan yang bermasalah, masalah keluarga dan kewangan turut menyumbang kepada punca berlakunya stress. Penyebab ataupun punca kepada 'stress' berbeza-beza di antara satu individu dengan individu yang lain. Antara lain dapat dikategorikan sebagaimana berikut: 3.1 Amalan Pemakanan

Stress sering dikaitkan dengan amalan pemakanan. Sesetengah orang cukup selesa dengan mengambil makanan dalam kuantiti yag sedikit manakala yang lain pula mengalami pertambahan selera makan yang mendadak dan mengambil kuantiti makanan yang berlebihan tidak mengira waktu. Dalam mengharungi dunia kehidupan yang semakin mencabar, aspek pemakanan jarang diberikan perhatian yang khusus di kalangan masyarakat. Kehidupan yang padat dan tugasan yang perlu diselesaikan menjadikan mereka mengabaikan jadual makan yang sempurna. Dr. Azahari Rosman (1992) menyifatkan bahawa makanan adalah punca kepada segala jenis penyakit. Apabila tubuh mengalami masalah kesihatan, seseorang itu akan mudah mengalami tekanan emosi. Islam sentiasa menggalakkan umatnya bersederhana dalam amalan kehidupan dan mengarahkan manusia memberikan hak-hak tubuh badan seperti rehat dan tidur yang cukup. Amalan pemakanan yang tidak teratur akan menyebabkan kelesuan, kepenatan dan berlanjutan kepada masalah stress. 3.2 Keupayaan Diri Yang Terhad Sesetengah individu sering memikirkan apakah yang terbaik mampu dilakukan oleh diri mereka. Bagi yang teliti atau cerewet, sering akan mengabaikan pendapat rakan sekumpulannya dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan. Ia akan berpendapat bahawa idea sendiri adalah lebih baik daripada idea dan pendapat orang lain. Bagi mendapatkan kepuasan itulah mereka akan mengabaikan keupayaan diri sendiri dan tidak mampu memikul bebanan tugas sepertimana rakan sekumpulan. Ini akan menimbulkan stress kepada mereka. 3.3 Kerja Yang Tidak Terancang Kebanyakkan individu sering mengabaikan tugasan-tugasan yang diberikan kepada mereka dan gemar membuat kerja di saat akhir. Sikap sedemikian akan memerangkap diri sendiri. Tugasan yang semakin bertambah di samping keupayaan diri yang terhad dalam menyelesaikan masalah akan mengundang kepada stress yang kronik. 3.3 Rehat Yang Kurang Ramai individu menghabiskan masa dengan perkara yang sis-sia seperti keluar bersiar-siar hingga larut malam, menonton video, atau pun berbual-bual kosong dalam tempoh yang lama. Tidur yang berkurangan akan menyebabkan tubuh tidak mendapat rehat yang mencukupi bagi menghadapi rutin harian keesokkan harinya. Akibatnya, individu tidak mendapat rehat yang mencukupi bagi menghadapi rutin seharian. Kesan dari itu proses kehidupan akan terganggu dan individu akan mengalami stress apabila fizikalnya tidak mempunyai kerehatan yang mencukupi. 3.5 Rakan Yang Bermasalah Kebanyakkan tugasan ilmiah bagi individu yang menuntut di institusi pengajian tinggi adalah melibatkan kerja berkumpulan. Adalah mendukacitakan sekiranya terdapat rakanrakan sekumpulan yang tidak memberikan komitmen yang sepenuhnya terhadap tugasan tersebut. Bagi individu yang berhadapan dengan masalah ini mereka terpaksa melakukan semua kerja secara bersendirian. Impak dari tindakan ini akan menyebabkan mereka kekurangan masa bagi menguruskan perkara lain. 3.6 Masalah Keluarga Masalah stress yang berpunca daripada keluarga yang bermasalah merupakan salah satu punca yang paling kerap dihadapi oleh individu. Ada juga individu mengalami stress kerana merasakan diri terabai dari kasih sayang keluarga kerana bilangan ahli keluarga yang ramai.

Kebanyakkan ibu bapa tidak mampu menangani atau melayan anak remaja mereka mengikut peredaran usia remaja terbabit. Mereka lebih suka mengenakan kawalan dan peraturan yang menyekat kebebasan individu terbabit. Hasilnya individu atau anak-anak mereka akan mengalami tekanan emosi dan mengundang kepada stress. 3.7 Masalah Kewangan Wang dianggap sebagai nadi di dalam menjalani kehidupan seharian bagi setiap individu. Ianya tidak menimbulkan sebarang masalah bagi golongan yang berkemampuan. Namun begitu bagi golongan yang berpendapatan rendah masalah ini akan menekan fikiran mereka. Kos-kos yang melibatkan makan minum, perbelanjaan harian, bahan bacaan, yuran, dan pelbagai projek ilmiah bagi pelajar institusi pengajian tinggi menuntut jumlah yang bukan sedikit dan ini akan mengganggu tumpuan mereka terhadap pelajaran.

Bisikan misteri arah guru amuk 2011/01/24 - 06:42:48 AM Oleh Hassan OmarCetakEmel Kawan KOTA KINABALU: Suara bisikan yang menusuk telinga guru lelaki dikatakan menjadi punca dia mengamuk menggunakan pedang samurai menyebabkan 14 guru termasuk dua wanita terpaksa menyembunyikan diri dalam hutan paya bakau di Kampung Sabur, Pulau Banggi dekat Kudat, kira-kira 300 kilometer dari sini, tengah malam Selasa lalu. Suara itu dikatakan mengarahkan suspek berusia 30 tahun itu mencederakan orang di sekelilingnya termasuk rakan setugasnya selain memarahi suspek kerana terus berkhidmat di kampung terpencil itu sedangkan dia sepatutnya sudah dibenar berpindah ke bandar. Selepas berkhidmat lapan tahun di Sekolah Kebangsaan (SK) Sabur yang hanya mampu dikunjungi menggunakan perahu atau bot serta tiada kemudahan bekalan air dan tenaga elektrik, suara berkenaan dikatakan menghasut suspek berpindah kerana sekolah itu kononnya tidak sesuai lagi untuk suspek. Sumber berkata, hanya selepas tiga hari ditahan reman, suspek menjelaskan punca dia mengamuk mengggunakan pedang samurai hingga rakan setugasnya bertempiaran lari dalam kegelapan malam dan meredah hutan paya bakau. Suspek mendakwa suara perempuan itu mengganggunya sejak beberapa minggu lalu menyebabkan dia tidak tahan lalu mengamuk, katanya ketika dihubungi, di Kudat semalam. Banggi dengan keluasan 432 kilometer persegi adalah pulau terbesar di Malaysia yang boleh dikunjungi dengan menaiki feri dari Kudat dengan tempoh perjalanan satu setengah jam. Dalam kejadian jam 12.30 tengah malam 18 Januari lalu, 14 guru bertarung dengan nyamuk dan pacat kira-kira 11 jam dalam hutan paya bakau ketika bersembunyi daripada suspek. Seramai 12 guru lelaki yang mengajar di sekolah itu antara dua hingga 10 tahun, serta dua guru wanita yang baru berpindah sebulan lalu, sedang tidur sebelum dikejutkan dengan hentakan kuat pada dinding dan pintu, selain pekikan suspek. Mereka melompat keluar dari rumah papan setinggi kira-kira dua meter untuk melarikan diri ke hutan paya bakau dan keluar apabila polis tiba jam 12 tengah hari. Sumber berkata, reman suspek berakhir esok dan Mahkamah Majistret Kudat bakal menentukan sama ada suspek diarah menjalani pemeriksaan psikiatri di Hospital Mesra Bukit Padang.

Murid pecah gegendang telinga ditampar guru

2010/05/26 - 06:08:21 AMCetakEmel Kawan 183 KODIANG: Seorang murid Tahun Lima sekolah rendah di sini, berkemungkinan pekak selepas telinga kirinya ditampar seorang guru lelaki hingga menyebabkan gegendangnya pecah, Khamis lalu. Selain pecah gegendang telinga, mangsa, Mohd Khairil Azry Zulkifli, 11, turut mengalami bengkak di dahi apabila kepalanya terhentak ke dinding selepas ditampar guru lelaki berusia 40-an dalam kejadian jam 12.45 tengah hari di Sekolah Kebangsaan Siputeh, Padang Sera, di sini. Kejadian itu bermula apabila seorang guru wanita mengarahkan murid kelas itu, termasuk Mohd Khairil berpindah dari tingkat dua ke tingkat bawah blok bangunan sekolah itu yang sedang digunakan murid Tahun Tiga bersama guru lelaki terbabit. Difahamkan tindakan Mohd Khairil memasuki kelas itu bersama tiga rakannya ketika guru lelaki itu masih berada dalam kelas berkenaan mengundang kemarahannya. Berikutan itu, guru terbabit memarahi Mohd Khairil serta tiga murid lain sebelum menampar keempat-empat mereka. Seorang daripada mereka turut cedera ditampar. Bapa mangsa, Zulkifli Romli, 45, berkata, beliau hanya mengetahui kejadian itu selepas isterinya, Che Waqi Baharom, 45, memberitahu ada kesan darah di telinga kiri anaknya yang mengadu sakit telinga. Isteri memaklumkan selepas balik ke rumah pada jam 1.30 tengah hari, anak saya tidak seperti biasa dan terus tidur sebelum mengadu sakit telinga. Saya mendesak dia memberitahu perkara sebenar sebelum mengetahui dia ditampar gurunya. Kami kemudian ke sebuah klinik di Arau, Perlis sebelum dirujuk ke Hospital Tunku Fauziah, Kangar pada jam 9 malam. Anak saya dirujuk kepada pakar telinga, hidung dan tekak (ENT) yang kemudiannya mengesahkan gegendang telinga kirinya pecah, malah pemeriksaan juga menunjukkan anak saya mengalami masalah pendengaran, katanya ketika ditemui semalam.

Anda mungkin juga menyukai