Anda di halaman 1dari 3

LAPORAN MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2013/1434 HIJRAH SEKOLAH KEBANGSAAN DALAM RU.

Tarikh Masa Tempat

: 22 Ogos 2013 : 7.45 pagi : Dewan Mutiara, SK Dalam Ru

Pada 22 Ogos 2013 yang lalu, SK Dalam Ru telah mengadakan majlis sambutan hari Raya Aidifitri yang bertempat di Dewan Mutiara, SK Dalam Ru bagi menyambut bulan Syawal yang datang selepas seusai sebulan berpuasa di bulan Ramadhan yang lalu. Majlis ini dimulakan bermula tepat jam 7.45 pagi dimana semua murid dan guru diminta untuk berhimpun di Dewan Mutiara. Semua guru dan murid berpakaian dengan cantik sekali dan indah mata dipandang oleh mereka yang hadir. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh pengacara majlis pada hari tersebut iaitu Ustaz Muhammad Farhan dan Ustaz Muhammad Suyuthi. Setelah itu, majlis menjemput Ustaz Ramli Majid untuk membacakan doa bagi memberkati majlis agar ianya dapat berjalan dengan lancar. Selesai sahaja bacaan doa, majlis telah menjemput wakil pentadbir iaitu Encik Mohammad Hazlee selaku GPK 1 (Akademik) untuk memberikan sedikit ucapan kepada muridmurid sebelum acara persembahan di dewan bermula. Selesai sahaja ucapan wakil guru, para guru diminta untuk ke dataran perhimpunan bagi sesi bergambar sempena dengan majlis yang diadakan pada hari tersebut. Setelah itu,acara persembahan murid menyusul selepas sesi bergambar. Bagi persembahan yang pertama, ianya diwakili oleh kumpulan qasidah di bawah bimbingan Ustaz Wan Mohd Saufi dan Cikgu Wan Mohd Firdaus. Persembahan kedua pula iaitu nyanyian nasyid di bawah bimbingan Ustaz Farhan dan Cikgu Abdul Rahim. Untuk persembahan murid yang terakhir pula nyanyian lagu raya dibawah seliaan Ustaz Suyuthi. Selesai persembahan murid-murid, giliran guru-guru pelatih pula membuat persembahan nyanyian raya secara berduet. Selesai acara persembahan guru dan murid sebentar tadi, murid-murid dilepaskan selama 40 minit untuk sesi rehat bagi Tahap 1 dan Tahap 2. Selepas sahaja sesi rehat muridmurid, tibalah acara jamuan yang dinantikan oleh semua guru dan juga murid-murid SK Dalam Ru. Pelbagai juadah seperti nasi, kuih-muih, pencuci mulut dan sebagainya disediakan oleh guru-guru sendiri. Untuk murid-murid pula, pihak sekolah telah menyediakan nasi bungkus, air

minuman dan ais krim kepada mereka semua. Makanan-makanan tersebut diagihkan oleh guru dan murid-murid ini menjamu selera di dewan tersebut secara beramai-ramai. Tepat jam 12.30 tengahari, majlis ini telah tamat dengan jayanya. Diharapkan agar majlis ini dapat memberikan kenangan manis kepada semua guru dan murid khususnya murid Tahun 6 yang bakal meninggalan sekolah ini tidak lama lagi. Terima kasih kepada semua guru dan murid yang telah bertungkus-lumus bekerja bagi menjayakan majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini dengan baiknya. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa kalian, insyaAllah.

Disediakan oleh:

(MUHAMMAD FARHAN BIN SURIA)

Dokumentasi Bergambar:

Anda mungkin juga menyukai