Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH KEBANGSAAN MEGAT DEWA 06100 Kodiang Kedah Darul Aman Tel: 04.

9252181

KERTAS KERJA KEM INSAN BESTARI INSAN BERKUALITI


1. RASIONAL

Perkhemahan adalah antara aktiviti utama kegiatan kokurikulum di sekolah. Melalui aktiviti ini unsur-unsur asas pembangunan kemanusiaan dipupuk secara hands on dengan para peserta mengalami sendiri situasi-situasi yang membuktikan pentingnya sifat-sifat mulia seperti bertolak ansur, bertoleransi, tolong-menolong, berdisiplin dan lebih mengutamakan kepentingan bersama daripada kepentingan diri sendiri. Aktiviti perkhemahan juga mendedahkan para peserta kepada cabaran-cabaran fizikal dan mental yang secara langsung akan memantapkan semangat juang dan keyakinan diri masingmasing, di samping memberi kesempatan kepada para peserta itu mengembeleng daya inovasi dan kreativiti mereka dalam menyelesaikan masalah. Seterusnya perkhemahan yang dilaksanakan secara sistematik dan bersepadu, secara langsung atau tidak, mewujudkan peluang kepada para peserta mengembangkan kemahiran kognitif, afektif, dan psikomotor masing-masing. Demikian jugalah aktiviti-aktiviti perkhemahan yang berteraskan unsur-unsur patriotisme akan turut menyumbangkan kepada pengukuhan perasaan cintakan bangsa dan negara.

2.

MATLAMAT PROGRAM

Sesuai dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, maka program ini dirancang sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk melahirkan generasi pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek serta berpotensi untuk memberi sumbangan kepada kesejahteraan dan kemajuan diri sendiri , masyarakat, bangsa, agama dan negara. Dalam konteks perkhemahan ini, 1

aktiviti-aktiviti

yang

dirancang

akan

memberi

peluang

kepada

para

peserta

memperkembangkan potensi diri masing-masing khususnya dari segi kepimpinan dan Kreativiti disamping memperkukuhkan disiplin kendiri, semangat kerjasama dan kesediaan berdikari serta bertanggungjawab. Untuk membantu merealisasikan matlamat utama di atas, maka pelaksanaan perkhemahan ini adalah juga bertujuan untuk melahirkan generasi pelajar yang berwawasan, mempunyai imej kendiri positif, berakhlak mulia serta berfikiran matang sehingga mampu menangani masalah dan pancaroba hidup seterusnya. Melalui aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan adalah dihasratkan agar para peserta memupuk kesedaran dan kefahaman perlunya mengamalkan prinsip-prinsip berorganisasi kearah mencapai matlamat diri dan organisasi, mencintai keindahan dan keceriaan alam sekitar, membina sahsiah yang berdya saing, berdaya tahan dan berdaya juang yang tinggi. 3. OBJEKTIF Dengan adanya Kem Insan Bestari Insan Berkualiti ini ianya dapat : 4.1 4.2 4.3 4.4 4.5 4.6 4.7 Mendedahkan para peserta kepada aspek-aspek asas perkhemahan. Melatih para peserta berkomunikasi antara satu sama lain. Melatih para peserta melaksanakan aktiviti-aktiviti kehidupan seharian secara teratur dan berdisiplin. Memberi peluang kepada para peserta berseronok dan berekreasi dalam suasana semula jadi yang kondusif. Memberi peluang kepada para peserta mengembangkan kreativiti masing- masing dalam bidang kesenian dan kebudayaan. Membimbing para peserta menghayati dan mengamalkan rukunrukun beragama dan kehidupun bermoral. Melatih pelajar supaya lebih cekal dan tabah dalam menghadapi segala dugaan dan rintangan dan dapat menyesuaikan diri bila berada di dalam kehidupan bermasyarakat.

4.8

Mewujudkan hubungan kerjasama dan sikap saling bantu membantu di antara sesama pelajar dan juga guru-guru.

4.

PELAKSANAAN Tarikh : 10 NOVEMBER 2010 ( SABTU ) Masa Tempat : 7.30 pagi hingga 6.00 petang : SK Megat Dewa.

5.

KUMPULAN SASARAN Murid tahun 4 dan 5 (50 orang) ( Lihat Lampiran A )

6.

SUMBER PEMBIAYAAN Pembiayaan untuk Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform Murid Tahap 2 melalui permohonan kepada UNIT KOKURIKULUM, SEKTOR PEMBANGUNAN MANUSIA, JABATAN PELAJARAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN

7.

JAWATAN KUASA PELAKSANAAN Semua AJK adalah guru SKMD, guru-guru peserta kursus Program Pengsisiwazahan guru ambilan Februari 2012 IPD Kampus Darul Aman BIG Kumpulan 13 dan Pelajar yang dilantik. ( Lihat Lampiran B )

8.

ANGGARAN PERBELANJAAN

Semua perbelanjaan diperincikan dalam Lampiran C, termasuk 10 % perbelanjaan runcit. 9. SUSUN ATUR PROGRAM Rujuk Lampiran D. 10. TINDAKAN PROGRAM 11.1 11.2 11.3 11.4 Program Memasang Khemah - dikendalikan oleh semua guru SKMD dan PPG Program Malaysia Cergas - dikendalikan Jawatankuasa diketua oleh Encik Nasharudin (PPG) Program Latihan Dalam Kumpulan (LDK) - dikendalikan oleh Skuad PPG Program Kerohanian. - dikendalikan oleh Ustazah Rabiatul Fakihah bt Hj Ahmad 11. KESIMPULAN

Adalah diharapkan program seumpama ini dapat mencapai objektif dan matlamat yang dirancangkan serta akan dapat mewujudkan kerjasama yang erat dan persefahaman yang seiringan antara sesama pelajar, guru-guru dan ibu bapa selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Melalui Misi, Visi dan objektif SKMD dan pencapaian matlamat dalam PIPP harapan kursus ini mencapai sasarannya.

12.

ULASAN DAN SOKONGAN

Disediakan Oleh: ................................. Pn Rusnazira Bt Rosli Setiausaha, Kem Insan Bestari Insan Berkualiti Sekolah Kebangsaan Megat Dewa.

Disemak dan disahkan oleh: ............................................ GB SK Megat Dewa

Anda mungkin juga menyukai