Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI

Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat saya siapkan tugasan yang diberikan melebihi tempoh masa yang ditetapkan. Tugasan yang diberikan memerlukan saya membuat kajian mengenai amalan keselamatan bengkel bagi murid Tahun 6. Responden kajian saya melibatkan murid Tahun 6 Sekolah Kebangsaan Wawasan Seremban 2. Banyak pengajaran yang telah saya peroleh disepanjang proses menyiapkan tugasan ini. Pada awalnya saya mengalami masalah untuk memahami objektif tugasan dengan jelas serta tiada rujukan. Tugasan ini juga dilaksanakan dalam tempoh saya berpraktikum menyebabkan saya mengalami kesukaran untuk berkolaborasi dengan rakan-rakan dan pensyarah. Saya mengambil inisiatif lain iaitu dengan mencari rujukan di dalam laman web dan buku rujukan. Masalah lain yang saya hadapi semasa proses menyiapkan tugasan ialah murid Tahun 6 menjalani latihan intensif untuk menduduki ujian UPSR. Jadi sukar bagi saya untuk mengedarkan dan menerangkan borang soal selidik yang dibuat. Saya juga cuba meminta izin guru Tahun 6 namun, guru tersebut menyarankan saya supaya tidak menganggu proses pembelajaran mereka. Oleh sebab itu, saya mengambil langkah lain dengan berbincang dengan guru lain untuk mengambil sedikit masa beliau untuk mengedarkan borang soal selidik. Setelah borang soal selidik siap diisi oleh pelajar, saya mula menganalisis borang-borang tersebut. Satu pengalaman dan ilmu yang baru saya belajar ialah menggunakan perisian SPSS di mana saya memerlukan perincian data sebelum memulakan proses analisis. Perisian ini sangat berguna dan mempercepat kerja-kerja saya. Perisian ini bukan sahaja memudahkan kerja saya malah boleh dikatakan 70% daripada perisian ini membantu saya dalam proses menyiapkan tugasan dengan mencari nilai-nilai min dan membina graf yang sesuai. Jadual dan graf ini dapat dipindahkan ke perisian Microsoft Word yang mana lebih memudahkan saya membuat olahan.

Akhir sekali saya berharap dengan pengalaman dan pengajaran yang telah saya timba dalam proses tugasan ini, dapat saya gunakan pada masa akan datang dan membuat peningkatan pada diri.

Anda mungkin juga menyukai