Anda di halaman 1dari 19

Objektif Sintesis Sebelum tamat pengajaran, tidak kurang daripada 20 minit (C), pelajar kelas tingkatan 6 Arif (A)

mampu untuk menerangkan (B) semua peristiwa di bawah:

Sekumpulan pelajar tingkatan enam Arif telah mengikuti satu lawatan sambil belajar ke Mahkamah Majistret di Kota Bharu yang dianjurkan oeh sekolah mereka. Apabila sampai di sana mereka dijemput masuk untuk melihat suasana dalam mahkamah. Semasa berada dalam Mahkamah tersebut telah timbul satu persoalan dalam fikiran mereka, jenis kes yang bagaimanakah yang diterima oleh Mahkamah majistret (1/b.8) dan berapa jenis mahkamah Majistret yang terdapat di Malaysia (1/b.8). Mereka juga telah di beri peluang untuk menyaksikan suasana perbicaraan kes

rompakan kereta yang berlaku di Tanah Merah pada 26 Mac 2008. Tertuduh mengaku tidak bersalah atas tuduhan tersebut dan tertuduh telah melantik seorang peguam untuk membelanya. Peguam bela telah mengemukan bukti dan fakta serta hujah-hujah kepada hakim untuk membuktikan bahawa anak guamanya tidak bersalah atas tuduhan yang dibicarakan. Pelajar Tingkatan Enam telah terfikir apakah Prosedur yang harus di lakukan untuk memulakan sesuatu perbicaraan di Mahkamah

Majistret(1/b.8).Berdasarkan bukti yang diutarakan oleh penguambela, tertuduh tidak dapat membuktikan bahawa beliau tidak bersalah di atas tuduhan tersebut. Hakim yang mengetuai perbicaraan tersebut telah menjatuhkan hukuman penjara 3 tahun dan denda RM 5000. Setelah ketua hakim menjatuhkan hukuman keatas tertuduh, semua pelajar tertanya adakah hukuman itu adalah hukuman maksimun yang boleh dikenakah oleh Mahkamah Majistret (1.b.8).

Soalan Sintesis Bagaimanakah cara pelajar dapat menggunakan masa yang singkat ketika berada dalam mahkamah dengan mengambil kira : 1. jenis kes yang bagaimanakah yang diterima oleh Mahkamah majistret

2. berapa jeniskah mahkamah Majistret yang terdapat di Malaysia


3. apakah Prosedur yang harus di lakukan untuk memulakan sesuatu perbicaraan di Mahkamah Majistret 4. hukuman maksimun yang boleh dikenakah oleh Mahkamah Majistret Jawapan 1. Setelah para pelajar pulang dari lawatan ke Mahkamah Majistert, pelajar dapat mengaplikasikan perbicaraan dari kes yang didengar oleh mereka bahawa kes yang dikendalikan oleh mahkamah majistret ialah kes-kes sivil dan jenayah. Mahkamah majistret juga mengeluarkan Writ dan saman serta waran seperti menjadi anggota perhimpunan haram, merompak, rasuah, dan sebagainya 2. Mahkamah majistret yang terdapat di Malaysia ialah dua iaitu mahkamah majistret kelas I dan Majistret kelas II 3. Bagi memulakan perbicaraan bagi kes sivil, pihak penuntut (plantif) perlu meminta satu Writ. Writ adalah satu dokumen yang dikeluarkan oleh Mahkamah iaitu meminta pihak pembela supaya hadir pada masa dan dalam tempoh yang di tetapkan 4. Mahkamah Majistret menpunyai bidang kuasa seperti berikut iaitu membicarakan semua kesalahan di mana hukuman penjara maksimum tidak melebihi 3 tahun atau dikenakan sahaja. Selain itu mahkamah Majistret juga boleh menjatuhkan hukuman tidak lebih daripada 12 bulan penjara, denda sebanyak RM 2000, sebatan senigga 6 kali atau apa-apa gabungan daripada kedua-duanya.Kuasa

terakhir Mahkamah Majisteret adalah membicaraka semua kes sivil yang nilainya tidak melebihi RM2000.

Peta Minda

MAHKAMAH MAJISTRET

Majistret Kelas I

Majistert Kelas II

Bidang kuasa -membicarakan semua kes jenayah -menjatuhkan hukuman 5 tahun penjara -denda sehingga RM10000 -sebat sebanyak 12 kali atau ketiga-tiganya sekali

Bidang kuasa -mengendalikan kes jenayah kecil -menjatuhkan hukuman tidak melebihi 6 bulan -denda tidak > RM1000 atau ketiga-tiganya sekali

MATLAMAT/ OBJEKTIF Matlamat objektik yang kami hasilkan mempunyai dua peringkat iaitu dari segi Matlamat Jangka Pendek dan Matlamat Jangka Panjang. MATLAMAT JANGKA PENDEK Matlamat Jangka Pendek objektif kami apabila pelajar mempelajari Sistem Kehakiman di Malaysia, pelajar akan mengetahui dan memahami tentang struktur hukuman yang akan di kenakan ke atas setiap jenayah. Apabila pelajar mempunyai kefahaman tentang sistem ini mereka akan lebih terbuka dan luas pandangan mereka tentang permasalahan yang berkaitan dengan tentang sistem kehakiman di Malaysia . Selain itu juga pelajar dapat mengaplikasikan dalam kehidupan mereka supaya tidak melakukan kesalahan. Hal ini kerana apabila pelajar mengetahui setiap hukuman yang akan di kenakan bagi setiap jenayah,sudah tentu mereka akan lebih berhati-hati daripada melakukan kesalahan. MATLAMAT JANGKA PANJANG Matlamat Jangka Panjang pula ialah Negara akan dapat melahirkan warganegara yang mempunyai pengetahuan dalam bidang kehakiman walaupun tidak terlibat secara langsung dalam bidang tersebut. Selain itu juga Negara akan dapat mengurangkan kadar jenayah yang berlaku di dalam Negara, ini kerana setiap insan

yang di lahirkan mempunyai kefahaman yang secukupnya dalam undang-undang di Malaysia.

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN TAJUK : SISTEM KEHAKIMAN MALAYSIA. Tajuk kecil : 1.Perkembangan Sistem Kehakiman Malaysia Melalui tiga peringkat perkembangan iaitu Hakim Tetap, Hakim Sementara dan Kuasa Kehakiman. Hakim tetap mempunyai dua bahagian iaitu Sebelum Merdeka dan Selepas Merdeka. Sebelum Merdeka, hakim Malaya memegang jawatan selama perkenankan oleh pemerintahan British. Selepas Merdeka, perlembagaan yang menentukan segalanya. Hakim Sementara, sungguh pun di bawah perlembagaan seseorang hakim tidak memegang jawatan selama di perkenankan oleh pemerintah, namun ia membenarkan hakim sementara. Kuasa kehakiman boleh di lihat dari segi Kuasa mentafsir perlembagaan, kuasa mengistiharkan undang-undang tidak sah, persetempatan pihak berkuasa kehakiman dan Perlantikan secara langsung dari Bar. 2.Hirarki Mahkamah Mempunyai dua lapisan mahkamah iaitu mahkamah atasan, mahkamah bawahan Mahkamah Atasan terdiri daripada mahkamah persekutuan, mahkamah tinggi

dan Mahkamah rayuan. Manakala mahkamah Bawahan terdiri daripada mahkamah Sesyen, Mahkamah Majisteret 1, Mahkamah Majistret 2 dan Mahkamah Penghulu. 3.Mahkamah Atasan Mahkamah Atasan bersidang dalam bentuk panel yang dianggotai oleh tiga Orang Hakim dan lima orang hakim yang dinamakan oleh Ketua Hakim Negara untuk kes yang mustahak. Bidang Kuasa mahkamah Tinggi ialah mendengar kes-kes asal, mendengar rayuan terhadap keputusan mahkamah Rayuan, menentukan persoalan perlembagaan yang timbul daripada perbicaraan di mahkamah lain, dan memberi pendapat undang-undang mengenai persoalan yang dirujuk oleh Yang Di-Pertuan Agong.

4.Mahkamah Tinggi Terdiri seorang presiden dan sepuluh hakim mahkamah Rayuan. Tujuan ialah membantu mahkamah persekutuan mendengar kes-kes rayuan yang di bawa dari mahkamah Tinggi ke Mahkamah Persekutuan 5.Mahkkamah Majistret Mahkamah majistret terbahagi kepada dua kelas iaitu kelas yang pertama dan kedua. Bidang Kuasa mahkamah Majistret kelas 1 ialah kes Sivil yang Nilai tuntutan maksimum tidak melebihi RM 25000 dan bagi kes Jenayah iaitu Boleh membicarakan kes-kes hukuman penjara tidak melebihi 10 tahun. Bagi Mahkamah majisteret kelas 2 pula iaitu mengendalikan kes Sivil yang Tuntutannya tidak melebihi RM3000 dan manakala kes Jenayah Penjaranya tidak melebihi 12 bulan. JAWAPAN SOALAN SOALAN 1 Ilmu pengetahuan pada objektif aras pengetahuan ialah pelajar akan mempelajari sesuatu yang asas seperti istilah, fakta, prinsip, prosedur. Pada tahap ini pelajar akan dapat mengenal pasti apa yang mereka pelajari oleh mereka.

SOALAN 2 Objektif yang kami hasilkan merupakan objektif aras pengetahuan kerana pelajar dapat menerangkan soalan-soalan dalam masa singkat dengan mengambil kira beberapa faktor. Contohnya pelajar Tingkatan Enam Arif dapat mengenalpasti jenis kes yang di terima Mahkamah Majistret. SOALAN 4 1. A (audien)-siapa yang diajar- pelajar Tingkatan 6 Arif- Jika pelajar Tingkatan.4 di beri peluang pembelajaran seperti berikut adalah tidak sesuai kerana aktiviti yang dibuat tidak dapat menolong dalam pembelajaran mereka kerana 90% daripada sukatan pelajaran mereka adalah bergantung kepada buku teks sepenuhnya. Selain itu, sukatan pelajaran bagi pelajar Tingkatan 6 pula mengandungi skop pembelajaran luas dan tidak hanya bergantung kepada buku. 2. B (behavior)-tingkah laku yang di perhatikan-selepas mengikuti lawatan tersebut pelajar tingkatan enam Arif dapat menyenaraikan heararki mahkamah yang terdapat di Malaysia. 3. C (condition)-pelajar tidak memberi tumpuan yang serius dalam pembelajaran di dalam kelas kerana mereka beranggapan bahawa aktiviti yang mereka ikuti itu tidak terdapat dalam sukatan pelajaran mereka 4. D (desired criteria)-aras prestasi yang diterima-sebahagian besar daripada pelajar tingkatan 4 tidak mungkin akan dapat memahami perjalanan perbicaraan dalam mahkamah tersebut kerana sebahagian besar tidak mungkin mengetahui skop perundangan menyebabkan mereka tidak dapat menjawab solan yang dikemukakan dalam ujian yang diberi oleh guru. SOALAN 5 Objektif kami mampu memenuhi kehendak masyarakat untuk menjadikan para pelajar berpengetahuan dan berkemahiran serta menpunyai nilai dan sikap yang baik. Hal ini kerana, di dalam objektif kami ia merangkumi aspek-aspek yang berkaitan dengan undang-undang dan organisasi yang melibatkan mahkamah. Oleh itu pelajar

dapat mengaplikasikan apa yang dipelajari dalam kehidupan agar mereka tidak melakukan kesalahan dan pada masa yang sama perkara ini dapat memenuhi nilai masyarakat. SOALAN 6 Model pembelajaran MASTERI mempunyai perkaitan dengan objektif yang di buat kerana dalam objektif yang di buat terlebih dahulu menentukan hasil pembelajaran yang diinginkan contohnya para pelajar akan dapat memahami selok-belok tentang sistem perundangan di Malaysia untuk dimanfaatkan dalam kehidupan. Selain itu, diperingkat seterusnya guru perlu menyusun isi pelajaran yang akan diajar dengan teratur dan sistematiksupaya pelajar dapat memahami dan menerima apa yang diajar contohnya dalam JPK, kami mengajar mengikut hierarki rancangan mengajar kami. Contohnya sistem kehakiman Malaysia ,terlebih dahulu kita akan menerangkan sejarah perkembangan untuk memberi gambaran awal kepada pelajar, baru masuk tajuk seterusnya iaitu kuasa kehakiman, heararki mahkamah dan bidang kuasa mahkamah. Seterusnya pula kami akan mengaitkan beberapa isu semasa yang berkaitan jenayah untuk memberi lebih pendedahan dan juga untuk menarik minat pelajar. Penilaian akan dibuat melalui beberapa soalan dan akan dijawab dalam tempoh tertentu,iaitu soalan objektif untuk menjimatkan masa. Penilaian akan di buat,jika didapati 80% pelajar memahaminya maka diteruskan dengan aktiviti pengayaan untuk memberi lebih pemahaman terhadap sistem kehakiman sebaliknya jika didapati pelajar kurang menguasai tajuk ini akan diajar semula supaya memahami tajuk ini. SOALAN 7 JPK dapat membantu guru bagi memastikan para pelajar memperolehi atau menerima apa yang diajar didalam kelas .Melalui JPK guru akan mendapat gambarangambaran awal dan kesudahan isi pembelajaran yang akan diajar.Selain itu juga guru juga dapat mengetahui tahap pengetahuan dan pemahaman pelajar melalui ujian penilaian dalam kelas. SOALAN 8 Kontinuiti-berdasarkan JPK guru dapat memberi gambaran secara jelas kepada pelajar tentang apa yang diajar didalam kelas dimana pelajar dapat melihat sendiri suasana atau keadaan yang sebenar yang berlaku di mahkamah. Maka

ia sedikit sebanyak mampu mengimbas kembali tentang isi pelajaran yang diajar dalam kelas iaitu sistem mahkamah. Turutan-Selain itu dengan berpandukan JPK juga guru dapat mengenalpasti perkara yang akan diajar kepada pelajar supaya isi pelajaran sentiasa berkaitan antara satu sama lain. Pada masa yang sama ia juga dapat membantu pelajar bagi memahami tentang perkara yang diajar oleh guru secara menyeluruh. Integriti-Perkara yang diajar akan dapat digunakan oleh para pelajar bukan sahaja untuk lulus dalam peperiksaan bahkan dapat memberi kepentingan dalam kehidupan seharian.Contohnya, dengan mengadakan lawatan ke mahkamah , maka pelajar sedikit sebanyak dapat menggunakan pengalaman secara visual yang mereka perolehi dengan mengadakan lawatan tersebut. Pada masa, isi pelajaran tersebut juga dapat memberi ruang kepada guru untuk kepada pelajar supaya mematuhi peraturan atau perundangan yang telah di tetapkan oleh kerajaan bagi menjaga keamanan negara.

KRITIKAN AHLI KUMPULAN LAIN

Pemerhatian -Isi kandungan yang dibentangkan tidak berapa jelas dan tidak memberi contoh dengan penjelasan yang teliti mengikut kehendak soalan.

Cadangan -Pembentang harus lebih bersedia dan menerangkan isi satu-persatu secara berperingkat

Tindakan -Pembentang perlu berbincang terlebih dahulu dengan ahli kumpulan dan juga nota perbincangan perlu diberikan lebih awal sebelum perbentangan berlaku.

-Sepanjang pembetangan, pembentang tidak berkomunikasi dengan baik.

-Pembentang perlu mempersembahkan hasil perbentangan dengan berkesan serta jelas supaya audiens dapat menerima maklumat yang disampaikan.

-Pembentang tidak seharusnya terlalu terikat dengan nota, sebaliknya cuba menerangkan hasil perbentangan tersebut mengikut kefahaman tentang sesuatu tema yang dibentangkan

-Komunikasi pembentang tidak lancar

-pembentang seharusnya bersedia sebelum perbentangan bermula

-Baca sebelum membentang dan faham

-Peta minda yang dikemukakan tidak lengkap

-Seharusnya peta minda lebih ringkas dan padat serta merengkumi seluruh bab berkenaan.

-pembentang harus menguasai peta minda yang dibuat bagi kelancaran sesi perbentangan

Soalan 9-16 Soalan 9 Kecerdasan analitis atau analitikal melibatkan proses kesedaran kearah mental untuk mencari penyelesaian kepada sesuatu masalah apabila kita mendefinisikan, menganalisis, mempersembahkan semula maklumat tentang sesuatu masalah.Oleh itu kecerdasan analitis saya gunakan semasa memilih untuk membuat aktiviti dalam sesuatu tajuk akan di pelajari oleh pelajar Bagi kecergasan kreatif pula dapat membantu saya iaitu dalam kebolehan menerbitkan idea baru dan menarik . Dengan melakukan sesuatu yang baru khususnya dalam pengajaran dan pembelajaran lazimnya mendatangkan banyak faedah. Dengan kecerdasan tersebut ia mampu menjadikan kita lebih aktif dalam merancang aktiviti pembelajaran serta dapat mempengaruhi pelajar. Pada masa yang sama saya juga mengunakan kecergasan kreatif dengan melakukan penyoalan tentang andaian-andaian bagi mengalakkan pelajar nerfikiran lebih terbuka serta dapat membantu dalam mencungkil pelbagai idea yang di longtarkan daripada pelajar.

Manakala praktikal pula merujuk kepada situasi atau keadaan di mana kita mengguna, mengaplikasi dan melaksanakan. Kecerdasan ini dapat membantu saya menghasilkan rancangan mengajar yang lengkap apabila saya menggunakan pengalaman seharian untuk sesuatu aktiviti di dalam kelas. Soalan 10 a) Saya menjadikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran sambil memotivasikan pelajar supaya mereka sedar akan kepentingan isi pelajaran yang mereka pelajari. Antaranya ialah, isi pelajaran tersebut dapat dijadikan satu sumber pengetahuan yang umun di mana ia penting bagi setiap rakyat Malaysia dalam mengetahui selok belok tentang sistem kehakiman yang terdapat di negara ini serta ia juga dapat mendisiplinkan para pelajar dalam menghormati perlembagaan dan undang-undang negara.

b) Saya menjadikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan dapat memotivasikan


pelajar supaya mereka yakin akan dapat menguasai isi pelajaran yang akan diajar. Selain itu saya juga menggunakan pelbagai bahan bantu mengajar serta memberi penerangan berdasarkan fakta yang konkrit. Dengan cara itu saya percaya ia mampu menyakinkan pelajar untuk menguasai isi pelajaran tersebut. Selain itu, untuk meyakinkan pelajar juga, saya akan memberi pujian kepada setiap pelajar yang berani tampil untuk menjawab solan yang saya kemukakan.

c) Pada masa yang sama saya turut menjadikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
menjadi seronok. Pada saya suasana tersebut amat penting semasa menjalani aktiviti pengajaran dan pembelajaran supaya pelajar mudah berasa jemu terutamanya apabila melibatkan isi pelajaran yang sukar untuk pelajar fahami. Antaranya saya mengadakan sesi perbincangan dalam kumpulan yang mampu mewujudkan kemesraan dan nilai kerjasama. Selain itu sesi perbentangan pula akan meningkatkan nilai keyakin diri melalui penglibatan pelajar untuk tampil di hadapan dan mengemukakan pendapat masing-masing. Setelah pendapat dikemukakan, pelajar lain dikehendaki memberi tepukan sebagai tanda penghargaan. Hala ini menyebabkan pelajar akan bersa lebih seronok untuk mengikuti aktiviti pembelajaran serta pada masa yang sama pelajar akan dapat menembah minat terhadap mata pelajaran tersebut. Soalan 11

Kriteria saya dalam memilih kemahiran berfikir untuk diintegrasikan ke dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang saya hasilkan ialah, kemahiran berfikir membuat inferens. Dalam kemahiran berfikir tersebut pelajar dapat membuat gambaran awal serta dapat membuat lakaran secara ringkas mengenai topik yang di ajar apabila di beri penerangan secara umum. Sebagai contohnya pelajar mendapat gambaran awal tentang apa yang terkandung dalam topik yang di pelajari (mahkamah atasan) Soalan 12 Instrumen yang saya hasilkan dapat mengesan sama ada kemahiran berfikir tersebut telah diperolehi oleh pelajar ataupun sebaliknya iaitu dengan menyediakan atau memberi soalan atau latih tubi yang melibatkan kemahiran berfikir. Soalan 13

Saya memilih nilai tolong-menolong. Ini kerana nilai tolong-menolong dapat mendatangkan keberkesanan semasa proses P&P seperti saling berkongsi dalam mendapat idea baharu, betukar-tukar pendapan dan sebagainya. Di samping itu, nilai tersebut juga akan dapat meningkatkan lagi aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Soalan 14 Aras 1 B il 1 2 3 4 2 5 Penilaian / Pelajar saling tolong-menolong dalam aktiviti kumpulan dan P&P. Pelajar sentiasa mengemukakan soalan berbentuk lisan bagi mengingatkan kembali isi pelajaran yang telah di pelajari Pelajar menyelesaikan soalan yang diberikan oleh guru dalam bentuk kumpulan bagi berkongsi pemahaman Pelajar sering mengajukan soalan kepada guru bagi meningkatkan kefahaman bersama Pelajar saling membantu dalam menyumbangkan idea bagi menyelesaikan persoalan yang di kemukakan oleh guru dan juga dari kumpulan lain

6 7

Latih tubi yang di berikan oleh guru diselesaikan dalam bentuk perbincangan. Pelajar sering belajar secara berkumpulan dan juga berjumpa dengan guru untuk menyelesaikan sebarang masalah

Soalan 15 Aras 1: Menerima- Dalam aras ini, petunjuk eksplisit yang guru gunakan bil 1, Pelajar saling tolong-menolong antara satu sama lain semasa aktiviti kumpulan dan P&P serta bil 2 iaitu Pelajar sering bertanyakan soalan sambil mengaitkan pelajaran lepas bagi mengingat semula isi pelajaran yang diajar dan bil 3, Pelajar menjawab soalan yang ditanya oleh guru sambil dibantu oleh rakan-rakan yang lain bagi menambahkan lagi pemahaman dan yang terakhir bil 4 Pelajar sering bertanyakan soalan kepada guru bagi mendapatkan penyelesaikan yang baik daripada guru bagi kepentingan bersama (ahli kumpulan). Aras 2: Respon- Petunjuk eksplisit yang guru gunakan ialah bil 5 iaitu pelajar saling menolong antara ahli kumpulan bagi melontarkan idea terhadap apa yang ditanya oleh guru dan pelajar lain serta bil 6 Latihan yang diberikan oleh guru dijawab dalam kumpulan yang di jalankan dalam bertuk perbincangan. dan bil 7 Pelajar belajar dalam bentuk kumpulan untuk menyelesaikan sesuatu tugasan serta sentiasa merujuk guru sekiranya terdapat sebarang kemusykilan.
Soalan 16

A. Saya mengintigrasikan: I. II. III. IV. BBM 3 BBM 4 BBM 1 BBM 5

B. Saya memilih BBM tersebut kerana: I. BBM 3- Pelajar diarahkan berada dalam kumpulan masing masing yang telah ditetapkan. Guru menerangkan tentang topik sistem kehakiman. Guru menayangkan gambar-gambar yang berkaitan dengan sistem kehakiman menggunakan power point. II. BBM 4- guru memberi soalan untuk pelajar mencari jawapan-Apakah
nama mahkamah yang terdapat dalam mahkamah Atasan? Berapa jeniskah mahkamah Majistret yang terdapat di Malaysia? Di sini guru dan pelajar bersoal jawab bagi menentukan objektif pelajaran mereka

III.

BBM 1- Guru mengedarkan nota dan juga soalan yang berkaitan supaya
murid dapat mengetahui secara umum tentang isi pelajaran yang akan di sampaikan oleh guru

IV.

BBM 5- Pelajar dikehendaki membuat catatan atau nota ringkas dalam buku nota masing-masing. Guru memberi latihan berbentuk objektif atau aneka pilihan tentang perjalanan kes perbicaraan di Mahkamah seksyen. Latihan mesti disiapkan dalam tempoh 10 minit dan pelajar akan berbincang dengan guru bagi mendapatkan jawapan

C. Bila ( di langkah mana ) di integrasikan 1) 2) 3) 4) BBM 3 -Langkah 1 & 4 BBM 4-Langkah 2 dan 6 BBM 1-Langkah 3 BBM 5-Langkah 9

D. Bagaimana diintegrasikan?

I.

BBM 4- Guru member soslan kepada pelajar untuk menyemah pemahaman pelajar terhadap isi pelajaran yang diajar

II.

BBM 5- Lambaran kerja ini diberikan adalah untuk praktis murid. Di samping itu, pelajar boleh bersoal jawab antara satu sama lain.

III.

BBM 6- Lagu adalah untuk mengisi masa praktis bebas. Jika kita menggunakan lagu, ini akan memeriahkan lagi P&P.

Rancangan Mengajar 2B a) Apa yang diintigrasikan? I. II. III. BBM 3 BBM 5 BBM 1

B) I.

Saya memilih BBM tersebut kerana: BBM 3- Peta Minda ini sangat bagi memberi gambaran umum tentang isi pelajaran yang hendak di sampaikan oleh guru. II. BBM 5- Lembaran kerja beserta dengan latih tubi ini sesuai dengan praktis untuk menyemak pemahaman pelajar terhadap isi pelajaran yang diajar III. BBM 1- Nota guru amat penting bagi pelajar untuk di jadikan sebagai bahan rujukan utama.

(C) Bila ( di langkah mana ) di integrasikan I. II. III. BBM 3- Langkah 1 & 4 BBM 5- Langkah 2 BBM 1- Langkah 3

D) bagaimana diintigrasikan? I. BBM 3- Guru menggunakan peta minda supaya pelajar mendapat gambaran awal tentang isi pelajaran yang hendak di samapikan. II. BBM 5- Lambaran kerja dan latih tubi ini diberikan adalah bertujuan untuk melihat kerjasama pelajar dengan pelajar lain dalam menyelesaikan tugasan tersebut. Perkara ini akan dapat mewujudkan pelbagai persoalan dan juga idea yang mampu meningkatkan kefahaman dan ingatan pelajar. III. BBM 1- Nota ini digunakan sebagai bahan rujukan dalam memahami sesuatu topic atau isi pelajaran yang akan diajar oleh guru supaya pelajar dapat gunakannya sebagai panduan samada dijadikan sebagai bahan rujukan ataupun panduan untuk menjawab soalan.

Tarikh Kelas

: 01/10/2008 : 6 Arif

Masa Bil pelajar

: 08.00 am- 08.40 am : 30 orang

Sub-tajuk: Mahkamah Atasan OBJEKTIF ARAS PENGETAHUAN

Jumlah Masa: 40 minit

Sebelum tamat pengajaran, tidak kurang daripada 20 minit (C), pelajar tingkatan 6 Arif (A ) boleh mengetahui ( B ) serta menamakan jenis-jenis mahkamah yang terdapat di Malaysia. OBJEKTIF ARAS KEFAHAMAN Sebelum tamat pengajaran, tidak kurang daripada 20 minit ( C ), pelajar kelas tingkatan 6 Arif ( A ), dapat menjelaskan ( B ),serta menerangkan bidang kuasa yang di kendalikan oleh setiap mahkamah yang terdapat di Malaysia. OBJEKTIF ARAS APLIKASI Sebelum tamat pengajaran, tidak kurang daripada 30 minit ( C ), pelajar kelas tingkatan 6 Arif dapat menyelesaikan, ( B ), serta mengenalpasti bidang kuasa yang di kendalikan oleh setiap mahkamah yang terdapat di Malaysia. OBJEKTIF ARAS ANALISIS

Sebelum tamat pengajaran, tidak kurang 35 minit ( C ), pelajar kelas tingkatan 6 Arif (A) dapat dapat mengenalpasti ( B ), serta membezakan peranan atau fungsi yang di kendalikan oleh mahkamah-mahkamah yang terdapat di Malaysia. OBJEKTIF ARAS KBKK Dalam masa tidak 10 minit (C), diberi situasi/ scenario dapat mengenalpasti (B) kemahiran berfikir dalam membuat gambaran mental. Situasi Cikgu Aris merupakan guru mata pelajaran Pengajian Am tingkatan 6 Arif. Pada hari tersebut dia mengajar tajuk Mahkamah Atasan. Ketika P&P berjalan, Cikgu Aris mendapati pelajarnya telah dapat membuat tanggapan awal daripada pemerhatian melalui power point yang di tayangkan oleh Cikgu Aris..serta pelajar juga dapat membuat lakaran awal dalam bentuk peta minda tentang isi pelajaran yang diajar. Soalan 1. Apakah jenis kemahiran berfikir yang telah ditunjukkan oleh pelajar tersebut? a) Mereka cipta

b) Mengitlaki
c) Membuat inferens d) Membuat gambaran mental OBJEKTIF ARAS NILAI Dalam masa tidak 15 minit (C), diberi situasi/ scenario dapat mengenalpasti (B) nilai tolong-menolong Senarai semak

Penilaian BIL 1 Pelajar saling tolong-menolong dalam aktiviti kumpulan dan P&P. 2 Pelajar sentiasa mengemukakan soalan berbentuk lisan bagi mengingatkan kembali isi pelajaran yang telah di pelajari /

3 4 5

Pelajar menyelesaikan soalan yang diberikan oleh guru dalam bentuk kumpulan bagi berkongsi pemahaman Pelajar sering mengajukan soalan kepada guru bagi meningkatkan kefahaman bersama Pelajar saling membantu dalam menyumbangkan idea bagi menyelesaikan persoalan yang di kemukakan oleh guru dan juga dari kumpulan lain Latih tubi yang di berikan oleh guru diselesaikan dalam bentuk perbincangan. Pelajar sering belajar secara berkumpulan dan juga berjumpa dengan guru untuk menyelesaikan sebarang masalah

From: Taman Segar No 18, Tanjung Malim...

Anda mungkin juga menyukai