Anda di halaman 1dari 18

1.

0 PENDAHULUAN Terdapat empat jenis kemahiran yang ditekan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Kemahiran ini penting dalam kehidupan pelajar kerana menjadi asas bagi penerokaan dan penambahan ilmu pada peringkat yang seterusnya. Selain itu, kemahiran bahasa ini turut digunakan dalam kehidupan seharian pelajar. Namun begitu, masih terdapat segelintir pelajar sekolah rendah yang tidak menguasai kemahiran bahasa. disebabkan kebanyakkan guru menghadapi masalah dalam Hal ini dan

merancang

melaksanakan aktiviti yang melibatkan kemahiran bahasa ini. Strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu menekankan konsep penggabungjalinan, penyerapan, pengayaan, pemulihan dan penilaian. Ini selaras

dengan usaha memenuhi konsep bersepadu dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Penggabungjalinan memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui proses ini, beberapa kemahirandapat dikuasai serentak. Cara ini juga dapat mengelakkan kebosanan dalam proses pembelajaran. Kemahiran dapat digabungjalinkan, sama ada kemahiran yang terdapat dalam hasil pembelajaran atau kemahiran daripada mata pelajaran lain. Rancangan pengajaran harian penting sebagai garis paduan guru sewaktu melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Rancangan

pengajaran harian ini dilaksanakan sebelum aktiviti pengajaran berlangsung di dalam kelas. Oleh itu, guru hendaklah memikirkan kemahiran bahasa yang akan

digabungjalinkan dan aktiviti yang bersesuaian dan menarik sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

2.0 Faktor-Faktor yang Menyebabkan Timbulnya Masalah dalam Merancang dan Melaksanakan Aktiviti yang Melibatkan Kemahiran Mendengar, Bertutur, Membaca dan Menulis Dalam Kalangan Murid Sekolah Rendah Terdapat sebilangan pelajar sekolah rendah masih tidak menguasai kemahiran bahasa dalam bahasa melayu iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Beberapa faktor telah dikenalpasti yang menyebabkan timbulnya masalah

dalam merancang dan melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi kemahiran berbahasa untuk pelajar sekolah rendah. Terdapat segelintir guru yang mengajar tanpa berpandukan rancangan pengajaran harian yang lengkap sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung di dalam kelas. Mereka lebih selesa mengajar secara spontan dan

menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang mereka ada pada masa tersebut. Hal ini akan menyebabkan beberapa isi pelajaran dan input-input penting tertinggal

sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Selain itu, fokus utama dan fokus sampingan juga tidak dapat disampaikan dengan sepenuhnya. Hal ini akan

menyebabkan pelajar tidak menguasai kemahiran yang diajar secara menyeluruh. Oleh itu, objektif pengajaran tidak dapat dicapai. Masalah ini dapat diatasi dengan

penyediaan rancangan pengajaran harian yang lengkap oleh guru. Guru hendaklah bijak dalam merancang aktiviti-aktiviti menarik yang bersesuaian dengan kebolehan pelajar bagi menjamin keberkesanan pengajaran mereka. Guru juga hendaklah

menjadikan rancangan pengajaran harian tersebut sebagai sumber rujukan sewaktu sesi pengajaran berlangsung. Penggunaan bahan bantu mengajar juga terhad sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan oleh guru. Sesetengah guru lebih berminat untuk

menggunakan buku teks dan buku kerja sebagai bahan bantu mengajar tetap mereka tanpa mengambil inisiatif lain dengan menyediakan bahan bantu mengajar yang lebih pelbagai dan menarik. Oleh itu, aktiviti pengajaran menjadi kurang menarik kerana tiada bahan bantu mengajar yang pelbagai digunakan bagi aktiviti-aktiviti yang telah dirancang. Selain itu, penglibatan pelajar untuk turut aktif dalam aktiviti yang dijalankan guru di dalam kelas juga terhad. Hal ini akan mengundang rasa bosan dalam diri
2

pelajar sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

Guru seharusnya

menyedari bahawa pada kanak-kanak lebih tertarik kepada bahan bantu mengajar yang menarik dan memberikan kesan yang menyeronokkan sewaktu digunakan di dalam kelas. Oleh itu, guru hendaklah menghasilkan bahan bantu mengajar yang pelbagai, kreatif, mesra pengguna dan bersesuai dengan aktiviti yang akan dijalankan sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Contohnya, bagi mengajar kemahiran mambaca, guru boleh menggunakan big book sebagai medium bacaan. Pelajar akan lebih tertarik untuk membaca dan menunjukkan minat terdapat aktiviti pengajaran dan pembelajaran tersebut Selain itu, terdapat sebilangan guru Bahasa Melayu yang bukan terdiri daripada penutur jati Bahasa Melayu malahan menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua mereka. Situasi sebegini dapat kita lihat di sekolah jenis kebangsaan cina

mahupun tamil. Golongan sebegini tidak menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung di dalam kelas dan kerap kali menggunakan bahasa ibunda mereka sewaktu sesi penyampaian ilmu berlangsung. Hal ini akan menyebabkan suasana pengajaran dan pembelajaran terganggu dan tidak berjalan dengan sempurna. Pelajar juga lambat untuk mahir dalam kemahiran bahasa kerana masih lagi terikut dengan penggunaan bahasa ibunda mereka semasa sesi pengajaran bagi subjek Bahasa Melayu berlangsung. Selain itu, terdapat sesetengah perkataan tidak dapat disebut dengan betul oleh guru-guru ini. Hal ini kerana mereka terbiasa dengan telor bagi bahasa ibunda mereka. Majoriti masyarakat Cina tidak

dapat menyebut huruf r dengan betul Oleh itu, setiap perkataan yang mempunyai huruf r akan dibunyikan sebagai huruf l. Contohnya, perkataan lari disebut sebagai lali. Hal ini mendatangkan masalah kepada para pelajar untuk menyebut perkataan yang betul. Oleh hal yang demikian, guru-guru ini hendaklah memperbaiki cara pengajaran mereka di dalam kelas dan harus menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya sewaktu sesi pengajaran bagi subjek Bahasa Melayu berlangsung. Guru-guru yang mempunyai

masalah penyebutan sesetengah huruf guru digalakan untuk belajar menyebutnya dengan betul. Jika masih gagal menyebut, guru-guru ini boleh menggunakan alternatif lain seperti menggunakan alat pita perakan bagi mengajar pelajar menyebut huruf r dan perkataan yang mempunyai huruf r.
3

Guru juga kurang memberi perhatian dan bimbingan terhadap pelajar-pelajar yang lemah di dalam kelas tersebut. Hal ini disebabkan guru lebih menumpukan

perhatian kepada pelajar-pelajar yang pintar dan lebih kerap melibatkan pelajar-pelajar pintar ini dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Oleh hal yang demikian, pelajar-pelajar yang lemah akan tersisih dan tidak berpeluang melibatkan diri dalam aktiviti yang guru laksanakan di dalam kelas. Kesannya mereka tidak menguasai pengajaran dan pembelajaran yang disampaiakan oleh guru dan hilang tumpuan dalam proses pembelajaran. Tidak dinafikan bahawa penglibatan pelajar pintar ini akan menjadikan aktiviti yang dilaksanakan berjalan lancar tanpa kesalahan pelajar. Namun guru tidak harus bersikap pilih kasih dalam proses penyampaian ilmu pengetahuan. Golongan pelajar yang lemah ini memerlukan bimbingan daripada guru untuk turut sama aktif dalam aktiviti yang dijalankan. Bimbingan sebegini dapat menghilangkan

ketidakfahaman pelajar sewaktu aktiviti pengajran berlangsung. Antara aktiviti pengajaran yang dapat guru jalankan bagi pelajar lemah ini mengutamakan mereka dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Bagi aktiviti berkumpulan pula, pelajar yang

pandai haruslah digandingkan bersama pelajar yang lemah ini supaya proses bimbingan bagi pelajar yang lemah ini sentiasa berjalan. Di samping itu juga, terdapat guru yang bukan berjurusan dalam pendidikan Bahasa Melayu dipertanggungjawabkan untuk mengajar Bahasa Melayu. Situasi ini dapat kita lihat di sekolah-sekolah yang menjadikan guru lepasan universiti sebagai guru sandaran bagi mata pelajaran Bahasa Melayu. Guru sandaran ini kurang mahir dan tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam untuk mengajar subjek Bahasa Melayu. Jadi sesi pengajaran mereka tidak berjalan lancar kerana kemahiran bahasa mungkin tidak ditekankan dengan sepenuhnya. Sewaktu sesi bersoal jawab berkaitan isi pelajaran dijalankan, guru sandaran ini tidak dapat menjawab semua soalan yang diajukan pelajar kepada mereka malahan jawapan yang diberikan mungkin kurang tepat. Hal ini mendatangkan masalah kepada pelajar untuk memperoleh ilmu dalam sesuatu topik yang diajar. Masalah ini dapat di atasi dengan memastikan guru

sandaran yang dipilih mahir sepenuhnya dalam Bahasa Melayu dan merupakan graduan bagi bidang pendidikan Bahasa Melayu. Jika guru yang dipilih kurang mahir dalam Bahasa Melayu, guru-guru ini hendaklah mempelajari subjek-subjek dan
4

kemahiran bahasa bagi subjek Bahasa Melayu. Selain itu, guru-guru ini hendaklah merujuk kepada guru Bahasa Melayu yang berpengalaman jika terdapat kemusyilan. Selain itu, kerjasama daripada semua pelajar amatlah penting dalam menjamin kelancaran dan keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan oleh guru. Hal ini disebabkan terdapat segelintir pelajar yang tidak memberikan

kerjasama semasa sesi pengajaran berlangsung di dalam kelas. Situasi sebegini akan mengganggu proses pembelajaran rakan lain yang memberikan kerjasama dan tumpuan sepenuhnya terhadap pengajaran guru. Oleh itu, guru hendaklah bijak dalam menarik minat pelajar yang tidak memberikan kerjasama terhadap aktiviti yang dijalankan. Kemahiran mengawal kelas juga hendaklah digunakan untuk menjamin

kerjasama yang berterusan diberikan oleh semua pelajar. Pemberian ganjaran yang positif hendaklah diberikan kepada pelajar yang memberikan kerjasama sewaktu sesi pengajaran berlangsung. Sebagai contoh guru memberikan gula-gula kepada pelajar yang menumpukan sepenuh perhatian terhadap sesi pengajaran dan memberikan kerjasama dengan menjawab soalan yang diajukan.

3.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PERSEDIAAN MENGAJAR BAHASA MELAYU TAHUN 4 Hari Tarikh Masa Tahun Bilangan Murid Umur Tema : Rabu : 8 Mac 2011 : 8.10 pagi 9.10 pagi : 5 Alfa : 35 orang ( 22 orang perempuan dan 13 orang lelaki ) : 11 Tahun : Kekeluargaan

Tajuk pelajaran : Perkelahan Keluarga Fahmi

HASIL PEMBELAJARAN Fokus Utama : 8.1 Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk.

Aras 2 (i) Membina ayat tunggal dengan peluasan subjek dan predikat.

Fokus sampingan: 5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca. Aras 2 (i) Membaca pelbagai jenis ayat dengan memberi penekanan pada intonasi berdasarkan tanda baca.

Objektif Pelajaran Pada akhir pelajaran murid-murid dapat : i) Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan teks dialog Perkelahan keluarga Fahmi ke Port Dikson. ii) Membaca dan memahami pelbagai jenis ayat dengan memberikan penekanan pada intonasi berdasarkan tanda baca berdasarkan teks dialog perkelahan keluarga Fahmi.

Sistem bahasa i) ii) Sebutan dan intonasi Tatabahasa : Morfologi (Kata Nama Am dan Kata Nama Khas)

Pengisian kurikulum Ilmu : Sukan dan rekreasi Nilai : kasih sayang, hormat-menghormati Kemahiran berfikir : Kemahiran mengkategorikan dan kemahiran menganalisi isi penting Kemahiran belajar cara belajar : Mencatat isi penting, membaca dengan intonasi yang betul, kemahiran membuat rujukan dan kemahiran mengingat Kecerdasan pelbagai : Interpersonal, interpersonal dan verbal linguistik Pembelajaran konstuktivisme : membina pemahaman dan pengetahuan berdasarkan pengalaman sedia ada.

Bahan bantu mengajar i) ii) iii) iv) v) vi) Petikan dialog Kad manila Papan putih Gambar ransangan Video Kamus Dewan
8

vii) viii) ix)

Borang mengakategori Kata Nama Am dan Kata Nama Khas Borang analisis isi penting berdasarkan teks dialog Soalan pengukuhan Kata Nama Am dan Kata Nama Khas

Pengetahuan sedia ada : Murid pernah berkelah bersama keluarga dan menyertai Kem motivasi Jati Diri

Langkah Isi Pelajaran Masa Set induksi ( 5 minit ) 1. Video tempat-tempat pelancongan yang menarik di Malaysia. 2. soalan-soalan: i) ii) Apakah tempat tersebut ? Apakah aktiviti yang dapat kamu lakukan ketika berada di tempat tersebut ? iii) Bilakah agaknya masa yang sesuai untuk pergi ke tempat tempat tersebut? 4. Kecedasan 3. Teknik - Bersoal jawab, - Sumbang saran. 1. Guru menunjukkan tayangan video. 2. Guru dan murid bersoal jawab. 3. Guru memperkenalkan tajuk pembelajaran. 2. Kaedah - Kaedah terus 1. BBM - Video Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran Catatan

pelbagai - Verbal linguistik - Interpersonal Langkah 1 ( 15 minit ) 1. Gambar perkelahan sebuah keluarga di pantai. 2. Petikan dialog Fahmi dan keluarganya. 1. Guru menunjukkan gambar perkelahan sebuah keluarga di pantai. 2. Guru meminta murid mentafsir situasi gambar tersebut dan mengaitkannya dengan pengalaman sendiri. 3. Guru mengedarkan petikan kepada murid. 4. Secara berkumpulan murid diminta membaca dialog tersebut mengikut watak yang telah ditetapkan menggunakan intonasi, jeda, dan sebutan yang betul. 5. Guru meminta setiap kumpulan membaca dialog tersebut mengikut watak yang telah diberi. 6. Guru membimbing murid sewaktu
10

1. BBM - Gambar perkelahan keluarga Fahmi - Petikan dialog

2. Teknik - Teater pembaca

3.Kecerdasan pelbagai - Interpersonal - Verbal Linguistik

4.Pembelajaran konstruktivisme

membaca. 7. Guru memilih kumpulan yang terbaik diantara kumpulankumpulan yang membentangkan bacaan dialog tadi. Langkah 2 (15 minit ) 1. Borang analisis isi penting berdasarkan dialog. Berkelah bersama-sama keluarga. Menyertai Kem Motivasi Jati Diri. Menandatangani surat kebenaran. Diadakan di Universiti Kebangsaan Malaysia. Mengikuti ceramah dan kegiatan riadah. Membeli seluar trek. 1. Guru mengedarkan borang analisis isi penting kepada pelajar. 2. Pelajar dikehendaki melengkapkan jadual yang terdapat pada borang tersebut dengan memasukkan isi penting daripada teks ke dalam jadual. 3. Guru memilih beberapa orang pelajar tampil kehadapan bagi membacakan jawapan. 4. Guru dan pelajar bersama-sama memperbetulkan kesalahan jawapan yang dibentangkan oleh murid. 4.Kemahiran berfikir - Menganalisis isi penting 3.Kecerdasan pelbagai - Interpersonal - Intrapersonal 2. Teknik - Perbincangan - Penerangan 1.BBM - Borang pengurusan grafik

11

5. Belajar cara belajar -Mencatat isi penting Langkah 3 ( 10 minit ) 1. Perkataan yang ditebalkan dalam teks dialog Riadah Singgah Menyertai Diadakan Menyiapkan 1. Guru meminta murid mencari kata seerti bagi perkataan yang telah ditebalkan dalam teks dialog. 2. Pelajar dikehendaki membina ayat berdasarkan perkataan tersebut. 3. Guru membimbing murid membuat ayat. 4. Guru memilih beberapa orang pelajar tampil kehadapan untuk membacakan ayat masingmasing. 5. Guru memperbetulkan kesalahan yang terdapat pada ayat murid. 4.Belajar cara belajar -Membuat rujukan daripada kamus. Langkah 4 ( 10 minit ) 1. Penerangan mengenai Konsep Kata Nama Am dan Kata Nama Khas Contoh Kata Nama Am dan
12

1. BBM - Petikan dialog - Kamus dewan

2. Teknik - Sumbang saran

3.Kecerdasan pelbagai - Intrapersonal - Verbal linguistik

1. Guru memberi penerangan mengenai Kata Nama Am dan Kata Nama Khas 2. Murid dikehendaki

1. BBM - Kad manila - Papan putih - Borang pengurusan

Kata Nama Khas 2. Kata Nama Am yang terdapat dalam petikan Sekolah Ayah Motivasi Seluar trek Hitam

menyenaraikan lima Kata Nama Am dan lima Kata Nama Khas yang terdapat dalam teks. 3. Guru dan murid menyemak jawapan bersama-sama.

grafik

2. Teknik - Latih tubi -Sumbang saran

3. Kaedah Kaedah Penerangan

3. Kata Nama Khas yang terdapt dalam petikan Kem Motivasi Jati Diri Rabu Fahmi Universiti Kebangsaan Malaysia Pasar Raya Addin 5. Kemahiran berfikir - Mengkategorikan Kata Nama Am dan Kata Nama Khas Penutup ( 5 minit ) 1. Rumusan isi Pelajaran. 2. Penerapan nilai-nilai murni
13

4. Kecerdasan pelbagai. - Interpersonal - Intrapersonal - Verbal linguistik

1. Guru membuat rumusan pelajaran bersama murid dengan mengimbas kembali pelajaran

1. BBM - Soalan pengukuhan Kata Nama Am dan

i) menghormati orang yang lebih tua. ii) Saling sayang menyayangi sesama ahli keluarga. 3. Soalan pengukuhan berkaiatan Kata Nama Am dan Kata Nama Khas

yang telah dipelajari. 2. Guru menerapkan nilai-nilai murni yang telah mereka peroleh berdasarkan keseluruhan petikan dialog tersebut 3. Guru mengedarkan soalan pengukuhan kepada murid berkaitan Kata nama am dan kata nama khas

Kata Nama Khas.

3. Teknik - latih-tubi

4.. Kecerdasan Pelbagai. - Interpersonal - Intrapersonal

5.Belajar cara belajar - Kemahiran mengingat semula

14

4.0 REFLEKSI Penggabungjalinan merupakan proses yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran. Melalui proses ini, guru dapat mengajar beberapa kemahiran bahasa secara serentak kepada pelajar. Antara kemahiran yang digabungjalinkan ialah kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Saya telah memilih kemahiran menulis dan kemahiran membaca untuk digabungjalinkan dalam rancangan pengajaran harian bagi pelajar tahun 5 Alfa. Fokus utama saya adalah kemahiran menulis manakala fokus sampingan saya ialah kemahiran membaca. Berdasarkan keseluruhan aktiviti dalam rancangan

pengajaran harian yang telah saya sediakan, saya mendapati bahawa kemahiran menulis sesuai untuk digabungjalinkan dengan kemahiran membaca. Hal ini bagi

mudahkan pelajar untuk mengusai kedua-dua kemahiran bahasa secara serentak. Guru boleh mengambil inisiatif ini dengan mengajar kemahiran membaca dahulu kemudiannya disusuli dengan kemahiran menulis atau sebaliknya. Kedua-dua kemahiran ini haruslah mempunyai kesinambungan aktiviti sewaktu dijalankan bagi memudahkan proses penyampaian ilmu pengetahuan berlaku dan mengelakkan kekeliruan para pelajar. Sebagai contoh, guru meminta murid membaca petikan dialog setelah itu guru megedarkan borang analisis isi penting berdasarkan dialog tersebut. Murid diminta mengisi borang tersebut berdasarkan kefahaman mereka. Selain itu

juga, masa dan tenaga guru untuk mengajar satu kemahiran sahaja dalam pengajaran di dalam kelas juga dapat dijimatkan. Melalui pengabungjalinan ini, aktiviti yang dijalankan di dalam kelas dapat dipelbagaikan kerana tidak tertumpu kepada satu kemahiran sahaja. Oleh itu, aktiviti pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik dan meyeronokkan. Hal ini dapat dilihat dengan adanya pelbagai aktiviti berlainan bentuk yang dapat dilaksanakan oleh semua pelajar di dalam sesebuah kelas dengan pengawasan dan bimbingan daripada guru. Aktiviti yang pelbagai ini memberi ruang kepada semua pelajar di dalam kelas melibatkan diri dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Pelajar juga akan terhindar

daripada bosan ketika aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlangsung di dalam kelas.
15

Selain itu, penggunaan bahan bantu mengajar yang sama juga dapat digunakan bagi aktiviti membaca mahupun menulis. Bahan bantu mengajar yang digunakan ini mempunyai kesinambungan diantara satu kemahiran dengan kemahiran yang lain. Sebagai contoh penggunaan petikan dialog dapat digunakan sewaktu guru dan pelajar melaksanakan aktiviti bacaan dan menulis. Hal ini mengurangkan bebanan guru dalam menyediakan bahan bantu belajar sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Disebalik kelebihan daripada pengabungjalinan bagi kedua-dua aktiviti ini, terdapat juga beberapa kekurangan. Antaranya menjadi bebanan kepada pelajar yang lemah sewaktu aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan di dalam kelas. Pelajar-pelajar ini akan berasa terbeban dengan aktiviti yang dilaksanakan kerana mereka tidak mempunyai kebolehan memfokus kepada kedua-dua kemahiran secara serentak. Hal ini akan membuatkan mereka berasa tertekan dan hilang tumpuan untuk meneruskan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya. Oleh itu, guru

hendaklah mengetahui kumpulan pelajar-pelajar yang lemah dan memberi bimbingan yang lebih kepada mereka sewaktu aktiviti dijalankan. Penglibatkan daripada mereka juga hendaklah seiring dengan aktiviti yang dijalankan bagi meningkatkan kefahaman mereka dan mengelakkan mereka daripada berasa tersisih. Penggabungjalinan bagi kedua-dua kemahiran ini bergantung kepada masa yang diperuntukan bagi sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Selalunya tempoh masa yang ditetapkan adalah setengah jam atau satu jam. Pelajar lebih sukar untuk mengusai kedua-dua kemahiran serentak dalam masa yang singkat iaitu setengah jam. Oleh itu, guru hendaklah bijak dalam mengatur aktiviti supaya

seiring dengan tempoh masa yang ditetapkan. Pemilihan aktiviti-aktiviti yang mudah juga membantu proses pemahaman dan pemerolehan input-input baharu kepada mereka.

16

5.0 PENUTUP Kebanyakan guru menghadapi masalah dalam merancang dan melaksanakan aktiviti yang melibatkan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis di dalam bilik darjah. Namun begitu, terdapat beberapa faktor-faktor yang menyebabkan timbulnya masalah dalam merancang dan melaksanakan aktiviti yang melibatkan kemahiran bahasa ini dalam kalangan murid sekolah rendah. Antaranya adalah

penggunaan bahan bantu mengajar yang terhad, guru tidak menggunakan rancangan pengajaran harian sebagai sumber rujukan, guru Bahasa Melayu bukan penutur jati Bahasa Melayu, kurangnya penglibatan pelajar yang lemah, pemilihan guru sandaran sebagai guru Bahasa Melayu dan tiada kerjasama daripada para pelajar sewaktu aktiviti dijalankan. Rancangan pengajaran harian dirangka dan dilaksanakan oleh guru sebelum proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Tujuan penggunaan rancangan

pengajaran harian ini sebagai garisan panduan kepada guru untuk menjalankan aktivitiaktiviti yang menarik dan sesuai dengan kebolehan pelajar berdasarkan Sebelum

pengabungjalinan kemahiran-kemahiran bahasa yang telah ditetapkan.

membina rancangan pengajaran harian guru dikehendaki mentafsir dan mengkaji sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran terlebih dahulu. Setelah itu, guru

akan memilih kemahiran yang akan digabungjalinkan dan bersesuai dengan isi pelajaran. Aras bagi kemahiran yang dipilih hendaklah sesuai dengan tahap

pencapaian dan kebolehan pelajar. Guru akan merangcang strategi pengajarannya bermula dari set induksi dan diakhiri dengan penutup. Setelah itu, guru akan menyediakan bahan bantu mengajar berdasarkan bersarakan catatan yang terkandung di dalam rancangan pengajaran harian. Penyediaan bahan bantu mengajar hendaklah menarik, sesuai dengan usia dan kebolehan pelajar dan mesra pengguna. Setelah selesai sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, guru akan menilai tahap keberkesanan rancangan pengajaran harian yang telah dijalankan terhadap pelajar di dalam kelas.
17

BIBLIOGRAFI Kairuddin Mohamad. (2011). Literasi Bahasa Melayu. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Mohd. Nasar Sukor. Kamarudin Jeon. Zainal Arifin Yusof. Khadijah Yusuf. (2010). Bahasa Melayu Tahun Lima. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Siti Hajar Abdul Aziz. (2009). Bahasa Melayu II. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Tuan Jah Tuan Yusof. (2011). Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Cikgu Griffen. (2010). Konsep, Strategi, Pendekatan , Kedah dan Teknik (Bahagian 2). http://dadwayne.blogspot.com/2010/03/konsep-strategi-pendekatankaedah_16.html. Diakses pada 25 Ogos 2011. Cikgu Taufiq. (2009). Teknik Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa. http://abihulwa.blogspot.com/2009/04/teknik-pengajaran-dan-pembelajaran.html. Diakses pada 25 Ogos 2011.

18

Anda mungkin juga menyukai