Anda di halaman 1dari 7

SCE 3101

HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN

PRAKTIKAL 6: UNTUK MENGKAJI KEADAAN YANG DIPERLUKAN UNTUK PROSES FOTOSINTESIS


Teori:

Hanya tumbuhan yang akan melakukan proses fotosintesis. Proses fotosintesis dibuat kerana tumbuhan memerlukan makanan (tenaga). Proses ini hanya akan berlaku jika adanya kehadiran air, cahaya matahari dan udara (karbon dioksida). Fotosintesis berlaku di dalam kloroplas di dalam tumbuhan hijau.

Kebiasaanya kloroplas boleh dijumpai di sel misofil, iaitu tisu hijau pada daun. Karbon dioksida akan masuk dan oksigen akan keluar daripada daun melalui lubang mikroskopik yang dikenali sebagai stomata. Kemudian, tumbuhan akan mengalami proses yang selanjutnya bagi menghasilkan glukosa (tenaga).

Selain sebagai pelengkap kepada proses fotosintesis, air juga memainkan peranan yang sangat penting dalam pembesaran dan juga pembahagian sel bagi tumbuhan. Akar tumbuhan akan menyerap air dan juga bahan-bahan mineral yang ada dalam tanah. Air akan diangkut melalui xylem. Udara yang digunakan oleh tumbuhan adalah gas karbon dioksida. Gas karbon dioksida akan dibebaskan oleh haiwan yang menggunakan gas oksigen yang dihasilkan oleh tumbuhan melalui proses fotosintesis. Justeru, kedua-dua hidupan ini

PRAKTIKAL 6: KEADAAN YANG DIPERLUKAN UNTUK PROSES FOTOSINTESIS

SCE 3101

HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN

mempunyai perkaitan antara satu sama lain bagi meneruskan kemandirian hidup masing-masing. Taburan tumbuhan dipengaruhi oleh keadaan persekitaran. Iklim yang tidak sesuai untuk sesuatu tumbuhan akan menghadkan pertumbuhannya. Kebanyakan masalah tumbuhan adalah disebabkan oleh tekanan persekitaran. Iklim boleh dibahagikan kepada empat unsur yang lain iaitu cahaya, suhu, hujan dan angin. Cahaya memberi kesan terhadap pertumbuhan dan penghasilan tumbuhan. Antara proses yang terlibat adalah proses fotosintesis dan juga proses kefotokalaan. Fotosintesis merupakan proses penukaran tenaga cahaya daripada matahari kepada tenaga biokimia di mana tenaga ini digunakan untuk pengikatan karbon. Proses ini dibantu oleh klorofil untuk menguraikan air kepada oksigen dan juga hidrogen. oksigen akan dibebaskan sebagai bahan sampingan sementara hidrogen akan digunakan untuk bertindak balas dengan karbon dioksida dan karbohidrat untuk menghasilkan gula (glukosa). Proses fotosintesis terdiri daripada 2 jenis iaitu tindakbalas cahaya dan tindakbalas gelap. Tindak untuk balas cahaya memerluksn cahaya matahari dan kloroplas dimana tenaga cahaya diserap dan berfungsi untuk memecahkan molekul air yang dibawa oleh akar dan bertukar menjadi molekul oksigen dan hidrogen. hidrogen yang dihasilkan akan digunakan oleh tumbuhan di dalam proses fotosintesis tanpa menggunakan cahaya. Jenis tindakbalas gelap pula berlaku tanpa cahaya dalam kloroplas. Fotosintesis yang tidak memerlukan cahaya selalunya berlaku semasa proses menghasilkan gula iaitu glukos yang digunakan untuk tumbuhan membesar. Karbon dioksida, bahan mentah lain daripada udara digunakan di dalam proses ini. Tenaga cahaya yang terperangkap semasa proses fotosintesis menggunakan cahaya digunakan untuk menyatukan karbon dioksida

PRAKTIKAL 6: KEADAAN YANG DIPERLUKAN UNTUK PROSES FOTOSINTESIS

SCE 3101

HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN

dan hidrogen bagi menghasilkan gula. Ikatan kimia memegang glukos dan gula-gula yang lain disimpan sebagai tenaga. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi fotosintesis iaitu keamatan cahaya dan juga gelombang cahaya. Keamatan cahaya merupakan perubahan

intensity cahaya yang akan membekalkan lebih banyak tenaga. Penerimaan cahaya yang optimum boleh dilakukan dengan cara menanam mengikut jarak yang sesuai, memangkas atau member naungan. Faktor gelombang cahaya ini dinamakan spektrum cahaya. Warna merah dan biru diperlukan dalam pross fotosintesis. cahaya tiruan boleh digunakan bagi menggantikan cahaya semulajadi dan boleh didapati daripada lampu pendaflour dan juga lampu pijar. Tumbuhan juga menjalankan proses respirasi sacara aerob atau secara anaerob. Pada waktu siang, tumbuhan biasanya menjalankan proses fotosintesis dan respirasi manakala pada waktu malam hanya proses respirasi sahaja yang berlaku. Tumbuhan biasanya melakukan respirasi sepanjang hari yang dikenali sebagai respirasi aerob. Respirasi aerob berlaku dengan menggunakan oksigen yang terkumpul di ruang udara substoma pada waktu siang. Selain daripada proses fotosintesis, proses lain yang turut berlaku yang

dapat memberi kesan terhadap pertumbuhan dan hasil tumbuhan adalah kefotokalaan. Kefotokalaan merupakan reaksi tumbuhan terhadap perbezaan tempoh siang dan malam. Tumbuhan waktu siang pendek berbunga sekiranya tempoh siang kurang 12 jam sehari. Jika tumbuhan tersebut menerima cahaya melebihi 12 jam, tumbuhan akan tetap tampang. Terdapat empat faktor yang

mempengaruhi penerimaan cahaya oleh tumbuhan iaitu keluasan permukaan daun, susunan daun, topografi dan yang terakhir adalah naungan.

PRAKTIKAL 6: KEADAAN YANG DIPERLUKAN UNTUK PROSES FOTOSINTESIS

SCE 3101

HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN

Bagi mendapatkan penggunaan cahaya yang optimum, beberapa kaedah tertentu diperlukan. Tapak yang bersesuaian perlu dipilih bagi menanam tumbuhan. Selain itu, tumbuhan yang ditanam juga perlulah ditanam dengan jarak yang sesuai mengikut sistem yang sedia ada iaitu sistem segi empat untuk menanam pokok yang besar, sistem segi tiga yang lebih ekonomik kerana boleh menampung 15% lebih daripada segiempat dan juga sistem siku keluang iaitu ditanam dengan pokok utama dan pokok sementara dimana apabila pokok utama besar pokok sementara akan ditebang. Kaedah lain yang turut digunakan adalah dengan menyediakan sokongan seperti sokongan kayu tunggal (lada hitam), sokongan kayu junjung (kacang panjang), sokongan jenis berpara (peria) dan juga sokongan jenis berpagar (tomato). Kawalan rumpai, menanam tanaman selingan, membekalkan cahaya tiruan dan juga mencantas juga merupakan kaedah-kaedah yang lain untuk mendapatkan penggunaan cahaya yang optimum.

Objektif: a) Untuk menkaji kehadiran kanji dalam daun hijau. b) Untuk membuktikan bahawa cahaya matahari diperlukan untuk fotosistesis. c) Untuk membuktikan bahawa klorofil diperlukan untuk fotosistesis. d) Untuk membuktikan bahawa karbon dioksida diperlukan untuk fotosistesis. e) Untuk membuktikan bahawa oxigen dikeluarkan semasa fotosistesis.

Bahan dan alatan:

1. Daun 2. Hydrilia atau mana-mana tumbuhan air. 3. Bikar


4 PRAKTIKAL 6: KEADAAN YANG DIPERLUKAN UNTUK PROSES FOTOSINTESIS

SCE 3101

HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN

4. Balang bell 5. Corong turas 6. Beg polythene 7. Tabung uji 8. Jubin putih 9. Methanol 10. Cecair iodin 11. Air mendidih 12. Kalsium hidroxida 13. Kalium hidroxida

Prosedur: a) Untuk menguji kehadiran kanji dalam daun hijau. 1. Sehelai daun dipetik daripada tumbuhan yang telah didedahkan kepada cahaya matahari selama beberapa jam. 2. Daun tadi dimasukkan ke dalam bikar berisi air mendidih bagi membunuh dan melembutkan daun. 3. Sedikit methanol dimasukkan ke dalam tabung uji daun tadi turut dimasukkan. 4. Tabung uji dimasukkan ke dalam bikar berisi air panas. Penunu bunsen tidak dinyalakan kerama methanol senang terbakar. 5. Selepas lima minit, daun dikeluarkan dan mendapati bahawa daun dinyahwarna tetapi kanji tidak. 6. Daun dimasukkan ke dalam air panas selama beberapa saat untuk melembutkannya. 7. Daun dibentang pada jubin putih dan dititiskan tiga hingga empat titis cecair iodin. 8. Pemerhatian direkodkan.

PRAKTIKAL 6: KEADAAN YANG DIPERLUKAN UNTUK PROSES FOTOSINTESIS

SCE 3101

HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN b) Untuk membuktikan bahawa cahaya matahari diperlukan untuk fotosistesis. 1. Tumbuhan dalam pasu disimpan ditempat yang gelap selama lebih kurang 24 jam. 2. Daun dipetik. 3. Keharidan kanji pada daun diuji. Langkah 2-6 di (a) diulang. 4. Pemerhatian direkodkan.

c) Untuk membuktikan bahawa klorofil diperlukan untuk fotosistesis. 1. Daun yang beraneka warna yang telah dididedahkan pada cahaya matahari selama beberapa jam dialihkan. 2. Rajah yang menunjukkan bahagian hijau daun dilukis. 3. Kehadiran kanji pada daun diuji. Langkah 2-6 di (a) diulang. 4. Pemerhatian direkodkan.

d) Untuk membuktikan bahawa karbon dioksida diperlukan untuk fotosistesis. 1. Dua tumbuhan pasu ditempatkan dalam gelap selama lebih kurang dua hari untuk menyah kanji. 2. Pasu dibungkus dengan beg polythene. Kenapa? 3. Tumbuhan ditempatkan di dalam dua balang bell berlabel A dan B. 4. Di dalam balang bell A dimasukkan kalium hidroxida untuk menyerap karbon dioksida pada udara yang masuk ke dalam balang. Udara dalam balang bebas dari karbon dioksida. 5. Balang bell B mampunyai salur pada penghujungnya yang membolehkab udara sekeliling masuk kedalam balang. 6. Kedua-dua balang didedahkan pada sinaran matahari selama beberapa jam. 7. Kehadiran kanji pada daun diuji. Langkah 2-6 di (a) diulang. 8. Pemerhatian direkodkan.

PRAKTIKAL 6: KEADAAN YANG DIPERLUKAN UNTUK PROSES FOTOSINTESIS

SCE 3101

HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN e) Untuk membuktikan bahawa oksigen diperlukan semasa fotosistesis. 1. Sedikit tumbuhan air tawar (hydrilia) ditempatkan di dalam corong turas terbalik di dalam bikar berisi air. Corong turas dinaikkan ke permukaan bikar untuk membolehkan peredaran air. 2. Tabung uji yang berisi air diterbalikkan di atas salur corong. Tiada gelembung udara terperangkap dalam tabung uji dipastikan. Set dilabel sebagai Set A. 3. Set didedahkan pada sinaran cahaya matahai selama beberapa jam. 4. Datu lagi eksperimen di sediakan dengan cara yang sama tetapi ditempatkan didalam almari gelap sebagai kawalan dan dilabel sebagai Set B. 5. Gas yang terkumpul diuji dengan puntung menyala pada Set A dan Set B. Apakah yang berlaku? Apakah yang dikeluarkan oleh tumbuhan air?

PRAKTIKAL 6: KEADAAN YANG DIPERLUKAN UNTUK PROSES FOTOSINTESIS